resepi kek minyak

16
Resepi Kek Minyak KEK MINYAK 5 biji telur 1/2 cawan gula halus 2 cawan tepung gandum 1 camca teh baking powder. 1 cawan susu pekat 1 sudu besar ovallate 1 cawan minyak masak 1 sudu teh esen vanila pewarna Cara-cara 1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. 2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. 3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. 5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna. 6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Upload: taliafaridah

Post on 25-Jun-2015

698 views

Category:

Food


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi kek minyak

Resepi Kek Minyak

KEK MINYAK

5 biji telur1/2 cawan gula halus2 cawan tepung gandum1 camca teh baking powder.1 cawan susu pekat1 sudu besar ovallate1 cawan minyak masak1 sudu teh esen vanilapewarna

Cara-cara1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Page 2: Resepi kek minyak

Kek Lapis Keju Masam Manis

Bahan-bahan:250 gram Philadelphia Cream Cheese - suhu bilik100 gram parutan Parmesan Cheese450 gram mentega tulin100 gram gula halus1/2 tin susu pekat manis (200gm)10 biji telur gred A30 gram ovalette - 2 sudu kecil300 gram tepung Hong Kong100 gram Horlickshaw flakes secukupnya pewarna hijau pandan

Loyang 8 x 8 x 3, dialas dan digris dasarnya.

Cara-cara :1. Pukul mentega hingga putih, kemudian masukkan gula serta ovalette.  Pukul hingga sebati.2. Masukkan cream cheese serta parutan parmesan cheese. Pukul sehingga licin dan berkrim.3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul sehingga  kembang dan pekat.4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.5. Masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks.6. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian di letak pewarna hijau pandan, dan satu bahagian lagi tanpa warna atau warna yang di sukai.7. Ambil 1 senduk adunan (6 sudu besar) adunan hijau dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit hingga permukaan sedikit perang.8. Keluarkan loyang, cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekan dengan penekan kek - lakukan pada setiap lapisan kek.9. Susun haw flake di atas permukaan kek untuk setiap lapisan yang ketiga.10. Ambil 1 senduk adunan tanpa warna dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.11. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai.12. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.

Page 3: Resepi kek minyak

KEK OMBAK RINDU

Bahan-bahan :

300 gm tepung naik sendiri200 gm gula kastor250 gm mentega 50 gm serbuk biskut Oreo100 ml susu cair 5 biji telur (B) 2 tbsp susu pekat manis 1 tsp esen vanilla 1 tsp ovalettePewarna biru, merah jambu & kuning secukupnya

Loyang : 8 inci persegi, alas dengan kertas kek

Cara memasak :

1. Putar mentega, gula kastor dan ovalette hingga lembut.2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus diputar.3. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla, susu pekat dan susu cair. Gaul sebati.4. Setelah itu, bahagikan adunan kepada tiga bahagian (3) dan letakkan pewarna biru, merah jambu dan kuning pada setiap bahagian itu.5. Sediakan loyang berukuran 8 inci yang dilapikkan dengan kertas kek dan disapu dengan sedikit mentega.6. Tuangkan adunan lapisan biru dan taburkan serbuk Oreo.7. Kemudian tuangkan pula adunan lapisan merah jambu dan taburkan serbuk oreo.8. Seterusnya tuangkan adunan lapisan kuning. Tutupkan loyang dengan kertas aluminium foil.9. Akhir sekali, kukus kek selama 1 jam atau hingga kek masak sempurna.

Page 4: Resepi kek minyak

`kek lapis ombak rindu

Bahan-bahan:

500 gram mentega10 biji telur gred A200 gram gula kastor250 gram cream cheese (dipukul sedikit hingga lembut sebelum digunakan)250 gram tepung gandum1 tin kecil serikaya1 tin susu pekat manis1 paket santan (50 gram)1 sudu makan ovalletepewarna kuning, hijau, biru, unguAcuan penekan zig zag

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175-200 C. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper atau kertas minyak.

2. Pukul mentega, gula dan ovallete dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim.3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi hingga kembang.4. Perlahankan mixer, masukkan susu, seri kaya dan cream cheese. Pukul lagi sehingga

sebati, baru masukkan tepung dan gaul rata-rata.5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, berikan warna kuning, hijau, biru dan ungu.6. Bakar lapisan kuning sebanyak 6 sudu makan menggunakan api atas dan bawah

hingga masak. Kemudian tekan dengan penekan zig zag. Bakar pula lapisan hijau sebanyak 6 sudu makan menggunakan api atas sahaja hingga masak dan keperangan. Tekan lagi dengan penekan zig zag. Ulang cara yang sama untuk lapisan biru dan ungu, buat hingga habis.

Page 5: Resepi kek minyak

Kek lapis red velvet

Bahan-bahan:

Adunan merah

250 gram mentega (saya pakai Anchor)5 biji telur ayam gred A235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko2-3 sudu makan serbuk koko175 gram gula kastor150 gram susu pekat manis1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)1 sudu teh ovallettepewarna merah

Adunan Cheese

500 gram cream cheese3 biji telur ayam gred A120 gram gula kastorsedikit esen vanila

Cara-cara membuatnya:

1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.

3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.

Page 6: Resepi kek minyak

Kek lapis tentang dhiaBahan-Bahan:

10 biji telur gred A130 gram gula kastor500 gram mentega1 sudu besar ovalette300 gram susu pekat manis50 gram jem raspberry270 gram tepung Hong Kong100 gram Horlicks1 sudu teh perisa vanilla1 sudu besar air sejukpewarna oren dan kuningchip coklat secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis, vanilla dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah sekadar untuk meratakan bahannya.

3. Sesudah itu, masukkan tepung Hong Kong dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan yang rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Masukkan air sejuk dan kacau rata.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna oren dan kuning.5. Alaskan loyang 8" x 8" dengan baking paper dan sapukan mentega pada dasar dan

keliling loyang.6. Ambil 2 senduk penuh adunan oren dan bakar dalam suhu kira-kira 175-200 darjah

Celsius (dengan api atas dan bawah). Bila sudah masak, ambil pula 2 senduk penuh adunan kuning, taburkan chip coklat pada lapisan kuning dan bakar lagi macam lapisan oren tadi (dengan api atas sahaja).

7. Buat berlapis-lapis hingga habis

Resepi: Sunah SakuraBy: Sunah Sakura

Loyang: 8' x 8' (kek ni agak tinggi, boleh guna loyang 9' x 9' untuk kek yang lebih rendah)

Page 7: Resepi kek minyak

Bahan-bahan:

Kek lapis idola azila

10 biji telur ayam500 gram mentega200 gram horlicks80 gram kaya50 gram serbuk santan60 gram coklat masakan (dicairkan)1 tin susu manis65 gram milo130 gram gula halus340 gram tepung gandum1 sudu teh vanilla1 kotak coklat Cadbury Dairy Milk sedikit browning (saya tak letak)pewarna kuning

Cara-cara Membuatnya:

1. Mentega dan gula dipukul sampai putih. Masukkan telur satu persatu sampai habis, gaul rata.

2. Masukkan susu, horlick, kaya, santan, tepung dan vanilla, gaul sebati.3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.(i) Warnakan kuning - bahagikan kepada dua

bahagian untuk lapisan bawah dan lapisan atas. (ii) Campurkan milo, browning dan coklat masakan.

4. Bakar selapis-selapis adunan kuning, pada lapisan ketiga, susun coklat cadbury. Kemudian bakar lagi selapis-selapis hingga habis adunan kuning pertama.

5. Kemudian, bakar pula bahagian coklat berlapis-lapis hingga habis adunan coklat.6. Bila da masak, bakar pula berlapis-lapis bahagian kuning yang kedua seperti adunan

pertama tadi. Kiranya adunan kuning ni jadi pengapit adunan coklat

Kek lapis impian kasih

Bahan-Bahan:

500 gm mentega150 gm gula kastor1 sudu besar ovellette10 biji telur saiz besar1 tin susu pekat manis260 gm tepung Hong Kong

Page 8: Resepi kek minyak

100 gm horlicks5 sudu besar jem buah-buahan campuran1 sudu teh pewarna coklat1 sudu besar chocolate paste1 sudu teh coffee emulco1/2 sudu teh pewarna oren (light sahaja untuk bagi kesan pic)1 sudu besar perisa pic1/2 sudu teh pewarna kuning telur (light sahaja untuk bagi kesan gold)1 sudu besar perisa nenasSedikit manik urai, coklat rice atau bijian manik untuk hiasan (ikut citarasa)

Cara-cara Membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175-200'C ikut oven masing-masing. Griskan dasar loyang dengan sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper.

2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

3. Masukkan pula susu pekat manis dan ovelete, lalu dipukul dengan speed perlahan.4. Masukkan jem dan pukul lagi hingga bergaul rata.5. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang

rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.

Page 9: Resepi kek minyak

6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. [1] Diletakkan pewarna coklat, chocolate paste dan coffee emulco. [2] Diletakkan pewarna oren dan perisa pic. [3] Diletakkan pewarna kuning dan perisa nenas.

7. Mulakan proses membakar. Lapisan pertama bakar adunan coklat dengan api atas dan bawah hingga masak (nampak sedikit keperangan, tapi agak sukar nak tengok sebab kaler coklat kan, jadi berusahalah!). Bila dah masak, tukar api atas sahaja. Kemudian bakar sampai habis adunan coklat selapis demi selapis, diikuti adunan pic dan akhir sekali adunan kuning sampai habis.

8. Untuk lapisan terakhir, sebelum dibakar, tuliskan dahulu di atas lapisan tersebut dengan menggunakan piping bag yang digunting halus di hujungnya. Gunakan baki adunan coklat tadi untuk menulis. Kemudian hias ikut suka. Baru dibakar hingga keperangan sedikit, selepas itu tukar api atas dan bawah selama 10 minit lagi pada suhu 150'C.

Kek Lapis Sakura

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam gred A500 gram mentega200 gram gula halus/kastor300 gram susu pekat manis1 sudu besar ovallate1 sudu teh esen vanilla250 gram tepung Hong Kong100 gram Horlicks2 bungkus hawflakesstrawberry chips secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul mentega dengan gula sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.

2. Masukkan esen vanilla dan ovallate. Gaul rata dan masukkan susu pekat manis. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga adunan sebati.

3. Masukkan tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan kelajuan paling rendah hingga adunan bergaul sebati.

Cara-cara membakar:

1. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper.2. Panaskan oven pada suhu 175 - 200 'C mengikut kepanasan oven masing-masing.

Page 10: Resepi kek minyak

3. Bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan pertama dengan menggunakan api atas dan bawah. Bila dah keperangan, bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan kedua dengan menggunakan api atas sahaja. Bakar hingga 4 lapisan, kemudian cucukkan asam hawflakes secara menyerong/menegak seperti sisik ikan pada satu arah sahaja (ingat arah cucukan asam hawflakes ini atau untuk lebih mudah, buatkan tanda pada loyang).

4. Selepas habis mencucuk, lapiskan dengan 5 sudu makan adunan lagi dan masukkan ke dalam oven. Buat sampai 3 lapis dengan setiap lapisan ditabur strawberry chips.

5. Selepas itu, cucukkan pula asam hawflakes ke arah yang bertentangan dengan yang asal, untuk membentuk ranting.

6. Ulang langkah 4 dan 5 sampai habis adunan.7. Untuk lapisan terakhir, bila dah keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150

'C dan bakar lagi selama 10 minit.

KEK LAPIS LADY GAGA(resepi: kelas belajar kek lapis)

Bahan A:15 biji kuning telur5 biji putih telur200 gm gula halus230 gm tepung hong kong1 sudu mkn oveallte1 sudu kecil baking powder

Bahan B:

480 gm buttercup1 tin kecil kaya½ tin susu pekat manis

Bahan C: 50 gm serbuk coklat

Page 11: Resepi kek minyak

500 gm biskut tunjukPewarna merah/pinkPerasa coklat

Cara Membuatnya:Pukul bahan A hingga kembang. Dalam bekas lain, pukul pula bahan B hingga kembang juga.  Satukan bahan A dan bahan B gaul rata.Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dimasukkan serbuk coklat dan paste coklat, ini untuk bahagian bawah dan atas.Satu bahagian lagi masukkan warna merah/pink, ini untuk lapisan tengah kek.

Bakar warna coklat selapis selapis, sebanyak 5 lapis. Kemudian masukkan  warna merah, susun biskut tunjuk, bakar hingga masak, masukkan warna merah lg dan susun biskut lagi, buatlah proses ini hingga adunan merah habis. Bakar dan lapis lagi warna coklat sampai habis.  Bila dah masak…tunggu sejuk dulu baru boleh dipotong. 

KEK LAPIS TEMBIKAI KUNING

Bahan 16 oz mentega 10 biji telur 1 ½ gelas gula halus 1 tin susu manis 1 botol kecil horlicks (200g) 1 tin kecil kaya3 gelas tepung hong kong 1 sudu teh esen vanilla Chocolate chip dijadikan biji Warna hijau – pandan paste Warna merah – perisa strawberryWarna kuning untuk kek tembikai kuning  

Page 12: Resepi kek minyak

Cara Pukul mentega dan gula sampai kembang, setelah itu masuk telur satu persatu, pukul sampai putih, masuk susu, kaya, horlicks, tepung hong kong, esen vanilla dan baking powder, gaul rata dan sebati. Ambil 4 senduk dan warnakan hijau (pandan paste), 4 senduk warna asal dan selebihnya warna merah (perisa strawberry). Bakar warna hijau dulu, lepas itu warna asal, akhir sekali warna merah dan masukkan chocolate chip. Bakar berlapis-lapis. 

Suhu 150C, lapisan pertama api atas bawah, lapisan kedua hingga habis api atas sahaja. Setiap lapisan 5 minit. 

*Kek tembikai kuning ini boleh dijadikan kek tembikai merah juga, cuma gantikan warna kuning kepada warna merah berperisa strawberry.