resepi internet mac 2013

35
RESEPI INTERNET MAC 2013 RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA) Bahan A:- 1 ekor ayam (dipotong kecil) 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa) 1/2 cawan kerisik 2 helai daun kunyit (disiat) 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah) 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni) Garam secukup rasa Bahan B (Dikisar):- 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah) 5 ulas bawang putih 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut) 3 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 15 tangkai cili kering 15 biji cili api Cara Memasak:- 1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan. 2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan. 3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala. 4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2. 5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Upload: aziah-abdullah

Post on 06-Jul-2015

1.032 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi internet mac 2013

RESEPI INTERNET MAC 2013

RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA) Bahan A:-

1 ekor ayam (dipotong kecil) 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa) 1/2 cawan kerisik 2 helai daun kunyit (disiat) 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah) 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni) Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah) 5 ulas bawang putih 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut) 3 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 15 tangkai cili kering 15 biji cili api

Cara Memasak:-

1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan. 2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar

dan kacau sebati atas api perlahan. 3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala. 4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga

kuah agak pekat atau terpulang masing2. 5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Page 2: Resepi internet mac 2013

Macaroni And Cheese ( sumber : mesra.net )

475 ml susu segar

1 helai daun bay

secubit serbuk buah pala

50 g mentega

40 g tepung

175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) – (grated)

40 g serbuk roti

450 g macaroni (atau pasta yang pendek)

secubit garam

sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan

Untuk membuat “bechamel sauce” :

1. Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan

ia mendidih. Ketepikan.Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak

selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke

dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau

selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah

pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

2. Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole

(oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

3. Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted

butter) sehingga 3/4 masak atau “al dente”. (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan

di paket).Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam “sos bechamel” tadi, gaul

rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar

selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

Page 3: Resepi internet mac 2013

Keli goreng Berlada

Resepi Ikan Sembilang/Keli Goreng Berlada

500 gm ikan sembilang atau keli ( buang perut dan di bersihkan )

1 labu bawang besar ( di potong2 @ di tumbuk )

3 ulas bawang putih ( ditumbuk )

1/2 inci halia ( ditumbuk )

1 batang serai ( diketuk )

2 sudu makan cili kisar

2 sudu besar sos cili

sedikit serbuk kunyit

sedikit garam

Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara penyediaan

1. Ikan yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.

2. Goreng ikan hingga kekuningan kemudian angkat dan ketepikan.

3. Masukkan 2 sudu minyak tadi di dalam kuali yang lain kemudian tumis cili kisar dan bahan

bahan yang telah di tumbuk.

4. Masukkan serai kemudian goreng hingga wangi.

5. Masukkan sos cili dan sedikit air dan masak hingga pekat sedikit.

6. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi.

7. Boleh kuah rata bolehlah di hidangkan.

Page 4: Resepi internet mac 2013

resepinya…..

RESEPI APAM BERAS

sumber: myresipi.com

Bahan-bahan 2 cwn nasi

2 cwn tepung gandum

2 cwn tepung beras

1 cwn brown sugar – tak letak

3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)

(sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)

2 1/2 cwn air

2 sudu kecil yis (mauripan)

kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)

2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

5. Perap selama 3 jam.

6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

Page 5: Resepi internet mac 2013

7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Saya balutkan penutup kukusan dengan tuala atau kain seperti dalam gambar, supaya air tak

menitis pada apam…….

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak terbelah sila guna api kecil semasa

mengukus…. tapi … Kalau suka permukaan apam tu terbelah dan tersenyum mekar boleh

gunakan api besar semasa mengukus…. terpulanglah pada citarasa masing2.

Page 6: Resepi internet mac 2013

Apam Kuning Hijau

Resipi :Naz RinnChan Fotopages

Di Olah : Che CT

Bahan-bahan : 1/2 cawan air suam

1 1/2 sudu makan yis segera mauripan

1 camca teh gula pasir

2 1/2 cawan air

3 cawan tepung gandum

5 sudu makan tepung beras

3/4 cawan gula pasir

Sedikit pewarna kuning dan hijau

Cara-cara : 1. Bancuh air suam, yis dan gula pasir hingga larut .Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.

2. Sementara itu, masukkan semua tepung, air, gula pasir dan ke dalam pengisar. Kisar hingga

semua larut.

3. Tuang bancuhan tepung ke dalam satu bekas besar. Masukkan juga bancuhan yis yang telah

kembang.Gaul rata.

4. Tutup bekas dengan plastik atau kitchen towel yang bersih. Perap selama 1 jam atau sehingga

kembang.

5. Panaskan kukusan. Lengser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak atau

guna acuan kecil yang disapu sedikit minyak masak. Boleh alas dasar loyang dengan plastik

supaya mudah menanggalkan apam bila sudah siap dikukus nanti.

6. Bahagi adunan kepada dua bahagian sama banyak dan letak pewarna yang digemari. Atau

boleh saja dituang adunan ke dalam loyang dan kukus apam selama 40 minit. Untuk acuan kecil-

kecil kukus selama 10-15 minit dengan mengunakan api sederhana.

7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong.

8. Boleh dihidang dengan kelapa parut. Agar kelapa parut tahan lebih lama, kukus selama lima

minit. Gaulkan dengan sedikit garam.

NOTA : Kalau nak potong apam pastikan pisau betul-betul tajam. Potong seperti menyorong

gergaji, jangan ditekan pisau supaya apam tidak mempat pada tempat potongannya.

Apam Beras

Resipi dari Azita Kitchen

Bahan-bahan :

2 cawan nasi

2 cawan tepung gandum

Page 7: Resepi internet mac 2013

2 cawan tepung beras

1 cawan brown sugar*

3/4 cwn gula pasir* (*dua2 gula pasir pun takpe)

2 1/2 cwn air

2 sudu kecil yis (mauripan)

Kelapa parut digaul dengan sedikit garam (Tapi yg ni CT tak letak)

Cara-cara :

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).

2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.

4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

5. Perap selama 3 jam.

6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang

digemari dan kacau rata2.

9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu

saja.

Talam Tepung Beras

Resepi Di Olah : Che CT

Bahan lapisan bawah:

150 gram tepung beras

250 ml santan pekat kotak KARA

400 ml air

1/2 sudu teh garam

Bahan lapisan atas:

250 ml air *

75 gram gula melaka, potong kecil *

10 gram gula pasir*

2 helai daun pandan - disimpul * - bahan diatas dimasak hingga gula larut, sejukkan dan tapis

250 ml santan

30 gram tepung beras

30 gram tepung gandum

2 biji telur gred A

1 sudu teh esen vanilla

1/2 sudu teh coklat emulco

Page 8: Resepi internet mac 2013

Secubit garam

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih, balut tutup kukus dengan tuala bersih. Alas

loyang bulat 8 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada permukaan plastik.

Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, satukan bahan untuk lapisan bawah kecuali garam, kacau rata dengan

senduk kayu atau whisk, tambah garam secukup rasa dan tapis ke dalam bekas tahan panas.

Masak atas air mendidih secara double boiler dan kacau sentiasa hingga bancuhan pekat sedikit.

Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana.

3. Sementara itu, sediakan untuk lapisan atas pula. Satukan semua bahan lapisan atas kecuali

telur dan garam dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati. Masukkan telur dan kacau

perlahan-lahan dengan garfu, jangan kacau laju-laju nanti akan menyebabkan atas kuih

berlobang-lobang. Kemudian masukkan secubit garam, kacau perlahan-lahan lagi dan tapis.

4. Angkat kukus yang berisi loyang tadi, kemudian sendukkan lapisan atas perlahan-lahan,

pastikan anda kacau dulu sebelum dituang. Kemudian kukus lagi selama 45 minit dengan api

sederhana. Biar kuih betul-betul sejuk, baru dipotong dengan pisau plastik atau pisau yang

dilapis dengan plastik cling. Hidangkan.

Kuih Lapis Seri Malaysia

Resepi Olahan Che CT

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung beras

1/4 cawan tepung jagung

1/2 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis)

3 cawan santan (tambah jika perlu)

1 camca teh garam

Pewarna masakan

1sudu besar minyak masak

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dengan sedikit minyak dan balut dengan

plastik bersih agar mudah untuk dikeluarkan kuih nanti. Masuk loyang dalam kukusan dan

biarkan 5 minit

2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk

hingga gula larut.

3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian.

4. Dua bahagian dibiarkan warna plain saja. Dan yang 3 lagi adunan diwarnakan kuning, merah

dan biru.

5. Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Kukus adunan lapisan pertama selama 6 min-7

min atau hingga masak baru tindih dengan lapisan seterusnya atau ikut kreativiti masing-masing.

Page 9: Resepi internet mac 2013

6. Adunan yang akhir tutup loyang dengan aliminium foil agar air tidak menitis atas kuih nanti.

Dan kukus selama 15 minit.Sejukkan sepenuhnya baru dipotong dengan pisau plastik (untuk

potongan yang kemas).

Kek Lumut II

resepi : DayangJack@Dapurku Sayang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A

450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)

3/4 cawan gula kastor

2 cawan nestum (dikisar halus)

1 cawan serbuk almond

1 cawan serbuk horlicks

1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)

2 sudu kecil esen vanilla

1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang

lain pun boleh)

1 cawan susu pekat manis

Cara-cara :

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan

sedikit tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka)

Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim.

Gunakan kelajuan maksima.

Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian,

masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.

Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond

dan nestum . Kacau sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan

sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil).

Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Page 11: Resepi internet mac 2013

Puding Milo dan Sos Kastard resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Milo :

10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros

500 ml susu segar

250 ml susu cair

250 ml air

3/4 cawan gula pasir

3 sudu besar susu pekat

6 sudu besar serbuk MILO

2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air

2 sudu besar mentega

1 sudu kecil esen vanilla

1/2 atau 1 sudu kecil coffee emulco - optional

Cara-cara :

1. Larutkan agar-agar dan gula bersama 250 ml air.

2. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api

perlahan.

3. Setelah itu, masukkan MILO.Kacau hingga larut.

4. Kemudian masukkan esen vanilla, coffee emulco, tepung kastard dan mentega.

Sebatikan.

5. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos Kastard:

2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)

3 sudu besar tepung kastard

4-5 sudu gula pasir

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut.

2. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan

tuangkan ke dalam bekas puding tadi.

3. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai atau biskut oreo hancur

jika suka.

Page 13: Resepi internet mac 2013

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :

10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros

500 ml susu segar

250 ml susu cair

200 ml air

3/4 cawan gula pasir

3 sudu besar susu pekat

3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)

2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air

2 sudu besar mentega

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan

susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung

kastard dan mentega.Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian.Sejukkan.

Bahan Sos :

2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)

3 sudu besar tepung kastard

5 sudu gula pasir

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

Satukan kesemuanya di dalam periuk.Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan

api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi.

Sejukkan terlebih dahulu.Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

Page 16: Resepi internet mac 2013

Choco Mousse Brownies

Resepi :yani@myr

Bahan-bahan ( loyang 18cm )

Brownies

45g butter

65g gula halus

1 biji telur

50g tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder

1 sudu besar serbuk koko

Page 17: Resepi internet mac 2013

Chocolate Mousse

140g coklat masakan

1 sudu besar gelatin

100ml air

2 biji telur putih

200g whipping cream

40g gula halus

Cara-cara

1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.

2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.

3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-

15 minit.

5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air.

Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!..jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan

menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.

7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air

dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada

air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air

tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati

dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.

9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl,

telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga

mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

Cakey Brownies

resepi : DapurKu [email protected]

Bahan-bahan :

2 biji telur A (dipukul sedikit)

1/2 cawan tepung naik sendiri

1/3 cawan koko 3/4 cawan gula perang lembut (soft brown sugar) - boleh tambah jika nak lebih manis 1/2 cawan mentega (dicairkan)

Page 18: Resepi internet mac 2013

1 sk esen vanilla

Cara-cara :

1. Panaskan oven pd suhu 170-180C. Lengserkan dulang pembakar dgn mentega. 2. Satukan mentega yg sudah dicairkan bersama gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga

sebati. 3. Masukkan tepung dan koko. Kacau lagi hingga sebati. (boleh juga campurkan badam, kismis

dsbnya jika suka) 4. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 20-25 minit ikut jenis oven

masing-masing.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/search/label/dessert#ixzz2MkwvvnZP

Under Creative Commons License: Attribution

VANILLA CREAM CUSTARD

By: Cookpad

Rujukan : Dailyclickclick

200 ml whipping cream (ita letak 550ml Non Dairy Whipping Cream Rich kotak Biru)

450 ml susu segar / susu cair

2 sudu besar tepung gandum

1 1/2 sudu besar tepung jagung

85 gm gula castor

4 biji kuning telur

2 sudu besar butter

1 sudu teh esen vanilla

secubit garam

Page 19: Resepi internet mac 2013

Untuk menyediakan custard ni kita boleh gunakan microwave atau pun kita masak atas dapur.

Hari ni ita tunjukkan cara masak atas dapur aje lah ye.

Page 20: Resepi internet mac 2013

Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.

Page 22: Resepi internet mac 2013

Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung.

Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin

Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kalau guna microwave, keluarkan daripada microwave dan tambahkan tepung dan tepung

jagung.

Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin

Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Page 23: Resepi internet mac 2013

Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.

Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletup-letup.

Page 24: Resepi internet mac 2013

Untuk yang menggunakan microwave, tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau rata

kemudian masukkan semula dalam microwave dan masak semula selama 3 ~ 5 minit lagi

Page 25: Resepi internet mac 2013

Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla

Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.

Page 26: Resepi internet mac 2013

Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin

Kalau guna microwave sama jugaklah prosesnya seperti di atas.

Kemudian biarkan castard kita ni benar-benar sejuk sebelum kita campurkan dengan whipping

cream.

Page 27: Resepi internet mac 2013

Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk

Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.

Page 28: Resepi internet mac 2013

Jika menggunakan Whipping Cream Rich kotak Biru seperti di atas, campurkan sekali dan terus

putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.

Bila dah siap sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk melapis crep kita ni. Apalagi jom kita

mulakan.

Page 30: Resepi internet mac 2013

Mula-mula, kita potong dahulu kek kita kepada 2 keping.

Ambil sekeping dan letakkan atas lapik kek.

Kemudian ita sapukan permukaan kek dengan perahan jus lemon yang di campur sedikit air.

Tujuannya untuk melembabkan kek dan mengelakkan cebisan kek melekat pada cream.

Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas kek dan ratakan.

Ita suka masukkan cream dalam piping bag dan paipkan atas kek, ianya lebih mudah dan ringkas.

Kemudian kita letakkan sekeping crepe kita tadi

Tekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rata

Kita letakkan lagi sekali cream custard

Begitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe kita tadi.

Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras

* Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep tidak

kering

Selepas tu barulah kita deco kek kita tadi mengikut creativiti masing-masing.

Page 32: Resepi internet mac 2013

MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM

CUSTARD

For crepes crust, there are 2 options. You can either choose the one by Elaine or by Cookpad.

I've choosen Elaine's.

CREPE By : Elaine's

140g Cake flour

20g Corn flour

80g Caster sugar

500g Milk

30g Butter

4 Egg yolks

1Tsp Vanilla Essence

Pinch of Salt

1. Combine cake flour and corn flour in a bowl.

2. Add in 1/2 of quantity of milk needed bit by bit as you incorporate it into the flour with a

whisk. Keep whisking until a smooth batter is obtained. Set aside.

3. In a separate bowl, whisk egg yolks and sugar with the remaining milk.

4. Pour #3 into #2 bit by bit whilst whisking.

5. Add in melted butter and mix till well combined.

6. Sieve mixture into a bowl.

7. Cover with cling wrap and allow to rest in the fridge for 30 minutes before using the batter.

8. Heat a non-stick frying pan with medium high heat (Gas mark 5).

9. Once the pan is throughly heated, reduce heat to medium low (Gas mark 3).

10. Melt 1 tbsp butter in the heated frying pan and wipe off excess with a kitchen tissue.

11. Using a ladle, spread pancake batter thinly onto the frying pan.

12. Once the pancake starts to "bubble" and the top surface of the pancake starts to firm up,

remove immediately from heat. There's no need to fry the other side of the pancake.

13. Place pancake on a clean flat plate. Repeat process with remaining batter. While stacking

pancakes, make sure you separate each layer with greaseproof paper to make sure they don't stick

together. Allow pancakes to cool.

Vanilla Mille Crepe By: Cookpad

Source : Dailyclickclick

Ingredients

Crepe 4 eggs

Page 33: Resepi internet mac 2013

1tbs sugar

a pinch of salt

500ml milk

200g all purpose flour.

1/2 tsp baking powder

2 drops vanilla

40g unsalted butter

filling 200ml whip cream

450ml milk

2 tbs flour

85g sugar

1 1/2 tbs cornstarch

4 egg yolks

2 tbs butter/margarine

vanilla essence

How-to (crepe) 1.sift flour+baking powder together. melt butter and put aside.

2.in a separate bowl, mix eggs + 250ml milk + sugar well. add the flour mixture and amix well

until combined. add in vanilla and the rest of the milk, combine.

3.add in melted butter and mix again. cover and let the batter rest inside the fridge for 30minutes-

2 hours

4.heat a nonstick pan and slightly oil the surface. wipe any excess oil. pour in a ladle full of your

crepe batter and spread evenly as thin as possible. cook for 30 seconds and flip the crepe upside

down and wait for 10 secs. remove your crepe from the pan and cover with a cling wrap to keep

it moist.

5. repeat until you finish all the batter. you should get around 20 crepes. put the crepes aside to

let them cool down.

How- to (filling) 1. make the custard.

-using a heatproof bowl, heat milk in the microwave for 3 minutes. sift in cornstarch and flour ,

add in sugar and quickly whisk well to avoid lumps . add the egg yolks gradually and combine.

put back the bowl of mixture into the microwave and reheat until it gets bubbly. take out and

whisk the batter and reheat again. repeat this 3 times for a total of 5 minutes. take out the bowl,

and add in butter and vanilla and mix well. leave it to cool .

2.in another bowl, beat cream at medium speed until cream starts to thicken, continue to beat

until you get a soft peak.

fold in the cream into the cooled custard until well combined.

Assembling the cake lay one crepe on a cake base / flat plate and spread the custard filling evenly on the surface. (not

to thick) cover the filling with another crepe and repeat until you have used all the crepe. put

your cake in the fridge for 3-5 hours to let it set and serve it cool. happy trying!

Page 34: Resepi internet mac 2013

p/s the key to a good mille crepe is to have the crepes thinner than the cream layers. so that your

fork can nicely cut thru it. good luck!

Page 35: Resepi internet mac 2013