report shortcut to the oscars

Upload: ashrafiqal

Post on 07-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Report

TRANSCRIPT

FACULTY OF FILM, THEATRE AND ANIMATION

CTF213 CRITICAL THINKING

WACANA SENI SHORTCUT TO THE OSCARS

PREPARED BY:ASHRAFIQAL ALEEF BIN NOOR AZWAD (2014473526)

PREPARED FOR:EN. KAMAL BASYAH

SHORTCUT TO THE OSCARS 13.6.2015

Pada 13.6.2015, sebuah Wacana Seni Shortcut to The Oscars telah berlangsung di Datc, UiTM Shah Alam. Program tersebut membincangkan filem yang dicalonkan di Anugerah Oscars iaitu filem Sayang Disayang yang merupakan sebuah filem yang mengisarkan seorang pembantu rumah yang harus menjaga seorang lelaki tua yang telah kehilangan isterinya tersayang dan pembantu rumah tersebut akhirnya berkahwin dengan lelaki tua tersebut. Filem ini diarah oleh Sanif Olek pengarah dari Singapura. Disekolahkan di sekolah Methodis, Sanif Olek merasakan dirinya seperti kurang ilmu tentang ilmu adat istiadat nusantara, namun begitu, perkara ini tidak menghalang beliau untuk mengarah filem Sayang Disayang. Beliau berkata cara cara untuk menjadi lain daripada yang lain ialah dengan mempunyai kesahihan yang kuat terhadap adat istiadat negara sendiri. Filem ini banyak mengunakan simbolik yang melambangkan sesuatu seperti ikan koi, bunga, daun dan lain-lain. Pada mulanyaa ikan koi itu bersendirian namun selepas itu ikan koi tersebut telah menemui pasangannya. Ini menunjukkan bahawa ikan koi tersebut iaitu pembantu rumah itu telah berkahwin dengan tuan rumah tersebut.Tajuk Sayang Disayang ini diambil sempena lagu yang sama judul nyanyian Zubir Sayd. Pada awalnya tajuk filem ini ialah Ramuan Rahsia, kemudian tajuknya ditukar kerana ingin mengikuti lagu serta ianya lebih sesuai dan lebih rapat kepada penonton. Filem ini memaparkan sambal goreng kerana sambal goreng berkait rapat dengan makanan nusantara lantas beliau mahu memaparkan elemen ini dalam filemnya lalu dapat memperkenalkan sambal goreng di seantero dunia.Sanif Olek mempunyai asas-asas fotografi. Beliau sangat meminati fotografi. Oleh sebab itu, beliau telah mengaplikasikan teknik fotografinya dalam filem beliau. Lantas menghasilkan filem yang berkualiti. Beliau mengatakan bahawa jikalau ingin membuat filem, seseorang tersebut haruslah mempunyai asas-asas fotografi terlebih dahulu.

Lampiran