rentap

4
@iamRennie Rentap menentang James Brooke sejak tahun 1853. Rentap bertempur dengan James Brooke di Kerangan Peris. Like Share @iamLeo Pertempuran tersebut menjadi sejarah kepada tentera Eropah kerana pegawainya, George Steward telah ditawan oleh orang Iban. Like Share @iamBika Apa yang membanggakan kita ialah keberanian Rentap dan para pengikutnya. Mereka hanya menggunakan lembing, batu dan parang sebagai senjata mereka. Hebatkan mereka? Sekalipun tidak gentar menghadapi tentera James Brooke yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang lebih kuat Gambar @apaiRentap Masih ingat apa yang dipelajari dalam kelas Sejarah yang lalu? Bolehkan #teamRentap mengulas tentang perjuangan, pengorbanan dan kejayaan pahlawan Rentap ini? #teamRentap #merdeka #perjuangan #pengorbanan @apaiRentap Gambar Rentap

Upload: nurainzati

Post on 07-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEJARAH NEGARA

TRANSCRIPT

Page 1: rentap

@iamRennie Rentap menentang James Brooke sejak tahun 1853. Rentap bertempur dengan James Brooke di Kerangan Peris.Like Share

@iamLeo Pertempuran tersebut menjadi sejarah kepada tentera Eropah kerana pegawainya, George Steward telah ditawan oleh orang Iban.Like Share

@iamBika Apa yang membanggakan kita ialah keberanian Rentap dan para pengikutnya. Mereka hanya menggunakan lembing, batu dan parang sebagai senjata mereka. Hebatkan mereka? Sekalipun tidak gentar menghadapi tentera James Brooke yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang lebih kuat dan canggih.Like Share

@apaiRentap (Thumbs up)(smiley) Bagus! Kamu semua masih ingat apa yang dipelajari. Selepas itu, apa yang berlaku? Adakah Rentap dan pengikutnya kalah dalam

Gambar @apaiRentap

@apaiRentap Masih ingat apa yang dipelajari dalam kelas Sejarah yang lalu? Bolehkan #teamRentap mengulas tentang perjuangan, pengorbanan dan kejayaan pahlawan Rentap ini?

#teamRentap #merdeka #perjuangan #pengorbanan #kejayaan

Gambar Rentap

Page 2: rentap

pertempuran dengan pihak Brooke?@iamRawa Saya tahu! (smiley) Mereka terus bertempur di Beting

Meru kerana James Brooke telah menuduh Rentap sebagai lanun Saribas. Pertempuran ini merupakan pertempuran yang terbesar pernah berlaku.Like Share

@iamRennie Pasukan Brooke telah membawa tiga buah kapal laut yang besar bersama 80 buah kapal perang yang lain. Tetapi, pasukan Rentap langsung tidak gentar dan takut dengan tentera-tentera Brooke. Like Share

@iamLeo Kapal Nemesis milik tentera Brooke telah merempuh 80 buah perahu pengikut Rentap dan menyebabkan ramai pengikut Rentap terkorban.Like Share

@iamBika Brooke telah menggunakan tiga buah kapal perang yang sangat hebat dan canggih iaitu Nemesis, Royals dan Renee. Walau bagaimanapun, pasukan Rentap hanya menggunakan perahu sahaja.Like Share

@iamRawa Sungguhpun begitu, mereka mampu bertahan selama lima jam dalam pertarungan melawan pihak Brooke. Disebabkan serangan sengit dan hebat, pengikut Rentap yang tidak terkorban melarikan diri ke hutan untuk menyelamatkan diri. Rentap telah membina kubu bagi memperkukuhkan kekuatan mereka di Gunung Sadok.Like Share

@iamRennie Rentap dan pengikutnya telah menyerang hendap pasukan James Brooke di Lintang Batang. Dalam masa yang sama, James Brooke telah mengerahkan semua tenteranya untuk menangkap dan membunuh sesiapa sahaja yang menyokong Rentap.Like Share

@iamLeo Renungkanlah rakan-rakan! Betapa gah dan beraninya Rentap dan para pengikut melawan James Brooke di Sarawak. Kehadiran James Brooke di Sarawak tidak pernah diperakui oleh Rentap. Baginya, kehadiran Brooke hanya untuk menjajah negeri Sarawak. Rentap bersumpah bahawa “selagi hayatku ada, selama itulah aku tidak mahu melihat wajah orang putih.

Page 3: rentap

Like Share@apaiRentap Perjuangan Rentap yang begitu berani mempertahankan

kedaulatan bangsanya amat membanggakan kita semua terutamanya sekali kaum Iban. Mereka perlu menghargai jasa Rentap yang telah sedaya upaya mempertahankan Bumi Kenyalang ini daripada terus dijajah oleh pihak Brooke. Bagi memperingati jasa Rentap, sebuah tugu telah dibina di Bukit Sadok sebagai tanda peringatan kepada Rentap.

@iamBika @apaiRentap bolehkah kita melawat tugu peringatan Rentap? Bawalah kami ke sana supaya kami dapat merasai dan melihat sendiri tinggalan-tinggalan lagenda terulung Sarawak yang telah Berjaya mengusir bangsa penjajah keluar dari bumi bertuah ini.Like Share

@apaiRentap Sudah pasti! Kita boleh mengadakan lawatan ke sana pada bila-bila masa sahaja. (smiley)(thumbs up)#hebatnyaRentap #agi hidup agi ngelaban