remaja bakal pemimpin - tribute sultan muhammad al-fateh

2
29/5/2012 Remaja bakal pemimpin : Tribute to Sultan Muhammad Al-Fateh Tarikh 29 Mei pada 559 tahun yang lalu iaitu 29 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menakluk kota hebat Konstantinopel pada usia 21 tahun. Sultan Muhammad Al-Fateh sejak dalam buaian lagi telah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin al-Wali. Beliau pernah berkata kepada ayahanda Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad “ Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinople, tetapi anak dalam buaian itu,” dengan menunjuk kepada Muhammad Al-Fateh yang masih dalam buaian. Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sungguh terserlah kerana menaiki taktha ketika berumur 19 tahun dengan menggantikan ayahnya Sultan Murad, seterusnya mampu menawan Kota Konstantinople dalam tempoh 3 tahun selepas menaiki taktha. Bagaimana pula dengan keadaan para remaj a sekalian ? Sesungguhnya kita tidak akan mungkin dapat menyamakan diri kita dengan pemimpin agung Konstantinople, Sultan Muhammad Al-Fateh. Sifat kepimpinan yang utuh yang wujud dalam diri baginda menyebabkan baginda mampu menawan kota Konstantinople dengan gemilangnya. Sebagai remaja bakal pemimpin masa akan datang, baginda lah yang harus dijadikan sebagai rujukan utama dan medium dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri.  Remaja hari ini diingatkan bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan demi memelihara keagungan agama, bangsa dan umat seluruhnya. Tidak dinafikan remaja aset yang sepatutnya dijaga dan diasuh sebaik mungkin ibarat menatang minyak yang penuh. Bahkan Rasulullah SAW telah menggariskan panduan yang sewajarnya diikuti dalam mendidik anak-anak. Ini ditunjukkan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya t ujuh tahun dan pukul mereka (seandainya enggan) apabila umurnya 10 tahun.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Upload: samsidarbone

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Remaja Bakal Pemimpin - Tribute Sultan Muhammad Al-Fateh

7/29/2019 Remaja Bakal Pemimpin - Tribute Sultan Muhammad Al-Fateh

http://slidepdf.com/reader/full/remaja-bakal-pemimpin-tribute-sultan-muhammad-al-fateh 1/2

29/5/2012

Remaja bakal pemimpin : Tribute to Sultan

Muhammad Al-Fateh

Tarikh 29 Mei pada 559 tahun yang lalu iaitu 29 Mei 1453,Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menakluk kota hebat

Konstantinopel pada usia 21 tahun. Sultan Muhammad Al-Fateh

sejak dalam buaian lagi telah diisyaratkan bakal mencipta sejarah

oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin al-Wali. Beliau pernah

berkata kepada ayahanda Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad “

Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang akan membebaskan Kota

Konstantinople, tetapi anak dalam buaian itu,” dengan menunjuk kepada Muhammad Al-Fateh yang

masih dalam buaian.

Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sungguh terserlah kerana menaiki taktha ketika berumur 19tahun dengan menggantikan ayahnya Sultan Murad, seterusnya mampu menawan Kota Konstantinople

dalam tempoh 3 tahun selepas menaiki taktha. Bagaimana pula dengan keadaan para remaja sekalian ?

Sesungguhnya kita tidak akan mungkin dapat menyamakan diri kita dengan pemimpin agung

Konstantinople, Sultan Muhammad Al-Fateh. Sifat kepimpinan yang utuh yang wujud dalam diri baginda

menyebabkan baginda mampu menawan kota Konstantinople dengan gemilangnya.

Sebagai remaja bakal pemimpin masa akan datang, baginda lah yang harus dijadikan sebagai rujukan

utama dan medium dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri.  Remaja hari ini diingatkan

bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan demi memelihara keagungan agama, bangsa dan

umat seluruhnya.

Tidak dinafikan remaja aset yang sepatutnya dijaga dan diasuh sebaik mungkin ibarat menatang minyak

yang penuh. Bahkan Rasulullah SAW telah menggariskan panduan yang sewajarnya diikuti dalam

mendidik anak-anak. Ini ditunjukkan menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya tujuh tahun dan pukul mereka (seandainya enggan)

apabila umurnya 10 tahun.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Page 2: Remaja Bakal Pemimpin - Tribute Sultan Muhammad Al-Fateh

7/29/2019 Remaja Bakal Pemimpin - Tribute Sultan Muhammad Al-Fateh

http://slidepdf.com/reader/full/remaja-bakal-pemimpin-tribute-sultan-muhammad-al-fateh 2/2

Akan tetapi fenomena remaja pada hari ini lebih mendekatkan diri mereka kepada perkara-perkara yang

laghah sehingga lupa akan tujuan dan matlamat asal sebagai khalifah di bumi Allah.

“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami mencipt akan kamu secara main-main (saja),

dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?”  Surah al-Mukminun, ayat 115

Berdasarkan ayat tersebut jelas menunjukkan tujuan asal kita diciptakan di muka bumi ini adalah untuk

menjadi pemimpin. Namun begitu, remaja kini dilihat lebih mencari keseronokan semata-mata

berbanding mempersiapkan diri sebagai bakal pemimpin. Hasutan dan tipu daya duniawi menjadi

santapan harian.

Pemikiran yang tidak berlandaskan agama bakal menyebabkan terbentunya pemikiran yang sukar untuk

dipecahkan dari dalam diri. contohnya wujud pemikiran kuno remaja iaitu soal mentadbir bukan urusan

mereka dan mereka tidak perlu untuk ambil tahu apa jua perkara. Akibat persepsi tersebut wujud , maka

remaja mengambil jalan mudah untuk hidup dalam dunia mereka sahaja tanpa secebis rasa untuk

bangkit berjuang.

Harus diingat pada masa remaja inilah berlaku perkembangan dari segi jiwa dan minda dalam diri. Oleh

itu remaja perlu kental dan teguh dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran disamping perlu

memiliki keimanan kukuh. Remaja perlu mempunyai minda dan jiwa yang merdeka dalam menentukan

hala tuju hidup sendiri seterusnya orang disekelilingnya. Sekiranya tidak mudahlah remaja ini terjebak

kearah kebinasaan dan kehancuran.

Kini kita ketandusan pemimpin yang berkarisma dan berkaliber seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,

dalam mengembalikan kegemilangan dan keagungan islam. Justeru remaja perlu bangkit dan mulakan

langkah seperti Sultan Muhammad Al-Fateh diusia muda yang berjaya menawan Kota Konstantinople.