rekod kerja jahitan

24
KANDUNGAN Lakaran stail pakaian Ukuran badan Pola Fabrik dan bahan Kos Susun atur pola Langkah menjahit Refleksi Blaus i

Upload: sitisu74

Post on 30-Sep-2015

134 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

RBT

TRANSCRIPT

KANDUNGAN

Lakaran stail pakaian Ukuran badan Pola Fabrik dan bahan Kos Susun atur pola Langkah menjahit Refleksi Blaus

LAKARAN STAIL PAKAIAN

Huraian Stail Pakaian

a) Corak

Corak yang dipilih adalah berbunga-bunga kecil dan berlatarkan warna cerah agar dapat menyerlahkan si pemakai. Corak ini sesuai dengan semua peringkat umur tanpa mengira usia.

b) Warna

Warna putih berbunga merah dan berdaun hijau dipilih kerana warna ini akan membuatkan si pemakai ceria apabila memakai blaus yang telah disiapkan.c) Tekstur

Tekstur fabrik kapas yang sederhana lembut dan nipis selesa dipakai walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Fabrik kapas mudah menyerap peluh, lembut dan selesa dipakai.d) Garis lenganLengan padanan rata dipilih bagi pakaian ini kerana ia sesuai dengan semua bentuk badan. Lengan ini juga sesuai digandingkan dengan blaus longgar.

e) Garis leher

Garis leher yang digunakan pada blaus ini adalah bentuk bulat. Garis leher ini dipilih kerana dapat member keselesaan kepada si pemakai tanpa mengira saiz tubuh.f) Belah slit berlapik

Belah slit berlapik dipilih kerana selain ia berfungsi untuk memudahkan pakaian dipakai, ia juga digunakan sebagai fesyen pada pakaian. Butang di kenakan agar dapat menambah penampilan si pemakai selain dapat menutup aurat si pemakai.g) Garisan dan cantuman

Blaus ini tidak melibatkan sebarang unsur garisan dan cantuman.

MENGAMBIL UKURAN BADAN

BILBAHAGIAN BADANUKURAN (cm)

1Leher53.5

2Bahu45.5

3Dada108

4Bidang hadapan45.5

5Bidang belakang43

6Pinggang96

7Jarak mercu dada20.5

8Punggung114.5

9Keliling hujung lengan44

10Bahu ke mercu26

11Garisan tengah belakang45.5

12Labuh skirt / labuh seluar101

13Labuh baju93

14Labuh lengan61.5

FABRIK DAN BAHAN

Sampel fabrik

Jenis fabrik:KapasCiri fabrik:

Fabrik kapas dipilih kerana ia mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan iklim di Malaysia. Fabrik ini sejuk, selesa, menyerap peluh, lembut dan merupakan gentian yang teguh dan menjadi lebih teguh apabila diberi kemasan khas. Fabrik ini juga tidak mudah rosak oleh tindakan alkali dan peluntur jika didobi dengan cara yang betul.Bahan-bahan lain yang digunakan :

1. Benang

2. Butang KOS

Pengiraan kos projek sehelai blaus longgar ialah :

A) Kos Bahan

BilAlatan/BahanKuantitiKos seunit (RM)Kos (RM)

1Fabrik kapas1.5 m4.006.00

2Benang1 buku0.600.60

JUMLAH4.60

B) Kos Upah

Jumlah pekerjaMasaKos sejamKos (RM)

Seorang3 jamRM3.009.00

JUMLAH9.00

C) Kos Sampingan

PerkaraKuantitiKos seunitKos (RM)

Jahit kemas1 blausRM0.700.70

Elektrik--0.30

JUMLAH1.00

Kos projek =Kos bahan + kos upah + kos sampingan

=RM4.60 + RM9.00 + RM1.00

=RM14.60SUSUN ATUR POLA

Melukis pola

Melekatkan pola pada kain dengan menggunakan jarum peniti.

Memotong kain.

Memindahkan garisan pola menggunakan roda surih dan kertas karbon.

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT

LANGKAH MENJAHIT BLAUS LONGGAR

1. Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung

a) Temukan sebelah luar badan hadapan dengan sebelah luar bahadan belakang.

b) Semat dengan peniti, jelujur

c) Jahit mesin di garisan pemadan bahu

d) Tekan buka kelim

2. Menyedia, mencantum dan menetapkan lapik pada pakaian

a) Menyedia lapik

i. Cantum kelim bahu lapik haapan dan lapik belakang, semat dengan peniti, jelujur dan jahit mesin .

b) Mencantum lapik pada pakaian

i. Temukan S.L lapik dengan S.L pakaian

ii. Padankan G.P, kelim bahu, dan kedudukan belah

iii. Mula menjahit pada garis leher tengah belakang hingga ke pangkal belah

iv. Teruskan hingga bertemu di garis leher tengah belakang

c) Trim dan menggunting

i. Trim basi garis leher hingga tinggal 6 mm

ii. Gunting sepanjang tanda belah

iii. Snip di keliling basi garis leher

d) Menetapkan lapik

i. Tekan rata kelim pada garis leher dan belah

ii. Jahit tindih pada lapik

iii. Terbalikkan lapik ke S.D pakaian

iv. Tekan rata

v. Tetapkan lapik dengan jahitan silang pangkah atau sembat susup

3. Menyedia dan mencantum lengan padanan rata

a) Menyedia lengan

i. Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan pemadan atau baris pertama 3 mm di atas garisan pemadan dan jahitan mesin longgar yang kedua 3 mm di bawah garisan pemadan.

ii. Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat.

iii. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan lengan.

.

b) Menjahit kelim lengan

i. Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim.

ii. Kemaskan hujung lengan dengan kelepet.

c) Mengemas hujung lengan

i. Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan

d) Menyedia lubang lengan

i. Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk menyeratakan ukuran lengan dengan lubang lengan.ii. Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu.

e) Mencantum lengan

i. Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang.ii. Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya.iii. Jelujur pada garis pemadan.

f) Menjahit lengan

i. Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan.

ii. Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di legan hendaklah bertindih atas.

4. Menjahit kelepet lurus pada bajua) Tandakan kedudukan kelepet.

b) Lipat lipatan ke sebelah dalam.

c) Semat dan jelujur.

d) Jahit silang pangkah.

5. Menekan dengan seterika supaya kemas dan rata.

6. Blaus yang telah siap.

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya saya telah dapat melaksanakan semua perkara yang diperlukan dalam tugasan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3120). Saya merasa agak teruja kerana subjek ini khususnya dalam bahagian jahitan yang merupakan sesuatu yang baru bagi saya memandangkan tugasan harian saya adalah sebagai guru matematik di sekolah rendah . Pada mulanya tugasan ini kelihatan seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah pembimbing saya iaitu Pn Rahayu binti Mohd Yusof.

Dalam seorang pendidik, saya perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk murid membina konsep dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Saya akan mengekalkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana. Pengajaran jahitan yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, saya akan sentiasa menguasai pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar dan gaya pembelajaran murid.

Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika rakan-rakan, pensyarah dan keluarga saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Saya merasa amat bersyukur dan berbangga kerana saya dapat menyiapkan semua tugasan yang diperlukan dalam kursus ini dengan baik. Saya ditugaskan untuk menyediakan slaid powerpoint mengenai jenis fabrik. Pada mulanya saya menghadapi masalah untuk meyiapkan tugasan ini kerana kekurangan pengetahuan mengenai fabrik yang digunakan dalam kehidupan seharian. Saya berusaha untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai jenis fabrik yang digunakan. Setelah sesai mendapat semua bahan saya telah menyusun di dalam slaid powerpoint dengan menggunakan kemahiran yang telah saya miliki. Saya merasa sangat gembira apabila tugasan ini berjaya disiapkan dengan lengkap dan sempurna dan saya berpendapat setiap orang yang membacanya dapat memahami mengenai jenis fabrik iaitu fabrik daripada gentian asli dan gentian buatan.

Saya juga telah diberi tanggungjawab untuk menyiapkan blaus. Saya telah dibekalkan dengan pola yang sedia ada oleh pensyarah pembimbing dan ini memudahkan kerja saya. Walaubagaimanapun, saya dan rakan-rakan telah diminta membuat amali mengambil ukuran badan rakan dan mencatat mengikut cara yang tersusun. Saya merasa saya gembira kerana dapat belajar cara mengambil ukuran badan dan berharap agar dapat mengaplikasikannya untuk menjana pendapatan di samping dapat memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu yang saya pelajari ini.

Saya telah diberi pendedahan mengenai cara menyusun pola pakaian yang dibuat pada kertas majong ke atas kain yang dibeli dengan pilihan corak dan warna mengikut cita rasa saya. Dalam proses ini, saya diberi peluang membuat sendiri daripada melekatkan pola kepada kain dengan menggunakan jarum peniti dan memotong kain dengan cara yang betul. Saya telah menggunakan kertas karbon dan roda surih bagi memindahkan tanda pola. Setelah selesai memindahkan semua tanda pola saya telah mecabut semua jarum peniti dan menyimpan pola untuk dimasukkan dalam portfolio sebagai bukti kerja saya.Melalui amali membuat blaus yang telah berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan juga rekod kerja ini, banyak ilmu yang telah saya berjaya perolehi berkaitan dengan pembinaan pakaian. Antara ilmu yang telah saya perolehi ialah tentang jenis-jenis fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat blaus, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan jenis fabrik dan kesesuaian si pemakai, mengukur saiz baju dan juga membuat pola. Selain daripada itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses menjahit bahagian-bahagian pakaian dengan cara yang betul. Antara ciri-ciri yang terdapat pada blaus yang telah saya siapkan ialah garis leher bentuk bulat, lengan padanan rata dan belah slit berlapik. Selain itu kelim belah kangkung telah digunakan untuk mencantum bahagian bahu dan tepi baju.

Walaupun terdapat halangan yang dihadapi sepanjang usaha untuk menghasilkan pakaian ini, namun segalanya dapat diatasi dan blaus ini berjaya disiapkan. Antara masalah yang wujud ialah kekangan masa dan masalah teknikal seperti kerosakan mesin yang melambatkan masa menyiapkan proses jahitan. Namun berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan bantuan daripada rakan-rakan masalah ini berjaya diselesaikan.LAKARAN HADAPAN

LAKARAN BELAKANG

Garis leher berbentuk bulat

Belah slit berlapik

Lengan padanan rata

18