reka bentuk spekulatif€¦ · pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang...

29
Emmanuel Tsekleves 1 , Andy Darby 1 , Clarissa Ai Ling Lee 2 , Min Hooi Yong 3 1 Lancaster Imagination, Lancaster University, UK 2 Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development, Sunway University, Malaysia 3 Department of Psychology, Sunway University, Malaysia di Malaysia REKA BENTUK untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan Kumpulan Komuniti ThettleBook of Pengenalan mengenai SPEKULATIF

Upload: others

Post on 30-Oct-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

Emmanuel Tsekleves1, Andy Darby1, Clarissa Ai Ling Lee2, Min Hooi Yong3

1 Lancaster Imagination, Lancaster University, UK

2 Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development, Sunway University, Malaysia

3 Department of Psychology, Sunway University, Malaysia

di Malaysia

REKA BENTUK

untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan Kumpulan Komuniti

ThettleBook ofPengenalan mengenai

SPEKULATIF

Page 2: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

PenghargaanPenerbitan buku ini adalah sebahagian daripada projek1 ProtoPolicyAsia: bagi memperkasa komuniti tempatan dan Kerajaan di Malaysia dalam menangani isu-isu sosial dalam perihal penuaan dan ketidakupayaan. Projek ini dibiayai oleh AHRC sebagai sebahagian daripada GCRF Highlight Notice for International Development: Follow on Funding for Impact and Engagement Scheme (AH/S005684/1). Tujuan ProtoPolicyAsia adalah untuk meningkatkan penyertaan komuniti tempatan dan bekerjasama dengan pihak Kerajaan di dalam penggubalan dasar negara untuk isu-isu penuaan dan ketidakupayaan.

Projek ini melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik), Petrosains - The Science Discovery Centre in Kuala Lumpur, Lancaster University, Sunway University in Malaysia dan United Nations University – International Institute for Global Health in Malaysia.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan daripada Foo Huey Chyun, Shiang Cheng Lim, Sian Lun Lau, Giga Sabir, David Tan, Liza Haslan Tan, dan terutama sekali kepada semua “Champions” daripada komuniti tempatan . Kami turut menghargai usaha dan kerjasama daripada Claire Coulton, Mike Stead, Rachael Hill, dan semua ahli kumpulan di Imagination Lancaster.

Makluman: Sebarang perubahan atau penambahbaikan di masa hadapan akan dilakukan dalam versi Bahasa Inggeris sahaja.

1Rujuk https://protopolicyasia.org/

Page 3: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

KandunganTujuan

Apa Itu Reka Bentuk Spekulatif?

Mengapakah anda patut menggunakan Reka Bentuk Spekulatif untuk menangani cabaran komuniti?

Kajian Kes dalam menangani cabaran komuniti menggunakan Reka Bentuk Spekulatif

Bagaimana untuk menggunakan Reka Bentuk Spekulatif untuk menangani cabaran komuniti

Apakah yang saya patut lakukan untuk menggunakan reka ben-tuk spekulatif dalam komuniti

Kesimpulan

Rujukan

C4

5

7

9

18

21

26

27

Page 4: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

TujuanTujuan buku ini adalah untuk menerangkan apa itu reka bentuk spekulatif, manfaatnya kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan kumpulan komuniti dan kaedah penggunaannya untuk kumpulan ini di Malaysia serta negara lain.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan kumpulan komuniti dari seluruh dunia sedang berusaha untuk mencari cara-cara baharu bagi melibatkan para komuniti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam dan Kerajaan tentang perihal cabaran yang sedang dihadapi.

Reka bentuk spekulatif menggunakan pendekatan provokasi, inspirasi dan ulasan kritikal terhadap kebarangkalian alternatif masa hadapan (Dunne & Raby, 2013), yang dapat membantu dalam menangani cabaran komuniti secara kreatif.

4

Page 5: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

Apa Itu Reka Bentuk Spekulatif?The term Internet of Things (IoT) can be traced back to a presentation given by Kevin Ashton1 in the late 1990s. Ashton explained how by using sensors to gather data that could be shared across the company’s com-puter network, they could streamline their supply chain. He called these data-enabled parts of the supply chain the ‘Internet of Things’ and the phrase caught on. What makes the IoT distinct is that rather than people generating data it is the ‘things’ themselves that generate data. Given that computers and machines are quicker and more accurate than people when it comes to data gathering, this means that the IoT presents huge opportunities.2 Ashton was mainly interested in how businesses could be-come more efficient using the IoT in factories, manufacturing plants, and supply chains, but the usage of the term has expanded rapidly to cover a variety of areas—from factories, to hospitals, to homes, to cars—which can be quite confusing. In this book we use the term to describe objects or things that can be interconnected via the Internet. This allows them to be readable, recognizable, locatable, addressable, and/or controllable by computers.

5

Reka bentuk spekulatif merupakan satu pendekatan yang membolehkan pe-mikiran berbentuk jangkaan dan secara kritis tentang masa hadapan (Ster-ling, 2009, Dunne & Raby, 2013).

Reka bentuk spekulatif akan mencetuskan pelbagai persoalan mengenai masa hadapan dengan soalan asas “Bagaimana jika?” seperti Bagaima-na jika perubahan diperlukan?, Bagaimana jika keadaan berbeza? dan Bagaimana jika berlaku perubahan sebegini? dan sebagainya. Reka bentuk ini boleh membantu dalam membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Reka bentuk spekulatif juga akan mencipta senario dengan menggunakan objek yang nyata dan realistik di mana para pereka dapat mencipta sebuah pengalaman berdasarkan masa hadapan yang dibayangkan. Gambaran ini secara lazimnya berbentuk seolah-olah filem fiksyen sains pendek (sci-fi), prototaip interaktif, panduan pengguna untuk teknologi masa hadapan, artikel akhbar, katalog produk/perkhidmatan pengguna dan lain-lain lagi.

Page 6: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

Reka bentuk spekulatif:

• tidak boleh meramalkan masa hadapan namun memberi peluang untuk mengambil kira perkembangan teknologi baharu yang tidak wujud tetapi realistik dalam situasi seharian. Tujuannya adalah untuk membolehkan perbahasan mengenai impikasi terhadap teknologi yang berbeza pada masa hadapan sebelum ia berlaku (Linehan et al., 2014; Lee, 2019).

• lazimnya bersifat provokatif di mana ianya mungkin berunsur politik yang membolehkan perdebatan dan melahirkan persoalan tentang hala tuju masa hadapan masyarakat.

• boleh membentuk senario masa hadapan yang bermasalah (dystopia) untuk mengetengahkan sesebuah isu ataupun senario masa hadapan yang ideal (utopian) sebagai inspirasi kepada agensi awam untuk mencapai matlamat yang lebih besar dan menjangka senario alternatif untuk meneroka masa hadapan yang lebih diingini oleh masyarakat.

Reka bentuk spekulatif dapat digunakan untuk meninjau pandangan masyarakat dan mencetuskan perdebatan mengenai isu-isu berkaitan dasar Kerajaan serta mengkaji semula cabaran yang dihadapi oleh masyarakat. Ia merupakan pendekatan baharu yang membolehkan kumpulan komuniti menyuarakan hasrat mereka.

6

Page 7: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

7

Mengapakah anda patut menggunakan Reka Bentuk Spekulatif untuk menangani cabaran komuniti?Kumpulan komuniti dan pertubuhan seperti NGO memerlukan metodologi / kaedah baharu yang lebih berorientasikan masa hadapan untuk membuat keputusan dengan melihat kemungkinan yang bakal berlaku dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Dengan menerokai masa hadapan, kumpulan komuniti dapat mengenalpasti peluang, cabaran, dan komplikasi yang mungkin akan dihadapi. Dengan kaedah ini dan menerusi artifak nyata, kumpulan komuniti dapat mendemonstrasikan rupa masa hadapan tersebut kepada Kerajaan serta masyarakat awam dan cuba mengenal pasti implikasinya. Ekstrapolasi ini dapat membantu membayangkan kemungkinan yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Page 8: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

Reka bentuk spekulasi membantu kita mengenal pasti potensi dan membayangkan perubahan yang lebih radikal, bersiap-sedia menghadapi perkara yang mungkin berlaku dan membuat perancangan untuk perkara yang diinginkan berlaku.

Pembangunan senario masa hadapan dalam reka bentuk spekulatif di mana kumpulan komuniti melibatkan diri dalam perkhidmatan awam dan teknologi yang semakin membangun penuh dengan cabaran namun ianya bermanfaat. Cabaran ini termasuk untuk memahami teknologi semasa serta teknologi membangun dan melibatkan golongan masyarakat dalam situasi luar biasa. Situasi ini secara lazimnya hanya dikaji oleh golongan pakar.

Kelebihan menggunakan reka bentuk spekulatif antaranya termasuk perkembangan pemahaman terhadap perkhidmatan yang kompleks serta penggunaannya sebagai kaedah refleksi dan soal siasat bagi meramal kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan (Tsekleves et al., 2017). Penggunaan reka bentuk spekulatif dapat merangsang minda peserta untuk mendalami makna dan kesan sesuatu isu dan amat berbeza dengan perbentangan data statistik ataupun bullet point di Powerpoint.

Lebih-lebih lagi, reka bentuk spekulatif menggalakkan dan memberi peluang kepada golongan masyarakat untuk bertanyakan soalan berunsur etika yang sebelum ini tidak dapat dibincangkan melalui perdebatan tipikal. Ia juga dapat meningkatkan pemahaman masyarakat awam serta mempersoalkan pemikiran yang mungkin boleh berubah.

Dalam kajian kes yang berikut, reka bentuk spekulatif dilihat sebagai usaha inovatif bagi melahirkan perasaan empati dan mencetuskan pemikiran kreatif dalam kalangan masyarakat. Kaedah ini dilihat lebih berkesan berbanding dengan menggunakan medium komunikasi tradisional daripada pihak Kerajaan seperti laporan bertulis dan sebagainya.

Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan yang mendalam terhadap sesuatu isu dalam kajian. Ini dapat melahirkan hubungan yang erat antara masyarakat sebagai peserta dalam proses penggubalan dasar dan pihak NGOs sebagai penyelidik. Penggunaan reka bentuk spekulatif serta penglibatan komuniti berpotensi untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat awam terhadap cabaran masyarakat, persepsi serta dasar tertentu.

8

Page 9: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

. Kajian Kes dalam menangani cabaran komuniti menggunakan Reka Bentuk Spekulatif

9

Pelbagai kaedah reka bentuk spekulatif telah dikaji oleh para penyelidik dan kumpulan komuniti dari Kanada (Kajian Kes 1), Malaysia (Kajian Kes 2), dan Amerika Syarikat (Kajian Kes 3) untuk menilai potensi reka bentuk spekulatif untuk yang menyumbang kepada penglibatan komuniti dalam menangani cabaran komuniti. Kajian kes tersebut adalah seperti berikut:

Page 10: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

10

Kajian Kes 1Thinking with Chemical Stories: A Design Fiction Pilot mempertemukan golongan seniman, pereka dan para akademik yang berkelainan upaya untuk mengenali potensi masa hadapan dengan mengambil kira interaksi antara bahan kimia, kesihatan, serta ketidakupayaan melalui penciptaan menerusi reka bentuk spekulatif (Darby, 2018). Projek ini disampaikan di bawah pengarahan Dr. Esther Ignagni dari Universiti Ryerson dan dibiayai oleh dana Women’s Xchange Challenge dan ditadbirkan melalui Women’s College Hospital di Toronto serta Seed Grant daripada Faculty of Community Services, Universiti Ryerson.

Bengkel sepanjang lima hari yang diadakan di Toronto, Kanada pada tahun 2017 ini telah difasilitasi oleh seorang pengkaji reka bentuk spekulatif. Kumpulan ini terdiri daripada 5 orang peserta daripada bidang kesenian dan 4 orang peserta daripada bidang akademia, Universiti Ryerson dan Universiti Sheffield (UK). Para peserta telah direkrut menerusi hubungan sedia-ada antara organisasi, Creative Users, dan para akademik Universiti Ryerson. Peserta telah dipilih dengan mengambil kira minat serta potensi mereka untuk menyumbangkan tema dan pendapat berkenaan bidang topik tersebut.

Melalui bengkel reka bentuk spekulasi, para peserta mendalami ‘bagaimana ketidakupayaan dapat dibayang dan digambarkan semula sebagai cara hidup yang diingini dalam pertembungan bahan kimia’ (Chandler et al., 2019). Beberapa konsep reka bentuk spekulatif dicipta sepanjang minggu tersebut. Namun begitu, reka bentuk spekulatif utama hasil bengkel ini adalah Painsonic. Reka bentuk spekulatif ini dihasilkan melalui bengkel ini menggunakan prototaip ringkas lengan 3D modular menggunakan pita selofan, pelekat serta laman sesawang palsu (mocked-up) Facebook yang membayangkan penggunaan produk tersebut di dunia nyata. Produk sistem Painsonic memperkenalkan rangkaian pakaian yang diuruskan menerusi aplikasi telefon.

‘Painsuit’ tersebut direka menggunakan teknologi vibra-tactile dan fabrik organik dan dapat menjana kadar kesakitan sebagai suatu alternative untuk mengumpul dan dihubungkan dengan pengurusan kesakitan

Page 11: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

11

farmaseutikal. Setelah bengkel berakhir, kumpulan tersebut telah memperkembangkan idea tersebut dan mempersembahkannya ke laman sesawang korporat pada tahun 2022. Laman sesawang tersebut, www.painsonic.com, memaparkan penggunaan aplikasi model wireframe tersebut, struktur harga dan testimoni pelanggan.

Pelbagai tema muncul daripada proses penciptaan reka bentuk spekulatif, refleksi dan perkongsian Painsonic dalam konteks akademik. Proses perbincangan isu-isu tersebut melalui reka bentuk spekulatif membantu dalam mengetengahkan perspektif terpinggir. Hasil yang paling utama daripada kajian ini adalah pembangunan prototaip tersebut, di mana rangkaian pakaian tersebut dilihat oleh peserta sebagai suatu isu proto-activisme yang boleh mempertimbangkan kesan tekno-ableisme2. Walaupun projek ini tidak bertujuan untuk dikaitkan dengan penggubalan dasar, projek ini telah menunjukkan potensi reka bentuk spekulatif dalam penggubalan dasar untuk mencerminkan, merangkumi, dan menangani kebimbangan para aktivis.2Tekno-ableisme: kedudukan retorik melibatkan isu ketidakupayaan dan teknologi yang menggalakkan ableisme

Rajah 1: Peserta prototaip lengan modular Painsonic pain-suit mengguna-kan pita selofan, pelekat dan kertas.

Page 12: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

At the bottom of the trough of disillusionment and before the slope of en-lightenment there is the so-called ‘chasm’. This part of the diagram repre-sents a place where many technologies get stuck. Some technologies get stuck here permanently and will never become widely adopted, for others they may go through the cycle again, but usually will have to face the chasm again. A good example of this is Virtual Reality (VR). In the 1980s and 90s VR technology attracted huge amounts of hype and was prom-ised as the future of gaming. Quickly, interest subsided, and the technol-ogy got stuck in the chasm. But then in the 2010s interest in VR re-ignited, initially by the company Oculus Rift, and then also from an array of other companies. Today, with several VR products on the market, only time will tell whether the technology will get across the chasm and become widely adopted.

12

Kajian Kes 2Projek ImaginAging mengkaji bagaimana reka bentuk spekulatif dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam penetapan agenda dasar berkaitan isu penuaan di bandar.

ImaginAging menggunakan metodologi penyelidikan co-design serupa dengan ProtoPolicy. Projek ini melibatkan 2 jenis responden yang terdiri daripada golongan warga emas yang hidup berdikari daripada pelbagai komuniti dan golongan pakar. Reka bentuk spekulatif dicipta oleh para peserta bengkel yang kemudiannya ditambah baik oleh penyelidik untuk menghasilkan prototaip yang lebih berkualiti.

Dalam bengkel tersebut, isu kesihatan telah diketengahkan sebagai isu utama bagi warga emas, diikuti dengan isu keupayaan untuk hidup berdikari. Ciri-ciri kesihatan yang baik berkait rapat dengan cara pemakanan dan nutrisi. Satu kumpulan peserta dalam bengkel tersebut juga telah memilih untuk memfokuskan kepada pengurangan pengambilan gula dalam pemakanan mereka. Kumpulan ini mencipta konsep reka bentuk spekulatif ‘Malaysia Bebas Daripada Gula 2050 (Sugar-free

Rajah 2: Mencipta konsep reka bentuk spekulatif bersama golongan warga emas di Malaysia.

Page 13: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

13

Malaysia 2050)’ dan menghasilkan dua prototaip. Cadangan ini bermula melalui ramalan dua berita utama yang berbeza dalam surat khabar pada tahun 2050. Salah satunya menyampaikan manfaat inisiatif dasar ini kepada Malaysia dari segi kesihatan, ekonomi dan perkembangan sosial dan satu lagi menyampaikan kesan terhadap kadar pengambilan gula yang tinggi secara berterusan di Malaysia. Satu reka bentuk spekulatif ‘sugar neutraliser’ juga telah dicipta sebagai gambaran sebuah produk masa hadapan yang menunjukkan potensi kemunculan pasaran baharu untuk produk yang dapat menghapuskan kandungan gula dalam minuman masa hadapan yang menunjukkan potensi kemunculan pasaran

Rajah 3: Reka bentuk spekulatif ‘Malaysia Bebas Daripada Gula 2050 (Sug-ar-free Malaysia 2050)’.

Page 14: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

baharu untuk produk yang dapat menghapuskan kandungan gula dalam minuman dan makanan. Prototaip reka bentuk spekulatif ini bertujuan mencetuskan perdebatan awam tentang kesan gula dalam pengambilan makanan di Malaysia dan kaedah untuk menangani masalah ini di peringkat dasar. Komen seorang peserta bengkel menunjukkan hasil cadangan mereka mengenai Negara Bebas Gula (Sugar-free) yang memerlukan penglibatan dari pihak Kerajaan dan masyarakat berbilang generasi:

“Kita sudah mengenal pasti satu visi, iaitu kita mahukan Malaysia yang bebas daripada gula pada tahun 2050. [tercungap-cungap] tahun 2050 kerana gula ini ada dalam setiap aspek hidup kita, pemakanan dan sebagainya, dan sudah tentu, akan mengambil masa yang lama untuk membuat orang berkata ‘Saya tidak mahu menggunakan gula’, ini melibatkan perubahan pengurusan dan pemikiran yang akan mengambil masa satu generasi ataupun lebih. Jadi, walaupun pada tahun 2050 nanti, kita masih akan menghadapinya langkah demi langkah. Mungkin dalam lebih kurang setiap lima tahun, kita akan dapat menetapkan pelbagai strategi, pelan tindakan bagi melancarkan uh… ekonomi bebas gula, ya. Rasionalnya pada waktu kini, 40 peratus kanak-kanak di sekolah kita adalah obes. Tidak silap saya - BMI mereka adalah 25 dan ke atas.” [Kata-kata seorang peserta bengkel]

Projek ini menyasarkan untuk mengubah pendekatan top-down yang sering digunakan dalam penggubalan dasar yang kurang mengambil kira dan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap pengalaman hidup dan kepentingan para penerima manfaat yang dimaksudkan. Penggubal dasar dapat memahami bahawa menjangka sebuah masalah yang kemudiannya dapat menghasilkan sebuah prototaip penyelesaian jangka masa panjang adalah lebih kompleks dan memerlukan pertimbangan yang sistematik berbanding kaedah untuk mengenal pasti jurang dasar.

Penemuan projek ImaginAging menunjukkan bahawa meskipun pada awalnya para peserta agak keberatan untuk menggunakan reka bentuk spekulatif, mereka dapat menggunakan kaedah ini untuk mencapai hasil yang mantap, iaitu mencipta sebuah masa depan yang mereka inginkan yang juga sesuai untuk generasi akan datang. Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk merealisasikan impian mereka dengan cara bukan konvensional dan menzahirkan kreativiti mereka pada waktu semasa dan akan datang.

14

Page 15: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

15

Kajian Kes 3Dalam projek ini, Near Future Laboratory3 telah mengkaji potensi kereta pandu-sendiri pada masa hadapan dan implikasinya dalam dasar bandar . Para peserta telah mencipta artifak nyata dari masa hadapan, iaitu kereta pandu-sendiri untuk mencetuskan perbincangan yang mempersoalkan isu kenderaan autonomi secara keseluruhannya. Mereka telah menjalankan sebuah bengkel di persidangan Interaction Design Association Conference pada tahun 2015 dengan kolaborasi bersama pelajar California College of the Arts dan peserta-peserta persidangan untuk mencipta rekaan interaksi bagi sebuah kereta pandu-sendiri. Mereka mengenal pasti beberapa butiran secara dalam, serta membincangkan topik yang diketahui dan mengusulkan topik yang tidak diketahui. . Hasilnya, Quick Start Guide (‘Helios quick start guide’4) telah diterbitkan bagi sebuah teknologi yang berpotensi untuk mengubah mobiliti masa hadapan.

3Rujuk: http://qsg.nearfuturelaboratory.com/?mc_cid=d6c93f53ca&mc_eid=4f18920feb 4Quick-start guide boleh didapati secara percuma di: https://shop.nearfuturelaboratory.com/products/helios-pilot-quick-start-guide

Rajah 4: Reka bentuk spekulatif Helios Quick-start guide (Sumber: http://nearfuturelaboratory.com/).

Page 16: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

16

Dengan memberi gambaran masa hadapan di mana kereta pandu-sendiri merupakan suatu kebiasaan serta gabungan bersama jenama terkenal hari ini, artifak ini telah memberi mereka peluang untuk mengeksplora-si perkhidmatan tambahan dan mempersoalkan tentang masa hadapan masyarakat.

Misalnya, gabungan teknologi pandu-sendiri dan Uber menimbulkan so-alan-soalan berikut, sebagai contoh, bagaimana jika kereta pandu-sendi-ri dapat diintegrasikan ke dalam sistem rangkaian teksi untuk menjana pendapatan ekstra apabila tidak digunakan. Akan tetapi, bagaimana jika anda terlupa dan meninggalkan beg shopping mereka dalam kereta setelah menetapkannya dalam mod Uber?

Bagaimana jika wujudnya suatu sistem geo-fencing sebagai mekanisme untuk mengawal pergerakan – dan kelajuan – kereta tersebut apabila ianya digunakan oleh anak remaja anda untuk ke latihan bola sepak. Adakah anda akan menerima diskaun apabila anda menghantar kereta ini untuk mendapatkan makan malam di Pizza Hut; adakah anda perlu membawa kereta ke gudang Amazon Pantry Pickup untuk membeli ba-rangan keperluan harian? Bagaimana jika teknologi ini akan memboleh-kan pengguna untuk tidur seketika dalam perjalanan ke tempat kerja, lalu meningkatkan produktiviti?

Dalam sebuah projek yang berkaitan , bagi mengkaji implikasi kereta pandu-sendiri dalam dasar perancangan bandar, kumpulan tersebut telah menyediakan sebuah peta fizikal untuk sebuah bandar yang boleh diedarkan kepada penduduk tempatan dan pelancong. Ini telah men-imbulkan persoalan tentang isi kandungan peta tersebut dan kepentin-gannya. Ini telah mencetuskan pendebatan tentang cabaran yang bakal dihadapi, kegagalan yang mungkin dihadapi, jenama-jenama perkhid-matan, penanda baharu, dan sebagainya.

5Rujuk: https://shop.nearfuturelaboratory.com/products/self-driving-geneva?mc_cid=d6c93f-53ca&mc_eid=4f18920feb

Page 17: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

17

Rajah 5a dan 5b: Penggunakan jenama terkenal untuk menempatkan reka bentuk spekulatif dalam masa depan yang dikenali (Sumber: http://nearfu-turelaboratory.com/)

Page 18: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

18

Bagaimana untuk menggunakan Reka Bentuk Spekulatif untuk menangani cabaran komunitiUntuk memulakan reka bentuk penyelidikan, ruang dasar perlu dikenal-pasti dan isu-isu utama untuk dipertimbangkan perlu ditetapkan. Kemudi-an, menyediakan soalan untuk penyelidikan dan menentukan jenis, tahap dan jangka masa bagi penyertaan awam serta penglibatan pereka speku-latif dengan membangunkan reka bentuk penyelidikan yang ringkas. Pen-etapan isu-isu utama perlu dipastikan untuk proses pengumpulan data dan mempertimbangkan pendekatan yang bersesuaian dengan analisis kualitatif seperti pengkodan bertema (thematic coding) dan analisis isi kandungan (content analysis).

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan reka bentuk spekulatif da-lam menangani cabaran komuniti iaitu secara selari atau bersiri, bersama kaedah-kaedah lain atau secara bersendirian. Berikut merupakan tiga huraian projek yang menggambarkan beberapa reka bentuk spekulatif dalam reka bentuk penyelidikan cabaran komuniti:

Page 19: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

19

1. NGO atau kumpulan komuniti melantik seorang pereka spekulatif untuk menciptakan artifak spekulatif sebagai provokasi kritikal untuk perbincangan tertutup sesama sendiri. Tujuan projek ini adalah untuk menunjukkan sudut pandangan yang kompleks atau luar biasa kepada penggubal dasar untuk dipertimbangkan dalam isu dasar yang lazim.

2. NGO atau kumpulan komuniti melantik seorang pereka spekulatif untuk mencipta artifak spekulatif sebagai provokasi kritikal untuk perbincangan terbuka sesama kumpulan utama di mana perbincangan tersebut juga akan dirakam. Tujuan projek ini adalah untuk mencetuskan perdebatan tentang isu-isu kompleks dan mendapat gambaran maklum balas daripada masyarakat awam terhadap satu kemungkinan yang radikal.

3. NGO atau kumpulan komuniti melantik seorang fasiitator reka bentuk spekulatif untuk membantu kumpulan dasar untuk mengenali sesuatu ruang dasar. Mereka berkerjasama untuk menghasilkan idea artifak spekulatif yang merangkumi cadangan mereka terhadap isu tersebut. Berdasarkan hasil kerjasama dengan komuniti tersebut, pereka spekulatif akan memperkembangkan konsep yang telah dibangunkan dan membawa semula artifak spekulatif untuk perbincangan lanjut dan pengesahan. Reka bentuk spekulatif ini seterusnya dikongsi bersama golongan komuniti yang lebih luas melalui siri bengkel yang terbuka kepada orang ramai. Maklum balas akan diambil dan digunakan untuk memahami jangkaan faedah yang bakal diperoleh serta keperluan dan kebolehlaksanaan reka bentuk spekulatif tersebut untuk membantu dalam penggubalan dasar. Tujuan projek ini adalah untuk mengenali ruang sesuatu dasar, mengetengahkan pemahaman masyarakat awam tentang isu-isu yang kompleks dan mencetuskan perdebatan yang beretika serta memperoleh gambaran maklum balas masyarakat awam terhadap kebarangkalian yang disampaikan walaupun dalam bentuk cadangan penyelesaian ataupun kritikan.

Penggunaan kaedah reka bentuk spekulatif dalam menangani cabaran komuniti boleh digunakan oleh pereka spekulatif, kumpulan peserta (participatory groups) yang dibantu oleh pereka spekulatif, ataupun penyelidik berkaitan.

Page 20: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

20

Reka bentuk spekulatif boleh dilaksanakan melalui 2 bentuk pemikiran iaitu pemikiran yang dapat menjangka masa hadapan dan keberangkalian yang boleh berlaku (anticipatory) atau mempertimbangkan alternatif masa hadapan terhadap kebarangkalian yang boleh berlaku (exploratory) untuk mencipta artifak yang menyokong ataupun membantah status quo hari ini. Pemahaman mengenai cadangan penyelesaian terhadap sesuatu isu ini akan dapat diperoleh melalui proses penciptaan reka bentuk spekulatif dan juga melalui proses perkongsian artifak spekulatif. Artifak ini boleh digunakan dalam proses sebagai input kepada perkembangan reka bentuk spekulatif yang baharu ataupun sebagai output bagi mencetuskan perdebatan. Dengan ini, perdebatan dapat tercetus dalam kalangan tertentu, ataupun secara meluas dalam kalangan masyarakat awam agar dapat menjana penghayatan yang lebih mendalam terhadap sesuatu isu.

Dalam reka bentuk spekulatif untuk projek berkaitan komuniti, pengurus projek perlu melihat parameter reka bentuk penyelidikan yang telah dibincangkan dari pelbagai sudut. Walaupun sesetengahnya wujud secara perbandingan namun pemikiran eksploratory/antisipatory, membantah/menyokong dan pembuatan/perkongsian mungkin dilaksanakan dalam keadaan ketegangan yang produktif. Pemilihan parameter reka bentuk penyelidikan lazimnya berdasarkan kepada soalan penyelidikan, bidang dan tahap penggunaan paradigma penyertaan. Akan terdapat persoalan mengenai keberkesanan bilangan peluang penyertaan, perbincangan kreatif dan perundingan dalam parameter reka bentuk penyelidikan memandangkan penggunaan reka bentuk spekulatif dalam menangani cabaran komuniti ini berkesan dengan saiz sampel peserta yang kecil. Namun begitu, kaedah ini harus diakui sebagai satu ciri kepada kaedah kualitatif dan bukan satu kekangan kaedah kuantitatif.

Artifak yang dicipta melalui reka bentuk spekulatif dalam projek menangani cabaran komuniti menggabungkan penglibatan serta hala tuju masyarakat terhadap isu semasa dengan isu etika dan politik. Kedua-duanya mengarah kepada pemeriksaan terhadap potensi sosial dan teknologi serta pandangan konkrit terhadap persilangan tersebut. Oleh itu, ianya dapat difahami sebagai tindakan berbentuk penerokaan ataupun penyiasatan yang berbeza tahap kebarangkalian atau keperluan.

Page 21: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

21

Apakah yang saya patut lakukan untuk menggunakan reka bentuk spekulatif dalam komunitiTerdapat kemungkinan besar bahawa masa hadapan yang berbeza akan bersaing untuk menjadi keutamaan, bersilang dan berinteraksi dalam cara yang tidak dapat dijangka. Ianya boleh bermula daripada perkara yang kecil hingga menjadi suatu trend. Maka, di manakah perlu kita mencari petanda kecil dan tanda-tanda awal perubahan tersebut? Bagaimanakah kita mengenal pasti apa yang patut kita fikirkan?

Anda mungkin menggunakan sesuatu seperti peta trend (trend map) yang mungkin terdapat banyak peluang garis persilangan dan mungkin bekerja dengan trend setiap hari ataupun di perantaraan dua situasi tersebut.

Page 22: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

22

Kerangka PESTLE mungkin dikenali ramai kerana sering digunakan dalam pengurusan risiko di mana pelbagai tajuk/topik dimasukkan di bawah setiap kategori yang bersesuaian. PESTLE merupakan singkatan kepada P untuk Political (Politik), E untuk Economic (Ekonomi), S untuk Social (Sosial), T untuk Technological (Teknologi), L untuk Legal (Undang-undang) and E for Environmental (Persekitaran). Kerangka ini memberi perspektif yang menyeluruh dari setiap sudut untuk diambil kira sementara memikirkan mengenai idea/pelan tindakan. Teknologi merupakan gangguan terbesar masyarakat pada masa kini.

Sehubungan itu, banyak isu-isu yang boleh dipertimbangkan dari sudut ini yang mana seterusnya akan menjadi asas reka bentuk spekulatif. Selain itu, terdapat faktor pergolakan Politik yang perlu diambil kira dan dari sudut Ekonomi perkembangan dan penurunan ekonomi yang pantas atau perlahan perlu dilihat. Pelbagai jenis peralihan Sosial juga sering berlaku dan Undang-undang turut berubah dengan berlakunya kes undang-undang dan kes duluan (precedent). Trend jangka masa panjang dari sudut Persekitaran juga tidak boleh diabaikan.

Rajah 6: Contoh peta trend (trend map) (Sumber: Richard Watson, www.nowandnext.com, 2019).

Page 23: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

23

Penggunaan kerangka PESTLE ini adalah cara yang baik dalam mengenal pasti trend dan tema yang berbeza. Soalan dalam jadual berikut akan membantu anda untuk bermula. Gabungan trend merupakan kaedah yang baik untuk membangunkan spekulasi yang menarik.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan spekulasi:

1. Mengenal pasti satu bidang topik seterusnya memikirkan -isu-isu dalam bidang ini dan kesannya terhadap kelompok masyarakat yang berbeza.

2. Mengenal pasti satu atau beberapa trend semasa yang akan membentuk pemahaman dalam sesuatu bidang topik serta menyemarakkan lagi isu tersebut seterusnya memikirkan bagaimana trend yang dikenal pasti berinteraksi dengan bidang topik.

3. Memikirkan secara khusus bagaimana trend teknologi mungkin berinteraksi sesama sendiri dan juga dengan bidang topik yang dipilih.

4. Menghasilkan spekulasi berdasarkan titik persilangan ini dengan merangka seberapa banyak soalan “Bagaimana jika?” yang boleh. Gabungkan idea-idea tersebut dan yakini persoalan-persoalan anda. Sebagai contoh, berikut merupakan beberapa soalan “Bagaimana jika?” daripada buku Dunne dan Raby terbitan tahun 2013, Speculative Everything: Design, Fiction and Social Dreaming, “Bagaimana jika tisu manusia dapat digunakan untuk mencipta objek?

Figure 7. Using the PESTLE framework to develop speculations.

Page 24: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

24

Bagaimana jika barang kegunaan harian mengandungi komponen hidup yang dicipta secara sintetik. Bagaimana jika kita boleh menilai potensi genetik antara pasangan kekasih? Bagaimana jika kita boleh menggunakan deria bau untuk memilih pasangan hidup yang sepadan? Bagaimana pula jika perasaan kita dapat dibaca menggunakan mesin?”.

5. Berdasarkan kepada spekulasi yang telah dicipta tersebut, tumpukan perhatian kepada spekulasi luar biasa dan yang agak provokatif. Semakin banyak spekulasi yang dicipta semakin cenderung untuk anda menemui sesuatu yang menarik.

Reka bentuk spekulatif atau hasilnya lahir daripada spekulasi. Oleh itu, penghasilan idea untuk sebuah produk, perkhidmatan atau gabungan produk dan perkhidmatan dapat membantu dalam mengolah kisah produk atau perkhidmatan tersebut. Apabila seseorang mempunyai satu masalah, penyelesaiannya disampaikan dalam bentuk rekaan. Seterusnya beban masalah tersebut dapat dikurangkan ataupun diatasi yang menyebabkan kehidupan seseorang itu berubah.

Adalah perlu untuk memahami kisah sesuatu produk yang bakal dihasilkan di mana ianya boleh dimulakan dengan menghasilkan satu senario dengan memperkenalkan ciri-ciri produk tersebut.

Rajah 8: Menghasilkan prototaip reka bentuk spekulatif, ‘hasil benda (things)

Page 25: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

25

Perkara ini boleh dilakukan secara lebih produktif dengan membuat satu versi senario tersebut untuk menyelidik ciri produk tersebut dengan lebih mendalam dan bagaimana ianya berfungsi serta manfaatnya kepada pengguna. Sekiranya produk itu tidak dapat dicipta secara nyata, kaedah lain boleh digunakan untuk menggambarkannya. Contohnya; penyediaan kertas kerja, panduan arahan, risalah, dan sebagainya boleh digunakan dalam membentuk hujah atau menceritakan kisah produk tersebut melalui kaedah pelaporan bertulis.

Kita juga perlu ingat bahawa produk sebegini hanya boleh wujud dalam konteks tertentu dan reka bentuk keseluruhannya menggambarkan bagaimana dunia yang dibayangkan beroperasi dan bagaimana dunia tersebut berbeza dengan dunia nyata.

Reka bentuk spekulatif merupakan eksperimen pemikiran (thought experiment) yang menggalakkan kita untuk berfikir tentang dunia dengan cara berbeza. Untuk berbuat demikian, penyataan mengenai rekaan yang dihasilkan akan digunakan untuk menimbulkan perdebatan. Oleh itu, adalah penting untuk menguji reka bentuk spekulatif yang dihasilkan untuk melihat berapa daripada rekaan tersebut berjaya mencetuskan pemikiran yang berbeza.

Kaedah ini juga boleh menggunakan pendekatan melalui perspektif biasa atau luar biasa. Antara persoalan yang timbul antaranya: Adakah idea ini berubah apabila berunsur biasa/harian? Atau adakah idea ini lebih penting jika berbentuk luar biasa?. Idea ini bukan fantasi tetapi kurang terikat kepada dunia nyata dan kehidupan seharian. Bagaimanakah perubahan ini dengan soalan-soalan tadi atau perspektif yang berubah boleh membantu untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Bagaimanakah idea ini dapat menceritakan mesejnya atau membentangkan hujahnya?.

Kesimpulannya, reka bentuk spekulatif pada dasarnya bermula dengan mempersoalkan “Bagaimana jika?” sebagai titik permulaan. Bagaimana jika perkara ini wujud? Bagaimana jika ini wujud dalam bentuk yang paling mudah dan biasa? Bagaimana jika ini wujud dalam bentuk paling kompleks dan luar biasa? dan pada masa tertentu? dan di tempat yang tertentu? Apakah sifat asalnya, apakah daya majunya untuk menjadi kenyataan, dan apakah keperluan komersial dan sosialnya?

Page 26: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

26

KesimpulanKaedah reka bentuk seperti reka bentuk spekulatif berpotensi untuk melahirkan hubungan simbiotik antara kumpulan komuniti, struktur tadbir urus negara dan masyarakat awam. Dengan mengetengahkan reka bentuk spekulatif sebagai medium yang melangkaui batasan sedia ada, kaedah ini akan memberi peluang kepada kumpulan komuniti untuk mempunyai hubungan erat dengan masyarakat awam dan pihak Kerajaan.

Kelebihan reka bentuk spekulatif dalam menangani cabaran komuniti merupakan satu tambah nilai yang diperolehi daripada hasil interaksi di antara NGO dan kumpulan komuniti dengan penggunaan objek fizikal dan nyata, berbanding medium komunikasi tradisional. Interaksi sebegini dapat menyumbang kepada cara menangani cabaran komuniti yang lebih inklusif dan mengenalpasti cabang dasar baharu yang boleh ditangani. Kemungkinan besar laporan Kerajaan yang panjang tidak akan menarik minat kelompok masyarakat sasaran maka tidak dapat menyumbang dalam proses penggubalan dasar.

Akhir sekali, keputusan/hasil carian data dan tema yang dijana melalui reka bentuk spekulatif dapat melahirkan perasaan empati dan penglibatan yang lebih mendalam daripada kumpulan komuniti dan masyarakat awam.

Page 27: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

27

RujukanChandler, E, Ignagni, E, Collins, K, Darby, A & Liddiard, K 2019, ‘Designing Access Together: Surviving the Demand for Resilience’, Canadian Journal of Disability Studies, pp. 293-320.

Darby, A, Ignagni, E, Chandler, E, Collins, K, Liddiard, K, Fisher, L & Tsekleves, E (2018) Of Other Products: Marginalized Perspectives, Speculative Heterotopia and Health Debate. in K Christer, C Craig & D Wolstenholme (eds), Proceedings of the 5th International Conference on Design4Health. vol. 1, Sheffield Hallam University, Sheffield, pp. 114-122.

Dunne, A., & Raby, F. (2013) Speculative Everything: Design, Fiction, and Social Dreaming. MIT Press.

Kirby, D. (2010). The future is now: Diegetic prototypes and the role of popular films in generating real-world technological development. Social Studies of Science, 40(1), 41-70.

Lee, C.A.L (2019). What Science Fiction Can Demonstrate About Novelty in the Context of Discovery and Scientific Creativity. Foundations of Science. 21 pages.

Linehan, C., Kirman, B. J., Reeves, S., Blythe, M. A., Tanenbaum, J. G., Desjardins, A., & Wakkary, R. (2014). Alternate endings: using fiction to explore design futures. In CHI’14 Extended Abstracts on Human Factors in Computing Systems. ACM Press. 45–48.

Sterling B. (2009) Design fiction. Interactions, 16(3), 20-4.

Tonkinwise, C. (2014). How We Intend to Future: Review of Anthony Dunne and Fiona Raby, Speculative Everything: Design, Fiction, and Social Dreaming. Design Philosophy Papers, 12(2), 169-187.

Tsekleves, E., Darby, A., Whicher, A., & Swiatek, P. (2017) Co-designing design fictions: a new approach for debating and priming future healthcare technologies and services. Archives of Design Research, 30(2), 5-21

Voss, G., Revell, T., & Pickard, J. (2015). Speculative Design and the Future of an Ageing Population Report 1: Outcomes. Government Office for Science. Retrieved August, 2017, https://www.gov.uk/government/publications/future-of-ageing-speculative-design-workshops

Page 28: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

28

Page 29: REKA BENTUK SPEKULATIF€¦ · Pelaksanaan kajian dengan kaedah reka bentuk spekulatif yang berunsurkan minat dan pandangan peserta dapat melahirkan perasaan empati dan penghayatan

29