refleksisintaksi3110

3
REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya dapat juga saya siapkan tugasan Sintaksis Bahasa Melayu Sekolah Rendah(BMM 3110) ini. Sememangnya subjek sintaksis ini sangat penting dalam pengajaran dan Pembelajaran Bahasa melayu. Sebagai seorang guru, kita perlu menitikberatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya berasa sudah cukup berpuas hati dengan usaha memberi tunjuk ajar kepada murid- murid di dalam kelas saya. Pelbagai usaha telah pun saya buat bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Namun setelah saya menemui lebih banyak pendedahan berkenaan dengan sintaksis Bahasa Melayu dalam tugasan ini, saya merasakan saya perlu menambahbaik proses pengajaran saya selepas ini. Ada banyak cara yang belum saya teroka sebelum ini. Rupa-rupanya tanpa saya sedari, lebih banyak pengetahuan dalam tugasan ini yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi pencapaian murid-murid. Dalam menjalankan tugasan ini, pada mulanya banyak masalah yang saya hadapi. Sememangnya banyak pengetahuan tentang pembentukan perkataan serta struktur binaan ayat yang saya baru temui semasa menjalankan tugasan ini. Saya akui terlalu banyak dugaan yang terpaksa saya tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan sintaksis BMM3110 ini. Masa untuk saya tumpukan kepada tugasan ini agak terhad memandangkan tugasan yang terpaksa saya pikul di sekolah sangat mencabar. Dengan adanya tugasan tambahan di waktu petang bagi membimbing calon-calon UPSR, masa untuk saya

Upload: stephen-lawson

Post on 24-Sep-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

REFLEKSISyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya dapat juga saya siapkan tugasan Sintaksis Bahasa Melayu Sekolah Rendah(BMM 3110) ini. Sememangnya subjek sintaksis ini sangat penting dalam pengajaran dan Pembelajaran Bahasa melayu. Sebagai seorang guru, kita perlu menitikberatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya berasa sudah cukup berpuas hati dengan usaha memberi tunjuk ajar kepada murid-murid di dalam kelas saya. Pelbagai usaha telah pun saya buat bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Namun setelah saya menemui lebih banyak pendedahan berkenaan dengan sintaksis Bahasa Melayu dalam tugasan ini, saya merasakan saya perlu menambahbaik proses pengajaran saya selepas ini. Ada banyak cara yang belum saya teroka sebelum ini. Rupa-rupanya tanpa saya sedari, lebih banyak pengetahuan dalam tugasan ini yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi pencapaian murid-murid. Dalam menjalankan tugasan ini, pada mulanya banyak masalah yang saya hadapi. Sememangnya banyak pengetahuan tentang pembentukan perkataan serta struktur binaan ayat yang saya baru temui semasa menjalankan tugasan ini. Saya akui terlalu banyak dugaan yang terpaksa saya tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan sintaksis BMM3110 ini. Masa untuk saya tumpukan kepada tugasan ini agak terhad memandangkan tugasan yang terpaksa saya pikul di sekolah sangat mencabar. Dengan adanya tugasan tambahan di waktu petang bagi membimbing calon-calon UPSR, masa untuk saya tumpukan kepada tugasan ini adalah agak terhad. Saya juga tidak terlepas dengan tanggungjawab membimbing calon-calon UPSR di waktu malam. Agak tertekan dengan tugasan ini hingga saya terpaksa berjaga hingga jauh malam bagi menyiapkan tugasan ini. Berbekalkan kecekalan dan semangat saya tempuhinya dengan tenang dan sabar. Penerangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pensyarah banyak membantu saya menyelesaikan kerja kursus ini. Maklumat dari internet juga banyak membantu saya mengharungi tugasan ini. Tidak kurang juga maklumat yang saya dapati dari perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam yang bergerak ke sekolah. Pengetahuan dan pengalaman ini akan saya gunakan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran saya di sekolah selepas ini. Ahamdulillah, sekali lagi saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Encik Suhaimi bin Ibrahim selaku pensyarah Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110). Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga terimakasih kepada para sahabat yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu, anak-anak dan suami yang memahami tugas saya dan banyak berkorban tenaga dan masa untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian sangat saya hargai. Hanya Allah yang dapat membalasnya kelak. Insyaallah. Sekian, terima kasih.Disediakan oleh,..................................................(NORLIDA BT HASSAN)