refleksi kerja kursus moral keseluruhan

of 3 /3
REFLEKSI KERJA KURSUS MORAL KESELURUHAN Syukur Alhamdulillah, berkat doa dan izin-Nya maka dapatlah saya siapkan kerja kursus untuk Subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105). Di ruang ini juga, tidak saya lupakan pensyarah yang membimbing, memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan tingkah laku anak didik beliau yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing. Sering kita dengar dan lihat murid-murid mengatakan bahawa antara mata pelajaran yang paling membosankan di kelas ialah Bahasa Melayu. Benarkah kenyataan ini?. Pandangan saya, kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Melalui pengetahuan dan pengalaman saya semasa menjadi murid di sekolah dahulu, yang sebenarnya menjadi faktor kepada ketidakminatan murid itu dalam sesuatu mata pelajaran adalah melalui bagaimana sesuatu perancangan dan pelaksanaan seseorang guru itu di dalam kelas. Di samping itu, sesuatu mata pelajaran itu akan menjadi tidak menarik jika bahan dan juga cara gaya tersebut menyampaikan tidak menarik serta tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu, sesuai dengan peredaran semasa yang penuh cabaran teknologi kini, murid- murid sebenarnya lebih suka dan tertarik jika pengajaran seseorang guru itu dapat diaplikasikan menggunakan teknologi semasa dan lebih mencabar. Oleh itu, kursus ini banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada saya untuk digunakan sebagai

Author: chika-tobby

Post on 30-Jun-2015

355 views

Category:

Data & Analytics


0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

  • 1. REFLEKSI KERJA KURSUS MORAL KESELURUHANSyukur Alhamdulillah, berkat doa dan izin-Nya maka dapatlah saya siapkankerja kursus untuk Subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MelayuBerbantukan Komputer (BMM3105). Di ruang ini juga, tidak saya lupakan pensyarahyang membimbing, memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan tingkah lakuanak didik beliau yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing.Sering kita dengar dan lihat murid-murid mengatakan bahawa antara matapelajaran yang paling membosankan di kelas ialah Bahasa Melayu. Benarkahkenyataan ini?. Pandangan saya, kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali.Melalui pengetahuan dan pengalaman saya semasa menjadi murid di sekolahdahulu, yang sebenarnya menjadi faktor kepada ketidakminatan murid itu dalamsesuatu mata pelajaran adalah melalui bagaimana sesuatu perancangan danpelaksanaan seseorang guru itu di dalam kelas. Di samping itu, sesuatu matapelajaran itu akan menjadi tidak menarik jika bahan dan juga cara gaya tersebutmenyampaikan tidak menarik serta tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Selainitu, sesuai dengan peredaran semasa yang penuh cabaran teknologi kini, murid-muridsebenarnya lebih suka dan tertarik jika pengajaran seseorang guru itu dapatdiaplikasikan menggunakan teknologi semasa dan lebih mencabar. Oleh itu, kursusini banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada saya untuk digunakan sebagaibahan pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah nanti. InsyaAllah.Sepanjang saya melaksanakan dan membina laman web ini, banyak pengalamandan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedarbahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dandicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alampekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui kursus ini secara tidak langsungsaya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagaisimpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran.Di samping itu, saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik

2. serta menyeronokkan murid. Melalui kursus ini, secara langsung saya dapat belajarbagaimana untuk membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran, misalnya menghasilkan video yang menarik sesuaidengan tajuk dan tema yang hendak di ajar oleh guru tersebut. oleh itu, peluang danruang sepanjang kursus ini dilaksanakan akan saya manfaatkan sebanyak yangmungkin.Sebagai seorang bakal guru, salah satu kemahiran yang perlu dimahiri dan dipelajariialah kemahiran membina dan mengaplikasikan laman web. Saya sedar bahawasegala maklumat masa kini boleh diakses ataupun dicari menggunakan hujung jarisahaja, bermaksud maklumat yang ingin kita capai sungguh mudah dan senangdicapai melalui akses internet. Dengan itu, melalui kursus ini saya dapat belajarbagaimana membina laman sesawang pengajaran dan pembelajaran untuk muridkhususnya untuk subjek Bahasa Melayu (Major saya) di samping dapat memuat naikdan turun bahan yang disalurkan. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran itu akanmenjadi lebih mudah di samping dapat mempertingkatkan kemahiran murid dalammenggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini memberi ruang sertapeluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran teknologimaklumat untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnyadalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kursus ini juga dapatmeningkatkan kemahiran yang dapat membantu serta mempermudahkan prosespenyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan,kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakansemaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.