refleksi kelas tambahan.doc

14
BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI NOR AISHAH BT ABD RAHNI REFLEKSI JAWATANKUASA PROGRAM MENUJU PUNCAK- Kelas Tambahan Ahli Jawatankuasa Makanan dan Minuman PROGRAM MENUJU PUNCAK- kelas tambahan Sebelum Program 1. Berjumpa dengan setiausaha program untuk menanyakan jumlah peruntukan yang diperuntukan dan jumlah murid yang terlibat. 2. Berbincang dengan ahli-ahli AJK yang lain untuk mengenai jenis makanan dan di mana makanan tersebut akan ditempah. 3. Menempah makanan daripada pihak kantin. Semasa program 1. Memastikan murid mendapatkan makanan yang mencukupi. 2. Memastikan semua murid duduk dan membacakan doa. Selepas Program 1. Memastikan persekitaran kantin bersih selepas digunakan. NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Upload: aishahrahni

Post on 11-Feb-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

REFLEKSI JAWATANKUASA PROGRAM MENUJU PUNCAK- Kelas Tambahan

Ahli Jawatankuasa Makanan dan Minuman PROGRAM MENUJU PUNCAK- kelas tambahan

Sebelum Program

1. Berjumpa dengan setiausaha program untuk menanyakan jumlah peruntukan

yang diperuntukan dan jumlah murid yang terlibat.

2. Berbincang dengan ahli-ahli AJK yang lain untuk mengenai jenis makanan dan di

mana makanan tersebut akan ditempah.

3. Menempah makanan daripada pihak kantin.

Semasa program

1. Memastikan murid mendapatkan makanan yang mencukupi.

2. Memastikan semua murid duduk dan membacakan doa.

Selepas Program1. Memastikan persekitaran kantin bersih selepas digunakan.

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 2: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

REFLEKSI INDIVIDU

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya,

kumpulan kami pelajar Program Pensiswazahan Guru (Pendidikan Islam Sekolah

Rendah) dapat menjalankan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3. Dalam Bina Insan

Guru Fasa ini, kami dikehendaki menjalankan program khidmat komuniti dan kami

memilih mengadakan kelas tambahan dan program ini dinamakan Program Menuju

Puncak tahun 6. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan di Sekolah

Kebangsaan Dato Kayaman. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga

sekolah tersebut terutamanya Guru Besar Pn. Norhayati Mohd Yahya dan Encik

Mat Safar Saad Penolong Kanan Kurikulum di atas kebenaran yang diberikan

untuk melaksanakan Big Fasa 3 ini kepada kami pelajar PPG.

Melalui program BIG ini, telah membuka mata saya bahawa aktiviti khidmat

masyarakat ini adalah penting untuk dilaksanakan dan melahirkan semangat

kerjasama yang jitu antara guru-guru . Masing-masing memahami tugas dan

menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Selain itu, dapat saya

simpulkan bahawa sebagai seorang yang berprofesion dalam bidang perguruan,

kita tidak boleh melaksanakan tugasan secara bersendirian.

Melalui perlaksanaan program ini, menunjukkan bahawa seorang guru

sememangnya sentiasa berusaha yang terbaik untuk memastikan murid-muridnya

mencapai pencapaian yang terbaik Walaupun kelas yang diadakan adalah diluar

waktu rasmi pengajaran tetapi cikgu akan sentiasa memberikan pengajaran yang

terbaik untuk anak didiknya. Sebagai seorang guru , kita mestilah sentiasa bersedia

untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang bertujuan untuk kecemerlangan

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 3: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

sekolah. Apalagi kelas tambahan biasanya merupakan aktiviti wajib yang

dijalankan di mana-mana sekolah sama ada di bandar atau luar bandar.

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di

luar waktu persekolahan atau ketika musim cuti persekolahan. Bagi semua

sekolah, kelas tambahan ini merupakan suatu kewajipan untuk memberi peluang

pelajar-pelajar tahun 6 untuk meningkatkan keputusan prestasi UPSR mereka.

Program ini sentiasa menjadi tradisi dan aktiviti tahunan bagi semua pelajar yang

akan menduduki peperiksaan UPSR yang bakal tiba setiap tahun.

Tujuan kelas tambahan ini diadakan adalah sebagai usaha berterusan untuk

murid-murid mencapai keputusan yang cemerlang di dalam bidang akademik.

Disiplin, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi perlu diterapkan kepada

semua murid. Sokongan guru- guru dan ibu bapa amatlah diharapkan agar dapat

menjadi inspirasi kepada murid-murid. Potensi yang ada pada murid-murid perlulah

digilap agar menjadi lebih cemerlang.

Sepanjang menjalankan kelas tambahan untuk pelajar tahun 6, saya dapat melihat

bahawa tahap penguasaan pelajar dalam pembelajaran semakin meningkat dari

masa ke semasa. Hal ini merupakan satu impak yang sangat positif dan bermakna

bagi pelajar-pelajar ini sementara peperiksaan UPSR bakal menjelang pada awal

bulan september yang lalu. Murid-murid di sekolah ini digalakkan mengikuti kelas

tambahan kerana banyak faedah yang mereka boleh perolehi apabila mereka

mengikuti kelas sebegini sebelmu menjelang peperiksaan sebenar.

Ibu bapa juga telah memberikan kerjasama yang baik kerana bersetuju dengan

cadangan yang telah diusulkan oleh guru-guru di sekolah ini dan dapat

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 4: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

menghantarkan anak jagaan mereka untuk hadir ke kelas tambahan ini mengikut

jadual waktu yang telah disediakan oleh guru-guru. Kelas tambahan biasanya

menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh diikuti oleh pelajar secara

percuma tanpa sebarang bayaran. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan

kos perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri

daripada guru-guru yang pakar dalam mata pelajaran tertentu di sekolah itu sendiri.

Apabila pelajar telah mengenali guru-guru mereka sendiri, maka lagi mudahlah

urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru juga telah

mengetahui tahap penguasaan pelajarnya. Kepada pelajar yang lemah akan

diberikan lebih penekanan dan latihan pengayaan manakala bagi pelajar yang

pandai akan diberikan latihan pengukuhan bagi meningkatkan lagi prestasi

perkembangan dan penguasaan mereka terhadap pelajaran.

Antara lain kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan

tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid tersebut untuk menjawab

soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu

pengalaman yang sangat berguna kepada pelajar untuk menghadapi realiti

peperiksaan UPSR yang sebenar nanti. Latihan latih tubi harus dijalankan supaya

pelajar akan lebih biasa dengan soalan-soalan sebenar dan soalan-soalan yang

mencabar minda mereka.

Seterusnya daripada pengalaman yang dialami dalam kelas tambahan juga

berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi

peperiksaan yang mencabar seperti UPSR. Pelajar yang sudah banyak kali

membuat soalan yang hampir serupa akan merasa lebih yakin untuk menjawab

dengan tenang yang tepat setiap soalan yang diberikan itu.

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 5: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan telah memberikan lebih kefahaman

kepada pelajar-pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang lemah akan diberikan lebih

tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus pembelajaran. Oleh itu, kelas

tambahan sebegini banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk

menguasai kemahiran di dalam sesuatu mata pelajaran.

Sehubungan dengan itu juga, kelas tambahan ini telah memanfaatkan masa

pelajar-pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan

selepas waktu sekolah biasanya akan menyukarkan pelajar-pelajar tersebut

bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu serta menghabiskan masa

dengan menonton televisyen dan cerita-cerita yang kurang bermoral. Disamping

itu, dilihat dengan adanya program kelas tambahan sebegini ia dapat memberikan

kesedaran kepada pelajar-pelajar untuk memastikan penggunaan masa yang

penting secara optimum tanpa membazirkannya.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan sepanjang program kelas tambahan

ini dijalankan. Diantaranya ialah kehadiran pelajar yang kurang memuaskan dan

tidak seratus peratus memberikan kerja sama yang baik. Oleh yang demikian,

antara langkah penambahbaikan untuk mengatasi masalah ini pada masa akan

datang ialah dengan mengambil beberapa langkah seperti dengan mewajibkan

kehadiran pelajar ke kelas tambahan yang telah dirancangkan seperti yang

terdapat didalam jadual yang disediakan. Guru kelas bimbingan dan guru disiplin

perlu mengambil langkah dengan meminta surat tunjuk sebab sekiranya pelajar

tidak dapat hadir kerana menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan

contohnya seperti keadaan pelajar yang kurang sihat dan kematian pada tarikh dan

waktu kelas tambahan dijalankan.

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 6: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu berusaha mengeratkan hubungan

sillaturrahim yang erat dengan ibu bapa atau waris pelajar. Dengan adanya

hubungan ini secara tidak langsung, segala urusan berkaitan pelajar boleh

dikongsikan bersama-sama. Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat

penting untuk membuat pemantauan pembelajaran semasa pelajar berada di

rumah kamer. Sekiranya ibu bapa memainkan peranan ini, ia akan lebih berhasil

untuk pelajar meningkatkan tahap pencapaiannya.

Kesimpulannya, semua pihak seperti guru-guru, ibu bapa / waris serta diri pelajar

itu sendiri perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan tahap

pencapaian pelajar-pelajar tahun 6 dalam UPSR. Pelajar-pelajar sekolah ini perlu

digalakkan mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka yang

cerah. Namun, jumlah kehadiran pelajar juga harus dikawal supaya mereka tidak

menghabiskan sepanjang masa yang ada dengan menghadiri kelas tambahan

sahaja. Kualiti pengajaran dan pembelajaran lebih penting daripada kuantiti

menghadiri kelas. Diharapkan semua usaha guru yang terlibat di dalam

menyumbang tenaga dan buah fikiran di dalam pelaksanaan program ini akan

berbaloi dengan keputusan UPSR yang akan tiba nanti. Di samping itu, peranan

dan sokongan ibubapa juga amat dihargai di dalam usaha membimbing anak-anak

tahun 6 ke arah kecemerlangan. Insyaalah segala usaha yang dijalankan akan

membuahkan hasil yang dirancangkan.

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 7: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

Ajk makanan mengedarkan makanan dan minuman kepada murid

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 8: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

Seorang murid mengetuai bacaan doa sebelum makan

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

REFLEKSI JAWATANKUASA (LADAP-VLE FROG)

SETIAUSAHA PROGRAM (LADAP-VLE FROG)

Sebelum Program

1. Setelah dilantik sebagai setiausaha program, berjumpa dengan Penolong Kanan

pentadbiran dan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program yang akan

dilaksanakan.

2. Menyediakan kertas kerja bagi program yang akan dilaksanakan.

3. Menyediakan borang kehadiran guru

4. Menjemput penceramah jemputan

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 9: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

Semasa program

1. Memastikan kehadiran guru direkodkan

2. Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar

Selepas Program

1. Membantu AJK dokumentasi menyediakan laporan program yang telah dilaksanakan.

REFLEKSI INDIVIDU

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya,

kumpulan kami pelajar Program Pensiswazahan Guru (Pendidikan Islam Sekolah

Rendah) dapat menjalankan Bina Insan Guru (BIG). Setelah berbincang dengan

rakan-rakan program yang dipilih ialah menganjurkan Program Ceramah Pembinaan

Insan Guru Seimbang – Pembelajaran Berterusan dan Seluas Hayat (Latihan Dalam

Perkhidmatan (LADAP) VLE FROG) di sekolah. Kali ini, kami memilih Sekolah

Kebangsaan Batu bertangkup sebagai sekolah pilihan untuk melaksanakan tugasan

ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah tersebut

terutamanya Guru Besar En Rahalin Abd Rahman dan Guru Kanan Tadbir 1, En

Zaini B Meh di atas kebenaran yang diberikan untuk melaksanakan program ini

kepada kami pelajar PPG.

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 10: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi

sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.Persekitaran

Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem

pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar

dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. 

Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan

secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah

menerusi Frog VLE.

Dapat saya mehasabah diri bahawa guru zaman globalisasi kini, perlu bersedia

menghadapi perubahan. Ini kerana dunia pendidikan tidak pernah sunyi daripada

pembangunan dan usaha penambahbaikan terutama sekali di era ledakan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini. Oleh itu, guru seperti saya harus akur

dengan perubahan yang berlaku dan menerima hakikat tersebut dengan

melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaiknya.

Selain itu, setelah menjalankan program ini, terdapat pelbagai impak positif yang

telah saya peroleh. Antaranya ialah dengan penggunaan Persekitaran Pembelajaran

Maya Frog (Frog VLE) ini wujudlah bilik darjah online dan ruang sosial untuk

sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Alangkah mudahnya dengan

adanya program ini. Selain itu, ibu bapa juga boleh berinteraksi dengan guru-guru,

dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan

notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya

capaian Internet. Alangkah mudahnya dengan adanya program ini, semua di hujung

jari.

Di samping itu, sebagai seorang guru saya merasakan program VLE Frog adalah

program sesuai digunakan dalam merancang pengajaran dan pembelajran (p&p)

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 11: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

serta mereka bentuk pengajaran dalam bilik darjah. Guru dapat merancang aktiviti

yang sesuai dan bahan sumber menggunakan VLE Frog.Penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada

murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Justeru itu pelajar tidak akan mudah

merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran

kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Selain itu, vle frog juga dapat mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar di

Malaysia. Ia merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi

pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan melalui

Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan ’cloud‘ (awan). Bagi guru pula, ia

memudahkan guru untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan

komuniti pengajar yang lain kerana VLE Frog ini mengamalkan konsep perkongsian

kepada semua guru yang ada di Malaysia. Perkongsian ini boleh dilakukan

menggunakan teknologi simpan di atas awan (Cloud), di mana semua maklumat

yang di simpan di atas awan (Cloud) boleh diakses semula di mana sahaja hanya

dengan menggunakan Internet tanpa perlu membawa peranti storan yang lain.

Selain daripada itu, Menerusi LADAP VLE Frog ini juga saya belajar bagaimana

untuk menghasilkan Laman (Site) pembelajaran yang interaktif dan menarik dengan

menggunakan perisian yang disediakan di dalam VLE Frog .Melalui penggunan

laman (site), nota yang disampaikan dalam bentuk interaktif malah ia mudah

difahami oleh murid dan secara tidak langsung menarik perhatian murid . sebgai

contoh seperti paparan grafik, animasi dan video. Apabila guru menggunakan

kaedah seperti berikut wujudlah suasana pembelajaran yang kondusif malah

kawalan kelas yang berfokus daapt diwujudkan.

NOR AISHAH BT ABD RAHNI

Page 12: REFLEKSI kelas tambahan.doc

BIG- KHIDMAT KEPADA KOMUNITI

Bagi guru seperti saya, yang mana tahap pengusaan ICT yang lemah. Masa yang

agak lama perlu diambil untuk menghasilkan bahan menggunakan VLEFrog. Namun

itu bukanlah penghalang untuk saya meningkatkan lagi kemahiran dalan

penggunaan ICT. Oleh itu, saya akan melipat gandakan usaha untuk mewujudkan

suasana pembelajaran yang lebih efisen dan menarik untuk anak diidk seiring

dengan arus perubahan dunia yang menjuruskan kepada perubahan ledakan

teknologi maklumat.

Kesimpulannya, FROG VLE ialah pendekatan baru yang digunakan untuk

mewujudkan persekitaran yang efisien kepada guru, khususnya Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) . Harapan saya agar LADAP VLE boleh menjadi pemangkin ke

arah pembinaan insan guru yang seimbang dan pencapaian kualiti serta

pembangunan profesionalisme perguruan.

NOR AISHAH BT ABD RAHNI