tutorial waj

16
Interaksi 2: 1. Nyatakan fasa-fasa dan teknik lari pecut. Teknik-teknik laripecut

Upload: shuhaily-yazid

Post on 21-Oct-2015

343 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial WAJ

Interaksi 2:

1. Nyatakan fasa-fasa dan teknik lari pecut.

Teknik-teknik laripecut

Page 2: Tutorial WAJ

Fasa-fasa lari pecut.

Page 3: Tutorial WAJ

2. Perkara-perkara yang pembatalan acara lari barganti-ganti 4x100meter.

a) Larian tidak mengganggu atlit lain.

b) Pertukaran baton berlaku di luar zon pertukaran baton.

c) Peserta yang selesai menyerahkan baton dengan sengaja keluar dari zon pertukaran

baton dan menggangu peserta lain.

d) Mengambil baton peserta lain.

e) Sengaja masuk ke lorong peserta lain.

Page 4: Tutorial WAJ

Interaksi 1:

1. Senaraikan semua acara olahraga yang dijalankan di peringkat sekolah.

a. 80 m

b. 100m

c. 200m

d. 80 m lari berpagar(0.762m)( Jarak pagar 12m/8m/ 12m)

e. 4x100m

f. 4x200m

g. Lompat tinggi

h. Lompat jauh

i. Lontar peluru

j. Lari berganti-ganti 4x100

k.Lari berganti-ganti 4x200

2. Cuba rujuk peraturan KOM, perkara yang menyebabkan lompat jauh dibatalkan.

a. Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak.

b. Melonjak di luar kawasan lonjak.

c. Selepas mendarat berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.

d. Melakukan apa jenis balik kuang semasa membuat larian atau melompat.

e. Menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian badannya, sama ada

membuat larian tanpa melompat atau semasa membuat lompatan.

Page 5: Tutorial WAJ

Interaksi 3: Acara Lontaran : Lontar Peluru.

1. Senaraikan dan jelaskan perbezaan antara teknik lontaran berdiri dan gaya Perry O’Brien.

Fasa/Perkara Lontaran Gaya berdiri Lontaran Gaya Perry O’Brien

Lakuan sedia -Berdiri di bahagian hadapan bulatan.

-Bahu kiri menghadap arah lontaran.

- Peluru diletak hampir leher dan di

bawah telinga.

- Lengan tangan diangkat hampir

mendatar dan siku ke luar.

- Berdiri di bahagian belakang

bulatan membelakangkan

kawasan lontaran.

- Peluru diletak hampr leher

dan di bawah telinga

- Lengan tangan diangkat

hampir mendatar dan siku ke

luar.

Lungsuran -Tiada - Dalam keadaan badan

condong kaki tangan

dibengkokkan dan kaki kiri

ditendang ke bahagian depan

bulatan. Kaki kanan bergerak

ke tengah bulatan.

Pulihan - Kedudukan kaki depan

belakang seperti semasa

lontaran.

- Kaki belakang di bawa ke

hadapan bulatan dan pada

masa yang sama kaki

hadapan di bawa ke

belakang.

Page 6: Tutorial WAJ

2. Rujuk peraturan KOM dan jelaskan perkara-perkara yang menyebabkan

lontaran seseorang dibatalkan.

a. Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas

kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.

b. Pelontar keluar dari kawasan hadapan lontaran.

c. Pelepasan peluru yang tidak betul iaitu kedudukan tangan lebih rendah daripada

kedudukan tangan sebelum lontaran dibuat.

d. Peluru di bawa ke belakang bahu tangan melontar.

e. Pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan.

Page 7: Tutorial WAJ

Interaksi 4: Kepegawaian.

PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN PADANG

Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:

•Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan bagi sesi

taklimat.

•Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah dan etika.

•Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai. Sekiranya ada

pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk kepada urus setia untuk

penggantian pegawai.

•Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap

tempatpertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.

Bidang Tugas Pegawai Teknikal Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang

bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga.

Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah menjalani kursus sebelum kejohanan bagi

melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara bidang tugas pegawai teknik:

1.Pengurus Kejohanan

•Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.

•Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.

•Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti sekiranya ada

di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.

•Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.

•Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal

kejohanan olahraga.

•Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.

Page 8: Tutorial WAJ

2.Penolong Pengurus Kejohanan

•Membantu tugas-tugas Pengurus Kejohanan

•Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi

•Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi

•Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya

•Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah

•Membantu pengagihan cenderamata jika ada

•Mengagihkan kain lengan pegawai

3.Pengurus teknik

•Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan

•Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian

•Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan

•Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal tersedia.

4.Setiausaha Kejohanan

•Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa induk dan

mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan

•Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat

•Menguruskan perjalanan surat-menyurat.

•Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat

5.Juri Rayuan

•Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta danpasukan yang bertanding

•Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan pasukan yang bertanding

•Keputusan juri rayuan adalah muktamad

6.Pengadil

Page 9: Tutorial WAJ

•Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan olahraga

•Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya masalah ini tiada terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan

•Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan

•Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu, sekiranya

belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil perlu membuat pelantikan.

•Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal sebelum

memulakan kejohanan

•Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa keputusan-

keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan

•Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa keputusan

-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan

•Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.

•Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat.

(Ketua Hakim perlu membantu)

•Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu pengadil berkuasa

untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentu

•Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa yang

sama mengikut budi bicara.

•Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada pendapatnya

keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu

•Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan semua

bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga

7.Ketua Hakim

Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua hakim

biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu pengadil dari segi

Page 10: Tutorial WAJ

memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta

mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

8.Hakim Padang

Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya hakim padang ialah:

•Menghakimi acara padang mengikut peraturan

•Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta

•Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan

•Mengesahkan balingan atau lompatan

9.Perakam

Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam kejohanan olahraga. Antara

tugas perakam ialah:

•Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan oleh

Pengadil.

•Menerima dan mencaat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi yang akan

menunjukkan masa, jarak atau ketinggian setelah menerima maklumat daripada pengadil atau

ketua hakim dan maklumat dari juru teknik dan penyukat angin

•Menyediakan carta pungutan mata danpingat bagi setiap pasukan yang bertanding

•Menyediakan carta pungutan mata mengikut tiap-tiap peringkat umur dan jantina bagi acara

yang di pertandingkan.

•Mencatat rekod baru kejohanan yang telah di pecahkan mengikut peringkat umur dan jantina

•Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan di edarkan kepada

pengurus pasukan.

•Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat akhir dan kedudukan

peserta tersebut.

•Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan edarkan kepada semua

pengurus pasukan

Page 11: Tutorial WAJ

•Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk memudahkan pemilihan

olahragawan dan olahragawati kejohanan.

•Setelah membuat catatan perakam hendaklah menyampai keputusan rasmi itu kepada juru

acara

10.Pengawas Pembantu Padang

•Pengawas pembantu padang bertanggungjawab mengagihkan tugas kepada pembantu padang

yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah atau pertubuhan sukarela.

•Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyediaan

perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.

Page 12: Tutorial WAJ

Interaksi 5: Kejurulatihan

Pilih satu RPH bagi masa pengajaran 60 minit dengan berpandukan perkara berikut: contoh : Laripecut. a.memanaskan badanb. tunjuk ajarc. latihan ansur majud.permainan kecil/lumba larie.penutup/cooling down