tutorial pembelajaran

72
Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Mohd Fazri bin Rahim 910427-06-5667 PISMP BM1 SEM 3

Upload: fazri-rahim

Post on 19-Jul-2015

3.099 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial pembelajaran

Tutorial PembelajaranBahasa MelayuSekolah Rendah

Mohd Fazri bin Rahim

910427-06-5667

PISMP BM1 SEM 3

Page 2: Tutorial pembelajaran

Tutorial Pembelajaran Bahasa MelayuSekolah Rendah

PENGENALAN TOPIK 1 TOPIK 2 TOPIK 3 TOPIK 4

Page 3: Tutorial pembelajaran

PERIBAHASA

• Mengikut Za’ba, peribahasa ialah susunan cakap yang pendek, yang telah melekat di mulut orang ramai sejak zaman-berzaman.

• Peribahasa merupakan sebahagian daripada khazanah sastera orang Melayu, yang tergolong dalam sastera lisan.

• Peribahasa tidak diketahui penciptanya, kerana dalam masyarakat lampau individu tidak dipentingkan dan sesebuah karya menjadi hak milik kekal masyarakat itu sendiri.

• Mengikut Za’ba, penerbitan ungkapan sesuatu peribahasa adalah asalnya dari individu atau sekumpulan manusia.

Page 4: Tutorial pembelajaran

• Bentuknya ringkas, tepat dengan maksud yang hendak dicapai dan mengandungi kebenaran, terbit daripada pengalaman sendiri atau yang telah diperhatikan berlaku pada orang lain.

• Kemudian, apabila bentuk itu digemari orang lain, mereka pula menggunakannya berulang-ulang dan tersebar kepada orang lain.

• Akhirnya, ia menjadi terkenal dan diwarisi secara turun-temurun.

• Contoh peribahasa Melayu adalah seperti berikut:1. Bidalan 5. Kiasan2. Pepatah 6. Kata Hikmat3. Perbilangan 7. Simpulan Bahasa4. Perumpamaan

Page 5: Tutorial pembelajaran

Simpulan

Bahasa

OBJEKTIF

AKTIVITI

CIRI-CIRI

RUMUSAN

PENGENALAN

JENIS-JENIS

Page 6: Tutorial pembelajaran

Pengenalan

• Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut.

• Misalnya, kaki ayam, yang bererti ”tidak berkasut” dan panjang tangan yang bererti ’suka mencuri’.

• Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

• Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka.

SIMPULAN BAHASA

Page 7: Tutorial pembelajaran

Pengenalan• Menurut Za'ba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan

berdasarkan empat perkara iaitu:

(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur. (Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.)

(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. (Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.)

(c) Daripada kepercayaan orang ramai (Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya).

(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.)

SIMPULAN BAHASA

Page 8: Tutorial pembelajaran

OBJEKTIF

• Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatuperkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalamerti kata yang halus.

• Antara tujuan penggunaan simpulan bahasa ialah, ia sinonimyang memperkaya gaya tulisan. Contohnya "anak tunggal" untuk menggantikan seorang anak, "iri hati" untuk dengki dan"berat tulang" untuk si malas.

• Simpulan bahasa membungai gaya penulisan. Contoh: "bunting padi", "cupak hanyut", dan "bunga bangsa".

SIMPULAN BAHASA

Page 9: Tutorial pembelajaran

OBJEKTIF

• Simpulan bahasa merumuskan konsep yang rumit seperti "Cina buta“

• Sebagai contoh, penggunaan simpulan bahasa ”Cina buta” memberi gambaran mengenai seorang lelaki yang ingin merujuk kembali kepada isteri yang telah diceraikannya dengan talak tiga.

• Untuk kembali kepada isterinya semula, beliau perlu mencari suami kepada bekas isterinya terlebih dahulu sebelum mendapatkan isterinya balik.

• Sesungguhnya tujuan utama simpulan bahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala.

SIMPULAN BAHASA

Page 10: Tutorial pembelajaran

CIRI-CIRI1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.

Contohnya: anak buah, buah tangan, dan lipas kudung.(Anak, buah, dan lipas ialah kata nama am)

2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya: ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga.(Ajak, buat, dan pasang ialah kata kerja)

3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya: besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati.

(Besar, bodoh, dan kecil ialah kata adjektif)

4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya: Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.(Semua ini sebagai kata nama khas)

SIMPULAN BAHASA

Page 11: Tutorial pembelajaran

CIRI-CIRI

5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.

Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan.

(Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu)

6. Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan

Contohnya: Gigi air, Hati batu, kecil hati, dan anak mata. Lihat contoh, hati batu bermakna seseorang yang degil dan tidak mahu mendengar kata.

7. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan.

Contohnya: Saudara anjing, akal kancil, ajak-ajak ayam, biawak hidup, buaya darat, darah ikan dan sebagainya.

Lihat contoh, akal kancil menggambarkan seseorang yang sangat pandai.

SIMPULAN BAHASA

Page 12: Tutorial pembelajaran

JENIS-JENIS

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.

Contohnya: ada angin

(a) mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkansesuatu.

(b)sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.

Contohnya: Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.muka talam, muka tebal, dan muka tembok.

3. Adat istiadat seperti ”Anak emas” yang bermaksud anak yang disayangi ibubapa melebihi anak-anak yang lain.

SIMPULAN BAHASA

Page 13: Tutorial pembelajaran

JENIS-JENIS

4. Simpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan perangai seseorang seperti ”Berat tulang” iaitu orang yang pemalas.

5. Simpulan bahasa jenis aktiviti pula menunjukkan aktiviti ataupun rancangan seseorang. Contohnya ”Makan angin” yang bermaksud seseorang yang ingin melancong ke luar negara.

6. Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang. Contohnya, ”Ayam tambatan” bagi mengambarkan seseorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

7. Budaya hidup seperti cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat seperti ”Ajak-ajak ayam” yang bermaksud seseorang yang tidak ikhlas memperlawa orang lain.

SIMPULAN BAHASA

Page 14: Tutorial pembelajaran

AKTIVITI

Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.

SIMPULAN BAHASA

Semak jawapan

Page 15: Tutorial pembelajaran

JAWAPAN SIMPULAN BAHASA

Berat Tulang

Page 16: Tutorial pembelajaran

AKTIVITI

Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.

SIMPULAN BAHASA

Semak jawapan

Page 17: Tutorial pembelajaran

JAWAPAN SIMPULAN BAHASA

Mulut Tempayan

Page 18: Tutorial pembelajaran

AKTIVITI

Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.

SIMPULAN BAHASA

Semak jawapan

Page 19: Tutorial pembelajaran

Jawapan SIMPULAN BAHASA

Panjang Tangan

Page 20: Tutorial pembelajaran

RUMUSAN

• Simpulan Bahasa hanya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja dan perkataan-perkataan tersebut ia dapat membawa makna yang lain dari makna asalnya apabila digabungkan.

• Perkataan-perkataan tersebut merupakan benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia ketika itu hasil dari perbuatan manusia sendiri.

• Simpulan bahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya melayu.

• Keindahan simpulan bahasa merupakan cara sesuatu simpulan bahasa itu digunakan, yang membina minda.

SIMPULAN BAHASA

Page 21: Tutorial pembelajaran

RUMUSAN

• Tetapi pada masa kini, pelbagai simpulan bahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak simpulan bahasa seperti robot.

• Simpulan bahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan simpulan bahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan simpulan bahasa masing-masing.

• Selain itu, simpulan bahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.

SIMPULAN BAHASA

Page 22: Tutorial pembelajaran

Bidalan

OBJEKTIF

PENILAIAN

CONTOH

RUMUSAN

PENGENALAN

AKTIVITI

Page 23: Tutorial pembelajaran

PENGENALAN

• Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah ‘melekat di mulut orang ramai'.

• Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata-kata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya.

• Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu ketika dalulu.

• Bidalan juga merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.

BIDALAN

Page 24: Tutorial pembelajaran

PENGENALAN

• Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.

• Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah, jangan, biar, lebih baik, harus dan usah.

• Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis.

• Jelas, bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.

BIDALAN

Page 25: Tutorial pembelajaran

OBJEKTIF

• Bidalan digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

• Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik.

• Selain itu, bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.

BIDALAN

Page 26: Tutorial pembelajaran

OBJEKTIF

• Dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan sebagai alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur dengan redha yang halus.

• Bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat diharapkan dapat menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.

BIDALAN

Page 27: Tutorial pembelajaran

CONTOH-CONTOH

1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit

Maksud: kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan.

2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh

Maksud: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biarbodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.

3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

Maksud: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

BIDALAN

Page 28: Tutorial pembelajaran

CONTOH-CONTOH

4. Besar periuk, besarlah keraknya

Maksud: semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya.

5. Biar tersengat, jangan tertiarap

Maksud: lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita.

6. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

Maksud: merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.

BIDALAN

Page 29: Tutorial pembelajaran

AKTIVITI

1. Bertemu buku dengan ________.

2. Ada _______ ada semut.

3. Ada udang ________ batu.

4. Baik _____ resmi padi, jangan bawa resmi _______.

5. Belum duduk sudah ________.

BIDALAN

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

JAWAPAN

Page 30: Tutorial pembelajaran

JAWAPAN

1. Bertemu buku dengan ruas.

2. Ada gula ada semut.

3. Ada udang disebalik batu.

4. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.

5. Belum duduk sudah belunjur.

BIDALAN

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Page 31: Tutorial pembelajaran

PENILAIAN

1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

2. Alah bisa tegal biasa.

3. Bumi mana tidak ditimpa hujan.

4. Biar genting jangan putus.

5. Biar lambat asalkan selamat.

BIDALAN

Berikan maksud bidalan di bawah.

JAWAPAN

Page 32: Tutorial pembelajaran

JAWAPAN1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.

2. Alah bisa tegal biasa

pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.

3. Bumi mana tidak ditimpa hujan

setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.

4. Biar genting jangan putus

lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar.

5. Biar lambat asalkan selamat

membuat sesuatu kerja dengan berhati - hati

BIDALAN

Page 33: Tutorial pembelajaran

RUMUSAN

Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu dan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.

Bidalan ialah cakapan terus dan kiasan bercampur dan lebih kerap digunakan kerana mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran.

Bidalan ialah kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.

BIDALAN

Page 34: Tutorial pembelajaran

RUMUSAN

Bidalan juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu kreatif untuk menyampaikan sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa mereka.

Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak pupus ditelan zaman.

Langkah memasukkan bidalan dalam pembelajaran merupakan langkah yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.

BIDALAN

Page 35: Tutorial pembelajaran

PERUMPAMAAN

OBJEKTIF

AKTIVITI

UNSUR-UNSUR

RUMUSAN

PENGENALAN

CONTOH

Page 36: Tutorial pembelajaran

PENGENALAN

Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakatterdahulu kerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakanbegitu halus dan sopan bagi membuat perbandingan dengansesuatu perkara.

Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekelilingkita.

Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan.

Oleh sebab itu, masyarakat dapat membezakan antaraperumpamaan dengan penggunaan kata peribahasa Melayu yang lain.

PERUMPAMAAN

Page 37: Tutorial pembelajaran

PENGENALAN

Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkanbahawa masyarakat melayu terdahulu memiliki satu ketajamanminda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang tinggi.

Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akanmempunyai hubung-kaitnya dengan alam sekeliling.

Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telahmenggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaanini.

Oleh sebab itu, dapat ditegaskan disini bahawa perumpamaanyang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyai kaitandengan kebijaksaan dan alam sekeliling.

PERUMPAMAAN

Page 38: Tutorial pembelajaran

OBJEKTIF

Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’inShaari (2009), perumpamaan digunakan untuk memberiteguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secarahalus.

Melalui penggunaan kata perumpamaan individu yang mendegar tidak mudah tersinggung.

Oleh sebab itu, memang wajarlah penggunaan kataperumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai salahsangka yang akan timbul.

PERUMPAMAAN

Page 39: Tutorial pembelajaran

OBJEKTIF

Selain daripada itu juga, perumpamaan merupakan satumedium yang sangat sesuai untuk menyindir seseorangtanpa menyebabkan mereka merasa tersinggung.

Hal ini adalah kerana, setiap baris ayat yang digunakan dalamperumpamaan hanya menggunakan perkataan yang banyakberkaitan dengan alam semulajadi.

Setiap fitrah yang berlaku dalam kehidupan sehariandiadaptasi dalam perumpamaan untuk memberi kesedarankepada manusia.

PERUMPAMAAN

Page 40: Tutorial pembelajaran

UNSUR-UNSUR

Penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan

• Jika diperhatikan kebanyakan perkataan perumpamaan banyakterdiri daripada unsur-unsur binatang.

• Setiap kelakuan yang dilakukan oleh binatang akan diterjemahkandalam penggunaan perkataan perumpamaan dan ditujukankepada kehidupan seharian manusia.

• Kata-kata yang berkisarkan kepada binatang ini mampu untukmenyedarkan kita mengenai adat dan cara kehidupan yang lebihteratur.

• Contoh penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan adalahseperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, bagai murai dicabut ekor sebagainya.

PERUMPAMAAN

Page 41: Tutorial pembelajaran

UNSUR-UNSUR

Penggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan

• Unsur tumbuhan juga banyak digunakan dalam perumpamaanseperti pokok, daun, dahan dan sebagainya.

• Perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan inimenggunakan kaedah perbandinagan antara tumbuhan dengansifat manusia atau disebut sebagai simile.

• Contoh perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ialahlaksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

• Berdasarkan perumpamaan diatas dapat dilihat bahawapenggunaan bunga dedap itu digunakan bertujuan untukmengambarkan sifat seseorang.

PERUMPAMAAN

Page 42: Tutorial pembelajaran

UNSUR-UNSUR

Penggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam perumpamaan

• Alam sekitar merupakan satu persekitaran yang paling rapat denganmanusia.

• Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu banyak menggunakan unsuralam sekitar dalam mencipta perumpamaan dan sebagainya.

• Perumpamaan yang menggunakan unsur alam sekitar ialah bagaihujan jatuh ke pasir bermaksud sia-sia berbuat baik kepada orangyang tidak mengenang budi.

• perumpamaan ada menggunakan unsur-unsur manusia ialah sepertianak muda jolong berkeris yang bermaksud keghairahan seseoranguntuk menggunakan sesuatu yang baru diperolehinya

PERUMPAMAAN

Page 43: Tutorial pembelajaran

CONTOH-CONTOH

1. Seperti harimau menyembunyikan kukunya.

Maksud: Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

2. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.

3. Seperti aur dengan tebing.

Maksud: Dua orang yang berkawan rapat dan salingmembantu.

4. Seperti embun dihujung rumput.

Maksud: Tidak kekal

PERUMPAMAAN

Page 44: Tutorial pembelajaran

CONTOH-CONTOH

5. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang .

Maksud: Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

6. Seperti lintah menghisap darah.

Maksud: Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan caralemah lembut.

7. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Maksud: Orang besar yang merendahkan diri tidak akanjatuh martabatnya.

PERUMPAMAAN

Page 45: Tutorial pembelajaran

AKTIVITI PERUMPAMAAN

Berikan perumpamaanyang sesuai berdasarkan

gambar di sebelah.

Klikuntuk lihat

jawapan

Page 46: Tutorial pembelajaran

JAWAPAN PERUMPAMAAN

BAGAI

AUR

DENGAN

TEBING

Page 47: Tutorial pembelajaran

JAWAPAN PERUMPAMAAN

Berikan perumpamaanyang sesuai berdasarkan

gambar di sebelah.

Klikuntuk lihat

jawapan

Page 48: Tutorial pembelajaran

AKTIVITI PERUMPAMAAN

HARIMAU MATI MENINGGALKAN

BELANG,

MANUSIA MATI MENINGGALKAN

NAMA

Page 49: Tutorial pembelajaran

AKTIVITI PERUMPAMAAN

Berikan perumpamaanyang sesuai berdasarkan

gambar di sebelah.

Klikuntuk lihat

jawapan

Page 50: Tutorial pembelajaran

JAWAPAN PERUMPAMAAN

SEPERTI

LIPAS

KUDUNG

Page 51: Tutorial pembelajaran

RUMUSAN

Perumpamaan merupakan satu bidang ilmu yang mempunyaimakna yang tersendiri.

Perumpamaan merupakan salah satu lambang kebijaksanaandan ketajaman akal fikiran masyarakat terdahulu terhadapalam sekitar dalam mencipta perumpamaan.

Namun demikian, masyarakat Melayu kini kurangmenggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharianmereka menyebabkan perumpamaan kian dilupakan.

PERUMPAMAAN

Page 52: Tutorial pembelajaran

RUMUSAN

Hal ini adalah kerana, kurangnya pengetahuan dan minatmasyarakat terhadap penggunaan perumpamaan.

Disamping itu juga, masyarakat kurang memahami maknadan erti kata perumpamaan menyebabkan mereka tidakberminat menggunakan perumpamaan dalam perbualan dankehidupan seharian mereka.

Poleh itu, penerapan penggunaan perumpamaan dalam diripelajar sejak kecil lagi akan mewujudkan kesinambungandalam penggunaan perumpamaan dan perumpamaan tidakakan luput walaupun zaman berubah.

PERUMPAMAAN

Page 53: Tutorial pembelajaran

pepatah

OBJEKTIF

PENILAIAN

CONTOH

RUMUSAN

PENGENALAN

AKTIVITI

Page 54: Tutorial pembelajaran

PENGENALAN

Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adatresam Melayu.

Ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyaicari-ciri puisi tradisional Melayu.

Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripadaorang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalanikehidupan dan mengamalkan adat resam dengan lebihsempurna.

BAHASA KIASAN

Page 55: Tutorial pembelajaran

PENGENALAN

Biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanansebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaranyang hendak disampaikan.

Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.

BAHASA KIASAN

Page 56: Tutorial pembelajaran

OBJEKTIF

Pepatah digunakan untuk menunjukkan bahawa masyarakatMelayu pada zaman dahulu sangat kreatif dan bijak dalamberkata-kata.

Pepatah juga bertujuan untuk melatih pengguna ataupenutur berfikir sebelum berkata-kata.

Selain itu, pepatah juga digunakan untuk menyerikan lagiayat dan menjadikan percakapan lebih sedap untuk didengar.

BAHASA KIASAN

Page 57: Tutorial pembelajaran

CONTOH

Ertinya:

Dua orang yang bersaudara tidak dapat

dipisahkan oleh perselisihan.

Contoh ayat:

Mereka itu walaupun teruk bergaduh, tentu akan berbaik-baik semula, bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus.

BAHASA KIASAN

Air dicincangtidak akan putus

Page 58: Tutorial pembelajaran

CONTOH

Ertinya:

Setiap negara ada undang-undang dan

adat resamnya masing-masing.

Contoh ayat:

Bila berada di rantau orang, jaga-jagalah diri itu supaya tidakmenyalahi dengan kebiasaan di situ, kerana ada batang mati,adalah cendawan tumbuh.

BAHASA KIASAN

Ada batang mati,Ada cendawan tumbuh

Page 59: Tutorial pembelajaran

CONTOH

Ertinya:

Makin diberi, makin banyak diminta.

Contoh ayat:

orang yang bersifat tamak tentulah selalu makin murahmakin menawar bila dituruti kemahuannya.

BAHASA KIASAN

Makin murahMakin menawar

Page 60: Tutorial pembelajaran

CONTOH

Ertinya:

Sesuatu yang sudah musnah

tidak boleh dibaiki lagi.

Contoh ayat:

kami tidak mahu terjadi nasi sudah menjadi bubur suatumasa nanti.

BAHASA KIASAN

Nasi sudahMenjadi bubur

Page 61: Tutorial pembelajaran

AKTIVITI

Berikan maksud pepatah di bawah: (klik pada pepatah untuk lihat jawapan)

BAHASA KIASAN

1. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

2. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang padajanjinya.

3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

4. Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan.

Page 62: Tutorial pembelajaran

BAHASA KIASAN

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Maksud:

Memperkatakan sesuatu hal biarlah berhati-hati

Dan memilih tempat yang sesuai.

Page 63: Tutorial pembelajaran

Maksud:

Janji yang diucap mestilah ditepati

BAHASA KIASAN

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya

Page 64: Tutorial pembelajaran

Maksud:

Tolong menolong apabila membuat sesuatu

pekerjaan sama ada susah atau senang.

BAHASA KIASAN

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Page 65: Tutorial pembelajaran

Maksud:

Sangat miskin sehingga tidak mempunyai

tempat berlindung atau berteduh.

BAHASA KIASAN

Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan

Page 66: Tutorial pembelajaran

PENILAIAN

Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:

BAHASA KIASAN

Di mana bumi dipijak,Di situ langit dijunjung.

SEMAK CONTOH

Page 67: Tutorial pembelajaran

CONTOH AYAT

Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduksetempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

BAHASA KIASAN

Di mana bumi dipijak,Di situ langit dijunjung.

Page 68: Tutorial pembelajaran

PENILAIAN

Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:

BAHASA KIASAN

BAGAIMANA ACUAN,BEGITULAH KUIHNYA.

SEMAK CONTOH

Page 69: Tutorial pembelajaran

CONTOH AYAT

Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti ayahnyakerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

BAHASA KIASAN

BAGAIMANA ACUAN,BEGITULAH KUIHNYA.

Page 70: Tutorial pembelajaran

PENILAIAN

Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:

BAHASA KIASAN

MASUK TELINGA KANAN,KELUAR TELINGA KIRI.

SEMAK CONTOH

Page 71: Tutorial pembelajaran

CONTOH AYAT

Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerananasihat ibunya hanyalah sekadar masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

BAHASA KIASAN

MASUK TELINGA KANAN,KELUAR TELINGA KIRI.

Page 72: Tutorial pembelajaran

RUMUSAN BAHASA KIASAN

• Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adatresam Melayu dan biasanya terdapat pengulangan katayang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.

• Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yangberangkap dan ungkapan tersebut tidak pernah berubah,malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu.

• Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripadaorang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalanikehidupan dengan lebih sempurna.