topic 13 writing an ar report

27
TOPIK 13 PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Upload: zytemys

Post on 20-Jul-2015

788 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topic 13 writing an AR report

TOPIK 13

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Page 2: Topic 13 writing an AR report

FORMAT Kulit laporan – Tajuk kajian, Nama penyelidik &

Institut , Tahun

- Penghargaan Preliminaries - Isi kandungan - Senarai Jadual - Senarai Rajah - Abstrak

Kandungan Rujukan Lampiran

Page 3: Topic 13 writing an AR report

Contoh halaman judul Kulit Luar

Page 4: Topic 13 writing an AR report

Abstrak

• Tulis dalam satu perenggan, dalam 200 perkataan

• Objektif kajian & fokus• Ringkasan hasil pengumpulan data awal• Kumpulan sasaran• Tindakan dilaksanakan• Dapatan• Penilaian terhadap tindakan dilaksanakan• Refleksi ke atas tindakan (reflection on action)

Page 5: Topic 13 writing an AR report

Contoh abstrak: Murid-murid saya mempunyai masalah menamakan makanan spesifik bagi haiwan

omnivor menyebabkan mereka tidak boleh mengelaskan haiwan mengikut kumpulan makanannya dengan betul. Maka, objektif kajian ini ialah murid-murid dapat menyenaraikan haiwan-haiwan omnivor; dapat menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor yang telah disenaraikan dengan betul dan seterusnya dapat memadankan tikus dan ayam kepada kumpulan makanannya iaitu omnivor. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua murid perempuan dari Tahun 5. Strategi tindakan “Matchbox Aid” telah digunakan untuk membantu mereka menamakan makanan spesifik haiwan omnivor. Data kajian telah dikumpul melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca, temubual, nota lapangan dan lembaran kerja. Selepas pelaksanaan “Matchbox Aid” sebanyak tiga kali, subjek kajian dapat menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor dan mereka tidak lagi menjawab menggunakan istilah umum “haiwan” dan ‘tumbuhan” untuk menamakan makanan bagi haiwan omnivor. Keputusan kajian juga menunjukkan semua subjek kajian dapat memadankan ayam dengan kumpulan makanan dengan betul tetapi dua orang subjek kajian masih mempunyai masalah dalam memadankan tikus sebagai haiwan omnivor selepas pelaksanaan strategi “Matchbox Aid”. Dapatan kajian ini menunjukkan strategi “Matchbox Aid” telah membantu mereka mempelajari konsep sains dengan lebih baik dan boleh menyediakan mereka untuk topik “Rantai dan Siratan Makanan” yang mempunyai kaitan dengan topik haiwan dan makanannya.

Page 6: Topic 13 writing an AR report

Kandungan Pengenalan - Konteks/Latar belakang kajian Tinjauan literatur Fokus/Isu Keprihatinan- Aspek amalan bagi

penambahbaikan Pelan tindakan Pelaksanaan pelan tindakan Pengumpulan data Analisis dan huraian data Refleksi dan implikasi Pelan bagi tindakan susulan Sumber rujukan: American Psychological Association

(APA)

Page 7: Topic 13 writing an AR report

PengenaIan Mulakan dengan konteks kajianRefleksi P&P : • Nyatakan masalah dalam pengalaman P&P

anda• Apakah situasi bermasalah yang anda ingin

tambahbaik?• Menghurai pengalaman P&P yang

berkaitan dengan fokus kajian • Apakah perasaan anda, nilai dan kepercayaan

dalam situasi bermasalah ini

Page 8: Topic 13 writing an AR report

PengenaIan • Membincangkan andaian, ni lai dan

kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

• Bagaimana keadaan bermasalah bercanggah dengan nilai-nilai dan kepercayaan anda?

• Membincangkan dengan terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Page 9: Topic 13 writing an AR report

Tinjauan Literatur

• Hubungkaitkan kajian lepas kepada keadaan bermasalah dan tindakan yang mungkin untuk mengatasi/mengurangkan keadaan bermasalah

• Hubungkan dengan masalah yang anda kaji, tindakan anda dan kesan tindakan anda

Page 10: Topic 13 writing an AR report

Isu Keprihatinan

• Apa yang anda mahu lakukan kepada situasi yang bermasalah?

• Apa yang anda mahu tambahbaik?• Sebab memilih fokus ini/ huraikan

kebimbangan anda – mewajarkan (buat justifikasi) kepentingan kajian anda

Page 11: Topic 13 writing an AR report

Fokus Kajian• Pengumpulan data awal dan analisis

untuk mengesahkan kewujudan situasi bermasalah dengan terperinci

• Menerangkan keadaan bermasalah dengan terperinci

• Apa /Siapa yang membawa kepada keadaan bermasalah tersebut?

Page 12: Topic 13 writing an AR report

Objektif Kajian• Mesti berkaitan dengan masalah dan tindakan• Mestilah boleh diukur / dilihat (jelas/eksplisit)• Pernyataan objektif kajian tindakan dinyatakan dengan

mengandungi 3 perkara berikut :- - fokus - tindakan - pencapaian tindakan

• Objektif am - berkaitan dengan meningkatkan amalan, merancang suatu tindakan dan menilai tindakan itu

• Objektif khusus - yang berkaitan untuk menilai tindakan anda

Page 13: Topic 13 writing an AR report

Objektif Am Objektif Khusus

• My study aims at overcoming my pupils’ difficulty in subtraction involving regrouping through the use of concrete materials

Through this action research, I hope to help my pupils to:a) subtract a 3-digit number from a 2-digit number involving regrouping from tens to ones using concrete materialsb) subtract a 3-digit number from a 2-digit number involving regrouping from tens to ones in standard algorithm/vertical form

Page 14: Topic 13 writing an AR report

Objektif Am Objektif Khusus• Objektif kajian ini

ialah untuk meningkatkan kemahiran murid tahun 5 menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor menggunakan “matchbox aid”

Objektif kajian ini ialah murid-murid (1)dapat menyenaraikan haiwan-haiwan omnivor; (2)dapat menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor yang telah disenaraikan dengan betul

Page 15: Topic 13 writing an AR report

Kumpulan Sasaran

• Bilangan partisipan/subjek kajian terlibat sebagai kumpulan sasaran

• Maklumat demografik subjek kajian - umur, gender, pencapaian akademik, jawatan dalam kelas/sekolah, dll.

• Nyatakan kelas terlibat dalam kajian anda• Ciri-ciri unik kumpulan sasaran anda

Page 16: Topic 13 writing an AR report

Pelan Tindakan & Pelaksanaan• Memperincikan langkah-langkah/aktiviti

tindakan• Memberi rasional terhadap tindakan yang

dicadangkan• Dimana & bila tindakan dilakukan?• Buat carta aliran atau jadual untuk

menunjukkan bagaimana tindakan anda dilaksanakan

• Senaraikan semua aktiviti yang dilakukan dalam tindakan anda

• Menyatakan tarikh atau tempoh terlibat

Page 17: Topic 13 writing an AR report

Kaedah Pengumpulan data• Nyatakan cara pengumpulan data –

pemerhatian, tinjauan, temu bual, hasil kerja murid

• Instrumen kajian – senarai semak pemerhatian, soal selidik, protokol temu bual, ujian, latihan, dll

• Apa data dikumpulkan? - tingkah-laku murid, pendapat, langkah

penyelesaian matematik, cara pengelasan haiwan, dll.

• Data dikumpul mesti boleh digunakan untuk menilai penambahbaikan yang dilakukan telah mencapai objektif kajian anda

Page 18: Topic 13 writing an AR report

Analisis Data Bagaimana anda mendapatkan isi penting yang

berkaitan sebagai bukti tindakan anda telah meningkatkan/menambahbaik masalah yang dikaji

- Analisis kandungan - Analisis pola (pattern analysis) - Analisis Statistik – menggunakan frekuensi, peratus, min, dll. Melaporkan dapatan – menggunakan jadual,

carta Triangulasi data

Page 19: Topic 13 writing an AR report

Interpretasi Data

• Apakah perubahan yang dibawa oleh tindakan anda?• Bandingkan keadaan awal (sebelum tindakan diambil)

dan keadaan akhir (selepas tindakan telah diambil)• Ada sebarang penemuan yang tidak dijangka?• Menginterpretasi semua data dengan lengkap• Dapatan kajian dilaporkan bersesuaian dengan

objektif kajian • Menghubungkaitkan kajian lepas dengan dapatan

kajian secara jelas• Urutan idea yang teratur • Penggunaan bahasa sesuai dengan penulisan ilmiah

Page 20: Topic 13 writing an AR report

Refleksi

Menilai pencapaian kumpulan sasaran Menilai pencapaian objektif Refleksi terhadap dapatan kajian Adakah saya mendapat penemuan seperti yang

diharapkan ATAU mengapa saya tidak mendapatkan penemuan seperti yang diharapkan?

Apa perasaan anda terhadap perubahan yang dibawa oleh tindakan anda?

Apa yang telah anda belajar daripada tindakan anda?

Page 21: Topic 13 writing an AR report

Refleksi

• Adakah anda lebih memahami isu yang menjadi keprihatinan/kebimbangan anda?

• Ada percanggahan /jurang dengan nilai dan kepercayaan anda tentang P&P?

• Apa yang boleh anda lakukan untuk merapatkan jurang antara nilai-nilai dan kepercayaan anda sendiri dan amalan anda?

Page 22: Topic 13 writing an AR report

Hasil Refleksi

• Kefahaman baharu• Kesedaran• Perubahan dalam persepsi• Perubahan dalam amalan

Page 23: Topic 13 writing an AR report

• Sepanjang tempoh perlaksanaan kajian ini, terdapat banyak perkara yang membuka mata (insight) dan mengubah persepsi saya terhadap persekitaran pembelajaran murid dalam bilik darjah. Kajian ini memberikan saya paradigma baru dalam pelbagai aspek. Saya menyedari tentang kepayahan yang perlu guru tempuhi demi untuk menukar idea asal yang telah tertanam utuh dalam minda murid. Persepsi awal saya ialah saya menganggap murid malas dan tidak berminat dengan pembelajaran guru kerana lebih gemar bermain.

• Walhal, hakikat sebenar murid tidak boleh mengikuti apa yang diajar disebabkan oleh pertentangan antara konsep yang diajar oleh guru dan konsep yang sedia ada dalam minda murid. Memetik pernyataan Driver (1983) dalam Cumming (1999), murid telah lama bergelumang dengan idea mereka sendiri dan idea tersebut telah hampir sebati dalam minda mereka lalu menyebabkan mereka sukar untuk menerima pengajaran baru dari guru. Keadaan ini akan menimbulkan konflik kognitif dalam pemikiran mereka. Serentak dengan itu ia akan menjadi penghalang pada kemajuan akademik murid pada masa akan datang. Atas faktor ini, saya mula melihat pemilihan strategi dan bahan pengajaran yang relevan dengan tahap pengetahuan sedia ada murid adalah di antara aspek terpenting perlu guru titikberatkan sebelum memulakan suatu sesi pengajaran. Percanggahan ilmu baru dengan skemata murid akan menajdikan sesi pengajaran menjadi sia-sia dan tidak bermakna umpama mencurahkan air di daun keladi.

• Saya turut merasa bersyukur kerana melalui kajian ini, saya boleh meningkatkan kemahiran interpersonal dan membuka lebih banyak peluang komunikasi dengan warga sekolah. Selain itu, saya juga menjadi lebih peka dengan persekitaran saya bekerja dan suasana pembelajaran murid. Saya juga percaya, iklim sekolah yang positif memberikan murid keselesaan dan memudahkan lagi proses pembelajaran berlaku. Sebaliknya persekitaran negatif seperti ketiadaan kerjasama sesama warga sekolah akan menjejaskan kualiti pembelajaran dan berkemungkinan besar meningkatkan masalah disiplin.

• Keinsafan juga timbul dalam diri saya berhubung dengan aspek ketelusan dan keikhlasan guru mendidik muridnya. Tempoh 30 atau 60 minit yang singkat memang tidak mencukupi sekiranya guru ingin menyampaikan kesemua perkara yang murid tidak ketahui. Keadaan ini menimbulkan kecenderungan untuk guru mengabaikan murid-murid yang lemah. Jika tidak kerana kajian seperti ini, saya juga akan cenderung mengabaikan murid yang lemah seperti Azam dan Syazril. Kajian ini membawa kepada kesedaran agar saya lebih adil melayan murid.

Page 24: Topic 13 writing an AR report

Cadangan Tindakan Seterusnya

• Menilai tindakan yang diambil secara kritis

• Tindakan susulan untuk kitaran kajian tindakan seterusnya

• Apakah perubahan yang anda akan buat untuk meningkatkan tindakan anda?

Page 25: Topic 13 writing an AR report

Rujukan

• Guna APA style

• Semua rujukan yang digunakan relevan dan berkredibiliti

Page 26: Topic 13 writing an AR report

Lampiran• Instrumen digunakan dalam kajian anda -

questionnaire, observation checklist, interview protocols senarai semak pemerhatian, soal selidik, protokol temu bual, ujian, latihan

• Transkrip temu bual• Imej dokumen yang telah diimbas

(scanned images), cthnya hasil kerja murid• Gambar• Nota lapangan, jurnal, diari

Page 27: Topic 13 writing an AR report

Tutorial 13

Dalam kumpulan: (a) Bincangkan format penulisan laporan penyelidikan tindakan. (b) Terangkan tujuan setiap komponen dalam laporan itu. (c) Pilih 4 sumber rujukan dari pelbagai sumber. Tulis sumber rujukan menggunakan

format APA(1 jam)