skema p.am kertas 2 2012

43
1 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK STPM 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) SKEMA PENGAJIAN AM KERTAS 2 SULIT 900 PENGAJIAN AM OGOS 2012 900

Upload: hjamli

Post on 26-Jul-2015

2.960 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema p.am Kertas 2 2012

1

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK STPM 2012

ANJURAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

SKEMA PENGAJIAN AM

KERTAS 2

SULIT900PENGAJIAN AMOGOS2012

900

Page 2: Skema p.am Kertas 2 2012

2

BAHAGIAN A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

1 Kerajaan elektronik (e-kerajaan) merupakan satu inisiatif pihak kerajaan memanfaatkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk kepentingan masyarakat dan negara.

Bincangkan kepentingan kerajaan elektronik kepada negara dan langkah yang perlu diambil bagi melancarkan pelaksanaannya.

Bil Idea/Isi Huraian

1

A: KEPENTINGAN

Kerajaan lebih terbuka dan telus

- Orang ramai boleh mengakses maklumat tersebut dengan mudah pada bila-bila masa.

- Menerbitkan debat dalam Parlimen dan minit mesyuarat pentadbiran pada laman web kerajaan.

2 Menyebarluaskan dasar kerajaan

- Mempercepatkan sistem penerangan dan penyampaian kerajaan

- Masalah yang berpunca daripada ‘karenah manusia’ dapat dihindari

3 Memudahkan perkhidmatan - Alat pencegahan rasuah yang sangat berkesan.- Menyediakan borang dan perkhidmatan pelesenan atas

talian untuk mengelakkan individu pergi ke pejabat kerajaan dengan risiko pembuangan masa dan kejadian rasuah.

- Urusan dapat dijalankan dengan cepat

4 Meningkatkan mutu dan kecekapan sektor awam

- Pelanggan menggunakan kemudahan untuk berurusan dengan lebih cekap dan pantas melalui laman web www.gov.my

- Pengguna tidak perlu ke kaunter pejabat perkhidmatan awam kerana perkhidmatan tersebut boleh diakses di hujung jari.

- Pembayaran bil kemudahan asas, semakan saman trafik , penghantaran tender kerajaan dan pendaftaran perniagaan dapat dilakukan secara terus dalam talian.

Page 3: Skema p.am Kertas 2 2012

3

- Kurang berlakunya kesilapan dalam pengiraan data

5 Mempelbagaikan jenis perkhidmatan berasaskan ICT

- Pelbagai perkhidmatan ditawarkan melalui penggunaan internet sebagai mediumnya , contoh e-dagang, e-perubatan, e-filing dan sebagainya.

- Contohnya: E-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran , menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelanggan online.

6

B: LANGKAH

Menambah jumlah tenaga pakar

- Menambah jumlah tenaga pakar sekurang-kurangnya seorang untuk setiap jabatan.

- Menyediakan kursus-kursus kepada kakitangan awam- Tambah kursus berkaitan ICT di IPT

7 Meningkatkan infrastruktur ICT

- Kerajaan membina infrastruktur bertaraf dunia dan memastikan bekalan elektrik disalurkan kepada rakyat di seluruh negara

- Pemberian komputer 1 Malaysia untuk mendedahkan para pelajar tentang ICT

- Penubuhan Makmal ICT di sekolah-sekolah

8 Pendidikan - Anjakan paradigma dalam kalangan masyarakat untuk menerima sepenuhnya penggunaan teknologi dalam sistem penyampaian awam.

- Pihak kerajaan memberi maklumat tentang kemudahan yang diperoleh oleh orang ramai yang menggunakan perkhidmatan e-kerajaan- Pendedahan kepada orang ramai tentang cara-cara

menggunakan aplikasi e-kerajaan sama ada melalui kempen-kempen mahupun pendidikan di sekolah

9 Menyediakan dana yang mencukupi

- Menambah peruntukan kewangan bagi menjamin kemudahan kerajaan dinikmati oleh rakyat

keseluruhannya- Kerajaan memperuntukkan RM 12.9 bilion bagi

aplikasi teknologi maklumat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

Page 4: Skema p.am Kertas 2 2012

4

10 Insentif - Pengecualian cukai pendapatan ke atas individu- individu yang membeli peralatan ICT

- Pemberian status MSC

Jawapan 2+2

Page 5: Skema p.am Kertas 2 2012

5

2 Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan bidang sukan negara. Namun, terdapat pelbagai masalah yang menjejaskan pencapaian atlet dalam bidang tersebut.

Bincangkan.

Bil Idea/Isi Huraian

1

A: LANGKAH KERAJAAN

Membangunkan infrastruktur moden

- Pembinaan stadium seperti Stadium Bukit Jalil,pembinaan velodram,kolam renang yang moden

-Membina trek yang sesuai dan mengikut piawai

-Kemudahan sukan dibina di seluruh pelosok negara

-Menaik taraf stadium dan kompleks sukan, contoh Stadium Paroi NS dan Kompleks Sukan Paroi,

2 Pengiktirafan Insentif -Memperkenalkan bantuan dan skim kebajikan, contoh Skim Hadiah Kemenangan Sukan,Skim Hadiah Kemenangan Atlit Remaja

-Memberikan anugerah dan gelaran, contoh Dato’

-Memberikan pencen kepada atlet yang cemerlang

-Memberikan biasiswa kepada atlit remaja yang cemerlang

- IPTA digalakkan menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar peringkat ijazah dalam bidang sains sukan.

3 Menyediakan lebih banyak tenaga pakar

Menyediakan jurulatih yang berpengetahuan,pakar motivasi, pakar psikologi untuk membantu atlet

-Memberikan kursus kejurulatihan pada peringkat sijil,diploma dan ijazah

-Atlit dan bekas atlit yang berpengalaman digalakkan menjadi jurulatih

-IPTA digalakkan menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar peringkat ijazah dalam bidang sains sukan

- Membawa masuk jurulatih lua

4 Program Persediaan Atlit - Membolehkan atlet berasa selesa .tidak gementar ketika

Page 6: Skema p.am Kertas 2 2012

6

bertanding

-Mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara luar

-SUKMA dan sukan SEA untuk membantu memulihkan keyakinan atlet

-Peranan sebagai tuan rumah memberi banyak kelebihan kepada atlit

-Penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman atlit

5 Memantapkan pengurusan

Sukan

- Akta Pembangunan Sukan ,1997 membolehkan Pesuruhjaya Sukan memastikan persatuan sukan diurus dan ditadbir dengan lebih bersistem,cekap dan profesional

- Kursus diadakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk pemegang jawatan persatuan sukan

- Memastikan pengurusan bertanggungjawab kepada mereka yang profesional

-Memastikan tidak ada campur tangan politik dalam urusan pentadbiran sukan

6 Program Tunas Muda -Menyediakan atlit dari peringkat sekolah

-Dimasukkan sukan olahraga dan gimnastik dalam Kurikulum Pendidikan Jasmani

-Bilangan guru Pendidikan Jasmani ditambah

-Program mencari bakat muda yang berpotensi dilatih di pusat latihan seluruh negara

-Program latihan khusus dilaksanakan di institusi pendidikan bagi membolehkan atlit berpotensi meneruskan pengajian

-Melaksanakan dasar 1M1S dengan mengadakan aktiviti sukan sepanjang tahun

Page 7: Skema p.am Kertas 2 2012

7

6

B: MASALAH

Sikap atlet -tidak mempunyai disiplin yang kuat

-tidak ada jati diri

-sikap memandang ringan terhadap perlawanan kerana kalah menang tidak penting

-hanya ingin makan angin ke luar negara ketika mengambil bahagian

-sukar membentuk budaya pemakanan yang dikehendaki untuk meningkatkan prestasi

-sombong dan berasa diri terbaik

-tidak dapat mengikut garis panduan sains sukan

-sikap mengada-ngada atlit hendak dilayan dengan baik

-mudah mengalah dan cepat berputus asa

-kurang kemahiran atau skil dalam sesuatu acara yang dipertandingkan

7 Kegagalan menyediakan program yang berkualiti

-atlit terlalu bergantung kepada pengurusan sukan

-pihak pengurusan lebih mementingkan diri daripada kebajikan atlit

8 Persatuan sukan tidak profesional

-pegawai tidak mempunyai misi dan visi

-menggunakan persatuan untuk kepentingan diri

-sikap pegawai yang suka mencari pengaruh

-pegawai yang tidak mempunyai ilmu dalam sukan tersebut

-dipimpin oleh individu yang dipilih sebulat suara9 Masalah pengambilan dadah -ambil dadah untuk tingkatkan prestasi dan stamina

-kekalkan otot dalam acara bina badan

-mengambil dadah untuk memberikan kekuatan mental ketika bertanding

Page 8: Skema p.am Kertas 2 2012

8

-untuk menghilangkan perasaan gemuruh dan memberi kekuatan

10 Rasuah -atlet diberi rasuah untuk menang atau kalah

-“bookie” yang mengaturkan perlawanan dengan membeli atlet

-atlet mengatur perlawanan untuk mendapat keuntungan cepat

-untuk mendapat keuntungan mudah tanpa memikirkan kepentingan negara

-dipengaruhi sikap tamak

-kelemahan pengurusan dalaman-lambat membayar gaji11 Kekurangan pelapis baru -pandangan dan tanggapan masyarakat sukan tidak menjamin

masa depan

- tiada program untuk menarik minat pelajar di peringkat sekolah untuk terlibat dalam sukan

-tiada ganjaran yang menarik

-tiada promosi untuk menggalakkan pelajar terlibat dalam sukan

Jawapan 2+2

Page 9: Skema p.am Kertas 2 2012

9

BAHAGIAN B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

3 Bekalan bahan api fosil didapati semakin berkurang. Kini, para penyelidik telah menemui tenaga gantian bagi mengatasi krisis tenaga.

Bincangkan kepentingan tenaga gantian kepada manusia dan implikasi penggunaannya.

Bil Idea Huraian

1

A: KEPENTINGAN

Atasi krisis tenaga

- Penggunaan tenaga suria, nuklear, biojisim, angin, elektrik, ombak dan geoterma mampu menggantikan bahan api daripada tenaga fosil- Bahan api fosil semakin berkurang- Penggunaan tenaga gantian alternatif mengatasi krisis tenaga- Kekurangan bahan api dapat diatasi- Penyelidikan berterusan membolehkan tenaga gantian digunakan secara meluas

2 Bersih- Penggunaan yang lebih selamat.- Penggunaan yang lebih bersih dan cekap- Penggunaan tenaga hidro, ombak, angin dan suria tidak

menghasilkan bahan sampingan- Mampu menghalang penjejasan alam sekitar- Tenaga solar lebih bersih dan dapat dikitar semula,

cth di Tibet China.

3. Sumber berterusan- Tenaga suria/solar boleh diperbaharui dan tidak akan

kehabisan. Tenaga tidak terhad dan berterusan- Sumber tenaga suria berkekalan, terutama di kawasan

tertentu, cth Malaysia, India dan Tibet China.- Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria sehari- Negara India dapat menjana tenaga suria sebanyak 5 -7 kw

perjam sehari dan menjana sebanyak 5000 trilion kwh per setahun

4. Mesra alam

Page 10: Skema p.am Kertas 2 2012

10

- Kadar pencemaran adalah rendah berbanding sumber tenaga fosil

- Penggunaan tenaga alternatif/gantian dapat dijana dengan lebih efektif

- Penggunaan aliran air untuk menjana tenaga elektrik tidak akan mencetuskan pencemaran

- Penggunaan tenaga geoterma hasil daripada stim atau keupayaan tenaga yang berada dalam perut bumi mampu menghasilkan tenaga elektrik tanpa melibatkan unsur pencemaran

5. Penggunaan dalam bidang lain

- Sinaran gamma digunakan dalam pencegahan penyakit kanser.

- Teknologi nuklear digunakan oleh doktor untuk mengesan pelbagai jenis penyakit dan mensteril bahan-bahan perubatan

- Juga digunakan untuk mengesan rekahan aktif dalam ruangan logam

- Percampuran bahan radioaktif ke dalam sistem paip yang mengalirkan petroleum atau air membolehkan kadar aliran dan kebocoran boleh dikesan.

- Teknologi nuklear juga menyumbang kepada bidang ketenteraan.

6.

B: IMPLIKASI

Pencemaran alam - Alam terjejas apabila berlaku gangguan dan kebocoran loji nuklear seperti di Jepun. Kesan radiasi akan kekal dalam masa yang lama

- Pencemaran akan merebak ke kawasan tasik, sungai dan laut. Keadaan ini akan menjejaskan flora dan fauna

- Kebocoran yang berlaku akan menjejaskan alam

7 Menjejaskan kesihatan- Proses penghasilan tenaga nuklear mampu mengganggu dan

menjejaskan kesihatan manusia.- Manusia terdedah risiko kesihatan- Menghadapi kemungkinan pelbagai penyakit seperti kanser

8 Perubahan lanskap - Pembinaan empangan untuk tujuan jana kuasa elektrik memerlukan kawasan yang luas.

- Satu kawasan takungan yang luas perlu diwujudkan untuk membolehkan sumber air yang banyak bagi menggerakkan

Page 11: Skema p.am Kertas 2 2012

11

turbin.- Pembinaan empangan telah menyebabkan kawasan yang

asalnya perkampungan dan hutan bertukar lanskap menjadi tasik-tasik dan kawasan tadahan.

- Kepupusan flora dan fauna- Kemusnahan habitat

Jawapan : 2 + 2

Page 12: Skema p.am Kertas 2 2012

12

4 Penyakit kardiovaskular berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan risiko penyakit tersebut.

Bincangkan.

Bil Idea/Isi Huraian1 FAKTOR:

Amalan pemakanan/diet- Amalan pemakanan tidak seimbang – mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak, berkolesterol dan mengandungi gula berlebihan- Menyebabkan darah menjadi pekat, arteri/salur darah tersumbat- Memberi tekanan kepada jantung – jantung menjadi lemah

2. Amalan gaya hidup tidak sihat

- Pengambilan alkohol, merokok boleh mengganggu fungsi jantung- Nikotin/tar dalam rokok akan mempercepatkan proses pengumpulan lemak di arteri - Menyempitkan saluran darah dan menyebabkan denyutan jantung laju- Kurang bersenam – sistem badan menjadi lemah dan organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan sempurna

3. Obesiti - Obesiti boleh menyebabkan keupayaan jantung mengepam darah terbatas kerana kandungan kolesterol berlebihan di arteri- Memaksa jantung bekerja keras untuk menghantar darah ke seluruh badan- Kegagalan jantung mengepam darah menyebabkan angin ahmar/strok

4. Tekanan/stress - Tekanan kerja menyebabkan perubahan hormon – berlaku ketidakseimbangan dalam rutin harian – contohnya amalan pemakanan akan berubah- Tidak mengimbangi stress dengan kaedah regangan seperti bersenam akan menyebabkan serangan neurosis dan psikosis

5. Pemeriksaan/rawatan - Pemeriksaan awal tidak dilakukan

- Tidak mengetahui tanda awal/diagnosis penyakit- Sekiranya kes berlanjutan akan menyebabkan strok

6. Genetik - Seseorang yang ibu bapanya atau saudara kandungnya pernah mengalami serangan jantung sebelum berusia 60 tahun memiliki risiko besar menderita penyakit ini jika dia tidak menjaga pemakanannya.

Page 13: Skema p.am Kertas 2 2012

13

6. B : LANGKAHDiet yang seimbang - Kurangkan makanan yang berlemak dan berkolesterol

tinggi- Makan daging putih dan daging yang dibuang lemaknya- Jangan guna minyak masak yang telah digunakan- Kurangkan penyediaan makanan secara menggoreng/ memanggang- Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang Segar

7. Amalan gaya hidup sihat - Jauhi amalan merokok, pengambilan dadah, dan minuman beralkohol- Lakukan senaman yang berkala seperti berjoging – sekurang-kurangnya 3 kali seminggu antara 20 hingga 30 minit- Bersenam dapat menguatkan fungsi jantung dan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan

8 Melakukan pemeriksaan berkala

- melakukan pemeriksaan berkala untuk mengesan tanda- tanda awal/diagnosis penyakit sekurang-kurangnya 6 bulan sekali- dapat mengelakkan serangan tahap kritikal

9. Hindari stress - Buat senaman pernafasan – dapat membangunkan otak, melegakan otot dan mententeramkan minda kita.

- Bertafakur (Meditation)- apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak akan menjadi tenang dan hormon tertentu yang meningkatkan kesihatan akan dibebaskan. Minda yang tenang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa.

- Pengurutan (Massage). terapi pengurutan dapat mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan. Ia juga menambahkan kecerdasan minda.

- Kelegaan otot- berbaring, bersenang-senang dan membiarkan otot di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit

10 Kurangkan berat badan yang berlebihan/obesiti

- Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula.- lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan keupayaan.- pengambilan ubat-ubatan kerana kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus berat badan.

Jawapan 2+2

Page 14: Skema p.am Kertas 2 2012

14

BAHAGIAN C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b)

5 (a) “Perbankan elektronik merupakan satu sistem yang membolehkan urusan perbankan dilakukan menggunakan jaringan komunikasi ataupun internet. Sambutan terhadap aplikasi perkhidmatan ini dilihat berbeza mengikut kumpulan umur dan tahap pendidikan . Selain itu, faktor demografi seperti komposisi kaum dan faktor jantina juga turut mempengaruhi dalam menentukan sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan ini. ”

(Dipetik dan diubah suai daripadaSiti Zakiah Melatu Samsi,

“Urusan Perbankan Di Hujung Jari” Dewan Masyarakat, April 2011. )

(i) Apakah faktor yang mempengaruhi aplikasi perbankan elektronik ?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kelebihan perbankan elektronik yang mampu menarik minat pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jawapan;

5(a)

i) - Umur, tahap pendidikan, demografi seperti komposisi kaum dan jantina. (1 markah)

- Faktor latar belakang pendidikan, umur dan demografi. (2 markah)

ii) Kelebihan perbankan elektronik- Mempunyai ciri keselamatan

- Perkhidmatan yang mesra pelanggan

- Mudah digunakan

- Dikenakan caj yang rendah

- Menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan

Page 15: Skema p.am Kertas 2 2012

15

ATAU

5 (b) “Jenayah pemerdagangan orang dipandang serius oleh pihak berkuasa di negara ini. Skop jenayah ini merangkumi pembekalan wanita untuk eksploitasi seksual dan kanak-kanak pula dipaksa meminta sedekah. Jenayah ini juga turut melibatkan penjualan bayi untuk dijadikan anak angkat dan penjualan organ untuk tujuan perubatan”

(Dipetik dan diubah suai daripadaLee Fook On,

“Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang”Dewan Masyarakat, Ogos 2010.)

(i) Apakah tujuan utama jenayah pemerdagangan manusia ?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan faktor mengapa jenayah pemerdagangan manusia semakin berleluasa pada masa ini.

Jawapan:5(b)

i) - eksploitasi seks,peminta sedekah,anak angkat dan penjualan organ. ( 1 markah ) - mendapatkan keuntungan. (2 markah)

ii) Faktor jenayah pemerdagangan manusia semakin berleluasa:

-kedudukan geografi-permintaan yang tinggi-persamaan raut wajah dan warna kulit – mangsa yang datang dari China dan Indonesia-pedapatan yang lumayan/keuntungan-Sikap penduduk tempatan -Kemajuan teknologi – pemalsuan dokumen perjalanan-penguatkuasaan undang-undang yang longgar

Page 16: Skema p.am Kertas 2 2012

16

6 (a) “ Nutrien yang seimbang kepada manusia telah dikelaskan kepada tujuh bahagian, iaitu karbohidrat, protein, lipid, garam mineral, vitamin, air dan pelawas. Daripada kandungan tersebut badan memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari kerana sebahagian besar air tersebut akan hilang melalui air kencing, tinja dan air peluh. 70% daripada badan kita terdiri daripada air dan 90% daripada protoplasma sel kita adalah air. ”

(Dipetik dan diubah suai daripadaRohiza Jamaludin,

“Asas Pemakanan, Siri Pemakanan Sihat”,Alaf Sanjung Sdn. Bhd., 2006.)

(i) Bagaimanakah kandungan air boleh hilang daripada badan manusia?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan air kepada badan manusia.

Jawapan:

6(a)i) - Melalui air kencing, tinja dan air peluh ( 1 markah ) - Melalui aktiviti perkumuhan dan perpeluhan ( 2 markah )

ii) Kepentingan air kepada badan manusia

- Sebagai pelarut kepada bahan kimia dalam badan

- Sebagai agen pengangkut – bahan perkumuhan, makanan terlarut dan gas respirasi

- Sebagai agen pernyingkiran bahan perkumuhan

- Mengawal suhu badan

- Sebagai pelincir – bendalir sinovia memudah pergerakan tulang

- Mengawal tekanan osmosis darah

Page 17: Skema p.am Kertas 2 2012

17

ATAU

6 (b) “Unsur utama garam ialah natrium klorida, iaitu kira-kira 77%. Selain itu, ia juga mengandungi magnesium klorida, magnesium sulfat, kalium klorat dan sedikit magnesium bromide dan kalsium karbonat. Secara fizik, natrium klorida ini kelihatan seperti kristal berbentuk kubus, tidak berwarna dan bersifat lutsinar. ”

(Dipetik dan diubah suai daripadaNik Khartina Nik Man,

“Nilai Garam Setanding Emas”Dewan Kosmik, Ogos 2009. )

(i) Apakah sifat natrium klorida?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan garam kepada manusia.

Jawapan:

6(b)i) Berbentuk kristal, tiada warna dan lutsinar (2 markah)

ii) Kepentingan garam kepada manusia

- Sebagai bahan perasa

- Sebagai pengimbang kandungan air dalam badan

- Bahan perubatan – dapat cegah penyakit beguk

- Sebagai bahan mentah industri – penghasilan kertas, pewarna dan diguna dalam industri tekstil

- Sebagai pengawet

Page 18: Skema p.am Kertas 2 2012

18

BAHAGIAN D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15

markah]

7 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi.

Jumlah setinggan di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola tidak konsisten. Pada tahun 2005, setinggan berjumlah 53723 keluarga dan menurun sebanyak 25.12% kepada 40226 keluarga pada tahun 2007. Kemudian jumlah setinggan ini telah meningkat sebanyak 1144 keluarga pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, masalah setinggan di Selangor telah menunjukkan penurunan yang agak ketara. Pada tahun 2005, bilangan setinggan sebanyak 5913 keluarga. Melalui Dasar Setinggan Sifar Menjelang 2005,golongan setinggan telah berjaya dipindahkan ke penempatan baru yang lebih kondusif melalui pembinaan rumah kos rendah yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat. Bilangan setinggan pada tahun 2006 telah menyusut dengan mendadak sebanyak 3102 keluarga berbanding tahun 2005. Bilangan ini terus menyusut lagi sebanyak 1614 keluarga pada tahun 2007 dan angka ini kekal sehingga tahun 2008.

Kepesatan pembangunan ekonomi yang berlaku di negeri Johor turut meningkatkan lagi petempatan setinggan. Bilangan setinggan yang direkodkan pada tahun 2005 adalah sebanyak 5293 keluarga dan bilangan ini terus meningkat dengan drastik kepada 11411 keluarga pada tahun 2006. Pada tahun 2007, bilangan setinggan kekal tidak berubah seperti tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, berlaku peningkatan sebanyak 7272 keluarga berbanding tahun 2005.

Negeri Sembilan kekal sebagai negeri yang mempunyai bilangan setinggan terendah di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2007 dan 2008, bilangan setinggan yang dicatatkan bagi setiap tahun adalah sebanyak 297 keluarga, dan bilangan ini merupakan pertambahan sebanyak 176 keluarga berbanding tahun 2005. Manakala bilangan setinggan pada tahun 2006 melebihi sebanyak 49 keluarga berbanding tahun 2007.

Bilangan setinggan di Kedah agak sederhana. Pada tahun 2007, bilangan setinggan sebanyak 3629 keluarga, angka ini hasil daripada peningkatan sebanyak 186 keluarga berbanding tahun 2006. Bilangan setinggan di Kedah pada tahun 2005 pula melebihi sebanyak 3407 keluarga berbanding bilangan setinggan di Negeri Sembilan pada tahun yang sama.

Sabah merekodkan bilangan setinggan yang tertinggi di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh kebanjiran pendatang asing tanpa izin dari wilayah Selatan Filipina. Bilangan setinggan pada tahun 2005 merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 38868 keluarga dan bilangan ini telah menyusut sebanyak 15186 keluarga (39.07%) pada tahun 2008. Pada tahun 2006 bilangan setinggan di Sabah merupakan 58.63% daripada keseluruhan setinggan pada tahun tersebut yang

Page 19: Skema p.am Kertas 2 2012

19

berjumlah 43536 keluarga. Bilangan setinggan pada tahun 2007 pula lebih 10 keluarga berbanding tahun selepasnya.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, April 2009)7. Malaysia: Jumlah Aliran Keluarga Setinggan Mengikut Negeri-Negeri Terpilih Bagi Tahun 2005 hingga Tahun 2008.

Bil.

Negeri Bilangan Keluarga Setinggan (keluarga)

2005 Tokokan 2006 Tokokan 2007 Tokokan 2008 Tokokan

1. Selangor 5913 5913 2811 2811 1197 1197 1197 1197

2. Johor 5293 11206 11411 14222 11411 12608 12565 13762

3. Negeri Sembilan

121 11327 346 14568 297 12905 297 14059

4. Kedah 3528 14855 3443 18011 3629 16534 3629 17688

5. Sabah 38868 53723 25525 43536 23692 40226 23682 41370

JUMLAH 53723 43536 40226 41370

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian,April 2009)

Page 20: Skema p.am Kertas 2 2012

20

Tahun

MALAYSIA: JUMLAH ALIRAN KELUARGA SETINGGAN MENGIKUT NEGERI-NEGERI TERPILIH

BAGI TAHUN 2005 HINGGA 2008

Jumlah setinggan (keluarga)

Negeri Sembilan

Skala: 1cm: 5 000 keluarga

Petunjuk:

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripadaBerita Harian, April 2009)

Page 21: Skema p.am Kertas 2 2012

21

8. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan penduduk di kawasan bandar utama di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010.

Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam negara turut menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya. Walaupun penduduk di bandar-bandar utama ini tidak seramai penduduk di bandar Shanghai,Tokyo ataupun Mexico City, namun bilangan penduduk di lapan buah bandar utama negara ini jelas menunjukkan trend positif bagi sesebuah negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia.

Petempatan penduduk bandar negara boleh dikesan daripada jumlah penduduk lapan buah bandar yang paling padat yang mencatatkan 4,775,812 orang pada tahun 2000 dan meningkat sebanyak 3,122,678 orang pada tahun 2010. Antara punca peningkatan yang banyak dalam bilangan penduduk bandar boleh dikaitkan dengan migrasi dari luar bandar ke bandar berpunca daripada faktor tolak dan tarik.

Subang Jaya mendahului bandar lain sebagai bandar yang paling ramai penduduk dengan peningkatan yang begitu drastik daripada penduduk berjumlah 423,338 orang pada tahun 2000 kepada 1,553,589 orang sepuluh tahun kemudian. Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan yang sederhana dalam bilangan penduduk dengan penambahan sebanyak 177,811 orang daripada penduduk seramai 1,297,526 orang pada tahun 2000.

Penduduk Klang dan Johor Bahru masing-masing seramai 631,676 orang dan 630,603 orang pada tahun 2000. Angka ini telah meningkat menjadi 1,113,851 orang dan 916,409 orang pada tahun 2010.

Bandar Ampang Jaya, Ipoh dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil dengan penduduknya dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang pada tahun 2010. Penduduk Ampang Jaya seramai 475,253 orang pada tahun 2000. Angka ini melebihi bandar Shah Alam seramai 155,641 orang tetapi berkurangan seramai 98,788 orang kalau dibandingkan dengan bandar Ipoh. Pada tahun 2010, penduduk tiga bandar ini adalah seramai 804,901 orang untuk Ampang Jaya, 704,572 orang untuk Ipoh dan 671,282 orang untuk Shah Alam. Penduduk Kuching, ibu negeri Sarawak melengkapkan data tentang bilangan penduduk lapan bandar paling padat di Malaysia dalam jangka masa yang diliputi.

Bilangan penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi Negara yang akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara.

(Sumber: Disesuaikan daripadaJabatan Perangkaan Malaysia, 2012)

Page 22: Skema p.am Kertas 2 2012

22

8. MALAYSIA: PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR UTAMA PADA TAHUN 2000 DAN 2010

TAHUN 2000 TAHUN 2010

BandarBilangan Penduduk

(orang)%

Bilangan Penduduk

(orang)%

1. Subang Jaya 423,338 8.864 31.91 1,553,589 19.669 70.81

2. Kuala Lumpur 1,297,526 27.169 97.81 1,475,337 18.679 67.24

3. Klang 631,676 13.227 47.62 1,113,851 14.102 50.77

4. Johor Bahru 630,603 13.204 47.53 916,409 11.602 41.76

5. Ampang Jaya 475,253 9.951 35.82 804,901 10.191 36.69

6. Ipoh 574,041 12.020 43.27 704,572 8.92 32.11

7. Shah Alam 319,612 6.692 24.09 671,282 8.449 30.60

8. Kuching 423,763 8.873 31.94 658,549 8.338 30.02

JUMLAH 4,775,812 100 360 7,898,490 100 360

(Sumber: Disesuaikan daripadaJabatan Perangkaan Malaysia, 2012)

Page 23: Skema p.am Kertas 2 2012

23

Jumlah:4,775,812 orang Jumlah: 7,898,490 orang

MALAYSIA: PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR UTAMA PADA TAHUN 2000 DAN 2010

Tahun 2000 Tahun 2010

Nisbah jejari: 1:1.286

Petunjuk:

(Sumber: Disesuaikan daripadaJabatan Perangkaan Malaysia, 2012)

Page 24: Skema p.am Kertas 2 2012

24

BAHAGIAN E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15 markah]

9 Berdasarkan jadual di bawah, tafsirkan hasil eksport barangan utama Malaysia bagi tempoh-tempoh yang dinyatakan.

JADUAL : BARANGAN UTAMA EKSPORT MALAYSIA

Barangan Separuh Tahun Kedua 2011(RM Juta)

Separuh Tahun Pertama 2012*

(RM Juta)

Separuh Tahun Kedua 2012*

(RM Juta)Gas asli cecair (LNG) 3,361.2 5,587.4 4,574.9Minyak sawit 4,171.4 4,823.0 4,501.9Kimia dan bahan kimia 3,701.2 3,531.5 4,079.0Petroleum mentah 2,383.0 2,789.6 3,532.8Keluaran petroleum ditapis 3,225.6 4,252.4 3,403.8Jentera, perkakasan dan peralatan 1,518.8 1,800.2 2,064.2Keluaran getah 1,277.0 1,407.0 1,606.8Barangan perkilangan logam 1,424.5 1,414.8 1,845.5Jumlah 21,062.7 25,605.9 25,608.9

*anggaran

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripadaPerangkaan Perdagangan Luar Malaysia, Februari 2012)

Page 25: Skema p.am Kertas 2 2012

25

9.

BIL IDEA/ISI HURAIAN ALASAN

1. A.POLA PERUBAHAN

Jumlah keseluruhan dianggarkan meningkat

Separuh tahun kedua 2011 sebanyak RM 21062.7 juta. Dianggarkan meningkat kepada RM 25608.9 juta (separuh tahun kedua 2012).

Beza RM 4546.2 juta

Peratus peningkatan 21.58%.

-permintaan meningkat

-pengeluran barangan eksport semakin meningkat hasil dasar kerajaan iaitu Dasar Pertanian dan Perindustrian

2. Eskport barangan yang dianggarkan mengalami pola meningkat

-petroleum mentah, jentera perkakasan dan peralatan,keluaran getah

Petroleum mentah

RM 2383.0 juta (separuh tahun kedua 2011) dianggarkan meningkat kepada RM 3532.8 juta (separuh tahun kedua 2012).

Beza RM 1149.8 juta

Peratus peningkatan 48.25%

Jentera perkakasan dan peralatan

RM1518.8 juta(separuh tahun kedua 2011) dianggarkan meningkat kepada RM2064.2 juta (separuh tahun kedua 2012).

Beza RM 545.4 juta

Peratus peningkatan 35.91%

-sumber baharu

-peningkatan harga di pasaran antarabangsa

-perkembangan pesat sektor industri berat

-permintaan tinggi daripada rakan dagangan

Page 26: Skema p.am Kertas 2 2012

26

Keluaran getah

RM 1277.0 juta(separuh tahun kedua 2011) dianggarkan meningkat kepada RM 1606.8 juta (separuh tahun kedua 2012).

Beza RM 329.8 juta

Peratus peningkatan 25.83%.

-peningkatan harga pasaran antarabangsa

-peningkatan dalam industri berasaskan getah

3. Eksport barangan yang dianggarkan mengalami pola tidak konsisten

-LNG, minyak sawit, keluaran petroleum ditapis, kimia dan bahan kimia dan barangan perkilangan logam

Gas asli cecair (LNG)

RM3361.2 juta (separuh tahun kedua 2012) dianggarkan meningkat kepada RM 5587.4 juta (separuh tahun pertama 2012).

Beza RM 2226.2 juta

Peratus peningkatan 66.23%

dianggarkan menurun kepada RM 4574.9 juta (separuh tahun kedua 2012).

Beza RM 1012.5 juta

Peratus peningkatan 18.12%

Minyak sawit

RM 4171.4 juta( separuh tahun kedua 2011) dianggarkan meningkat kepada RM 4823.0 juta (separuh tahun pertama 2012).

Beza RM 651.6 juta

-ketidakstabilan harga pasaran LNG dunia

-persaingan dengan minyak berasas sumber lain seperti minyak soya/kacang

Page 27: Skema p.am Kertas 2 2012

27

Peratus peningkatan 15.62%

dianggarkan menurun semula kepada RM 4501.9 juta (separuh tahun kedua 2012).

Beza 321.1 juta

Peratus penurunan 6.66%

Keluaran petroleum ditapis

RM 3225.6 juta (separuh tahun kedua 2011) dianggarkan meningkat kepada RM 4252.4 juta (separuh tahun pertama 2012).

Beza RM 1026.8 juta

Peratus peningkatan 31.83%

dianggarkan menurun semula kepada RM 3403.8 juta(separuh tahun kedua 2012).

Beza RM 848.6 juta

Peratus penurunan 19.96%

di pasaran dunia

-persaingan dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain

Page 28: Skema p.am Kertas 2 2012

28

Kimia dan bahan kimia

RM 3701.2 juta (separuh tahun kedua 2011) dianggarkan menurun kepada RM 3531.5 juta (separuh tahun pertama 2012).

Beza RM 169.7 juta

Peratus penurunan 4.58%

dianggarkan meningkat semula kepada RM 4079.0 juta (separuh tahun kedua 2012).

Beza RM 547.5 juta

Peratus peningkatan 15.50%

Barangan perkilangan logam

RM 1424.5 juta (separun tahun kedua 2011) dianggarkan menurun kepda RM 1414.8 juta (separuh tahun pertama 2012).

Beza RM 9.7 juta

Peratus penurunan 0.68%

dianggarkan meningkat semula kepada RM 1845.5 juta ( separuh tahun kedua 2012).

Beza RM 430.7 juta

Peratus peningkatan 30.44%

-ketidakstabilan permintaan di pasaran dunia

-ketidakstabilan harga barangan mentah logam

Page 29: Skema p.am Kertas 2 2012

29

4. B.POLA BANDINGAN

Separuh tahun kedua 2011 Paling tingi minyak sawit RM 4171.4

juta atau 19.80% daripada jumlah keseluruhan RM 21062.7 juta

Paling rendah keluaran getah RM 1277 juta atau 6.06% daripada jumlah keseluruhan RM 21062.7 juta

-promosi terhadap pembinaan minyak sawit oleh pihak kerajaan

-persaingan daripada barangan yang dibuat daripada getah sintetik

5. Anggaran Separuh tahun pertama 2012

LNG dianggarkan paling tinggi iaitu RM5587.4 juta atau 21.82% daripada jumlah keseluruhan RM 25605.9 juta

Keluaran getah dianggarkan paling rendah iaitu RM 1407.0 juta atau 5.49% daripada keseluruhan RM 25605.9 juta

-peningkatan pengunaan kenderaan berasaskan LNG

-persaingan dengan getah tiruan

6 Anggaran Separuh tahun kedua 2012

LNG dianggarkan paling tinggi iaitu RM4574.9 juta atau 17.86% daripada jumlah keseluruhan RM 25608.9 juta

Keluaran getah dianggarkan paling rendah iaitu RM 1606.8 juta atau 6.27% daripada jumlah keseluruhan RM 25608.9juta.

-Peningkatan permintaan terhadap LNG

-persaingan dengan getah tiruan

*CATATAN: Perkataan “anggaran” seharusnya ada pada setiap isi dan huraian kecuali pola bandingan separuh Tahun Kedua 2012

Jawapan: 2+2

Page 30: Skema p.am Kertas 2 2012

30

10. Berdasarkan carta pai di bawah, huraikan pola perbelanjaan pelancong dari pelbagai negara ke Malaysia dalam tempoh yang dinyatakan. Jelaskan langkah-langkah untuk menarik kedatangan pelancong ke Malaysia.

Perbelanjaan Pelancong dari Pelbagai Negara di Malaysia pada Tahun 2007 hingga Tahun 2009

( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Statistik Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia, 2011 )

TAHUN 2007

TAHUN 2009

TAHUN 2008

RM 9.22 BILION

RM 14.73 BILION

RM 11.54 BILION

Page 31: Skema p.am Kertas 2 2012

31

10.

Bil.

Isi/Idea Huraian/Bukti

A1.

Jumlah keseluruhan mengalami peningkatan

Pada tahun 2007 berjumlah RM 9.22 bilion terus meningkat kepada RM 14.73 bilion pada tahun 2009. Peningkatan sebanyak RM 5.51 bilion atau perubahan peratusan sebanyak 59.76%

2. Peratusan meningkatNegara Arab/Islam Pada tahun 2007 peratusannya ialah 15.42% atau RM 1.42

bilion meningkat kepada 31.09% atau RM 4.58 bilion pada tahun 2009. Peningkatan sebanyak 15.67%

3. Peratusan menurunEropah Pada tahun 2007 peratusannya ialah 20.04% atau RM 1.85

bilion menurun kepada 8.82% atau 1.30 bilion pada tahun 2009. Penurunan sebanyak 11.22%

4. Peratusan tidak konsisten(pilih salah sebuah negara sahaja)Singapura

Negara ASEAN yang lain

Asia Timur

Pada tahun 2007 peratusannya ialah 31.45% atau RM 2.90 bilion meningkat kepada 33.75% atau RM 3.89 bilion pada tahun 2008. Peningkatan sebanyak 2.3%.Namun kembali menurun pada tahun 2009 kepada 32.58% atau RM 4.80 bilion. Penurunan sebanyak 1.17%

Pada tahun 2007 peratusannya ialah 19.00% atau RM 1.75 bilion meningkat kepada 19.06% atau RM 2.20 bilion pada tahun 2008. Peningkatan sebanyak 0.6%. Namun kembali menurun pada tahun 2009 kepada 14.25% atau RM 2.10 bilion. Penurunan sebanyak 4.81%

Pada tahun 2007 peratusannya ialah 14.1% atau RM 1.30 bilion menurun kepada 10.13% atau RM 1.17 bilion pada tahun 2008. Penurunan sebanyak 3.97%. Namun kembali meningkat pada tahun 2009 kepada 12.45% atau RM 1.83 bilion peningkatan sebanyak 2.32%.

B1. Bandingan dalam tahun(pilih mana-mana 2 tahun sahaja)Tahun 2007 Perbelanjaan yang mencatat peratusan tertinggi ialah

Singapura iaitu 31.45% atau RM 2.90 billion manakala peratusan terkecil ialah negara Asia Timur iaitu 14.1% RM 1.30 bilion.

2. Tahun 2008 Perbelanjaan yang mencatat peratusan tertinggi ialah Singapura iaitu 33.75% atau RM 3.89 bilion manakala peratusan terkecil ialah Negara Asia Timur iaitu 10.13% atau

Page 32: Skema p.am Kertas 2 2012

32

RM 1.19 bilion.

3 Tahun 2009 Perbelanjaan yang mencatat peratusan tertinggi ialah Singapura iaitu 32.58% atau RM 4.80 bilion manakala peratusan terkecil ialah Negara Eropah iaitu 8.82% atau RM 1.30 bilion.

C

1.

2.

3.

4.

5.

Langkah menarik pelancong ke Malaysia.(mana-mana 2 isi/idea sahaja)

Infrastruktur

Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa

Kempen

Penjagaan alam sekitar yang berkesan/ pembangunan lestari

Kestabilan politik

Kerajaan menyediakan kemudahan / prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan-LRT, komuter-lapanganterbang-lebuhraya-liputan internet dantelefon

-hotel mewah-hotel bajet-homestay

Galakan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) -promosi melalui tv, iklan

Kerajaan seharusnya memelihara flora dan fauna bagi memajukan eko-pelancongan dalam jangka masa panjang-taman negara-hutan simpan

-keselamatan terjamin-ekonomi berkembang

BahagianA 1 isi/ideaBahagian B 1 isi/ideaBahagian C 2 isi/idea =1 isi x 4 = 4

4 huraian X 2 = 8 Bahasa = 1 Kesimpulan = 2