rasm uthmani

29
1 HBQE1203 RASM AL- UTHMANI Pengenalan Rasm Uthmani. Menurut Haji Abdul Qadir Leong (2000), Kalimah Rasm bermaksud penulisan. Penulisan adalah berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang membentuk perkataan dalam ayat dari segi penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan. Ilmu Rasm merupakan satu ilmu yang membincangkan kaedah serta cara penulisan huruf-huruf dan kalimah-kalimah Al-Quran. Ilmu ini disebut juga sebagai Rasm Uthmani. Penyeragaman kaedah penulisan Rasm Uthmani bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara ketepatan bacaan qiraat tujuh yang mutawatir daripada Rasulullah s.a.w. dan menyatukan kaum muslimin dari segi pembacan al- Quran. Ia juga berpandukan kepada dialek kaum Quraisy yang menjadi asas kaedah penulisan yang telah ditentukan oleh Saidina Uthman bin Affan. Maka dengan itulah rasm ini juga dikenali dengan nama Rasm Uthmani bersempena dengan Saidina Uthman yang telah menentukan kaedah dan asas penulisan Mashaf al- Quran dan beliau pada ketika itu merupakan khalifah Islam yang ketiga. Hukum mempelajarinya adalah Fardhu Kifayah. Konsep Rasm Uthmani dan sejarahnya. Pengumpulan Dan Penyalinan Al-Quran. Allah s.w.t. telah menjamin akan menjaga kesucian dan kemurnian Al-Quran, iaitu melalui firman-Nya : Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. Justeru itu, Al-Quran pasti terselamat daripada sebarang usaha pemalsuan, penambahan atau pengurangan. Ini jelas apabila kajian sejarah membuktikan bahawa proses pengumpulan dan penulisan Al-Quran yang menjamin kesucian dan kemurniannya berlaku secara menyakinkan. Terdapat tiga peringkat pengumpulan Al-Quran iaitu :

Upload: umi-suraiya

Post on 24-Jun-2015

1.417 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: rasm uthmani

1

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Pengenalan Rasm Uthmani.

Menurut Haji Abdul Qadir Leong (2000), Kalimah Rasm bermaksud penulisan. Penulisan adalah

berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang membentuk perkataan dalam ayat dari segi

penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan.

Ilmu Rasm merupakan satu ilmu yang membincangkan kaedah serta cara penulisan huruf-huruf

dan kalimah-kalimah Al-Quran. Ilmu ini disebut juga sebagai Rasm Uthmani. Penyeragaman

kaedah penulisan Rasm Uthmani bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara ketepatan

bacaan qiraat tujuh yang mutawatir daripada Rasulullah s.a.w. dan menyatukan kaum muslimin

dari segi pembacan al-Quran. Ia juga berpandukan kepada dialek kaum Quraisy yang menjadi

asas kaedah penulisan yang telah ditentukan oleh Saidina Uthman bin Affan. Maka dengan

itulah rasm ini juga dikenali dengan nama Rasm Uthmani bersempena dengan Saidina Uthman

yang telah menentukan kaedah dan asas penulisan Mashaf al-Quran dan beliau pada ketika itu

merupakan khalifah Islam yang ketiga.

Hukum mempelajarinya adalah Fardhu Kifayah.

Konsep Rasm Uthmani dan sejarahnya.

Pengumpulan Dan Penyalinan Al-Quran.

Allah s.w.t. telah menjamin akan menjaga kesucian dan kemurnian Al-Quran, iaitu melalui

firman-Nya :

Maksudnya :

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. “

Justeru itu, Al-Quran pasti terselamat daripada sebarang usaha pemalsuan, penambahan atau

pengurangan. Ini jelas apabila kajian sejarah membuktikan bahawa proses pengumpulan dan

penulisan Al-Quran yang menjamin kesucian dan kemurniannya berlaku secara menyakinkan.

Terdapat tiga peringkat pengumpulan Al-Quran iaitu :

Page 2: rasm uthmani

2

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

1. Zaman Rasulullah s.a.w.

2. Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a.

3. Zaman Khalifah Osman bin Affan r.a.

1. Pengumpulan Pertama : Zaman Rasulullah s.a.w.

Rasulullah adalah insan pertama yang mengumpulkan Al-Quran. Pengumpulan Al-

Quran pada zaman Rasulullah melalui dua cara iaitu :

i. Pengumpulan dalam dada berupa penghafalan dan penghayatan.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. yang ummi iaitu tidak tahu membaca

dan menulis. Oleh itu, perhatian Nabi s.a.w. ditumpukan sekadar menghafal dan

menghayatinya, agar baginda dapat menguasai Al-Quran dengan tepat seperti

mana yang disampaikan oleh malaikat Jibrail a.s. Setelah itu, baginda

membacakannya kepada para sahabat dengan terang dan jelas agar mereka

juga dapat menghafal dan menghayatinya.

Wahyu Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat. Setiap kali wahyu

diterima, Rasulullah s.a.w. akan membacanya kepada para sahabat dan

mengulanginya beberapa kali agar dapat dihafal oleh mereka. Para sahabat

sentiasa bersaing untuk menghafal dan menjaga hafalan mereka supaya tidak

hilang dari ingatan mereka. Oleh itu, Al-Quran pada zaman itu turut terpelihara

dan terkumpul dalam dada-dada para sahabat.

ii. Pengumpulan dalam bentuk tulisan.

Antara keistimewaan Al-Quran ialah pengumpulannya dalam bentuk tulisan.

Rasulullah s.a.w. sangat memberi perhatian kepada penyalinan Al-Quran.

Baginda mempunyai beberapa orang penulis wahyu. Setiap kali wahyu

diturunkan, baginda akan memerintahkan mereka menulisnya. Penulis-penulis

tersebut adalah para sahabat yang dipilih oleh Rasulullah daripada kalangan

yang terbaik dan cantik tulisannya agar tugasan tersebut dapat dilaksanakan

dengan baik.

Antara para sahabat yang terkenal sebagai penulis wahyu pada zaman itu ialah :

1. Abu Bakar As-Siddiq

Page 3: rasm uthmani

3

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

2. Omar bin Al-Khattab

3. Osman bin Affan

4. Ali bin Abu Talib

5. Ubai bin Kaab

6. Zaid bin Thabit

7. Zubair bin Al-Awwam

8. Muawiyah bin Abi Sufian

Para penulis wahyu ini mendapat petunjuk secara terus daripada Rasulullah

mengenai cara penulisan dan panduan bagi meletakkan ayat-ayat dalam surah-

surah tertentu. Pada peringkat ini, penulisan Al-Quran tidaklah bererti dilakukan

oleh sekumpulan di atas satu bahan tetapi Al-Quran ditulis pada pelbagai bahan

seperti kayu, batu, tulang, pelepah tamar dan sebagainya. Kemudian ayat-ayat

yang ditulis pada pelbagai bahan ini dikumpulkan untuk peringkat selanjutnya.

Ayat-ayat Al-Quran yang tercatat di atas ketulan-ketulan batu, pelepah tamar,

tulang belulang unta dan kulit biri-biri yang telah kering dan kepingan-kepingan

kayu disimpan di dalam rumah Rasulullah sendiri.

Terdapat juga sebahagian para sahabat mengambil inisiatif tersendiri dengan

menuliskan ayat Al-Quran untuk simpanan mereka sendiri tanpa diarahkan oleh

Nabi. Menyedari akan hal itu,Rasulullah s.a.w. menegah para sahabat daripada

menyalin perkara selain daripada Al-Quran termasuklah hadis-hadis baginda.

Arahan ini bertujuan untuk menjamin kemurnian dan kesahihan ayat-ayat Al-

Quran daripada bercampur dengan sesuatu yang lain daripadanya. Maka

dengan sebab itu, Al-Quran terus terpelihara kemurniannya sejak dari awal lagi.

Kesimpulannya, pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. secara

penulisan telah pun wujud secara tersusun tetapi pada masa itu ia masih lagi

belum dikumpulkan di dalam satu mashaf. Ini adalah berdasarkan kepada

keadaan di waktu itu yang mana wahyu masih lagi diturunkan.

iii. Sebab Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mashaf pada zaman Nabi s.a.w.

Page 4: rasm uthmani

4

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Ketika Rasulullah wafat, Al-Quran sedia kukuh terpelihara dalam dada-dada para

sahabat. Namun dari sudut penulisannya, Al-Quran masih lagi berada dalam

keadaan lembaran-lembaran yang terpisah antara satu sama lain, ia belum lagi

dikumpulkan dalam satu buku atau mashaf yang lengkap berserta ayat-ayat dan

surah-surah yang tersusun. Keadaan yang berlaku ini mempunyai hikmah-

hikmahnya yang tertentu memandangkan Al-Quran merupakan kalam yang

diturunkan oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Antara sebab mengapa Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mashaf pada

zaman Rasulullah ialah :

a) Kaedah penurunan Al-Quran adalah secara beransur-ansur dan tidak sekali

gus. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut sebelum

selesai keseluruhan penurunannya.

b) Terdapat sebahagian ayat yang diturunkan lebih awal telah dimansukhkan

apabila diturunkan ayat terkemudian yang menasakhkannya. Oleh itu

mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut kerana ini boleh

menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan pembatalan terhadap

penulisanAl-Quran.

c) Susunan ayat dan surah di dalam Al-Quran adalah tidak berdasarkan urutan

waktu ia diturunkan. Sebahagian ayat ada yang diturunkan pada saat terakhir

wahyu tetapi urutannya ditempatkan pada surah-surah yang terawal. Oleh

itu, mustahil untuk membukukannya dalam tempoh penurunannya kerana itu

juga boleh menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan perubahan pada

susunan penulisannya.

d) Tempoh turun wahyu terakhir dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. adalah

terlalu singkat. Oleh itu dalam masa yang sesingkat ini tidak memungkinkan

ia untuk disusun lalu dibukukan dengan segera.

Page 5: rasm uthmani

5

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

e) Ketiadaan faktor-faktor yang mendorong untuk mengumpulkan Al-Quran

menjadi satu mashaf sebagaimana yang berlaku pada zaman Abu Bakar As-

Siddiq. Ini kerana ketika hayat Rasulullah terdapat ramai sahabat yang

menghafal Al-Quran sebaik sahaja ia diturunkan sehingga tidak wujud

sebarang kepentingan untuk mendesak kepada penulisannya. Ini berbeza

selepas kewafatan Rasulullah kerana kemunculan banyak fitnah seumpama

peperangan yang menyebabkan ramai penghafal Al-Quran yang gugur

syahid sehingga mendorong Abu Bakar melaksanakan rancangan

pengumpulan Al-Quran dalam satu mashaf kerana khuatir ia akan lenyap

dengan ketiadaan para penghafalnya.

Oleh itu setelah segala-galanya stabil iaitu dengan berakhirnya penurunan serta

wafatnya Rasulullah maka tiada lagi perkara dikhuatiri akan menjejaskan

pembukuannya. Inilah yang diilhamkan oleh Allah s.w.t kepada Khulafak Ar-Rasyidin

yang mendapat hidayah langsung daripadaNya sehingga timbul idea untuk

membukukan Al-Quran dalam satu mashaf bermula dengan pengumpulannya oleh

Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

2. Pengumpulan Kedua : Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

a. Faktor utama pengumpulan Al-Quran : Perang al-Yamamah

Peringkat kedua pengumpulan Al-Quran ialah pada zaman Khalifah Abu Bakar iaitu

selepas kewafatan Rasulullah. Peringkat ini disebut oleh sebahagian para ulamak

sebagai peringkat pengumpulan ayat-ayat Al-Quran di dalam mashaf. Pengumpulan ini

merupakan berikutan daripada beberapa peristiwa besar yang berlaku semasa

pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Antara peristiwa terpenting yang menjadi faktor

utama pengumpulan Al-Quran adalah perang Al-Yamamah bagi menentang golongan

yang murtad sejurus selepas kewafatan Rasulullah pada tahun ke-12 Hijrah yang

menyebabkan ramai di kalangan para sahabat penghafaz Al-Quran gugur syahid fi

sabilillah.

Menurut sejarah Islam, selepas kewafatan Rasulullah para sahabat telah bersepakat

untuk melantik Abu Bakar sebagai khalifah Islam kerana beliau merupakan salah

Page 6: rasm uthmani

6

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

seorang sahabat yang paling akrab hubungannya dengan Rasulullah dan termasuk

antara mereka yang terawal memeluk Islam daripada kalangan orang lelaki dewasa.

Semasa dilantik menjadi khalifah, beliau menghadapi beberapa masalah yang berkaitan

dengan perpecahan umat Islam. Antaranya golongan yang murtad, golongan yang tidak

mahu membayar zakat dan golongan pengikut nabi-nabi palsu seperti pengikut

Musaylamah Al-Kazzab. Sebagai seorang pemimpin tertinggi pada waktu itu, beliau

telah mengarahkan bala tentera umat Islam untuk memerangi golongan ini.

Pertempuran yang paling hebat telah berlaku di Yamamah, ia menyaksikan tentera

Islam bertempur dengan golongan murtad dan golongan yang mengingkari zakat.

Pertempuran ini telah menyebabkan lebih 70 orang sahabat penghafaz Al-Quran gugur

syahid.

Senario ini telah menggusarkan perasaan Omar bin Al-Khattab pada ketika itu. Beliau

merasakan bahawa kemungkinan Al-Quran ini akan lenyap berikutan ramainya para

penghafaz Al-Quran yang mati syahid, bahkan kebimbangan semakin bertambah

sekiranya nanti mereka sekali lagi akan terlibat dalam siri-siri peperangan yang lain.

Beliau memikirkan sesuatu tindakan perlu diambil oleh khalifah ketika itu. Lalu beliau

bertemu dengan khalifah Abu Bakar dan menyatakan kebimbangannya itu lantas

mencadangkan kepada khalifah supaya ayat-ayat Al-Quran disalin dan dikumpulkan

dalam satu himpunan yang dikenali sebagai mashaf.

Pada awalnya, Saidina Abu Bakar berasa keberatan untuk menerima cadangan Omar

bin Al-Khattab kerana perkara seperti itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah semasa

hayat baginda. Akhirnya Allah telah melapangkan dada Saidina Abu Bakar untuk

menerima cadangan Omar Al-Khattab setelah ia dibincangkan terlebih dahulu dan

dipersetujui oleh para sahabat yang lain.

b. Peranan Zaid bin Thabit r.a.

Setelah cadangan Omar diterima, khalifah Abu Bakar telah memerintahkan Zaid bin

Thabit untuk mengetuai tanggungjawab mencari dan mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran

di dalam satu mashaf. Maka Zaid mencari dan meneliti Al-Quran.

Dikumpulkan daripada potongan-potongan kain, kepingan-kepingan besi, kulit-kulit

binatang dan hafalan-hafalan orang lelaki. Suhuf (lembaran-lembaran yang sudah

Page 7: rasm uthmani

7

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

terkumpul di dalamnya Al-Quran) berada bersama Abu Bakar sehingga beliau wafat

kemudian disimpan oleh Omar Al-Khattab dan seterusnya oleh Hafsah binti Omar.

3. Pengumpulan Ketiga: Zaman Khalifah Osman bin Affan r.a.

a.Faktor utama pengumpulan Al-Quran pada zaman Khalifah Osman : Perbezaan

Bacaan.

Al-Quran mengalami proses pengumpulan untuk peringkat yang ketiga pada zaman

Saidina Osman bin Affan. Perbezaan usaha ini antara zaman Saidina Abu Bakar

dengan zaman Saidina Osman ialah usaha pengumpulan pada zaman Osman adalah

daripada arahan beliau sendiri yang pada ketika itu merupakan seorang khalifah Islam

yang ketiga, sedangkan zaman Abu Bakar usaha ini adalah merupakan tindakan

susulan Abu Bakar sebagai seorang khalifah Islam yang pertama setelah didesak oleh

Omar Al-Khattab tentang kepentingan usaha mengumpulkan Al-Quran dalam satu

mashaf.

Apakah penyebab utama yang membawa kepada usaha pengumpulan Al-Quran pada

zaman Osman ?

Sebab utama yang membawa kepada usaha pengumpulan Al-Quran pada zaman

Osman ialah kerana berlakunya pertelingkahan dan perpecahan antara umat Islam

mengenai cara membaca sebahagian ayat-ayat Al-Quran di kalangan negeri-negeri

Islam yang luas pada ketika itu. Terutamanya mereka yang tidak tergolong di kalangan

generasi sahabat.

Huzaifah r.a. meminta khalifah agar mengatasi segera kekecohan yang telah berlaku

sebelum ia menjadi lebih parah sehingga boleh mengakibatkan pertikaian dan

perpecahan yang tidak berkesudahan dan supaya umat Islam tidak mengulangi

pertikaian yang berlaku antara Yahudi dan Nasrani.

b. Pengumpulan Al-Quran secara sistematik.

Saidina Osman bin Affan memenuhi permintaan Huzaifah dengan meminta Saidatina

Hafsah meminjamkan mashaf yang ada dalam simpanannya kepada khalifah bagi

tujuan membuat beberapa naskhah salinan dan selepas itu akan dikembalikan kepada

Saidatina Hafsah.

Page 8: rasm uthmani

8

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Setelah meminjam naskhah Al-Quran tersebut, maka khalifah telah mengarahkan

beberapa orang sahabat menyalin kandungan mashaf kepada beberapa salinan.

Para sahabat yang terlibat dengan tugas ini ialah :

1. Zaid bin Thabit

2. Abdullah bin Zubair

3. Saad bin Al-Ash

4. Abdul Rahman bin Al-Harith

Setelah selesai penyalinan dibuat kepada beberapa naskhah, maka naskhah-naskhah

tersebut telah dihantar kepada beberapa Bandar iaitu :

1. Basrah

2. Kufah

3. Syam

4. Kota Madinah (satu untuk simpanan khalifah Osman dinamakan Mashaf Al-Imam)

5. Makkah

6. Yaman

7. Bahrain

Kandungan setiap salinan telah diperakukan oleh para sahabat. Khalifah telah

memerintahkan setiap salinan dihantar ke Negara-negara Islam yang lain bersama

orang yang menghafaz Al-Quran untuk membimbing umat Islam cara membaca Al-

Quran dengan menggunakan mashaf tersebut.

Pengumpulan Al-Quran pada zaman Saidina Osman ini telah menjadikan sistem

penyalinan mashaf lebih tersusun. Daripada sistem inilah disiplin ilmu penyalinan Al-

Quran telah berkembang dan semakin kemas. Khalifah Saidina Osman telah berjaya

menyelaraskan sistem Rasm Al-Quran dan menghasilkan lima naskhah salinan induk

yang dipanggil sebagai Mashaf Uthmani.

Budaya penyalinan dan pembukuan Al-Quran memberi kesan bahawa Al-Quran

merupakan kitab suci daripada langit yang tidak dapat diragukan lagi kesuciannya. Ia

juga memberi kesan ke arah kemunculan pelbagai bidang ilmu yang bernilai tinggi. Ia

juga menunjukkan betapa pentingnya budaya mencatat dan membukukan sebarang

penulisan kerana ia akan memberi kesan kepada jangka hayat sesuatu ilmu dan

menjadi satu bidang keutamaan dalam sistem pendidikan yang lebih menyakinkan.

Page 9: rasm uthmani

9

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Kaedah penulisan rasm uthmani

Mashaf Uthmani ialah mashaf atau naskhah Al-Quran yang ditulis semula di zaman

pemerintahan Saiyidina Osman bin Affan atas arahan sendiri. Oleh kerana usaha penulisan

semula mashaf ini di lakukan pada zaman dan atas arahan beliau, maka ia dinamakan Mashaf

Uthmani, sebagai bersandarkan kepada nama beliau.

Kaedah-kaedah penulisan Rasm Uthmani adalah menyentuh masalah-masalah berikut:

1. Al-Hazf (membuang huruf)

2. Al-Ziadah (menambah huruf)

3. Al-Hamzah (penulisan Hamzah)

4. Al-Ibdal (mengganti huruf dengan huruf lain)

5. Al-Fasl wa al-Wasl (memisah dan menyambung tulisan pada kalimah dan huruf)

6. Ma fihi Qiraatani (kalimah yang mengandungi dua bacaan ditulis dengan salah satu

bacaan).

Penulisan Hamzah

Dari segi bahasa: Hamzah bererti tekanan atau tolakan.

Dari segi istilah: Hamzah bererti bertutur dengan huruf Hamzah.

Hamzah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’.

Hamzah Wasal ditulis dengan Alif sama ada di dahului oleh Harf (kata sendi) atau tidak. Tanda

Hamzah Wasal ialah kepala huruf Shod ( ص ) diletakkan atas huruf Alif. Tanda ini adalah untuk

menunjukkan huruf ini tidak disebut ketika menyambung bacaan.

Perbandingan Rasm Uthmani dan Imla’ei

Page 10: rasm uthmani

10

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Uthmani Imla’ie

Page 11: rasm uthmani

11

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Uthmani Imla’ie

Hamzah Qata’

Kedudukan Hamzah Qata’ terdapat pada tiga tempat iaitu pada awal kalimah,

pertengahan kalimah dan pada akhir kalimah. Hamzah Qata’ yang berbaris adakalanya ditulis

bersendirian dan adakalanya diletak di atas Alif. Sementara itu, Hamzah Qata’ yang berbaris

sukun (mati) ditulis dengan diletak di atas Alif dan adakalanya diletak dan di bawah Ya’.

Uthmani Imla’ie

Page 12: rasm uthmani

12

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Uthmani Imla’ie

Uthmani Imla’ie

Alif Zaidah dan Alif Madah

Page 13: rasm uthmani

13

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Alif Zaidah

Zaidah bererti menambah atau mengekalkan sesuatu huruf yang tidak berfungsi atau tidak

dibaca ketika wasal atau waqaf pada sesuatu kalimah. Huruf yang ditambah itu diletakkan

tanda bulat kecil ( ْ� ).

Uthmani Imla’ie

Page 14: rasm uthmani

14

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Alif Madah

Uthmani Imla‘ei

Uthmani Imla‘ei

Page 15: rasm uthmani

15

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Ha Dhamir pada ketika Dhummah dan Kasrah

Uthmani Imla‘ei

Page 16: rasm uthmani

16

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Uthmani Imla‘ei

Bentuk-bentuk (tanda) Tanwin dan fungsinya, termasuk Tanwin pada huruf akhir surah.

Tanwin : Huruf nun tambahan yang bertanda sukun hanya terdapat di akhir kata nama am yang

bertanwin sahaja, ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan pada

ketika berhenti bacaan padanya.

Dalam Al-Quran yang ditulis dengan Rasm Uthmani terdapat tiga jenis Tanwin:

1. Tanwin (baris dua) yang tersusun, iaitu bagi baris atas dan bawah, dan angka enam

sembilan kecil bagi baris depan.

2. Tanwin (baris dua) dengan huruf Mim kecil bagi semua keadaan.

3. Tanwin (baris dua) yang senget dan berturut atau berikut, iaitu bagi baris atas dan

bawah, dan dua huruf sembilan kecil pada ketika Dhummah.

Page 17: rasm uthmani

17

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Uthmani Imla’ie

Uthmani Imla’ie

Page 18: rasm uthmani

18

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Bentuk-bentuk (tanda) Nun Sakinah dan fungsinya.

Nun Sakinah : Huruf nun ( ) yang bertanda sukun ( ) di atasnya, ia kekal sama ada dari

segi bacaan dan tulisan. Demikian juga ia tetap wujud pada ketika menyambung atau berhenti

bacaan padanya. Ia terdapat pada pertengahan atau hujung isim ( kata nama ), fi’il ( kata kerja )

dan harf ( partikel / kata penyerta ).

Ada tiga jenis Nun Sakinah dalam al-Qur’an iaitu:

1. Nun Sakinah yang bertanda kepala Ha yang dibaca dengan Izhar (dibunyikan dengan

terang dan tidak dengung)

2. Nun Sakinah yang bertanda Mim kecil yang bertemu dengan huruf Ba sahaja dan

dibaca dengan ghunnah atau dengung.

3. Nun Sakinah yang tidak bertanda apa-apa.

Ia bertemu dengan huruf bersabdu dan dibaca dengan Idgham dan dengung

yang sempurna (kecuali huruf Lam dan Ra’)

Ia bertemu dengan huruf yang tidak bersabdu (dibaca dengan

dengung/ghunnah)

Uthmani Imla’ei

Page 19: rasm uthmani

19

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Uthmani Imla’ei

Penutup

Sekalipun kebelakangan ini terdapat ramai ustaz dan ustazah yang mengajar Al-Quran dan

umat Islam sememangnya telah menggunakan Mashaf Rasm Uthmani sama ada dibaca,

dihafaz atau diajar kepada mana-mana pelajar tetapi boleh dikatakan masih ramai di antara

mereka ini belum benar-benar mengambil berat untuk mengetahui akan fungsi tanda-tanda

bacaannya, maka sedikit sebanyak masalah akan timbul.

Sebagai contohnya, fungsi tanda tanwin terutama yang menunjukkan hukum-hukum tajwid

dalam mashaf Rasm Uthmani didapati amat berbeza dengan Al-Quran mashaf Rasm Imla’ei.

Bagi penulisan sesetengah kalimah, didapati ada tanda bacaan telah dihazafkan, ada yang

Page 20: rasm uthmani

20

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

digantikan dengan alamat tertentu dan beberapa tanda bacaan lagi yang perlu dipelajari supaya

dapat dibaca menurut yang dikehendaki. Semua ini akan menimbulkan kesulitan dan akan

menyusahkan umat Islam yang tidak biasa membaca Al-Quran menurut kaedah Rasm Uthmani.

Maka tujuan Al-Quran Rasm Uthmani ditulis adalah untuk mengatasi sedikit sebanyak masalah

tanda-tanda bacaan dan memberi penerangan mengenai hukum-hukum tajwid serta

dikemaskinikan supaya dapat menambah minat para pembaca mempelajarinya.

Antara peranan mashaf Rasm Uthmani ialah menyeragamkan penulisan Al-Quran dan

menyatukan kaum muslimin dari segi pembacaan Al-Quran. Selain daripada dapat wujud

penyelarasan penulisan dan pembacaan Al-Quran, ia juga mempunyai beberapa hikmah seperti

berikut :

1. Tulisan Al-Quran Rasm Uthmani adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan telah

diwarisi oleh penulis-penulis mashaf Al-Quran sehingga ke hari ini.

2. Rasm Uthmani sudah dipersetujui para ulamak dan sudah diterima dengan susunan

ayat-ayatnya, kalimah-kalimahnya dan huruf-hurufnya tidak dapat dinafikan lagi.

3. Berpandu kepada fatwa Imam Malik, Al-Quran hendaklah ditulis dengan Rasm Uthmani.

4. Menggunakan Al-Quran Rasm Uthmani sewaktu membaca Al-Quran adalah salah satu

daripada rukun bacaan Al-Quran.

5. Al-Quran Rasm Uthmani mengandungi rahsia dari segi mengekalkan dan meniadakan

huruf.

6. Dapat menyatukan dan menyeragamkan kaum muslimin dalam satu mashaf yang sama

dari segi bacaan dan tulisan.

7. Menyatukan bacaan walaupun terdapat perbezaan dalam Qiraat.

8. Menyatukan rumusan surah menurut sepertimana yang asalnya.

Page 21: rasm uthmani

21

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

Rujukan

1. Ahmad Kamarudin Ibrahim, (2007). HBQE1203 Rasm Al-Uthmani Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

2. Abdul Qadir Leong Al-Azhari, Hj. (2000). Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, Kuala

Lumpur : Pustaka Salam.

3. ______, (2006). Al-Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemahan, Shah Alam : Yayasan

Restu.

4. Mahadi Dahlan Al-Hafiz,Ustaz (1996). Tajwid Ilmi Dan Amali mengikut kaedah Rasm

Uthmani, Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid.

5. Mahadi bin Dahlan, Ustaz (2004). Al-Quran Rasm Uthmani (bertajwid dan disertai

makna) Jilid 10, Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid.

6. Mahadi bin Hj. Dahlan Al-Hafiz, Ustaz (1997). Belajar Tajwid Al-Quranul Karim cara

mudah dan tepat (edisi lengkap Rasm Uthmani) Bhgn.1, Kuala Lumpur : Al-Hidayah.

Page 22: rasm uthmani

22

HBQE1203 RASM AL-UTHMANI

7. Muhamad Abdullah Khairuddin, (2007). 1000 Soal-Jawab Mengenai Al-Quran.

Puchong : Berlian Publications.

8. Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani.

9. Mushaf Al-Quran Rasm Imla’ei

10. Noraine Abu, (2003). Al-Quran Mukjizat Yang Terbesar Nabi Muhammad

S.A.W.Kuala Lumpur : Al-Hidayah.