persepsi guru terhadap faktor-faktor yang … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata...

26
PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR KE KELAS TUISYEN DI SEKOLAH SJK ( C ) ZON SELATAN DAERAH KULAI JOHOR KHO BEE CHIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngothuy

Post on 28-May-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - i -

PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG

MENDORONG PELAJAR KE KELAS TUISYEN

DI SEKOLAH SJK ( C ) ZON SELATAN DAERAH KULAI JOHOR

KHO BEE CHIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - ii -

Page 3: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - iii -

Page 4: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - iv -

PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG

MENDORONG PELAJAR KE KELAS TUISYEN

DI SEKOLAH SJK (C) ZON SELATAN, DAERAH KULAI, JOHOR.

KHO BEE CHIN

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008

Page 5: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - v -

Page 6: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - vi -

iii

Untuk keluarga tersayang

Terima kasih atas segala doa, bantuan dan dorongan.

Page 7: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - vii -

iv

PENGHARGAAN

Penyelidik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

kepada Doktor Abdul Rahim Bin Hamdan, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas

segala bimbingan, dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Segala ilmu yang diberikan akan disanjung dan dikenang selama-lamanya.

Penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

Negeri Johor, Guru-guru Besar sekolah yang dipilih kerana telah memberi kebenaran

untuk mejalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua guru

yang terlibat, yang telah menjawab soal selidik kerana sudi membantu untuk

melaksanakan kajian ini.

Rakan-rakan PKPGB yang seperjuangan, terima kasih atas segala dorongan,

galakan, kerjasama serta bantuan yang diberikan. Seterusnya kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu menyiapkan kajian ini.

Semoga Tuhan membalas jasa dan budi baik kalian.

Page 8: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - viii -

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor yang mendorong

pelajar ke kelas tuisyen di enam buah sekolah SJK (C) Zon Selatan, Daerah Kulai.

Seramai 80 orang responden, dari sekolah-sekolah tersebut dipilih sebagai responden

dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah

kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara

persampelan rawak mudah kelompok atas kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen

adalah 0.89. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara perisian Statistical Package

for Social Scinece (SPSS 11.5 for Windows). Statistik deskriptif iaitu kekerapan dan min

digunakan untuk menganalisis tahap faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ibu bapa merupakan faktor terutama yang

mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi.

Faktor kendiri merupakan faktor yang kedua pentingnya dengan min keseluruhan 3.18

iaitu pada tahap sederhana, manakala faktor rakan sebaya pula mencatat min

keseluruhan 3.02, dan juga pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan

persepsi guru-guru terhadap sebab utama ibu bapa menghantarkan anak-anak ke kelas

tuisyen kerana mereka mementingkan prestasi akademik anak-anak mereka. Selain itu,

ibu bapa terlalu sibuk dan juga kekurangan kepakaran untuk membimbing anak-anak

mereka.

Page 9: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - ix -

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the perception of teachers about the factors that

push forward the students to attend tuition classes for six schools in Southern Zone,

Kulai District. A total of 80 teachers in those schools have been chosen as the

respondents. The instrument of this study is questionnaire form. Method used in this

study is surveying method. The sampling has been done using the cluster on cluster

random sampling method. The reliability of the instrument is 0.89. The data was

analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS 11.5 for Windows).

Descriptive statistic, frequency and mean is used to analyze the data. Result showed that

the most dominant factor that push forward the students to tuition classes was factor of

parents, with the mean score 3.68, which was at higher level. The second dominant

factor was factor of students them selves, with the mean score 3.18 followed by the

factor of peer group with the mean score 3.02, and both at moderate level. This study

showed that the parents sent their children to tuition classes because of their academic

achievement. Besides this, the parents also lacked of time and skills to guide their

children.

Page 10: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - x -

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI CARTA xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 11: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xi -

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Skop Dan Batasan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Persepsi 9

1.7.2 Pelajar 9

1.7.3 Faktor Utama 9

1.7.4 Ibu Bapa 10

1.7.5 Kendiri 10

1.7.6 Rakan Sebaya 10

1.7.7 Mendorong 10

1.7.8 Tuisyen 11

1.8 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Sorotan Penulisan 14

2.1.1 Tuisyen Dalam Senario Pendidikan 14

2.2 Kajian Berkaitan 15

Page 12: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xii -

ix

2.3 Pendekatan Teori 19

2.3.1 Teori Pembelajaran 19

2.3.2 Teori Berasaskan Pembelajaran Sosial 20

2.3.3 Teori Tingkah Laku Manusia 20

2.3.4 Teori Keperluan 21

2.3.5 Model Pembelajaran SIM 22

2.4 Penutup 23

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 25

3.1 Reka Bentuk Kajian 25

3.2 Tempat Kajian 27

3.3 Subjek Kajian ` 28

3.3.1 Populasi 28

3.3.2 Sampel Kajian 28

3.4 Instrumen Kajian 30

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Diri 31

3.4.2 Bahagian B : Soal Selidik 31

3.5 Kesahan Instrumen Kajian - Kajian Rintis 34

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 37

3.8 Penutup 39

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 40

4.1 Analisis Data 41

4.1.1 Huraian Bahagian Maklumat 41

Diri Responden

Page 13: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xiii -

x

4.1.1.1 Taburan Responden 42

Mengikut Gred Sekolah

4.1.1.2 Taburan Respnden Mengikut Jantina 44

4.1.1.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.1.1.4 Taburan Responden Menghantar 46

Anak/Adik Ke Kelas Tuisyen Atau Tidak

4.1.2 Huraian Bahagian Analisis Item 47

Soal Selidik

4.1.2.1 Persepsi Guru Terhadap Faktor Ibu Bapa 47

Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas

Tuisyen

4.1.2.2 Persepsi Guru Terhadap Faktor Rakan 51

Sebaya Sebagai Pendorong Pelajar Ke

Kelas Tuisyen

4.1.2.3 Persepsi Guru Terhadap Faktor Kendiri 54

Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas

Tuisyen

4.1.2.4 Persepsi Guru Terhadap Faktor Utama 57

Yang Mendorong Pelajar Ke Kelas

Tuisyen

4.2 Penutup 58

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 59

5.1 Perbincangan Hasil Kajian 59

5.1.1 Perbincangan Maklumat Diri 60

Responden

Page 14: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xiv -

xi

5.1.2 Persepsi Guru Terhadap Faktor 61

Ibu Bapa Sebagai Pendorong

Pelajar Ke Kelas Tuisyen

5.1.3 Persepsi Guru Terhadap Faktor 62

Rakan Sebaya Sebagai Pendorong

Pelajar Ke Kelas Tuisyen

5.1.4 Persepsi Guru Terhadap Faktor 63

Kendiri Sebagai Pendorong Pelajar

Ke Kelas Tuisyen

5.1.5 Persepsi Guru Terhadap Faktor 64

Utama Yang Mendorong Pelajar

Ke Kelas Tuisyen

5.2 Rumusan 66

5.3 Cadangan 68

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 69

RUJUKAN 71

LAMPIRAN A – C 74

Page 15: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xv -

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

3.1 Bilangan Guru Tahun 6 Di Sekolah 27

Jenis Kebangsaan Cina, Zon Selatan Daerah Kulai

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, 29

Krejcie, R.V dan Morgan, D.W.

3.3 Taburan Item Mengikut Jenis Faktor 32

3.4 Kaedah Pemeringkatan Skala Likert 33

3.5 Nilai Skala Likert 5 Mata 33

Bagi Item Positif dan Negatif

3.6 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 38

3.7 Pengkelasan Tahap Taburan Responden 39

Bagi Aspek Persepsi Terhadap Faktor

Mendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen

4.1 Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.4 Bilangan Dan Peratusan Responden Yang 46

Menghantar Anak/Adik Ke Tuisyen Atau Tidak

4.5 Persepsi Guru Terhadap Faktor Ibu bapa 50

Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen

(Seksyen A)

4.6 Persepsi Guru Terhadap Faktor Rakan Sebaya 53

Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen

(Seksyen B)

Page 16: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xvi -

xiii

4.7 Persepsi Guru Terhadap Faktor Kendiri 56

Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen

(Seksyen C)

4.8 Analisis Item Berkaitan Faktor Terutama 57

Yang Mendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen

Page 17: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xvii -

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Model Pembelajaran SIM 22

2 Aliran Prosedur Kajian Yang Telah 36

Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan Kajian

SENARAI CARTA

NO CARTA

4.1 Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.4 Taburan Responden Menghantar Anak/Adik 46

Ke Kelas Tuisyen Atau Tidak

Page 18: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xviii -

xv

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KIA2M - Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KWAPM - Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PPSMI - Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik Dalam Inggeris

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

SBT - Skim Bantuan Tambahan

SJK(C) - Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

SKM - Sekolah Kurang Murid

SPSS - Statistical Package For Social Science

Page 19: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xix -

xvi

SENARAI LAMPIRAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Soal Selidik Kajian 74

Lampiran B Surat Kebenaran Dari 82

Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran C Surat Kebenaran Dari 84

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Page 20: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xx -

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk membentuk

perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari segi perkembangan kognitif, sikap

dan psikomotor. Kurikulum pendidikan Malaysia dibentuk untuk menanam nilai-nilai

murni demi menghasilkan tenaga kerja mahir dan berkualiti supaya pembangunan

negara terjamin. Demi pembentukan perkembangan seimbang jasmani, emosi, rohani

dan interlek setiap warganegara, sistem pendidikan di Malaysia perlu sentiasa berubah

mengikut keperluan dan kesesuaian masa, seiring dengan perubahan zaman dan juga

permintaan masyarakat setempat. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, sistem

pendidikan telah mengalami banyak perubahan yang dramatik. Perubahan seperti ini

berlaku adalah selaras dengan perkembangan ekonomi negara.

Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, bidang pendidikan sentiasa

memainkan peranan yang amat penting. Wawasan 2020 berhasrat menjadikan negara

kita sebagai sebuah negara perindustrian yang setanding dengan negara-negara maju di

rantau dunia. Masyarakat Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang saintifik dan

progresif, inovatif dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi tetapi juga akan menjadi penyumbang kepada tamadun, sains dan teknologi

semasa. Sebagai langkah memenuhi hasrat tersebut, tenaga rakyat yang berilmu

pengetahuan, berwibawa dan berketrampilan hendaklah dilahirkan (Ee Ah Meng, 1997).

Page 21: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxi -

2

Jadi, untuk merealisasikan Wawasan 2020 ini, institusi pendidikan khasnya

sekolah-sekolah kerajaan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar untuk mencapai

matlamat tersebut. Maka, institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting

dalam mendidik anak bangsa ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Terdapat banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terhadap

kurikulum sekolah sejak kebelakangan ini demi mempertingkatkan lagi tahap

kecemerlangan sistem pendidikan negara kita. Contohnya pelaksanaan program

pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Contoh kedua, mulai

tahun 2003, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi tujuan program

Skim Baucer Tuisyen (SBT). Skim ini mula dilaksanakan di seluruh Malaysia untuk

pelajar-pelajar Tahun 4 hingga 6 dari keluarga berpendapatan rendah. Melalui skim SBT

ini, setiap pelajar yang telah dikenalpasti akan diberi peluang menghadiri kelas tuisyen

yang disediakan oleh pihak sekolah pada waktu selepas persekolahan. Kelas tuisyen ini

dikendalikan oleh guru-guru terpilih di kalangan guru-guru di sekolah terbabit.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenakan secara percubaan

pada tahun 1982 dan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 1988. Tujuan KBSR adalah

untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi

manusia dengan alam sekelilingnya dan juga untuk perkembangan diri. Aspek-aspek

yang dititikberatkan dalam KBSR adalah kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira. Dalam penilaian KBSR, murid-murid diuji dalam pelbagai bentuk penilaian

samada secara formatif atau sumatif

Page 22: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxii -

3

Kita tidak dapat menafikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

telah menyediakan segala keperluan murid-murid menjalani proses pembelajaran yang

begitu lengkap sekali, dari peringkat prasekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi

(IPT). Pelbagai konsep baru telah dicurahkan seperti Sekolah Bestari, Sekolah Berkesan

dan juga Sekolah Klaster. Di samping itu, terdapat juga pelaksanaan atau perancangan

seperti Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M), Kelas Pemulihan, Pendidikan

Khas, Pendidikan Wajib, Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Kumpulan Wang Amanah

Pelajar Miskin (KWAPM) dan sebagainya. Ini terbukti bahawa KPM telah berusaha

memberi peluang serta bantuan pendidikan merangkumi semua lapisan masyarakat

supaya semua warganegara Malaysia berpeluang mendapat pendidikan.

Persoalannya, kenapa masih terdapat kekurangan, ketidakpuasan dan seterusnya

menyebabkan pusat-pusat tuisyen berkembangan pesat bagai cendawan selepas hujan.

Adakah ini berpunca dari faktor-faktor seperti kemerosotan kepercayaan masyarakat

terhadap sistem pendidikan negara, ataupun faktor-faktor datang dari diri murid-murid

sendiri ataupun berpunca dari persepsi ibu bapa murid-murid berkenaan?

Page 23: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxiii -

4

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada zaman sekarang, pusat-pusat tuisyen berkembang pesat samada di bandar-

bandar besar, mahu pun di taman-taman perumahan malahan di kawasan pendalaman.

Keadaan ini telah menjadi satu fenomena persekolahan zaman moden dan kebanyakan

murid-murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah melibatkan diri dalam tuisyen

di luar waktu persekolahan.

Pada kebiasaannya, apabila tersebutnya pendidikan swasta, sering kita terbayang

murid-murid yang cicir dalam sistem pendidikan kerajaan di mana ianya terpaksa

mengikuti pendidikan swasta. Persepsi kedua ialah pelajar-pelajar yang mengikuti

tuisyen swasta terdiri daripada mereka yang bukan warganegara di mana tidak dapat

mengikut pendidikan kebangsaan tanpa kelulusan. Walaupun keadaan sedemikian

masih wujud tetapi pada masa kini, ramai murid sekolah kerajaan yang pelbagai tahap

prestasinya, mengikut kelas tuisyen semata-mata hendak mengejar kecemerlangan

akademik. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor sistem pendidikan, faktor

ibu bapa, faktor murid-murid atau faktor rakan sebaya.

Sistem pendidikan kini mengorentasikan peperiksaan dan sijil di mana orang

ramai semakin berlumba-lumba untuk mendapat kedudukan semakin tinggi bagi

seseorang yang mahu memajukan diri. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan ibu bapa

menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen supaya tidak ketinggalan dalam

kecemerlangan akademik. Keperluan dan permintaan diri seseorang murid terhadap

kemajuan masa depan juga menyebabkannya mengikuti kelas tuisyen swasta. Akan

tetapi, terdapat juga murid-murid yang dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Ini telah

menjadikan menghadiri kelas tuisyen satu gaya hidup remaja, dan juga satu rutin dalam

kehidupan mereka. Remaja cenderung untuk meniru perlakuan rakan sebaya mereka

supaya diterima di kalangan kelompok tersebut.

Page 24: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxiv -

5

Sebenarnya, kerajaan Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab menyediakan

pendidikan percuma untuk setiap warga negaranya. Mengikut data Laporan Tahunan

Pembangunan Sumber Manusia (2000), kadar enrolmen peringkat pendidikan rendah di

Malaysia telah mencapai sebanyak 99.9 peratus, dan mendahului semua negara-negara

Asean kecuali Vietnam. Ini terbukti bahawa kerajaan Malaysia memberi komitmen yang

cukup besar dalam sektor pendidikan untuk memastikan matlamat Dasar Pendidikan

Wajib tercapai, di mana setiap rakyat sekurang-kurangnya menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira.

Persoalannya, mengapa tuisyen begitu popular sedangkan peluang pendidikan

kerajaan cukup meluas? Mengapa ibu bapa sanggup membayar yuran tuisyen tanpa apa-

apa rungutan, manakala bayaran pakej murid-murid sekolah (RM30.50 setahun bagi

bakej B) pula menjadi isu hangat dunia pendidikan masa kini? Mengapa umur murid-

murid yang terlibat dengan kelas tuisyen makin menurun sehingga terdapat murid-murid

prasekolah dihantar oleh ibu bapa mereka ke kelas tuisyen selepas waktu persekolahan?

Perubahan sikap di kalangan masyarakat terhadap pendidikan telah membawa

kepada kepekaan terhadap bidang ilmu yang mereka perolehi perlu bersesuaian dengan

keperluan pekerjaan dan kehidupan masa depan. Dengan demikian, penyelidik membuat

kajian untuk melihat apakah persepsi guru-guru di sekolah kerajaan terhadap faktor-

faktor yang mendorong murid-murid mengikuti kelas tuisyen.

Page 25: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxv -

6

1.2 Pernyataan Masalah

Pada zaman sekarang, ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kelas tuisyen.

Masa di luar persekolahan mereka dipenuhi dengan jadual waktu tuisyen samada di

pusat-pusat tuisyen, di bawah anjuran persatuan-persatuan atau di rumah persendirian.

Ramai ibu bapa sibuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan bayaran

yuran yang tinggi. Dengan ini, penyelidik ingin mengkaji persepsi guru-guru terhadap

faktor-faktor iaitu faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya dan faktor kendiri yang

menyebabkan kelas tuisyen mendapat sambutan hebat oleh masyarakat. Selain itu,

penyelidik juga ingin mengenalpasti faktor-faktor dan penyebab utama ramai pelajar

mengikuti kelas tuisyen.

1.3 Objektif Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa

objektif iaitu :

i) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor ibu bapa sebagai pendorong

pelajar ke kelas tuisyen.

ii) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor rakan sebaya sebagai

pendorong pelajar ke kelas tuisyen.

iii) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor kendiri sebagai pendorong

pelajar ke kelas tuisyen.

iv) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor utama yang mendorong

pelajar ke kelas tuisyen.

Page 26: PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG … · mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. ... xi - viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB

KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxvi -

7

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut :

i) Apakah persepsi guru terhadap faktor ibu bapa sebagai pendorong pelajar

ke kelas tuisyen?

ii) Apakah persepsi guru terhadap faktor rakan sebaya sebagai pendorong

pelajar ke kelas tuisyen?

iii) Apakah persepsi guru terhadap faktor kendiri sebagai pendorong pelajar

ke kelas tuisyen?

iv) Apakah persepsi guru terhadap faktor utama yang mendorong pelajar ke

kelas tuisyen?