pembentukan kata nama

40
PEMBENTUKAN KATA NAMA Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Berdasarkan itu, kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu :

Upload: wazirah-waznah-safinatunnajah

Post on 18-Dec-2014

87 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pembentukan Kata Nama

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Kata Nama

PEMBENTUKAN KATA NAMA

Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari

segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Berdasarkan itu, kata

nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu :

Kata Nama Tunggal

Kata Nama Terbitan

Kata Nama Ganda

Kata Nama Majmuk

Kata Nama

Page 2: Pembentukan Kata Nama

KATA NAMA TUNGGAL

Kata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja,

dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang

lengkap dan menjadi ini pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal adalah seperti

yang berikut :

yu tudung

ru wanita

wang tempurung

pam belantara

bumi cenderawasih

kata malaikat

allahyarham demokrasi

busjaket sandwic

overdraf poskod

KATA NAMA TUNGGAL JENIS AKRONIM

Kata nama tunggal juga merangkumi kata nama akronim, iaitu perkataan yang

dihasilkan mellaui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian

perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata,

atau bahagian daripada perkataan.

Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan ini, kata nama

akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu :

Page 3: Pembentukan Kata Nama

A. KATA NAMA AKRONIM CANTUMAN HURUF AWAL PERKATAAN

Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa

perkataan kebanyakannya terdiri daripada nama khas; oleh itu, dieja dengan huruf

besar keseluruhannya. Contohnya :

ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

IPTAR Institut Penyiaran Tun Abdul Razak

ILIM Institut Latihan Islam Malaysia

IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia

B. KATA NAMA AKRONIM CANTUMAN HURUF DAN SUKU PERKATAAN

kata nama akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata

sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas;

oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya :

Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara

Proton Perusahan Otomobil Nasional

Mara Majlis Amanah Rakyat

Perkim Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

C. KATA NAMA AKRONIM CANTUMAN SUKU KATA AWAL PERKATAAN

(i) kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan

(ii) kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan.

(iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

Page 4: Pembentukan Kata Nama

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah

perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan

huruf besar. Contohnya :

Bernama Berita Nasional Malaysia

Perkeso Pertubuhan Keselamatan Sosial

Tadika Taman Didikan Kanak-Kanak

Pawagam Panggung Wayang Gambar

Kugiran Kumpulan Gitar Rancak

Cerpen Cerita Pendek

D. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan

bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Kata akronim jenis ini dibentuk

melalui huruf atau suku kata perkataan pertma dengan bahagian bukan awal

perkataan yang lain. Contohnya :

Asbut Asap Kabut

Jentolak Jentera Tolak

Debunga Debu Bunga

Purata Pukul Rata

Jalurah Jalan Lurah

Jenama Jenis Nama

KATA NAMA TUNGGAL SEBAGAI PENJODOH BILANGAN

Page 5: Pembentukan Kata Nama

Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata

bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama

yang mengikutinya. Kelompok perkataan ini lazimnya disebut penjodoh bilangan.

Contohnya :

segugus bintang sekaki payung

seutas tali selembar benang

sebiji telur serawan jala

sebutir permata sepapan petai

sepucuk surat sesisir pisang

sebentuk cincin tiga tandan kelapa

sepuluh pintu kedai sekapur sirih

sebelas cucuk satu lima orang budak

KATA NAMA TERBITAN

Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan,

iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Terdapat

empat jenis imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan lima jenis kata

dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan. Keempat-empat jenis imbuhan itu

ialah awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.

Lima jenis kata dasar yang menerima imbuhan pula ialah :

a) Akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan :

tapa pertapaan

tawa ketawa

mudi kemudi

Page 6: Pembentukan Kata Nama

b) Kata tunggal, perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas :

laut lautan

syor pengesyoran

ikut ikutan

hakis hakisan

pulihara pemuliharaan

c) Kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan :

berangkat keberangkatan

berkesan keberkesanan

sinambung kesinambungan

d) Kata majmuk yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih. Contohnya :

daya serap daya serapan

ibu bapa keibubapaan

satu padu bersatu padu

e) Rangkaian kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurang-

kurangnya dua perkataan :

tidak adil ketidakadilan

salah guna penyalahgunaan

tidak sempurna ketidaksempurnaan

Page 7: Pembentukan Kata Nama

AWALAN KATA NAMA

Awalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu ialah :

a) Awalan peN-

i. Bentuk awalan peN-

Awalan peN- terdiri daripada empat bentuk awalan, iaitu pe-, pem-,pen-,

dan peng-. Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini bergantung pada dua

faktor iaitu :

Awalan Kata Nama

1. peN-

2. pe-3. peR-

4. ke-

5. juru-

Faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama pada suku kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu.

Faktor perkembangan dan perancangan bahasa, menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa melayu.

Page 8: Pembentukan Kata Nama

Dengan berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- dapat dihuraikan seperti

berikut :

1) peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan

huruf –huruf m, n, ny, ng, r, l, dan w. Contohnya :

masak pemasak

naik penaik

nyanyi penyanyi

ngiau pengiau

ragut peragut

layan pelayan

wangi pewangi

Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t,

k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan

dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah

artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n

bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut :

pukul pemukul

tahan penahan

karang pengarang

selam penyelam

2. peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan

huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, dan v serta

gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contohnya :

baca pembaca

beri pemberi

bilas pembilas

3.

Page 9: Pembentukan Kata Nama

Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk

mempertahankan etimologi kata asalnya ialah :

boikot pemboikot

veto pemveto

fatwa pemfatwa

brek pembrek

blok pemblok

proses pemproses

3. peN- menjadi pen- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan

huruf d. C, j, sy, dan z dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya

bermula dengan huruf t dan s. Contohnya :

dapat pendapat

datang pendatang

curi pencuri

cukur pencukur

jaja penjaja

jodoh penjodoh

syarah pensyarah

ziarah penziarah

Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk

mempertahankan etimologi kata asalnya ialah :

tadbir pentadbir

terjemah penterjemah

tafsir pentafsir

tauliah pentauliah

stabil penstabil

sintesis pensintesis

swasta penswasta

Page 10: Pembentukan Kata Nama

Terdapat satu kekecualian pada peraturan ini, iaitu pada bentuk kata dasar ternak

yang bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan pen- yang membentuk kata

penternak.

4. peN- menjadi peng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula

dengan huruf-huruf g dan h (bunyi konsonan), dan a, e, i, o dan u (bunyi vokal).

Seperti pen-, peng- hadir juga dengan perkataan pinjaman serta beberapa

bentuk kekecualian yang kata dasarnya bermula dengan huruf k. Contohnya :

gulung penggulung

hubung penghubung

atur pengatur

elak pengelak

ikut pengikut

olah pengolah

ukur pengukur

Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk

mempertahankan etimologi kata asalnya ialah :

kabul pengkabul

katalog pengkatalog

kategori pengkategori

kritik pengkritik

klasifikasi pengklasifikasi

khianat pengkhianat

Page 11: Pembentukan Kata Nama

Terdapat satu kekecualian, iaitu pada kata dasar kaji yang bukan kata pinjaman

tetapi menerima awalan peng- menjadi pengkaji untuk dibezakan dengan perkataan

pengaji.

Sehubungan itu, peng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang

bersuku kata, iaitu yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu

ataupun perkataan pinjaman. Contohnya :

cat pengecat

syor pengesyor

tin pengetin

bom pengebom

tut pengetut

pam pengepam

5. peN- bervariasi dengan pel- apabila bergabung dengan kata dasar ajar untuk

menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang

melakukan kerja belajar. [ajar -> pelajar]

Aspek Makna Awalan peN-

Awalan peN-, seperti imbuhan yang lain, ialah bentuk yang digandingkan pada kata

dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan dengan mendukung makna tertentu

yang ditambahkan pada makna asal kata dasar. Oleh sebab imbuhan scara

tersendiri tidak mempunyai makna dan sebaliknya maknanya terjelma apabila

digabungkan dengan kata dasar, maka imbuhan boleh diaanggap sebagai penanda

makna pada kata terbitannya. Dengan berdasarkan ciri makna demikian, maka

awalan peN- boleh dianggap penanda pelbagai makna bagi kata nama terbitan yang

dihasilkan.

Perbincangan yang berikut ini menghuraikan pelbagai makna awalan peN- yang

terjelma apabila diibuhkan pada kata dasar.

Page 12: Pembentukan Kata Nama

I. Awalan peN- penanda makna orang yang melakukan sesuatu, contohnya :

pengguna penuai peladang

penyuruh pemandu perancang

II. Awalan peN- penanda makna orang yang menjawat tugas, contohnya :

penghulu pengerusi pensyarah

pengurus pengacarah penyanyi

III. Awalan peN- penanda makna orang yang suka akan atau gemar atau cenderung

akan sesuatu, contohnya :

pemadat peminum

penidur perokok

IV. Awalan peN- penanda makna orang atau benda yang memiliki sifat dalam kata

dasar, contohnya :

pengeras pendinding penawar

pemalu penghalus penyabar

V. Awalan peN- pendanda makna alat untuk melakukan sesuatu, contohnya :

penggali Penyapu Penuai

penumbuk pelali pembajak

VI. Awalan peN- penanda makna ukuran hasil daripada melakukan sesutu, contohnya :

Pemeluk pengayuh Pemanah

penggalah pelaung penanak

VII. Awalan peN- penanda abstrak, contohnya : [pendapat]

Page 13: Pembentukan Kata Nama
Page 14: Pembentukan Kata Nama

b) Awalan pe-

i. Bentuk awalan pe-

Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa

melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.

Contohnya :

guam peguam

kedai pekedai

tani petani

warta pewarta

labur pelabur

Terdapat perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh membawa awalan

peN- di samping awalan pe-. Keadaan ini wujud akibat perkembangan bahasa yang

menimbulkan perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pe- dengan kata

terbitan berawalan peN-. Contohnya :

Pe + sara Pesara (orang yang sudah bersara)

peN + sara Pensyara (orang yang memberi saraan)

Pe + suruh Pesuruh (orang yang disuruh)

peN + suruh Penyuruh (orang yang menyuruh)

Pe- + tugas Petugas (orang yang menugaskan)

peN- + tugas Penugas (orang yang menugaskan)

Pe- + tunjuk Petunjuk (sesuatu yang menunjukkan)

peN + tunjuk Petunjuk (orang yang menunjuk)

Page 15: Pembentukan Kata Nama

ii. Aspek makna awalan pe-

Awalan pe- mempunyai dua penanda makna.

1. Awalan pe- penanda makna orang atau benda yang mengalami

perbuatan dalam kata dasar atau keadaan. Contohnya :

Petinju (orang yang bertinju)

Pesakit (orang yang sakit)

Petaruh (benda yang dipertaruhkan)

Pesilat (orang yang bersilat)

Pelapik (benda yang dijadikan lapik)

Pewarna (bahan untuk mewarnakan)

2. Awalan pe- penanda makna orang yang melakukan kerja yang

terkandung dalam maksud kata dasar, contohnya:

Pekebun (orang yang berkebun)

Pekedai (orang yang berkedai)

Petani (orang yang bertani)

Pedagang (orang yang berdagang)

Peguan (orang yang berguam bagi pihak pelanggannya)

c) Awalan peR-

i. Bentuk awalan peR-

Awalan peR- tidak terlalu produktif berbanding dengan awalan yang lain.

Umumnya, imbuhan ini boleh bergabung dengan kata dasar daripada jenis

kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi

pada awal kata dasar. Terdapat hanya satu bentuk awalan peR-, iaitu

per-. Contohnya :

per + asap perasap

per + tapa pertapa

per+ buru perburu

per+ bara perbara

Page 16: Pembentukan Kata Nama

Bentuk per- membawa maksud “daripada” seperti satu per dua, lima per tujuh,

adalah bukan bentuk asal daripada imbuhan per-.

ii. Aspek makna awalan peR-

Terdpat dua makna awalan peR-

1. Awalan peR- penanda makna alat atau tempat. Contohnya :

perasap tempat membakar kemenyan

perbara tempat bara api untuk membakar

kemenyan

2. Awalan peR- penanda makna orang yang melakukan kerja (dengan

awalan ber-). Contohnya :

perburu orang yang berburu

pertapa orang yang bertapa

d) Awalan ke-

Awalan ke- hanya bergabung dengan beberapa perkataan dan tidak melibatkan

sebarang perubahan huruf, contohnya :

ke- + tua ketua

ke- + kasih kekasih

ke- + hendak kehendak

Aspek makna awalan ke- adalah sebagai satu penanda makna sahaja, iaitu

penanda orang yag menjadi tumpuan maksud yang terkandung dalam kata

dasar, iaitu :

ke- + tua ketua (orang yang dituai)

ke- + kasih kekasih (orang yang dikasihi)

ke- + hendak kehendak (orang/benda yang

dikehendaki)

Page 17: Pembentukan Kata Nama

e) Awalan juru-

f) Dalam bahasa Melayu terdapat datu bentuk kata, juru, yang berfungsi sebagai

awalan kata nama. Dari aspek makna, juru- mendukung pendanda ahli atau

orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar

dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata

kerja, dan akar. Contohnya :

juru- + kata nama

juru- + wang juruwang

juru- + bahasa jurubahasa

juru- + kata kerja

juru- + kira jurukira

juru- + jual jurujual

juru- + selam juruselam

juru- + terbang juruterbang

juru- + akar kata

juru- + tera jurutera

juru- + mudi jurumudi

AKHIRAN KATA NAMA

1. Bentuk Akhiran Kata Nama

Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu –an yang boleh bergabung

dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Contohnya :

kisar + -an kisaran

tebus + -an tebusan

makan + -an makanan

pakai + -an pakaian

tanam + -an tanaman

Page 18: Pembentukan Kata Nama

hasut + -an hasutan

tampar + -an tamparan

2. Aspek makna akhiran –an

Terdapat sekurang-kurangnya sembilan makna yang didukung oleh akhiran –an

apabila bergabung dengan kata dasar tertentu :

i. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan

kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara

atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam

kata dasar. Contohnya :

kata nama + -an

kritikan + -an kritikan

bekal + -an bekalan

kata kerja + -an

tulis + -an tulisan

lukis + -an lukisan

buat + -an buatan

tanam + -an tanaman

ii. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu daripada

golongan kata nama, kata adjektif dan kata tugas (jenis kat arah),

membawa maksud kawsan atau bidang yang luas. Contohnya :

kata nama + -an

laut + -an lautan

ruang + -an ruangan

tempat + -an tempatan

darat + -an daratan

kata adjektif + -an

lapang + -an lapangan

datar + -an dataran

kata arah + -an

luar + -an luaran

Page 19: Pembentukan Kata Nama

tepi + -an tepian

pinggir + -an pinggiran

sisi + -an sisian

iii. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan

kata nama tertentu, membawa makna banyak. Contohnya :

Kata nama + -an

parut + -an parutan

tampung + -an tampungan

ratus + -an ratusan

duri + -an durian

rambut + -an rambutan

iv. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan

kata kerja tertentu, membawa makna alat. Contohnya :

Kata kerja + -an

sandar + -an sandaran

salur + -an saluran

tapis + -an tapisan

kukur + -an kukuran

acu + -an acuan

v. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan

kata kerja tertentu, membawa makna orang atau haiwan yang menjadi

penderita kerja. Contohnya :

Kata kerja + -an

suruh + -an Suruhan

tawan + -an Tawanan

tahan + -an Tahanan

buru + -an Buruan

jemput + -an jemputan

Page 20: Pembentukan Kata Nama

Terdapat satu perkataan, iaitu timbal, yang menerima akhiran –an menjadi

timbalan, yang membawa makasud orang yang menimbal. Bentuk yang

seharusnya digunakan iaah penimbal, tetapi sudah menajdi kelaziman

bentuk timbalan digunakan untuk orang yang menimbal dan bukan orng

yang ditimbal.

vi. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan

kata kerja tertentu, membawa maksud makna perkara atau benda yang

menjadi penderita kerja. Contohnya :

Kata kerja + -an

hampar + -an hamparan

makan + -an hamparan

hantar + -an hantaran

minum + -an minuman

pakai + -an pakaian

vii. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dsar daripada golongan kata

adjektif, membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang

terkandung dalam kata dasar. Contohnya :

Kata adjektif + -an

manis + -an manisan

padu + -an paduan

kilau + -an kilauan

asin + -an asin

bulat + -an bulatan

viii. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan

kata kerja membawa makna tempat melakukan sesuatu yang

digambarkan oleh kata dasar. Contohnya :

Kata Kerja + -an

Page 21: Pembentukan Kata Nama

kurung + -an kurungan

henti + -an hentian

sidai + -an sidaian

buai + -an buaian

gantung + -an gantungan

ix. Akhiran –an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu daripada

golongan kata nama dan kata tugas (jenis kata bilangan), membawa

makna ukuran atau kiraan berdasarkan makna yang terkandung dalam

kata dasar. Contohnya :

Kata Nama + -an

hari + -an harian

kilometer + -an kilometeran

batu + -an batuan

tahun + -an tahunan

minggu + -an mingguan

ela + -an elaan

Kata Bilangan + -an

satu + -an satuan

puluh + -an puluhan

ribu + -an ribuan

ratus + -an ratusan

juta + -an jutaan

Page 22: Pembentukan Kata Nama

Apitan kata nama

Apaitan yang membentuk kata nama terbitan bahasa Melayu ialah :

1. Apitan peN-...-an

a) Bentuk Apitan peN-...-an

Apitan peN-..-an terdiri daripada empat bentuk, iaitu pe-..-an, pem-...-

an, pen-...-an, dan peng-...-an. Seperti juga bentuk awalan peN-,

perbezaan bentuk-bentuk apitan itu berdasarkan dua faktor :

Apitan Kata Nama

peN-...-an

pe-...-an

peR-...-an

ke-..-an

Faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan berncantum dengan bentuk apitan itu.

Faktor perkembangan dan perancangan bahasa yang menghasilkan bentu-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu.

Page 23: Pembentukan Kata Nama

Dengan berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN-...-an dapat dihuraikan seperti

berikut :

I. peN-...-an menjadi pe-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula

dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Contohnya :

mandi pemandian

nanti penantian

nyala penyalaan

nganga pengangaan

rusuh perusuhan

Kata dasar yang termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula

dengan p,t,k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan

digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama

daerah artikulasinya dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n

bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti yang berikut :

pulau pemulauan

tipu penipuan

kurang pengurangan

siar penyiaran

II. peN-..-an menjadi pem-..-an apabila bergabung dengan kata dasar yang

bermula dengan huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf b,

f, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan b. Contohnya :

baca pembacaan

bajak pembajakan

Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk

mempertahankan etimologi kata salnya ialah :

boikot pemboikotan

veto pemvetoan

fatwa pemfatwaan

proses pemprosesan

Faktor perkembangan dan perancangan bahasa yang menghasilkan bentu-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu.

Page 24: Pembentukan Kata Nama

blok pemblokan

III. peN-...-an menjadi pen-...-an apabila digabungkan dengan kata dasar yang

bermula dengan huruf d,c, j, sy dan z, dan perkataan pinjaman yang kata

dasarnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya :

dapat pendapatan

damping pendampingan

cari pencarian

cuci pencucian

jajah penjajahan

judul penjudulan

syarikat pensyarikatan

zalim penzaliman

Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk

mempertahankan etimologi kata asalnya ialah :

tadbir pentadbiran

terjemah penterjemahan

tafsir pentafsiran

tauliah pentauliahan

transkripsi pentranskripsian

takrif pentakrifan

sintesis pensintesisan

stabil penstabilan

swasta penswastaan

Terdapat juga satu kecualian, iaitu kata dasar ternak yang bukan kata pinjaman

tetapi menerima apitan pen-...-an menjadi penternakan.

Page 25: Pembentukan Kata Nama

IV. peN-...-an menjadi peng-...-an jika bergabung dengan kata dasar yang bermula

dengan huruf g, kh, dan h ( bunyi konsonan) dan a, e, i, o dan u (bunyi vokal).

Peng-...-an dapat juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata dasarnya

bermula dengan huruf k. Contohnya :

gali penggalian

ganda penggandaan

khusus pengkhususan

khianat pengkhianatan

hasut penghasutan

hindar penghindaran

angkut pengangkutan

ajar pengajaran

elok pengelokan

elak pengelakan

indah pengindahan

intip pengintipan

olah pengolahan

ukur pengukuran

ubat pengubatan

Contoh perkataan pinjaman, yang mengekalkan huruf pertamanya untuk

mempertahankan etimologi kata asalnya ialah :

kategori pengkategorian

katalog pengkatalogan

kritik pengkritikan

klasifikasi pengklasifikasian

Page 26: Pembentukan Kata Nama

Peng-..-an menjadi penge-..-an apabila bergabung dengan kata dasar yang

berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja.

Contohnya :

syor pengesyoran

bom pengeboman

cat pengecatan

tut pengetutan

sah pengesahan

had penghadan

V. peN-...-an bervariasi dengan pel-...-an apabila bergabung dengan perkataan ajar

untuk membentuk kata pelajaran. Bentuk ini bermaksud perkara yang diajarkan

dan dibezakan dariapda pengajaran.

ajar pelajaran (sesuatu yang diajarkan)

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkataan, iaitu peperiksaan dan peperangan

yang wujud dalam subkategorinya yang tersendiri. Tegasnya, kedua-dua bentuk

ini tidak terbit melalui gabungan kata dasar dengan imbuhan peN-...-an, tetapi

dengan imbuhan pe-...-an. Pembentukan tersebut bertujuan untuk membezakan

peperiksaan dan peperangan daripada bentuk yang sedia ada, iaitu pemeriksaan

dan pemerangan.

Page 27: Pembentukan Kata Nama

2. Aspek makna apitan peN-...-an

Lazimnya apitan peN-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan

kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata bilangan, frasa sendi nama, frasa

kerja, dan frasa nama untuk menandakan makna proses mengerjakan

maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya :

peN-...-an + kata nama

bekal pembekalan

bungkus pembungkusan

batas pembatasan

hutan penghutanan

peN-...-an + kata kerja

bayar pembayaran

tolak penolakan

beri pemberian

peN-...-an + kata adjektif

besar pembesaran

indah pengindahan

kotor pengkotoran

peN-...-an + kata bilangan

satu penyatuan

dua penduaan

ratus peratusan

peN-...-an + kata frasa sendi nama

ke muka pengemukaan

ke tepi pengetepian

ke tengah pengebumian

peN-...-an + frasa kerja

tokok tambah penokoktambahan

peN-...-an + frasa nama

anak tiri penganaktirian

Page 28: Pembentukan Kata Nama

3. Apitan pe-...-an

a) Bentuk apitan pe-..-an

Apitan pe-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu pe-...-an apabila

bergabung dengan kata dasar. Jumlah kata terbitan dengan apitan pe-...-

an dalam bahasa Melayu agak terhad.

sisir pesisiran

karang pekarangan

perang peperangan

periksa peperiksaan

dalam pedalaman

b) Aspek makan apitan pe-...-an

I. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan

longan kata nama dan kata kerja untuk menandakan mekna tempat atau

kawasan yang khusus. Contohnya :

tempat Petempatan (kawasan penduduk

ditempatkan)

karang Pekarangan (kawasan halaman rumah)

sisir Pesisiran (kawasan darat di sepanjang tepi

lau, tasik, atau sungai)

dalam Pedalaman (kawasan atau tempat tertentu

yang kedudukannya jauh dari pantai)

II. Apitan pe-...-an, apabila begabung dengan kata dasar tertentu,

membentuk kata nama yang membawa meksud hal keadaan yang

terkandung dalam kata dasar tersebut. Contohnya :

perang peperangan

periksa peperiksaan

Page 29: Pembentukan Kata Nama

4. Apitan peR-...-an

a) Bentuk apitan peR-...an

Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-...-an apabila

bergabung dengan semua kata dasar kecuali kata dasar yang bergabung

itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r

melalui proses peleburan. Contohnya:

satu pesatuan

bekal perbekalan

kubur perkuburan

dagang perdagangan

aku perakuan

industri perindustrian

ratus peratusan

rintis perintisan

risik perisikan

resap peresapan

b) Aspek makna apitan peR-...-an

I. Apitan peR-...-an bergabung dengan kata darast daripada golongan

kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat.

Contohnya :

peR-...-an + kata nama

kampung perkampungan

bukit perbukitan

gunung pergunungan

air perairan

bara perbaraan

kubur perkuburan

peR-...-an + kata nama

henti perhentian

lindung perlindungan

Page 30: Pembentukan Kata Nama

II. Apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa makna abstrak.

Perkataan yang terbentuk hasil gabungan peR-...-an dengan golongan kata

nama, kata kerja, akata adjektif, dan kata tugas menandakan makna khusus,

iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan

maksud kata dasarnya. Contohnya :

peR-...-an + kata nama

aku perakuan

sengketa persengketaan

baris perbarisan

peR-...-an + kata kerja

dagang perdagangan

gerak pergerakan

tumbuh pertumbuhan

peR-...-an + kata adjektif

lengkap perlengkapan

padu perpaduan

sama persamaan

peR-...-an + kata bilangan

satu persatuan

ratus peratusan

peR-...-an + sendi nama

antara perantaraan

5. Apitan ke-...-an

a) Bentuk apitan ke-...-an boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa

melibatkan sebarang perubahan huruf. Contohnya :

datang kedatangan

masuk kemasukan

berangkat keberangkatan

terlanjur keterlanjuran

Page 31: Pembentukan Kata Nama

b) Aspek makna apitan ke-...-an

I. Apitan ke-...-an bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata

nama yang bersifat abstrak. Apitan ke-...-an dapat bergabung dengan kata

nama, kata kerja, dan kata adjektif unutk membawa maksud hal keadaan

yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya :

ke-...-an + kata nama

daulat kedaulatan

masyarakat kemasyarakatan

olahraga keolahragaan

ke-...-an + kata kerja

datang kedatangan

tiba ketibaan

masuk kemasukan

ke-...-an + kata adjektif

malas kemalasan

dingin kedinginan

benar kebenaran

Apitan ke-...-an boleh juga bergabung dengan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contohnya :

ke-...-an + frasa kerja

tidak hadir ketidakhadiran

ke-...-an + frasa adjektif

tidak adil ketidakadilan

tidak seimbang ketidakseimbangan

tidak sempurna ketidaksempurnaan

Page 32: Pembentukan Kata Nama

II. Apitan ke-...an boleh juga membentuk kata nama yang membawa makna

tempat. Contohnya :

menteri kementerian

diam kediaman

duta kedutaan

SISIPAN KATA NAMA

Ada tiga bentuk sisipan kata nama, iaitu –el-, -er-, dan –em-. Perbezaaan bentuk-

bentuk itu bukan berdasarkan faktor fonologi tetapi faktor morfologi, iaitu kelaianan

bentuk itu bergabung dengan kata dasar yang berlainan. Dalam penggunaan

sekarang, bentuk sisipan tidak produktif lagi. Dengan itu, bolehlah dianggap

pekataan yang bersiispan sudah membeku.

a) Sisipan –el-

Sisipan –el- dapat begabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif

untuk menerbitkan kata nama dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri

yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya :

tapak telapak

kangkang kelangkang

kembung kelembung

kupas kelupas

b) Sisipan –er-

Sisipan –er- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk

menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri

yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya :

kuping keruping

gigi gerigi

suling seruling

Page 33: Pembentukan Kata Nama

c) Sisipan –em-

Sisipan –em- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk

menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri

yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya :

kuning kemuning

kuncup kemuncup

gerlap gemerlap

KATA NAMA MAJMUK

Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau

lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan

bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur.

Kara nama majmuk dala bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk dapat

dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seperti berikut :

I. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya :

guru besar rukun tetangga

tengah hari kertas kerja

tepian gelanggang urus setia

balai raya atur cara

Dalam kategori ini juga termasuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya :

menteri besar datuk bendahara

duta besar timbalan naib canselor

raja permaisuri profesor diraja

setiausaha sulit ketua pustakawan

penolong penerbit leftenan jeneral

Page 34: Pembentukan Kata Nama

II. Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah.

Contohnya :

graf terarah deria rasa

analisis teks cari gali

mogok umum titik buta

III. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa.

Contohnya:

cakar ayat buku lima

lipas kudung bulan madu

ringan tulang tumbuk rusuk

BENTUK YANG TELAH MANTAP

Bentuk kata yang telah mantap adalah tergolong sebagai kata nama.

antarabangsa jawatankuasa warganegara

pesuruhajaya setiausaha kerjasama

bumiputera kakitangan tadatangan

PENGIMBUHAN KATA NAMA MAJMUK

Kata nama majmuk boleh juga menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan.

Pengimbuhan kata nama majmuk terbahagi kepada dua bentuk, iaitu :

a) Kata nama majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja terpisah.

Contohnya :

terimah kasih berterima kasih

ulang kaji mengulang kaji

temu rama menemu rama

reka bentuk direka bentuk

rumah tangga berumah tangga

Page 35: Pembentukan Kata Nama
Page 36: Pembentukan Kata Nama

b) Kata majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum. Contohnya :

anak tiri menganaktirikan

hak milik dihakmilikkan

surat khabar persuratkhabaran

ibu bapa keibubapaan

KATA NAMA GANDA

Kata ganda boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan makna-makna

tertentu. Kesemua bentuk kata nama, iiatu kata nama tunggal, kata nama terbitan,

dan kata nama majmuk boleh digandakan.

Ada tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar jenis kata nama, iaitu :

Penggandaan Berentak

Penggandaan Separa

Penggandaan Penuh

Page 37: Pembentukan Kata Nama

1. Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama

digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Kata dasar yang digandakan

boleh terdiri daripada kesemua jenis bentuk, iaitu kata nama tungaal, kata

nam aterbitan dan kata nama majmuk. Contohnya :

I. Penggandaan penuh kata nama tunggal. Contohnya :

ayat ayat-ayat

budak budak-budak

buku buku-buku

kereta kereta-kereta

II. Penggandaan penuh kata nama berimbuha . contohnya :

a) Dengan Awalan

pelatih pelatih-pelatih

pengajar pengajar-pengajar

kekasih kekasih-kekasih

tatabahasa tatabahasa-tatabahasa

b) Dengan Akhiran

cadangan cadangan-cadangan

pakaian pakaian-pakaian

makanan makanan-makanan

ilmuwan imuwan-ilmuwan

c) Dengan Apitan

persatuan persatuan-persatuan

pencapaian pencapaian-pencapaian

pengakuan pengakuan-pengakuan

kegemaran kegemaran-kegemaran

Page 38: Pembentukan Kata Nama
Page 39: Pembentukan Kata Nama

2. Penggandaan Separa

Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan

sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama

tungagal atau kat anama berimbuhan.

I. Penggandaan separa kata nama tunggal

Penggandan separa kata nama tunggal melibatkan suku kata pertama dalam

kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suka kata pertama perkataan yang

diganakan itu menglami pertubahan mengalami perubahan menjadi vokal

tengah, iaitu e pepet. Contohnya :

gelang ge-gelang gegelang

siku si-siku sesiku

kura ku-kura kekura

sumbu su-sumbu sesumbu

II. Penggandaan separa kata nama berimbuhan

Penggandaan separa jenis ini melibatkan pengulangan kata dasar tanpa

imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang

menglami penggandaan jenis ini. Contohnya :

sayuran sayuran-sayuran

kenangan kenang-kenangan

bayang bayang-bayangan

orang orang-orangnya

Page 40: Pembentukan Kata Nama

3. Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak kata nama ialah proses yang menggandakan kata dasar

jenis kat anama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Dalam

penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu

diulang atau diubah.

Dengan berdasarkan pengulangan dan perubahan bunyi-bunyi demikian,

penggandaan berentak kata nama dapat dibahagikan sekurang-kurangnya

kepada tiga jenis, iaitu :

I. Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal

Penggandaan berentak jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri

persamaan pada bunyi vokal tertentu. Dengan kata lain, penggandaan tersebut

mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya:

sayur sayur-mayur

kuih kuih-muih

lauk lauk-pauk

II. Penggandaan berentak pengulangan konsonan

Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan

pada bunyi konsonan tertentu. Contohnya :

batu batu-batan

warna warna-warni

gunug gunung-ganang

suku kayu-kayan

III. Penggandaan berentak bebas kata nama

Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri

persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya :

anak anak-pinak

sedu sedu-sedan

ipar ipar-lamai

Page 41: Pembentukan Kata Nama

PENGGANDAAN KATA NAMA MAJMUK

Penggandaan kata nama majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk

yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal akata sahaja yang digandakan.

Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan

seluruh kata digandakan. Contohnya :

[a]

kertas kerja kertas-kertas kerja

rumah sakit rumah-rumah sakit

mata pelajaran mata-mata pelajaran

[b]

setiusaha setiusaha- setiusaha

jawatankuasa jawatankuasa- jawatankuasa

suruhanjaya suruhanjaya- suruhanjaya

ASPEK MAKNA PENGGANDAAN KATA NAMA

Terdapat sekurang-kurangnya lima aspek makna penggandaan kata nama :

a) Gandaan sebagai penanda jamak, iaitu yang menandakan jumlah yang

banyak. Contohnya :

meja meja-meja

ketua ketua-ketua

jabatan jabatan-jabatan

b) Gandaan sebagai penanda beberapa nama haiwan. Contohnya :

Biri-biri

Rama-rama

Kupu-kupu

Kunang-kunang

Kura-kura

Page 42: Pembentukan Kata Nama
Page 43: Pembentukan Kata Nama

c) Gandaan sebagai penanda kesamaan atau kererupaan. Contohnya :

gula gula-gula

anak anak-anak

orang orang-orang

langit langit-langit arau lelangit

d) Gandaan sebagai penanda kepelbagaian jenis. Contohnya :

sayur sayur-mayur

kuih kuih-muih

lauk lauk-pauk

kayu kayu-kayan

e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya :

apa apa-apa

siapa siapa-siapa atau sesiapa

mana mana-mana

bila bila-bila