nordin batik p3117

13
JABATAN PERDAGANGAN KEUSAHAWANAN (P3117) TUGASAN 1 DISEDIAKAN OLEH-: 1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04dat06f578- 2.Siti Salwa Binti Ab. Rahim -04dat06f578- 3.Nor Awanis Bt Ab. Hamid -04dat06f528- KELAS: DAT3B DISEDIAKAN UNTUK:- En.Syukri 1

Upload: ctiechn87

Post on 10-Jun-2015

6.611 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nordin Batik P3117

JABATAN PERDAGANGAN

KEUSAHAWANAN (P3117)

TUGASAN 1DISEDIAKAN OLEH-:

1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04dat06f578-2.Siti Salwa Binti Ab. Rahim -04dat06f578-3.Nor Awanis Bt Ab. Hamid -04dat06f528-

KELAS: DAT3B

DISEDIAKAN UNTUK:-

En.Syukri

1

Page 2: Nordin Batik P3117

2

ISI KANDUNGAN

Page 3: Nordin Batik P3117

3

Hj. Nordin Bin Mahmood Adalah Seorang Usahawan Yang Mengusahakan Perusahaan Batik Di Kelantan. Hasil Karya Beliau Telah

Mendapat Pengiktirafan Daripada Kbdym Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra

Bersempena Dengan Anugerah Industri Pelancongan Negeri Kelantan 2004. Karya

Beliau Juga Mendapat Sambutan Yang Amat Menggalakkan Dari Setiap Golongan

Masyarakat. Tanggal 24 September Tahun 1949 Adalah Hari Kelahiran Usahawan Ini Dan Beliau Dilahirkan Di Kubang Kerian Kelantan. Asalnya Beliau Adalah Daripada Sebuah Keluarga Yang

Serba Kekurangan. Kedua Ibu Bapa Beliau Adalah Merupakan Pengusaha Batik Tradisional Dan Beliau Telah Mewarisi Kepakaran Tersebut Sehinggalah Beliau Berjaya Bergelar Usahawan

Sekarang. Perniagaan Batik Yang Beliau Jalankan Adalah Bermula Dari Peringkat

Bawahan Iaitu Dengan Mengusahakan Batik Tradisional(Batik Blok) Pada Tahun1972. Seterusnya Berkembang Ke Arena Batik

‘Canting’ Pada Tahun 1985. Beliau Bukanlah Berasal Daripada Seorang Yang Berpendidikan

Tinggi, Tahap Pendidikan Beliau Hanyalah Setakat Tingkatan 3 Sahaja Di Sultan Ismail

Collegue (Sic). Beliau Telah Menamatkan Zaman Bujangnya, Berkahwin Dan Telah Dikurniakan

Dengan 6 Orang Cahaya Mata Iaitu 2 Orang Putera Dan 4 Orang Puteri. Perusahaan Batik

Beliau Telah Berjaya Berkembang Pesat Selaras Dengan Perkembangan Ekonomi Negara.

Page 4: Nordin Batik P3117

4

PERHARGAANAssalamualaikum………….. wbt….. bersyukur kami

kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan

hidayahNya dapat kami menyiapkan tugasan ini

dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah

Ucapan terima kasih juga kami sampaikan buat rakan-

rakan seperjuangan yang tidak pernah lokek untuk

memberi pertolongan dan kerjasama di sepanjang

tempoh kami menyiapkan tugasan ini.

Jutaan terima kasih juga ingin kami sampaikan kepada

En.Syukri selaku pensyarah Keusahawanan kerana

telah memberikan tunjuk ajar kepada kami.

Tidak lupa juga kami kepada keluarga yang sentiasa

memberi pertolongan kepada kami samaada dari segi

kewangan mahupun sokongan semangat sepanjang

kami menyudahkan tugasan ini dengan penuh

kesempurnaan.

Kepada pihak Nordin Batik yang telah banyak

membantu kami memberi maklumat dan kerjasama

kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan

mengenai sejarah batik dan pengunaan ICT dalam

mempromosikan Industri Batik amatlah kami hargai.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua

Page 5: Nordin Batik P3117

B

atik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi

manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,

masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik

telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara

kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit

dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula

bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang

dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan

kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap

batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan

Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-

tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

 

5

Page 6: Nordin Batik P3117

Contoh Motif Organik.

Motif Ayam

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Kerak Nasi Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Daun SirehMotif Bunga OrkidMotif Bunga Raya

Motif GeometrikMotif Pucuk Rebung

Motif Rama-ramaMotif Siput

Contoh Motif Geometrik.

Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Pucuk Rebung

Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung

CORAK

6

Corak Ulangan Batu-bataCorak BerdiriCorak Jalur

Corak MelintangCorak MenyeluruhCorak Menyerong

Corak Tompok-tompokCorak Ulangan/Selang seliCorak Ulangan Batu-bata.

Page 7: Nordin Batik P3117

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.

Blok penerap batik

Proses MembuatAlatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

Blok penerap Campuran lilin

Kain

Pencelup

Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas

diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia

akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini

akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila

direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur

hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk

dipasarkan.

Batik Terbahagi Kepada 3 Jenis.7

Page 8: Nordin Batik P3117

1)BATIK BLOK

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak

2)Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah

kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan

menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan

meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan

tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Proses mencanting kain

3)Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya

kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk

di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas

kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan

menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan 8

Page 9: Nordin Batik P3117

untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna

sahaja.

Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat

baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang

MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis

keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,

cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli

dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing

kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang

ke negara masing-masing.

9

Page 10: Nordin Batik P3117

Dalam era globalisasi sekarang, banyak usahawan yang menggunakan ict sebagai cara untuk mengusahakan perniagaan masing-masing. Teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ict(information and comunication technology) adalah satu set komponen yang saling berhubungan yang boleh mengumpul memproses, menyimpan dan mengagihkan maklumat.

KEPENTINGAN ICT

- ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Pihak nordin batik telah

membangunkan laman webnya dalam internet yang boleh dilayari oleh orang ramai dari seluruh

pelusuk dunia untuk lebih mengenali hasil batik beliau.

- Nordin Batik telah memcipta laman webnya sendiri iaitu :- www.nordinbatik.enetmyne.com......

- Ini memudahkan para pelanggan untuk membuat sebarang tempahan berhubung dengan Nordin

Batik.

- Dengan adanya website nordin batik, bukan sahaja pelanggan dalam negara boleh membuat

tempahan malah para pelanggan yang berada di luar negara juga dapat berhubung dengan

nordin batik dengan mudah.

- Untuk pengetahuan, nordin batik bukan sahaja mempunyai pelanggan dari malaysia.. tepat juga

dari singapura dan brunei..

- Nordin batik juga mengimport kain putih dari china melalui ict dengan cepat.

- Pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke ”NORDIN BATIK” dapat juga

melayari website nordin batik untuk melihat jenis-jenis fabrik.

- MELALUI ICT hasil fabrik Nordin Batik dapat ”dilawati” untuk masa yang panjang: iaitu 24 jam

sehari dan 7 hari seminggu untuk sepanjang tahun tanpa sebarang masalah perbezaan zon

masa.

- ict dapat memberi gambaran dan imej ”NORDIN BATIK” yang kukuh (well-established) kerana pelanggan dapat

berkomunikasi dengan ”NORDIN BATIK” tanpa perlu melihat lokasi.

- Dengan ini, ia dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurusan dengan Nordin Batik. Seterusnya ia akan

dapat menarik lebih lagi ramai pelanggan untuk berurusan dengan Nordin Batik.

- Dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos mengurus seperti bayaran bill telefon, kos perjalanan dan lain-lain

kos pengurusan dapat dikurangkan kerana penggunaan kemudahan internet jauh lebih rendah daripada kos

perbelanjaan secara tradisional.

10

Page 11: Nordin Batik P3117

- ICT dapat membantu ”Nordin Batik” menyebarkan maklumat perniagaan untuk kegunaan organisasi dan pihak luar

seperti pelanggan dan orang ramai dengan lebih berkesan dan perbelanjaan yang lebih murah dan pantas daripada

kaedah tradisional.

- ”Nordin Batik” dapat menjimatkan ruang menyimpan fail. Dengan menyimpan apa-apa maklumat dalam sistem

maklumat secara sistematik, ruang simpanan fail dapat dikurangkan.

Nordin Batik Bukan Shj Menjalankan Perniagaan Batik malah Pelbagai Produk Industri IKS.

PRODUK MAKANAN.....

KRAFTANGAN.......

Semua Ini Kami Perolihi Dari Wisma Nordin Batik Yang Di Susun Bersama Dengan Hasil-Hasil Batik Beliau... Juga Aksesori Pakaian.

11

Page 12: Nordin Batik P3117

CONTOH FABRIK NORDIN BATIK.

12

Karyanya menjadi idaman....... harganya menjadi taruhan... permintaannya memberansangkan...... pastinya kejayaan dalam genggaman...

Page 13: Nordin Batik P3117

13