laporan kajian-penggunaan-web-2.0
TRANSCRIPT
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
LAPORAN ANALISIS KAJIAN BERDASARKAN
WEB 2.0
PENSYARAH: ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD
Nama No. Matrik Email
NUR SYUHAIDAH BT NOR AZNI A146345 [email protected]
NURSYUHADAH BT ABDUL RAZAK A146368 [email protected]
FATIN ATHIRAH BT SUKRI A146374 [email protected]
NORADILAH BT AWALLUDIN A146389 [email protected]
ABSTRAK
National University of MalaysiaUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Website adalah halaman informasi yang disediakan melalui jalur internet yang boleh
diakses di seluruh dunia selagi ia bersambung dengan jaringan internet. Website merupakan
komponen atau kumpulan komponen yang terdiri daripada teks, gambar, suara animasi sehingga
lebih merupakan media informasi yang menarik untuk dikunjungi. Secara rawaknya, website
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu website statik, website dinamik dan website
interaktif. Istilah web 2.0 amat luas untuk diterangkan namun web 2.0 merupakan sebuah
aplikasi web yang melibatkan para pengguna merancang mahupun mengatur sesebuah catatan.
Ada juga yang mengatakan web 2.0 lebih kearah sosial network antara pengguna seperti Blog,
Facebook, Friendster dan lain-lain. Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang
digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini
mempunyai tools atau alatannya yang tersendiri.
Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai jenis alatan dalam web 2.0 antaranya
adalah Blog, Wiki, Forum Atas Talian (Online Forum), Social Bookmarking, Rangkaian Sosial,
Perkongsian Media dan sebagainya. Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk
penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web
2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau
transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej
yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan
dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek
keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan
lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak
syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi
secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna
mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di
ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan
mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi.
Kesimpulannya, peranan web dalam dunia pendidikan adalah setiap pengguna internet itu
seharusnya terlebih dahulu memahami tentang ciri-ciri web supaya penggunaan web boleh
digunakan semaksima mungkin. Banyak sistem pendidikan yang menggunakan web sebagai alat
2
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
bantu pendidikan untuk memudahkan pengajar dan pelajar sehingga proses pembelajaran dapat
dilakukan secara efektif. Dengan itu pembelajaran dapat dilakukan secara dua hala yang
melibatkan pengajar dan pelajar menggunakan aplikasi web yang disediakan.
PENGENALAN
3
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Web 2.0 telah diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004. Ia dikenali sebagai
teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian
maklumat secara online. Menurut Tim O’Reilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai revolusi
arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai
platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai
keberhasilan pada platform baru tersebut.
Penggunaan teknologi berasaskan web yang digunakan dalam bidang pendidikan
mendorong kepada anjakan paradigma. Guru bukan sahaja berperanan dalam menyampaikan
maklumat tetapi guru juga berperanan sebagai fasilitator merancang strategi kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berasaskan web. Pelajar tidak lagi berperanan sebagai penerima
sahaja tetapi pelajar kini boleh menjadi penyumbang aktif kepada pelbagai maklumat.
Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube membawa
perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0 yang pada awalnya lebih
tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. Web 2.0 pula memberi penumpuan kepada
aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi.
METODOLOGI
4
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Metodologi merupakan aspek penting untuk melakukan kajian. Ini adalah bertujuan
untuk memastikan kaedah pengumpulan yang dijalankan bersesuaian dengan matlamat dan
objektif kajian yang hendak dicapai. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dari segi
soal selidik. Dalam reka bentuk ini, penilaian dilakukan melalui kajian demografi responden iaitu
jantina, kelulusan serta keputusan subjek computer atau setara. Seramai 32 orang respondan telah
memberi maklum balas melalui soal selidik yang telah dijalankan menerusi google form.
Kajian yang dilakukan tidak tertumpu kepada pelajar yang hanya mengambil subjek
komputer dalam pendidikan, malah soal selidik ini diedarkan kepada para pelajar disekitar UKM.
Hal ini adalah untuk mendapatkan pelbagai maklum balas daripada respondan.
OBJEKTIF
Dalam menjalankan setiap kajian, terdapat beberapa objektiaf kajian yang harus dipatuhi
supaya kajian yang dijalankan mencapai matlamatnya. Antara objekti bagi kajian yang
dijalankan adalah:
1. Mengenal pasti berapa ramai pengguna yang mengetahui tentang web 2.0.
2. Mengenal pasti samaada pengguna sering menggunakan web 2.0 untuk mencari
maklumat.
3. Mengenal pasti adakah pengguna menggunakan web 2.0 untuk berkongsi maklumat
dengan pengguna lain di laman social.
4. Mengenal pasti adakah web 2.0 merupakan sumber rujukam utama pengguna dalam
proses pembelajaran.
5. Mengenal pasti adakah pengguna berminat menggunakan bahan yang terdapat dalam web
2.0 untuk tujuan pembelajaran.
DAPATAN KAJIAN
5
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan melalui soal selidik tentang pengetahuan rakan-
rakan mengenai web 2.0, bahagian ini membincangkan tentang analisa data dan memaparkan
hasil penilaian.
DEMOGRAFI RESPONDEN
Untuk mengkaji persepsi rakan-rakan, seramai 32 orang telah memberi maklum balas
yang terdiri daripada kalangan pelajar UKM. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan aspek jantina, kelulusan serta keputusan subjek komputer atau setara yang disediakan
dalam bentuk rajah seperti dibawah.
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 32 responden, seramai 24 orang (75%)
adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya sebanyak 8 orang(25%) adalah
responden lelaki. Memandangkan kajian dijalankan melalui atas talian, bilangan responden
jantina tidak dapat disamaratakan. Oleh itu, kajian ini banyak memihak kepada responden
perempuan.
6
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Berdasarkan hasil kajian, daripada 32 orang reponden yang menjawab soal selidik ini,
seramai 17 orang(53.1%) adalah terdiri daripada pelajar yang berkelulusan daripada Matrikulasi.
Manakala responden yang berkelulusan Diploma atau setara adalah seramai 10 orang (31.3%)
diikuti dengan 2 orang (6.3%) bilangan pelajar yang berkelulusan STPM. Selebihnya bagi pelajar
berkelulusan STAM dan lain-lain kelulusan adalah sebanyak seorang (3.1%) masing-masing.
Melalui hasil kajian bagi keputusan subjek komputer atau setara, daripada 32 orang
responden, sebanyak 20 orang (62.5%) memperoleh gred A. Manakala seramai 7 orang (21.9%)
mendapat gred B. Bagi gred D pula hanya seorang (3.1%) sahaja yang memperolehinya.
Selebihnya adalah seramai 4 orang (12.5%) tidah pernah mengambil subjek berkaitan.
7
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
SOAL SELIDIK
Bagi kaji selidik mengenai pengetahuan mereka tentang web 2.0, seramai 22 orang
(68.8%) telah mengetahui tentang penggunaan web 2.0, manakala sebanyak 9 orang (28.1%)
tidak pasti mengenai penggunaan web 2.0. Hanya seorang (3.1%) sahaja yang tidak tahu
mengenai web 2.0. Majoritinya para pelajar telah mengetahui tentang web 2.0.
Berdasarkan soalan mengenai akaun sosial media yang dimiliki oleh para responden,
sebanyak 29 orang (90.%) telah memiliki akaun persendirian masing-masing manakala seramai 3
orang (9.4%) tidak pasti adakah mereka mempunyai akaun media sosial ataupun tidak.
8
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Untuk soalan seterusnya adalah mengenai aplikasi yang mana seperti dinyatakan
merupakan aplikasi web 2.0. Majoriti pelajar iaitu sebanyak 28 orang (87.5%) memilih aplikasi
Facebook, diikuti 20 orang (62.5%) memilih aplikasi Instagram, 19 orang (59.4%) bagi aplikasi
Twitter serta aplikasi Blog dipilih oleh 17 orang (53.1%). Ada diantara responden yang memilih
television yang mengaplikasikan web 2.0 iaitu sebanyak seorang(3.1%) manakala 10 orang
(31.3%) telah memilih Scribd dan Flickr.
9
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Bagi persoalan yang seterusnya iaitu penggunaan web 2.0 dalam pencarian maklumat,
seramai 24 orang (74%) mengakui penyataan ini dan mereka menggunakan web 2.0 sebagai
sumber untuk mencari maklumat. Manakala bagi 6 orang (18.8%) respondan mengatakan tidak
menggunakan web 2.0 sebagai pencarian maklumat dan selebihnya tidak pasti tentang
penggunaan maklumat web 2.0.
Soalan seterusnya adalah mengenai kekerapan penggunaan media sosial atau internet
dalam kehidupan seharian. Seramai 23 orang (71.9%) respondan menggunakan internet pada
setiap hari, diikuti oleh 6 orang (18.8%) menggunakan sosial media hanya pada satu hingga dua
hari sahaja dalam masa seminggu. Manakala 2 orang (6.3%) melayari internet atau menggunakan
sosial media lima ke enam hari seminggu. Majoriti pelajar menggunakan internet setiap hari
kerana tuntutan sebagai pelajar untuk menyiapkan tugasan dan mengadakan perbincangan secara
atas talian.
10
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Berdasarkan soalan yang diajukan iaitu tentang penggunaan web 2.0 dalam segi
pendidikan pada masa kini. Seramai 25 orang (78.1%) mengakui tentang persoalan tersebut.
Manakala sebanyak 3 orang (9.4%) tidak bersetuju tentang penggunaan web 2.0 dalam
pendidikan pada masa kini. Selebihnya respondan tidak pasti tentang penggunaan web 2.0 dalam
pendidikan pada zaman sekarang.
Web 2.0 mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya adalah setiap fasilitator atau mentor
dapat memainkan peranan masing-masing untuk memantapkan lagi proses pembelajaran.
Seramai 23 orang (71.9%) menggunakan kelebihan web 2.0 ini sebagai medium perantara
manakala sebanyak 5 orang (15.6%) memilih untuk berinteraksi secara formal dengan tidak
menggunakan aplikasi web 2.0.
Soalan seterusnya adalah mengenai perkongsian maklumat peribadi dalam laman sosial
yang dimiliki oleh para respondan. Bagi respondan yang betul-betul faham akan tahap
keselamatan dalam laman sosial tidak akan berkongsi sebarang maklumat peribadi mereka disitu.
Seperti yang kita dapat lihat pada rajah diatas, seramai 17 orang (53.1%) bertindak untuk
berkongsi maklumat peribadi dalam laman sosial, selebihnya iaitu sebanyak 15 orang (46.9%)
memilih untuk tidak akan berkongsi maklumat tersebut kepada umum.
11
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Kebanyakan pelajar telah terdedah kepada penggunaan web 2.0 dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seharian. Ini dapat dilihat melalui rajah diatas iaitu sebnayak 27 orang (84.8%)
amat berminat untuk menggunakan bahan yang terdapat dalam web 2.0 sebagai sumber
pembelajaran kerana ilustrasi yang menarik dan mudah untuk difahami. Terdapat juga 2 orang
(6.3%) tidak berminat mengenai penggunaan web 2.0.
Soalan terakhir yang diajukan kepada respondan adalah tentang penggunaan web 2.0
sebagai sumber rujukan utama mereka dalam proses pembelajaran. Seramai 22 orang (68.8%)
menggunakan aplikasi web 2.0 untuk memudahkan proses pembelajaran manakala 6 orang
(18.8%) tidak menjadikan web 2.0 sebagai sumber rujukan utama mereka. Mungkin mereka
lebih menumpukan rujukan pada bahan ilmiah yang lain.
Secara keseluruhannya, para respondan ini telah menyedari tentang penggunaan web 2.0
dalam proses pembelajaran mereka. Banyak kelebihan yang diperoleh melalui penggunaan
aplikasi web 2.0 antaranya adalah pelajar lebih mudah untuk memahami pelajaran dengan
bantuan ilustrasi, mudah untuk berkongsi segala maklumat dengan pantas dan berkesan,
12
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakan kan dan sebangainya.
Tetapi penggunaan aplikasi ini mesti mempunyai had dan batas agar tiada perkara yang tidak
diingini berlaku.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Pengenalan Web versi 2.0 telah memberi impak yang signifikan dalam bidang
pendidikan. Perbezaan utama Web 1.0 dengan Web 2.0 adalah dari segi penglibatan pengguna
lebih besar dalam membina dan menguruskan isi kandungan, yang mana ini menukar sifat dan
nilai sesuatu maklumat . Web versi 2.0 yang mula diaplikasikan pada awal tahun 20-an, telah
mengubah lanskap web secara total iaitu pengguna kini boleh memberi input, memuat naik fail
serta membina rangkaian maklumat sendiri. Web versi 2.0 yang popular termasuklah Facebook,
Youtube, Twitter, blogspot serta banyak lagi. Namum begitu, jika diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran web versi 2.0 ini akan dapat membantu pensyarah serta pelajar
dalam interaksi secara ‘blended learning’ dan ‘ubiquitous learning’ yang diaplikasikan di institut
pengajian tinggi di Malaysia. Kedua-dua mod pembelajaran ini berteraskan konsep iaitu
pensyarah serta pelajar dapat berinteraksi walaupun di luar waktu perkuliahan.
Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan Web 2.0
dalam kalangan respondan yang terlibat dalam kajian ini berada pada tahap sederhana. Dapatan
kajian menunjukkan tahap pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap
13
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
penggunaan Web 2.0 dalam kalangan pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa dapatan kajian ini
telah menjawab kesemua persoalan kajian dan mencapai objektif yang telah dibentuk. Dapatan
kajian juga telah memberi implikasi yang positif terhadap tahap penggunaan Web 2.0 dalam
kalangan pelajar. Untuk meningkatkan tahap penggunaan Web 2.0 dalam proses
pembelajaran,tahap pengetahuan Web 2.0 perlu dipertingkatkan.
LAMPIRAN
14
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
15
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
16
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
17
GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
18