kertas cadangan

22
1.0 PENDAHULUAN Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Tenom akan menjalakan satu Projek Seni Visual iaitu melukis mural dengan kerjasama sekolah-sekolah Zon 1 KERTAS CADANGAN LUKISAN MURAL 2D DEWAN SRI ANTANUM DAERAH TENOM Anjuran SJK(C ) Chung Hwa Tenom dengan kerjasama sekolah-sekolah

Upload: ngetngoliew

Post on 11-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MENGGAMBAR

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS  CADANGAN

KERTAS CADANGAN LUKISAN MURAL

2D DEWAN SRI ANTANUM

DAERAH TENOM

Anjuran

SJK(C ) Chung Hwa Tenom dengan kerjasama sekolah-sekolah Zon 1

Daerah Tenom

Page 2: KERTAS  CADANGAN

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Tenom akan menjalakan satu Projek Seni Visual

iaitu melukis mural dengan kerjasama sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom. Projek ini berharap

dapat memupuk semangat kecintaan terhadap alam sekitar dengan meletakkannya sebagai matlamat

yang utama di samping dapat menceriakan sekitar kawaan pekan Tenom. Projek Seni Visual

merupakan satu aktiviti yang biasanya dijalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan semua murid

untuk menjalankan sesuatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenis aktiviti

untuk memperkembangkan kemahiran mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur seni serta prinsip

rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni.

Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara

fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan

produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan

merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.

Kata “mural” berasal dari Bahasa Latin”murus” yeng bererti dinding. Manakala menurut

Susanto (2002:76) mendefinisikan mural sebagai lukisan besar yang dibuat untuk mendukung ruang

arsitektur. Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang

indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali

memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Seni visual juga difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetik. Menurut Herbert

Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan

estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej.

Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara

atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek

kegunaannya. Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek

pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D

dan 3D. Selain itu, pendidikan seni visual berperanan dalam membentuk dan mengembang budaya

setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan Seni Visual adalah seperti berikut :

1.1 Semangat Nasionalisme

Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit

nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan

Page 3: KERTAS  CADANGAN

unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

1.2 Persekitaran

Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni visual. Pembelajaran seni

visual, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan

sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya

Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan

dalaman.

1.3 Saluran Propaganda

Seni Visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan,

pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.

Poskad kepada dunia (1990)

1.4 Ritual / upacara

Seni visual dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam

dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca.

Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di

Pahang dan Selangor.

1.5 Spiritual

Seni Visual untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk

kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan

Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

1.6 Pengeluaran

Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV,

aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan

nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan

dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

1.7 Pemujukan

Page 4: KERTAS  CADANGAN

Hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah

papan billboard dan poster.

1.8 Perniagaan dan perdagangan

Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat

berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

2.0 RASIONAL PROJEK

Projek lukisan 2D di Dewan Sri Antanum dilaksanakan untuk :

1. Merapatkan jurang di antara masyarakat setempat dan sekolah dalam aspek pencapaian,

perlaksanaan aktiviti dan juga kerjasama.

2. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat memupuk semangat kerjasama dan

meningkatkan keyakinan individu atau pun kumpulan.

3. Projek ni dilaksanakan untuk mengubah suasana pemandangan dewan dan menghargai nilai-

nilai yang terdapat dalam budaya persekitaran kita.

Page 5: KERTAS  CADANGAN

3.0 OBJEKTIF

Lukisan mural yang dicadangkan adalah bertujuan seperti berikut :

1. Melatih guru-guru Pendidikan Seni Visual membudayakan aktiviti melukis mural bagi pengukuhan

serta pengisian ke arah menghargai karya seni iaitu menempatkan hasil karya di tempat dan situasi

yang sebenar agar individu luar dapat berkongsi pengalaman dengan pengkarya selari dengan

kehendak sukatan Pendidikan Seni Visual yang menuntut agar hasil karya dipamerkan dalam konsep

mural 2D.

2. Membimbing dan melatih para staf-staf sekolah lain dan murid berinteraksi sesama sendiri dan

berkongsi pengalaman semasa menyediakan lukisan dan mengendalikan bengkel.

3. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan projek dan profesional.

4. Persediaan bagi melengkapkan lagi dalam pengisian mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

5. Mengadakan bengkel untuk melatih para murid tentang teknik dan kaedah lukisan mural bagi

menghargai seni visualdi sekolah.

6. Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan

tanggungjawab terhadap seni.

7. Menguji tahap kemahiran individu.

8. Mewujudkan semangat kekitaan di bawah nama Pendidikan Seni Visual.

Page 6: KERTAS  CADANGAN

4.0 Sasaran

4.1 Sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom yang terdiri daripada sekolah seperti berikut :

4.1.1 SJK(C ) Chung Hwa

4.1.2 SJK(C ) Kong Ming

4.1.3 SK Mantailang

4.1.4 SK Kalang Kanar

4.1.5 St. Anthony

4.1.6 SK Pekan

4.1.7 SK Pangi

5.0 Tempat

5.1 Dewan Sri Antanum Tenom

5.2 Keluasan mural : 4 x 8 kaki

6.0 Tarikh Pelaksanaan

1-5August 2015

7.0 Cara Pelaksanaan

7.1 Mesyuarat (2kali).

7. 2 Bengkel – menerangkan cara pelaksanaan

7.3 Merancang serta menjalankan aktiviti perkongsian tentang lukisan mural.

7.4 Mewujudkan suasana pembelajaran secara melukis mural dan berkesan.

Page 7: KERTAS  CADANGAN

8.0 Ahli Jawatankuasa

Jawatan Sasaran Deskripsi Tugas

Penasihat En. Azlan Dimon ( Pegawai Pelajaran

Daerah Tenom)

Sebagai penasihat dalam

semua AJK.

Pengerusi Pn. Ooi Foo Suan ( Guru Besar SJK(C )

Chung Hwa

Pakar rujuk dan

mempengerusikan projek Seni

Visual.Naib Pengerusi Semua Guru Besar Sekolah Zon 1 Daerah

Tenom

Pengurus

Projek

Cik Suzila Abu Bakar (Ketua Panitia PSV,

SJK(C ) Chung Hwa

- Memastikan segala

persiapan berjalan lancar

- Memastikan AJK

melaksanakan tugas mengikut

bidang masing-masing

- Melihat aspek kekurangan

serta kelemahan dalam kerja

berkumpulan serta memberi

arahan secara sistematik

- Mengambil berat terhadap

masalah AJK serta

menyelesaikan masalah

- Memainkan peranan dalam

mewujudkan satu team

work’ yang baik serta aman

- Memastikan segala berjalan

lancar mulai 01.08.15

hingga 05.08.15 dan selesai

upacara serta kemaskini

dewan

Page 8: KERTAS  CADANGAN

Setiausaha Pn.Rozaini ( Setiausaha Panitia Seni Visual)

SJK(C ) Chung Hwa

- Menyedia kertas kerja,

laporan projek.

- Menyedia minit mesyuarat.

- Menulis surat permohonan,

derma, surat jemputan /

surat menyurat.

Penolong

Setiausaha

1. En. Yunus Ismail (Ketua Panitia

PSV SK Mantailang)

2. En. Alvin (Ketua Panitia PSV SK

Kalang Kanar)

Bendahari En. Johnny ( SJK (C) Chung Hwa Tenom) - Mengurus kewangan.

Jurufoto SK Pangi - Menyediakan alatan

rakaman untuk merakam

segala.

- aktiviti yang berlangsung

pada hari tersebut.

- Menyediakan kamera untuk

mengambil gambar semasa

aktiviti.

- Menyediakan bahan-bahan

dokumen yang telah siap

untuk pelaporan.

Penyediaan

Makanan

St. Anthony -Menempah makanan untuk

semua ajk terlibat mengikut

tentatif.

Penyediaan

lukisan

SJK (C ) Kong Ming - Menyedia draf lukisan untuk

lukisan mural.

Penyediaan

Alatan

SK Pekan - Menyedia dan membeli

semua peralatan dan bahan-

Page 9: KERTAS  CADANGAN

bahan yang perlu digunakan.

Keselamatan SK Mantailang - Menjaga keselamatan lokasi

semasa menjalankan tugas.

Publisiti SK. Kalang Kanar - Membuat penyebaran dan

publisiti ke media (surat

khabar)

kebersihan SJK(C ) Chung Hwa - Memastikan tempat sentiasa

bersih selepas menyiapkan

projek.

9.0 Tentatif Pelaksanaan

Page 10: KERTAS  CADANGAN

Bil Tarikh Aktiviti

1 3/7/15 Mengedar surat makluman mesyurat kepada semua sekolah Zon 1.

2 8/7/15 Mesyurat Projek Mural Kali Pertama.

3 9-20 /7/15 Semua sekolah masing-masing menjalani mesyuarat dan persediaan.

4 25/7/15 Mesyuarat Kali Kedua. (Laporan setiap Penyediaan Projek)

5 1/8/15

hingga

2/8/15

Melakar mural

6 3/8/15

hingga

5/8/15

Mewarna mural

7 8/8/15 Post Moterm Projek

10.0 Anggaran Belanjawan

Page 11: KERTAS  CADANGAN

Bil Perkara / Bahan Kos Jumlah Sumber

1

01- 05 August 2015

i. Sarapan

Sumbangan dari Lembaga Pengelola

Murid RM 5 x 15 RM 75 x 5 hari RM 375

Guru / petugas RM5 x 30

RM 150 x 5

hari RM 750

     

ii. Makan Tengahari Sekolah SJK (C ) Chung Hwa

Murid RM 7 x 15

RM 105 x 5

hari RM 525

Guru / petugas RM7 x 30

RM 210 x 5

hari RM 1,050

     

iii. Minum Petang

Murid RM 5 x 15 RM 75 x 5 hari RM 375

Guru / petugas RM5 x 30

RM 150 x 5

hari RM 750

2

Cat Mural      

5 Liter (Warna Asas) RM 70 x 15 tin RM 1,050 Sumbangan dari PIBG

      SJK(C ) Chung Hwa

3

Berus      

i. Kecil

RM 10.90 x 2

set RM 21.80

PCG Panitia PSV SJK(C ) Chung Hwaii. Sederhana RM 15 x 2 Set RM 30.00

iii. Besar

RM 26.90 x 2

Set RM 53.80

4 Tangga - SK Pekan

5Plastik Sampah / Penyapu/

-SJK(C ) Chung Hwa

Penyedok

Jumlah

RM

4,980.60

11.0 KESIMPULAN

Page 12: KERTAS  CADANGAN

Pihak kami berharap agar projek ini dapat diluluskan dan dijalankan dengan sebaik mungkin.

Alam semulajadi ciptaan Ilahi tidak terbanding indahnya. Keunikan dan kepelbagaian rupa alam yang

sungguh mempesonakan ini lebih memukau pandangan mata jika ia menjadi sebahagian dari landskap

bandar yang dapat memberi keharmonian dan kesejahteraan penduduknya. Dari pandangan mata terus

menusuk ke hati, mendamaikan jiwa dan menenangkan minda. Pelukis adalah insan yang paling

hampir dengan alam berusaha mengabadikan kedamaian dan ketenangan tersebut menjadikan aktiviti

melakar dan melukis terus hidup disanubarinya. Ia langsung dapat dikongsikan kepada masyarakat

agar dapat menghargai keindahan dan keunikan alam semulajadi di samping perancangan persekitaran

pekan yang tersusun mampu memberi impak besar kepada semua. bertujuan memberi peluang kepada

pelukis-pelukis untuk menterjemah keindahan landskap Daerah Tenom yang bertemakan “Tenom

Peranginan Semulajadi”.

Selain meningkatkan kesedaran dan minat pelukis terhadap landskap, ia juga dapat

mempromosi keindahan dan keunikan landskap sekitar Tenomdi mana kebanyakan penduduk Tenom

terdiri daripada kaum Murut. Oleh itu, kaum Mutur juga dapat melambangkan Daerah Tenom selain

sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara. Sebanyak 7 buah sekolah penyertaan aktiviti ini

yang akan menjayakan aktiviti melukis mural yang mendapat penyertaan di luar jangkaan. Mereka

akan berusaha berpadu tenaga mencurahkan idea dan bakat dalam mengekspresikan kerja-kerja artistik

pada ruang papan mural yang telah disediakan. Ukuran papan 4X8 kaki digunakan dengan sebaik

mungkin dengan kesesuaian alatan dan bahan yang dibawa peserta. Penggunaan media warna seperti

cat poster, akrilik, imulsi, semburan dan pelbagai jenis warna mudah kering yang menjadi pilihan

dapat dimanfaatkan peserta bagi merealisasikan konsep rekaan mural yang dirancang.

Media-media yang digunakan bukan sekadar menguji kecekapan serta kebolehan seseorang

pelukis semasa proses melukis dan mewarna, malahan juga dapat menunjukkan kemahiran pelukis

untuk membuat penelitian teliti dan secara menyeluruh ke atas objek yang hendak dilukis. Masa yang

diperuntukan selama 5 bagi memenuhi seluruh permukaan mural. Setiap lakaran dan palitan warna

adalah jalinan alam semulajadi keindahan flora dan fauna dalam sistem ekologi darat dan lautan

disepadukan dengan rekabentuk-rekabentuk bangunan dan binaan yang menjadi mercu Daerah Tenom.

Ternyata ianya mampu memberi kesan segar dan emosi yang lebih mendamaikan.

Dengan menjalankan projek ini, ia adalah sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau

isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti

manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di

pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga

merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap sosial.

Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak. Selain itu, biasanya mesej atau

maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu

Page 13: KERTAS  CADANGAN

pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua.

Seni visual juga difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetik. Menurut Herbert Read, seni

adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik.

Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut

Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana

yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek kegunaannya. ajuk ini

menyatakan tentang pengertian Seni Visual berdasarkan pengalaman estetik dan bagaimana

pengalaman itu dapat dikuasai oleh pelajar. Aspek yang terlibat dalam pengalaman estetik ialah aspek

pengalaman intelektual dan pengalaman langsung dengan karya seni itu. Kedua-dua bentuk

pengalaman ini lebih kepada pendekatan atau methodology dalam penghasilan karya.

Seseorang pelajar atau pelukis boleh menguasai atau mengalami pengalaman estetik melalui

pendekatan intelektual dan pendekatan langsung ini.

Melalui projek ini, peserta akan mendapat pengalaman intelektual iaitu merupakan

penghasilan sesuatu produk seni yang memerlukan proses kajian, pengumpulan maklumat,

penguasasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan produk yang hendak

dihasilkan. Hasil maklumat akan dianalisis dan dikaji semula serta dibuat eksperimen tentang

kesesuaiannya. Proses mengkaji dan mengumpul maklumat inilah yang dikatakan sebagai pengalaman

intelektual. Ia juga melibatkan penerokaan yang berbentuk eksperimen. Melalui pendekatan intelektual

seperti ini akan mempertajamkan lagi pengalaman estetik seseorang itu.Contoh yang paling mudah

ialah penghasilan reka bentuk kereta masa depan. Sebelum reka bentuk dihasilkan pelukis hendaklah

membuat kajian terlebih dahulu tentang kereta berkenaan dari pelbagai sudut. Kemudian barulah

model kereta dibuat. Proses mengkaji tersebut disebut sebagai pengalaman intelektual. Portfolio kerja

kursus yang dihasilkan oleh pelajar juga merupakan satu contoh proses pengalaman intelektual.

Portfolio merupakan satu proses yang harus dibuat oleh pelajar sebelum menghasilkan produk.

Manakala pengalaman juga menyumbang kepada pengalaman estetik seseorang itu.

Pengalaman langsung atau direct contact ialah satu proses penghasilan produk seni. Berlaku hubungan

langsung antara pengkarya dengan karyanya secara sedar. Koordinasi deria berlaku antara mata

dengan tangan serta otak. Fikiran (otak) menyatakan tentang sesuatu yang bersifat kreatif. Proses

mengindahkan karya berlaku. Proses ini disebut proses artistik. Asas seni reka merangkumi aspek

elemen dan prinsip rekaan dalam seni tampak. Asas-asas ini mendukung kewujudan produk seni visual

itu. Aspek ini juga dikenali sebagai sebahagian daripada bentuk atau form dalam bahasa seni tampak.

Produk seni seperti catan umpamanya perlu dihasilkan mengikut peraturan seni reka contohnya ada

aturan ruang, imbangan, kontra dan sebagainya. Karya seni yang tidak menggunakan asas seni reka

Page 14: KERTAS  CADANGAN

dianggap kurang bermutu. Hasil seni tradisi seperti ukiran juga mementingkan asas rekaanya sendiri.

Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu elemen dan prinsip. Elemen rekaan

termasuklah garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna. Prinsip rekaan pula meliputi harmoni,

kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan ,kesatuan dan ekonomi. Elemen dan prinsip

ini perlu diadun dengan baik oleh seseorang pelukis dalam menghasilkan sesebuah karya seni visual.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………… ………………………. ……………………

(SUZILA ABDUL BAKAR) (CHAN SAU LIN) ( WONG SUN TECK)

Ketua Panitia, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,

Pendidikan Seni Visual, SJK(C ) Chung Hwa, Tenom. SJK(C ) Chung Hwa, Tenom.

SJK( C) Chung Hwa,Tenom.

Page 15: KERTAS  CADANGAN

Ruj.Kami : XCC4949/500/2003/2

Tarikh : 13 JULAI 2015

Kepada,

Guru Besar,

SK Pekan, Tenom.

Tuan,

Jemputan Mesyuarat Projek Melukis Mural Zon 1 Daerah Tenom

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah SJK(C ) Chung Hwa akan melaksanakan Projek Pendidikan Seni Visual.

Dengan itu, pihak sekolah agar sekolah tuan menghadiri mesyuarat seperti ketetapan

berikut :

Tarikh : 14 Julai 2015

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Tenom

3. Tuan dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

_________________

(WONG SUN TECK)

Guru Besar,

SJK(C) Chung Hwa, Tenom.

Sk. PPD Tenom

Semua sekolah Zon 1

Sekolah Kebangsaan Jenis (C ) Chugn Hwa TenomPeti Surat 106, 89908 Tenom, Sabah.Tel : 087-773337 Fax : 087 734567

Email : [email protected]

Contoh Surat Panggilan Mesyuarat

Page 16: KERTAS  CADANGAN

Lampiran 1

Page 17: KERTAS  CADANGAN

Lampiran 2

Lukisan mural yang akan dilukis dengan ukuran 4x 8 kaki

Page 18: KERTAS  CADANGAN

Lampiran 3 Lakaran lukisan mural