kertas cadangan

22
1.0 Pengenalan Permainan Tradisional Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu diperkukuhkan dan dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, musim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Sudah menjadi kemestian, sewaktu turun ke sawah atau ke laut, seluruh tenaga ditumpukan kepada pekerjaan. Mencari rezeki, mesti bersungguh-sungguh. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.

Upload: may-tsm

Post on 18-Nov-2015

102 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kertas cadangan

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Permainan TradisionalMasyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu diperkukuhkan dan dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, musim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Sudah menjadi kemestian, sewaktu turun ke sawah atau ke laut, seluruh tenaga ditumpukan kepada pekerjaan. Mencari rezeki, mesti bersungguh-sungguh. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.

2.0 Sejarah Galah Panjang

Galah Panjang merupakan jenis permainan laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Perlawanan dalam permainan ini adalah berkonsepkan Pertahan oleh satu regu dan Penyerang oleh satu regu yang lain. Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

3.0 Kawasan BermainPermainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Namun, kawasan yang dipilih haruslah luas, lapang dan rata serta bebas daripada benda-benda yang bahaya seperti objek-objek tajam.Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

GOAL

Rujukan :

Penyerang

Petahan

Petahan B boleh bertahan atas garisan yang berwarna oren dan hijau ini.

Petahan A hanya boleh bertahan atas garisan ini.

Petahan C hanya boleh bertahan atas garisan ini.

Peralatan yang diperlukan:1. Bola 4 biji

4.0 Peraturan Galah Panjang yang Diubahsuai4.1 Pemain penyerang mesti memegang bola. Jika bola terjatuh dan dikutip oleh pemain bertahan, pemain penyerang itu dikira mati.4.2 Satu pemain akan mendapat 2 markah jika berjaya melepasi semua garisan, 5 markah sebagai bonus jika jaringan bola berjaya.4.3 Pemain penyerang dikira mati jika disentuh oleh pemain bertahan.4.4 Pemain penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan. Pemain bertahan mesti berjalan di atas garisan.4.5 Pemain penyerang dikira mati jika terkeluar dari kawasan.4.6 Pasukan yang mendapat markah tertinggi adalah pemenang.

Gambar papan peraturan

5.0 Syarat permainan Jika petahan gelanggang dapat menyentuh penyerang, maka penyerang akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

6.0 Cara Bermain6.1 Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana satu kumpulan mempunyai 4 ahli.6.2 1 kumpulan sebagai pasukan penyerang dan 1 kumpulan sebagai pasukan bertahan. Pasukan bertahan mestilah berjalan di atas garisan dan pasukan penyerang mesti mengambil sebiji bola di tangan dan mengelakkan sentuhan daripada pemain bertahan.6.3 Pemain bertahan berperanan untuk menghalang pemain penyerang melepasi garisan dengan menyentuh pemain penyerang. Pemain penyerang dikira mati jika disentuh oleh pemain bertahan.6.4 Sekiranya pemain penyerang berjaya melepasi semua garisan, pemain itu akan dapat 2 markah.6.5 Pemain penyerang akan mendapat 5 markah sebagai bonus sekiranya jaringan bola itu berjaya.6.6 Kumpulan yang mendapat markah yang tinggi adalah pemenang bagi permainan ini.

7.0 Aspek Keselamatan Tidak dibenarkan memukul orang. Tidak dibenarkan menolak orang. Memastikan kawasan bermain yang rata dan selamat.

7.0 Langkah-langkah Keselamatan Sebelum1. tetapkan tarikh dan waktu2. merancang prosedur permainan3. menyediakan kawasan dan tanda tempat permainan4. senarai dan mengasingkan alat-alatan yang diperlukan5. menyediakan peraturan permainan6. menyediakan kad-kad/borang-borang catatan/skor7. menetapkan sistem pemarkahan (jika perlu)8. Keluasan kawasan bersesuaian dengan aktiviti

Semasa1. melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan2. memberi penerangan dan demonstrasi3. alat-alatan menarik dan mencukupi4. alat-alatan disusun dengan baik dan di sudut yang selamat5. alat-alatan digunakan dengan cara yang betul6. kawasan permainan sesuai dan selamat7. pakaian sesuai dan kemas8. kanak-kanak mematuhi arahan9. melaksanakan permainan secara sistematik, teratur dan terkawal10. Pastikan kawasan bermain terletak di kawasan yang rata. Kawasan tidak rata boleh menyebabkan kecederaan

Selepas1. semua alat-alatan disimpan di tempat asal2. memastikan kawasan permainan bersih dan kemas3. kanak-kanak berbaris dan berjalan balik ke kelas4. membuat refleksi dan kajian semula (post-mortem)

Borang PemarkahanGalah PanjangKumpulan

AB

Markah

Bonus

Jumlah

Gambar borang pemarkahan

Bibliografi1. Sumber internet

Galah Panjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjang

Permainan Tradisional http://pmainantradisionl.blogspot.com/2007/09/galah-panjang.html

Permainan tradisional Galah Panjanghttp://permainannordin.blogspot.com/

Galah Panjang (Toi)http://gtraditional.blogspot.com/2013/03/galah-panjang-toi.html

Pengenalan permainan tradisional galah panjanghttp://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/02/pengenalan-permainan-galah-panjang.html

LAMPIRAN

Galah panjangDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Galah panjangadalah sejenispermainantradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.Cara bermain[sunting|sunting sumber]Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.Syarat permainan[sunting|sunting sumber]1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjangGALAH PANJANGPermainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.Gelanggang PermainanKawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.Cara BermainSejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.Peraturan PermainanKesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.http://pmainantradisionl.blogspot.com/2007/09/galah-panjang.htmlGalah panjangGalah panjangadalah sejenispermainantradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.CARA BERMAINCara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.SYARAT PERMAINAN1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.http://permainannordin.blogspot.com/Galah Panjang (Toi)

TOI - begitulah nama satu permainan yang sering dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan ini bukan sahaja terkenal di kalangan kanak-kanak desa, malah di bandar juga. Namun sehingga ke hari ini perkataan toi itu tidak dapat dipastikan maknanya, dari mana dan bagaimana diperolehi. Anggaplah perkataan itu satu istilah khusus dalam permainan ini. Yang pasti, perkataan toi dilaungkan sebaik-baik sahaja permainan dimulakan, memperolehi mata dan mencapai kemenangan. Toi adalah sejenis permainan yang memerlukan gelanggang. Satu kawasan luas yang lapang dan rata diperlukan. Kawasan yang sempit, berlopak atau tidak rata, tidak sesuai untuk permainan ini.

Pada kebiasaannya gelanggang badminton atau sepak takraw amat sesuai digunakan untuk tujuan permainan ini. Garisan-garisan gelanggang toi perlu ditandakan: digaris di atas tanah, dilukis dengan kapur di atas simen atau dipancang dengan tali ke padang berumput.

Garisan-garisan ini menunjukan kuasa pergerakkan si penjaga garisan. Maknanya si ketua boleh bergerak ke kiri dan ke kanan di bahagian hadapan gelanggang. Anak-anak buah si ketua pula hanya boleh bergerak ke kiri dan ke kanan di atas garisan masing-masing. Dalam kebanyakkan permainan, konsep berlawan pasti wujud. Malah inilah yang seronok dan mencetus keinginan berlumba-lumba mengatasi saingan. Inilah juga yang berlaku dalan permainan toi. Lebih ramai pemain, lebih kecohlah gelanggang itu. Satu undian dilakukan untuk memastikan siapa jadi "jaga"? siapa dapat "jalan"? oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa menang dia dapat jalan. Sudah menjadi dominan pula pihak yang kalah tidak pernah bernasib baik dan menjadi "jaga".

Biasanya ketua "jaga" adalah seorang yang tangkas, kuat berlari, tajam penglihatan dan pandai menjangka pergerakkan lawan. Ketua "jaga" harus cekap mengarah anak buahnya bertindak apabila perlu. Tugas pasukan "jaga" yang utama ialah mematikan pasukan "jalan". Jika pasukan "jalan" mati, mereka pula berpeluang menjadi pasukan penyerang ("jalan") dan memungut mata.

Bagi pasukan "jalan" pula, tiada ketua dalam permainan. Pergerakkan mereka biasanya tidak terancang dan tidak terarah. Setiap pergerakkan lebih bersifat spontan dan individu. Namun adakalanya salah seorang memberi isyarat untuk bertindak atau mengelirukan "jaga" agar garisan dapat direntasi tanpa disentuh oleh "jaga".

Bagi memulakan permainan, salah seorang ahli pasukan "jalan" akan berjabat, bertampar atau mencuit ketua pasukan "jaga". Serentak dengan itu, mereka meneriakkan perkataan "toi" dan pasukan "jalan" akan cuba melepasi garisan demi garisan untuk sampai ke petak belakang gelanggang dan kemudiannya keluar semula melalui garisan hadapan. Pemain tidak boleh berpatah balik sebelum ke petak paling hujung. Jika misi ini berjaya disempurnakan oleh salah seorang ahli pasukan "jalan" , satu mata dikutip dan permainan dimulakan sekali lagi untuk memungut mata keduanya.

Apabila mana-mana pemain berjaya mengutip mata, maka dia akan meneriakkan "toi". Serentak dibalas oleh pasukannya, "toi" juga. Sesungguhnya permainan toi memang menghiburkan. Begitu pun, kerjasama dan toleransi amat diperlukan terutama dalam keadaan terdesak.http://gtraditional.blogspot.com/2013/03/galah-panjang-toi.htmlPENGENALAN PERMAINAN GALAH PANJANGGalah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Permainan ini dimainkan oleh semua golongan masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Ia juga dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.Gambar 4: Permainan galah panjangPermainan ini dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.Gambar 5: Jumlah pemain galah panjangSalah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.Gambar 6: Bahagian-bahagian gelanggang galah panjang Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.KEBAIKAN PERMAINAN GALAH PANJANG 1. Aspek SosioemosiPermainan ini dapat membina sosialisasi kanak-kanak tersebut. Ini kerana biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan.Secara tidak langsung disini kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat disekitarnya terutama yang sebaya dengannya.Permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak langsung kanak-kanak ini dapat terdidik untuk bekerja dalam kumpulan serta memupuk sikap toleransi.Semasa bermain galah panjang, kanak-kanak akan melepaskan emosinya. Mereka akan berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh digunakan sebagai terapi untuk kanak-kanak melepaskan emosi mereka dan mereka berasa gembira.Gambar 7: Galah panjang membina sosialisasi kanak-kanak2. Aspek Fizikal Permainan ini memerlukan strategi serta kepantasan pergerakan. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, kanak-kanak dapat membinagaya hidup yang sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis. Ini kerana dewasa ini kanak-kanak sudah terdedah dengan permainan computer, jika dikaji penggunaan masa yang banyak untuk permainan cyber ini adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan mereka amnya.Permainan galah panjang ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk memanaskan badan dan membina pergerakan otot kasar mereka. Gambar 8: Galah panjang memerlukan strategi dan kepantasan pergerakan3. Aspek IntelektualPermainan galah panjang ini dapat mengembangkan kecerdasan intelektual mereka. Hal ini kerana mereka perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk bermain.Gambar 9 : Galah panjang mengembangkan kecerdasan intelektual kanak-Kanak. http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/02/pengenalan-permainan-galah-panjang.html