kedai rachma enterprise

12
RASIONAL PEMILIHAN KEDAI RACHMA ENTERPRISE Sebab-sebab kumpulan kami memilih perniagaan tersebut sebagai tugasan untuk memajukan lagi perniagaan sedia ada untuk meningkatkan lagi produktiviti perniagaan tersebut untuk menonjolkan lagi perniagaan tersebut supaya menjadi tarikan pelanggan membantu dalam memperkemas pembangunan sumber manusia membantu dalam memperbaiki akaun kewangan perniagaan tersebut membantu merancang sumber kewangan perniagaan meningkatkan sumber pengeluaran perniagaan tersebut membantu mempromosi produk perniagaan tersebut LATAR BELAKANG Nama perniagaan ini diberi sempena nama anak perempuan Puan Seni, iaitu Nor Rachma Binti Nahar. Kedai jahit Rachma Enterprise ini ditubuhkan pada tahun 2003 sehinggalah sekarang. Kedai jahit ini terletak di lokasi yang strategik, iaitu di pekan Tanjung Malim. Kedai ini berhampiran dengan Maybank dan kedai-kedai lain yang turut menjadi tumpuan pelanggan. Pada awalnya, Puan Seni mengeluarkan modalnya sendiri untuk memulakan perniagaan ini sebanyak RM 11,000.00 dan beliau telah memohon pinjaman Amanah Ikhtiar sebanyak RM 20,000.00 sebagai tambahan untuk membeli barang-barang dan peralatan menjahit. Menurut Puan Seni, dalam jangka masa dua tahun, beliau amat susah untuk memperoleh keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan ini. Namun begitu, setelah lama beliau bertapak di pekan Tanjung Malim ini, kedai jahitnya kini dikenali ramai pelanggan. Puan Seni mempunyai tiga orang pekerja, tetapi, mereka bekerja di rumah masing-masing. Pekerjanya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Gaji yang dibayar kepada pekerjanya adalah mengikut helaian

Upload: rabunah-salleh

Post on 04-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

perundingan

TRANSCRIPT

RASIONAL PEMILIHAN KEDAI RACHMA ENTERPRISESebab-sebab kumpulan kami memilih perniagaan tersebut sebagai tugasan untuk memajukan lagi perniagaan sedia ada untuk meningkatkan lagi produktiviti perniagaan tersebut untuk menonjolkan lagi perniagaan tersebut supaya menjadi tarikan pelanggan membantu dalam memperkemas pembangunan sumber manusia membantu dalam memperbaiki akaun kewangan perniagaan tersebut membantu merancang sumber kewangan perniagaan meningkatkan sumber pengeluaran perniagaan tersebut membantu mempromosi produk perniagaan tersebut

LATAR BELAKANGNama perniagaan ini diberi sempena nama anak perempuan Puan Seni, iaitu Nor Rachma Binti Nahar. Kedai jahit Rachma Enterprise ini ditubuhkan pada tahun 2003 sehinggalah sekarang. Kedai jahit ini terletak di lokasi yang strategik, iaitu di pekan Tanjung Malim. Kedai ini berhampiran dengan Maybank dan kedai-kedai lain yang turut menjadi tumpuan pelanggan. Pada awalnya, Puan Seni mengeluarkan modalnya sendiri untuk memulakan perniagaan ini sebanyak RM 11,000.00 dan beliau telah memohon pinjaman Amanah Ikhtiar sebanyak RM 20,000.00 sebagai tambahan untuk membeli barang-barang dan peralatan menjahit. Menurut Puan Seni, dalam jangka masa dua tahun, beliau amat susah untuk memperoleh keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan ini. Namun begitu, setelah lama beliau bertapak di pekan Tanjung Malim ini, kedai jahitnya kini dikenali ramai pelanggan.

Puan Seni mempunyai tiga orang pekerja, tetapi, mereka bekerja di rumah masing-masing. Pekerjanya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Gaji yang dibayar kepada pekerjanya adalah mengikut helaian baju yang dijahit oleh pekerja-pekerjanya. Puan Seni akan terlebih dahulu memotong kain mengikut kehendak pelanggan dan mengagihkannya kepada pekerja untuk dijahit. Sepasang baju yang dijahit oleh pekerjanya dikira RM 12.00. Namun, jika baju tersebut susah untuk disiapkan, Puan Seni akan membayar gaji yang lebih kepada pekerja-pekerjanya. Kedai jahit Puan Seni mula beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari, kecuali cuti-cuti umum, seperti Hari Raya, Hari Pekerja, dan lain-lain. Mesin-mesin jahit yang digunakan oleh Puan Seni akan dibaiki atau diselenggara setiap bulan oleh pihak yang menjual mesin tersebut.

Selain itu, Puan Seni dikehendaki membayar sewa bulanan kedainya itu sebanyak RM600.00. Beliau juga perlu membeli barang-barang jahit dalam tiga atau empat bulan sekali di Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana Puan Seni tidak membeli barang-barang tersebut daripada pihak pembekal di atas sebab perbezaan harga yang ketara berbanding dengan barang-barang yang dibeli olehnya di Kuala Lumpur. Dalam masa tiga hingga empat bulan itu, beliau perlu menyimpan wang sebanyak RM 500.00 hingga RM 1000.00 untuk membeli barang-barang yang diperlukan.Kedai jahit Rachma Enterprise ini menyediakan perkhidmatan menjahit pelbagai jenis baju yang menjadi cita rasa pelanggan. Puan Seni boleh menjahit pelbagai fesyen yang diminta oleh pelanggannya sama ada lelaki ataupun perempuan. Beliau juga sedia menerima tempahan baju perkahwinan daripada pelanggan. Puan Seni berusaha bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati pelanggan dengan kekemasan jahitannya dan harga yang ditawarkan. Bagi sepasang baju kurung biasa, Puan Seni meletakkan harga sebanyak RM 35.00 manakala, bagi baju Melayu pula adalah sebanyak RM 85.00 sepasang. Untuk baju kemeja pula, Puan Seni meletak harga sebanyak RM 55.00 sehelai. Harga bagi baju-baju lain yang dijahit adalah berdasarkan kepada fesyen yang diminta oleh pelanggan-pelanggan Puan Seni sendiri. Namun begitu, Puan Seni tidak mengambil upah untuk menjahit baju kanak-kanak. Selain itu, Puan Seni mengambil upah untuk menjahit pakaian yang ingin dibaiki oleh pelanggan, membuat butang bungkus dan menjahit lubang butang. Menurut Puan Seni, rakan-rakan banyak membantunya untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau. Hal ini demikian kerana kedai jahit Rachma Enterprise telah banyak pesaing di sekitar pekan Tanjung Malim berbanding dahulu. Namun, Puan Seni tidak berputus asa, malah, beliau lebih berusaha untuk memuaskan hati dan kehendak pelanggan-pelanggannya.

PENGURUSAN OPERASI Pengeluaran barangan yang berkualitiPada usia yang muda lagi Puan Seni sudah menunjukkan minatnya dalam bidang jahitan pakaian sebegini. Oleh itu, bagi mengasah lagi minatnya beliau telah banyak menghadiri kursus-kursus jahitan. Disebabkan beliau yang sering menitikberatkan kualiti pada sesuatu jahitan baju, telah menjadikan baju-baju yang dihasilkan beliau berkualiti. Atas faktor ini juga, pelanggan-pelanggan beliau sentiasa bertambah dari sehari ke sehari walaupun pesaing makin bertambah.

Kuantiti yang dapat disiapkan oleh Puan SeniPuan Seni mengambil masa seminggu untuk menyiapkan 10 pasang baju yang ditempah. Malah, dia menggunakan pekerja yang mahir dalam menjahit agar kualiti terjaga dan kuantiti bertambah.

Kos Kos yang digunakan dalam menjahit mahal. Oleh itu, dia tidak mempunyai pembekal yang tetap supaya dia dapat membeli barangan menjahit dengan murah di tempat yang berlainan. Puan Seni membeli barangan empat bulan sekali, dengan kos mencecah RM500 RM1000. Malah dia turut membayar sewa kedai sebanyak RM600 sebulan.

Nilai prestasiMenjahit baju adalah perkhidmatan utama dalam perniagaan ini. Namun, Puan Seni telah mengambil pekerja sebanyak 2 orang bagi menjahit baju. Puan Seni hanya memotong kain kemudian diserahkan kepada pekerjanya.

Tindakan pembetulanPuan seni perlu mengira dan mencatat kos perbelanjaan yang dikeluarkan dengan tepat. Hal ini akan memudahkan Puan Seni untuk membuat belanjawan pada stok yang akan dibeli pada bulan yang seterusnya.PENGURUSAN PEMASARANPRODUK Mengambil tempahan baju yang terdiri daripada pakaian tradisional dan moden Tempahan kepada perempuan dan lelaki Menjual bahan-bahan atau peralatan menjahit secara kuantiti sedikit seperti getah tali pinggang, butang, benang dan banyak lagi.LOKASI Kawasan kedainya yang strategik di mana menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelajar daripada universiti berdekatan. Berdekatan dengan kemudahan awam seperti stesen bas, stesen kereta api, bank dan banyak lagi.SALURAN AGIHAN Perniagaan ini tidak mengedarkan produk atau perkhidmatan mereka ke merata tempat. Pelanggan akan membuat tempahan baju dan mengambil semula mengikut masa yang telah dipersetujui.PROMOSI Pada masa sekarang promosi adalah terlalu kurang di mana hanya bergantung kepada hebahan daripada pelanggan. Selain itu, hubungan baik dengan pelanggan merupakan promosi yang kuat buat perniagaan ini. Memberikan hasil jahitan yang terbaik dan kemas menjadikan pelanggan setia dengan perniagaan ini.

Analisis SWOTSWOT merupakan singkatan bagi perkataan strength (kekuatan), weakness (kelemahan), opportunities (peluang), dan threats (ancaman). SWOT digunakan untuk menilai kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan dari sumber daya yang dimiliki perusahaan dan kesempatan-kesempatan eksternal dan tentangan yang dihadapi. Dalam perniagaan Rachma Enterprise, kami dapat menganalisis dan mengenalpasti beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam perniagaan tersebut.

ANALISIS SWOTKEKUATAN (STRENGTH) Milikan tunggal Layanan yang baik dan mesra kepada pelanggan Pengalaman yang banyak Harga berpatutan Pekerja yang terlatih Menyediakan perkhidmatan latihan jahitan Mengutamakan kehendak pelanggan

KELEMAHAN (WEAKNESS) Tiada promosi Ruang kedai yang kecil Struktur bangunan yang lama Barang yang tidak tersusun. Pekerja yang tidak bekerja di kedai Kebanyakan pelanggan yang sama

PELUANG (OPPURTUNITIES) Membuka cawangan baru Membuat promosi Reka sendiri fesyen pakaian mengikut trend terkini Membina hubungan baik dengan lebih ramai pelanggan.ANCAMAN (THREAT) Pesaing yang semakin bertambah Kenaikan harga barang Pembekal yang berubah-ubah Penyewa yang sering menaikkan sewa kedai dari semasa ke semasa

PENGURUSAN KEWANGANRachma Entreprice dibangunkan dengan modal SENDIRI(RM11,000.00). Pada masa itu, modal gunakan hanya untuk membeli barang jahitan dan peralatan seperti mesin jahit dan lain-lain.Modal pembukaan perniagaan dikembangkan dengan meminjam daripada AIM(RM20,000.00) untu.k menambah peralatan menjahit.Cara pembahagian pembelian(stok),RM500-1000 untuk membeli peralatan menjahit ( bulan sekali). Beliau juga perlu membeli barang-barang jahit di Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana Puan Seni tidak membeli barang-barang tersebut daripada pihak pembekal di atas sebab perbezaan harga yang ketara berbanding dengan barang-barang yang dibeli olehnya di Kuala Lumpur. Cara pengendalian perniagaan(sewa), Selain itu, Puan Seni dikehendaki membayar sewa bulanan kedainya itu sebanyak RM600.00Puan Seni berusaha bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati pelanggan dengan kekemasan jahitannya dan harga yang ditawarkan. Bagi sepasang baju kurung biasa, Puan Seni meletakkan harga sebanyak RM 35.00 manakala, bagi baju Melayu pula adalah sebanyak RM 85.00 sepasang. Untuk baju kemeja pula, Puan Seni meletak harga sebanyak RM 55.00 sehelai. Harga bagi baju-baju lain yang dijahit adalah berdasarkan kepada fesyen yang diminta oleh pelanggan-pelanggan Puan Seni sendiri. Puan Seni mempunyai tiga orang pekerja, tetapi, mereka bekerja di rumah masing-masing. Pekerjanya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Gaji yang dibayar kepada pekerjanya adalah mengikut helaian baju yang dijahit oleh pekerja-pekerjanya. Puan Seni akan terlebih dahulu memotong kain mengikut kehendak pelanggan dan mengagihkannya kepada pekerja untuk dijahit. Sepasang baju yang dijahit oleh pekerjanya dikira RM 12.00. Namun, jika baju tersebut susah untuk disiapkan, Puan Seni akan membayar gaji yang lebih kepada pekerja-pekerjanyaBajet pemasaran(promosi) yang pernah dilakukan dan lain-lain pengeluaran kewangan, Mesin-mesin jahit yang digunakan oleh Puan Seni akan dibaiki atau diselenggara setiap bulan oleh pihak yang menjual mesin tersebut.1.0 Lampiran

Rachma Enterprise ialah perniagaan yang ditubuhkan oleh Puan Seni

Dokumen sah perniagaan Rachma Enterprise

Mesin yang digunakan untuk menjahit

Pakaian wanita dan pakaian lelaki

Fesyen pakaian mengikut citarasa pelanggan

Puan Seni dan suaminya