kajian semula dan penyelarasan isp jabatan penjara ... v1.1.pdf · malaysia (pdrm) dan agensi anti...

43
KAJIAN SEMULA DAN PENYELARASAN ISP JABATAN PENJARA MALAYSIA KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI BAHAGIAN 3 – KEPERLUAN PENYELARASAN Disediakan oleh Zetta Consultants Sdn Bhd No. 232 Jalan 8/5, Seksyen 8 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Tarikh 01 Nov 2007

Upload: others

Post on 23-Sep-2019

52 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN SEMULA DAN PENYELARASAN ISP

JABATAN PENJARA MALAYSIA

KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

BAHAGIAN 3 – KEPERLUAN PENYELARASAN

Disediakan oleh

Zetta Consultants Sdn Bhd No. 232 Jalan 8/5, Seksyen 8

43650 Bandar Baru Bangi Selangor

Tarikh

01 Nov 2007

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka i

ISI KANDUNGAN

1.0 TUJUAN DOKUMEN..................................................................................... 1 2.0 PERSEKITARAN ICT SEMASA ....................................................................... 1 3.0 HALA TUJU STRATEGIK ICT ........................................................................ 2

3.1. Rangka Kerja ICT Sektor Awam ........................................................... 4 4.0 PELUANG-PELUANG ICT.............................................................................. 5

4.1. Penyelarasan Inisiatif ICT Jabatan Penjara Malaysia dan KKDN............... 6 4.2. Inisiatif-Inisiatif Yang Telah Dicadangkan Dalam ISP Jabatan Penjara

Malaysia .......................................................................................... 21 4.3. Inisiatif-Inisiatif Baru......................................................................... 23 4.4. Keterangan Inisiatif .......................................................................... 32

5.0 PELAN PELAKSANAAN ............................................................................... 37 6.0 ANGGARAN KOS ....................................................................................... 37

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka ii

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Kumpulan Jenis-Jenis Keupayaan Sistem ................................................. 3 Rajah 2: Pengurusan Sistem Infrastuktur Bersepadu KKDN .................................... 4 Rajah 3: Arkitektur Berorientasikan Perkhidmatan ................................................. 9 Rajah 4: Contoh Metadata Bagi Konsep Minuman (Beverage)............................... 11 Rajah 5: Meningkatkan Keupayaan Dari Data Ke Ilmu Dengan Ontologi ................ 12 Rajah 6: Kontinum “Data-Information-Knowledge-Wisdom” Bellinger .................... 17 Rajah 7: Jangkaan Prestasi Organisasi di Peringkat Penerimaan (Adoption) ........... 20

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Jadual Pelan Pelaksanaan.................................................................... 37 Jadual 2: Anggaran Kos Pelaksanaan.................................................................. 38 Jadual 3: Anggaran Kos Pelaksanaan Mengikut Tahun ......................................... 39

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka iii

KLAUSA TERHAD

Dokumen ini dibangunkan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Laporan

Tahunan Jabatan Penjara Malaysia 2004, Laporan Pelan Strategik ICT Jabatan

Penjara Malaysia Versi 1.0 (Februari 2006) dan Laporan Pelan Strategik ICT (2007 -

2011) Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 1

1.0 TUJUAN DOKUMEN Dokumen ini menerangkan keperluan penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia

kepada ISP Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

Ia juga menerangkan keperluan Jabatan Penjara Malaysia berdasarkan saranan

inisiatif ICT di dalam ISP 2006, pelaksanaan ICT sehingga kini dan mengambil kira

kemajuan teknologi sedia ada.

2.0 PERSEKITARAN ICT SEMASA Analisis pada realiti keadaan semasa dalam perancangan pembangunan ICT

mendapati bahawa ISP Jabatan Penjara Malaysia masih lagi sesuai digunakan pada

masa kini dan masih relevan pada jangka panjang ke arah mencapai visi Jabatan

Penjara Malaysia khasnya, dan visi KKDN amnya. Faktor-faktor utama yang

menjadikan ISP Jabatan Penjara Malaysia masih relevan adalah:

• Penyediaan awal ISP Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil kira pada

keperluan operasi dan konteks strategik serta hubungan misi jabatan pada

keperluan maklumat KKDN

• Pendekatan penyediaan rangka kerja ISP Jabatan Penjara Malaysia telah

menumpukan pada penyediaan arkitektur teknologi dan kefahaman terdapat

keperluan-keperluan pengurusan perubahan (“change management”) akibat

daripada perubahan dan perkembangan teknologi dan juga proses kerja ke

arah pencapaian matlamat strategik organisasi Jabatan Penjara Malaysia dan

KKDN pada umumnya.

Disamping sistem-sistem ICT yang telah disenaraikan dalam dokumen ISP Jabatan

Penjara Malaysia, berikut adalah beberapa inisiatif ICT yang sedang dijalankan oleh

Jabatan Penjara Malaysia:

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 2

Sistem Keterangan Status Peluasan Skop Rangkaian Komunikasi Prison*Net

• Talian LAN di semua Depot PATI • Peningkatan keupayaan peralatan

komunikasi • “Open Source Firewall”, IDS, IPS

Tender

Sistem Aplikasi • Penambahbaikan dan peningkatan sistem aplikasi SMPP

• Peluasan skop SMPP Biometrik • Peningkatan versi perisian RDBMS • Peningkatan aplikasi “Prison Portal”,

Automasi Pejabat, Pengurusan Aset dan Sistem Pengurusan Latihan.

Tender

Peluasan Skop Kad Pintar

• Menggunakan kad pintar dalam kawalan keluar-masuk kakitangan Jabatan Penjara Malaysia

Sedang dijalankan

Sidang video • Pelaksanaan sistem sidang video dan televisit untuk pengurusan banduan di Jabatan Penjara Malaysia

Pilot di 4 penjara

Implementasi sistem ICT di Jabatan Penjara Malaysia perlu diselenggara dengan

betul untuk memastikan operasi sistem yang optimum dan memenuhi keperluan

pengguna. Dengan itu, semua sistem-sistem ICT perlu dikemaskini (“update”) dan

dipertingkatkan (“upgrade”) pada tempoh masa yang disarankan oleh pembekal,

selaras dengan keperluan masa dan perkembangan versi teknologi yang digunakan.

3.0 HALA TUJU STRATEGIK ICT

Berdasarkan analisa awal mengenai perkhidmatan jabatan serta keadaan semasa,

dapat dirumuskan bahawa strategi ICT yang nyata adalah:

• Mengurus sumber maklumat dan data jabatan untuk memastikan keperluan

bisnes dapat dipenuhi.

• Mengurus aplikasi sebagai satu pelaburan, dari mengenali keperluan dan

kehendak pengguna dan sistem kepada pembangunan sistem dan operasi

serta penyelenggaraan sistem untuk kegunaan jangka panjang.

• Menguruskan pengenalan, pembangunan, penggunaan dan penggantian

teknologi untuk manfaat sepenuhnya kepada jabatan.

• Pengurusan organisasi terhadap seluruh sumber ICT, aktiviti ICT yang perlu

dilakukan dan pengurusan ICT di dalam kaitan dan interaksi dengan

bahagian lain Jabatan Penjara Malaysia.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 3

Seperti yang telah dinyatakan di dalam dokumen ISP Jabatan Penjara Malaysia,

rangka kerja portfolio ICT adalah seperti di bawah. Rangka kerja tersebut perlu

dirujuk dalam implementasi inisiatif ICT di Jabatan Penjara Malaysia, samada inisiatif

baru atau inisiatif penyelarasan dengan KKDN.

Rajah 1: Kumpulan Jenis-Jenis Keupayaan Sistem

Gambarajah di atas adalah penting dalam mengklasifikasikan aplikasi dan sistem

tempatan di Jabatan Penjara Malaysia atau aplikasi dan sistem gunasama atau

perkongsian bersama KKDN. Ianya juga penting dalam menentukan perkhidmatan

ICT yang boleh digunasama, dikongsi atau dilakukan secara kerjasama dengan

KKDN, seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.

Sistem Sokongan Keputusan (DSS)

“ INFORMATIONAL SYSTEMS”

“ STRATEGIC SYSTEMS”

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

“ TRANSACTIONAL SYSTEMS”

“ INFRASTUCTURAL SYSTEMS”

“Common Office Environment”

(COE)

Sistem Infrastruktur (termasuk Modal Insan ICT) dan Komponen-Komponen ICT

“Shared Applications” (Mission Critical Applications)

“Shared Services”

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 4

Rajah 2: Pengurusan Sistem Infrastuktur Bersepadu K KDN

Dari perspektif integrasi, Jabatan Penjara Malaysia sebagai satu jabatan di bawah

KKDN merupakan penyumbang maklumat kepada KKDN untuk pemantauan,

merumuskan polisi dan sebagainya. Maklumat Jabatan Penjara Malaysia diperlukan

untuk digabungkan bersama maklumat jabatan lain di KKDN seperti Polis Diraja

Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk KKDN

mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan menyeluruh untuk pengurusan.

3.1. Rangka Kerja ICT Sektor Awam

Hala tuju Strategik ICT Jabatan Penjara Malaysia juga berpandukan Rangka Kerja

Sektor Awam, ISP Sektor Awam Malaysia yang telah dilancarkan pada Ogos 2003

seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.

PDRM

Jabatan Penjara Malaysia

Pejabat/ Bahagian KKDN

Jabatan Pertahanan

Awam

Agensi Anti

Dadah Kebangsa

KKDN

Percetakan National Malaysia Berhad

Shared Applications

“ Generic Office Environment”

Shared Services

Komponen “Enterprise-Wide” ICT (Komputer, Monitor, Printer, Network Modem dll.)

Modal Insan ICT (termasuk kemahiran dan sistem latihan)

“ Common Office Environment (COE) Layer”

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 5

Enabling Environment

• Leadership & Coordination• Policy / Legislation

• People & Culture• Infrastructure & Standards

Knowledge Bank

Agency SpecificApplications

Community Applications

Enterprise WideApplications

Gateway

SMS WAP Web IVR Phone Counter Fax

BusinessGovernmentEmployees

Citizens

Public Sector ICT Vision

Peluang-peluang ICT yang disarankan adalah menepati Rangka Kerja ICT Sektor

Awam di atas.

4.0 PELUANG-PELUANG ICT Inisiatif yang dicadangkan dibahagi kepada beberapa kumpulan:

• Penyelarasan inisiatif ICT Jabatan Penjara Malaysia dan ISP KKDN

• Penambahbaikan dan perluasan inisiatif-inisiatif yang telah dicadangkan

dalam ISP Jabatan Penjara 2006

• Inisiatif-inisiatif baru yang boleh dilaksanakan untuk memantapkan

keselamatan serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi

Jabatan Penjara Malaysia.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 6

4.1. Penyelarasan Inisiatif ICT Jabatan Penjara Mal aysia dan KKDN

Matlamat penyelarasan adalah untuk memastikan supaya perancangan, rekabetuk,

pembangunan dan implimentasi sistem-sistem ICT yang dilakukan di Jabatan

Penjara Malaysia berasaskan ISP jabatan yang telah disediakan pada awal tahun

2006 dan lebih awal dari ISP bagi KKDN yang disediakan pada tahun 2007; tidak

bercanggah dari sudut niat strategik ("strategic intent"), proses bisnes dan

keupayaan teknologi.

Sebaliknya ISP Jabatan Penjara Malaysia, disamping membolehkan jabatan

mencapai tujuan dan matlamat organisasinya sendiri, dapat menyokong dan

membantu pencapaian objektif dan matlamat ISP KKDN dalam usaha kedua-dua

organisasi membangunkan sistem-sistem ICT masing-masing.

Menurut Pelan Strategik ICT Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN),

beberapa peluang ICT yang dikenalpasti boleh diselaraskan dengan Jabatan Penjara

Malaysia. Daripada tujuh program ICT yang dikenal pasti, lima daripadanya boleh

dilaksanakan bersama di mana KKDN menjadi peneraju dalam melaksanakan

program-program tersebut. Di antaranya ialah :

a. “Enterprise Knowledge Portal”

b. Pengurus Khidmat Sokongan

c. “Data Warehouse”

d. Keselamatan ICT (“Enteprise ICT Security”)

e. Koordinasi dan Pembudayaan ICT

Selain dari inisiatif di atas, dan seperti yang dinyatakan dalam hala tuju strategik ICT,

di antara sistem dan perkhidmatan asas yang diperlukan oleh Jabatan Penjara

adalah “Common Office Environment” atau COE.

I. “Common Office Environment” - COE Istilah “Common Office Environment” atau COE digunakan untuk menerangkan

sistem persekitaran pejabat berkomputer (“computing environment”) yang telah di

seragamkan mengikut piawaian yang ditetapkan. Suasana persekitaran yang

dimaksudkan termasuk

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 7

i. Sistem Pengoperasian (“Operating System-OS”)

ii. “Office Suite”

iii. Perisian Aplikasi (”Application Software”)

iv. Utiliti

Isu-isu “interoperability” and “reusability” adalah antara isu-isu utama dalam

pembinaan sistem perisian berskala besar (“large-scale software system”) seperti

sistem COE.

Matlamat untuk mengadakan COE di KKDN adalah untuk mewujudkan satu sistem

seragam (”generic system”) yang difikirkan dapat mempertingkatkan produktiviti

umum di pejabat-pejabat dan agensi di bawah kementerian. Oleh kerana itu,

dikalangan sistem tadbiran Kerajaan Malaysia sistem COE dikenal sebagai sistem

“Generic Office Environment” atau singkatannya GOE. Dari segi rekabentuk, perisian

GOE merupakan usaha kerajaan untuk mewujudkan suasana aplikasi dan sistem

perisian pejabat bagi meningkatkan produktiviti pejabat. Contoh aplikasi yang

dimaksudkan adalah seperti sistem permohonan cuti, sistem fail surat-menyurat,

sistem tempahan penggunaan bilik mesyuarat dan lain-lain lagi. Dari sudut COE

perisian-perisian berkenaan dikelaskan sebagai “Shared Services”.

Sebagai suatu sistem operasi seragam, COE juga menentukan standard “user

device “ dan “common browser based interface” bagi mengakses kepada berbagai

jenis aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan. Tugasan-tugasan

mengakses aplikasi dan perkhidmatan ini dilaksanakan di peringkat lapisan sistem

yang dikenal sebagai komponen ICT. Walaubagaimanapun perlu ditegaskan di sini

bahawa pencapaian matlamat pelaburan organisasi pada ICT bergantung juga pada

kejayaan pembangunan modal insan ICT (“Human ICT Infrastructure”) bersamaan

dengan mengadakan sistem-sistem COE dan komponen-komponen ICT yang dapat

diintegrasikan dengan budaya kerja di organisasi berkenaan.

Wujudnya sistem COE disesebuah organisasi juga boleh meningkatkan

“reusability/interoperability” melalui penggunaan garis panduan pembangunan dan

kepiawaian infrastruktur. COE juga pada dasarnya menggalakkan suasana ICT

berciri “distributed computing environment”, dan kejayaan implimentasinya

memerlukan organisasi menguasai kepelbagaian teknik dan penggunaan teknologi

ICT dan pembangunan kaedah-kaedah pengurusan. Bagi tujuan ini, program-

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 8

program pembangunan modal insan (“human capital development”) dan pengurusan

perubahan (“change management”) dalam organisasi dianggap amat penting sekali.

COE juga boleh dipandang sebagai asas daripada mana organisasi boleh membina

keupayaan bagi membangunkan sistem-sistem arahan dan kawalan (“Command and

Control”) yang berciri saling bergunapakai (“interoperable”) dengan menggunakan

komponen-komponen perisian gunasemula (reusable software components).

Dengan arkitektur sistem yang bersesuaian, COE memberi keupayaan bagi

organisasi mengguna semula komponen-komponen sistem, piawaian dan garis

panduan yang digunapakai dalam membangunkan sesuatu sistem lain untuk

membina sistem baru dalam organisasi berkenaan.

Setiap usaha pembangunan COE semestinya juga membangunkan sistem

taksonomi. Lazimnya, taksonomi COE menjelaskan dua lapisan jenis komponen-

komponen perisian gunasemula:

i. “shared infrastructure services”, yang merangumi “COE kernel services”

ii. “commercial-off-the-shelf” (COTS) “operating systems”, yang membekalkan

keupayaan aplikasi sokongan bersama (“common support application

capability”)

“Shared Infrastructure Services” menjelaskan pergerakkan data dalam sistem

rangkaian; dan ini termasuk perkhidmatan-perkhidmatan web (“web services”) dan

“distributed computing”. Perkhidmatan-perkhidmatan kernel (“COE kernel services”)

membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan “low-level” yang termasuk suasana

desktop (“desktop environment”), “runtime tools”, dan pentadbiran asas sistem dan

sekuriti. Keupayaan aplikasi sokongan bersama membekalkan perkhidmatan-

perkhidmatan seperti memproseskan “mapping and message” bagi “common

command and control”. Disamping itu “Standard APIs” membekalkan antara-muka

yang diperlukan di antara aplikasi-aplikasi misi (mission applications) dan komponen-

komponen perisian gunasemula dalam sistem COE organisasi. Aplikasi-aplikasi misi

dibangunkan di atas perkhidmatan-perkhidmatan perkongsian (“Shared Services”)

COE dan membekalkan “functionality” spesifik bagi sesuatu bidang misi (”mission

domain specific functionality”).

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 9

4.1.1. “Enteprise Knowledge Portal” Hasil kajian ISP untuk KKDN mencadangkan pembangunan Laman Web dan Portal

bagi penggunaan awam dan untuk warga kementerian. Ini sesuai dengan rancangan

bagi Jabatan Penjara Malaysia. Sememangnya, laman web adalah salah satu

daripada cara-cara untuk memaparkan antara muka (“human interface”) kepada

kandungan dan perkhidmatan yang mungkin dibekalkan melalui penggunaan sistem

teknologi internet.

Walau bagaimanapun cadangan penggunaan teknologi laman web dalam ISP untuk

Jabatan Penjara Malaysia melihatkan teknologi tersebut hanya sebagai “primary

interface” sahaja dan bukan sebagai sebuah sistem penuh.

I. Arkitektur Berorientasikan Servis (SOA)

Rajah 3: Arkitektur Berorientasikan Perkhidmatan Web ServicesWeb Services external

to the organization

InternetMiddle Tier

Webserver

Firewall

Other internetaccess

Applicationserver

CacheData cache for thedatabase in theEIS tier

Middle-tierDatabase

Middle-tier database can berelational database - - withor without object-relational

mapping , object databases,or XML databases

XML Firewall

EIS Tier

Database

Adapter Adapter Adapter

Messagerouter

Internalsystem

Internalsystem

Existingapplication

Existinginternalsystems

Existing databasemanagement

system

Web Servicesinternal to the

organization

Internal Web Services

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 10

Gambarajah di atas menunjukkan Arkitektur Berorientasikan Perkhidmatan (“Service

Oriented Architecture” - SOA) bagi mengimplimentasi Sistem Teknologi Internet yang

sesuai kepada Jabatan Penjara Malaysia dan juga dapat memenuhi kehendak

KKDN. Visi implementasi SOA adalah mengunakan laman web untuk memaparkan

antara muka yang nampak mudah, kepada sistem yang bersifat kompleks dan

“highly-transactional” yang sesuai dengan keperluan-keperluan strategik KKDN dan

juga Jabatan Penjara Malaysia.

Portal yang dicadangkan ialah portal berasaskan taksonomi (“taxanomy based

portal”) dimana perkhidmatan-perkhidmatan KKDN termasuk perkhidmatan daripada

Jabatan Penjara Malaysia boleh dijadikan sebagai taksonomi atau subjek untuk

melayari portal KKDN. Laman web Jabatan Penjara Malaysia boleh dijadikan

sebagai subjek di dalam “Enteprise Knowledge Portal” KKDN.

Selain daripada itu, Sistem Web Lawatan Pesalah juga boleh dimasukkan ke dalam

portal KKDN. Tujuan Sistem Web Lawatan Pesalah adalah untuk membuat

tempahan perjumpaan banduan secara “on-line”’ melalui internet. Ini bersesuaian

dengan inisiatif KKDN iaitu “Program Pengurusan Maklumat Keselamatan

Bersepadu” yang perlu mancapai maklumat pesalah dari penjara untuk Pengurusan

Kes Undang-undang Pencegahan.

Bagi kegunaan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia serta jabatan-jabatan lain di

bawah KKDN, Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP) boleh dimasukkan ke

dalam portal tersebut. Ini akan memudahkan capaian maklumat untuk semua jabatan

di bawah KKDN.

Dari segi amalan kepiawaian (Standards), Jabatan Penjara Malaysia perlu

melaksanakan “Web Services”. Ini akan membolehkan Jabatan Penjara berkongsi

data, maklumat dan ilmu dalam persekitaran internet secara mudah dan

menjimatkan dalam jangka masa panjang. Pendek kata, penggunaan teknologi

“remote portlets” dicadangkan bagi mencapai konsep pembangunan sistem yang

telah dirancang atas kepekaan bukan sahaja terhadap kepentingan bersama dalam

perkongsian maklumat bahkan juga kepada perbezaan konteks dan penggunaannya

bagi memenuhi kepentingan organisasi masing-masing.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 11

II. Ontologi Ontologi adalah ilmu kajian mengkategorikan (“categorization”) benda dan barangan

dalam sesuatu bidang. Ontologi merupakan lanjutan kepada taksonomi yang telah

dicadangkan dalam ISP KKDN. Ianya memberikan rujukan yang lebih kaya dan

terma menggunakan bahasa berasaskan logik yang lebih formal. Adanya terma

bahasa yang lebih formal bermakna ontologi boleh digunakan dan didefinasikan

dalam pelbagai situasi dan masih merujuk kepada subjek yang sama.

Produk dari ontologi adalah suatu katalog tentang jenis barangan atau fahaman

tentang apa yang dianggap wujud dalam sesuatu “domain of interest”.

Gambarajah di bawah menunjukkan contoh metadata atau katalog grafik bagi

konsep atau “domain of interest” berhubung dengan minuman (“Beverage”)

Rajah 4: Contoh Metadata Bagi Konsep Minuman (Bever age)

Dalam konteks perkongsian ilmu, ontologi digunakan untuk menyampaikan maksud

sesuatu konsep. Ini bermaksud, ontologi menjelaskan (seperti suatu spesifikasi

formal dalam program) tentang konsep-konsep dan hubungan antara konsep-konsep

yang mungkin wujud untuk sesuatu agen (iaitu individu atau sistem) dan “a

community of agents”.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 12

Rajah 5: Meningkatkan Keupayaan Dari Data Ke Ilmu D engan Ontologi PragmaticInteroperability

Wisdom

Knowledge

Information

Data

SynthesizeKnowledge

AddExperience

AddStructure

Abstraction

Meta-Metadata

Metadata

Data

• Classification• Ontology• Patterns

Context

Concept

Instance

Constraint

Templates

Semantic Interoperability

HumanIntelligence

Gambarajah diatas menunjukkan hubungan ontologi dengan proses mengurus data

dalam konteks pembangunan keupayaan pengurusan ilmu (“Knowledge

Management”). Pelaksanaan ontologi di Jabatan Penjara Malaysia boleh dilakukan

secara berperingkat seperti berikut:

• Segala data dan maklumat (“knowledge resources”) yang dicapai oleh

sistem-sistem Jabatan Penjara Malaysia perlu disusun dengan struktur

susunan “Dublin Core” untuk memudahkan carian dengan kekata kunci.

• Sebuah Tesaurus (“thesaurus”) berhubung dengan kandungan yang telah

disusun perlu disediakan. Usaha ini juga akan menghasilkan peta hubungan

kekata (“keywords relationships”) berbentuk metadata sepertimana konsep

yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

• Konsep-konsep kefahaman berasaskan kekata tertentu yang digunakan

dalam sesebuah bidang ilmu (“knowledge domain”) tersebut kemudiannya

boleh dinyatakan (“declare”) mengunakan “RDF-standard” (seperti OWL)

untuk menghasilkan ontologi ilmu bagi kegunaan Jabatan Penjara Malaysia.

4.1.2. Pengurus Khidmat Sokongan Program Pengurusan Khidmat Sokongan ialah sebuah program yang berusaha

merealisasikan perkongsian maklumat diantara jabatan di bawah KKDN. Program ini

akan diterajui oleh KKDN dan Jabatan Penjara Malaysia akan bersama-sama

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 13

menyumbang input dari segi spesifikasi keperluan sistem supaya nilai gunasama

sesuatu sistem dapat dimanfaatkan. Di antara sistem aplikasi yang dapat

dicadangkan di dalam ISP KKDN yang relevan kepada Jabatan Penjara Malaysia

ialah:

• Pengurusan Fail

• Pengurusan Rekod Perundangan

• Pengurusan Kajian dan Penyelidikan

• Pengurusan Belanjawan: Daftar Bil, Penyediaan Belanjawan Mengurus,

Peruntukan dan Perbelanjaan

• Pengurusan Tender dan Kontrak

• Pengurusan Pembekal/Perunding

• Pengurusan Audit

• Pengurusan Aset dan Inventori

Jabatan Penjara Malaysia disarankan bekerjasama dengan KKDN untuk

mengimplementasi sistem-sistem di atas yang boleh menyokong dan memantapkan

operasi Jabatan Penjara Malaysia.

4.1.3. “Data Warehouse” Program “Data Warehouse” KKDN merangkumi:

• Pengumpulan data dari sumber-sumber di dalam kementerian, jabatan-

jabatan di bawah kementerian dan agensi yang berkaitan, termasuk sektor

awam, swasta dan NGO.

• Laporan strategik melalui “Business Intelligence Tool” untuk memenuhi

keperluan maklumat pihak pengurusan dan pihak yang terlibat dalam

perancangan dasar dan polisi. Melibatkan pembangunan sistem EIS/DSS

dan pembangunan KPI.

Program ini merupakan inisiatif strategik KKDN untuk membantu dalam proses

membuat keputusan di kementerian. KKDN bersama-sama Jabatan Penjara

Malaysia perlu mengenalpasti data dan sumber data yang diperlukan dalam

membuat keputusan.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 14

I. Sistem Maklumat Eksekutif – EIS

Sistem Maklumat Eksekutif atau “Executive Information System” (EIS) telah

dicadangkan dan dijelaskan dalam ISP Jabatan Penjara Malaysia yang lepas. Sistem

ini dikenalpasti masih penting dan diperlukan oleh Jabatan Penjara Malaysia. EIS

akan memaparkan antara muka untuk mencapai maklumat-maklumat operasi dan

pentadbiran daripada aplikasi-aplikasi transaksi (“transaction applications”). Ini

bermakna sistem EIS memerlukan akses kepada pelbagai sistem pangkalan data

yang dihasilkan oleh aplikasi-aplikasi transaksi dari aplikasi perkongsian (“shared

applications”) dan perkhidmatan perkongsian (“shared services”). Isu yang timbul

daripada keperluan tersebut berkaitan pada pertamanya dengan masalah

mengenalpasti jenis maklumat yang diperlukan oleh pengguna dan sumber-sumber

maklumat (“data sources”) tersebut, dan keduanya mengenalpasti cara untuk

mempersekutukan (“federating”) sumber-sumber maklumat yang telah dikenalpasti.

Sumber Maklumat

Masalah utama berhubung sumber-sumber maklumat adalah untuk menentukan

jenis-jenis data dan bentuk yang diperlukan oleh KKDN dan Jabatan Penjara

Malaysia. Persoalan definasi (maksud dan makna) dan format data perlu dijelaskan.

Sementara itu, Jabatan Penjara Malaysia juga mungkin memerlukan data dari KKDN

atau dari organisasi-organisasi lain yang berkepentingan. Oleh itu kerja-kerja dalam

menentukan jenis-jenis maklumat dan sumber-sumber maklumat yang berkaitan

merupakan proses dua-hala.

Jenis dan format data yang diperlukan bergantung pada niat penggunaannya. Dari

segi ini, adalah penting semua pihak yang terlibat bekerjasama untuk menyediakan

kamus data (“data dictionary”) yang sesuai untuk diguna bersama dan memudahkan

kerja-kerja pengurusan data seterusnya.

Selain dari itu, oleh kerana kepentingan satu-satu data oleh organisasi yang terlibat

bergantung pada konteks penggunaan maka dianggap amat penting Jabatan

Penjara Malaysia menyediakan struktur taksonomi dan rujukan ontologi tersendiri

untuk memudahkan carian mengikut konteks kepentingan data.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 15

Persekutuan Maklumat dan Penubuhan Pangkalan Ilmu

Persekutuan Maklumat (“Federated Information“) dan penubuhan Pangkalan Ilmu

("Knowledgebase") mempunyai kaitan rapat dengan isu mencapai maklumat dari

beberapa sumber tetapi menumpukan lebih pada masalah ketepatan ("accuracy")

maklumat dari segi kedudukan semasa ("currency or up-to-date quality of information

sources") dan kualiti proses-proses analisis dan sintesis data/maklumat dari sumber-

sumber berkaitan.

Persekutuan maklumat bermaksud bahawa organisasi mengamalkan kutipan data

dan maklumat dari beberapa sumber dan mentadbir pangkalan data secara taburan

(“distributed databases"). Sebelum wujudnya teknologi web kebanyakkan organisasi

mengumpul data dan menyatukan data/maklumat berkenaan dengan cara

menubuhkan pangkalan-pangkalan data berpusat (“centralized databases"). Kaedah

ini kurang berkesan dan menimbulkan masalah teknikal kepada pengurusan ilmu

kerana data/maklumat dari pangkalan data berpusat mungkin tidak sama dan belum

dikemaskini jika dibanding dengan data/maklumat dari sumber-sumber asalnya.

Dengan perkembangan teknologi web dan penggunaan teknologi XML, pengurusan

ilmu dengan menggunakan pangkalan data secara taburan menjadi lebih mudah dan

menyelesaikan masalah kemaskini tersebut. Data dan maklumat dikemaskinikan di

sumber (“at source”). Ini juga secara langsung mengurangkan kemungkinan

kesilapan daripada data input yang berlaku bila data disalin semula untuk

membangunkan pangkalan data berpusat.

Untuk mendapatkan data-data dari pangkalan data secara taburan di beberapa

sumber di pelbagai jabatan/agensi/organisasi, Jabatan Penjara Malaysia mesti

memastikan dahulu bahawa kualiti maksud dan terma gunaan jenis data dari satu

pangkalan data di jabatan/agensi/organisasi dengan jenis data yang sama di Jabatan

Penjara Malaysia adalah sama. Kerja atau tugas ini digelar normalisasi

(“normalization”). Jika normalisasi ini tidak dilakukan kemungkinannya ianya akan

memberi kesan kepada kualiti proses analisis dan sintesis data/maklumat.

II. Sistem Sokongan Keputusan (DSS)

Sistem Sokongan Keputusan atau “Decision Support System” (DSS) dibangunkan

dengan tujuan untuk membantu pengguna sistem membuat rumusan dari data-data

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 16

atau maklumat yang diperolehi. Ini bermaksud bahawa DSS sudah pasti

mengandungi komponen “intelligent processing” berasaskan senario atau

keadaan/suasana tertentu.

DSS boleh dibezakan dari EIS dengan memandang bahawa EIS merupakan sistem

analisis data secara pasif; dan DSS mempunyai keupayaan analisis dan sintesis

maklumat secara aktif. Bermakna DSS mempunyai keupayaan proses-proses

pengurusan ilmu (“Knowledge Management”) atau keupayaan “Intelligence

Management”.

Proses Pengurusan Ilmu

Proses Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management (KM) telah didefinasikan

sebagai

“the strategy-driven motivation and facilitation of people,

aimed at reaching the organizational goals”

Dari segi amalan kerja, ianya merupakan aplikasi prinsip-prinsip pengurusan secara

klasikal dan kreatif pada pembangunan, pengumpulan, pemprosesan, pengekalan

dan perkongsian ilmu dalam organisasi dengan cara untuk mencapai matlamat

membuat keputusan (“decision-making objectives”) yang sesuai dengan pengurusan

ilmu strategik organisasi (“organizational strategic knowledge management”).

ISP di peringkat KKDN mementingkan proses pembangunan KM sebagai matlamat

pembangunan sistem ICT dan menumpukan rancangan pada pembangunan model

integrasi yang melibatkan faktor-faktor “People-Process-Technology” (PPT). Aspek

Pengurusan Perubahan (“Change Management”) perlu diberi lebih penekanan dan

perincian dalam rancangan dan program pelaksanaan ISP.

Model integrasi PPT telah digunakan oleh organisasi untuk menghasilkan sistem KM

di peringkat atau generasi kedua dari segi kategori atau jenis KM. Model tersebut

merupakan panduan pembangunan yang popular pada tahun ‘90an. Ianya

dipopularkan oleh Syarikat Microsoft dengan pendekatan atau pembangunan

“solution framework” yang digelar sebagai “Digital Nervous System” (DNS) dengan

menekankan pada pengurusan “centralized information” melalui penggunaan

“Microsoft Exchange Server”.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 17

Teknologi KM dan metodologi rekabentuk dan pembangunannya telah maju jauh

kehadapan semenjak lewat tahun ‘90an dengan pembangunan teknologi XML pada

1997. Kini KM yang diguna oleh industri dan organisasi maju merupakan generasi

ke-5.

Bagi tujuan misi KM untuk mencapai visi Jabatan Penjara Malaysia, sistem KM perlu

dibina pada tahap Generasi Ke-5. Tetapi perlu dijelaskan di sini bahawa sistem KM

Generasi Ke-5 tidak semestinya merupakan matlamat Jabatan Penjara Malaysia.

Ianya adalah “a mean to an end”. Matlamat pembangunan KM di Jabatan Penjara

Malaysia perlu dilihat sebagai langkah peningkatan ke satu tahap keupayaan

organisasi untuk membangunkan dan melengkapkan sistem infrastuktur pengurusan

ICT supaya KKDN mencapai objektif bagi membangunkan suatu “Intelligence

Management System” - IMS.

“ Intelligence Management System ” (IMS)

Matlamat IMS adalah untuk membekalkan perkhidmatan ICT bagi menguruskan

peningkatan kompleksiti konteks data (“context complexity data”) dalam usaha

memperluaskan kefahaman dan daya keilmuan organisasi.

Rajah 6: Kontinum “Data-Information-Knowledge-Wisdo m” Bellinger

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 18

Mencapai matlamat IMS bermakna membangunkan keupayaan organisasi untuk;

i. Mengenal hubung-kait (“Recognising Relationships”) antara konsep

ii. Memahami pola-pola (“Understanding Patterns”) perhubungan antara

maklumat-maklumat terkumpul

iii. Memahami dan berupaya menggunakan ilmu berhubung dengan tindak balas

faktor-faktor masalah (“Understanding and Exploiting Cause-Effect

Relationships”)

4.1.4. Keselamatan ICT (“ Enterprise ICT Security” ).

Jabatan Penjara Malaysia merupakan satu institusi yang amat perlu menitik-beratkan

aspek keselamatan, baik dari segi keselamatan fizikal maupun keselamatan ICT.

Dengan perkembangan ICT dan implementasi ICT yang meluas di Jabatan Penjara

Malaysia, keselamatan ICT tidak boleh diambil ringan dan dikompromi.

Program keselamatan ICT ialah sebuah program yang melibatkan pembangunan

rangka kerja keselamatan (“Security Framework”) yang berpandukan konsep

pelaksanaan “Information Security Management System” (ISMS).

Diantara komponen Program Keselamatan ICT adalah:

• “ICT Security Framework”

• “Security Policy and Procedures”

• “Risk Assessment”

• “Computer Emergency Response Team”

• “Security Posture Assessment”

• “Business Continuity Management”

• “Security Tools”

Sebilangan besar daripada inisiatif di atas boleh juga digunapakai oleh Jabatan

Penjara Malaysia.

Perlu dinyatakan, dari analisa dan kajian ISP KKDN dan ISP Jabatan Penjara

Malaysia, serta perkembangan teknologi ICT serata dunia, perkongsian maklumat

merupakan asas kepada kebanyakan penyelarasan inisiatif di antara KKDN dan

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 19

Jabatan Penjara Malaysia. Oleh yang demikian adalah mustahak untuk KKDN dan

Jabatan Penjara Malaysia mewujudkan infrastruktur perkongsian data yang dapat

menjamin keselamatan, integriti dan kerahsiaan data dan maklumat yang dikongsi.

Dengan pembangunan sistem menggunakan SOA dan “Web-Services” seperti yang

disarankan, isu keselamatan di atas telahpun diambil kira dan dapat diatasi.

4.1.5. Koordinasi dan Pembudayaan ICT

Program koordinasi dan pembudayaan ICT adalah sebuah program yang kritikal

untuk dilaksanakan pada peringkat awal untuk memastikan Jabatan Penjara

Malaysia dapat berkomunikasi dalam persekitaran yang seragam berpandukan

norma, polisi dan garis panduan yang diselaraskan di peringkat kementerian. Di

antara inisiatif yang boleh dilakukan untuk mewujudkan koordinasi dan

pembudayaan ICT ialah mewujudkan “Program Management and Change

Management” serta mengadakan latihan ICT. Jabatan Penjara Malaysia boleh

bekerjasama dengan KKDN bagi mewujudkan latihan ICT dan juga program-program

yang boleh membudayakan ICT. Disamping itu, Jabatan Penjara Malaysia juga boleh

meminta kebenaran untuk menghadiri sebarang latihan ICT yang dianjurkan oleh

KKDN.

Perlu diberi tekanan adalah aspek Pengurusan Perubahan (“Change Management” -

CM). Sebahagian besar daripada faktor-faktor yang memastikan kejayaan pada

pelan strategik berhubung-kait dengan kakitangan dan keupayaan untuk

menyesuaikan diri mereka kepada perubahan-perubahan dalam strategi organisasi.

Oleh itu, CM merupakan faktor kritikal dalam menentukan pencapaian pelan

strategik.

CM adalah berkenaan bagaimana untuk mengurus warga organisasi menjalani

proses pelarasan (“adjusting”) dan penyesuaian (“adapting”) kepada perubahan.

Bagi tujuan pembangunan ICT, perancangan dan program CM fokus pada

perubahan berhubung dengan ICT dalam bisnes dan persekitaran kerja.

Aktiviti-aktiviti program CM akan membantu kakitangan:

• Menjadi lebih bersedia kepada perubahan yang perlu dan akan berlaku

• Menerima perubahan yang dikehendaki

• Menjadi lebih komited pada perubahan yang perlu dibuat/lakukan

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 20

Rajah 7: Jangkaan Prestasi Organisasi di Peringkat Penerimaan (Adoption)

Adalah amat penting supaya Kitaran Pengurusan Perubahan (“Change Management

Lifecycle”) dijadikan sebahagian daripada pelan pelaksanaan ISP untuk Jabatan

Penjara Malaysia. Ini termasuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

• Merancang komponen-komponen program CM

• Menguruskan pelaksanaan program dan proses perubahan untuk

mengurangkan gangguan dan memaksimakan kebaikan dari pelaburan ICT

• Memantau kemajuan dan pencapaian, dan memperbaiki proses perubahan

secara berterusan seperti dikehendaki

Berkaitan dengan komitmen kepada perubahan, CM mempunyai tujuan seperti

berikut:

• Memberi penjelasan kepada pelanggan organisasi (“stakeholders”) tentang

misi inisiatif ICT Jabatan dan arah tuju organisasi untuk masa depan

• Memimpin pelanggan-pelanggan dalam mengalami peringkat-peringkat CM

• Mewujudkan mekanisma komunikasi dua-hala dan maklumbalas yang

berterusan

• Menggerakkan proses melalui pelbagai aktiviti-aktiviti komunikasi untuk

memberi keyakinan kepada warga jabatan yang usaha CM yang sedang

dijalankan menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja.

• Memberi “Stakeholders” maklumat terkini yang spesifik mengikut keperluan

mereka.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 21

• Promosi kesefahaman dan komitmen kepada prinsip-prinsip operasi baru

• Mewujudkan komunikasi yang fleksibel dan peka kepada keperluan tempatan

• Membangunkan metriks keberkesanan (“effectiveness metrics”) bagi

komunikasi

• Memastikan keberkesanan CM dan komunikasi secara berterusan melalui

penggunaan pelbagai kaedah pengukuran

• Kesan dan mengukur tahap komitmen dikalangan “Stakeholders” dari masa

ke semasa dengan mengukur, dan menghebahkan metrik-metrik prestasi

mengikut bidang (“domain”) tertentu

4.2. Inisiatif-Inisiatif Yang Telah Dicadangkan Dal am ISP

Jabatan Penjara Malaysia

Dalam laporan ISP Jabatan Penjara Malaysia (Februari 2006), beberapa peluang

ICT telah dikemukakan iaitu:

a. Sistem pengurusan dan pemantauan keselamatan penjara secara

bersepadu.

b. Perluasan penggunaan KIOSK sidang video.

c. Sokongan IT untuk program pemulihan.

d. Kemudahan pembelajaran jarak jauh untuk banduan dan melatih anggota

penjara.

e. Automasi data penjara secara menyeluruh.

Kebanyakan inisiatif di atas boleh diperluaskan pelaksanaannya ke penjara-penjara

lain yang kritikal. Ada juga inisiatif yang boleh diperluaskan penggunaannya dari

tujuan asal. Ini dinyatakan di dalam seksyen di bawah ini dan juga di dalam saranan

inisiatif-inisiatif baru di bawah.

4.2.1. Pengurusan Keselamatan Penjara Bersepadu dan Sistem

Pemantauan.

Sistem ini bertujuan untuk mengurus dan memantau keselamatan penjara daripada

pelbagai aspek bagi mengelakkan dan menentukan sebarang kemungkinan yang

boleh dilakukan oleh pihak luar untuk menceroboh infrastruktur IT dan kawasan

penjara termasuk kemungkinan serangan dari udara.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 22

Di antara faedah penggunaan sistem ini ialah dapat meningkatkan kawalan

keselamatan dan boleh menggunakan pusat pemantauan dan penilaian keselamatan

berpusat.

Inisiatif ini boleh diluaskan skopnya dan telah diterangkan di dalam inisiatif baru

seperti:

• Sistem pemantauan dan penyekatan isyarat telekomunikasi

• Sistem pengenalan diri dan penyimpanan data menggunakan teknologi terkini

• Pemeriksaan badan secara maya

• Sistem keselamatan penjara

4.2.2. Perluasan Penggunaan Kiosk Sidang Video

Inisiatif ini bertujuan untuk memperluaskan penggunaan kemudahan kiosk sidang

video yang sedia ada ke semua penjara. Di antara faedah perluasan penggunaannya

ialah dapat memudahkan interaksi antara keluarga dan banduan. Di samping itu,

banduan juga boleh mendapat galakan serta memperkukuhkan hubungan dengan

ahli keluarga dan saudara mara.

Sidang video juga boleh digunakan dalam situasi lain seperti mendengar tuduhan

banduan di mahkamah, dan lain-lain keadaan interaksi yang tidak memerlukan

kehadiran banduan secara fizikal.

Disamping itu, infrastruktur sidang video juga boleh diluaskan penggunaannya

kepada teleperubatan, seperti yang dicadangkan dalam inisiatif baru di bawah.

4.2.3. Sokongan IT Untuk Program Pemulihan

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan industri melalui latihan

simulasi bagi membangunkan dan memperkembangkan kemahiran banduan.

Di antara faedahnya ialah dapat membantu banduan untuk menjadi usahawan yang

berkemahiran serta meningkatkan peluang kerjaya selepas dibebaskan dari penjara.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 23

4.2.4. Kemudahan Pembelajaran Jarak Jauh Untuk Band uan dan

Untuk Melatih Anggota Penjara.

Inisiatif ini bertujuan untuk membekalkan kemudahan pendidikan bagi memperoleh

sijil atau kelayakan melalui pembelajaran secara maya menggunakan kemudahan IT.

Diantara faedahnya ialah dapat memperbaiki taraf pendidikan banduan dan anggota

penjara serta dapat meninjau penggunaan teknologi di kalangan banduan dan

anggota.

Di antara pusat yang dikenal-pasti boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini adalah

Penjara Juvana. Inisiatif ini membolehkan penghuni-penghuninya meneruskan

pembelajaran walaupun tidak berada di sekolah. Masjid di Penjara Kajang juga

dilengkapi dengan pusat sumber yang boleh digunakan untuk tujuan ini.

4.2.5. Automasi Data Penjara Secara Menyeluruh

Inisiatif ini bertujuan untuk mengautomasi proses penyimpanan rekod dan

mengimplementasi Sistem Inventori RFID.

Di antara faedahnya ialah membolehkan repositori setempat dimana maklumat

mengenai banduan boleh diperolehi dalam profil banduan dan mudah untuk

mengesan pergerakan banduan.

4.3. Inisiatif-Inisiatif Baru

Seiring dengan teknologi semasa serta kematangan teknologi, beberapa inisiatif baru

telah dikenalpasti iaitu :

a. Teleperubatan

b. Sistem Pemantauan dan Penyekatan Isyarat Komunikasi

c. Sistem Pengenalan Diri dan Penyimpanan Maklumat Menggunakan

Biometrik, “Radio Frequency Identification Detector” (RFID). dan

Pemancar “Global Positioning System” (GPS).

d. Sistem Keselamatan

e. Periksa Badan Secara Maya

f. Latihan ICT (Latihan Teknikal atau Latihan Pengguna Akhir)

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 24

g. Pusat Pemulihan Bencana (“Disaster Recovery Center” - DRC)

h. Sistem Pengurusan Parol

i. Perluasan Fungsi dan Skop Kad Pintar

4.3.1. Teleperubatan

Teleperubatan ialah satu sistem yang membantu komunikasi antara doktor dan

pesakit dengan menggunakan kemudahan sistem dalam talian. Kini penggunaanya

di Malaysia sedang dipertingkatkan dan diselaraskan ke seluruh hospital kerajaan.

Penggunaan teleperubatan di dalam penjara adalah sangat sesuai kerana ia

membolehkan doktor perubatan membuat penilaian rutin mengenai kesihatan

banduan melalui litar televisyen tertutup (CCTV) atau sidang video. Pihak hospital

dan Pusat Kesihatan penjara perlu mempunyai sistem sidang video bagi

membolehkan komunikasi secara langsung. Pihak penjara perlu menyediakan

sebuah bilik khas yang menyediakan kemudahan asas perubatan. Setiap kali

perjumpaan doktor melalui litar televisyen tertutup atau sidang video, seorang

pegawai perubatan di penjara perlu bersama pesakit untuk membantu tugas

pemeriksaan.

Faedah implementasi adalah ia dapat menjimatkan kos dari segi pengangkutan dan

membolehkan pakar perubatan berkomunikasi dengan pesakit dari jarak jauh dan

dimana-mana kedudukan yang mempunyai kemudahan sistem atas talian. Di

samping itu kos keselamatan dapat dijimatkan tanpa perlu membawa banduan

keluar dari penjara untuk mendapatkan rawatan di hospital. Doktor juga berpeluang

untuk merawat lebih banyak banduan dalam masa yang singkat. Akhirnya tahap

keselamatan juga dapat dipertingkatkan dengan mengurangkan pergerakan banduan

keluar daripada penjara.

Inisiatif ini mengambil peluang dari implementasi projek dibawah MSC iaitu

“Telehealth” yang telah dijalankan di beberapa hospital terpilih pada pelbagai

peringkat.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 25

4.3.2. Sistem Pemantauan (“Monitoring”) dan Penyekatan

(“Jamming”) Isyarat Komunikasi

Alat pemantauan dan penyekatan isyarat komunikasi digunakan untuk mengawal

banduan atau pelawat membuat panggilan menggunakan alat telekomunikasi

terlarang. Alat ini akan menghalang isyarat komunikasi dengan menghasilkan

gelombang radio pada frekuensi yang sama. Alat telekomunikasi yang sering

digunakan oleh banduan ialah telefon bimbit, radio, “walkie talkie” dan sebagainya.

Penggunaan alat-alat tersebut oleh banduan adalah amat berbahaya disebabkan

mereka boleh berhubung dengan orang luar tanpa pengetahuan pihak penjara. Ini

boleh menggugat keselamatan penjara. Disamping itu, alat-alat telekomunikasi ini

juga boleh dijadikan salah satu mekanisme bahan letupan.

Faedah yang dapat diperolehi dengan penggunaan alat ini ialah ia dapat

meningkatkan tahap keselamatan penjara.

4.3.3. Sistem Pengenalan Diri (“Identification”) dan Penyimpanan

Maklumat Menggunakan Biometrik, “ Radio Frequency

Identification Detector ” (RFID) dan “ Global Positioning

System ” (GPS).

Sistem yang digunakan untuk pengenalan diri dan penyimpanan maklumat ialah

sistem biometrik, RFID dan GPS.

Sistem Biometrik

Sistem biometrik bukan lagi merupakan satu sistem yang baru bagi industri

teknologi yang mana ia telah diterimapakai di pelbagai negara dalam menuju era

teknologi siber. Sistem ini digunakan untuk dua tujuan iaitu sebagai pengenalan dan

pembuktian. Objektif utama penggunaan biometrik ialah untuk menjamin kesahihan

identiti seseorang dan juga untuk memudahkan proses pengecaman. Kerajaan

Malaysia telah menggunakan sistem biometrik secara meluas, contohnya dalam pas

lawatan kerja dalam usaha mencegah kemasukan secara haram pekerja asing ke

negara ini, manakala, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia telah menggunakan

sistem biometrik dalam aplikasi MyKad.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 26

Terdapat beberapa organ manusia yang boleh digunakan untuk diaplikasikan melalui

sistem biometrik. Antaranya ialah:-

a. Cap jari

b. Retina Mata

c. Tangan

d. Muka

e. Suara

Sistem biometrik ini boleh diaplikasikan dalam:

• Pusat pemulihan

• Pengenalan jenayah

• Pemeriksaan latar belakang jenayah

Di penjara atau pusat pemulihan penggunaan biometrik dapat menjamin kesahihan

banduan dan memudahkan proses pengecaman banduan. Antara faedah yang boleh

diperolehi melalui penggunaannya ialah boleh mengelakkan pertukaran identiti

banduan, maklumat tidak hilang, maklumat biometrik adalah satu pengenalan unik

banduan dan banduan tidak perlu menghafal kod pengenalan diri.

RFID – Mengesan Pergerakan Aset.

Bangunan penjara mempunyai beberapa kawasan yang hanya dapat dimasuki oleh

individu-individu tertentu sahaja. Terdapat juga kawasan terlarang yang memerlukan

individu tersebut mempunyai kriteria yang dibenarkan untuk memasuki kawasan

tersebut.

Selain dari itu, ia digunakan sebagai alat pengenalan diri serta pengawasan

inventori. RFID juga dapat digunakan bagi tujuan mengesan pergerakan aset. Setiap

gelang tangan RFID banduan akan dilengkapi dengan alat pengesan yang boleh

dipantau dari pusat kawalan penjara secara masa sebenar. Ia juga boleh

mengandungi maklumat berkenaan blok tahanan serta kawasan yang boleh dan

tidak boleh dimasuki oleh banduan tersebut. Pusat kawalan penjara tidak

memerlukan tenaga kerja yang banyak kerana pergerakan setiap banduan dalam

penjara dapat dipantau dari satu tempat serta boleh mengambil tindakan pantas

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 27

sekiranya banduan berada di kawasan yang tidak sepatutnya atau memasuki

kawasan yang dilarang.

RFID – Mengesan Pergerakan Secara Langsung dan Bert erusan

Menggunakan teknologi RFID sebagai alat pengsesan, pihak penjara dapat melihat

secara langsung pergerakkan banduan-banduan tanpa halangan. Pemasangan alat

penerima isyarat RFID di kawasan penjara membolehkan pengesanan secara

berterusan dimana gelang tangan RFID tersebut akan memancarkan isyarat pada

masa yang ditetapkan. Penggunaan sistem ini juga dapat mengurangkan tugas

anggota penjara untuk memantau serta mengawal banduan. Ia juga

mempercepatkan proses pengesanan dan bertindak terhadap sebarang kecemasan

yang berlaku. Dengan menggunakan RFID juga, keselamatan anggota penjara yang

membuat rondaan dapat dipantau dari pusat kawalan.

“ Global Positioning System ” (GPS)

Pemancar GPS ialah satu teknologi yang membolehkan banduan dapat dipantau 24

jam dalam tiga dimensi dalam ketepatan 10 meter persegi. Pemancar GPS sangat

sesuai digunakan apabila banduan dibawa keluar dari kawasan penjara samada ke

hospital, mahkamah ataupun jika banduan dibuang ke daerah lain. Banduan akan

dipakaikan gelang yang mempunyai pemancar GPS. Pemancar GPS akan memberi

maklumbalas lokasi semasa banduan melalui sistem kawalan di penjara. Dalam

situasi ini RFID tidak dapat digunakan kerana jarak pengesananya adalah terhad.

Faedah penggunaan GPS ialah banduan mudah dikesan, pada kadar yang cepat .

4.3.4. Periksa Badan Secara Maya

Pemeriksaan badan secara maya adalah satu teknik di mana pemeriksaan seluruh

badan banduan dapat dilakukan tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Banduan hanya

perlu berdiri tegak dan anggota penjara boleh menggunakan alat pengimbas mudah

alih dan komputer pengawalan yang dilengkapi perisian pengimejan khusus, untuk

membuat pemeriksaan. Antara faedah yang boleh diperolehi melalui penggunaan

teknik ini ialah ia adalah selamat, cepat dan mudah serta dapat membuat

pemeriksaan menyeluruh.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 28

4.3.5. Sistem Keselamatan

Sistem keselamatan yang berkesan adalah perkara asas dalam institusi penjara.

Dalam menjalankan tugas rutin, anggota penjara terdedah kepada risiko ancaman

keselamatan daripada banduan.

Sistem Penggera

Sistem penggera digunakan oleh anggota penjara untuk mendapatkan bantuan jika

terdapat masalah dengan banduan di penjara yang mengancam keselamatan

dirinya. Melalui alat ini, pusat kawalan keselamatan penjara akan mendapat

maklumat tentang lokasi yang memerlukan bantuan keselamatan. Alat penggera

akan diberikan kepada setiap anggota penjara supaya apabila berlaku sebarang

kecemasan, pegawai tersebut boleh mengaktifkan alat tersebut bagi mendapatkan

bantuan dengan segera.

Pelindung badan yang mampu menahan dari kecederaan akibat benda tajam

Pelindung badan yang mampu menahan dari kecederaan akibat benda tajam adalah

sesuai digunakan oleh pegawai penjara untuk tujuan keselamatan. Alat ini perlu

dipakai oleh pegawai penjara semasa dalam penjara dan ketika mengiringi banduan

keluar dari kawasan penjara. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan pegawai

penjara tercedera dan mengalami luka yang serius.

Teknologi Pembatasan Gerak Banduan Semasa Penangkap an

Teknologi yang membataskan pergerakan banduan dapat menjamin keselamatan

banduan serta anggota penjara. Ia juga dapat mengelakkan kecederaan kepada

kedua-dua belah pihak semasa penangkapan. Antara peralatan yang boleh

digunakan adalah seperti lampu penyuluh laser yang dapat membuat banduan

disorientasi buat sementara dari pancaran laser yang tertumpu dan terang.

Semburan bahan kimia juga boleh digunakan sebagai salah satu alat pembatasan

gerak banduan kerana ia menimbulkan rasa sakit apabila terkena pada bahagian

yang sensitif seperti mata dan hidung. Selain daripada itu, alat lain yang boleh

membataskan gerak banduan ialah tali pegun (“stun belt”) yang digunakan untuk

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 29

memegunkan banduan, “taser” iaitu pistol yang membolehkan kejutan elektrik dan

jaring tangkapan bagi memudahkan penangkapan jika banduan melarikan diri.

4.3.6. Pusat Pemulihan Bencana (“ Disaster Recovery Center” –

DRC)

DRC adalah sebuah pusat dimana segala maklumat sokongan akan disimpan. DRC

ini amat berguna jika berlaku sebarang kecemasan di kawasan penjara, contohnya

seperti kebakaran, banjir atau perlakuan manusia. Dengan adanya pusat ini, ia dapat

memastikan sistem ICT dapat berjalan lancar dan tidak berhenti operasi

sepenuhnya. Pusat ini mempunyai infrastruktur yang hampir sama seperti di dalam

kawasan penjara supaya ia memudahkan pihak pengurusan penjara untuk

meneruskan kerja mereka tanpa latihan semula. Ia juga boleh dijadikan pusat

kawalan kedua sekiranya sistem utama penjara diambil alih oleh pihak luar atau

banduan-banduan sendiri dari dalam. Bagi Jabatan Penjara Malaysia, di antara

tempat yang sesuai dijadikan DRC ialah di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

(KKDN) kerana Jabatan Penjara Malaysia adalah sebuah jabatan di bawah KKDN.

Di samping itu, Jabatan Penjara juga boleh meletakkan DRC di penjara lain dengan

meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan ICT di lokasi yang telah dikenal pasti.

4.3.7. Latihan ICT

Latihan ICT adalah amat penting untuk sesebuah organisasi. Ini selaras dengan

hasrat pemimpin negara untuk melahirkan masyarakat yang celik IT dan mahir dalam

penggunaan komputer serta teknologi-teknologi yang lain. ICT kini merupakan media

utama untuk mencapai maklumat dan perkembangan semasa. Tidak ketinggalan

Jabatan Penjara Malaysia juga perlu menggiatkan inisiatif untuk memberi latihan ICT

kepada anggota penjara dan juga banduan. Latihan ICT ini adalah bertujuan untuk

memberi pendedahan tentang kepentingan ICT dan cara penggunaanya. Latihan ICT

diberikan hanya kepada banduan terpilih dan kepada semua anggota penjara.

Melalui latihan ICT ini, anggota penjara dapat mengaplikasikan penggunaannya di

tempat kerja. Ini secara langsung dapat mempertingkatkan penggunaan teknologi di

Jabatan Penjara Malaysia. Di samping itu ia juga dapat mengurangkan beban kerja

anggota penjara.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 30

Bagi banduan, latihan ICT ini akan memberikan peluang yang lebih luas untuk

mendapatkan kerja atau menceburi bidang keusahawanan yang menggunakan

teknologi ICT setelah dibebaskan dari penjara.

4.3.8. Sistem Pengurusan Parol

Jabatan Penjara Malaysia bercadang untuk menjalankan Sistem Parol pada tahun

2008. Pada amnya, parol adalah pelepasan berpengawasan seseorang banduan

sebelum tamat hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Banduan yang dilepaskan

melalui sistem ini perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan

perlu melaporkan diri kepada pegawai bertugas di pusat yang telah ditetapkan dalam

tempoh yang ditetapkan. Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang

dialami oleh penjara-penjara di negara ini.

Untuk menyokong operasi ini, satu Sistem Maklumat Pengurusan Parol perlu

dibangunkan. Diantara fungsi yang perlu diadakan di dalam Sistem Maklumat

Pengurusan Parol adalah:

• Pengurusan kes banduan untuk menentukan kelayakan pelepasan melalui

parol

• Pemantauan banduan yang menjalani parol

• Sistem peringatan

o banduan yang sepatutnya melaporkan diri

o banduan telah melanggar peraturan parol

o banduan yang layak menjalani parol

o banduan yang tamat tempoh parol dan sebagainya

Disamping itu, jika perlu, Sistem Pengenalan Diri dan Penyimpanan Maklumat yang

telah disarankan di atas juga boleh digabungkan untuk memudahkan dan

mengesahkan pengenalan diri banduan yang melaporkan diri kepada pegawai

bertugas.

Maklumat banduan yang sedang menjalani parol perlu dapat dicapai dari tempat lain

untuk membuat semakan (”cross reference”) dengan tangkapan atau pemeriksaan.

Ini membolehkan pasukan keselamatan seperti polis dan kastam mendapat

maklumat segera tentang status orang yang ditangkap atau sedang diperiksa.

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 31

4.3.9. Perluasan Skop dan Fungsi Kad Pintar

Dari perbincangan yang telah diadakan dengan kakitangan Jabatan Penjara

Malaysia, adalah diketahui bahawa Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanaan

inisiatif kad pintar sebagai kad keselamatan kakitangan di ibu pejabat. Penggunaan

kad pintar perlu diperluaskan liputannya kepada penjara-penjara dan pusat tahanan

lain di seluruh negara. Memandangkan perkembangan kegunaan kad pintar, fungsi

kad pintar di Jabatan Penjara Malaysia juga boleh ditambah. Di antara fungsi-fungsi

yang boleh ditambah adalah:

• Menyimpan maklumat kakitangan

• Kad kedatangan

• Perakam waktu masuk dan keluar

• Perakam rondaan anggota

• E-Purse

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 32

4.4. Keterangan Inisiatif

4.4.1. Teleperubatan

Objektif Membenarkan doktor perubatan membuat penilaian rutin

mengenai kesihatan pesakit melalui litar televisyen tertutup atau

sedang video.

Rasional Banduan dapat menerima rawatan dalam kawasan penjara

Faedah yang

dijangka

• Dapat menjimatkan kos

• Doktor dapat merawat lebih banyak banduan dalam masa

yang singkat dengan mengurangkan keperluan lawatan fizikal

ke penjara.

• Keselamatan dapat dipertingkatkan

Pihak yang

terlibat

• Doktor

• Pegawai Perubatan Penjara

• Anggota Penjara

• Banduan

Sumber yang

diperlukan

• Telekomunikasi (sidang video, faks dan sebagainya)

• Kemudahan perubatan asas

Kebergantungan • Inisiatif Kerajaan - Telehealth

• Peruntukan belanjawan

• Rangkaian yang stabil

• Infrastruktur perubatan yang mencukupi

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 33

4.4.2. Sistem Pemantauan dan Penyekatan Isyarat Kom unikasi

Objektif Mengawal banduan atau pelawat membuat panggilan

menggunakan alat telekomunikasi (telefon bimbit, radio, “walkie

talkie” dan sebagainya)

Rasional Mengawasi komunikasi terlarang banduan dengan pihak luar

Faedah yang

dijangka

• Tahap keselamatan penjara dan banduan dapat

dipertingkatkan

• Permudahkan cara kawalan

Pihak yang terlibat

Anggota penjara, banduan

Sumber yang

diperlukan

• “Jammer” (alat yang menghalang isyarat gelombang radio

daripada memasuki dan keluar kawasan banduan)

Kebergantungan • Peruntukan Belanjawan

• Memerlukan tempat yang tidak diketahui atau tidak dicapai

oleh banduan atau orang yang tidak berkepentingan.

4.4.3. Sistem Pengenalan Diri (“Identification”) dan Penyimpanan

Maklumat Menggunakan Biometrik, RFID dan GPS.

Objektif Untuk menjamin identiti banduan adalah benar.

Memudahkan proses pengecaman banduan.

Rasional Dapat membuat pengecaman banduan dengan cepat.

Faedah yang

dijangka

• Boleh mengelakkan pertukaran identiti banduan.

• Maklumat tidak akan hilang

• Banduan tidak perlu menghafal kod pengenalan diri.

• Dapat mengesan banduan dari jarak yang jauh

Pihak yang

terlibat

Banduan, anggota penjara, bahagian sistem maklumat.

Sumber yang

dikehendaki

• Alat pengimbas biometrik

• RFID (mengesan pergerakan asset/mengesan pergerakan

secara langsung dan berterusan)

• Pemancar GPS

Kebergantungan • Peruntukan belanjawan

• Kesedaran dalam penggunaan teknologi

• Komitmen

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 34

4.4.4. Periksa Badan Secara Maya

Objektif Dapat mengimbas seluruh badan tanpa melibatkan sentuhan

fizikal

Rasional Ia adalah selamat untuk anggota penjara sebab tidak ada

sentuhan fizikal.

Faedah yang

dijangka

• Ia adalah selamat

• Ia adalah cepat dan mudah

• Ia adalah pemeriksaan menyeluruh

Pihak yang

terlibat

Banduan, anggota penjara.

Sumber yang

diperlukan

• Alat pengimbas mudah alih atau bergerak

• Komputer pengawalan

Kebergantungan • Peruntukan belanjawan

4.4.5. Sistem Keselamatan.

Objektif Bertujuan untuk menjaga keselamatan anggota penjara dan

banduan

Rasional Anggota penjara boleh mendapatkan bantuan atau

mempertahankan diri apabila berlaku kecemasan tanpa

mencederakan banduan.

Faedah yang

dijangka

• Cepat dan Mudah

• Menjamin keselamatan anggota penjara

• Tidak membahayakan banduan atau anggota penjara sendiri.

• Keselamatan penjara dapat dipertingkatkan.

Pihak yang

terlibat

Banduan, anggota penjara

Sumber yang

diperlukan

• Sistem penggera boleh alih

• Pelindung badan yang mampu menahan dari dicederakan oleh

banduan

• Teknologi pembatasan gerak banduan semasa penangkapan

(e.g lampu suluh laser, semburan bahan kimia, tali pegun

(“stun belt”), “Taser” (pistol yang membolehkan kejutan

elektrik), jaring tangkapan (capture net)

Kebergantungan • Peruntukan kewangan

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 35

4.4.6. Latihan ICT (Latihan teknikal atau latihan p engguna akhir)

Objektif Memberi pendedahan kepada ICT

Rasional Semua anggota penjara dapat mengetahui cara penggunaan

teknologi tanpa bergantung kepada satu pihak sahaja

Faedah yang

dijangka

• Dapat mengaplikasikan penggunaan ICT ditempat kerja.

• Penggunaan teknologi dapat dipertingkatkan

• Beban kerja dapat dikurangkan

• Banduan dapat mempunyai peluang kerjaya bila bebas dari

penjara.

Pihak yang

terlibat

Anggota penjara, banduan, pesalah juvana, penghuni pusat

pemulihan akhlak

Sumber yang

dikehendaki

• Rangkaian yang stabil

• Infrastruktur ICT

Kebergantungan • Peruntukan kewangan

4.4.7. Pusat Pemulihan Bencana (“ Disaster Recovery Center ” –

DRC)

Objektif Sebagai bantuan sokongan jika tapak utama tidak dapat digunakan

disebabkan oleh bencana alam atau perlakuan manusia.

Rasional Mempunyai alternatif apabila tapak utama tidak dapat digunakan dan

membolehkan sistem ICT berjalan lancar.

Faedah yang

dijangka

• Tidak hanya bergantung kepada satu sumber

• Keselamatan dapat dipertingkatkan

• Keadaan kecemasan dapat diatasi.

Pihak yang

terlibat

Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Penjara Malaysia

Sumber yang

dikehendaki

• Semua sistem yang terdapat dalam tapak utama

Kebergantungan • Peruntukan kewangan

• Rangkaian stabil

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 36

4.4.8. Sistem Pengurusan Parol

Objektif Sistem pengurusan maklumat untuk membantu Jabatan Penjara

Malaysia melaksanakan Sistem Parol

Rasional Memudahkan capaian maklumat untuk membuat kelulusan parol dan

pemantauan banduan dalam parol

Faedah yang

dijangka

• Mengurangkan kesesakan penjara-penjara

• Memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan parol untuk

banduan

• Membantu dan memudahkan pemantauan banduan yang

menjalani sistem parol

• Membolehkan ibu pejabat mencapai maklumat parol di seluruh

negara untuk memantau keberkesanan pelaksanaan sistem dan

untuk membuat keputusan yang berkaitan

Pihak yang

terlibat

Anggota penjara, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Penjara

Malaysia

Sumber yang

dikehendaki

• Pegawai parol

• Pusat Parol Negeri/Daerah

Kebergantungan • Peruntukan kewangan

• Rangkaian stabil

4.4.9. Perluasan Skop dan Fungsi Kad Pintar

Objektif • Memperluaskan penggunaan kad pintar ke penjara-penjara dan

pusat tahanan lain

• Memperluaskan fungsi kad pintar

Rasional Satu kad boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dan menjimatkan kos

serta memudahkan pengurusan dan pelaksanaan

Faedah yang

dijangka

• Memaksimumkan pelaburan ICT

Pihak yang

terlibat

Kakitangan, Jabatan Penjara Malaysia

Sumber yang

dikehendaki

Kebergantungan • Peruntukan kewangan

• Rangkaian stabil

Kajian Semula dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 37

5.0 PELAN PELAKSANAAN

Berikut adalah Pelan Pelaksanaan yang dicadangkan untuk inisiatif yang

dicadangkan.

Jadual 1: Jadual Pelan Pelaksanaan

Inisiatif 2007 2008 2009 2010 2011

“Enterprise Portal”

Pengurusan Pengetahuan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)/ Sistem Sokongan Keputusan (DSS)

Teleperubatan

Sistem Pemantauan dan Penyekatan Isyarat Komunikasi

Sistem Pengenalan Diri dan Penyimpanan Maklumat

Sistem Pemeriksaan Badan secara Maya

Sistem Keselamatan Penjara

Latihan ICT

Pusat Pemulihan Bencana (DRC)

Sistem Pengurusan Parol

Perluasan Skop dan Fungsi Kad Pintar

6.0 ANGGARAN KOS

Anggaran kos yang telah dinyatakan dalam ISP Jabatan Penjara 2006 adalah

anggaran yang melibatkan implementasi untuk lokasi terpilih yang difikirkan perlu.

Terdapat juga anggaran kos tambahan untuk melakukan implementasi untuk lokasi-

lokasi lain.

Berikut adalah anggaran kos untuk implementasi inisiatif yang telah disarankan

dalam dokumen ini. Semua kos adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Kajian Semula Dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 38

Jadual 2: Anggaran Kos Pelaksanaan

Inisiatif Kajian, Reka- bentuk, Tender

Arkitek Perunding Pelaksanaan

Latihan & Pengurusan

Perubahan (CM)

Penyeleng-garaan

JUMLAH (RM)

”Enterprise Portal” 132,000 396,000 2,000,000 50,000 400,000 2,978,000

Pengurusan Pengetahuan 132,000 396,000 2,500,000 50,000 500,000 3,578,000

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)/ Sistem Sokongan Keputusan (DSS) 132,000 396,000 3,000,000 50,000 600,000 4,178,000

Teleperubatan (Nota 1) 66,000 264,000 5,000,000 200,000 1,000,000 6,530,000

Sistem Pemantauan dan Penyekatan Isyarat Komunikasi (Nota 1) 66,000 264,000 10,000,000 200,000 2,000,000 12,530,000

Sistem Pengenalan Diri dan Penyimpanan Maklumat (Nota 1) 66,000 264,000 7,500,000 200,000 1,500,000 9,530,000

Sistem Pemeriksaan Badan Secara Maya (Nota 1) 66,000 264,000 3,750,000 200,000 750,000 5,030,000

Sistem Keselamatan Penjara (Nota 1) 66,000 264,000 7,500,000 10,000 1,500,000 9,340,000

Latihan ICT (Nota 2) - - - 3,000,000 - 3,000,000

Pusat Pemulihan Bencana (DRC) (Nota 3) 132,000 264,000 3,000,000 50,000 600,000 4,046,000

Sistem Pengurusan Parol 198,000 396,000 5,000,000 500,000 1,000,000 7,094,000

Perluasan Skop dan Fungsi Kad Pintar 66,000 264,000 4,500,000 50,000 450,000 5,330,000

JUMLAH BESAR (RM) 73,164,000

Nota: 1. Anggaran untuk 5 lokasi tertinggi bilangan banduan 2. Latihan dianggarkan diadakan seminggu setiap bulan 3. Satu Pusat Pemulihan Bencana (DRC) diperlukan untuk Jabatan Penjara Malaysia.

Kajian Semula Dan Penyelarasan ISP Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri KEPERLUAN PENYELARASAN

Bahagian 3 - Muka 39

Jadual 3: Anggaran Kos Pelaksanaan Mengikut Tahun

Inisiatif 2007 2008 2009 2010 2011 JUMLAH (RM)

”Enterprise Portal” 2,978,000 2,978,000

Pengurusan Pengetahuan 1,789,000 1,789,000 3,578,000

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)/ Sistem Sokongan Keputusan (DSS) 2,089,000 2,089,000 4,178,000

Teleperubatan 3,265,000 1,632,500 1,632,500 6,530,000

Sistem Pemantauan dan Penyekatan Isyarat Komunikasi 6,265,000 3,132,500 3,132,500 12,530,000

Sistem Pengenalan Diri dan Penyimpanan Maklumat 4,765,000 4,765,000 9,530,000

Sistem Pemeriksaan Badan Secara Maya 5,030,000 5,030,000

Sistem Keselamatan Penjara 2,335,000 4,670,000 2,335,000 9,340,000

Latihan ICT 600,000 600,000 600,000 600,000 600,000 3,000,000

Pusat Pemulihan Bencana (DRC) 2,023,000 2,023,000 4,046,000

Sistem Pengurusan Parol 2,837,600 4,256,400 7,094,000

Perluasan Skop dan Fungsi Kad Pintar 2,665,000 2,665,000 5,330,000

JUMLAH BESAR (RM) 9,791,000 22,680,600 22,518,900 12,418,000 5,755,500 73,164,000