iklan spa perak
TRANSCRIPT
1
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN ARAS SATU, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB
30000 IPOH. NO.TEL: 05-2540615
PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT DYMM.
PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMOHON
KEKOSONGAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK SEPERTI BERIKUT:-
1. JAWATAN KOSONG:
1.1.(A) (a) Jawatan : PEGAWAI SYARIAH
No. Rujukan : 358A/489/3/12
(3 kekosongan)
(b) Jabatan : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perundangan Dan
Kehakiman
(B.) Jadual Gaji : Gred LS41
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM2,249.00
RM8,707.00
RM225.00
(C.) Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; serta
[Gaji Permulaan : RM2,249.00]
2
(ii) Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Universiti Islam Antarabangsa
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada Universiti Islam Antarabangsa atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; dan
[Gaji Permulaan : RM2,249.00]
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(D.) SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Syariah
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(i) mempunyai kelayakan mengikut syarat lantikan seperti di atas.
1.2.(A.)(a) Jawatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN No. Rujukan : 358A/489/3/7 ( 4 kekosongan )
(b) Jabatan : Jabatan Agama Islam Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
(e) Bidang Pengkhususan : Bahasa Arab, Bahasa Inggeris & Akaun
(B.) Jadual Gaji : Gred DG41
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,917.00
RM8,652.00
RM225.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
3
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan : RM2,018.52 ]
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan : RM2,222.94 ]
(iii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta
Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan : RM2,222.94 ]
(iv) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan : RM2,733.98 ]
(v) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
[ Gaji Permulaan : RM3,040.60 ]
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
1.3.(A.)(a) Jawatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN No. Rujukan : 358A/489/3/7A ( 1 kekosongan )
(b) Jabatan : Jabatan Agama Islam Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
(e) Bidang Pengkhususan : Pendidikan Islam
(B.) Jadual Gaji : Gred DG29
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,589.00
RM5,137.00
RM145.00
(C.) Syarat Lantikan :-
4
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan : RM1,589.00 ]
(ii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi- institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan
Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
[ Gaji Permulaan : RM1,735.44 ]
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
1.4.(A.)(a) Jawatan : PENOLONG JURUTERA (AWAM)
No. Rujukan : 358A/489/24
(19 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
(B.) Jadual Gaji : Gred JA29
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM1,418.00
RM5,121.00
RM145.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya ; atau
[Gaji Permulaan : RM1,418.00]
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
[Gaji Permulaan : RM1,826.02]
5
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(D.) SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan
secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(i) mempunyai kelayakan mengikut syarat lantikan seperti di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
1.5.(A.)(a) Jawatan : PENOLONG JURUUKUR BAHAN
No. Rujukan : 358A/489/153
(1 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
(B.) Jadual Gaji : Gred JA29
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM1,418.00
RM5,121.00
RM145.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
[Gaji Permulaan : RM1,418.00]
(ii) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
[Gaji Permulaan : RM1,826.02]
6
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
1.6.(A.)(a) Jawatan : PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
No. Rujukan : 358A/489/152
(1 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
(B.) Jadual Gaji : Gred S27
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM1,362.00
RM5,092.00
RM145.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
[Gaji Permulaan : RM1,362.00]
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
[Gaji Permulaan : RM1,362.00]
(iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM1,661.95]
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman
dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan].
7
(D.) SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Belia dan Sukan
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred
S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
(i) mempunyai kelayakan mengikut syarat lantikan seperti di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
1.7.(A.)(a) Jawatan : JURUBAHASA
No. Rujukan : 358A/489/145
(1 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perundangan Dan
Kehakiman
(B.) Jadual Gaji : Gred L17
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM931.00
RM3,379.00
RM95.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa
Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada
peringkat peperiksaan tersebut; atau
[Gaji permulaan : RM931.00]
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa
Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; atau
[Gaji permulaan : RM1,381.63]
8
(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa
Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
[Gaji permulaan : RM1,381.63]
(Keutamaan diberi kepada calon yang boleh berkomunikasi dalam
pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Arab).
1.8.(A.)(a) Jawatan : PEMBANTU SYARIAH
No. Rujukan : 358A/489/3/15
(2 kekosongan)
(b) Jabatan : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perundangan Dan
Kehakiman
(B.) Jadual Gaji : Gred LS17
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM931.00
RM3,379.00
RM95.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan lulus dalam subjek Bahasa Arab
(komunikasi atau Tinggi) dan kepujian dalam subjek Al-Quran dan
Sunnah atau Syariah Islamiah; dan
[Gaji permulaan : RM931.00]
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
9
1.9.(A.)(a) Jawatan : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
No. Rujukan : 358A/489/52
(1 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
(B.) Jadual Gaji : Gred J17
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM953.00
RM3,490.00
RM95.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil
Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Gaji permulaan di Gred J17 ditetapkan mengikut Kategori Sijil
Kekompetenan:
a) A0/A1 : RM1,318.42
b) A4-2/A4-1/A4 : RM1,374.81
c) B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,431.21
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(D.) SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam
atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan
Penjaga Jentera Elektrik Gred J17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(i) mempunyai kelayakan mengikut syarat lantikan seperti di atas
10
1.10.(A.)(a) Jawatan : PEMBANTU LAUT
No. Rujukan : 358A/489/107
(1 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pengangkutan
(B.) Jadual Gaji : Gred A17
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM938.00
RM3,406.00
RM95.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
[Gaji Permulaan : RM938.00]
(ii) Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan : RM1,053.51]
(iii) Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal
Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan : RM1,053.51]
(iv) Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan : RM1,111.63]
(v) Officer Incharge of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal
Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
[Gaji Permulaan : RM1,344.09]
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
11
1.11.(A)(a) Jawatan : JURUTEKNIK KOMPUTER
No. Rujukan : 358A/489/48/1
(2 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sistem Maklumat
(B.) Jadual Gaji : Gred FT17
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM953.00
RM3,490.00
RM95.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau
teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[Gaji Permulaan : RM953.00]
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
[Gaji Permulaan : RM1,010.77]
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
[Gaji Permulaan : RM1,068.89]
(iv) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan : RM1,243.24]
12
(v) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya; dan
[Gaji Permulaan : RM1,417.59]
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
1.12.(A)(a) Jawatan : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
No. Rujukan : 358A/489/44
(1 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
(B.) Jadual Gaji : Gred N17
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM928.00
RM3,375.00
RM95.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas
atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada
rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 15
p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
[Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]; dan
[Gaji Permulaan : RM983.43]
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
13
1.13.(A.)(a) Jawatan : PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H17
No. Rujukan : 358A/489/82
(44 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kemahiran
(e) Bidang Pengkhususan : Tukang Mekanik Motor (Diesel dan Petrol)
Tukang Mekanik Jentera
Tukang Elektrik Motor
Tukang Hawa Dingin Automobil
Tukang Mekanikal Servis Penyaman Udara &
Penyejukan
Tukang Kayu
Tukang Mekanik Motor
Tukang Pengimpalan (welding)
Tukang Besi
(B.) Jadual Gaji : Gred H17
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM953.00
RM3,490.00
RM95.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[Gaji Permulaan : RM1,318.42]
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil
Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
dan
[Gaji Permulaan : RM1,318.42]
14
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(D.) SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam,
Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran
Gred H17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
(i) mempunyai kelayakan mengikut syarat lantikan seperti di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas
1.14.(A.)(a) Jawatan : PEMANDU KENDERAAN
No. Rujukan : 358A/489/81
(17 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kemahiran
(B.) Jadual Gaji : Gred H11
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM837.00
RM2,619.00
RM80.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
[kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan
berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
15
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D RM 896.15
Lesen E/E1/E2 RM 942.30
Lesen F/H RM 988.45
Lesen G/I RM 1,034.60
(b) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
1.15.(A.)(a) Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN (LELAKI SAHAJA)
No. Rujukan : 358A/489/72
(4 kekosongan)
(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan dan
Pertahanan Awam
(B.) Jadual Gaji : Gred KP11
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI
TAHUNAN
RM837.00
RM2,619.00
RM80.00
(C.) Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
[Gaji permulaan : RM837.00]
(ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera
Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan
bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan; dan
[Gaji permulaan : RM837.00]
(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
16
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga
26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan
semasa menarik nafas 84sm;
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin
mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan yang berdaftar.
2. TARAF KERAKYATAN :
2.1. Warganegara Malaysia, rakyat DYMM. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
sahaja.
3. HAD UMUR :
3.1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 20 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan.
3.2. Pegawai sedang berkhidmat yang layak dipertimbangkan untuk
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) hendaklah telah DISAHKAN DALAM
JAWATAN dan had umur bagi pelantikan secara PSL ditetapkan seperti
berikut:
(a) berumur kurang dari 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa
55 atau 56 tahun;
(b) berumur kurang dari 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa
58 tahun; dan
(c) berumur kurang dari 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa
60 tahun.
3.3. Bekas Anggota Tentera yang tidak menerima pencen dan telah
menamatkan perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak
melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
4. TARAF JAWATAN :
4.1. Tetap
17
5. PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON:-
5.1. Kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mengikut Sistem Terbuka
(a) mendapat sekurang-kurangnya peringkat ‘D’ dalam 5 mata pelajaran
termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan
(b) bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama
Islam atau seumpamanya di peringkat SRP, calon-calon hendaklah
memperolehi sekurang-kurangnya peringkat ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR.
(b) Pemohon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak
dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan yang mensyaratkan
kelulusan PMR dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
5.2. Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mengikut Sistem Terbuka
(a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua
daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya
peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
(b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus
yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun
berturut-turut; dan
(c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-
subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
(d) Pemohon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak
dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan yang mensyaratkan
kelulusan SPM dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
5.3. Kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Mengikut Sistem Terbuka
(a) lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran atas Gred C dengan NGMP
2.00 dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan
NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM; atau
(b) lulus 2 mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas
Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat
kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya
mendapat:
(i) Gred B dan B (NGMP 3.00 dan 3.00); atau
(ii) Gred B+ dan B- (NGMP 3.33 dan 2.67); atau
(iii) Gred A- dan C+ (NGMP 3.67 dan 2.33); atau
(iv) Gred A dan C (NGMP 4.00 dan 2.00). atau
18
(c) lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan
2 mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00)
serta lulus Pengajian Am(sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP
2.00) dalam satu peperiksaan STPM; atau
(d) lulus sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran yang berlainan atas Gred C
(NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am(sekurang-kurangnya atas Gred C
dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam dua
peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
5.4. Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Mengikut Sistem Terbuka
Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim
perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan
tahap kelulusan berikut: KAEDAH PELAPORAN PENCAPAIAN KEPUTUSAN STAM
5.4.1 Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat
bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:
Peringkat
Takrif
Mumtaz
Jayyid Jiddan
Jayyid
Maqbul
Rasib
Cemerlang
Sangat Baik
Baik
Lulus
Gagal
KELAYAKAN STAM UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
(i) lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat
Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran
berikut:
(a) dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata
pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam
bidang Usuluddin; atau
(b) satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata
pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam
bidang Usuluddin; atau
(c) satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata
pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam
bidang Usuluddin; atau
(d) dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2)
mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
(e) dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2)
mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
19
(f) dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata
pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
(g) tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1)
mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
(h) tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1)
mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
(i) satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3)
mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
(j) satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata
pelajaran dalam bidang Usuluddin. atau
(ii) lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat
Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam
tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang
pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di
perenggan (i) (a) hingga (j) di atas.
Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan
adalah seperti berikut:
Bidang
Mata Pelajaran
Bahasa Arab
1. Nahu dan Sarf
2. Insya’ dan Mutala’ah
3. Adab dan Nusus
4. ‘Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah
6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin
8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu
5.4.2 Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak
dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat
lantikan STPM.
5.5. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan menggunakan
Borang Permohonan secara online yang boleh didapati di dalam Portal
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan di
http://spa.perak.gov.my mulai 23 Mac 2015 jam 8.30 pagi. Bagi pemohon-
pemohon yang telah mendaftar secara online tidak perlu mendaftar semula.
Pemohon hanya perlu mengemaskini data dan membuat permohonan
jawatan yang terkini seperti yang diiklankan.
20
6. Bagi calon-calon PSL
6.1. Pemohon-pemohon yang layak di bawah PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
(PSL) atau pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan
permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Pk.P.U.17.
Pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dibawa semasa temuduga dan
boleh dimuatturun di dalam sistem online di Ruangan Pekerjaan Sekarang.
7. Tarikh tutup permohonan ialah pada atau sebelum 10 April 2015.
Sebarang pertanyaan boleh di hubungi di talian : 05-2540615
Alamat : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.