cara buat kolam

18
Kolam Ikan Koi/Kap Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman. Kolam ikan koi atau ‘Koi Pond’ sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika anda tahu cara menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar. Seorang pakar ‘koi Pond” Loong Chek Jen dari SerenityScape berkata, Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau ‘filter’ untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi sihat. Pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan karat, ‘Japanese Mat’, kulit tiram, bio-ring dan ‘crush coral’. Aksesori kolam pula seperti fiber, plastik, batu pasir, batu tiruan, granit dan batu marmar. Ramai yang memilih fiber dan batu pasir kerana harganya lebih murah, terkini dan mudah diselenggarakan. Jumlah ikan haruslah disesuaikan dengan keluasan kolam. Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air

Upload: jay-irwine

Post on 08-Aug-2015

444 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ikan koi

TRANSCRIPT

Page 1: cara buat kolam

Kolam Ikan Koi/Kap

Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan

koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman. Kolam ikan koi atau

‘Koi Pond’ sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika anda tahu

cara menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang

ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar.

Seorang pakar ‘koi Pond” Loong Chek Jen dari SerenityScape berkata,

Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang

mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau

‘filter’ untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi

sihat.

Pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan

karat, ‘Japanese Mat’, kulit tiram, bio-ring dan ‘crush coral’. Aksesori

kolam pula seperti fiber, plastik, batu pasir, batu tiruan, granit dan batu

marmar. Ramai yang memilih fiber dan batu pasir kerana harganya lebih

murah, terkini dan mudah diselenggarakan. Jumlah ikan haruslah

disesuaikan dengan keluasan kolam.

Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan

ditanam berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen

tentunya memilih pepohon bonsai, kemboja dan busida. Keladi bunting,

Page 2: cara buat kolam

teratai dan melati masih menjadi pilihan ramai untuk menghiasi dalam

kolam, namun ‘koi Pond’ tanpa tumbuhan dalam air sudah mencukupi

kerana ikan koi berwarna warni dan menarik.

Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu

tan ikan per satu meter persegi kolam. Bagi menjamin keselesaan dan

kolam koi anda nampak eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan

mengikut saiz dan kedalaman air.

Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah

sekurang-kurangnya 36 sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang terdedah

dengan cahaya matahari terik, perlu dipastikan kedalamannya lebih

daripada 36 sm.

Elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti

gapi dan ikan emas kerana ia menghilangkan seri kolam dan

kemungkinan ikan lebih kecil menjadi makanan ikan koi.

Bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan

busuk kerana ia boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering

kelihatan muncul di permukaan air.

bila membersihkan kolam, anda disarankan supaya tidak membuang

semua air ketika membersihkan kolam dan tinggalkan sekurang-

kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu terbaik untuk anda

membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang

berbanding sebelah malam

Tip: Kolam ikan koi

Page 3: cara buat kolam

Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada

menggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.

Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia

sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum

anda memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk

memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidak

tertinggal dalam kolam

Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda

mahu mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu

mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh

hidupan air.

Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau

kerana ia tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan

air lain. Ia juga menjadikan landskap nampak lebih ‘hidup’.Dicatat oleh firdaus di 5:22 PTG Tiada ulasan:E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook

Kesilapan Biasa Akuarium Baru

Page 4: cara buat kolam

Memulakan dengan Akuarium Kecil“Akuarium kecik lagi murah, mudah di maintain dan pendek kata senang nak jagalah”. Tulah ungkapan yang kami selalu sangat dengar daripada peminat ikan hiasan tropika yang baru berjinak dengan hobi ini. Sebenarnya SALAH! Sebenarnya kalau anda nak tahu, semakin kecik akuarium anda,  sebenarnya lagi susah. Sebab apa? Sebab sedikit kesilapan atau perubahan kualiti air akuarium, ikan anda dalam risiko kematian…Jadi nasihat kami kepada peminat baru, jauhi daripada akuarium yang kurang daripada 90 liter. Akuarium kaca standard yang biasa dijual pun dah dikira suatu permulaan yang baik untuk anda terus dalam hobi ini dan lagi mudah senggaraannya serta banyak lagi kebaikan yang kami akan dedahkan kepada anda dalam artikel kami nanti.

Memasukkan Ikan dengan CepatAkuarium dah beli, air dah masuk, anti klorin, batu, pam, lampu dan segalanya dah terpasang..Tunggu apa lagi. Start enjin kereta pastu pergi kedai ikan berdekatan beli 3, 4 ekor ikan yang minat pastu

Page 5: cara buat kolam

terus balik masukkan dalam akuarium…Cantiknya…tapi besok pergi kedai ikan tu balik cakap kat tokey kedai..Ikan semalam sudah mati..Apasal haa? Situasi lebih buruk yang selalu kami tengok, beli akuarium baru dan terus beli ikan..Maksudnya, pas balik set up masuk air terus masuk ikan..wah bestnya..(30 minit awal) dan selepas 2, 3 jam..dah mati….huhuuhu..

Apa yang salah di sini? Kami tau ramai peminat yang pernah melihat ataupun merasai pengalaman tersebut sendiri..betul tak? Sebenarnya, ikan mati disebabkan segala gas, mineral, logam berat dan sebatian kimia terlarut dalam air paip yang dimasukkan masih lagi belum neutral..Jadi, nasihat kami biarkan air baru dimasukkan tadi berada dalam akuarium sehari dua dan semua pam/powerhead dipasang supaya air mula bergerak dan berkitar. pH air pun akan stabil. Klorin akan mula terbebas ke udara. Lepas tuh, baru masukkan ikan dik..Sabar..

Terlampau Banyak Ikan Serentak

Comellah ikan-ikan ni..beli banyak-banyak pastu letak dalam akuarium kat rumah mesti lawa nih..Tauke kasi bungkus 10 ekor..heheheheh..Pastu balik letak dalam akuarium baru anda..keesokan harinya, tengok-tengok..lahhh..5 ekor dah busuk melampung perut atas, 2 ekor tercungap kat muka air, sekor

Page 6: cara buat kolam

berenang tunggang terbalik, 2 ekor dah kat dasar mati…sedihnya..Kenapa jadi macam ni? Semalam semua masa beli dan letak dalam akuarium sihat-sihat..

Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebab akuarium baru belum betul-betul ready dari segi ekologinya untuk menampung beban biologi. Bakteria pengurai (nitrification bacteria) belum lagi hadir dalam akuarium anda. Oleh itu, apa yang anda boleh buat, beli sekor dua saja ikan yang lasak dan belanya dalam masa seminggu dua..Lepas tuh, dapatkan ammonia test kit dan periksa kadar ammonia sehingga sifar sebelum masukkan ikan sekor dua dari masa ke semasa. Keywords nya, jangan masukkan terlampau banyak ikan serentak dalam suatu masa.

Akuarium Sesak

“Alamak, elektrik kat rumah terputus…confirm ikan akan mati tak cukup oksigen…”. sedihkan sebab elektrik terputus ikan jadi mangsa..Kenapa? Sebab terlampau sesak..Walaupun anda pernah melihat akuarium yang penuh sesak tapi bagi anda yang baru mulakan hobi ini adalah amat tidak digalakkan. Malah, kami sendiri tidak pernah menyesakkan akuarium kami walaupun kami memiliki ikan-ikan air tawar dan marin di kedai..Pernah suatu hari fius

Page 7: cara buat kolam

bekalan kedai kami telah terbakar dan menyebabkan bekalan terputus selama sehari ketika hari cuti.. besoknya, syukur kerana tiada seekor ikan pun yang mati.Oleh itu, kami nasihatkan kepada anda supaya tidak memasukkan ikan terlampau banyak dalam akuarium anda kerana sudah tentu kandungan oksigen tidak cukup, ikan bergaduh, air cepat kotor dan bermacam lagi dik.. Amalkan konsep mudah kami seinci ikan untuk 5 liter air. Katakan anda mempunyai akuarium bersaiz 3 kaki kaca standard atau 100liter..jadi sekiranya ikan anda minati bersaiz maksimum seinci jadi anda boleh memelihara 20 ekor ikan dan sekiranya 2 inci setiap ekor jadi 10 ekor kesemua ikan yang boleh anda pelihara. Mudahkan..

Memelihara Ikan yang Tidak Bersesuaian Bersama

Semasa pergi kedai ikan, anda terpandang ikan oscar veil tail. Mesti kalau beli dan bela bersama ikan emas kat rumah mesti cantik giler..Ekor panjang merambu ramba macam kain baju pop yeh yeh..dan besoknya…mana ikan-ikan emas comel kecik aku ni?kenapa tinggal ikan oscar ni je? pening. takkan melompat plak ikan emas perut bulat montel aku ni..mana boley..pastu..selidik punya selidik…siot punya oscar, rupanya dia telan habis. patutlah abis licin ikan emas aku dan perut ko plak kembong semacam..Situasi di atas adalah antara contoh-contoh kesilapan ramai peminat dan mungkin anda juga termasuk dalam golongan ini..hehheh..tapi sama-samalah kita belajar daripada kesilapan lalu. Sebabnya, itulah pengalaman saya semasa berumur 4 tahun dahulu dengan ikan-ikan pertama saya..heheheh..Oleh itu, apa yang kita boleh buat, study dulu ikan-ikan yang kita minat sebelum membuat keputusan membeli. Takut rugi dan tak berbaloi. Study tentang spesis ikan tu boley ke atau tak dengan ikan

Page 8: cara buat kolam

sedia ada kita. Apa-apa pasal ikan-ikan ni akan kami terangkan dalam artikel yang lain dan konsep mudah dalam memilih ikan – mana-mana ikan yang muat ke dalam mulut ikan lain akan berakhir riwayatnya di situ..=)

Terlebih Makanan

Ikan ni lapar ni..Setiap kali lalu depan akuarium mesti ikan-ikan ni berenang atas muka air mintak makanan..Sebenarnya tidak benar. Sebab ikan hanya makan apabila perlu sahaja. 2 kali sehari dengan setiap kali makan 2-5 minit sahaja tempoh makannya sedikit demi sedikit.

Semasa tempoh akuarium baru di setup, pemberian makanan tidak lebih sekali sehari dan semasa bacaan ammonia tinggi pula hentikan pemakanan sehari dua. Jangan risau sebab ikan mampu bertahan tidak makan selama beberapa hari kerana ikan dapat menyerap nutrien diperlukan daripada nutrien terlarut dalam air akuarium itu sendiri tanpa memeberi kesan kepada kesihatan itu sendiri.

Penapisan Kurang Sesuai

Page 9: cara buat kolam

Bang, kenapa akuarium saya selepas seminggu dua mesti keruh walaupun saya gunakan filter? sudahlah filter mahal dan jenis tu baik kata tokey kedai si polan si polan tu.penatlah saya nak mencuci akuarium macam ni..heheheh..banyak kali kami mendengar rungutan, keluhan, dan seumpamanya..sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah sistem penapis yang mampu menapis air sekurang-kurangnya 3 kali bagi akuarium tropika ni. Bukannya mahal atau nampak besar dan gah tapi tak efektif..konsep mudah, katakan akuarium anda berkapasiti 90 liter, jadi jika anda menggunakan top filter pastikan powerhead yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 270 liter/hour atau 270 liter sejam.

Tidak Memeriksa Kualiti Air

Ramai orang beranggapan kenapa perlukan test kit??member bela tak pernah bertest test kit pun.kenapa saya nak bazirkan duit brli semua tuh? kalau anda nak tau, ini kerana akuarium yang telah matang atau telah lama sudah mempunyai kestabilan dari segi parameternya seperti pH, ammonia dan nitrogen..dan selalunya itu

Page 10: cara buat kolam

pun yang betul-betul peminat tegar,,tak percaya, cuba perhatikan banyak akuarium tropika di negara kita..tak usah jauh, dekat restoran tom yam yang berdekatan rumah anda kalau ada akuarium pun tak bersih, banyak berlumut..itu menandakan nitrit (nutrien penting menggalakkan pertumbuhan algae@ lumut).

Oleh itu, bagi memastikan akuarium anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik serta tidak bermasalah untuk jangkamasa panjang langkah pertama memainkan peranan penting. Sebelum memasukkan ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. Apabila akuarium sudah mengitar (cycle) periksa air sebulan sekali dan sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut.

Tidak Menukar Air

Kenapa air akuarium saya namapak kekuningan? Tengok ikan berenang ok jer..Kalau anda nak tahu, ianya adalah disebabkan kandungan tanin dan hasil buangan ikan serta makanan yang terlarut dalam air. Peminat akuarium baru jarang membuat senggaraan akuarium kerana merasakan leceh dan tidak perlu selagi mana ikan berenang baik. Sebenarnya mudah sahaja, buangan ikan yang terkumpul pada dasar akuarium hanya perlu di siphon kan keluar atau disedut keluar dengan paip dan kemudian

Page 11: cara buat kolam

digantikan dengan air paip baru yang telah diletakkan anti klorin dalam bekas berasingan.( pastikan bekas/ baldi tersebut tidak digunakan untuk membasuh baju, menukar minyak hitam kereta dan lain-lain kegunaan). Beli baldi biasa yang biasanya dijual dengan harga RM 5 -RM8 dan tulis dengan marker pen di luar dengan perkataan “Untuk Akuarium Ikan Sahaja”. Oh ya, satu lagi tabiat peminat ikan di negara ini yang terlebih rajin =) adalah dengan menukar 100% air akuarium, mengangkat akuarium ke bilik air atau hadapan rumah untuk dicuci serta membasuh semua batuan/ pasir. Sebenarnya tak perlu pun. Penukaran air sebanyak 25% -50% sebulan sekali sudah cukup untuk memastikan akuarium dan ikan-ikan kesayangan anda sihat dan happy. =)

BINALAH KOLAM IKAN HIASAN DENGAN BELANJA YANG RENDAHKolam ikan hiasan adalah suatu elemen yang dibina di halaman rumah yang dapat menjadi pelengkap dalam rekabentuk landskap  persekitaran. Ramai yang berhasrat untuk membina kolam ini di halaman rumah mereka, namun dengan kos yang tinggi menyebabkan segala impian tidak dapat dipenuhi. Sebenarnya kos pembinaan dapat dikurangkan dengan kita sendiri menyediakan bahan-bahan binaan dan mengupah pekerja untuk kerja memasang bata sahaja dalam proses pembinaan. 

Bagaimana pun sebelum dibina kita sendiri perlu mempunyai pengetahuan asas tentang sistem kolam dari aspek penyediaan paip dan sistem penapisnya. Maklumat ini boleh didapati dengan memerhati pekerja yang sedang membina kolam jika kita terjumpa dimana-mana. Tanyalah mereka tentang apa-apa maklumat yang tidak tahu,  bacalah majalah atau buku berkaitan dan yang mudah lagi akseslah intermet.

Sediakan pelan. Kita perlu ada bersama semasa pembinaan. Sistem paip untuk aliran air dari kolam ke penapis dan air yang masuk semula ke kolam pasanglah sendiri. 

Page 12: cara buat kolam

PROSES PEMBINAAN

1. Setelah menentukan lokasi tapak, kerja-kerja mengorek tanah bolehlah dimulakan.

  Kerja-kerja mengorek tanah

  Sudah siap untuk kerja simen                                                2. Membina bahagian dasar kolam dan memasang batu bata. Paip pvc untuk aliran air dari kolam ke panapis perlu dipasang pada dasar kolam sebelum disimen.

Page 14: cara buat kolam

  Sedia untuk diplaster

4. Setelah siap diplaster bolehlah dihias dibahagian luarnya dengan pebble wash. Belilah bahan-bahan dan upahlah pekerja yang mahir. Dalam masa yang sama jangan lupa kita perhatikan teknik-teknik yang dilakukan oleh tukang yang mahir ini, selepas itu kita boleh lakukannya sendiri. Jangan lupa bertanya jika tidak faham.

        Kerja memasang pebble wash

4. Setelah pembinaan telah selesai, masukkan air dan pasanglah pam yang sesuai dengan saiz kolam untuk menguji sistem aliran air kolam dan juga bagi menentukan kolam tidak bocor. Jangan dimasukkan ikan dulu, nanti semuanya akan mati. Biarkan selama dua hari untuk "menawarkan" bahan-bahan simen. Dalam masa yang sama bolehlah beri peluang kapada anak kita untuk menjadikannya sebagai kolam renang untuk beberapa hari.    

  Jadikan sebagai kolam renang untuk anak kita selamadua tiga hari 

Page 15: cara buat kolam

5. Selepas itu masukkan sebotol cuka makan dan biarkan sehari. Buanglah  air yang bercampur cuka makan dan ganti dengan air yang baru. Jangan lupa masukkan bahan anti klorin. Letakkan tumbuhan air di dalam kolam yang berfungsi untuk menjadi teduhan juga membekalkan oksigen kepada ikan-kan. 

Pokok orkid air dan telipok dimasukkan ke dalam kolam

6. Jika semuanya sudah sedia bolehlah dimasukkan ikan. Tak perlu membeli ikan yang besar, harganya mahal. Memadai dengan memasukkan ikan yang kecil. Lama-lama besar juga.

 Anak ikan kap yang berharga RM4 seekor