bml3053 halim kata nama

20
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Perbandingan golongan kata nama dalam Tatabahasa Dewan Bahasa dengan buku Tatabahasa lain. HALIM BIN SHAHARI @ ABDULLAH (D20112055469) KUMPULAN : UPSI 03 (A131 PJJ) AT34J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN.KOHORT 3 SEMESTER 1, SESI 2013/2014 PENSYARAH TN HJ AHMAD KHAIR BIN HJ MOHD NOR FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI 1

Upload: jamaliahkirby

Post on 02-Jul-2015

252 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bml3053 halim kata nama

BML 3053MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Perbandingan golongan kata nama dalam Tatabahasa Dewan Bahasa dengan buku Tatabahasa lain.

HALIM BIN SHAHARI @ ABDULLAH (D20112055469)KUMPULAN : UPSI 03 (A131 PJJ)

AT34J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYUSEK. REN.KOHORT 3

SEMESTER 1, SESI 2013/2014

PENSYARAH TN HJ AHMAD KHAIR BIN HJ MOHD NOR

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

1

Page 2: Bml3053 halim kata nama

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT1 Pengenalan 32 Konsep 33 Jenis/Bentuk/Golongan Kata Ganti Nama 44 Perbandingan

• Persamaan Kata Ganti Nama antara

Tatabahasa Dewan dengan buku

Tatabahasa lain

• Perbezaan Kata Ganti Nama antara

Tatabahasa Dewan dengan buku

Tatabahasa lain

9

10

5 Kesalahan bahasa 166 Kesimpulan 197 Rujukan 20

PENGENALAN

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan

kata dalam Bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi

2

Page 3: Bml3053 halim kata nama

ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentukkata pula

ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, penmajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata adalah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain

dalam golongan yang sama. Golongan kata ganti nama merupakan golongan kata yang

berfungsi menggantikan kata nama.

KONSEP

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, karya Nik Safiah Karim et al

(2008:101), konsep kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama

khas dan kata nama am. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk

menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama.

Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku beliau bertajuk Tatabahasa Bahasa Melayu,

Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar (2004:117), kata ganti nama ialah perkataan

lain yang menggantikan nama sebenar orang atau benda.

Manakala dalam buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Pak Asraf atau Hj.

Mohd Asraf bin Hj. Abdul Wahab (2012:7) , kata ganti nama ialah kata yang mengambil

tempat kata nama sebagai pengganti.

Berdasarkan pandangan Arbak Othman (1985) dalam buku yang bertajuk Mengajar

Tatabahasa, kata ganti nama mempunyai lima jenis iaitu kata ganti nama orang atau diri,

kata ganti nama pertanyaan, kata ganti nama umum, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti

nama hubungan. Kata ganti nama orang atau diri merupakan perkataan yang bertugas

sebagai pengganti nama orang. Kehidupan seharian manusia banyak menuntut agar

manusia untuk berkomunikasi sesama sendiri. Oleh sebab itu, dengan adanya kata ganti

nama diri akan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan dan lancar.

Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2006), dalam buku yang bertajuk

Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu, kata ganti nama merupakan bentuk perkataan

yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti kata nama. Kata nama banyak digunakan

bagi merujuk kepada kata nama lain atau perkataan yang tergolong dalam golongan kata

3

Page 4: Bml3053 halim kata nama

nama. Kata ganti nama juga merupakan perkataan salah satu daripada golongan kata

nama. Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri merupakan perkataan atau kata yang dapat

menggantikan kata nama manusia. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri ialah kata ganti

nama yang merujuk kepada diri sendiri atau orang lain.

Kata ganti nama diri banyak digunakan dalam perbualan masyarakat Melayu.

Penggunaan kata ganti nama diri membolehkan masyarakat berkomunikasi dengan baik

tanpa mewujudkan kecelaruan atau pertindihan makna. Penggunaan kata ganti nama diri

juga dapat membolehkan masyarakat membezakan panggilan-panggilan tertentu yang

merujuk kepada makna-makna tertentu. Contohnya panggilan beta hanya digunakan oleh

raja yang merujuk kepada dirinya sahaja dan rakyat biasa tidak boleh menggunakan kata

ganti nama diri tersebut.

JENIS / BENTUK/ GOLONGAN KATA GANTI NAMA

Tatahasa Dewan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), kata

ganti nama terbahagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata

ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada kata ganti nama tunjuk umum

dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama tunjuk umum ialah yang merujuk

pada perkara atau benda. Manakala kata tunjuk tempat ialah yang menunjuk kepada

tempat. Kata ganti nama tunjuk umum terbahagi kepada dua, iaitu ini (menunjuk pada

yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). Kata ganti nama tunjuk tempat pula

terdiri daripada sini (menunjuk pada yang dekat), situ (arah agak jauh) dan sana (arah

jauh). Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata

ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama

diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata kata ganti nama diri orang

ketiga. Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, patik, kami,

kita. Kata ganti nama diri orang kedua ialah anda, saudara, engkau, awak, kamu. Kata

ganti nama diri orang ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka, -nya. Kata ganti nama diri

tanya terdiri daripada tiga jenis, iaitu apa (merujuk benda atau perkara), siapa (merujuk

orang), dan mana ( merujuk benda atau orang).

4

Page 5: Bml3053 halim kata nama

Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan

mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang ditunjuk itu. Ada dua

kata ganti tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu untuk

menunjukkan pada yang jauh.

Kata ganti nama diri

Kata ganti nama jenis ini terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu:

a. Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang

dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya, iatu :

Apa - yang merujuk benda atau perkara

Siapa - yang merujuk orang

Mana - yang merujuk benda atau orang

Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses

penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau

penegasan. Misalnya :

Apa - apa-apa

Mana - mana-mana

Siapa - siapa-siapa (sesiapa)

b. Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang

tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga,

seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

i. Kata ganti nama diri orang pertama : saya , aku, beta, patik, kami,

dan kita

ii. Kata ganti nama diri orang kedua : anda, engkau, awak, dan kamu

iii. Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia,mereka, dan –nya

Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh juga berfungsi sebagai

penekan dan pembenda.

Buku Tatabahasa Lain

5

Page 6: Bml3053 halim kata nama

Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007) bukunya yang bertajuk ‘

Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa : Ayat), kata ganti nama diri dapat

dibahagikan kepada tiga golongan kata iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata

ganti nma diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri

orang pertama merujuk kepada orang yang sedang bercakap atau bertutur dan dalam

bentuk penulisan pula kata ganti nama diri pertama merujuk kepada penulis itu sendiri.

Antara kata ganti nama diri pertama ialah saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita,

kami semua dan kita semua. Manakala kata ganti nama diri kedua pula merujuk

kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Dalam erti kata

lain, kata ganti nama kedua merujuk kepada pendengar dalam sesuatu peristiwa

ataupun pembaca dalam bidang penulisan. Contoh perkataan kata ganti nama kedua

ialah anda, awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Golongan terakhir bagi

kata ganti nama diri ialah kata ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri ketiga

merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang sedang diperkatakan itu boleh

hadir ataupun tidak hadir dalam lingkungan peritiwa tersebut. Contoh perkataan kata

ganti nama diri ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka dan –nya.

Bil Golongan Kata Ganti Nama DiriGolongan Perkataan

Tunggal Jamak

1. Kata Ganti Nama Diri Pertama

Saya, aku, beta,

hamba, patik, daku

dan ku

Kami, kita, kami

semua dan kita

semua

2. Kata Ganti Nama Diri KeduaAnda, awak, engkau,

dikau, muKamu dan kalian

3. Kata Ganti Nama Diri KetigaDia, beliau, ia dan –

nyaMereka

Menurut Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, karya Pak Asraf (2012:7 ), kata

ganti nama terbahagi kepada lima iaitu, kata ganti diri, kata ganti tanya, kata ganti

tempat, kata ganti tunjuk dan kata ganti tak tentu. Kata ganti nama diri terbahagi kepada

tiga, iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua dan kata ganti diri ketiga. Contoh

kata ganti diri pertama ialah aku, beta, daku, hamba, kami, kita, patik, dan saya. Contoh

kata ganti diri kedua ialah anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu dan tuanku. Contoh

6

Page 7: Bml3053 halim kata nama

kata ganti diri ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, dan mereka. Kata ganti tanya

terbahagi kepada tiga jenis, iaitu apa, mana, dan siapa. Kata ganti tempat pula terbahagi

kepada tiga, iaitu sana, sini, dan situ. Kata ganti tunjuk terdiri daripada dua sahaja, iaitu

ini dan itu. Manakala contoh kata ganti tak tentu pula ialah apa-apa, mana-mana, siapa-

siapa atau sesiapa.

Manakala dalam buku Tatabahasa bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk

Guru dan Pelajar karya Prof. Abdullah Hassan (2004:117), kata ganti nama dibahagikan

kepada 4 jenis iaitu, kata ganti nama diri, kata ganti nama umum, kata ganti nama tanya

dan kata tunjuk. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri, iaitu kata ganti nama diri orang

pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.

Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, kita, kami,ku. Kata

ganti nama diri orang kedua ialah awak, kamu, anda, engkau, kau, kalian. Kata ganti

nama diri orang ketiga pula ialah dia, ia, beliau, mereka, nya, baginda. Kata ganti nama

umum terdiri daripada apa, anu, mana, siapa, bila, bagaimana, ia, nya. Kata ganti nama

tanya ialah apa, siapa, bila, bagaimana, mana, berapa, kenapa, mengapa, dari mana,

ke mana. Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada dua jenis, iaitu itu dan ini.

Arbak Othman (1985) dan Abdullah Hassan (2006), telah menyenaraikan kata ganti

nama diri orang kepada tiga kumpulan utama iatu ganti nama diri pertama, ganti nama

diri kedua dan ganti nama diri ketiga. Setiap kata ganti nama diri ini mempunyai peranan

dan fungsi yang berbeza dan fungsi kata ganti nama ini mempunyai persamaan dengan

yang telah diperkatakan oleh Ahmad Khair Mohd Nor.

Berdasarkan kepada rujukan yang telah dilakukan, dapat disimpulkan di sini bahawa

kata ganti nama diri telah banyak ditafsirkan dan mempunyai pandangan yang berbeza

antara ahli Tatabahasa. Terdapat ahli Tatabahasa yang mengatakan bahawa kata ganti

nama diri mempunyai dua kategori yang utama iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata

ganti nama diri orang. Namun demikian, Ahmad Khair Mohd Nor hanya mengkelaskan

kata ganti nama diri yang merujuk terus kepada manusia dan binatang. Beliau hanya

mengatakan bahawa kata ganti nama diri terdiri daripada tiga golongan kata iaitu kata

ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.

7

Page 8: Bml3053 halim kata nama

Walaupun terdapat perbezaan antara kelas golongan yang diberikan namun konteks

penggunaan kata masih lagi sama. Rumusannya ialah kata ganti nama diri pertama

pada kebiasaannya digunakan bagi menggantikan diri kita yang sedang bercakap. Kata

ganti nama diri kedua pula digunakan bagi panggilan orang yang sedang dilawan

bercakap dan kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk panggilan yang merujuk

kepada seseorang yang ingin kita perkatakan.

PERBANDINGAN GOLONGAN KATA GANTI NAMA

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), kata

ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.

Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku beliau bertajuk Tatabahasa Bahasa Melayu,

Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar (2004:117), kata ganti nama ialah perkataan

lain yang menggantikan nama sebenar orang atau benda. Manakala dalam buku Petunjuk

Tatabahasa Bahasa Melayu karya Pak Asraf atau Hj. Mohd Asraf bin Hj. Abdul Wahab

(2012:7) , kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti

Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata

nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama.. Namun, terdapat pelbagai

pendapat tentang pembahagian golongan atau jenis-jenis kata ganti nama. Menurut Asmah

Hj Omar (1986), kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan iaitu ganti

nama diri, kata ganti nama umum, kata ganti nama petunjuk, dan kata ganti nama

hubungan.

PERSAMAAN KATA GANTI NAMA ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN BUKU

TATABAHASA LAIN.

Ulasan atau pendapat ahli Tatabahasa di dalam buku-buku Tatabahasa

mengenai kata ganti nama kadang-kadang mempunyai ciri-ciri persamaan. Terdapat

persamaan antara Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu

8

Page 9: Bml3053 halim kata nama

dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar dari

segi jenis kata ganti nama diri. Jenis kata ganti nama diri dalam ketiga-tiga jenis buku ini

terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti

nama diri ketiga. Persamaan yang lain ialah dari segi jenis kata ganti nama tunjuk dan

kata ganti nama tempat. Dalam ketiga-tiga buah buku tatabahasa ini, jenis kata ganti

nama tunjuk terdiri daripada dua jenis, iaitu itu (menunjuk pada yang jauh) dan ini

(menunjuk pada yang dekat). Kata ganti tempat pula terdiri daripada tiga jenis, iaitu sini

(menunjuk pada arah yang dekat), situ (menunjuk arah yang agak jauh) dan sana

( menunjuk arah yang jauh).

Selain daripada itu juga, penggunaan kata ganti nama diri mempunyai ciri-ciri

kesantunannya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana, penggunaan perkataan saya

melambangkan penggunan kata yang formal dan mempunyai tanda hormat yang tinggi

dalam perbualan yang melibatkan perbezaan umur, pangkat, penulisan dan majlis-majlis

yang formal. Manakala panggunaan perkataan aku juga banyak digunakan ketika

berdoa dan pembicaraan batin seperti ungkapan “ampunilah segala dosa ku/aku”.

Disamping itu juga, perkatan aku boleh mengalami singkatan kata daripada perkataan

aku kepada perkataan ku dan selalunya digunakan di belakang perkataan.

Menurut ahli-ahli Tatabahasa lagi, perkataan kami dan kita dalam kata ganti

nama diri orang yang pertama mempunyai konteks penggunaan kata yang berbeza. Hal

ini adalah kerana, perkataan kami menyisihkan orang kedua sedangkan kita

memasukkan orang kedua. Secara ringkasnya, kami tidak memasukkan orang kedua

atau pendengar dipihak penutur manakalam kita melibatkan kita melibatkan semua

pihak sama ada sebagai pendengar, penutur atau pihak lain. Perakataan kita dipakai

jika orang kedua yang ditujukan percakapannya itu meliputi orang yang sedang

bercakap manakala perkataan kami digunakan jika tidak meliputi orang kedua yang

dilawan bercakap itu. Contohnya ialah “kami tidak makan daging kambing” dan “kita

tidak makan daging kambing”. Berdasarkan kepada contoh ayat di atas dapat

disimpulkan bahawa perkataan kami itu melambangkan orang kedua saja yang tidak

makan daging kambing manakala kita memberi makna orang kedua juga tidak makan

daging kambing.

Disamping itu juga, dalam penggunaan kata ganti nama diri orang ini boleh

wujudnya singkatan perkataan. Contohnya, perkataan engkau akan mengalami

9

Page 10: Bml3053 halim kata nama

singkatan kepada kau. Penyingkatan kata ganti nama diri orang ini tidak akan

menukarkan jenis kata ganti nama orang ini daripada jenis kata ganti nama diri pertama

kepada kata ganti nama kedua walaupun mengalami penyingkatan kata. Penyingkatan

ini juga tidak akan mengubah fungsi perkataan dalam penggunaan ayat. Contohnya,

“engkau/kau hendak ke mana?.

Kata ganti nama tanya dalam Tatabahasa Dewan mempunyai persamaan

dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Kata ganti nama tanya terbahagi kepada

tiga, iaitu mana, siapa, dan apa. Akan tetapi, terdapat perbezaan kata ganti nama tanya

dalam Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis

untuk Guru dan Pelajar. Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis

untuk Guru dan Pelajar, kata ganti nama tanya terdiri daripada apa, siapa, bila,

bagaimana, mana, berapa, kenapa, mengapa, dari mana dan ke mana.

PERBEZAAN KATA GANTI NAMA DIRI ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN BUKU

TATABAHASA LAIN

Terdapat beberapa perbezaan pendapat antara ahli Tatabahasa mengenai kata

ganti nama diri. Mengikut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007), Abdullah Hassan

(2006) dan arbak Othman (1985) di dalam buku Tatabahasa hasil penulisan mereka,

kata ganti nama diri hanya tergolong dalam tiga jenis bentuk kata ganti nama diri sahaja

iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti nama kedua dan kata ganti nama ketiga.

Kegunaan dan fungsi kata ganti nama diri adalah berbeza mengikut orang atau apa

yang cuba diperkatakan. Contonnya, kata ganti nama digunakan oleh penutur atau

penulis bagi menggantikan gelaran bagidirinya manakala kata ganti nama diri kedua

digunakan bagi merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau yang sedang

membaca. Kata ganti nama diri ketiga merupakan kata ganti nama yang merujuk

kepada orang yang sedang diperkatakan. Namun demikian, penggolongan kata ganti

nama diri mengikut Tatabahasa Dewan (2008), mempunyai dua golongan yang utama

iaitu kata ganti nana diri tanya dan kata ganti diri orang. Kata ganti diri tanya banyak

digunakan dalam bentuk pertanyaan. Contohnya ialah penggunaan kata ganti nama diri

siapa merujuk kepada pertanyaan yang melibatkan elemen manusia manakala

pertanyaan kata apapula merujuk kepada sesuatu benda dan penggunaan kata mana

merujuk kepada tempat. Penggunaan kata ganti nama diri orang yang elah dikemukan

10

Page 11: Bml3053 halim kata nama

oleh Tatabahasa Dewan tidk banyak perbezaan yang ketara dengan pendapat yang

telah dikemukan oleh ahmad Khair Mohd Nor, Abdullah Hassan dan Arbak Othman.

Mengikut pendapat yang telah dikemukan oleh Kamus tatabahasa Dewan, kata

ganti nama diri tanya mempunyai unsur-unsur penggandaan untuk membawa maksud

rujukan tidak tentu atau unsur penegasan. Contohnya penggunaan perkataan apa boleh

mengalami unsur penggandaan seperti “ bawalah apa-apa yang ada”. Ayat tersebut

membawa maksud apa sahaja yang kita ada , kita boleh membawanya. Manakala

perkataan mana apabila digandakan akan memberikan maksud rujukan kepada benda

atau perkara yang diperkatakan. Contohnya “ambillah mana-mana yang kamu suka”.

Proses penggandaan bagi perkataan siapa akan membawa maksud dan rujukan kepada

manusia. Contoh ayat ialah “siapa-siapa pun boleh bersuara”. Proses penggandaan

kata ganti nama diri tanya ini hanya terdapat dalan Tatabahasa Dewan sahaja.

Proses penggolongan kata ganti nama orang juga boleh digolongkan dalam

bentuk kata ganti nama tunggal dan kata ganti nama jamak. Ahmad Khair Mohd Nor

telah mengkategorikan bentuk kata ganti nama diri orang kepada bentuk tunggal dan

jamak. Menurut beliau lagi kata ganti nama diri pertama mempunyai dua kategori iaitu

tunggal dan jamak. Contoh kata ganti nama diri pertama yang tergolong dalam golongan

tunggal ialah seperti perkataan saya, aku, beta, patik,daku, dan ku. Manakala bagi

perkataan jamak pula ialah kami, kita, kami semua dan kita semua. Kata ganti nama diri

kedua ialah anda , awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Manakala mengikut

Tatabahasa Dewan, penggolongan bagi kata ganti nama diri dalam bentuk tunggal atau

jamak tidak dikemukakan pendapat. Tatabahasa Dewan hanya menyatakan jenis kata

ganti nama diri sahaja yang tergolong kepada tiga jenis iaitu pertama, kedua dan ketiga.

Penggunaan kata –nya dalam penerangan oleh ahli Tatabahasa agak berbeza.

Hal ini adalah kerana, Ahmad Khair Mohd Nor telah menyatakan bahawa penggunaan –

nya boleh digunakan dalam menggantikan ganti nama diri dia atau ia dan diletakkan di

akhir kata seolah-olah menjadi akhiran. Contohnya ayat ialah “ surat itu ditulis oleh dia”.

Apabila perkataan dia digantikan dengan perkataan –nya maka ayatnya adalah seperti

berikut “ surat itu ditulis olehnya”. Perkataan –nya boleh berfungsi sebagai pemilik

seperti ayat tersebut “rumahnya di Kampung Bahagia”. Perkataan –nya juga boelh

merujk kepada objek. Contohnya ialah “dia menulisnya dengan cepat”. Ahmad Khair

Mohd Nor tidak menyatakan fungsi penggunaan perkataan –nya secara lebih terperinci

11

Page 12: Bml3053 halim kata nama

ntuk yang menjadikan sesuatu perkataan berbanding dengan Tatabahasa Dewan. Hal

ini ketara, Tatabahasa Dewan telah menyatakan bahawa perkataan –nya merupakan

kata Pascakata. Kata Pascakata merupakan bentuk kata yang hadir selepas perkataan.

Perkataan –nya boleh berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Kata penekan

ialahkata yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh

dalam ayat ialah “pokok rambutan itu nampaknya akan mati”. Manakala kata pembenda

ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama

sebagai kata nama. Contohnya ialah lajunya, sakitnya, lantangnya, manisnya dan

banyak lagi.

Perbezaan yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk

Tatabahasa Bahasa Melayu dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis

untuk Guru dan Pelajar ialah panduan penggunaan kata ganti nama diri. Dalam

Tatabahasa Dewan, tidak dinyatakan secara terperinci panduan penggunaan kata ganti

nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Dalam

Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar, hanya

ditunjukkan secara ringkas panduan penggunaannya. Namun, dalam Petunjuk

Tatabahasa Bahasa Melayu, ada diberikan panduan penggunaan kata ganti nama diri

secara terperinci. Berikut ialah panduan penggunaan kata ganti diri pertama, kata ganti

diri kedua dan kata ganti diri ketiga.

Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Pertama

12

Page 13: Bml3053 halim kata nama

Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Kedua

Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Ketiga

13

Kata Ganti

Diri Pertama Penggunaannya

akuMerujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat

rapat atau mesra dan dengan Tuhan.

betaDigunakan oleh raja, sultan, atau kerabat diraja apabila bertitah kepada

rakyat.

dakuDigunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi

atau kata kerja transitif yang diakhiri huruf n.hamba Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.

kita Merujuk kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

kamiMerujuk kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap

dengan orang kedua.

patikDigunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap

dengan raja, sultan, atau kerabat diraja.

sayaMerujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru

dikenali atau orang lain pada umumnya.

Kata Ganti

Diri Kedua Penggunaannyaanda Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita,

misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya.awak Digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan

kitadikau Digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau

kata kerja transitif yang diakhiri huruf n.engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita,

misalnya dengan rakan sebaya dan dengan Tuhan.kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita,

misalnya dengan rakan sebaya, dan oleh orang dewasa kepada yang lebih

muda umurnya.tuanku Digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja, atau kerabat diraja.

Page 14: Bml3053 halim kata nama

baginda Digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja.beliau Digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati seperti ibu bapa, guru,

menteri, dan sebagainya.dia Digunakan untuk diri orang ketiga yang umum seperti rakan sebaya dan

orang-orang biasa.ia Digunakan dalam tulisan untuk diri orang ketiga seperti kata ganti dia juga.

mereka Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang.

Rumusan mengenai kata nama

Kata ganti nama mempunyai persamaan dan perbezaan dalam ulasan setiap

pendapat yang dikemukan dalam buku Tatabahasa. Namun demikian, konsep dan

fungsi yang diketengahkan dalam kata ganti diri memepunyai pendapat yang sama.

Konsep yang diketengahkan ialah yang berkaitan dengan panggilan ganti nama diri

yang diberikan kepada manusia bagi menggantikan penggunaan panggilan nama.

Fungsi kata ganti nama diri yang berkaitan dengan kesantunan dalam setiap perkataan

kata panggilan yang digunakan itu dan bersesuaian dengan konteks masa.

14

Page 15: Bml3053 halim kata nama

Terdapat sesetengah buku Tatabahasa yang berpendapat bahawa kata ganti

nama diri boleh digolongkan dalam kategori tunggal dan jamak. Melaui pengelasan yang

dibuat ini akan memudahkan lagi masyarakat membezakan jenis perkataan panggilan

yang sesuai untuk mereka gunakan. Contohnya, bagi menggantikan kata panggilan

yang merangkumi ramai orang, perkataan kita dan kami boleh digunakan. Manakala

jika hanya melibatkan seorang penutur sahaja perkataan saya atau aku lebih sesuai

digunakan bergantung kepada konteks dan masa perkataan itu digunakan. Di samping

itu juga, daripada segi kesantunan bahasa, kata ganti nama diri mempunyai kasantunan

bahasanya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana perkataan saya itu lebih

menggambarkan kesantunan yang tinggi berbanding dengan perkataan aku. Pada

kebiasaannya masyarakat akan menggunakan bahasa yang lebih santun apabila

berurusan dengan orang yang lebih tua atau mempunyai pangkat dan kedudukan yang

tinggi.

Berdasarkan kepada pemahaman yang tinggi mengenai kata ganti nama diriini

dapat mengelakkan masyarakat daripada salah menggunakan kata panggilan bagi

mengelakkan kekeliruan yang akan berlaku. Setiap lapisan masyarakat telahdidedahkan

dengan penggunaan yang betul mengenai kata ganti nama diri. Namun demikian ,

melalui perbandingan antara beberapa buah buku Tatabahasa dapat memperkukuhkan

lagi pemahaman dan penggunaan mengenai kata ganti nama diri.

KESALAHAN BAHASA

Kesalahan yang paling ketara dalam kata ganti nama adalah dalam penggunakan kata

ganti nama diri pertama dan kedua. Dalam kata ganti nama diri pertama, ku sering dieja

secara tidak betul dalam penulisan. Sebagai contoh, Buku itu ku beli tadi. Ku sepatutnya

dieja secara bercantum seperti Buku itu kubeli tadi. Selain itu, kami dan kita juga digunakan

tidak mengikut tempatnya. Misalnya, kami akan bersahabat selamanya dan kami jangan

putuskan ikatan sahabat ini. Penggunaan kami dalam ayat di atas adalah salah kerana kami

digunakan apabila orang yang dilawan bercakap hadir bersama-sama dan tidak

memasukkan orang kedua dalam perbualan sedangkan dalam ayat di atas memasukkan

15

Page 16: Bml3053 halim kata nama

orang ke dua. Kami perlu diganti dengan kita iaitu, kita akan bersahabat selamanya dan kita

jangan putuskan ikatan sahabat ini.

Selain itu, penggunaan awak juga digunakan pada bukan tempatnya tetapi tidak

nampak ketara. Sebagai contoh, Awak hendak ke mana? Tanya Ali kepada mak cik yang

melintas jalan. Penggunaan awak dalam penggunaan ayat di atas tidak sesuai kerana

dianggap kasar. Awak digunakan untuk bercakap dengan kawan karib dan orang yang baru

dikenali.

Dalam kata ganti nama diri ketiga, beliau sering digunakan sewenang-wenangnya.

Beliau dibunakan pada tempat yang tidak sepatutnya iaitu pada orang yang tidak dihormati.

Contohnya, Penjenayah itu dibicarakan dan beliau dijatuhi hukuman mati. Beliau tidak boleh

digunakan untuk orang yang tidak dihormati dan haiwan. Dalam ayat di atas, penjenayah

bukanlah orang yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak boleh digunakan dan sepatutnya

digantikan dengan dia atau ia menjadikan Penjenayah itu dibicarakan dan dia/ ia dijatuhi

hukuman mati. Kata ganti nama ia digunakan untuk perkara atau benda dan haiwan adalah

salah dan tidak boleh digunakan. Misalnya, Rumah itu rumah panjang. Ia terkenal di

Sarawak. Penggunaan ia dalam ayat adalah salah kerana ia digunakan untuk merujuk

kepada benda atau perkara yang diperkatakan sebelumnya iaitu rumah. Perkataan rumah

perlu digantikan dengan rumah iaitu, Rumah itu rumah panjang. Rumah itu rumah panjang.

Rumah itu terkenal di Sarawak.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu (Asraf), terdapat beberapa perkara yang perlu

diberi perhatian. Bagi penggunaan kata ganti diri pertama aku, elakkan penggunaan kata

aku apabila bercakap dengan seseorang yang belum mesra dengan anda, seseorang yang

lebih tua umurnya dan seseorang yang perlu dihormati. Penggunaan kata daku tidak

seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri huruf n. Contohnya, *Dia menyuruh

daku datang (salah). Sepatutnya penggunaan ayat yang betul ialah Dia menyuruh aku

datang (betul). Selain itu kata ganti nama daku tidak boleh digunakan sebagai subjek atau

predikat ayat. Contohnya, *Daku terkenang akan dia (salah). Sepatutnya ayat yang betul

ialah Aku terkenang akan dia (betul). Contoh lain yang salah ialah *Dakulah yang berkuasa

di sini (salah). Ayat yang betul ialah Akulah yang berkuasa di sini (betul).

16

Page 17: Bml3053 halim kata nama

Penggunaan kata ganti diri kedua pula, kata dikau tidak seharusnya digunakan

sesudah kata yang tidak diakhiri huruf n. Contohnyanya, *Kuucapkan selamat kepada dikau

(salah). Ayat yang betul ialah Kuucapkan selamat kepadamu (betul). Kata dikau tidak boleh

digunakan sebagai subjek ayat. Contohnya, *Dikau harus berjanji kepadaku (salah).

Sepatutnya, Engkau harus berjanji kepadaku (betul). Kata dikau juga tidak boleh digunakan

sebagai predikat ayat. Contohnya, *Dikaulah yang bersalah (salah). Ayat yang betul ialah

Engkaulah yang bersalah (betul).

Bagi penggunaan kata ganti diri ketiga pula, kata beliau tidak boleh digunakan secara

sembarangan saja, contohnya untuk orang yang tidak tidak dihormati dan untuk binatang.

Contohnya, Perompak itu telah dibicarakan di mahkamah. *Beliau dijatuhi hukuman penjara

selama lima tahun (salah). Ayat yang betul ialah Ia (atau ia) dijatuhi hukuman hukuman

penjara selama lima tahun (betul). Kata dia, ia, dan mereka tidak boleh digunakan untuk

benda atau binatang. Contohnya : Alat perkakas itu mahal. *Ia diimport dari Itali (salah).

Alat perkakas itu mahal. Alat perkakas itu diimport dari Itali (betul). Contoh yang lain, Kucing

itu sakit. *Dia (atau ia)dibawa ke klinik haiwan (salah). Kucing itu sakit, maka dibawa ke

klinik haiwan (betul). Kata ia tidak boleh bertugas sebagai penerang kata nama. Contohnya,

*Ayah ia sudah meninggal (salah). Ayahnya sudah meninggal(betul). Kata ia tidak boleh

bertugas sebagai pelaku dalam ayat pasif diri ketiga. Contohnya, *Buku itu belum dibaca ia.

(salah). Buku itu belum dibacanya (betul). Oleh sebab kata mereka bermakna jamak atau

lebih daripada seorang, maka kata mereka tidak perlu digandakan atau diulang menjadi

*mereka-mereka. Contohnya, *Mereka-mereka itu kawan saya (salah). Mereka itu kawan-

kawan saya (betul).

Kata ganti tanya apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia.

Contohnya, *Nama saudara apa? (salah). Nama saudara siapa? (betul). Kata siapa tidak

boleh digunakan untuk menanyakan nama binatang. Contohnya, *Nama anjing itu siapa?

(salah). Nama anjing itu apa? (betul). kata ganti tunjuk ini dan itu sebagai penentu tidak

boleh diletakkan di hadapan kata nama. Contohnya, *Ini pisau sangat tajam (salah). Pisau

ini sangat tajam (betul). Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak

boleh disamakan dengan kata ganti tanya apa, mana, dan siapa. Contohnya, *Apa yang

diceritakannya itu tidak benar (salah). Ayat yang sepatutnya ialah Apa-apa yang

diceritakannya itu tidak benar (betul).

17

Page 18: Bml3053 halim kata nama

KESIMPULAN

Kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau

kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama dibahagikan kepada

empat jenis. Berdasarkan apa yang dihuraikan di atas, terdapat perbezaan dan persamaan

antara Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dan Tatabahasa

Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. Antara ketiga-tiga buku

tatabahasa ini, Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dihuraikan dengan agak terperinci

berbanding dengan Tatabahasa Dewan dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan

Sintaksis untuk Guru dan Pelajar.

18

Page 19: Bml3053 halim kata nama

Kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama

atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama dibahagikan

kepada empat jenis iaitu kata ganti nama diri orang, kata ganti nama diri tanya, kata ganti

nama tunjuk, dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama diri orang pertama merupakan

kata ganti bagi orang yang bercakap iaitu, saya, aku, hamba, patik, beta, ku, daku, kami,

dan kita Kata ganti nama diri orang kedua merupakan kata ganti bagi orang yang berlawan

bercakap iaitu awak, anda, engkau, kau,dikau, kamu, mu, dan kalian. Bagi kata ganti nama

tunjuk pula adalah kata ganti nama yang digunakan atau yang berfungsi untuk

menggantikan benda atau tempat yang ditunjuk iaitu ini ( menunjuk pada yang dekat), itu

(menunjuk kepada yang jauh), sini ( menunjuk tempat yang dekat ), situ ( menunjuk tempat

yang agak jauh ), dan sana ( menunjuk tempat yang jauh ). Kata ganti nama tanya ialah

perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama untuk pertanyaan

dalam ayat tanya iaitu apa, siapa, berapa, mana, di mana, ke mana, dari mana, bagaimana,

mengapa, dan bila. Kata ganti tanya sering dilekatkan partikel –kah seperti siapakah,

apakah, dan manakah. Kata ganti nama tak tentu merupakan kata ganti yang merujuk

kepada sesuatu benda atau perkara dan juga seseorang dengan tidak tentu iaitu apa-apa,

siapa-siapa, apa-apa, mana-mana, dan sesuatu.

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan. (2004). Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis untuk Guru

dan Pelajar). Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Arbak bin Othman (1985), Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka

3. Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4. Asraf Abdul Wahab . (2012). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :

Penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd.

19

Page 20: Bml3053 halim kata nama

5. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008).

Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna

Edisi Baharu. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

20