antologi dirgahayu bahasaku drama

21
CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU (DRAMA) TINGKATAN 5 CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN. “ULI SAPA LET IT”

Upload: diyanamz

Post on 25-Dec-2015

80 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 1

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

(DRAMA)

TINGKATAN 5

CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu)

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

KELANTAN.

“ULI SAPA LET IT”

Page 2: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 2

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

(Suriani Mohd Yusof) Sinopsis

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah.

Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah serta Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan.

Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya.

Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya, dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah.

Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya.

Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Siap mereka ditegur Pak Man.

Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka.

Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat.

Dalam keadaan kecoh itu, Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami.

Akhirnya Jumaat dijumpai dan dkhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis.

Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat.

Sabriah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu.

Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Jimah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

Page 3: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 3

Pemikiran

Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

Persoalan

Kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi.

Sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.

Simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.

Jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.

Sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Plot

Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. Pembinaan Plot Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu; i. Permulaan

Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.

ii. Perkembangan

Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.

Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi.

iii. Konflik

Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.

Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.

Page 4: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 4

Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga.

Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang kehidupan mereka.

Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya mementingkan kerjaya dan diri sendiri sahaja.

iv. Klimaks

Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui.

v. Peleraian

Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.

Teknik Penceritaan

i. Pemerian

Dia budak lurus. Putih, putihlah yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung…(ms 439)

ii. Suspens

Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

iii. Kejutan

… Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? (muka surat 434)

Page 5: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 5

Watak dan Perwatakan Watak Utama i. Jimah

Isteri Jumaat, berusia 55 tahun

Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.

Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.

Watak Sampingan i. Sani

Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri

Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut.

ii. Sabri

Anak sulung Jimah

Mengetuai ahli keluarga

Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.

iii. Sabariah

Graduan ekonomi bekerja di London

Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.

Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

iv. Shahrul

Anak ketiga dalam keluarga

Seorang akauntan di Kuala Lumpur

Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai.

Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.

Page 6: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 6

v. Salmah

Seorang pereka fesyen

Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt.

Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.

vi. Wan Malin

Isteri Sani

Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

vii. Man Bengap

Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa.

Cucu angkat Pak Man

viii. Pak Man

Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.

Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.

ix. Mak Jah

Isteri Pak Man

Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut.

x. Wahid dan Senin

Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami.

Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.

Latar i. Latar masa

Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak

Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri

Senja di rumah Jimah

Page 7: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 7

ii. Latar tempat

Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut

Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.

Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya.

iii. Latar masyarakat

Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.

Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.

Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.

Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

Gaya Bahasa i. Diksi

Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)

ii. Falsafah

Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga iii. Simile

.. air matanya itu macam anak air mengalir

iv. Metafora

Ombak susu, gigi ombak v. Repetisi

Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah

Page 8: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 8

Nilai

Nilai kasih sayang kepada suami. Contohnya Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.

Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Contohnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.

Nilai menghormati orang yang lebih tua. Contohnya, Sani tetap menghormati Sabriah walaupun kerap dimarahinya.

Nilai nasihat-menasihati. Contohnya, Pak Man menasihati Sabriah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.

Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Contohnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.

Pengajaran

Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak. Contoh: Pak Jumaat dan Mak Jimah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.

Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita.

Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contoh: Sabriah insaf atas kesilapannya.

Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki. Contoh: Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.

Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Contoh: Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.

Page 9: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 9

DRAMA 1400

(Noordin Hassan) Sinopsis

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.

Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun, Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.

Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung.

Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.

Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan daripada kampung tersebut.

Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.

Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

Page 10: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 10

Pemikiran

Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat, justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya tercapai, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca daripada najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.

Persoalan

Kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta.

Keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan.

Pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit.

Penindasan kepada golongan lemah.

Penipuan kepada orang yang kurang berilmu. Plot Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.

(ii) Perkembangan

Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.

(iii) Konflik

Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.

Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.

Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang.

Page 11: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 11

(iv) Klimaks

Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya.

(v) Peleraian

Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.

Teknik Plot i. Kejutan

Dollah bertemu dengan mayat ibunya

Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh

ii. Suspens

Dollah disondol binatang ganjil

iii. Pemerian

Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...

iv. Imbas Kembali

Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut? Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

v. Monolog

Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama i. Dollah

Capik, miskin dan dihina masyarakat

Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.

Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..

Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.

Page 12: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 12

Watak Sampingan i. Intan Siti Rahimah

Isteri Dollah

Perempuan yang cantik

Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.

ii. Abu Lahab

Broker tanah

Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung.

iii. Pak Sudin

Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.

Latar

i. Latar masa

Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut

Minggu depan – Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau

Petang – di surau, Dollah berbual dengan Pak Long

ii. Latar tempat

Kampung Kuala dan Kampung Kenanga – tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda

Sungai Nenek–airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda

Surau – tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji

Di rumah pawang – Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

1. Latar masyarakat

Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.

Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .

Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.

Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.

Page 13: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 13

Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.

Gaya Bahasa i. Simpulan Bahasa

Besar hati, naik kepala, duri dalam daging

ii. Repetisi

Mereka, merekalah…

Cakap, cakap, cakap, cakap ...

iii. Personifikasi

Kambing-kambing tersenyum

iv. Kata Pinjaman

Bahasa Inggeris Order, secret,you, I

Bahasa Arab Fajar, sidik, hijrah

Nilai Murni

Nilai kesabaran. Contoh: Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.

Nilai tolong-menolong. Contoh: Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.

Nilai menghargai barangan tempatan. Contoh: Dollah tidak menggunakan batu marmar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu marmar dari Itali.

Nilai kasih sayang antara suami isteri. Contoh: Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.

Nilai ketaatan. Contoh: Intan Siti Rahimah mendengar arahan suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.

Page 14: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 14

Pengajaran

Kita hendaklah mencari rezeki yang halal. Contoh: Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.

Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Contoh: Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.

Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Contoh: Dollah mencemarkan sungai dengan najis kuda yang dipeliharanya.

Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Contoh: Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.

Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Contoh: Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung.

Page 15: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 15

DRAMA DATO’ ONN

(Othman Hj. Zainudin) TELAH KELUAR DALAM SPM JUN 2013

Sinopsis

Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya.

Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya.

Dato’ Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.

Di Singapura, Dato’ Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato’ Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.

Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak.

Kemudian Dato’ Onn dilantik menjadi Pegawai Daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato’ Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato’ Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak.

Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.

Page 16: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 16

Pemikiran

Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan.

Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting, Dato’ Onn tetap bersama-sama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’ Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.

Persoalan

Golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Dato’ Onn sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.

Kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union.

Pengorbanan seorang pemimpin. Lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah, rumah Dato’ Onn dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.

Keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama.

Menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Dato’ Onn mengahwini Halimah kerana tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat.

Kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar.

Kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai. Sesiapa yang ingkar akan ditindas.

Akhbar dalam membentuk minda rakyat. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan.

Page 17: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 17

Plot

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu : i. Permulaan

Pada peringkat ini, watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’ Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal.

ii. Perkembangan

Pada bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.

iii. Konflik

Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.

Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.

MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.

MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.

Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.

Page 18: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 18

iv. Klimaks

Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan.

v. Peleraian

Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah air.

Teknik Penceritaan i. Pemerian

Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan…

ii. Imbas Kembali

Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…

iii. Dialog

Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum Watak dan Perwatakan Watak Utama

i. Dato’ Onn b Jaafar

seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung

Menteri Besar

Pengasas kemerdekaan

Seorang yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.

Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.

Page 19: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 19

Watak Sampingan i. Halimah

isteri Dato Onn

seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja.

ii. Cik Kah

seri panggung

Penari yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn

iii. DJ Campbell

Pegawai Inggeris

Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.

iv. Dr Burhanuddin

Pemimpin KMM

Pengasas Parti PAS

Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.

Latar Latar Masa

- 1927, Dato Onn menjadi nelayan - 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. - 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union. - 1947 penganugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua - 1951 Dato Onn berucap - 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat

- Singapura Dato Onn menjadi nelayan. - Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. - Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union - Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua - Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap - Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air

Page 20: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 20

Latar Masyarakat - Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air

Contohnya Dato Onn. - Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh

ketinggalan. - Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah,

contohnya DJ. Campbell dan Maxwell - Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM

Gaya Bahasa i. Diksi

- Kata pinjaman (bahasa Inggeris) Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club

- Kata pinjaman (bahasa Arab)

Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah ii. Peribahasa

Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Nilai Murni

Nilai taat kepada ibu bapa. Contoh: Lantaran tidak mendapat restu keluarga, perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.

Nilai bertanggungjawab. Contoh: Dato’ Onn bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.

Nilai bersatu padu. Contoh: Dato’ Onn nenegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat.

Nilai kesetiaan. Contoh: Rakyat jelata setia kepada tanah air tanpa berbelah bahagi dalam apa keadaan sekalipun.

Nilai menghargai jasa. Contoh: Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua kepada Dato’ Onn yang berjasa kepada tanah air.

Page 21: Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Drama 21

Nilai muafakat. Contoh: Dato’ Onn mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.

Pengajaran

Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.

Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan.

Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.

Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif.

Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan.

Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.