57508442 folio kerjaya

51
FOLIO KERJAYA TINGKATAN 5 DOKTOR PERUBATAN NAJMI SHAFIZ BIN ROZMAN 5 AL IMRAN (5E) TOPAZ 5 11565 0

Upload: suhana-saini

Post on 25-Jul-2015

552 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

FOLIO KERJAYA TINGKATAN 5 DOKTOR PERUBATANNAJMI SHAFIZ BIN ROZMAN 5 AL IMRAN (5E) TOPAZ 5 11565

1

ISI KANDUNGAN

2

ISI KANDUNGANHALAMAN

PENDAHULUAN PENGENALAN UMUM KERJAYA SKOP DAN BIDANG TUGAS AMALAN PROFESSIONAL SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK INSTITUSI PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KERJAYA INI MASA DEPAN KERJAYA INI SEBAB SEBAB SAYA MEMILIH KERJAYA INI TEMUBUAL KESIMPULAN LAMPIRAN

3 5 9 12 15 22 24 26 29 33 35

3

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN4

A

lhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya

dapat menyiapkan Folio Kerjaya ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja ini. Saya Najmi Shafiz Bin Rozman ingin menjulang sekalung

penghargaan kepada Puan Norhayati dan Puan Mariam Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA Pontian, Johor kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayah saya Encik Rozman Bin Salleh yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan Folio Kerjaya ini dan juga ibu saya Puan Suhana Binti Mohd Saini yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja ini dengan lebih awal. Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan-rakan saya di kelas 5Al Imran yang telah banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalam merealisasikan pembuatan Folio Kerjaya ini. Sekian, terima kasih.

5

PENGENALAN UMUM KERJAYA

PENGENALANApa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar6

pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaanpersediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara. Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg - Merupakan hasil usaha 4 orang pakar dalam bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi. - Seseorang bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait-mengait antara satu sama lain. - Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan menjadi fokus dalam teori ini. - Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan ini.

Unsur-unsur Teori Ginzberg 1. Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan secara tipikal berlaku dalam satu jangka masa yang lebih daripada 10 tahun. 2. Proses perkembangan ini merupakan proses yang tidak boleh berpatah balik. 3. Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara minat, kebolehan, nilai dengan peluang yang ada. 4. Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat Fantasi (6-11 tahun), peringkat Percubaan (11-18 tahun), dan peringkat Realistik (17-20 tahun). Namun, proses pemilihan kerjaya tidak terhenti setakat umur 20 tahun7

sahaja tetapi proses ini berlaku sepanjang hayat individu.

Pengenalan Kerjaya pilihanDOKTOR PERUBATANDoktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan

8

mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit. Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat). Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagaibagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan. Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat di universiti-universiti tempatan.

SKOP & BIDANG9

TUGAS KERJAYA

Skop bidang kerjayaDoktor PerubatanDoktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal xray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis10

penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas1. Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit; 2.Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis; 3.Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis; 4.Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu; 5.Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;

11

6.Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum; 7.Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain; 8.Menyediakan dokumen dan laporan saintifik; 9.Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan; 10.Menyelia pekerja lain.

12

AMALAN PROFESSIONAL BIDANG KERJAYA

Amalan Professional Bidang Yang Dipilih

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN13

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii)

Berminat dengan profesion ini Sentiasa membantu pesakit Menguasai bidang sains dan matematik Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris Tidak takut dengan darah Berkeupayaan pembedahan Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik melakukan pemeriksaan dan

Ciri-Ciri Peribadi Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka; Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah; Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan; Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;14

Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan; Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya; Berkemahiran berkomunikasi; Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

15

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

16

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT YANG MENAWARKAN KURSUS PERUBATAN

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act. 1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan di hospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service).

17

Syarat KemasukanA. Syarat Am 1. 2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di

peringkat SPM/ setaraf3.

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00. ATAU

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata pelajaran lain 4. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

B.

Keperluan Khas Program18

1.

Matrikulasi Sains Hayat Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat SPM, dan

a) b)

Biologi

c)

Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Biologi di peringkat SPM.

Kimia

2.

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

a) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Biologi pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran Kimia pada peringkat SPM/O level, dan b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Kimia pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran Biologi pada peringkat SPM/O level, dan c) Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan pada peperiksaan mata pelajaran 2(a) atau 2(b).19

C.

Kelayakan lain sebagai ganti STPM Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi yang

diiktiraf

D.

Lain-Lain Syarat Kemasukan 1.2.

Fasih dalam Bahasa Malaysia Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan Taraf kesihatan yang memuaskan Memenuhi lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Universiti

3.

4.

E.

Calon Bukan Warganegara Malaysia Sertakan surat akuan sekurang-kurangnya dua orang pengadil.

20

SARJANA MUDA

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada A Level dalam mata pelajaran berikut : Kimia Biologi Fizik atau Matematik ATAU 2. Lulus penuh peperiksaan International Baccalaureate dengan agregat tidak kurang daripada 35 dalam bidang Sains dan Matematik ATAU 3. Lulus South Australian Matriculation / AUSMAT / NSW HSC dengan TER 85 dan ke atas ATAU 4. Lulus Program Canadian International Matriculation / Canadian Pre University dengan CGPA tidak kurang daripada 3.50

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi21

UiTM

Syarat Am Universiti Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai; dan Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

22

INSTITUSI PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KURSUS INI

Senarai ipt yang menawarkan kursus perubatan

23

= = = = = =

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

24

MASA DEPAN KERJAYA YANG DIPILIH

Masa Hadapan Kerjaya Yang Dipilih Dasawarsa ini rata-rata masyarakat lebih mementingkan kesihatan tubuh badan. Oleh itu, jumlah doktor yang diperlukan di Negara kita ini khususnya diperlukan demi membantu25

mengekalkan kesihatan masyarakat. Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri. Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain. Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30 ETP RM 165.00 EKA RM 170.00 Elaun Kritikal : RM 500.00 Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00

26

SEBAB SEBAB SAYA MEMILIH KERJAYA INI

SEBAB SEBAB SAYA MEMILIH KERJAYA INI27

Saya sebenarnya telah meminati kerjaya doktor perubatan ini sejak dari kecil lagi. Tambahan pula, kedua ibu bapa saya memang menyarankan saya untuk memilih karier doktor perubatan sebagai kerjaya pilihan kerana pekerjaan ini merupakan salah satu pekerjaan yang mulia dan menjanjikan masa depan yang cerah kelak. Disamping itu juga saya berpendapat sekiranya saya mengambil jurusan berkaitan perubatan saya akan lebih peka dengan langkah-langkah untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan tubuh badan saya. Saya juga mempunyai minat yang mendalam dalam usaha membantu masyarakat yang dalam kesusahan. Dengan berbuat demikian, saya akan berasa gembira kerana dapat menyelamatkan nyawa individu serta menggembirakan kehidupan orang lain. Saya juga selesa bekerja dengan masyarakat kerana saya suka berinteraksi dan berkomunikasi dengan pesakit. Selain itu saya akan berpuas hati sekiranya dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan usaha yang saya lakukan dengan kemampuan saya sendiri. Kerjaya doktor perubatan merupakan pekerjaan yang sangat mulia di sisi agama Islam. Setiap hari mereka mempunyai peluang untuk melakukan kebajikan dengan membantu manusia lain yang mempunyai masalah kesihatan. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa', ayat ke-40 yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya28

pahala yang besar." Kesimpulannya saya berharap saya boleh merialisasikan cita-cita saya ini pada satu hari nanti dan folio kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam menambahkan minat saya dalam bidang perubatan ini.

29

TEMUBUAL

Ceritakan Tentang Kerja Yang Anda Lakukan Sekarang Sebelum saya menjadi seorang pegawai perubatan, saya menjalani latihan 'housemanship' selama 2 tahun. Sepanjang tempoh 2 tahun tersebut, saya bekerja di 6 jabatan berbeza - 4 bulan untuk setiap jabatan. Setiap jabatan mempunyai persekitaran, ketua, cabaran dan pengalaman yang berbeza. Contohnya, cabaran semasa bertugas di Jabatan Pembedahan tentulah berbeza jika dibandingkan dengan cabaran ketika bekerja di Jabatan Kecemasan. Rutin harian juga berbeza bagi setiap jabatan. Secara umumnya, setiap hari saya akan berjumpa dengan pesakit di ward ('ward round') bersama rakan30

doktor lain. Dari situ, saya akan mengetahui perkembangan keadaan kesihatan pesakit. Kemudian saya akan berbincang dengan rakan-rakan lain untuk mengetahui apa langkah seterusnya bagi pesakit berkenaan. Mengapa Anda Tertarik Dengan Kerjaya Ini? Dalam keluarga saya, tiada lagi seorang pun yang menjadi doktor. Jadi, saya mengambil cabaran ini dan berusaha menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain. Menjadi seorang doktor memberikan saya peluang untuk membantu orang lain setiap hari. Saya suka berkomunikasi dengan orang lain. Kerjaya ini memberikan saya peluang untuk berkomunikasi dengan macam-macam orang. Selain itu, bagi saya, kerjaya doktor adalah suatu kerjaya yang mencabar kerana kami berhadapan dengan nyawa manusia lain. Jadi, saya sangat sukakan cabaran tersebut.

Bagaimana Anda Tahu Ia Adalah Kerjaya Terbaik Untuk Anda? Pada pandangan saya, segala yang berlaku adalah yang terbaik daripada Allah SWT untuk kita. Samada ia yang terbaik atau tidak, kita sendiri yang menentukannya. Setiap jabatan yang saya pergi, saya akan berusaha sehabis baik untuk suka atau cinta dengan apa yang saya lakukan. Indahnya Islam, setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ibadah. Maka, saya yakin bahawa apa yang saya lakukan, segalanya ada nilai dan makna di sisi Allah SWT.31

Pengalaman Yang Paling Menyeronokkan Tentang Kerjaya Anda? Pastinya kepuasan apabila seseorang yang sakit menjadi sihat apabila kita merawat mereka. Saya merasa bahagia apabila dapat membuat perubahan dalam hidup mereka. Keceriaan wajah mereka setelah sihat memberikan saya kekuatan untuk terus berbakti. Bukan itu sahaja, selalunya ahli keluarga pesakit juga akan ceria dan seronok setelah mengetahui yang ahli keluarga mereka telah pulih. Pengalaman Yang Paling Menyedihkan Tentang Kerjaya Anda? Apabila melihat pesakit yang kita rawat meninggal dunia.

Sedikit Nasihat Kepuasan memberikan khidmat kepada rakyat Malaysia adalah kepuasan yang tiada tolok bandingnya. Sebahagian rakan saya lebih suka berkhidmat di luar negara selepas graduasi, namun bagi saya, berkhidmat di negara sendiri pastinya yang terbaik. Apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan, kita mesti 'enjoy' dan 'sayang'kan amanah tersebut. Setiap orang mungkin mempunyai cara masing-masing untuk menjadikan kerjaya mereka sesuatu yang menyeronokkan. Jadi, 'find your own way'. Dalam Islam, pekerjaan adalah ibadah. JIka ia dilakukan dengan ikhlas, kita bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia, malah juga di akhirat. Kita perlu sentiasa pastikan jiwa ikhlas setiap saat. Jika Hari Ini Anda Bukan Seorang Doktor, Apakah Kerjaya Anda? Chef! ^_^ Saya suka masak!32

KESIMPULAN33

kesimpulan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan folio kerjaya ini. Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam memilih bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti saya. Selain itu, tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-cita yang saya idam-idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya. Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Selain itu, tugasan ini juga telah membuka mata saya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan ke universiti bagi meneruskan cita-cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup saya.34

LAMPIRAN 1

35

Dr Mohd Fairuz lulus dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun 1990 memulakan karier beliau sebagai Pegawai Perubatan di Sarawak sebelum bertugas di Hopistal Seremban. Beliau kemudiannya telah membuka klinik36

sendiri di Poliklinik Raub dan Surgery pada tahun 1998.Beliau membuka klinik ini dalam tahun 1998 serta menguruskan cawangan klinik ini bersama beberapa orang kakitanganny

Lampiran

37

38

39

LAMPIRAN 2

40

41

42

43