2007122710125509-topic 8 low

Upload: olivia-eva-melisa

Post on 07-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    1/26

    PENGENALAN

    Selamat datang ke Topik 8 Kemahiran Asas Hoki. Topik ini merupakan lanjutanTopik 7 yang membincangkan tentang sejarah hoki. Anda tentu masih ingat bukan? Topik 8 akan menerangkan kepada anda tujuh kemahiran asas dalampermainan hoki. Akhir sekali setelah anda dapat menguasai ketujuh tujuhkemahiran asas ini, anda akan mempelajari pula tentang empat strategipermainan ini. Selamat berjuang!

    KEMAHIRAN ASAS

    Mari kita lihat tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu:(i) Menggelecek.(ii) Tolakan.

    (iii) Menyerkap.(iv) Memukul.(v) Hantaran.(vi) Kuitan dan hantaran tinggi.(vii) Penjagaan gawang gol.

    Sekarang mari kita lihat satu persatu tujuh kemahiran ini dengan lebihmendalam.

    8.1

    TToo pp iik k 88 KemahiranAsas Hoki

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menguasai tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki; dan2. mengenal pasti empat strategi permainan hoki.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    2/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI136

    8.1.1 Menggelecek

    Kemahiran asas pertama yang harus dipelajari dalam sukan hoki adalahkemahiran menggelecek. Apakah yang anda faham tentang menggelecek?

    Menggelecek adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pemain lawan.

    Selain itu, tahukah anda apa lagi kegunaan menggelecek? Kegunaan lainmenggelecek adalah:

    (i) Mengekalkan pemilikan bola.(ii) Persediaan untuk menghantar dan menjaringkan gol.(iii) Mencari ruang dan menukar arah.(iv) Melengahkan masa.

    Tahukah anda terdapat tiga cara menggelecek? Tiga cara tersebut ialahmenggelecek longgar, menggelecek rapat dan menggelecek Indian. Mari kitalihat ketiga tiga cara menggelecek ini satu persatu.

    (a) Menggelecek LonggarBilakah kemahiran menggelecek ini digunakan? Kemahiran menggelecekini (open/loose dribble) digunakan apabila pemain hendak menggerakkan

    bola dengan cepat untuk tujuan:

    Melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan. Berlari dengan bola ke arah gol (Rajah 8.1).

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    3/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 137

    Rajah 8.1: Menggelecek longgar sambil berlari ke arah gol

    (b) Menggelecek RapatBagaimana pula dengan menggelecek rapat? Menggelecek rapat digunakanapabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabilapemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermainsama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan(Rajah 8.2).

    Rajah 8.2: Menggelecek rapat

    (c) Menggelecek IndianAkhir sekali adalah menggelecek Indian. Menggelecek Indian sangat berguna jika pemain hendak menukar arah daripada kanan ke kiri atausebaliknya. Melalui cara ini pemain boleh melarikan diri daripada pihaklawan (Rajah 8.3).

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    4/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI138

    Rajah 8.3: Menggelecek Indian

    8.1.2 Tolakan

    Tahukah anda bahawa menolak adalah cara penghantaran yang paling pantaskepada seorang rakan? Ini adalah kerana sasaran bola disembunyikan sehinggasaat saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan. Dalam keadaan tertekan, iamerupakan penghantaran yang paling selamat dan boleh dibuat dengan mudah.

    Selain itu, kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan yang sukar dimana kemahiran memukul tidak boleh digunakan.

    Walaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkandengan kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan dengan sertamerta tanpa disedari oleh pihak lawan. Kemahiran menolak sangat bergunauntuk clearance cepat atau jaringan. Kemahiran ini juga boleh dilakukandaripada kedudukan yang sukar di mana kemahiran memukul tidak bolehdigunakan. Kemahiran menolak mempunyai hantaran lengkung yang luas dan boleh dilakukan semasa pemain bergerak dengan cepat. Ini kerana pemain tidakmenggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawanmelihat dan menjangka bila dan ke mana bola akan dihantar.

    Sekarang mari kita lihat mekanik menolak dari segi cara memegang kayu, cara berdiri, bola, badan dan perlaksanaan kemahiran.

    (a) Cara Memegang Kayu

    Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas, sementara kedudukantangan kanan ialah 15 30 cm di bawah tangan kiri.

    Kayu dipegang kuat untuk melaksanakan kemahiran ini.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    5/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 139

    (b) Cara Berdiri

    Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau target. Kedudukan kaki perlu selesa untuk memberi keseimbangan. Lutut dibengkokkan berhampiran dengan kayu supaya dapat diletak

    dekat dengan bola.

    (c) Bola

    Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan atau lebih kurang 30 cmdari kaki kiri atau lebih kurang 40 45 cm apabila kedudukan badan

    bersudut tepat.

    (d) Badan

    Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat boladengan tepat (lihat Rajah 8.4).

    Rajah 8.4: Kedudukan badan ketika hendakmembuat tolakan

    (e) Perlaksanaan Kemahiran

    Bagi perlaksanaan kemahiran ini kayu hendaklah berhampiran bola

    atau melekat dengan bola. Bola ditolak dengan tangan kanan sambil tangan kiri menekan kayu

    ke bawah. Bola ini akan bergerak leret ke arah sasaran. Hayunan kayumengikut rentak adalah penting kerana ia membantu menyentuh bolaseberapa lama yang boleh.

    Dalam perlaksanaan kemahiran ini seseorang individu perlumemindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

    Dengan koordinasi dan pergelangan tangan yang kuat, penolakanyang kemas dapat dilakukan.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    6/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI140

    8.1.3 Menyerkap

    Kemahiran ketiga ialah menyerkap. Tahukah anda maksud menyerkap?

    Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainanhoki (memiliki bola). Pemain pemain harus menguasai kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana permainan hoki bolehdimainkan di atas padang rumput dan juga astroturf. Pasukan pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukancorak permainan. Pemain boleh melakukan kemahiran menyerkap dalamkeadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar (lihat Rajah 8.5).

    Rajah 8.5: Menyerkap dalam keadaan bergerak semasa bola dihantar

    Apakah mekanik untuk menyerkap bola? Untuk menyerkap atau menerima bola, biar bola bergerak ke kayu anda dan bukan mencucuk bola itu. Bolasepatutnya diserkap dan dikawal dalam posisi terbaik dan bersedia untuktindakan selanjutnya. Apabila anda bersedia untuk menerima bola, anda harussentiasa ingat apa yang hendak anda lakukan sebelum bola tersebut sampai.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    7/26

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    8/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI142

    (c) Badan

    Badan, kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan arahdatangnya bola. Kadang kala satu langkah ke hadapan diperlukanuntuk menyerkap bola.

    Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah penting untuk menyerkap bolayang datang dari kedua dua arah itu.

    Semua pemain mestilah meletakkan badan mereka dalam kedudukanyang diperlukan dengan berat badan sentiasa berpindah dari kiri kekanan.

    Pada masa bola bersentuhan dengan kayu, tangan kiri ditegakkan

    sementara tangan kanan dibengkokkan sedikit. Pemain pemain dilarang membuangkan kayu ke arah bola. Mereka

    mesti menerima bola dari beberapa arah khasnya dari belakang, daripemain pertahanan, kiri dan kanan.

    8.1.4 Memukul

    Apakah kepentingan kemahiran memukul? Memukul merupakan kemahiranyang sangat kuat antara kesemua strok hoki. Kelebihan strok ini ialah bola bolehdigerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Selain itu, ketepatan pukulan juga adalah penting.

    Apakah mekanik memukul? Mekanikal memukul dapat kita lihat dalampegangan kayu, cara berdiri, hayunan, badan dan kuasa untuk memukul bola.

    (a) Pegangan Kayu

    Letakkan kepala kayu hoki di atas tanah, dengan jari kayu menghalake hadapan.

    Letakkan tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar.Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri, jari jari memegang batang kayu. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari

    telunjuk kedua dua tangan adalah selari dengan jari kayu hoki.Hanya sebahagian kayu hoki iaitu 4 7 cm, menjulur (protrudes) diatas tangan kiri.

    (b) Cara Berdiri

    Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan.Kedudukan badan adalah seimbang. Kaki perlu dijarakkan lebihkurang lebar bahu. Jari kaki kanan tersebut tegak dengan bahu dan jari kaki kiri lebih kurang 30 40 darjah.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    9/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 143

    (c) Hayunan

    Untuk pukulan lurus, hayunan dimulakan daripada hayunan belakang ke hayunan bawah dan ikut lajak. Ia mesti mengikut lorongyang sama.

    Berdiri ke sisi ke arah bola, memegang kayu hoki dengan dua belahtangan rapat di atas kayu hoki. Pada masa kayu hoki dihayun kehadapan, pinggul (hip) berputar dan berat badan dipindahkandaripada kaki belakang ke kaki hadapan sambil bola dipukul. Padamasa memukul bola, pastikan kepala anda di atas bola dan mukakayu hoki sama rata dengan bola. Pukulan diteruskan dengan

    hayunan mengikut lajak ke arah di mana bola ditujukan (lihat Rajah8.7).

    Untuk memastikan bola akan bergerak dengan laju dan ke arahtertentu, kayu hoki mesti memukul bola dengan rata dan kuat. Kayuhoki harus bergerak sebagai bandul (pendulum) dengan tumpuankepada hayunan ke hadapan.

    Rajah 8.7: Hayunan ketika memukul bola

    (c) Badan

    Berat badan seimbang semasa menghayun ke belakang dengn berat badan dipindahkan ke kaki kiri pada masa hayunan ke bawah bermula. Pada masa bola dipukul, berat badan berada di kaki kiri.Berat badan terus berpindah ke kaki kiri semasa ikut lajak. Biasanyatumit kaki kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    10/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI144

    (d) Kuasa untuk Memukul Bola

    Kuasa untuk memukul didapati daripada koordinasi beberapa faktor.Ini termasuk momentum badan dan pemindahan berat badan dengan betul. Kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan hayunanke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul(lihat Rajah 8.8).

    Rajah 8.8: Kuasa untuk memukul bola diperoleh daripada kekuatan bahu dan lengan,

    kelajuan dengan pecutan hayunan ke bawah dan kekuncipergelangan tangan pada masa bola dipukul

    Walau bagaimanapun, terdapat kesilapan biasa dalam memukul. Jadual 8.1menerangkan kesilapan ketika memukul dan pembetulannya.

    Jadual 8.1: Kesilapan Ketika Memukul dan Pembetulannya

    Kesilapan PembetulanLajakan dihentikan semasa memukul bola.

    Menghayun ke hadapan untuk memukul boladan hayunan diteruskan dengan ikut lajakyang baik selepas pukulan.

    Menghayun kayu hoki sekeliling badan,mulai daripada belakang bahu kanansehingga melepasi garisan badan.

    Kayu hoki harus bergerak dengan arah teruskepada sasaran, bermula daripada hayunan bawah sehingga tamat ikut lajak.

    Tidak memindahkan berat badandaripada kaki belakang ke kakihadapan semasa memukul bola.

    Berat badan harus dipindahkan daripada kaki belakang ke kaki hadapan semasa boladipukul.

    Hayunan ke belakang berlebihandilakukan untuk menambah kuasamemukul.

    Hayunan ke bawah harus dicepatkan danpemindahan barat badan juga dilakukanuntuk mendapatkan kuasa pukulan yangkuat.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    11/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 145

    8.1.5 Hantaran

    Kemahiran kelima dalam hoki adalah hantaran. Hantaran dengan pukulanmerupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola akan bergerak denganpantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah boleh dicapai dengan latihanlatihan yang berterusan dan ini sentiasa perlu ditekankan oleh jurulatih.Tahukah anda ada berapa jenis hantaran? Terdapat tiga jenis hantaran yang kitaakan pelajari iaitu hantaran bentuk segi empat sama, hantaran depan danhantaran belakang.

    (a) Hantaran Bentuk Segi Empat Sama (Square Pass )Hantaran yang dihantar adalah selari dengan garisan gol. Hantaranhantaran ini boleh dilakukan di sebelah kiri atau kanan denganmenggunakan reverse stick. Hantaran hantaran boleh dilakukan dengansatu tolakan, pukulan atau kuitan.

    Hantaran square biasanya dilakukan apabila serangan bermula kerana iamemberi masa untuk pemain belakang bergerak ke atas dan menambahkan bilangan pemain serangan dan memaksa pemain pemain pertahanan bertukar tukar tempat dengan kerap antara mereka. Semasa mereka cubamengatur semula permainan ada kemungkinan terdapat ruang ( gaps)dalam pertahanan yang boleh digunakan oleh penyerang penyerang untuk

    dieksploitasi. Dua jenis hantaran square adalah:(i) Menghantar daripada sayap kanan (RW) kepada apit kanan (RI).(ii) Menghantar daripada apit kanan (RI) kepada apit kiri (LI) (lihat Rajah

    8.9).

    Rajah 8.9: Dua jenis hantaran square

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    12/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI146

    (b) Hantaran Depan ( Forward Pass )Apakah yang dimaksudkan dengan hantaran depan?

    Ia boleh dilakukan secara pepenjuru (diagonally) ke depan atau tegak lurus( perpendicularly) kepada garisan gol (Rajah 8.10).

    Rajah 8.10: Hantaran depan

    Hantaran hantaran satu dan tiga dibuat bagi mendapatkan kawasan untukmempercepatkann serangan atau untuk mengalahkan pertahanan pihaklawan dengan hantaran bola menerusi (a through ball). Dalam pertahanan,ia digunakan untuk membawa bola jauh dari tempat yang bahaya. Satuhantaran square jika digunakan dalam pertahanan, adalah kurang selamat

    kerana ia boleh dihalang dan anda tidak dapat menjauhkan bola daripadatempat yang berbahaya.

    (c) Hantaran Belakang (Back Pass )Hantaran belakang jarang digunakan tetapi kadang kadang ia bolehdigunakan untuk:

    melambatkan permainan mendapatkan lebih ramai penyerang berada di kawasan permainan

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    13/26

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    14/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI148

    (iii) Bola

    Kedudukan bola tidak seharusnya jauh ataupun dekat sangat dengankaki kiri.

    Sekiranya bola dalam kedudukan terlalu hampir dengan kaki kiri,kemungkinan pemain berkenaan akan memukul kakinya sendiri.

    Kedudukan bola juga bergantung kepada ketinggian pemain berkenaan.

    (iv) Hayunan

    Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satugarisan lurus dengan kaki kiri.

    Pada masa kayu terkena pada bola, muka kayu hendaklah dalamkeadaan vertical supaya pukulan tepat boleh berlaku.

    Gerakan tangan adalah bebas dan tidak menyentuh mana mana bahagian badan atau sebarang jenis halangan sama ada pada masamenghayunkan ke belakang atau mengikut lajakan ke hadapan.

    (v) Badan

    Semasa kayu dihayunkan ke belakang, berat badan adalah sama ratatetapi apabila kayu diturunkan ke bawah berat badan dipindahkandari kaki belakang ke kaki hadapan. Jari jari kaki kanan menjadipaksi.

    Beri perhatian terhadap perkara perkara berikut: gerakan badan dan pemindahan berat badan kekuatan badan khasnya di bahagian bahu kepantasan menurunkan kayu kunci/tegak/genggaman pergelangan tangan memegang kayu dengan kuatnya pada masa kayu bersentuhan

    dengan bola

    8.1.6 Kuitan dan Hantaran TinggiSekarang kita lihat kemahiran keenam iaitu kuitan dan hantaran tinggi. Apakahkepentingan kemahiran menguit? Untuk menjaringkan gol, kemahiran menguitadalah penting kerana ia memerlukan pergerakan persediaan untuk menguit bola dengan terkawal. Ia juga boleh mengelirukan pemain lawan tentang kemanakah bola akan dihantar. Kemahiran menguit adalah sangat berguna untukmelepaskan bola daripada kayu hoki pihak lawan dan menghantar hantaran jauh kepada pemain forwad pasukan anda.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    15/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 149

    Bagaimana pula dengan mekanik menguit dan butiran mengajar?

    Kemahiran menguit adalah strok tolakan yang dinaikkan dan selalunya berpusing. Pegangan dan cara melakukan kemahiran menguit adalah lebihkurang sama dengan kemahiran menolak. Persamaan antara kedua duakemahiran ini ialah pegangan, pergerakan, tolakan, tidak ada hayunan belakangkerana pergerakan bermula dengan kayu hoki di belakang bola, memerlukanpergelangan tangan yang kuat dan ikut lajak yang baik.

    (a) Bola

    Letakkan bola di hadapan kaki depan.

    (b) Strok

    Berat badan diberatkan pada kaki belakang sehingga kayu hokidiletakkan di bawah bola, sebelum berat badan dipindahkan ke kakihadapan. Ini akan menyebabkan bola mendapat peluncuran yang baik untuk melakukan sesuatu hantaran panjang atau jaringan.

    Semasa melakukan kemahiran menguit, satu pergerakan putaranyang cepat dengan pergelangan tangan akan menyebabkan kuitan itu berputar. Strok ini sangat sukar untuk dikawal oleh penjaga gol.

    (c) Kayu

    Semasa menyentuh bola, kayu hoki hendaklah menghadap ke atassedikit.

    Putaran adalah bahagian strok yang paling susah. Bahagian rata kayuhoki melakukan putaran.

    Cuba kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh,sentuhan bermula dengan sebelah kanan bola, kemudian sebelah bawah bola, sebelah kiri bola dan akhirnya kuit dengan jari kayuhoki.

    Terdapat juga kesilapan biasa yang berlaku ketika menguit. Jadual 8.2menerangkan kesilapan tersebut dan pembetulannya.

    Jadual 8.2: Kesilapan Ketika Menguit dan Pembetulannya

    Kesilapan PembetulanTumpuan hanya diberikan untukmenaikkan bola dan tidak kepada tolakanyang kuat.

    Tumpuan patut diberikan kepada tolakanyang kuat ke udara.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    16/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI150

    Apakah aktiviti aktiviti untuk latihan menguit? Terdapat dua jenis aktiviti yang boleh dilakukan untuk latihan menguit iaitu latihan individu dan variasi danansur maju. Mari kita lihat satu persatu.

    (i) Latihan Individu

    Tali diikat melintasi pintu gol, lebih kurang 60 cm daripada tanah.Anda perlu berdiri agak jauh daripada pintu gol dan menguit bola keatas tali ke dalam gol.

    (ii) Variasi dan Ansur Maju

    Satu garisan dilukis sepanjang 60 cm daripada lantai ke dinding dananda perlu berlatih menguit bola ke atas garisan pada dindingtersebut.

    Berdiri dengan kaki rapat. Langkahkan kaki kiri ke hadapan dan kuit bola yang berada di hadapan.

    Berjalan tiga atau empat langkah ke arah bola dan kuit bola tersebut. Sama seperti di atas tetapi berlari ke arah bola dan menguit bola

    tersebut. Menggelecek bola 3 5 langkah dan menguit bola (mula mula pemain

    akan menggelecek bola, angkat kayu hoki daripada bola sebelummelakukan kuitan). Berhenti sebentar antara menggelecek danmenguit.

    8.1.7 Penjagaan Gawang Gol

    Akhir sekali, mari kita lihat kemahiran penjagaan gawang gol. Tahukah anda bahawa selain kemahiran asas yang lain, kemahiran menjaga gol juga patutdiberi perhatian supaya para pemain terdedah kepada teknik teknik asaskemahiran menjaga gol? Namun, jurulatih hendaklah menitikberatkan cara caralatihan yang beransur maju demi keselamatan dan pembinaan keyakinan parapemain.

    Di peringkat awal, bola tenis boleh digunakan untuk latihan menendang boladan menahan bola dengan tapak tangan. Bola juga digolekkan ke pintu gol dantidak dipukul pada peringkat awal.

    Apakah kemahiran asas menjaga gol? Kemahiran asas menjaga gol adalah:

    Menahan bola dengan pelapik kaki dua belah dan sebelah. Menggelongsor untuk menahan bola. Menendang bola. Menahan bola dengan tapak tangan.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    17/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 151

    Berikutnya mari kita lihat posisi bersedia untuk penjaga gol.

    (a) Posisi Bersedia untuk Penjaga GolPosisi asas seorang penjaga gol adalah sangat penting. Ini perlu apabila diamendapati jaringan akan dilakukan atau apabila penyerang sedang bergerak ke dalam kawasan D. Cara berdiri dengan betul akanmembolehkan dia menahan jaringan dengan senang dan jugamembolehkannya bergerak ke hadapan atau ke belakang, meluncur,menerpa atau melompat dengan cepat untuk menyelamatkan gol. Berikutadalah langkah langkah untuk membuat posisi bersedia di hadapangawang gol:

    Berdiri menghadap bola. Kaki rapat supaya kedua dua pad bersentuhan, membentuk satu

    dinding. Lutut lutut dibengkokkan edikit pada sudut 120 130 darjah di

    belakang lutut. Ini akan membolehkan pergerakan yang lebih cepat. Badan dibengkokkan sedikit dengan pusat graviti di hadapan jari

    kaki. Jika posisi anda betul anda akan berdiri di atas bebola kaki anda(dengan membengkokkan lutut lutut anda akan membengkokkan badan dan menurunkan pusat graviti anda ini membolehkan anda bergerak cepat kemana mana arah). Selain itu, adalah lebih senangmemandang bola dari posisi ini, terutama dalam kumpulan ramaiatau ketika keadaan kelam kabut.

    Kayu hoki dipegang di tangan kanan dengan pegangan hampir diatas bahagian tengah. Ia sepatutnya memberi anda satu keadaan yangselesa untuk mengambil satu pukulan cepat dengan sebelah tangan.

    Tangan kiri berada dekat badan dengan siku menghadap ke bawahdan lengan bawah ke atas, dan buka dengan selesa untuk bermain jika berlaku apa apa jaringan di udara.

    Rajah 8.12 memaparkan bagaimana seorang penjaga gol sedang beraksi.

    Rajah 8.12: Aksi seorang penjaga gol

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    18/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI152

    STRATEGI PERMAINAN

    Sekarang mari kita lihat strategi permainan dari segi posisi pemain, tugas dantanggungjawab pemain, pertahanan dan sistem permainan. Mari kita mulakan!

    8.2.1 Posisi Pemain

    Lihat Rajah 8.13 yang memaparkan posisi pemain di dalam padang.

    Rajah 8.13: Posisipemain hoki di dalam

    padang

    8.2.2 Tugas dan Tanggungjawab Pemain

    Anda tentu sedar bahawa setiap pemain mempunyai tugas dan tanggungjawabmasing masing. Tugas utama kelima lima orang penyerang dalam sistempiramid ini adalah menyerang dn menjaringkan gol. Lima pemain lagi di belakang barisan penyerang iaitu tiga pemain haf dan dua pemain bek akan cubamenahan serangan pasukan lawan, cuba memperoleh bola dan kemudianmenghantar bola kepada penyerang pasukan sendiri.

    Ini bukan bermakna lima orang forward itu sahaja yang membuat serangan danlima orang yang lain hanya menjadi pemain pertahanan. Kita harus sedar bahawa forward hanya boleh membuat serangan jika memperoleh bola. Semasapasukan lawan menguasai bola, penyerang kita hendaklah:

    Cuba merebut bola jika berada di kawasan permainan mereka dan jikaterkandas.

    Berundur ke tempat di mana mereka boleh mendapat hantaran daripadapemain pertahanan apabila pemain pertahanan itu dapat merebut bola.

    8.2

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    19/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 153

    Ini bermakna, pemain penyerang bukan sahaja bergerak, bertugas dantanggungjawab semasa kita membuat serangan tetapi juga semasa pihak lawanmembuat serangan.

    Begitu juga dengan lima pemain pertahanan. Apabila pihak lawan membuatserangan, pemain pertahanan cuba menyekat serangan, mengawal penyerang,cuba merebut bola dan menghantar bola yang diperolehinya kepada penyerangpasukannya. Apabila penyerang pasukan sendiri memperoleh bola danmembuat serangan, pemain pemain pertahanan bergerak ke atas untukmembantu dalam serangan. Dengan cara ini pasukan yang terlatih akan dapatmenahan atau membuat serangan dengan menggunakan lebih ramai pemain dan

    bukan hanya lima pemain pertahanan. Ini dipanggil kelebihan dalam bilanganatau superiority in numbers .

    Pada asasnya sistem piramid atau sistem 5 3 2 1 ini mempunyai lima penyerangdan lima pemain pertahanan (tidak termasuk penjaga gol). Tugas dantanggungjawab menjadi lebih ringan jika setiap pemain pertahanan itu menjadiseorang penyerang. Pemain pertahanan hendaklah memahami siapakah yangperlu dikawal. Begitu juga dengan pemain penyerang. Dia hendaklahmemahami siapakah yang akan mengawalnya semasa bermain.

    8.2.3 Pertahanan: Posisi, Pergerakan dan Formasi

    Bek ( Fullback )

    Pemain bek akan merebut bola daripada pemain apit di mana:

    Bek kiri merebut bola apit kanan Bek kanan merebut bola apit kiri

    Lihat Rajah 8.14.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    20/26

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    21/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 155

    yang berada di bawah, bukan hanya memberi perlindungan kepada bek bekyang lain tetapi juga kepada haf haf.

    Lihat Rajah 8.16.

    Rajah 8.16: Pergerakan serangan

    Penyerang penyerang No. 7, 8, 9, 10 dan 11 sedang menyerang bola yangdimiliki oleh apit kanan. Bek kiri telah bergerak ke atas untuk mencabarlawannya dan bek kanan telah turun untuk melindunginya. Jika pemain No. 8menghantar kepada pemain No. 10, kedua dua bek akan bergerak seperti tadi.Sekiranya bola itu telah diberikan kepda sayap kanan (No. 7) dan dia sudahmelepasi pemain pertahanan (No. 6), bek yang memberi perlindungan danmenghalangnya. Haf kanan (No. 4) kemudian bergerak turun untuk memberiperlindungan kepada pemain pertahanan No. 2. Dia kemudiannya akanmeninggalkan penyerang No. 11 kerana penyerang No. 7 yang sedang bergerakke dalam kawasan D dengan bola.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    22/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI156

    Akhir sekali, lihat Rajah 8.17.

    Rajah 8.17: Pergerakan pemain haf

    Memberi perlindungan bukan sahaja menjadi tugas bek bek tetapi haf haf sayap juga turut memainkan peranan yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah8.17. Apabila bola berada di posisi yang bertentangan, haf sayap bergerak turununtuk melindungi bek jika perlu, sambil menyekat hantaran hantaran kepadalawan sayap atau berlari ke atas untuk merebut bola daripada lawan sayap jika

    ia mendapat bola.04 adalah haf kiri dan bertanggungjawab untuk menjaga sayap kiri 11x. Jika bola berada di posisi yang bertentangan dengan apit kanan, pemain No. 4 akanmeninggalkan lawan sayap (X11) dan mengambil posisi menahan yangmembolehkannya:

    Menyekat hantaran sisip yang jauh kepada sayap kiri daripada apit kanan. Berlari ke atas dan masih boleh mencabar sayap kiri jika sayap itu

    mendapat bola. Berlari turun ke posisi 04 untuk melindungi bek 02 jika perlu.

    8.2.4 Sistem Permainan

    Tahukah anda bahawa sistem bermain secara tidak langsung merujuk kepadaformasi pasukan? Sebagai contoh, jika pasukan anda bermain dengan lima forward , tiga haf (atau midfielders), dua bek penuh (atau pemain pertahanan) danseorang penjaga gol, sistem yang digunakan adalah sistem 5 3 2 1. sistem ini juga dipanggil sistem piramid (Rajah 8.18).

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    23/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 157

    Rajah 8.18: Sistem piramid atau 5 3 2 1

    Walaupun sistem di atas banyak digunakan di Malaysia, terdapat juga sistemlain yang popular seperti:

    (a) Sistem 3 3 3 1 1 yang mengguna 3 striker , 3 midfielder , 3 pemain pertahanan,1 sweeperdan 1 penjaga gol (Rajah 8.19).

    (b) Sistem 4 2 4 1 yang mengguna 4 penyerang, 2 midfielder , 4 pemainpertahanan dan 1 penjaga gol (Rajah 8.20).

    (c) Sistem 4 2 3 1 1 yang mengguna 4 penyerang, 2 midfielder , 3 pemain

    pertahanan, 1 sweeperdan 1 penjaga gol (Rajah 8.21).

    Rajah 8.19: Sistem 3 3 3 1 1

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    24/26

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    25/26

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    26/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI160

    HantaranKemahiran asasKuitan dan hantaran tinggiMemukulMenggelecekMenyerkap

    PertahananPosisi pemainSistem permainanStrategi permainanTolakanTugas dan tanggungjawab pemain

    American Sport Education Program. (1996). Coaching youth hockey. United States:Human Kinetics.

    Mitchell Taverner, C. (2005). Field hockey techniques and tactics. United States:Human Kinetics.

    Ten, H. B., & Haridas, M. P. (1994). Panduan mengajar: Hoki. Kuala Lumpur: FajarBakti Sdn. Bhd.