10. oumm2103 topic 6 -...

23
p PENGENALAN Apakah pendapat anda tentang apa yang disebut di atas? Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan lebih ramai orang sedang berusaha memulakan perniagaan sendiri daripada berkahwin atau mendapatkan anak. Satu daripada setiap 25 orang dewasa terlibat secara aktif dalam percubaan memulakan perniagaan baharu. Sumber: Diadaptasi daripada Zimmerer & Scarborough (1998). T T o o p p i i k k 6 6 Memulakan Sebuah Usaha Niaga HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan tiga jenis perniagaan dan tiga peringkat dalam memulakan sebuah perniagaan; 2. Menerangkan tujuh langkah dan proses dalam membeli perniagaan yang sedia ada; 3. Menjelaskan struktur, kelebihan dan kelemahan francais; 4. Membincangkan struktur sah untuk perniagaan baharu; dan 5. Mengenal pasti enam sumber modal untuk usahawan.

Upload: duonghanh

Post on 17-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

p

� PENGENALAN

Apakah pendapat anda tentang apa yang disebut di atas?

Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan lebih ramai orang sedang berusaha memulakan perniagaan sendiri daripada berkahwin atau mendapatkan anak. Satu daripada setiap 25 orang dewasa terlibat secara aktif dalam percubaan memulakan perniagaan baharu.

Sumber: Diadaptasi daripada Zimmerer & Scarborough (1998).

TTooppiikk

66

� Memulakan Sebuah Usaha Niaga

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan tiga jenis perniagaan dan tiga peringkat dalammemulakan sebuah perniagaan;

2. Menerangkan tujuh langkah dan proses dalam membeli perniagaanyang sedia ada;

3. Menjelaskan struktur, kelebihan dan kelemahan francais;

4. Membincangkan struktur sah untuk perniagaan baharu; dan

5. Mengenal pasti enam sumber modal untuk usahawan.

Page 2: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 72

Tahukah anda siapa itu seorang usahawan? Mengikut Dictionary.com, usahawan adalah seorang yang mengelolakan sebuah perusahaan, terutamanya sebuah perniagaan, biasanya dengan inisiatif dan risiko yang tinggi. Adakah anda berminat untuk menjadi seorang usahawan? Tahukan anda bagaimana untuk menubuhkan sebuah perniagaan? Di dalam topik ini, kita akan membincangkan jenis-jenis perniagaan. Terdapat tiga jenis perniagaan iaitu perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan francais. Di samping itu, kita juga akan melihat struktur perniagaan baharu yang sah dan sumber modal untuk aktiviti perniagaan.

JENIS USAHA NIAGA

Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan. Tiga cara yang paling lazim digunakan adalah memulakan perniagaan baharu, membeli perniagaan sedia ada dan memulakan francais, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Tiga cara memulakan sebuah usaha niaga Kita akan membincangkan ketiga-tiga cara ini dalam subtopik yang berikut.

PERNIAGAAN BAHARU

Dalam memulakan perniagaan baharu, adalah penting untuk anda mengetahui tentang:

(a) Maksud perniagaan baharu;

(b) Peringkat-peringkat dalam memulakan perniagaan baharu; dan

(c) Kelebihan dan kelemahan perniagaan baharu.

6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu

Apakah itu perniagaan baharu? Sebuah perniagaan baharu adalah syarikat yang baharu ditubuhkan. Ia adalah suatu proses di mana seorang usahawan

6.2

6.1

Page 3: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 73

membuka sebuah perniagaan yang benar-benar baharu. Sesetengah daripada perniagaan ini dimulakan dengan keadaan berikut:

� Usahawan memulakan perniagaan mereka dengan sendiri;

� Usahawan menggunakan wang simpanan sendiri atau meminjam daripada orang lain; dan

� Usahawan mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Seorang usahawan yang ingin memulakan sebuah perniagaan baharu biasanya memerlukan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi.

6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu

Sebuah perniagaan baharu akan melalui tiga fasa iaitu fasa pra-permulaan, fasa permulaan dan fasa pasca permulaan. Sekarang, mari kita lihat Rajah 6.2 yang menunjukkan tiga peringkat ini.

Rajah 6.2: Fasa perniagaan baharu

6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Perniagaan baharu ada kelebihan dan kelemahannya. Jadual 6.1 menunjukkan enam kelebihan dan lima kelemahan perniagaan baharu.

Page 4: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 74

Jadual 6.1: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Kelebihan KKelemahan

(a) Bebas membuat keputusan sendiri contohnya tentang bila, bagaimana dan apa jenis produk atau perkhidmatan.

(b) Boleh menggunakan idea sendiri dan membentuk imej sendiri dengan memahami perasaan pengguna.

(c) Bebas memilih lokasi, kilang, peralatan, produk atau perkhidmatan, pekerja, pembekal dan bank. Unsur-unsur ini akan menentukan kejayaan sebuah perniagaan.

(d) Boleh mengelak duluan, polisi, tatacara dan komitmen perundangan yang tidak diingini tetapi biasanya dihadapi perniagaan sedia ada.

(e) Tiada reputasi yang perlu dihadapi kerana ia adalah perniagaan yang baharu.

(f) Boleh melakukan perubahan kepada perniagaan tersebut.

(a) Memerlukan masa, wang dan usaha yang banyak untuk mencari lokasi strategik, memperolehi lesen, membeli mesin, mencari pembekal, mengambil dan melatih pekerja untuk melakukan aktiviti pengiklanan.

(b) Di peringkat permulaan, usahawan akan meraih keuntungan yang sikit atau menghadapi kerugian kerana terpaksa berbelanja besar untuk memperolehi pelbagai benda yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.

(c) Tiada rekod perniagaan yang boleh digunakan untuk membuat unjuran jualan, perbelanjaan dan keuntungan.

(d) Tiada pelanggan sedia ada, usaha yang banyak diperlukan untuk menarik pelanggan, jualan berkembang dengan perlahan dan masa yang lama akan berlalu sebelum perniagaan itu membawa keuntungan.

(e) Susah mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana mereka kurang yakin dengan perniagaan baharu berbanding dengan perniagaan yang sudah ditubuhkan.

Anda bercadang menjual keropok makanan laut. Bagaimanakah anda akan memulakan perniagaan baharu anda?

AKTIVITI 6.1

Page 5: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 75

MEMBELI PERNIAGAAN SEDIA ADA

Dalam membeli sebuah perniagaan yang sudah wujud, adalah penting untuk anda mengetahui: (a) Maksud membeli perniagaan sedia ada; (b) Langkah dan proses membeli perniagaan sedia ada; (c) Kelebihan membeli perniagaan sedia ada; dan (d) Kelemahan membeli perniagaan sedia ada.

6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada

Membeli sebuah perniagaan sedia ada bermakna membeli atau memperoleh saham atau semua aset sebuah syarikat atau perniagaan yang sudah wujud. Jika anda sedang berfikir hendak menjalankan perniagaan sendiri, membeli sebuah perniagaan yang sudah ditubuhkan memerlukan usaha yang kurang berbanding dengan memulakan perniagaan baharu. Mengikut sesetengah pakar perniagaan, ia adalah cara yang paling selamat dan berkesan untuk usahawan melibatkan diri dalam perniagaan. Namun demikian, anda tetap memerlukan masa dan usaha untuk mencari perniagaan yang bersesuaian dengan diri anda. Dengan membeli sebuah syarikat yang sudah wujud, anda boleh mengembangkan syarikat tersebut dan memasuki pasaran baharu.

6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia Ada

Dalam membeli sebuah perniagan sedia ada, anda harus mempertimbangkan beberapa langkah dan proses seperti berikut:

6.3

1. Takrifkan perniagaan baharu.

2. Senaraikan tiga peringkat perniagaan baharu.

3. Apakah faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu?

SEMAK KENDIRI 6.1

Page 6: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 76

(a) KKeutamaan Peribadi Seorang usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup dan aspirasi diri. Sebelum mula mencari perniagaan sedia ada untuk dibeli, fikirkan apa yang boleh anda berikan kepada perniagaan tersebut dan apa yang anda ingin dapatkan daripadanya.

(i) HHarapan anda dari segi pendapatan � Apakah tahap keuntungan yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan anda?

(ii) KKomitmen anda � Adakah anda bersedia untuk bekerja keras dan membuat pelaburan setakat yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan itu?

(iii) KKelebihan anda � Peluang perniagaan jenis apa akan membolehkan anda menggunakan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?

(iv) JJenis perniagaan � Contohnya perniagaan tunggal ataupun perkongsian.

(v) SSektor perniagaan yang anda minat � Pelajari selok-belok industri pilihan anda supaya anda boleh membandingkan perniagaan yang berlainan.

(b) PPeluang Perniagaan

Anda boleh mencari peluang dengan membaca iklan, membincangkan peluang dengan broker perniagaan dan menyelidik sumber industri. Jangan tergoda untuk membeli perniagaan pertama yang nampak bagus; siasat dulu secara objektif. Jumpa dengan penjual atau broker perniagaan untuk mengenali perniagaan yang akan dipertimbangkan. Mereka harus memberikan anda laporan kewangan ringkas, sejarah, harga dan tujuan jualan. Ini akan membolehkan anda mengetahui tentang perniagaan tersebut dan berapa lamakah ia sudah sedia untuk dijual.

(c) MMeninjau Sasaran Yang Berpotensi

Sasaran yang berpotensi mesti disiasat dengan teliti untuk menentukan bagaimana ia sedang diurus dan dijaga. Untuk perniagaan perkhidmatan, cuba berbual dengan para pekerja dan pelanggan. Sediakan senarai semakan maklumat yang diperlukan. Ia patut mengandungi perkara berikut: (i) Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua

pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.

Page 7: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 77

(ii) Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik baharu, termasuk pecahan untuk semua inventori sehingga tempoh perkiraan yang terakhir.

(d) PPengaturan Pembiayaan Tanpa pembiayaan yang betul, pembelian perniagaan tidak boleh berjalan dengan berjaya. Terdapat beberapa pilihan pembiayaan. Ini mesti diselidik dengan berhati-hati untuk membuat pilihan terbaik untuk keperluan anda. Pada umumnya, peminjam memerlukan: (i) Butir terperinci tentang perniagaan / jualan; (ii) Akaun untuk tiga tahun yang lepas; (iii) Unjuran kewangan (jika tiada rekod akaun); dan (iv) Maklumat aset dan liabiliti peribadi anda.

(e) JJalankan Usaha Wajar Dalam menjalankan usaha ini anda perlu bekerja seperti seorang detektif. Di sini anda perlu mengumpul maklumat dengan menjalankan siasatan, pencarian dan pertanyaan. Ia penting untuk apa-apa saham atau aset yang dibeli. Hasil usaha wajar boleh membantu anda: (i) Membuat keputusan sama ada untuk teruskan pemerolehan; (ii) Membuat keputusan sama ada untuk membeli saham atau aset; (iii) Mengenal pasti berapa patut dibayar dan bagaimana untuk

memperuntukkan harga belian tersebut; dan (iv) Mengenal pasti apa yang perlu disebut dalam perjanjian pembelian

untuk melindungi diri anda. Proses ini harus membimbing anda dalam pembuatan keputusan dengan memberikan maklumat yang mendalam tentang perniagaan baharu itu dan memberikan anda anggaran baik tentang nilai transaksi yang sepatutnya. Jaminan dan ganti rugi patut diperolehi daripada pembekal sebagai sebahagian daripada perjanjian.

(f) PPerjanjian Formal Penyediaan perjanjian yang formal memberikan pihak yang berkenaan peluang untuk mengembangkan perjanjian asas dan menyebut perkara-perkara kecil yang mungkin tidak difikirkan sebelumnya dalam perundingan permulaan. Tiga komponen asas perjanjian formal adalah seperti berikut: (i) UUnsur Asas

Bahagian pertama perjanjian biasanya meliputi unsur asas berikut:

� Pihak-pihak yang terlibat;

Page 8: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 78

� Aset atau saham yang dibeli;

� Harga belian;

� Perubahan harga belian serta bagaimana dan bila harga belian dan perubahan akan dibayar; dan

� Bagaimana cukai akan dikendalikan.

(ii) PPerwakilan dan Jaminan Kedua, benda ini diberi oleh penjual tentang perkara yang penting untuk anda membeli perniagaan tersebut. Mulanya, anda harus mempertimbangkan fakta dan isu yang penting kepada keputusan anda untuk membeli perniagaan itu dan jumlah yang sanggup anda bayar. Di samping menjalankan usaha wajar tentang perkara ini, anda perlu mendapatkan perwakilan dan jaminan daripada pembeli yang membuktikan bahawa semua fakta yang diberikan kepada anda adalah benar. Ini bertujuan melindungi anda jika ada fakta atau maklumat yang anda tidak ketahui atau jika penjual memperdayakan anda dalam suatu perkara penting.

(iii) PPerkara Penutup

Bahagian perjanjian ini umumnya akan menyebut tarikh penutupan dan apa yang mesti disaling tukar pada waktu penutupan. Ia juga menyebut syarat-syarat khusus penutupan yang mesti dipenuhi sebelum jualan itu boleh ditamatkan. Syarat-syarat penutupan yang biasa adalah seperti berikut:

� Semua perwakilan dan jaminan yang diberikan sebelum penutupan masih benar dan tepat pada tarikh penutupan;

� Anda memperoleh aset dan saham yang dibeli bebas daripada sebarang halangan melainkan yang anda persetujui sebelumnya;

� Apa-apa lesen khas atau kebenaran yang diperlukan sudah diperolehi;

� Semua sijil kebenaran daripada kerajaan yang diperlukan sudah diterima;

� Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima; dan

� Anda sudah menjelaskan bayaran seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Page 9: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 79

(g) BBersedia Untuk Berniaga Pada peringkat ini, anda adalah pemilik baharu sebuah perniagaan. Jika anda telah menjalankan usaha wajar dan mempunyai perjanjian pembelian yang bagus, anda sedang melangkah menuju kejayaan. Anda mungkin memerlukan nasihat berterusan dengan pemilik dahulu jadi adalah bijak untuk mempunyai hubungan kerja yang baik dengan mereka. Anda juga mungkin memerlukan bantuan berterusan daripada pasukan penasihat anda kerana walaupun transaksi sudah sempurna, kerjanya baru bermula.

6.3.3 Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada

Kelebihan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan di dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Kelebihan membeli perniagaan sedia ada

Page 10: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 80

6.3.4 Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada

Kelemahan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan di dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Kelemahan membeli perniagaan sedia ada

Ali bercadang mendirikan sebuah warung nasi kandar di Bangsar. Kawan Ali iaitu Dewi meminta Ali membeli warungnya di sana. Apakah manfaat yang akan Ali kecapi jika dia membeli warung Dewi dan tidak mendirikan perniagaan yang baharu?

AKTIVITI 6.2

Page 11: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 81

FRANCAIS

Bila kita menyebut francais, adalah penting untuk mengetahui:

(a) Maksud francais;

(b) Kelebihan francais; dan

(c) Kelemahan francais.

6.4.1 Maksud Francais

Apabila pemilik sebuah jenama, nama perniagaan atau hakcipta memberikan lesen kepada orang lain untuk menggunakannya dan menjual barangan dan perkhidmatannya, perniagaan yang dimulakan oleh orang lain tersebut dipanggil francais. Seorang pembeli francais adalah bebas dari segi perundangan tetapi bergantung secara ekonomi kepada sistem perniagaan berintegrasi yang dijalankan oleh penjual francais. Seorang pemegang francais boleh beroperasi sebagai peniaga bebas tetapi masih mengecapi kelebihan organisasi wilayah atau nasional. Contoh perniagaan francais adalah restoran McDonaldÊs, Kentucky Fried Chicken dan Pizza Hut.

Rajah 6.5: Contoh francais terkenal

6.4

1. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan mendirikan perniagaan baharu.

2. Terangkan maksud membeli sebuah perniagaan sedia ada.

3. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan membeli perniagaan sedia ada.

SEMAK KENDIRI 6.2

Page 12: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 82

6.4.2 Kelebihan Francais

Tahukah anda perihal kelebihan francais? Beberapa daripada kelebihan ini disebut di dalam Rajah 6.6.

Rajah 6.6: Kelebihan francais

Kesemua kelebihan ini dijelaskan dengan terperinci seperti berikut. (a) LLatihan dan Bimbingan

Kelebihan utama membeli sebuah francais berbanding dengan mendirikan perniagaan baharu atau membeli perniagaan sedia ada adalah bahawa pemberi francais akan memberikan latihan serta bimbingan kepada pemegang francais.

(b) TTarikan Nama Jenama

Seorang usahawan yang membeli sebuah francais nasional yang besar dan terkenal mempunyai peluang tinggi untuk berjaya. Nama pemberi francais adalah daya tarikan perniagaan tersebut. Biasanya barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah francais nasional biasanya lebih dikenali dan lebih disukai ramai berbanding dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah kedai yang kurang dikenali.

(c) RRekod Prestasi Terbukti Pemberi francais sudahpun membuktikan bahawa perniagaannya boleh berjaya. Perniagaannya telah beroperasi sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh tahun dan mesti mempunyai 50 atau lebih unit. Oleh itu, tidak susah untuk melihat betapa berjayanya perniagaan tersebut. Jika semua unitnya masih beroperasi dan pemiliknya melaporkan bahawa mereka sedang mengaut keuntungan, kita boleh pasti bahawa pemberi francais telah membuktikan bahawa aturan dan lokasi kedai, polisi harga, kualiti barangan dan perkhidmatan serta pengurusan perniagaannya secara keseluruhan adalah berjaya.

Page 13: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 83

(d) BBantuan Kewangan Sebuah francais adalah pelaburan yang bagus kerana pemberi francais mungkin boleh membantu pemilik baharu mendapatkan bantuan kewangan yang diperlukan untuk menjalankan operasi. Malah, sesetengah pemberi francais membantu pemegang francais memulakan operasi dengan meminjamkan wang dan tidak memerlukan bayaran balik sehingga operasi itu mula membawa keuntungan. Secara ringkas, membeli sebuah francais kerap merupakan cara yang paling bagus untuk memastikan bantuan kewangan diterima daripada institusi kewangan.

6.4.3 Kelemahan Francais

Berikut adalah kelemahan francais:

(a) YYuran Francais Tidak ada benda yang percuma di dunia ini. Lebih berjaya sebuah francais, lebih tinggi yurannya. Sebuah francais bertaraf nasional akan mengenakan yuran dari RM5,000 sehingga RM100,000. Francais yang lebih kecil dan tidak begitu berjaya akan mengenakan yuran yang kurang. Bakal pemegang francais mesti juga membayar untuk membina unit francais tersebut dan menyediakan stok yang mencukupi. Walaupun pemberi francais mungkin membantu mendapatkan pinjaman bank, yuran tambahan mungkin disertakan dengan harga kasar jualan. Seorang pemegang francais juga perlu membayar royalti berterusan berdasarkan jualan, biasanya lima hingga dua belas peratus. Kebanyakan pemberi francais memerlukan pembeli untuk mempunyai 25 hingga 50 peratus kos permulaan dalam bentuk tunai. Yang selebihnya boleh dipinjam daripada organisasi itu sendiri. Kos francais meliputi perbelanjaan berikut:

� Yuran francais;

� Insuran;

� Inventori pembukaan produk;

� Penambahbaikan reka bentuk dan penyewaan;

� Bayaran utiliti, gaji dan hutang perkhidmatan;

� Bayaran simpanan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan khidmat profesional;

� Lesen negeri dan tempatan; dan

� Permit dan sijil.

(b) KKawalan Pemberi Francais Dalam syarikat yang besar, syarikat mengawal aktiviti pekerjanya. Perkara yang sama wujud dalam perniagaan kecil. Jika seorang usahawan mempunyai

Page 14: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 84

perniagaan sendiri, dia boleh mengawal aktivitinya sendiri. Bagi seorang yang menjalankan sebuah perniagaan francais, kawalan terletak di antara dua belah ini. Pemberi francais umumnya mengawal operasi untuk tujuan penyelarasan. Jika pemegang francais tidak mengikut arahan pemberi francais, kontrak mereka mungkin tidak akan diperbaharui apabila tamat.

(c) JJanji Tidak Ditunaikan Dalam sesetengah kes yang melibatkan pemberi francais yang kurang terkenal, pemegang francais mungkin tidak menerima semua yang dijanjikan. Ramai pemegang francais mendapati bahawa mereka telah memperolehi nama jenama dengan tiada daya tarikan. Ramai pemegang francais juga tidak mendapat bantuan yang dijanjikan oleh pemberi francais. Kerapkali, pemegang operasi bukannya membayar harga yang kurang untuk bekalan, malah terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Jika mereka mengadu, perjanjian mereka dengan pemberi francais mungkin ditamatkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui.

STRUKTUR SAH UNTUK PERNIAGAAN BAHARU

Sebelum menentukan bagaimana untuk mengelolakan sebuah operasi, bakal usahawan perlu mengenal pasti struktur sah yang paling sesuai untuk keperluan perniagaan mereka. Ini wajib kerana undang-undang cukai yang berubah, situasi liabiliti, kesediaan modal dan kerumitan penubuhan perniagaan. Tiga jenis perniagaan sah yang asas adalah perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat. Oleh sebab setiap jenis mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri, adalah mustahil untuk mengesyorkaan satu jenis perniagaan daripada yang lain. Pemilihan jenis perniagaan yang sesuai perlu dibuat berdasarkan keadaan spesifik usahawan, kebimbangannya dan keinginannya.

6.5.1 Perniagaan Tunggal

Sebuah perniagaan yang dimiliki dan dijalankan oleh satu orang dipanggil perniagaan tunggal. Ia tidak wujud tanpa pemiliknya. Usahawan ini mempunyai hak atas segala keuntungannya dan menanggung liabiliti untuk kesemua hutang dan

6.5

Adakah menjalankan perniagaan francais lebih mahal berbanding dengan perniagaan jenis lain? Bincangkan pendapat anda dalam tutorial yang akan datang.

AKTIVITI 6.3

Page 15: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 85

kewajipan perniagaan tersebut. Liabilitinya tidak ada batasan, yang bermakna perniagaan dan aset peribadinya bergantung pada operasi perniagaan tersebut. Jika syarikat itu tidak dapat menunaikan kewajipan kewangannya, pemiliknya boleh menjual rumah dan kereta keluarganya serta aset lain untuk membayar pemiutang. Untuk menjadi peniaga tunggal, seseorang itu hanya perlu memperoleh lesen tempatan atau negeri untuk menjalankan operasi. Jika ia menggunakan nama lain atau yang tidak wujud, ia mesti memfailkan sijil nama perniagaan dengan pihak negeri. Oleh kerana ia senang ditubuhkan, perniagaan tunggal adalah jenis perniagan sah yang paling banyak digunakan. Jadual 6.2 menunjukkan kelebihan dan kelemahan perniagaan tunggal.

Jadual 6.2: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Tunggal

Kelebihan KKelemahan

(i) SSenang Ditubuhkan Penubuhannya tidak perlu formal. Selain itu kurang sekatan dikenakan atas penubuhan syarikat jenis ini berbanding jenis lain. Sedikit atau tiada kebenaran kerajaan diperlukan dan biasanya ia kurang mahal daripada perkongsian dan syarikat.

(ii) KKeuntungan hak mutlak pemilik Pemilik tidak perlu berkongsi keuntungan dengan orang lain.

(iii) PPembuatan Keputusan dan Kuasa di Tangan Pemilik Tiada pemilik bersama atau rakan kongsi yang perlu dirujuk dalam menjalankan perniagaan.

(iv) KKefleksibelan Boleh segera menyelesaikan keperluan perniagaan dengan pembuatan keputusan harian.

(v) AAgak Bebas daripada Kawalan Kerajaan Kecuali pengeluaran lesen yang berkenaan, kerajaan tidak akan masuk campur dalam operasi perniagaan.

(vi) BBebas daripada Cukai Perniagaan Cukai individu dan bukan cukai perniagaan dikenakan.

(i) TTiada Batasan Liabiliti Pemilik bertanggungjawab untuk semua hutang. Liabiliti ini meliputi kesemua aset pemilik.

(ii) KKurang Kesinambungan Perniagaan itu mungkin lumpuh atau tamat jika pemilik sakit atau meninggal dunia.

(iii) KKurang Modal Sedia Ada Kurang modal sedia ada berbanding dengan perkongsian dan syarikat.

(iv) AAgak Susah Mendapatkan Pembiayaan Jangka Panjang Oleh sebab pemilik hanya seorang, selalunya susah mendapatkan modal untuk jangka panjang.

(v) PPendapat dan Pengalaman Agak Terbatas Oleh sebab perniagaan ini bergantung hanya kepada seorang usahawan, hala tuju dan skopnya dibataskan oleh kebolehan, latihan dan kepakaran usahawan tersebut.

Page 16: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 86

6.5.2 Perkongsian

Sebuah perkongsian melibatkan dua atau lebih orang yang menjadi rakan milik sebuah perniagaan untuk meraih keuntungan. Setiap rakan kongsi menyumbang wang, usaha atau kemahiran dan berkongsi keuntungan dan kerugian. Walaupun tidak diperlukan oleh undang-undang, perkongsian perniagaan biasanya dibuat secara hitam putih. Ini sangat digalakkan kerana kalau tidak disebut secara bertulis, mahkamah akan menganggap semua rakan kongsi berkongsi sama rata dalam hal keuntungan, kerugian, pengurusan aset dan aspek perniagaan yang lain. Sebuah perjanjian perkongsian menyebut secara jelas sumbangan kewangan dan pengurusan setiap rakan kongsi serta menghuraikan peranan mereka dalam perkongsian tersebut. Berikut adalah beberapa maklumat yang biasanya disertakan dalam perjanjian perkongsian:

� Nama, tujuan, lokasi;

� Tempoh perkongsian;

� Ciri rakan kongsi (umum atau terbatas, aktif atau senyap);

� Sumbangan rakan kongsi (semasa penubuhan, pada waktu kemudian);

� Pengagihan keuntungan dan kerugian;

� Gaji;

� Hak kesinambungan rakan kongsi;

� Kematian rakan kongsi (pembubaran dan penamatan);

� Pelepasan hutang;

� Perbelanjaan perniagaan (cara diuruskan);

� Hutang berasingan;

� Kuasa (ke atas operasi perniagaan);

� Buku, rekod dan kaedah akaun;

� Jualan bahagian rakan kongsi;

� Usaha perantaraan;

� Penyelesaian perbalahan;

� Penambahan, perubahan atau pengubahsuaian perkongsian;

1. Berikan secara ringkas maksud tiga jenis perniagaan yang sah.

2. Nyatakan lima kelebihan dan lima kelemahan perniagaan tunggal.

SEMAK KENDIRI 6.3

Page 17: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 87

� Tindakan yang diperlukan dan yang dilarang;

� Ketidakhadiran dan kehilangan upaya; dan

� Pengurusan pekerja. Di samping perkara bertulis ini, usahawan juga perlu mempertimbangkan beberapa cara perkongsian. Bergantung pada keperluan perniagaan, satu atau lebih daripada cara ini boleh digunakan. Perlu diingat bahawa dalam perkongsian perlu ada satu rakan kongsi umum yang bertanggungjawab untuk hutang perniagaan dan liabiliti tanpa batasan.

Jadual 6.3 menunjukkan kelebihan dan kelemahan perkongsian.

Jadual 6.3: Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian

Kelebihan KKelemahan

(i) SSenang Ditubuhkan Peraturan undang-undang dan perbelanjaan kurang berbanding dengan perusahaan dan syarikat yang kompleks.

(ii) GGanjaran Langsung Rakan kongsi bermotivasi untuk memberikan usaha yang terbaik kerana ganjaran didapati secara langsung.

(iii) MMembantu Pertumbuhan dan Prestasi Lebih modal dan jenis kemahiran boleh didapati berbanding dengan perniagaan tunggal.

(iv) KKefleksibelan Boleh segera menyelesaikan keperluan perniagaan dengan pembuatan keputusan harian.

(v) AAgak Bebas daripada Kawalan dan Peraturan Kerajaan Sangat sedikit campur tangan kerajaan dalam perkongsian.

(vi) KKelebihan Cukai Kebanyakan perkongsian membayar cukai sebagai usahawan dan bukan cukai tinggi yang dikenakan ke atas syarikat.

(i) LLiabiliti Tanpa Batasan Satu Rakan Kongsi Walaupun sesetengah rakan kongsi boleh mempunyai liabiliti terbatas, sekurang-kurangnya seorang mesti menjadi rakan kongsi umum yang menanggung liabiliti tanpa batasan.

(ii) KKurang Kesinambungan Jika seorang rakan kongsi meninggal, ditakrif sebagai tidak siuman atau meninggalkan perniagaan itu, perkongsian itu tamat. Bagaimanapun, perniagaan itu boleh diteruskan oleh rakan kongsi lain. Ia mungkin boleh dijadikan perkongsian baharu oleh rakan kongsi yang tinggal atau dengan mengambil rakan kongsi baharu.

(iii) AAgak Susah Mendapatkan Modal yang Besar Modal yang besar, terutamanya untuk pembiayaan jangka panjang, susah diperolehi. Biasanya harta kesemua rakan kongsi menentukan jumlah modal keseluruhan yang boleh didapatkan oleh perkongsian tersebut, terutamanya pada masa permulaan perniagaan.

(iv) TTerikat Dengan Tindakan Seorang Rakan Kongsi Seorang rakan kongsi umum boleh mengambil kontrak dan tanggungawab yang boleh memudaratkan perniagaan itu dan rakan kongsi lain.

(v) SSusah Menjual Bahagian Rakan Kongsi Membeli bahagian seorang rakan kongsi mungkin susah kecuali ia disebut secara khusus dalam perjanjian bertulis.

Page 18: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 88

6.5.3 Syarikat

Sebuah syarikat adalah sebuah entiti sah yang berasingan daripada usahawan yang memilikinya. Di Malaysia, sebuah organisasi perniagaan diwujudkan berdasarkan Akta Syarikat 1965. Akta ini mentadbir semua syarikat di Malaysia. Ia ini mula berkuat kuasa pada 15 April 1966 dan telah dikaji semula beberapa kali pada tahun 1969, 1971, 1985, 1986 dan 1987 (kajian semula yang paling terakhir). Akta ini berdasarkan undang-undang syarikat yang berkuat kuasa di Australia dan United Kingdom. (a) CCiri-ciri Syarikat

Berikut adalah ciri-ciri sebuah syarikat:

(i) HHak dan Tanggungjawab Sebuah syarikat bertanggungjawab ke atas pemilikan modal dan boleh mengambil atau menghadapi tindakan undang-undang. Bagaimanapun, sebuah syarikat tidak boleh mengambil tindakan terhadap usahawan yang terlibat dalam syarikat itu sendiri. Namun ejen pelaksana syarikat tersebut boleh mengambil tindakan bila perlu.

(ii) JJangka Hayat Ahli sebuah syarikat tidak menentukan jangka hayatnya. Ia akan berterusan walaupun ada ahli yang meninggal dunia atau meninggalkan syarikat itu. Bagaimanapun, syarikat tersebut boleh ditamatkan jika kesemua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan itu.

(iii) LLiabiliti

Liabiliti ahli syarikat terbatas kepada jumlah saham yang dimilik. Ahli tidak bertanggungjawab sekiranya syarikat itu jatuh muflis. Syarikat berbeza daripada perniagaan tunggal dan perkongsian kerana ia

Sebuah syarikat adalah „suatu benda tiruan yang tidak kelihatan, tidak ketara dan wujud hanya dari segi undang-undang‰.

Sumber: Diadaptasi daripada Supreme Court Justice John Marshall (1819)

Berikan lima kelebihan dan kelemahan perkongsian.

SEMAK KENDIRI 6.4

Page 19: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 89

mempunyai pengasingan antara aset perniagaan dan aset peribadi dan hutang perniagaan tidak boleh mengakibatkan perampasan aset peribadi.

(iv) AAhli Sebuah syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang merupakan pemastautin tetap Malaysia. Mereka mesti berperanan sebagai pengarah syarikat tersebut. Ahli syarikat melantik lembaga pengarah yang akan bertanggungjawab menjalankan perniagaan syarikat dan mengikuti undang-undang dan peraturan Akta Syarikat 1965.

(b) KKelebihan dan Kelemahan Syarikat Kelebihan dan kelemahan syarikat ditunjukkan di dalam Jadual 6.4.

Jadual 6.4: Kelebihan dan Kelemahan Syarikat

Kelebihan Kelemahan

(i) LLiabiliti Terbatas Liabiliti pemegang saham terbatas kepada pelaburan usahawan. Pemegang saham hanya boleh kehilangan wang ini.

(ii) PPemindahan Pemilikan

Penjualan saham membolehkan pemindahan pemilikan.

(iii) BBerterusan Tanpa Batasan

Hayat syarikat berasingan daripada hayat pemilik dan boleh kekal untuk waktu yang tidak tetap.

(iv) AAgak Senang Mendapatkan Modal

Besar Modal boleh didapatkan dengan mengeluarkan bon dan saham serta pinjaman jangka pendek yang dibuat dengan menggunakan aset perniagaan atau jaminan peribadi pemegang saham utama.

(v) LLebih ramai pakar dan orang yang

berkebolehan

Boleh menggunakan kepakaran dan kemahiran beberapa usahawan, daripada pemegang saham utama kepada pengurus profesional yang dibawa masuk ke dalam syarikat.

(i) BBatasan Aktiviti Aktiviti syarikat dibataskan oleh piagam dan pelbagai undang-undang.

(ii) KKurang Perwakilan

Kuasa undi pemegang saham utama boleh menundukkan kuasa undi pemegang saham kecil.

(iii) PPeraturan

Peraturan kerajaan dan laporan yang terperinci diperlukan oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Ini mengakibatkan banyak kertas kerja dan kerenah birokrasi.

(iv) MMengelolakan Perbelanjaan

Perbelanjaan besar diperlukan dalam penubuhan sebuah syarikat.

(v) PPencukaian Berganda

Cukai pendapatan dikenakan ke atas keuntungan syarikat serta gaji dan dividen bagi setiap staf.

Page 20: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 90

SUMBER MODAL UNTUK AKTIVITI KEUSAHAWANAN

Terdapat pelbagai sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk memulakan, membesarkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Jangka masa yang diperlukan bergantung kepada sumber mana yang paling sesuai untuk seorang usahawan dan perniagaannya. Rajah 6.7 menunjukkan sumber modal untuk membiayai sebuah perniagaan.

Rajah 6.7: Sumber modal untuk aktiviti keusahawanan

(a) KKewangan Peribadi

Simpanan peribadi anda adalah sumber kewangan pertama anda. Ia mungkin wang yang anda simpan pada waktu tertentu dalam akaun simpanan atau akaun semasa bank, di dalam peti simpanan di rumah atau tunai yang tersedia bila anda memerlukannya. Kerapkali, simpanan peribadi cepat habis apabila seorang usahawan memulakan sebuah perniagaan.

(b) KKeluarga dan Sahabat

Apabila simpanan peribadi anda sudah habis, tempat seterusnya untuk mendapatkan wang adalah keluarga dan sahabat. Mereka mungkin kawan atau teman sekerja yang mampu memberi pinjaman. Walaupun ini mungkin nampak seperti idea yang bagus, kemungkinan besar mereka akan meminta wang itu kembali apabila anda tidak mampu membayarnya.

6.6

Berikan lima kelebihan dan kelemahan syarikat.

SEMAK KENDIRI 6.5

Page 21: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 91

Oleh itu adalah mustahak untuk membuat perjanjian bertulis yang terang dan jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari.

(c) AAkaun Persaraan

Anda mungkin telah menyimpan wang untuk zaman persaraan anda. Wang ini boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda. Walapun begitu, jika anda gagal dalam perniagaan, anda perlu hidup dengan wang yang sedikit di zaman persaraan anda.

(d) BBank dan Institusi Kewangan Lain

Institusi ini meminjamkan wang kepada orang yang memiliki aset yang boleh digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut. Jadual 6.5 menunjukkan tiga jenis pembiayaan iaitu jangka panjang, sederhana dan pendek.

Jadual 6.5: Tiga Jenis Pembiayaan Institusi Kewangan

Jenis Pembiayaan Institusi Kewangan Penjelasan

Jangka Panjang Pembiayaan jenis ini dipinjam daripada sumber luar untuk tempoh yang lama, biasanya lima hingga 25 tahun. Sebuah pajakan komersial atau perjanjian pinjaman jangka panjang daripada salah satu bank utama adalah contoh pembiayaan jangka panjang. Wang itu boleh digunakan untuk memperolehi aset tetap seperti kilang dan peralatan.

Jangka Sederhana Pinjaman untuk tempoh dua hingga tujuh tahun dipanggil pinjaman jangka sederhana. Pembiayaan ini biasanya berdasarkan perjanjian antara anda dan organisasi yang akan memberikannya. Ia boleh digunakan untuk sewa beli, penyewaan dan perjanjian pinjaman.

Jangka Pendek Pembiayaan jangka pendek yang paling biasa dan kerap digunakan adalah kemudahan overdraf bank. Walaupun yurannya adalah tinggi, usahawan terbabit boleh membayar hanya faedah ke atas jumlah overdraf. Sebaliknya, untuk pinjaman bank, anda boleh menggunakan keseluruhan wang yang tersedia dan perlu membayar faedah sama ada anda menggunakan keseluruhan pinjaman tersebut ataupun tidak.

(e) PPinjaman Kerajaan

Pihak kerajaan sedang mengambil langkah positif untuk membantu perniagaan dan industri secara keseluruhannya. Jutaan ringgit telah

Page 22: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

� TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 92

disediakan untuk memberikan bantuan (grant) dan pinjaman dalam bentuk subsidi oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan. Program kerajaan tersedia dan boleh mengurangkan kadar faedah pinjaman bank dan menyediakan pinjaman untuk perniagaan yang mungkin pada asalnya tidak mampu mengambil pinjaman sebegini. Pada umumnya, kerajaan ingin mencari jalan untuk membantu projek yang boleh memanfaatkan sektor industri yang merudum dan mempunyai kadar pengangguran yang tinggi. Di samping itu, kerajaan ingin menggalakkan pertumbuhan dan penambahbaikan di kawasan luar bandar.

(f) PPasaran Saham

Wang diperoleh dengan menawarkan saham dalam perniagaan anda kepada orang ramai. Penawaran ini mesti menepati peraturan persekutuan. Biasanya, khidmat bank pelaburan digunakan. Apabila seorang pelabur membuat pelaburan modal, dia akan mendapat peratusan pemilikan. Ini memberikan pelabur tersebut kuasa terhad terhadap perniagaan itu dan sebahagian daripada keuntungan yang didapati berdasarkan nilai peratusan pemilikan. Ini mungkin diberi dalam bentuk dividen.

� Terdapat tiga cara memulakan sebuah perniagaan iaitu mendirikan perniagaan baharu, membeli perniagaan sedia ada dan francais.

� Setiap cara memulakan perniagaan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri serta kelebihan dan kelemahan.

� Tiga jenis perniagaan yang sah adalah perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat.

� Topik ini juga membicarakan enam sumber modal untuk aktiviti usahawan iaitu:

(i) Kewangan peribadi;

(ii) Keluarga dan sahabat;

(iii) Akaun persaraan;

Sebutkan lima sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk memulakan perniagaan baharu atau membeli perniagaan sedia ada.

SEMAK KENDIRI 6.6

Page 23: 10. OUMM2103 Topic 6 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/OUMM2103/33627... · Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA � 93

(iv) Bank/institusi kewangan;

(v) Pinjaman kerajaan; dan

(vi) Pasaran saham.

Francais

Pemegang francais

Perkongsian

Perniagaan baharu

Perniagaan tunggal

Syarikat

Usaha wajar