04-tor ptb

46

Upload: mohd-yusof-ruslan

Post on 01-Jul-2015

1.104 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 04-Tor PTB
Page 2: 04-Tor PTB

i

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1

1.1 Tujuan Asas Rujukan 1 1.2 Sistem Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) 1 1.3 Keperluan Pelan Pelaksanaan Projek PTB 2 1.4 Matlamat Dan Objektif Kajian 2

1.4.1 Matlamat Kajian 2 1.4.2 Objektif Kajian 2

1.5 Proses Penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB 3 2.0 KAWASAN KAJIAN 4

2.1 Latar Belakang Kawasan Kajian 4 2.1.1 Tapak Kajian 4 2.1.2 Lokasi Tapak 4 2.1.3 Masalah Dan Potensi Tapak 8

2.2 Rumusan Dasar-Dasar Berkaitan Kawasan Kajian 8 2.2.1 Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) 8 2.2.2 Dasar Perbandaran Negara (DPN) 9 2.2.3 Rancangan Fizikal Negara (RFN) 9 2.2.4 Rancangan Struktur Negeri Johor – 2020 9 2.2.5 Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2020 10

2.3 Faktor-Faktor Utama Pemilihan Tapak 11 3.0 BIDANG KAJIAN 12

3.1 Aspek-Aspek Kajian 12 3.2 Kepakaran Perunding Yang Diperlukan 12

3.2.1 Ketua Perunding 12 3.2.2 Perancang Bandar 13 3.2.3 Pakar Pembinaan Kapasiti dan Pengurusan Projek 13 3.2.4 Jurukur Tanah / Perekabentuk Plotan Semula 14 3.2.5 Jurunilai 14 3.2.6 Jurukur Bahan 14 3.2.7 Jurutera (Awam) 15 3.2.8 Jurutera (Utiliti) 15

4.0 PENGURUSAN KAJIAN 16

4.1 Tempoh dan Jadual Kajian 16 4.2 Rangka Kerja Kajian 16

4.2.1 Semakan Kajian-Kajian Dasar Berkaitan dan 16 Cadangan Projek Pembangunan Sediada

4.2.2 Mendapatkan Maklumat Penduduk Setinggan, 18 Pemilik Tanah dan Perihal Tanah

Page 3: 04-Tor PTB

ii

4.2.3 Penyediaan Draf Pelan Pelaksanaan Terperinci 19 4.2.4 Memuktamadkan Pelan Pelaksanaan Terperinci 20

4.3 Data Primer 20 4.3.1 Kajian Lapangan 20 4.3.2 Program Pembinaan Persetujuan (PPP) 21

4.4 Laporan-Laporan Yang Perlu Dihasilkan 22 4.4.1 Salinan Laporan yang perlu diserahkan 24

4.5 Skop Perkhidmatan 24 5.0 STRUKTUR ORGANISASI 26

5.1 Jawatankuasa-Jawatankuasa 26 5.1.1 Jawatankuasa Pemandu 26 5.1.2 Jawatankuasa Teknikal 26

5.2 Pasukan Kajian 27 5.2.1 Pengurus Projek (JPBD SM) / Pasukan Teras 27 5.2.2 JPBD Negeri Johor 28 5.2.3 Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) 28 5.2.4 Perunding 28

6.0 PENGURUSAN KEWANGAN KAJIAN 30

6.1 Anggaran Kos Perunding 30 6.2 Jumlah Peruntukan Kajian 30 6.3 Jadual Pembayaran Kepada Perunding 30

7.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK 32

Page 4: 04-Tor PTB

iii

SENARAI RAJAH Rajah 1.1 : Proses Penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB 3 Rajah 2.1 : Pelan Kunci 5Rajah 2.2 : Pelan Lokasi 6 Rajah 2.3 : Pelan Tapak 7 Rajah 5.1 : Gambarajah Kerjasama Agensi Utama yang terlibat dalam penyediaan Pelan Pelaksanaan projek PTB 27 SENARAI JADUAL Jadual 4.1 : Program Kerja Penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB 17 Jadual 4.2 : Laporan-Laporan Yang Perlu Dihasilkan 23 Jadual 6.1 : Jadual Bayaran 31 SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1 : Surat Dari JPBD Johor Bertarikh 16 Mac 2006 35 Lampiran 2 : Surat Dari Johor Corporation Bertarikh 21 Februari 2006 36 Lampiran 3 : Senarai Ahli Jawatankuasa Pemandu 37 Lampiran 4 : Senarai Ahli Jawatankuasa Teknikal 38 Lampiran 5 : Senarai Pasukan Kajian 39 Lampiran 6 : Anggaran Kos Perunding 40

Page 5: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

1

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN TANAH

BERSEPAKAT (PTB) KG. SKUDAI KIRI, JOHOR BAHRU, JOHOR 1.0 PENGENALAN 1.1 TUJUAN ASAS RUJUKAN

Laporan Asas Rujukan ini disediakan untuk tujuan sebagai panduan kepada penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) Kg. Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor.

1.2 SISTEM PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) adalah satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan lot tanah yang berjiran disusun semula melalui kerjasama dan persetujuan pemilik-pemilik tanah mengikut pelan susunatur yang terancang dengan penyediaan kemudahan infrastruktur dan masyarakat yang mencukupi. Sebagai balasan kepada sebahagian tanah yang disumbangkan, pemilik tanah akan menerima pulangan dalam bentuk hartanah. Sebahagian lagi tanah dijadikan sebagai tanah kewangan dan dijual di pasaran bagi menampung sebahagian kos pembangunan projek. Pelaksanaan projek PTB hendaklah memenuhi elemen-elemen penting sistem PTB seperti berikut: i. Penyertaan Pemilik Tanah; ii. Sumbangan; iii. Tanah Kewangan; iv. Plotan Semula; v. Kuasa Perundangan Kepada Badan Pelaksana; dan vi. Perkongsian Kos Pembangunan. PTB merupakan satu pendekatan bagi membangunkan kawasan – kawasan yang mengalami kemerosotan fizikal, kesesakan dan tertinggal dari arus pembangunan tetapi berpotensi untuk dibangunkan. Kebanyakan kawasan–kawasan ini melibatkan tanah-tanah milik persendirian di pusat atau di pinggir bandar. Pelaksanaan projek melalui sistem PTB dapat mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh kerajaan terutamanya melibatkan kos pengambilan balik tanah.

Page 6: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

2

1.3 KEPERLUAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

Penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB bagi sesuatu kawasan yang telah dikenalpasti adalah sangat penting berdasarkan alasan seperti berikut:- i. Bagi merancang pembangunan Kawasan Kajian secara menyeluruh. ii. Bagi memastikan cadangan pembangunan mendapat persetujuan

pemilik tanah dan pihak-pihak yang berkepentingan. iii. Bagi memastikan pulangan yang optima kepada pemilik tanah. iv. Bagi memastikan projek adalah feasible dari aspek kewangan iaitu

hasil penjualan tanah kewangan boleh menampung kos pembangunan projek.

v. Bagi mengenalpasti aspek-aspek perkongsian kos yang boleh disumbangkan oleh kerajaan dan agensi-agensi utiliti.

vi. Untuk meningkatkan penglibatan pemilik tanah, penduduk dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangunan sesuatu kawasan tersebut selaras dengan Agenda 21 Tempatan.

1.4 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1 Matlamat Kajian Matlamat kajian adalah untuk menyediakan secara terperinci Pelan Pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) bagi Kg. Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor dengan berpandukan elemen-elemen penting Sistem PTB dan mengambilkira dasar/langkah dalam Rancangan Pemajuan serta dasar-dasar terkini Kerajaan Negeri Johor.

1.4.2 Objektif Kajian

i. Untuk mengaplikasikan elemen-elemen penting Sistem PTB dalam penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB.

ii. Untuk mengenalpasti kehendak penduduk dan pemilik tanah ke arah mendapatkan persetujuan pemilik tanah untuk menyertai pelaksanaan projek PTB.

iii. Untuk menyediakan cadangan pelaksanaan yang ‘feasible’ dari aspek kewangan dan pulangan semula kepada pemilik tanah yang optima dan dipersetujui.

iv. Untuk menyediakan pelan-pelan susunatur dan pelan-pelan asas kejuruteraan berdasarkan persetujuan pemilik tanah.

v. Untuk menyediakan anggaran kos projek, pelan kewangan, program kerja dan jadual terperinci pelaksanaan projek.

Page 7: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

3

1.5 PROSES PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

Proses penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB adalah seperti di dalam Rajah 1.1 :-

PELAWAAN PERUNDING (Pelantikan Perunding)

PENGUMPULAN MAKLUMAT AWAL

LAPORAN AWAL (Jawatankuasa Teknikal)

LAPORAN TEKNIKAL (Jawatankuasa Teknikal)

PROGRAM-PROGRAM PEMBINAAN PERSETUJUAN (PPP)

MESYUARAT-MESYUARAT BERSAMA JPPT

MENYEMAK PERSETUJUAN TERKINI PEMILIK TANAH

PENENTUAN FASA PEMBANGUNAN (Sekiranya perlu)

PROGRAM PEMBINAAN PERSETUJUAN DAN PERANCANGAN SEMULA

(Sekiranya perlu)

LAPORAN DRAF AKHIR

(Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu)

(Perkhidmatan Perunding tamat)

LAPORAN AKHIR (Dimuktamadkan oleh Pasukan Teras)

PERINGKAT PELAKSANAAN

Aktiviti Awal Yang Perlu Dimulakan 1. Maklumat Awal Pemilik Tanah dan

Penduduk 2. Soal Selidik Profil Komuniti Dan

Mengesan Pemilik Tanah 3. Maklumat Asas Tapak 4. Maklumat Asas Pemilikan dan

Perihal Tanah

Ulasan-ulasan teknikal diperolehi dan diambilkira

Ulasan-ulasan teknikal diperolehi dan diambilkira

1. Pembentangan Sistem PTB 2. Pembentangan Cadangan

Pelan Susunatur 3. Pembentangan Cadangan Kos

Pembangunan dan Cadangan Pulangan Faedah

4. Soalselidik Impak Sosial 5. Mendapatkan Persetujuan

Awal 6. Perlantikan Jawatankuasa

Perwakilan Pemilik Tanah (JPPT)

RAJAH 1.1: PROSES PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

Page 8: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

4

2.0 KAWASAN KAJIAN 2.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

2.1.1 Tapak Kajian

Kawasan kajian bagi penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB

ialah di Kg. Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor. Keluasan kawasan kajian berjumlah 30.31 hektar (74.83 ekar). (rujuk Rajah 2.1, 2.2 dan 2.3).

Seluas 14.18 hektar (35 ekar) meliputi 172 lot mengikut pecahan milikan seperti berikut :- • Bilangan lot milik persendirian : 101 lot (dimiliki oleh

seramai 101 pemilik) • Bilangan lot tanah kerajaan : 29 lot • Bilangan lot yang tiada rekod

pemilikan : 42 lot

Sementara itu seluas 16.13 hektar (39.83 ekar) merupakan tanah kerajaan yang pada masa kini dipenuhi oleh lebih kurang 390 rumah setinggan.

Kg. Skudai Kiri terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis

Bandaraya Johor Bahru (MBJB). 2.1.2 Lokasi Tapak

Kg. Skudai Kiri terletak kira-kira 16 km dari pusat bandaraya

Johor Bahru dan mempunyai kemudahsampaian yang tinggi di mana boleh dihubungi melalui Jalan Skudai (132’). Kawasan ini terletak di antara pembangunan besar-besaran dan utama di sekitarnya seperti berikut (rujuk Rajah 2.2) :- • Teluk Danga di Tenggara dan Selatan • Bandar Baru Uda 2 di Utara • Taman Perling di Barat • Taman Tampoi Utama dan Taman Tampoi Indah di Barat Laut

Page 9: 04-Tor PTB

TAPAK CADANGANKG. SKUDAI KIRI

Teluk Danga

TamanPerling

U

Tanpa Skala

PELAN KUNCIRAJAH 2.1

Plentong

Page 10: 04-Tor PTB

Ke Skudai

Ke Maju Jaya

Ke TamanSutera Utama

Ke Pasir GudangKe TamanSeri Bahagia

Ke Kawasan PerindustrianTampoi

Ke Jalan Taruka

Ke Taman Tasek

Ke Pusat Bandar

Ke IstanaBukit Serene

Ke Pusat Bandar

Taman TampoiUtama / Indah

Bandar Baru Uda 2

TamanTasek

TelukDanga

U

TamanPerling

PELAN LOKASIRAJAH 2.2

Tanpa Skala

TAPAK CADANGAN

Kg. Skudai Kiri

Page 11: 04-Tor PTB

Ke Pusat Bandar

PELAN TAPAKRAJAH 2.3

JALAN SKUDAI

PEMBANGUNAN TELUK DANGA

TANPA SKALA

UKe Skudai

TAPAK CADANGANKg. Skudai Kiri(74.83 ekar)

TANAH MILIK PERSENDIRIAN/ DIBAHAGIKAN MENGIKUT LOT 35

EKAR

TANAH KERAJAAN 39.83 EKAR

BANDAR BARU UDA

Page 12: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

8

2.1.3 Masalah dan Potensi Tapak

Kg. Skudai Kiri merupakan salah satu perkampungan tradisi di kawasan MBJB yang hampir keseluruhannya didiami oleh orang Melayu. Kawasan ini telah dibangunkan dengan rumah-rumah yang kebanyakkannya berstatus separa kekal dan tidak kekal. Keadaan rumah-rumah yang padat memberi gambaran yang buruk terhadap suasana persekitaran. Kawasan ini juga mempunyai kekurangan kemudahan asas seperti sistem perparitan dan pembetungan yang tidak terancang serta jalan utama yang sempit dengan kelebaran 20-26 kaki. Kawasan tanah kerajaan juga telah di bangunkan dengan padat oleh perumahan setinggan.

Kedudukannya yang terletak di antara kawasan pembangunan

utama, terutamanya pembangunan mega Teluk Danga yang terletak bersempadan dengannya memberi tekanan pembangunan yang mendesak dan memerlukan pembangunan segera kepada kawasan ini.

Tambahan pula kedudukan Kg. Skudai Kiri yang terletak dalam

kawasan MBJB merupakan sebahagian daripada Kawasan Pembangunan Wilayah Selatan Johor (SJER) yang telah diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri pada 30 Julai 2006.

2.2 RUMUSAN DASAR-DASAR BERKAITAN KAWASAN KAJIAN

2.2.1 Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9)

Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) telah menggariskan strategi bagi membangunkan Wilayah Selatan Johor (SJER) sebagai wilayah metropolitan dalam tempoh 10 tahun lagi membabitkan kawasan seluas 2,200 kilometer persegi merangkumi segi tiga dari Serkat di Pontian di sebelah Barat sehingga ke Masai di Timur dan Kulai di bahagian Utara. Kawasan yang akan dibangunkan ini dijangka akan menikmati pembangunan dan permodenan yang pesat serta membantu memacu ekonomi negara pada masa hadapan.

Pelan Induk yang sedang disediakan oleh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan dijangka akan dilancarkan menjelang akhir tahun 2006 akan memberi penekanan kepada pembangunan mampan, pemuliharaan alam sekitar serta agihan pertumbuhan ekonomi yang sama rata di kalangan penduduk tempatan.

Page 13: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

9

Berkaitan peranan Johor Bahru, tumpuan akan diberikan kepada industri pelancongan sebagai pusat membeli belah dan rekreasi melalui pembangunan sedia ada di Teluk Danga dan pembangunan pesisir pantai sepanjang Selat Johor. Dalam konteks ini, kawasan kajian di Kg. Skudai Kiri seharusnya dibangunkan dengan seberapa segera supaya tidak terlalu jauh ketinggalan berbanding kepesatan pembangunan disekitarnya dan juga pembangunan SJER yang akan dimulakan pelaksanaannya dalam masa terdekat.

2.2.2 Dasar Perbandaran Negara (DPN)

Dasar Perbandaran Negara (DPN) telah menggariskan strategi dengan memberi penekanan kepada integrasi pembangunan kampung-kampung dalam bandar. Di antara langkah-langkah dalam DPN 7 yang dicadangkan adalah seperti berikut:- i. Membangunkan semula kawasan-kawasan kampung yang

sesak, tidak terancang dan terpinggir dari arus pembangunan.

ii. Menggalakkan pendekatan Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) sebagai kaedah alternatif dalam membangunkan kampung dalam bandar.

2.2.3 Rancangan Fizikal Negara (RFN)

Rancangan Fizikal Negara (RFN) mengenalpasti kawasan kajian terletak di dalam Konurbasi Pertumbuhan Wilayah – Konurbasi Johor Bahru di mana ia menjangkakan penduduknya akan mencapai 1.84 juta orang menjelang tahun 2020. Salah satu dasar RFN yang digariskan adalah menyokong pertumbuhan Konurbasi ini. Antara langkah di bawah dasar ini ialah mempertingkatkan penyediakan infrastruktur dan kemudahan seperti perumahan, rekreasi, hiburan dan persekitaran berkualiti yang perlu bagi menyokong sektor K-ekonomi.

2.2.4 Rancangan Struktur Negeri Johor – 2020 Strategi pembangunan Rancangan Struktur Negeri Johor adalah

selaras dengan strategi pembangunan seimbang yang digariskan dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN). Ia dibahagikan mengikut zon perancangan yang mana Kawasan Kajian terletak dalam Zon Perancangan Selatan (Kornurbasi Johor Bahru). Penumpuan

Page 14: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

10

pembangunan bagi zon ini ialah sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.

Di antara dasar utama berkaitan Kawasan Kajian ialah dasar

perumahan HO 5.0 iaitu :-

“ Mempertingkatkan kualiti perumahan dan persekitaran di Kg. Tradisi, Kampung Baru, Kampung Petempatan Pertanian dan Petempatan Orang Asli”.

Di bawah dasar ini dinyatakan terdapat kampung tradisi dan kampung baru di Negeri Johor mengalami kesesakan akibat daripada pembangunan yang tidak teratur dan ini menyebabkan pihak berkuasa tempatan menghadapi masalah untuk menyediakan pelbagai kemudahan. Keadaan ini juga akan mengakibatkan sesetengah kawasan tersebut sering dilanda banjir kilat akibat kekurangan atau kelemahan infrastruktur.

Langkah-langkah yang dicadangkan di bawah dasar ini ialah seperti berikut :-

i. Melaksanakan program memperbaiki kawasan-kawasan

kampung dengan perancangan dan pembangunan semula menerusi penyediaan infrastruktur dan utiliti serta kemudahan awam yang mencukupi ;

ii. Mengenalpasti kawasan perkampungan yang berpotensi dan

mempunyai nilai, kebudayaan serta estetika untuk dipulihkan seterusnya dijadikan kampung warisan atau model perkampungan percutian pelancong; dan

iii. Mengawal pembangunan perumahan baru di kawasan-

kawasan kampung bagi menghindari kesesakan dan peningkatan kepadatan.

2.2.5 Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2020 Kawasan Kajian terletak dalam Blok Perancangan Khusus 10.7 – Presin Kg. Skudai Kiri dengan zon gunatanah utama yang dibenarkan ialah cadangan pembangunan kawasan kediaman, perniagaan, institusi dan kemudahan, cadangan pemeliharaan dan pengurusan alam sekitar serta cadangan kawalan pembangunan pinggiran sungai. Kawasan kediaman yang dibenarkan adalah kawasan kediaman yang mempunyai kepadatan sederhana (antara 25-40 unit/ekar)

Page 15: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

11

dengan jenis bangunan yang dibenarkan seperti kondominium, apartment, sesebuah, berkembar dan teres dari kategori kos tinggi dan kos sederhana. Rancangan Tempatan juga mencadangkan Kawasan Kajian hanya terlibat dengan kawasan perniagaan yang berfungsi sebagai pusat kejiranan. Dari segi cadangan pembangunan khusus, Rancangan Tempatan mencadangkan pembangunan semula (redevelopment) bagi Presin Kg. Skudai Kiri (BPK 10.7) yang melibatkan Kawasan Kajian (dan juga Kg. Usaha Jaya) yang terdapat petempatan setinggan dengan cadangan pembangunan terancang berkepadataan sederhana (40 unit/ekar).

2.3 FAKTOR-FAKTOR UTAMA PEMILIHAN TAPAK

Di antara faktor-faktor utama pemilihan Kg. Skudai Kiri bagi penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB adalah seperti berikut:- i. Mesyuarat JPN Johor Bil 1/2006 pada 13 Februari 2006 pada

dasarnya bersetuju Kajian Pelan Pelaksanaan Projek PTB dijalankan di Kg. Skudai Kiri oleh JPBD Semenanjung Malaysia dengan kerjasama JPBD Negeri Johor dan MBJB (surat JPBD.J1/74/00620 bertarikh 10 Mac 2006 adalah berkaitan – Lampiran 1).

ii. Yang Berhormat Datuk Bandar MBJB dan pegawai-pegawai kanan

MBJB sangat berminat menggunapakai kaedah PTB khususnya untuk membangunkan semula Kg. Skudai Kiri. Sehingga kini 4 taklimat mengenai Sistem PTB dan penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB telah diberikan kepada Y.B. Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan MBJB iaitu pada tarikh-tarikh seperti berikut:- • 15 September 2004 • 12 April 2005 • 8 Februari 2006 • 16 Jun 2006

iii. Johor Corporation telah menyatakan amat berminat untuk turut serta

dalam pelaksanaan cadangan pembangunan projek PTB samada dibuat terus oleh Johor Corporation atau melalui anak syarikatnya iaitu Johor Land Berhad. Johor Corporation juga menyatakan kesediaan untuk memberi sumbangan dalam bentuk maklumat dan idea dari peringkat penyediaan kajian lagi. Surat Johor Corporation (2) JLB/PBR/A65/2006 bertarikh 10 Februari 2006 adalah berkaitan - Lampiran 2).

Page 16: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

12

3.0 BIDANG KAJIAN

3.1 ASPEK-ASPEK KAJIAN

Untuk menyediakan perancangan keseluruhan Pelan Pelaksanaan Projek PTB, di antara aspek-aspek utama yang perlu dilaksanakan dalam kajian ini ialah seperti berikut :- • Aspek perancangan fizikal. • Aspek sosial termasuk kajian soal selidik lapangan dan strategi

serta program-program pembinaan persetujuan. • Pelan-pelan sokongan kejuruteraan. • Pengukuran tanah dan rekabentuk plotan semula. • Aspek penilaian tanah termasuk penilaian sebelum dan

selepas projek. • Aspek kewangan dari segi kos pembangunan, pelan kewangan

dan aliran tunai. • Pembinaan kapasiti (capacity building) dan institusi. • Rancangan berkaitan pampasan dan penempatan sementara

pemilik tanah. • Rancangan berkaitan pampasan dan program penempatan

semula setinggan oleh Kerajaan Negeri. • Perancangan keseluruhan dan penyediaan program kerja

pelaksanaan.

3.2 KEPAKARAN PERUNDING YANG DIPERLUKAN

Berdasarkan aspek-aspek kajian yang telah disenaraikan, Pasukan Perunding yang dilantik akan diketuai oleh firma perancangan bandar yang berdaftar. Terdapat lapan (8) bidang kepakaran perunding yang diperlukan dengan setiap satunya perlu melaksanakan bidang tugas seperti berikut :- • Ketua Perunding • Perancang Bandar • Pakar Pembinaan Kapasiti dan Pengurusan Projek • Jurukur Tanah dan Perekabentuk Plotan Semula • Jurunilai • Jurukur Bahan • Jurutera (Awam) • Jurutera (Utiliti)

3.2.1 Ketua Perunding

i. Mengetuai dan menyelaraskan pasukan perunding. ii. Mengumpul / menyemak dan menyelaras penyediaan

semua laporan dan output kajian.

Page 17: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

13

iii. Sentiasa berhubung dan berunding dengan JPBD Semenanjung Malaysia, Pasukan Kajian dan lain-lain jabatan teknikal dan agensi berkaitan.

iv. Mengendalikan projek dengan memastikan projek siap pada waktu dan peruntukan yang ditetapkan.

v. Menyediakan bahan taklimat dan membuat pembentangan seperti yang ditetapkan oleh Pasukan Teras.

vi. Membantu Pasukan Teras dengan menyalurkan maklumat-maklumat teknikal sekiranya diperlukan.

3.2.2 Perancang Bandar

i. Menyediakan aspek perancangan fizikal tapak termasuk konsep perancangan dan pelan-pelan susunatur.

ii. Mengkaji pembangunan semasa dan sekitar kawasan kajian.

iii. Menganalisa maklumat lalulintas sediada dan mengkaji keperluan rangkaian jalanraya, sirkulasi lalulintas dan keperluan tempat letak kenderaan.

iv. Menterjemah semua maklumat dalam bentuk digital dan menggunakan aplikasi GIS.

v. Menyediakan Strategi Pembinaan Persetujuan keseluruhan dan merancang pelaksanaan strategi dan Program Pembinaan Persetujuan serta mendokumenkan semua hasil program tersebut.

vi. Menjalankan kajian soalselidik Profil Komuniti dan Penilaian Impak Sosial dan membuat analisis ke arah mendapatkan persetujuan bagi menyertai pelaksanaan projek PTB.

3.2.3 Pakar Pembinaan Kapasiti dan Pengurusan Projek

i. Mengenalpasti struktur organisasi pelaksanaan projek dan memperincikan tanggungjawab Jabatan dan agensi terlibat.

ii. Mengkaji dan mencadangkan struktur organisasi Badan Pelaksana dan keperluan tenaga kerja untuk melaksanakan Projek PTB.

iii. Mencadangkan keperluan dan program latihan kepada tenaga kerja yang terlibat di dalam pelaksanaan Projek PTB.

iv. Menyediakan perancangan untuk penempatan sementara pemilik tanah dan menyelaraskan tindakan

Page 18: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

14

Kerajaan Negeri berkaitan penempatan semula setinggan serta bayaran pampasan.

v. Menyediakan perancangan keseluruhan dan program serta jadual pelaksanaan projek secara terperinci.

3.2.4 Jurukur Tanah dan Perekabentuk Plotan Semula

i. Menjalankan kerja-kerja ukur tanah terkini termasuk semua struktur bangunan di kawasan kajian.

ii. Mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip dan garispanduan plotan semula.

iii. Menyedia pelan plotan semula secara terperinci setiap lot berdasarkan hasil perundingan bersama pemilik-pemilik tanah.

iv. Membantu sesi taklimat bersama pemilik-pemilik tanah berkaitan pelan plotan semula.

v. Menterjemah semua maklumat dalam bentuk digital dan menggunakan aplikasi GIS.

3.2.5 Jurunilai

i. Mengkaji dan mencadangkan prinsip/ garispanduan penilaian hartanah.

ii. Mengkaji penilaian hartanah sebelum dan selepas projek.

iii. Mengkaji perancangan tanah kewangan termasuk penilaian dan pasaran tanah kewangan serta analisis aliran tunai.

iv. Menjalankan kajiselidik bangunan dan hartanah untuk menetapkan nilai pampasan/gantirugi.

3.2.6 Jurukur Bahan

i. Menyediakan kos, pendapatan projek dan cadangan pulangan faedah.

ii. Menyediakan pelan kewangan untuk pelaksanaan projek

iii. Mengkaji sumber kewangan untuk pelaksanaan. iv. Menilai cadangan kewangan oleh pemaju.

Page 19: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

15

3.2.7 Jurutera (Awam)

Menyedia serta mengkaji rekabentuk asas dan kajian perancangan kejuruteraan berkaitan pembangunan tanah dan aras ketinggian, keratan rentas, ‘section height and typical structures’ ke atas kemudahan-kemudahan dan menganggarkan keperluan untuk:- a. Bekalan air b. Pembetungan c. Sisa pepejal d. Perparitan e. Jalan f. Kerja tanah

3.2.8 Jurutera (Utiliti)

Menyedia dan mengkaji rekabentuk asas dan kajian perancangan kejuruteraan terutama untuk menentukan permintaan dan jenis kemudahan-kemudahan berikut: a. Bekalan elektrik b. Telekomunikasi c. Gas d. Teknologi maklumat dan komunikasi

Page 20: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

16

4.0 PENGURUSAN KAJIAN 4.1 TEMPOH DAN JADUAL KAJIAN

Penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB di Kg. Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor akan mengambil masa 10 bulan termasuk beberapa siri mesyuarat bersama pemilik tanah sehingga mendapatkan persetujuan terkini, membuat perancangan semula (jika perlu) dan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu. Rajah 4.1 menunjukkan program kerja penyediaan kajian secara terperinci.

4.2 RANGKA KERJA KAJIAN

Rangka kerja keseluruhan kajian terdiri dari peringkat-peringkat seperti berikut:- i. Semakan Kajian / Dasar berkaitan dan Cadangan Projek

Pembangunan Sediada. ii. Mendapatkan maklumat penduduk setinggan, pemilik tanah dan

perihal tanah. iii. Penyediaan Draf Pelan Pelaksanaan Terperinci. iv. Memuktamadkan Pelan Pelaksanaan Terperinci.

4.2.1 Semakan Kajian / Dasar Berkaitan dan Cadangan Projek Pembangunan Sediada

Pada peringkat ini perunding perlu menyemak semua kajian-

kajian dan dasar-dasar terlibat yang memberi kesan kepada pembangunan Kawasan Kajian. Perunding juga perlu menyenaraikan dan mengkaji semua projek-projek pembangunan yang telah dicadangkan oleh semua Jabatan/Agensi melibatkan Kawasan Kajian.

Di peringkat ini semakan yang perlu dibuat meliputi aspek-aspek

seperti berikut :- • Pembacaan mengenai Sistem PTB dan rujukan kepada kajian-

kajian Projek Perintis PTB iaitu Kajian Persediaan di Rezab Melayu Puchong (RMP) dan Kajian Pelan Implementasi di Zon C1-Kg. Pulau Meranti.

• Dasar-dasar, langkah dan garis panduan dalam rancangan

pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri Johor dan Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru.

Page 21: 04-Tor PTB

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 PERINGKAT PERTAMA SEMAKAN KAJIAN / DASAR BERKAITAN DAN CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN SEDIADA (1 bulan)• Sistem dan Projek PTB• Rancangan-rancangan Pemajuan• Pelan-pelan pembangunan dan cadangan projek pembangunan

2 PERINGKAT KEDUAMENDAPATKAN MAKLUMAT PENDUDUK SETINGGAN, PEMILIK TANAH DAN PERIHAL TANAH

• Maklumat awal penduduk, pemilik, maklumat asas tapak dan perihal tanah• Strategi / Pendekatan Pembinaan Persetujuan dan Cadangan Soal Selidik• Maklumat lanjut perihal tanah• Maklumat lanjut penduduk dan mengesan pemilik tanah• Soal selidik penduduk / pemilik tanah• Taklimat Awal

3 PERINGKAT KETIGAPENYEDIAAN DRAF PELAN PELAKSANAAN TERPERINCILAPORAN TEKNIKAL• Cadangan pelaksanaan projek (3 bulan)• Cadangan konsep perancangan, pelan susunatur, kos dan pulanganLAPORAN DRAF AKHIR• Program-program Pembinaan Persetujuan (4 bulan)• Program dan Jadual Pelaksanaan Projek• Cadangan 'Pembinaan kapasiti'• Program pelaksanaan keseluruhan• Rumusan hasil penemuan

4 PERINGKAT KEEMPATMEMUKTAMADKAN LAPORAN DRAF AKHIR PELAN PELAKSANAAN TERPERINCI (2 bulan)

5 PROGRAM PEMBINAAN PERSETUJUAN

6 LAPORAN DAN JAWATANKUASA MELULUSKAN

JADUAL 4.1: PROGRAM KERJA PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

TAHUN PERTAMABIL AKTIVITI JANGKAMASA/BULAN

(10 bulan)

Lap. AwalJ/K TeknikalPengerusi :

KP JPBD Sem. Malaysia

Lap. TeknikalJ/K TeknikalPengerusi :

KP JPBD Sem. Malaysia

Lap. Draf AwalJ/K TeknikalPengerusi :

KP JPBD Sem. Malaysia

Lap. Draf AkhirJ/K Pemandu

Pengerusi Bersama:KSU KPKT

SUK Negeri Johor

Page 22: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

18

• Pelan-pelan pembangunan dan cadangan senarai projek beserta kos, lokasi dan spesifikasi oleh Kerajaan Negeri, PBT dan Jabatan serta Agensi lain di Kawasan Kajian dan kawasan sekitarnya.

Peringkat semakan ini adalah bertujuan sebagai rujukan dan untuk disesuaikan dengan cadangan pembangunan kawasan kajian, berdasarkan kaedah dan elemen-elemen sistem PTB. Semua hasil semakan pada peringkat ini hendaklah dilaporkan dalam Laporan Awal.

4.2.2 Mendapatkan Maklumat Penduduk Setinggan, Pemilik

Tanah dan Perihal Tanah

Pada peringkat ini perunding dikehendaki mendapatkan maklumat-maklumat mengenai penduduk termasuk keluarga setinggan dan juga penduduk yang mendiami lot-lot persendirian. Selain itu maklumat-maklumat terkini pemilik yang berdaftar perlu diperolehi melalui pelbagai pendekatan.

Ini termasuklah bilangan pemilik tanah yang telah meninggal dunia dan waris-waris yang boleh dihubungi. Ini adalah sebagai persediaan untuk memudahkan tindakan menghubungi semua penduduk dan pemilik untuk mengadakan taklimat awal dan program-program pembinaan persetujuan (PPP).

Maklumat-maklumat penduduk dan pemilik yang perlu diperolehi antaranya ialah seperti berikut :- • Senarai nama penduduk, pemilik dan bilangan ahli keluarga • Alamat perhubungan terkini • Lot/rumah yang dimiliki • Sekiranya telah meninggal dunia, waris-waris yang boleh

dihubungi. Di samping itu maklumat-maklumat perihal tanah hendaklah diperolehi termasuklah antaranya maklumat-maklumat seperti berikut :- • Pemilikan Tanah (bilangan lot dan keluasan) • Taraf Pegangan • Jenis Geran • Tanggungan • Sekatan Kepentingan • Topografi • Pelan Ukur Tanah • Gunatanah Semasa

Page 23: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

19

• Pembangunan Sekitar • Nilai Tanah • Penilaian Bangunan

Maklumat-maklumat awal penduduk setinggan, pemilik tanah/waris dan perihal tanah hendaklah dilaporkan dalam Laporan Awal. Laporan ini akan dibentang untuk kelulusan Jawatankuasa Teknikal.

4.2.3 Penyediaan Draf Pelan Pelaksanaan Terperinci

Terdapat dua (2) jenis laporan yang perlu disediakan di peringkat ini iaitu Laporan Teknikal dan Laporan Draf Akhir.

Laporan Teknikal yang antaranya aspek-aspek berikut :-

i. Maklumat fizikal dan maklumat asas perihal tanah. ii. Maklumat profil penduduk, pemilik tanah dan status pemilikan

. iii. Penemuan kajian lapangan semakan ukur tanah. iv. Penemuan kajian penilaian hartanah sebelum projek. v. Penemuan kajian soal selidik profil penduduk dan pemilik

tanah. vi. Pembangunan sediada dan sekitar kawasan kajian. vii. Aspek sosial strategi dan program pembinaan persetujuan. viii. Cadangan awal konsep perancangan, pelan susunatur,

anggaran kos, pendapatan, pelan kewangan dan cadangan pulangan.

ix. Cadangan organisasi pelaksanaan projek. x. Cadangan-cadangan awal pembangunan. xi. Rumusan penemuan dan isu-isu pelaksanaan.

Laporan Draf Akhir Pelan Pelaksanaan Terperinci pula haruslah mengandungi aspek-aspek berikut :-

i. Cadangan pembangunan keseluruhan. ii. Aspek sosial dan hasil-hasil Program Pembinaan Persetujuan

(PPP) iii. Perancangan terkini berdasarkan kaedah PTB melibatkan

transformasi gunatanah, penilaian tanah, kadar sumbangan, “proportional ratio”, plotan semula (pulangan) dan pelan kewangan.

iv. Pelan asas kejuruteraan untuk kerja tanah, jalan, tanah, pembetungan, perparitan, utiliti dan lain-lain kemudahan.

Page 24: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

20

v. Anggaran bayaran pampasan dan rancangan penempatan semula.

vi. Pelan tanah kewangan dan pelan plotan semula. vii. Struktur organisasi pelaksanaan projek, tanggungjawab dan

pembinaan kapasiti. viii. Aspek perkongsian kos. ix. Program dan jadual pelaksanaan projek keseluruhan. x. Rumusan hasil penemuan. xi. Rajah dan pelan-pelan yang berkaitan.

Laporan Draf Akhir perlu mengandungi pengiraan terperinci kepada semua perkara di atas dan perlu disediakan dengan perundingan yang aktif bersama pemilik tanah dan semua pihak yang berkepentingan.

Laporan Teknikal dan Laporan Draf Akhir Pelan Pelaksanaan Terperinci akan dibentangkan untuk kelulusan Jawatankuasa Teknikal.

4.2.4 Memuktamadkan Pelan Pelaksanaan Terperinci

Pada peringkat ini perunding hendaklah memuktamadkan Laporan Draf Akhir Pelan Pelaksanaan Terperinci dengan mengambilkira pindaan-pindaan yang perlu dilakukan hasil daripada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.

Laporan Draf Akhir Pelan Pelaksanaan Terperinci yang telah dimuktamadkan akan dibentang untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu.

4.3 DATA PRIMER

Data Primer akan melibatkan kajian-kajian lapangan dan program-program pembinaan persetujuan.

4.3.1 Kajian Lapangan

Kajian lapangan yang perlu dijalankan ialah seperti berikut :-

i. Soalselidik mengenai persepsi sosiologi : Soalselidik

Profil Komuniti termasuk persepsi penduduk (termasuk setinggan) dan pemilik-pemilik tanah terhadap projek PTB. Salah satu kaedah ialah dengan mengadakan taklimat awal melalui Program Perundingan Awam bersama penduduk dan pemilik tanah. Kajian ini turut mengambilkira pemilik-pemilik

Page 25: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

21

tanah yang tidak menetap di kawasan kajian. Selain itu soal selidik Penilaian Impak Sosial juga perlu diadakan untuk mendapatkan pendapat penduduk tentang draf pelan susunatur dan persetujuan pemilik tanah untuk menyertai projek PTB.

ii. Kajian Bangunan dan Hartanah untuk menentukan

cadangan pampasan : Kajian terperinci terhadap struktur bangunan dan hartanah perlu dilakukan untuk menentukan setakat mana nilai gantirugi/pampasan perlu dibayar sekiranya pelaksanaan berdasarkan draf pelan susunatur yang dicadangkan.

4.3.2 Program Pembinaan Persetujuan (PPP)

Perunding perlu menyediakan strategi dan langkah-langkah dalam mendapatkan persetujuan. Perunding juga perlu menyediakan perancangan program PPP serta menyediakan maklumat dan bahan yang lengkap untuk membantu Kerajaan melaksanakan PPP.

PPP akan termasuk, tetapi tidak terhad kepada siri-siri perundingan seperti berikut: i. Sesi taklimat bersama Jabatan/Agensi: Sesi taklimat

bersama Jabatan/Agensi bagi memberi pemahaman tentang sistem PTB serta perancangan yang akan dijalankan ke atas kawasan kajian.

ii. Sesi PPP bersama pemilik-pemilik tanah : Program

untuk mengadakan PPP perlu di adakan sekurang-kurangnya 2 sesi bersama pemilik-pemilik tanah. Objektif utama adalah untuk memberi pemahaman tentang pelaksanaan projek PTB, mendapatkan kerjasama dan untuk mencapai seberapa banyak persetujuan daripada pemilik-pemilik tanah. Usaha mendapatkan persetujuan dari pemilik-pemilik tanah perlu didokumenkan. Di masa yang sama usaha-usaha mengesan pemilik-pemilik tanah yang tidak tinggal di kawasan kajian dan meyakinkan pemilik-pemilik tanah untuk menyertai pelaksanaan Projek PTB hendaklah dijalankan. Satu program khusus untuk mengadakan mesyuarat perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pemilik Tanah hendaklah diadakan.

iii. Sesi taklimat bersama Ketua Masyarakat : Sesi taklimat

hendaklah dijalankan bagi memberi pemahaman tentang sistem PTB serta perancangan yang akan dijalankan ke atas Kawasan Kajian.

Page 26: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

22

iv. Sesi Taklimat Bersama Agensi Utiliti : Sesi taklimat hendaklah dijalankan untuk membentangkan tentang cadangan pembangunan dan aspek perkongsian kos yang kemungkinan boleh diperolehi dari agensi-agensi tersebut.

4.4 LAPORAN-LAPORAN YANG PERLU DIHASILKAN

Sebanyak 3 laporan utama perlu dihasilkan oleh Perunding seperti berikut :- i. Laporan Awal ii. Laporan Teknikal iii. Laporan Draf Akhir

Page 27: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

23

JADUAL 4.2 : LAPORAN-LAPORAN YANG PERLU DIHASILKAN

Bil Peringkat Kajian Tarikh Serahan 1. Laporan Awal

Laporan ini mengandungi • Latarbelakang Sistem dan Projek PTB • Latarbelakang kawasan kajian • Objektif kajian • Semakan kajian / dasar dan cadangan projek

pembangunan sediada • Maklumat awal penduduk, pemilik dan perihal tanah • Pendekatan dan metadologi kajian • Strategi dan pendekatan PPP • Cadangan kajian-kajian lapangan dan borang soal selidik • Keperluan data • Program kerja

Minggu terakhir bulan pertama

2.

Laporan Teknikal Laporan ini mengandungi: • Profil Kawasan Kajian, penduduk, pemilik tanah dan

perihal tanah. • Penemuan kajian-kajian lapangan dan soal selidik • Aspek sosial-strategi dan program pembinaan

persetujuan. • Cadangan arah konsep perancangan, anggaran kos dan

pulangan. • Cadangan awal pembangunan. • Cadangan organisasi pelaksanaan projek. • Rumusan penemuan dan isu-isu pelaksanaan.

Minggu terakhir bulan keempat

3.

Laporan Draf Akhir (Kelulusan Jawatankuasa Teknikal) Laporan ini mengandungi: • Cadangan pembangunan keseluruhan. • Aspek sosial dan hasil-hasil Program Pembinaan

Persetujuan (PPP) • Perancangan terkini berdasarkan kaedah PTB melibatkan

transformasi gunatanah, penilaian tanah, kadar sumbangan, “proportional ratio”, plotan semula (pulangan) dan pelan kewangan.

• Pelan asas kejuruteraan untuk kerja tanah, jalan, tanah, pembetungan, perparitan, utiliti dan lain-lain kemudahan.

• Anggaran bayaran pampasan dan rancangan penempatan semula.

• Pelan tanah kewangan dan pelan plotan semula. • Struktur organisasi pelaksanaan projek, tanggungjawab

dan pembinaan kapasiti. • Aspek perkongsian kos. • Cadangan pembinaan kapasiti. • Program dan jadual pelaksanaan projek keseluruhan. • Rumusan hasil penemuan. • Rajah dan pelan-pelan yang berkaitan. Memuktamadkan Laporan Draf Akhir (Kelulusan Jawatankuasa Teknikal)

Minggu terakhir bulan kelapan Minggu terakhir bulan kesepuluh

Page 28: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

24

Laporan Draf Akhir dan Ringkasan Eksekutif perlu disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Semua laporan dan pelan akan diserahkan dalam bentuk dokumen (Hard Copy) dan digital iaitu CD ROM.

4.4.1 Salinan Laporan yang perlu diserahkan.

Perunding perlu menyediakan laporan seperti berikut:-

• Laporan Awal • Laporan Teknikal • Laporan Draf Akhir

- Versi Bahasa Malaysia - ( bersama Ringkasan Eksekutif) - Versi Bahasa Inggeris - ( bersama Ringkasan Eksekutif)

Perunding perlu menyediakan salinan yang mencukupi draf-draf laporan untuk perbincangan dengan Pasukan Teras dan Pasukan Kajian. Walaubagaimanapun untuk pembentangan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu, perunding hanya perlu mengemukakan salinan asal laporan (hardcopy) dan dalam bentuk digital (softcopy). Pasukan Teras akan membuat salinan untuk edaran kepada ahli-ahli mesyuarat.

4.5 SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan perunding merangkumi aspek berikut : i. Perunding perlu mengumpul, mengesahkan dan menganalisis semua

data-data atau maklumat-maklumat yang berkaitan dari kajian-kajian perancangan, kajian lapangan dan soalselidik, cadangan dan program, polisi-polisi serta objektif kerajaan / pihak berkuasa tempatan, Jabatan / Agensi.

ii. Perunding perlu menghadiri semua perbincangan, mesyuarat, sesi

pembinaan persetujuan, sesi dialog/taklimat dan menyediakan serta menyampaikan pembentangan seperti yang ditetapkan oleh Pasukan Teras.

iii. Perunding perlu berunding dengan Pasukan Teras dalam keseluruhan

proses penyediaan kajian.

Bagi Laporan Draf Akhir Versi Bahasa Inggeris (bersama Ringkasan Eksekutif) perlu disediakan selepas kelulusan Jawatankuasa Pemandu

Page 29: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

25

iv. Perunding perlu berhubung dan berunding dengan pegawai kerajaan/separa kerajaan atau pihak berkuasa/agensi berkaitan yang terlibat secara langsung atau tidak dengan kajian ini.

v. Perunding perlu mengubahsuai dan membuat pindaan semua

laporan, rajah dan pelan mengikut keperluan kajian sebagaimana yang ditetapkan oleh Pasukan Teras.

vi. Perunding perlu membantu Pasukan Teras dalam menguruskan

latihan-latihan dan bengkel-bengkel berkaitan dengan projek PTB dengan menyampaikan maklumat, pengetahuan, kemahiran dan teknologi berkaitan.

Page 30: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

26

5.0 STRUKTUR ORGANISASI

Penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB ini akan diketuai oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia dan akan dipandu serta diselaras oleh Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal.

5.1 JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

5.1.1 Jawatankuasa Pemandu

Fungsi-fungsi Jawatankuasa Pemandu adalah seperti berikut :

i. Untuk memandu kajian agar selaras dengan dasar-dasar di peringkat kebangsaan, negeri dan juga tempatan.

ii. Untuk menyediakan garis panduan dan ketetapan dasar-dasar ke atas perancangan dan pelaksanaan projek PTB.

iii. Untuk meluluskan, meminda ataupun menolak cadangan-cadangan Laporan Draf Akhir Pelan Pelaksanaan Terperinci Projek PTB.

Jawatankuasa Pemandu dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Senarai Ahli Jawatankuasa Pemandu adalah seperti di Lampiran 3.

5.1.2 Jawatankuasa Teknikal

Fungsi-fungsi Jawatankuasa Teknikal adalah seperti berikut : i. Untuk menilai data-data teknikal, analisis dan laporan-

laporan. ii. Untuk menyelaras semua cadangan dari kajian supaya selaras

dengan dasar-dasar kerajaan dan dasar-dasar Jabatan/Agensi. iii. Untuk membantu Pasukan Kajian dalam pengumpulan

maklumat. iv. Untuk melaporkan kemajuan dan hasil kajian kepada

Jawatankuasa Pemandu. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal ialah Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia. Senarai Ahli Jawatankuasa Teknikal adalah seperti di Lampiran 4.

Page 31: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

27

5.2 PASUKAN KAJIAN

Kajian Pelan Pelaksanaan Projek PTB ini disediakan secara bersama oleh JPBD Semenanjung Malaysia, JPBD Negeri Johor, dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) (Rujuk Rajah 5.1). Pasukan Kajian akan diketuai oleh Pengarah BRFN, JPBD Semenanjung Malaysia dan ahli Pasukan Kajian yang lain adalah seperti di Lampiran 5.

Rajah 5.1 : Gambarajah Kerjasama Agensi Utama yang terlibat dalam penyediaan Pelan Pelaksanaan projek PTB

Tugas-tugas Pasukan Kajian yang utama ialah seperti berikut:- 5.2.1 Pengurus Projek (JPBD SM)/ Pasukan Teras

i. Mengetuai perjalanan keseluruhan kajian dan memastikan kajian siap pada waktu dan peruntukan yang ditetapkan.

ii. Bertanggungjawab dalam memandu arah penyediaan pelan pelaksanaan selaras dengan sistem dan elemen PTB.

iii. Membimbing dan menyelaras perunding untuk memenuhi keperluan kajian.

iv. Meneliti semua laporan dari perunding agar memenuhi kehendak Asas Rujukan.

JPBD Semenanjung

Malaysia

JPBD Negeri Johor

Majlis Bandaraya Johor Bahru

Pelan Pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah

Bersepakat (PTB) – Kg. Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor

- dibantu oleh Ahli Pasukan Kajian lain dan

Perunding

Page 32: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

28

5.2.2 JPBD Negeri Johor

i. Memastikan kajian agar memenuhi keperluan dasar-dasar di peringkat Negeri termasuk selaras dengan Rancangan Pemajuan.

ii. Mengenalpasti corak pembangunan yang bersesuaian bagi kawasan kajian.

iii. Membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan daripada Rancangan Pemajuan.

iv. Bertanggungjawab menyelaraskan tindakan-tindakan Kerajaan Negeri dengan Kajian Pelan Pelaksanaan PTB berkaitan perancangan dan Program Penempatan Semula Setinggan di Kawasan Kajian.

v. Membantu dalam pelaksanaan PPP dan semua perbincangan dengan penduduk dan pemilik tanah termasuk sokongan dari aspek tenaga kerja dan kewangan.

vi. Memastikan penglibatan dan kerjasama semua pihak dari peringkat Jabatan dan Agensi dalam negeri.

vii. Mengemukakan hasil kajian untuk kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Mesyuarat MMKN.

5.2.3 Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

i. Memastikan kajian agar memenuhi keperluan-keperluan perancangan di peringkat PBT.

ii. Membekalkan maklumat-maklumat berkaitan profil pemilik tanah, perihal tanah dan nilaian tanah kawasan kajian.

iii. Membekalkan maklumat-maklumat berkaitan rumah, penduduk dan keluarga setinggan.

iv. Membantu dalam pelaksanaan PPP dan semua perbincangan dengan penduduk dan pemilik tanah termasuk sokongan dari aspek tenaga kerja dan kewangan.

v. Memandu proses dan langkah pelaksanaan projek berdasarkan peraturan perundangan semasa.

5.2.4 Perunding

Perunding terdiri dari perunding-perunding dalam bidang yang dikenalpasti dan diketuai oleh Ketua Perunding.

Page 33: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

29

Ketua Perunding bertanggungjawab ke atas semua hasil kerja perunding dan bertindak sebagai penyelaras kepada semua laporan yang dihasilkan oleh perunding. Antara tugas-tugas perunding adalah seperti berikut :- i. Perunding perlu mengumpul, mengesahkan dan

menganalisis semua data-data atau maklumat-maklumat yang berkaitan dari kajian-kajian perancangan, kajian lapangan dan soalselidik, cadangan dan program, polisi-polisi serta objektif kerajaan / pihak berkuasa tempatan, Jabatan / Agensi.

ii. Perunding perlu menghadiri semua perbincangan, mesyuarat, sesi pembinaan persetujuan, sesi dialog/taklimat dan menyediakan serta menyampaikan pembentangan seperti yang ditetapkan oleh Pasukan Teras.

iii. Perunding perlu berunding dengan Pasukan Teras dalam keseluruhan proses penyediaan kajian.

iv. Perunding perlu berhubung dan berunding dengan pegawai kerajaan/separa kerajaan atau pihak berkuasa/agensi berkaitan yang terlibat secara langsung atau tidak dengan kajian ini.

v. Perunding perlu mengubahsuai dan membuat pindaan semua laporan, rajah dan pelan mengikut keperluan kajian sebagaimana yang ditetapkan oleh Pasukan Teras.

vi. Perunding perlu membantu Pasukan Teras dalam menguruskan latihan-latihan dan bengkel-bengkel berkaitan dengan projek PTB dengan menyampaikan maklumat, pengetahuan, kemahiran dan teknologi berkaitan.

Page 34: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

30

6.0 PENGURUSAN KEWANGAN KAJIAN 6.1 ANGGARAN KOS PERUNDING

Anggaran keseluruhan kos kajian ini melibatkan tiga komponen utama iaitu:-

i. Bayaran Fee Perunding dan Khidmat Sokongan; ii. Bayaran Imbuhan Balik; dan iii. Kos Pengurusan Pasukan Teras.

Anggaran kos untuk bayaran perunding berjumlah RM 610,865 mengikut pecahan seperti berikut (rujuk Lampiran 6) :

A. Kos Professional RM 386,540 B. Kos Sub. Professional RM 104,760 RM 491,300 C. Cukai Perkhidmatan (5%) RM 24,565 Jumlah Fee Perunding RM 515,865 D. Imbuhan Balik RM 95,000

Jumlah Kos Perunding RM 610,865

6.2 JUMLAH PERUNTUKAN KAJIAN

Jumlah peruntukan untuk Penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB di bawah Program Rancangan Khas berjumlah RM1.22 juta. Pengagihan peruntukan mengikut tahun ialah seperti berikut :- Tahun 2007 : RM250,000 Tahun 2008 : RM400,000 Tahun 2009 : RM570,020 Kos pengurusan Pasukan Teras adalah berjumlah RM609,135.00. Pada tahun 2007, JPBD Negeri Johor akan memperuntukkan sebanyak RM20,000.00 manakala Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebanyak RM20,000.00.

6.3 JADUAL PEMBAYARAN KEPADA PERUNDING

Pembayaran kepada perunding dicadangkan mengikut peringkat penyerahan laporan-laporan seperti berikut:-

Page 35: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

31

JADUAL 6.1 : JADUAL BAYARAN BIL. PERINGKAT PEMBAYARAN PERATUS (%)

1 Laporan Awal 20

2 Laporan Teknikal 30

3 Laporan Draf Akhir 40

4 Yuran ‘Retention’’ 10

JUMLAH 100

Page 36: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

32

7.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

i. Pembangunan untuk keseluruhan Kawasan Kajian dapat dirancangkan.

ii. Menyelesaikan masalah Kg. Tradisi dalam bandar yang didiami oleh

orang Melayu yang telah dibangunkan dengan keadaan yang tidak teratur, mundur dengan persekitaran yang tidak memuaskan dan menghadapi kekurangan kemudahan asas dan kemudahan awam.

iii. Membangunkan Kawasan Kajian supaya selari dengan

pembangunan pesat di kawasan sekitarnya, kawasan MBJB dan sebagai sebahagian dari kawasan SJER.

iv. Merancang untuk penyediaan perumahan dan penempatan semula

penduduk setinggan. Oleh itu dengan secara langsung menyelesaikan masalah setinggan yang menduduki tanah kerajaan di Kawasan Kajian.

v. Output kajian secara langsung dalam bentuk laporan yang

dihasilkan ialah: - Laporan Awal - Laporan Teknikal - Laporan Draf Akhir - Laporan Akhir (dimuktamadkan oleh Pasukan Teras)

vi. Penyediaan Pelan Pelaksanaan Projek PTB akan dapat

mengenalpasti persetujuan pemilik tanah untuk menyertai pelaksanaan projek.

vii. Bagi pemilik tanah yang tidak bersetuju, keputusan boleh dibuat

mengenai tindakan lanjut yang perlu dilaksanakan iaitu samada pemaju perlu membeli tanah-tanah tersebut ataupun kerajaan terpaksa mengambil balik tanah-tanah tersebut supaya Kawasan Kajian boleh dibangunkan secara komprehensif.

viii. Mengurangkan peruntukan kerajaan untuk kos pengambilan balik

tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. ix. Merealisasikan hasrat perancangan kerajaan dalam rancangan-

rancangan pemajuan. x. Meningkatkan penglibatan penduduk dalam membuat keputusan

perancangan pembangunan selaras dengan Agenda 21 Tempatan.

Page 37: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

33

xi. Pemilik tanah tidak kehilangan hak pemilikan ke atas tanah tetapi masih mengekalkan hakmilik dalam bentuk hartanah.

xii. Penglibatan aktif semua jabatan dan agensi kerajaan , syarikat

swasta dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangunan Kawasan Kajian.

xiii. Perkongsian pintar diantara pemilik tanah, kerajaan dan agensi utiliti

termasuk dalam aspek perkongsian kos pembangunan. xiv. Hasil-hasil penemuan kajian berdasarkan elemen-elemen penting

Sistem PTB iaitu: - Penyertaan Pemilik Tanah; - Sumbangan; - Tanah Kewangan; - Plotan Semula; - Kuasa Perundangan Kepada Badan Pelaksana; dan - Perkongsian Kos Pembangunan.

Page 38: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

34

LAMPIRAN

Page 39: 04-Tor PTB
Page 40: 04-Tor PTB
Page 41: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

37

LAMPIRAN 3 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMANDU 1. Ketua Setiausaha,

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) - Pengerusi Bersama

2. Setiausaha, Kerajaan Negeri Johor - Pengerusi Bersama 3. Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

4. Ketua Pengarah, JPBD Semenanjung Malaysia 5. Pengarah, Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Melaka, JPBD

Semenanjung Malaysia 6. Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor 7. Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor 8. Pengarah, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor 9. Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor 10. Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor. 11. Pengarah, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia 12. Pegawai Daerah, Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru 13. Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru 14. Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru. 15. Pengarah, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, - Setiausaha

JPBD Semenanjung Malaysia

Page 42: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

38

LAMPIRAN 4

SENARAI AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL 1. Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia - Pengerusi

2. Timbalan Ketua Pengarah 1, JPBD Semenanjung Malaysia

3. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor 4. Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor 5. Pengarah, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, JPBD Semenanjung Malaysia 6. Pengarah, Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Melaka, JPBD

Semenanjung Malaysia 7. Pengarah, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor 8. Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor 9. Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor 10. Pengarah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor 11. Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru 12. Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru 13. Pengarah, Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Johor Bahru 14. Pengurus Projek Bahagian Rancangan Fizikal Negara,

JPBD Semenanjung Malaysia - Setiausaha

Page 43: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

39

LAMPIRAN 5

SENARAI PASUKAN KAJIAN 1. Pengarah, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, - Pengerusi

JPBD Semenanjung Malaysia. 2. Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Negeri Johor 3. Pengarah Jabatan Perancangan, Majlis Bandaraya Johor Bahru 4. Pengarah, Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Melaka, JPBD

Semenanjung Malaysia 5. Pegawai Daerah, Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru 6. Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru 7. Perunding 8. Pengurus Projek, Unit PTB, Bahagian Rancangan Fizikal Negara,

JPBD Semenanjung Malaysia - Setiausaha

Page 44: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

40

LAMPIRAN 6 ANGGARAN KOS PERUNDING

A. KOS PERUNDING PROFESIONAL:

SEKTOR KADAR ASAS (RM)

MAN-MONTH PEKALI JUMLAH

Ketua Perunding 11,000.00 2.0 2.2 48,400.00

Pakar Pembinaan Kapasiti dan Pengurusan Projek 11,000.00 3.0 2.2 72,600.00

Perancang Bandar 8,300.00 4.0 2.2 73,040.00

Jurukur Tanah/ Perekabentuk Plotan Semula 5,050.00 2.0 2.2 22,220.00

Jurunilai 10,800.00 2.0 2.2 47,520.00

Jurukur Bahan 10,800.00 2.0 2.2 47,520.00

Jurutera (Awam) 8,300.00 2.0 2.2 36,520.00

Jurutera (Utiliti) 8,800.00 2.0 2.2 38,720.00

Jumlah Kecil (A) 19.0 386,540.00

B. KOS SUB PROFESIONAL

JAWATAN KADAR ASAS (RM)

MAN-MONTH PEKALI JUMLAH

Pembantu Teknik 1 3,100.00 6.0 1.8 33,480.00

Pembantu Teknik 2 2,000.00 6.0 1.8 21,600.00

Juruteknik 1 3,100.00 4.0 1.8 22,320.00

Juruteknik 2 2,000.00 4.0 1.8 14,400.00

Juruteknik 3 1,800.00 4.0 1.8 12,960.00

Jumlah Kecil (B) 24.0 104,760.00

Page 45: 04-Tor PTB

ASAS RUJUKAN PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN PROJEK PTB

41

Jumlah Kos Perunding (A+B) RM 491,300.00 Jumlah C – 5 % daripada (A) +(B) RM 24,565.00 RM 515,865.00

D. ANGGARAN PERBELANJAAN IMBUHAN BALIK

PERKARA KOS TIDAK MELEBIHI (RM)

Tuntutan Perjalanan dan Penginapan * 25,000.00

Percetakan dan Menjilid Laporan 10,000.00

Pembeliaan dan Penyediaan Pelan,Gambar dan Fotokopi

5,000.00

Telefon,Faks,Pos dan Courier 5,000.00

Kajiselidik Lapangan ** 50,000.00

Jumlah Kecil (D) 95,000.00

Nota : Semua tuntutan imbuhanbalik adalah berdasarkan kepada perbelanjaan sebenar disokong

dengan resit kecuali bagi perkara yang dibenarkan di bawah pekeliling Perbendaharaan 3/95 iaitu urusan pos, courier, fax, talipon yang dibenarkan secara ‘lump-sum’.

* Dengan andaian Perunding yang akan dilantik adalah beroperasi di Johor Bahru. ** Kerja-kerja Kajselidik Lapangan tidak boleh dimulakan kecuali terlebih dahulu mendapat

kebenaran bertulis kerajaan.

D : Jumlah Keseluruhan A + B + C + D = RM 610,865.00

Page 46: 04-Tor PTB