rbt3117

27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KAMPUS JOHOR BAHRU NAMA . AMINAH BINTI ABDULLAH (700814015306) INDEX NUMBER : 1CBM1106007 KUMPULAN/UNIT PPG BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2011 NAMA MATA PELAJARAN DAN KOD MATA PELAJARAN PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (RBT3117) NAMA PENSYARAH PN.HJH NAEMAS BT.TAIB JABATAN KEMAHIRAN HIDUP TARIKH SERAHAN 1 SEPTEMBER 2012

Upload: aminah-abdullah

Post on 16-Apr-2015

692 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: RBT3117

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAMPUS JOHOR BAHRU

NAMA

. AMINAH BINTI ABDULLAH (700814015306) INDEX NUMBER : 1CBM1106007

KUMPULAN/UNITPPG BAHASA MELAYU

AMBILAN JUN 2011

NAMA MATA PELAJARAN DAN KOD MATA PELAJARANPENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

(RBT3117)

NAMA PENSYARAHPN.HJH NAEMAS BT.TAIB

JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

TARIKH SERAHAN 1 SEPTEMBER 2012

i

Page 2: RBT3117

HALAMAN PENGAKUAN:

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………... Nama Penulis : AMINAH BINTI ABDULLAH

NO K.P (700814015306)

Tarikh : 1 SEPTEMBER 2012

ii

Page 3: RBT3117

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran

kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan

kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami mengucapkan sepenuh penghargaan

kepada pensyarah Pembimbing yang banyak membantu.

Tugasan yang diberikan kepada saya ialah menerangkan falsafah dan

dasarkurikulum KHSR di Malaysia.Saya juga menjelaskan pengurusan pentadbiran

dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah

rendah. Saya juga menyediakan satu Rancangan Pelajaran Harian bagi

menyampaikan satu sesi pengajaran 2 waktu(1jam) dalam kelas di sekolah rendah.

Saya juga dikehendaki menghujah tentang pendekatan strategi, kaedah dan teknik

yang sesuai untuk RPH yang disediakan.

Bagi menjayakan tugasan ini , pensyarah membantu kami sepanjang proses

pembentukan tugasan berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung

sepanjang proses merealisasikan tugasan ini.

Pelbagai ilmu yang dapat kami terokai sepanjang kami menyiapkan tugasan

ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah

dominannya peranan mahasiswa khususnya pendidik di negara ini untuk menerokai

pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini terutama berkaitan pengurusan

makmal/bengkel/ bilik darjah.

Sejuta penghargaan kepada keluarga, ibu bapa, suami, anak-anak , rakan-

rakan yang memahami dan banyak memberikan sokongan moral bagi

menyempurnakan tugasan ini.

iii

Page 4: RBT3117

HALAMAN TUGASAN

TAJUK TUGASAN:

Semua Kerja kursus ini dilaksanakan secara individu.

Tajuk Tugasan :

1. Anda dikehendaki menerangkan perkara-perkara seperti berikut:

a) Huraikan falsafah dan dasar kurikulum KHSR di Malaysia

b) Jelaskan pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran

Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah.

2. Berdasarkan salah satu tajuk daripada Sukatan Pelajaran KHSR Tahap 2

yang dipilih, sediakan satu RPH bagi menyampaikan satu sesi pengajaran 2

waktu(1jam) dalam kelas di sekolah rendah.

Anda dikehendaki menghujah tentang pendekatan strategi, kaedah dan teknik

yang sesuai untuk RPH yang disediakan.

iv

Page 5: RBT3117

********* I S I K A N D U N G A N *********

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN i

i

PENGHARGAAN ii

ii

TAJUK TUGASAN iii

iii

ISI KANDUNGAN iv

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PENGENALAN 2-3

3.0 Falsafah Dan Dasar Kurikulum KHSR di Malaysia 4

4.0 Pengurusan Pentadbiran Dan Pengurusan Bengkel

Kemahiran Hidup 5

4.1 Organisasi 6

4.2 Pengurusan & Pentadbiran Bengkel 7

4.3. Peraturan Keselamatan Makmal 8

4.4 Penyimpanan dan Pensetoran 9-10

4.5. Penyenggaraan 11

4.6 Prosedur Tindakan Kemalangan 12

5.0. Rancangan Pengajaran Harian 13

6.0 Pendekatan,strategi , Kaedah dan Teknik

Refleksi

Lampiran

Page 6: RBT3117

1

1.0 PENDAHULUAN:

Saya menjalankan tugasan ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Pengenalan

Kemahiran hidup Sekolah Rendah (RBT 3117) Program Pensiswazahan Guru secara jarak

jauh. Kajian yang dijalankan ialah ,saya dikehendaki menerangkan falsafah dan dasar

kurikulum KHSR di Malaysia.

Saya juga perlu menjelaskan pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel

Kemahiran Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah. Selain itu, saya juga perlu

menyediakan satu RPH bagi menyampaikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran 2

waktu(1 jam) dalam kelas di sekolah rendah. Seterusnya, saya perlu menghujah tentang

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang disediakan.

Pada mulanya, saya mula mencari dan mengumpul maklumat tentang falsafah dan

dasar kurikulum KHSR di Malaysia. Melalui internet dan buku saya dapat maklumat yang

diperlukan. Selepas itu, saya perlu menjelaskan tentang pengurusan pentadbiran dan

pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dijalankan di sekolah rendah

berdasarkan sekolah tempat saya bertugas.Kemudian, saya menyediakan satu RPH untuk

tahun 5 bagi 1 jam .

Saya juga turut menerangkan tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang

sesuai untuk RPH yang disediakan.Proses yang terakhir ialah pendokumentasian kajian

kerja kursus dan penghasilan dapatan dan implikasi dalam penggunaan strategi dan

pendekatan.Kami membuat kajian ini untuk mencari kekuatan dan kelemahan pembelajaran

di sekolah. Alhamdulillah, kami telah dapat melaksanakan kajian ini setelah bekerja keras

di samping kerjasama antara semua rakan pelatih dalam kumpulan ini. Kami menggunakan

data dan maklumat yang diperoleh untuk menulis esei lengkap serta saranan

penambahbaikan kerja kursus ini.

Page 7: RBT3117

2

2.0 PENGENALAN

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu matapelajaran dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini

digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran

praktisdan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan

keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan

keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara danbersesuaian dengan

perkembangan teknologi dan keusahawanan

yang pesat pada masa ini.

Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan

masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran.

Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran

praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada

murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada

penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan

Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid

mengeluarkan

idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk

asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan

pelbagai bahanseperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan komponen elektrik dan

elektronik.

Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada

alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam

dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran.

Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan

semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid

mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat

membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai

alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka.

Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai,

mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek

Page 8: RBT3117

3

mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.Sukatan pelajaran kemahiran

hudup sekolah rendah khsr. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan

murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti

yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti

mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik,bekerjasama, bertanggungjawab

dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk

mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan

mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang

perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan,

reka bentuk dan perniagaan.

Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 9: RBT3117

4

3.0 Falsafah Dan Dasar Kurikulum KHSR di Malaysia

Falsafah pendidikan kebangsaan menjadi dasar dan panduan bagi semua aktiviti

pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat

pendidikan bukan sahaja untuk masyarakat dan negara malah untuk individu itu sendiri. Ini

kerana individu yang baik akan menjadi warganegara yang baik.Kurikulum Kemahiran Hidup

direkabentuk untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika sebelum 1979,

pendidikan hanya difokuskan kepada pendidikan akademik dan peperiksaan tetapi setelah

menyedari sistem itu tidak dapat merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan, kurikulum

kemahiran hidup telah direkabentuk dan dijadikan satu matapelajaran wajib bagi semua

pelajar tahap dua di sekolah rendah.

Objektif utama kurikulum kemahiran hidup adalah memastikan setiap pelajar

memperolehi kemahiran asas rekacipta, pertukangan, jahitan, tanaman dan pengetahuan

berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-

sendiri, merekacipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya

kerja yang baik. Ini adalah langkah pertama sebelum individu ini menjejakkan kaki ke dunia

industri. Ini juga merupakan platform untuk individu tersebut mengembangkan bakat dan

potensi diri sebagai persediaan awal menyediakan diri untuk menjalani kehidupan yang

bermakna. Pembelajaran Kemahiran hidup secara jelas melatih pelajar mempertingkatkan

kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan ini sangat penting demi

menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada pembinaan insan

yang harmoni dan dapat memberikan sumbangan kepada negara, masyarakat dan

keluarga.

Abdul Shukor bin Abdullah (2000), menyatakan bahawa pendidikan KH yang

dijalankan di sekolah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi

menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju

dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika

tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara

berkesan. Ini selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 10: RBT3117

5

4.0 Pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel kemahiran hidup yang

dilaksanakan di sekolah rendah.

Makmal Kemahiran Hidup merupakan pusat kelas amali dan teori pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup (KH). Di dalam setiap makmal terdapat pelbagai

Peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar dan guru agar proses pengajaran

dan pembelajaran dapat berjalan lancer dan menepati sasaran pendidikan.Di samping itu

juga , guru-guru KH boleh meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap mata pelajaran

KH.Pentadbiran yang baik ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu orgnisasi yang mudah

dijalankan serta terkawal , ia juga dapat mengemaskini maklumat dan data termasuk stok

dan inventori serta pemantauan keadaan fizikal makmal bagi tujuan penyelenggaraan dan

penyenggaraan.Terdapat beberapa bahagian bagi memastikan keberkesanan pentadbiran

dan pengurusan

Bengkel antaranya:

4.1 Organisasi

4.1.1 Strtuktur Organisasi

Struktur organisasi adalah seperti dalam Rajah 1

Rajah 1

GURU BESAR

GURU KEMAHIRAN HIDUP

KETUA PANITIA

GURU PENOLONG KANAN

Page 11: RBT3117

6

6

4.1.2. Panitia

Panitia Kemahiran Hidup adalah sekumpulan guru yang mengajar mata

pelajaran Kemahiran Hidup. Ketua Panitia bertanggungjawab menggurus,

merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Di antara tanggungjawab ketua panitia ialah :

i) Menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan

semester.

ii) Membuat anggaran belanjawan tahunan untuk diserahkan kepada Guru

Penolong Kanan

iii) Membuat pesanan bahan dan alatan melalui boring pesanan.

iv) Mengagihkan tugasan mengajar serta tanggungjawab

pengurusan ,penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru

KH

v) Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang

kemaskini.

vi) Menjalankan mesyuarat panitia

vii) Menguruskan sesi perkembangan staf.

4.1.3 Pengurusan Pelajar

i) Menyediakan Peraturan keselamatan makmal yang perlu dipatui oleh

pelajar.

ii) Memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara

bersistematik dan selamat.

iii) Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada

pelajar seperti dalam Rajah di bawah.

Ketua Formen

Page 12: RBT3117

7

7

4.2. Pengurusan & Pentadbiran Bengkel /Makmal

4.2.1 Ruang

Saiz makmal /bengkel/bilik darjah adalah bergantung kepada jenis kerja yang

akan dilakukan di dalamnya.Ciri-ciri bengkel adalah seperti berikut:

a) Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih.

b) Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas.

c) Lantai mestilah dari bahan yang tahan lasak,mudah dibersihkan dan tidak

menampung habuk dan tidak licin.

d) Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak

mungkin serta pengedaran udara yang bebas.

e) Mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar

semasa kecemasan.

f) Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 meter x 1.5

meter dan tinggi 0.9 meter.

g) Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket

kuasa, dan bekalan air siap dengan pili dan singki, bagi pencucian.

h) Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.

4.2.2 Susun Atur

Kita hendaklah memastikan susun atur bengkel diperkemas dan diperlengkap

dengan kriteria-kriteria tertentu supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan

sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan diri dan

kerosakan harta benda.kriteria-kriteria tersebut adalah :

a) Rak-rak panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan.

b) Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan bahan yang

baik

c) Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemas kini dan pelbagai.

d) Jarak susun atur ruang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya 1.5 meter

di antara pelajar.

Ketuakeselamatan

Ketuaprojek

Ketuaalatan

Ketuakebersihan

Page 13: RBT3117

e) Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

8

4.2.3 . Keselamatan

“UTAMAKAN KESELAMATAN” menjadi teras amalan kita semua bagi setiap kerja

yang berkaitan dengan kendalian ketukangan supaya segala aktiviti dapat berjalan

dengan lancer dan selamat serta tidak mengabaikan perkara-perkara berikut:

a) Kawasan kerja atau petak kerja yang ditanda dengan garisan menggunakan cat

merah, hijau atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat.

b) Menyedia dan menggunakaan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi

melindungi muka dan mata, pernafasan, badan dan lengan, tangan, rambut dan

kaki.

c) Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan.

d) Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi.

e) Memaparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti

bomba,ambulan,polis dan lain-lain.

4.3. Peraturan Keselamatan Makmal

Berikut adalah peraturan keselamatan makmal

a) Jangan masuk ke dalam makmal sebelum diarah oleh guru.

b) Pakai kasut bertapak getah apabila bekerja di makmal.

c) Jangan bermain-main di dalam makmal

d) Gunakan pakaian seperti apron atau “overall”

e) Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, lengan baju yang panjang perlu

digulung atau dilipat hingga ke atas siku.

f) Gunakan alat yang betul untuk sesuatu tugas.

g) Jangan menggunakan alatan yang tumpul ,hulu pecah atau longgar.

h) Pastikan pelajar mendapat kebenaran dari guru semasa menggunakan alatan

berkuasa elektrik.

i) Tanggalkan tali leher, rambut yang panjang perlu diikat atau disepit.

j) Dilarang memakai barang-barang kemas.

k) Pakai “gogle” atau cermin mata semasa menggerudi atau mencanai.

Page 14: RBT3117

l) Laporkan sebarang kerosakan atau keadaan bahaya serta merta kepada guru.

9

4.4 Penyimpanan dan Pensetoran

4.4.1 Organisasi Stor

a) Bahagian Kawalan Stok

b) Bahagian Legar(akaun)

c) Bahagian Penstoran

d) Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran.

e) Bahagian Akaun

4.4.2 Sistem Penyimpanan Stok

Stok yang terdiri daripada pelbagai jenis barang perlulah disimpan di tempat

khas dan dengan cara yang betul.Terdapat beberapa cara untuk menyimpan

stok dengan betul bagi mengelakkan kerosakan iaitu:

a) Lokasi stok

Lokasi stok bagi semua barang-barang hendaklah direkodkan di dalam lejar

atau kad kawalan stok dank ad petak. Sekiranya perlu dibuat simpanan

rambang, lokasinya hendaklah ditunjukkan di dalam satu carta lokasi stok

yang kemas kini.

b) Penggunaan Maksima Ruang

Usaha hendaklah dibuat supaya setiap ruang stor digunakan sepenuhnya

tertakluk kepada faktor-faktor keselamatan, kemudahan pengeluaran

verifikasi dan kekemasan stor.

c) Sistem Lokasi Stok

System lokasi stok hendaklah dirangka semudah mungkin dan setiap stor

hendaklah mempunyai satu system lokasi stok yang tetap.

d) Penggunaan rak yang boleh diubah

Penggunaan rak yang boleh diubah-ubah digunakan untuk membolehkan

penyimpanan berbagai jenis barang dengan lebih baik dan cekap, terutama

bagi bangunan-bangunan stor yang baru

Page 15: RBT3117

e) Keteguhan rak-rak

f) Peraturan am penstoran

10

Bergantung pada umumnya bergantung kepada jenis barang-barang yang

disimpan dan ruang stor yang ada, tertakluk kepada peraturan-peraturan .

g) Kandungan sesuatu bekas

Setiap bekas hendaklah mengandungi hanya barang-barang yang

bernombor kod dan berupa bentuk yang sama saja.

4.4.3 Kawalan Stok

Setiap stok yang dipesan/dibeli haruslah sentiasa dipantau bagi mengelak

pembaziran dan kerugian.Antara cara untuk mengawal stok ialah;

a) Mengelakkan stok berlebihan

Elakkan pembelian barang-barang yang berlebihan dan mengakibatkan

pembaziran modal dan penggunaan ruang stor yang luas hendaklah

dielakkan.

b) Senarai barang-barang standard(catalog)

c) Barang yang kerap digunakan

d) Pengeluaran daripada senarai barang-barang standard

e) Butir-butir yang harus ditunjukkan dalam lejar

Setiap folio lejar stor hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut;

i)Kuantiti stok maksima

ii) angka menokok stok

iii) kuantiti stok minima

f) Pengiraan kadar penggunaan bulanan

g) Angka pesanan barang-barang baru

h) Asas pegangan stok oleh stor pusat

Page 16: RBT3117

11

4.5. Penyenggaraan

4.5.1. Cara-cara Senggaraan

Terdapat empat perkara penting yang sentiasa memerlukan senggaraan iaitu:

a) senggaraan Mesin dan peralatan

unsur-unsur di bawah ini perlu dicatatkan di dalam buku rekod

senggaraan:

i. nama mesin/peralatan

ii. tarikh diperbuat dan nama pengeluar

iii. tarikh dibeli dan nama pembekal

iv. kos pembelian

v. nombor siri

vi. jumlah mesin/peralatan

vii. kekerapan pemeriksaan

viii. jumlah kos dan jenis senggaraan

ix. anggaran masa sebelum mesin mesin/peralatan jadi rosak

dan tidak boleh digunakan lagi

b) senggaraan peralatan tangan

c) senggaraan alat-alat pembekal kuasa

d) senggaraan bangunan

4.5.2. Jenis-jenis senggaraan

a) senggaraan kawalan

senggaraan ini dilakukan sebelum sesebuah peralatan ,mesin dan

bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa

mengikut jadual senggaraan yang ditetapkan.

b) senggaraan pembetulan

Page 17: RBT3117

senggaraan ini dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak .Kerja-

kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang

berlaku.

12

c) senggaraan ramalan

Senggaraan dijalankan mengikut jangkaan kerosakan.Biasanya

ramalan tentang kemungkinan berlakunya kerosakan pada peralatan dibuat

dengan menggunakan alatan sensitive.

4.6 Prosedur Tindakan Kemalangan

Berikut adalah langkah-langkah keselamtan yang boleh dilakukan semasa

bekerja untuk mengelak kemalangan berlaku:

a) Elakkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda

kerja yang tajam semasa ia sedang beroperasi.

b) Pastikan mesin mempunyai system pembumian yang sempurna.

c) Matikan suiz kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau

dibersihkan.

d) Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci.

e) Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin.

f) Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban melampau yang

boleh mengakibatkan kebakaran.

g) Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan

peralatan perlindungan seperti pengadang.

Page 18: RBT3117

13

5.0 Rancangan Pengajaran Harian

Penyediaan rancangan pengajaran harian oleh guru-guru dilakukan mengikut sukatan

pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Page 19: RBT3117

6.0 Pendekatan , strategi , kaedah dan teknik yang sesuai untuk Rancangan

Pelajaran Harian yang disediakan

Page 20: RBT3117

7.0 Refleksi

Pada interaksi pada 23 Julai 2012 yang lalu, kami pelajar PPG BMM5

ambilan Jun 2012 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek yang perlu

disiapkan dalam masa beberapa minggu untuk tugasan ini. Dalam masa

yang agak singkat itu, saya bersama rakan-rakan dikehendaki mendapatkan

menghuraikan falsafah dan dasar kurikulum KHSR di Malaysia.Di samping

itu, kami juga perlu menjelaskan pengurusan pentadbiran dan pengurusan

bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah.

Selepas mendapat tugasan ini saya mula mencari maklumat melalui

internet dan juga buku rujukan . Berdasarkan maklumat yang diperolehi

melalui rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan saya mendapat

gambaran untuk membuat tugasan ini. Setelah itu, saya juga ditugaskan

untuk membuat RPH bagi menyampaikan pengajaran 2 waktu (1 jam) dalam

kelas di sekolah rendah. Di samping itu, saya turut dikehendaki menghujah

tentang pendekatan stategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang

disediakan itu.

.Namum begitu, terdapat banyak masalah bagi menyiapkan tugasan ini

.Beban tugas sebagai pendidik, ditambah tanggungjawab kepada keluarga

dan rumahtangga menghalang saya menyiapkan tugasan ini dengan cepat.

Akibat faktor kekangan masa ini di tambah dengan tugas sebagai pendidik

untuk persediaan UPSR membuatkan saya sering kali mencuri masa yang

terluang untuk melakukan tugasan ini.

Sepanjang melakukan tugasan ini,saya bersama turut berhubung dan

berbincang dengan rakan-rakan melalui telefon, facebook dan email. Melalui

bantuan rakan-rakan sekerja, rakan-rakan sekuliah, keluarga dapat juga saya

menyiapkan tugasan ini.

Page 21: RBT3117

Sekiranya terdapat masalah, kami sentiasa berbincang agar setiap

masalah dapat diselesaikan. Alhamdullillah, berkat kerjasama, sabar dan

keazaman yang tinggi ,akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

Pelbagai pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang menyiapkan

tugasan ini. Antaranya, saya dapat mengetahui cara mengurus dan mentadbir

bengkel Kemahiran Hidup.Di samping itu juga, saya turut mengetahui aspek-

aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa mengendalikan bengkel.

Harapan saya, semoga semangat bekerjasama, keazaman yang tinggi

untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti,sokongan semua pihak termasuk

ahli keluarga, rakan-rakan sekerja ,rakan-rakan sekuliah dan majikan terus

berkekalan.

Bibliografi

www.cerdik.com.my › Products › KBSM › PMR

kemahiran.wordpress.com/bahan/ 

www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/khrc/hsp_kh_y5.pdf

www. kemahiranhidup 2u.com/.../rancangan- pelajar ..

www.khskpt.com/hsp-a-rancangan-mengajar- tahu ..

www.staripoh.com/muat_turun/.../sp_kh_kbsr.pdf