rbt ikan hiasan 2014

52
1 KANDUNGAN 1. PENGHARGAAN 2. ISI KANDUNGAN 3. SOALAN TUGASAN 4. JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN 5. PENULISAN 6. RUJUKAN

Upload: azaidi-razar

Post on 28-May-2015

2.211 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rbt ikan hiasan 2014

1

KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN

2. ISI KANDUNGAN

3. SOALAN TUGASAN

4. JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

5. PENULISAN

6. RUJUKAN

Page 2: Rbt ikan hiasan 2014

2

PENGAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja kursus ini adalah kerja

asal yang saya sediakan sendiri dengan perkataan saya dan tidak menciplak mahupun

memplagiat mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar. Saya dengan ini mengaku

bahawa :

i. setiap kerja dan idea dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak dan

sumber elektronik yang didaftarkan.

ii. saya tidak menyalin terus daripada sebarang sumber ataupun pelajar lain.

iii. saya tidak membenarkan mana-mana pelajar menyalin kerja kursus saya.

iv. saya dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh

penulis tertentu dalam kerja kursus saya.

Dengan ini, saya faham sekiranya perkara di atas tidak dipatuhi atau didapati menipu,

mana-mana bahagian, pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis mempunyai

hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib, seperti mana yang dinyatakan dalam

Buku Panduan Pelajar terkini.

......................................... ……………………………..

Nama : RUSDEE B. ZAINOL AZAIDI B. RAZAR

No. Matrik : 0611/2254 0611/2250

No. K.P : 731118-02-5959 740511-09-5149

Page 3: Rbt ikan hiasan 2014

3

PENGHARGAAN

Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami

menyiapkan tugasan untuk subjek Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian yang telah

diusahakan selama ini.Tugasan ini amat penting buat kami kerana ia merupakan

sebahagian daripada kerja-kerja yang dilakukan di sekolah, secara tidak langsung ia

menambahkan lagi pengetahuan kami berkaitan tugasan yang diberi. Ribuan terima kasih

kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang kami

menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali kepada Tn. Hj. Ismail bin Baharudin selaku pensyarah untuk subjek

ini kerana beliau telah banyak memberikan penerangan mengenai tugasan yang perlu

dibuat walaupun dapat berjumpa beliau dalam masa yang terhad penerangan beliau sedikit

sebanyak telah membuka minda saya dalam menyiapkan tugasan ini, rakan-rakan sekelas

yang banyak membantu memberi pendapat dan pandangan melalui ‘email’ dan ‘face

book’ ,seterusnya kepada rakan sekerja yang juga membantu dalam memberi pandangan

dan pendapat.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara

langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diberi.

Sekian, wassalam.

Page 4: Rbt ikan hiasan 2014

4

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : RUSDEE B. ZAINOL

NO. K/P : 731118-02-5959

NO. MATRIK : 0611/2254

NAMA PELAJAR : AZAIDI B. RAZAR

NO. K/P : 740511-09-5149

NO. MATRIK : 0611/2250

KUMPULAN : BAHASA MELAYU C

M. PELAJARAN : TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN

PENSYARAH : TN. HJ. ISMAIL BIN BAHARUDIN

TARIKH PERKARA KOMEN T/TANGAN

PELAJAR

T/TANGAN

PENSYARAH

15 Feb

20 Feb

25 Feb

1 Mac

7 Mac

25 Mac

5 April

Mendapat soalan

tugasan daripada

pensyarah.

Mendengar taklimat

daripada pensyarah.

Berbincang dengan ahli

kumpulan.

Mencari dan mengumpul

bahan projek.

Membaca dan

memahami bahan.

Menyiapkan kerja projek

dan amali

Menaip dan memurnikan

tugasan.

Menyerah kerja kursus

kepada pensyarah.

Berjumpa

pensyarah.

Berbincang

dengan

pensyarah.

Pembahagian

tugas.

Bahan diperoleh

dari buku-buku

rujukan dan alam

maya.

Menghias dan

mengemaskini

Mengedit kerja

kursus.

Serahan tugasan.

Page 5: Rbt ikan hiasan 2014

5

PENGENALAN

Ikan hiasan merupakan ikan yang hidup dalam air tawar seperti di sungai, kolam, dan tasik.

Ikan air masin pula hidup dalam lautan. Dianggarkan lebih 250 spesis berbagai jenis ikan air

tawar di Malaysia.1/3 daripadanya berpotensi sebagai ikan hiasan. Ikan hiasan yang

dihasilkan di Malaysia adalah daripada jenis eksotik seperti dari famili Characidae (Amerika

Selatan), ikan Chichlidae (Afrika) dan sebahagian ikan daripada famili Cyprinidae (dari

Negara Asia). Jenis Indegenous sangat terhad.

Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan mampu

memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan

ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bacteria

dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel

yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat

melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina.

Ikan hiasan dipelihara untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Peminat ikan

hiasan dapat menghayati keindahan alam akuatik seperti yang ditontonkan dalam National

Geographic. Ia juga mampu memberi ketenangan perasaan setelah penat bekerja di

pejabat. Selain itu, kita mampu menyemai perasaan sayangkan binatang peliharaan.

Pemeliharaan ikan hiasan membolehkan kita menambah pengetahuan berkaitan alam

akuatik.

Ikan membiak melalui dua cara iaitu bertelur dan beranak. Contoh ikan yang beranak

ialah ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail. Manakal contoh bagi ikan yang bertelur ialah

ikan Emas, Barb, Rosbora, Danio, Minnow dan Labeo; ikan Tetra dan ikan Charachid; jenis

ikan yang bernafas di udara; serta ikan Cichlidae. Terdapat beberapa faktor utama untuk

memilih ikan hiasan untuk dipelihara dalam akuarium iaitu jenis ikan (mudah diperolehi dan

senang dijaga), saiz ikan, kesihatan ikan, harga ikan, serta pengurusan dan penjagaan ikan

yang hendak dipilih.

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan

disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya

akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan

penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan

hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat.

Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan

agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Page 6: Rbt ikan hiasan 2014

6

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut

peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan

kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa

keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina

pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya.

Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran

kepada pemelihara ikan hiasan.

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan

hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan

memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium

yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan

eksessori lain.

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar

yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam

akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari

habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat

menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam

akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang

unik dan cantik.

Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah

penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan

pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu

sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan

yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi

pelbagai jenis ikan.

Page 7: Rbt ikan hiasan 2014

7

MENGENAL IKAN HIASAN

a) Sisik

Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,

kecederaan dan penyakit .

b) Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari

dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah

seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan

bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah

seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan

mengapung.

c) Garis lateral

Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang

hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ

deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

d) Insang

Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan

keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang

oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

Mata

Penutup insang

Sirip kaudal / ekor

Sirip analSirip pelvikSirip pektoral

Sirip dorsal Garisan lateral

Mulut

Sisik

Page 8: Rbt ikan hiasan 2014

8

JENIS-JENIS IKAN

Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama

1. Cyprinidae Contoh: Seluang(rasbora), ikan mas, barbIkan seluang

Ikan mas

Ikan Barb

> Kecil, berbadan mampat,bersesungut

> ekor terbuka dan bentuk fork

>Badan bersisik , bergerak pantas

> kepala tanpa sisik

>Terdapat di Afrika, Amerika Utara dan sebahagian besar Asia Tenggara.

2. Chichildea Contoh: Ikan Angel, Discus, Oscar Ikan

Angel

Ikan Discus

Ikan Oscar

>Hanya sepasang

lubang hidung

>Sirip ekor bulat

>Satu dorsal fin

3. Charachidae Semua jenis ikan tetra

Blue tetra

>Seakan ikan Barb

>Tiada sesungut

>Ada gigi dan

adiposfin

>Berasal dari

Amerika Selatan dan

Page 9: Rbt ikan hiasan 2014

9

Green neon tetra

Afrika Tengah

4. Belontiidea Contoh: Ikan pelaga Siam (Betta splenden), Gourami biru (Trichogaster trichopterus)

Ikan pelaga Siam

Gourami biru

Dwarf Gourami

>Badan lebar dan

mampat

>Sirip anal panjang

>Mempunyai

aksesori respiratory

organ untk bernafas

di udara

>Terdapat di Koprea

Selatan, Asia

Tenggara,Afrika

Barat

6. Catfish Families

Coridoras sp. Ikan bandaran(Rinelloricaria parva)

>Suckermouth

>bersesungut

Page 10: Rbt ikan hiasan 2014

10

Contoh-contoh ikan hiasan yang terdapat di pasaran.

Ikan Guppy Ikan Swordtail

Ikan Molly Ikan Platy

Ikan Angel Ikan Tiger barb

Page 11: Rbt ikan hiasan 2014

11

Ikan Pelaga Ikan Sepat

Ikan Koi Ikan Emas

Ikan Harlequin Ikan Oskar

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan

Sifat luar dan dalam

Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:

a. Pergerakan

Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak

perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.

b. Sisik

Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut

spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria

dan serangan penyakit.

c. Saiz

Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa

mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz

yang kecil.

d. Sirip

Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang

Page 12: Rbt ikan hiasan 2014

12

e. Bentuk badan

Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk,

pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.

f. Warna badan

Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

g. Cara makan

Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan

hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger

Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.

h. Jantina

Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti

bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk

badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih.

i. Cara pembiakan

Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan

Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran

sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di

dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur

di celah-celah tumbuhan akuatik.

MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk

mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.

Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut

yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Pemakanan ikan Hiasan

Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis

permakanannya.

a. Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali

sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,

mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti

cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar

dan ikan Arowana.

Page 13: Rbt ikan hiasan 2014

13

b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan

plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan

semasa peringkat anak.

c. Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor.

Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.

Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d. Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,

tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini

kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan

omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium.

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering,

cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis

ikan yang dipelihara.

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan

juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang

dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,

pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa

sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan

Makanan hidup

Makanan kering

Makanan basah

Makanan rumusan.

a. Makanan hidup

Page 14: Rbt ikan hiasan 2014

14

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,

ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood worm Ulat roti

Plankton

b. Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basah

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

d. Makanan rumusan

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh

kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal

makanan haiwan.

Pellet Emping

Page 15: Rbt ikan hiasan 2014

15

MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.

Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

a. Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu

air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh

dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke

dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat

Page 16: Rbt ikan hiasan 2014

16

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.

Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.

Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh

dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau

menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu

diasingkan dari ikan sihat.

c. Penyakit bakteria

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya

mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan

disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan

mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli

dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Penyakit-penyakit ikan dan ubat.

Bil

Penyakit Sebab / Kesan Ubat

1 Jangkitan bakteria Dikesan apabila matanya

kabur, ekornya layu,

kulitnya serba tak kena

atau berwarna merah,

dan nafasnya kencang.

Tetracycline atau

MarOxy

2 Ekor layu Selalunya akibat tertekan Aquarisol atau

Page 17: Rbt ikan hiasan 2014

17

dan keadaan air yang

teruk. Kadangkala akibat

daripada jangkitan

bakteria.

akuarium

bergaram

3 Badan berkulat Benda keputihan yang

melekit tergantung

menyelubungi badan

Maracyn atau

Furacyn

4 Sembelit Dikesan apabila ikan

betta mengambil masa

yang lama untuk

membuang najisnya atau

najisnya tergantung lama

dan tidak jatuh. Ini akibat

ikan diberikan makanan

berkanji kering dan

kurang kepelbagaian

makanan

Makan bersukat

atau diberi

makanan yang

dibeku/hidup

5 Dropsy Pembentukan bendalir

yang keterlaluan dalam

badan. Akibatnya ikan

hilang selera makan,

bengkak badan, sisiknya

teruk dan kelihatan

lembap. Selalunya

menyebabkan kematian.

Tetracycline

6 Ekor memburuk Kerana bakteria di luar.

Akibatnya ekor semakin

memburuk, pecah serta

berbulu.

BettaMax atau

MelaFix

7 Mulut berkulat Mulut betta kelihatan

ditumbuhi benda putih

atau kelabu.

Penyingkir kulat

atau Furanase

8 Penyakit insang Tidak mengembang dan

insang berwarna merah

atau berkilau. Ikan akan

9selalu berada di

Maracyn

Page 18: Rbt ikan hiasan 2014

18

permukaan atas bekas

apabila dijangkiti

9 Lubang di kepala Terdapat lubang kecil

pada kepala ikan betta

Hexamit

1

0

Ich Penyakit berjangkit.

Dikesan melalui bintik

putih kecil yang

menyelubungi badan

ikan.

Aquarisol atau

rawatan cepat

1

1

Parasit Parasit kecil seperti

cacing sauh melekat

pada badan ikan betta

dan menyebabkannya

menggosokkan badannya

pada sesuatu benda

untuk membuangnya.

CopperSafe atau

fluke tab

1

2

Tiada selera

Makan

Dikesan apabila ikan

betta menjadi lembap

dan murung.

BettaMax

1

3

Penyakit mata Matanya membesar,

mengabur atau mungkin

tertonjol keluar

Maracyn

1

4

Berenang dengan

Hodoh

Dikesan apabila ikan

betta berenang

mengereng ke sisi,

menggeselkan perutnya

atau selalu berada di

permukaan bawah bekas.

Penyakit yang berbahaya

dan boleh membawa

maut.

Tiada ubat, tetapi

jika diberi makan

selalu, ia mungkin

dapat membantu

1

5

Fish lice Dijangkiti bakteria yang

menyebabkan bintik

berwarna merah seperti

demam campak pada

badan atau ekor ikan

CopperSafe atau

akuarium

bergaram

Page 19: Rbt ikan hiasan 2014

19

1

6

Velvet Penyakit yang selalu

dihadapi oleh anak ikan

pelaga. Penyakit yang

berjangkit dan boleh

membawa maut. Dikesan

apabila terdapat bintik

coklat atau warna karat

pada badan dan warna

badannya semakin

pudar. Jika diteliti dengan

betul dapat diperhatikan

bahawa badannya telah

ditumbuhi kulat.

Akriflavin

aquarisol

CopperSafe, Had-

A-Snail atau

garam mengikut

sukatan

BAHAN DAN KEPERLUAN

Alat kelengkapan dan bahan serta ciri-cirinya :

Akuarium/bekas

Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan

para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan

pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis

berdasarkan:

i. saiz akuarium;

ii. bentuk akuarium;

iii. bahan buatan akuarium;dan

iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.

a Saiz akuarium.

Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana

besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz

akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium

besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai

isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga

40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air

(250-900 liter)

Page 20: Rbt ikan hiasan 2014

20

Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar

sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti

ekosistem hutan ‘kelp’ (‘kelp’ ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).

b. Bentuk akuarium.

Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di

Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu,

bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium 

empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium),

akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata

(flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan

akuarium silinder (cylindrical aquarium)

Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia.

Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan

sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di

Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan

sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala

akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai

namanya.

Page 21: Rbt ikan hiasan 2014

21

Rajah 1:  Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A),  berbelakang rata (B),  heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama(D) separa silinder (E) dan silinder (F)

c. Bahan buatan akuarium.

Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:

i. akuarium kaca (glass aquarium); dan  

ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium).

Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam

silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di

samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu

sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat

dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium.

Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih

juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai

bentuk.

Sistem penapis

Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah 2).

Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini

Page 22: Rbt ikan hiasan 2014

22

mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan

partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati.

Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air,

kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan

oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan

ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan).

Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem

penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma

mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan

menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula

menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media

penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan

mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari

akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih

dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus

menerus.

Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering

ump),  penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran

penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama

penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa

elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible

filtering pump).

Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke

penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik  bertutup mengandungi

media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas  atau serabut,

umumnya dipanggil ‘kapas penapis’ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat

daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis

air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media

penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses

penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Page 23: Rbt ikan hiasan 2014

23

Rajah 2: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan ’kapas penapis’, sejenis media penapisan (C).

Sistem pengudaraan

Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air

apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem

pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi

(Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump),

batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing)

dan injap-injap akuarium (aquarium valves).

Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah

memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air.

Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan

ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu

udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub

udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi,

udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air

akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan

oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air

akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem

pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah 3: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C).

Aksesori

Page 24: Rbt ikan hiasan 2014

24

Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium

dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam

akuarium tersebut.

Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:

i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan;

ii. mempastikan pH air pada tahap optima;

iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan

makanan dapat dipam keluar daripada akuarium;

iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih

dan bersih; dan

v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai

sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.

Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat

sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah

akuarium ialah:

i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;

ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;

iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;

iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan

v. pasir untuk lantai akurium.

Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara

tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris.

Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup

dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna

badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa

dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu,

ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat

makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan

akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya

untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti

Page 25: Rbt ikan hiasan 2014

25

mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan

cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah

sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua

perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness)

cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna

cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum

warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk

ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna

cahaya.

Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang

cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik

ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat ‘luxmeter’ boleh digunakan

untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit ‘lux’. Secara kasar, ikan hiasan air tawar

memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.

Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent

tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai

spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen

juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis ‘tungsten’ dan ‘halogen’ tidak begitu sesuai.

Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang

sesuai untuk tumbuhan.

Rajah 4:  Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan akuatik

Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium.

Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan

hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan

Page 26: Rbt ikan hiasan 2014

26

Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran

yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan

akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara

komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.

Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa

faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan

hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv)

tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan

tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.

Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang

digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut,

misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.

Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan

tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu,

pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau

sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.

Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium

dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan

lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.

Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara

dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta

tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas

kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air

akuarium.

Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium

Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium.

Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik

daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh

membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem

pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan

dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.

Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium

Page 27: Rbt ikan hiasan 2014

27

Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah

Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla

sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan

lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp

dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat

dalam pasaran.

Jadual 2:  Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium

  Spesis

1. Anubias sp

2. Aponogeton sp

3. Azolla sp

4. Bacopa sp

5. Cabomba sp

6. Hydrocotyle sp

7. Hygrophila sp

8. Hydrilla verticiliata

9. Elodea sp

MENGHIAS AKUARIUM

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium, langkah-langkah berikut

perlu diikuti :

1. bersihkan bekas terlebih dahulu

2. pasangkan penapis

3. masukkan pasir

4. masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas

5. masukkan aksesori yang dikehendaki

6. masukkan tumbuhan hiasan

7. masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya

8. pasang dan hidupkan pam, biarkan selama 2 jam

9. masukkan ikan hiasan

Page 28: Rbt ikan hiasan 2014

28

Aksesori tambahan :

1. Pam udara

2. Penapis

3. Lampu

Jenis-jenis pam dan penapis

Pemasangan penapis “under gravel filter”

Atas : Masukan hiasan dan aksesoriBawah : Masukkan air

Kos Penyediaan bahan.

Untuk persediaan sesebuah akuarium asas ,beberapa peralatan diperlukan .Berikut

disenaraikan alatan dan aksesori bagi akuarium hiasan.

Bil Bahan / Alatan Kos

1 Akuarium 1 biji ( RM 65.00)

2 Batu hiasan 1 kampit (RM 12.00)

3 Tumbuhan hiasan plastic 1 batang ( RM 5.00)

4 Gambar hiasan luaran 1 keping (RM 5.00)

5 Anti Klorin 1 botol (RM3.50)

6 Tiub getah 15 cm ( RM 1.00)

7 Pam udara / penapis 1 biji (RM 35.00)

8 Hiasan aksesori gelembung udara ( siput) 1 biji ( RM 12.00)

9 Kayu hiasan 1 batang (RM 7.00)

Page 29: Rbt ikan hiasan 2014

29

10 Penapis under gravel 1 keping (RM 5.00)

11 Pasir berwarna 1 kampit (RM 7.50)

12 3 jenis ikan pelbagai kategori (tiger

barb,bawal,ikan lumut@guppy)

RM 23.00

13 Jumlah RM 181.00

Jadual Penyeliaan / Penjagaan akuarium.

Bagi memastikan akuarium dan hidupan ikan selesa dan selamat beberapa langkah

penjagaan serta penyeliaan akuarium perlu dilakukan agar akuarium terjaga. Jika tidak

akuarium kotor dan boleh menyebabkan ikan mati. Disiplin penjagaan ini perlu dibuat

sepanjang masa. Berikut disenaraikan beberapa langkah dan tugasan yang perlu

dilakukan oleh setiap peminat ikan dan akuarium.

Bil Tugasan Tindakan

1 Membersihkan akuarium /tukar air (1/3) Seminggu sekali

2 Beri makanan 2 kali sehari

3 Periksa kesihatan ikan Seminggu sekali

4 Tukar @ basuh penapis / span Seminggu sekali

5 Periksa lampu Sebulan sekali

6 Keselamatan akuarium Sepanjang masa

7 Periksa pam Sepanjang masa ikut sesuai

LAPORAN AMALI IKAN HIASAN

Pada semester 6 ini, kami telah diberikan tugasan iaitu merekabentuk projek ikan hiasan.

Kami telah memilih tema alam semulajadi untuk projek ini. Setelah diberi maklumat yang

secukupnya oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan ini, kami telah merancang proses

kerja projek ini supaya dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual.

Langkah pertama untuk menghasilkan akuarium ini ialah kami mencari dan

mengumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti akuarium, pasir, batu kecil, batu besar,

pokok hiasan, tunggul kayu dan alat penapis air. Semua bahan-bahan ini perlu dicuci dahulu

sebelum dimasukkan ke dalam akuarium.

Kami meletakkan under gravel di dalam akuarium sebagai tapak asas. Kami

menggunakan pasir yang dicampur dengan batu-batu kecil sebagai tapak utama akuarium.

Kami menyusun batu-batu kecil dan sederhana besar di dasar akuarium dan meletakkan

tunggul kayu di sebelah tepi bagi menimbulkan keseimbangan.

Page 30: Rbt ikan hiasan 2014

30

Kami telah menyusun pokok-pokok hiasan yang sesuai di dalam akuarium. Alat

penapis kotoran telah dipasang untuk menapis kotoran yang terdapat dalam air. Ia juga

berfungsi membekalkan oksigen kepada ikan hiasan. Selepas itu, kami memasukkan air ke

dalam akuarium perlahan-lahan supaya arus air tidak mengubah kedudukan bahan-bahan di

dalam akuarium.

Setelah air dimasukkan dengan secukupnya, kami memasukkan ubat anti klorin dan

anti cloudness ke dalam air. Air yang ditakung ini dibiarkan dahulu selama sehari sebelum

dimasukkan ikan hiasan.

Kami telah merujuk modul projek dan membuat perbincangan untuk memilih ikan

yang sesuai untuk diletakkan di dalam akuarium. Ikan dibiarkan dalam plastik dan

dimasukkan ke dalam akuarium untuk stabilkan suhu air. Kejutan suhu dan suasana

membawa kepada trauma kepada ikan hiasan. Setelah seketika ,Ikan hiasan yang dipilih

dimasukkan secara perlahan-lahan sekali dengan air dari bekas plastik. Ikan dibiarkan

berenang keluar dari bekas plastik sendiri masuk ke dalam akuarium. Kami juga telah

mengenal pasti ikan-ikan yang boleh hidup bersama. Agar sesuai dengan akuarium yang

telah dibina. Yang penting 3 kategori jenis habitat ikan iaitu atas, bawah dan dasar .

Hidupan akuarium yang sempurna perlu ada 3 jenis kategori ini. Minat dan impian

melihat ikan hidup selesa tentu memberi kesan positif kepada minda pembela dan peminat

ikan hiasan.

LANGKAH KERJA BERGAMBAR

Page 31: Rbt ikan hiasan 2014

31

Memotong span sebagai tempat pelapik akuarium.

Bahan –bahan stiker,tiub, penapis

Basuh dan bersih bekas akuarium.

Page 32: Rbt ikan hiasan 2014

32

Batang Kayu yang sudah dibasuh dan direndam..

Batu kecil dan pasir halus dibersihkan.

Page 33: Rbt ikan hiasan 2014

33

Memasang penapis .

Menuang dan merata pasir hitam halus.

Page 34: Rbt ikan hiasan 2014

34

Meletak batang kayu.

Menyusun batu dan meletak pokok hiasan.

Page 35: Rbt ikan hiasan 2014

35

Memasukkan air bersih perlahan-lahan.

Page 36: Rbt ikan hiasan 2014

36

Siap memasukkan air ke dalam akuarium.

Tema yang dipilih : Hidupan Di Dasar Sungai

Page 37: Rbt ikan hiasan 2014

37

Memasukan Ikan hiasan dan melabel.

Hiasan batu berwarna ditambah..

Page 38: Rbt ikan hiasan 2014

38

Selesai Sudah proses menyiapkan tugasan projek.

Page 39: Rbt ikan hiasan 2014

39

KESIMPULAN.

Tugasan projek kali ini agak mencabar tetapi sangat seronok dilakukan. Masa tak terasa

dihabiskan untuk menyiapkan tugasan yang betul-betul merihatkan minda.

Fasa pertama menyediakan akuarium dan menyusun kedudukan batu serta pasir agak

mencabar.Pelbagai lakaran dan impian untuk menghasilkan akuarium yang menarik.

Akhirnya, habitat ikan itu juga yang perlu dihasilkan agar ikan selesa berada di dalam

akuarium.Pada mula nya susun atur agak kurang menarik tetapi sentuhan terakhir perlu

dibuat bagi menghasilkan akuarium yang benar-benar menarik.

Fasa memasukkan ikan yang menjadi

REFLEKSI

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan rahmatNya dapat saya dan rakan kumpulan menyiapkan amali dengan lancar.

Saya akui bahawa projek ikan hiasan ini agak sukar juga untuk dilaksanakan kerana

pelbagai tugas perlu dirancang, disusun dan dibincang supaya berjalan lancar mengikut

jadual. Pelbagai cabaran yang telah diharungi sepanjang amali ini dilaksanakan. Sebagai

seorang warga penuntut PPG, amali ini banyak membantu saya untuk menempuh alam

pendidikan yang telah dilaksanakan di sekolah.

Sepanjang amali dilaksanakan, banyak kemahiran dan pengetahuan telah saya

pelajari berkaitan dengan ikan hiasan ini. Untuk menyediakan akuarium ikan hiasan yang

menarik memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi supaya mendapat hasil yang baik.

Perbincangan dengan rakan kumpulan juga banyak membantu dalam melaksanakan projek

ikan hiasan ini.

Saya sentiasa memastikan agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Selepas memasukkan air ke dalam akuarium, saya memastikan ikan yang dimasukkan ke

dalam akuarium dapat menyesuaikan dengan keadaan di dalam akuarium. Saya juga

mendapati ikan hiasan yang pelbagai jenis ini dapat hidup bersama setelah membuat

pemantauan beberapa hari bersama-sama rakan kumpulan.

Setelah tugasan ini selesai, saya berasa bersyukur dan lega. Banyak pengalaman

yang diperolehi sepanjang menjalankan tugasan ini. Semua ini juga adalah hasil

perbincangan dengan pensyarah kami yang telah memberikan panduan dan tunjuk cara

Page 40: Rbt ikan hiasan 2014

40

untuk menyiapkan projek ini. Saya juga mendapat kerjasama yang padu daripada rakan

kumpulan yang bersama-sama menjayakan tugasan ini.

Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan

projek ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian, wassalam.

Disediakan oleh,

……………………….

(RUSDEE B. ZAINOL)

REFLEKSI KENDIRI

Pertama sekali syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan kumpulan kerana

tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan kali ini ingin mencungkil

minat dan kerjasama berpasukan dalam menghasilkan sesuatu projek Ikan Hiasan yang

kreatif dan inovatif.

Saya agak berminat dengan tugasan ini tetapi langkah pelaksanaannya amat rumit

dan perlu penjagaan serta perhatian yang lebih bagi menghasilkan satu projek yang

boleh dibanggakan. Tetapi pepatah ada mengatakan “ Tak kenal, maka tak cinta “.

Hal ini mencetuskan semangat untuk menyelidik dan memahami citarasa serta

melihat sendiri secara dekat ke lokasi galeri ikan , melayari internet dan bertanya

pendapat kepada penjual ikan dan sebagainya.

Rupa-rupanya, bukan mudah dalam menghasilkan akuarium yang benar-benar

menimbulkan keselesaan kepada ikan serta susun letak aksesori hiasan agar kena

pada tempatnya.Mujurlah pensyarah serta rakan kumpulan banyak berkongsi idea

membantu menyelesaikan masalah serta cabaran yang mendatang.

Situasi di sekolah agak berbeza , secara asas sahaja guru dan murid cuba

menghasilkan akuarium .Berbanding di IPG , saya terutamanya dapat belajar pelbagai

kemahiran dan teknik yang betul dalam penyediaan projek ikan hiasan ini.Secara teori

dan dikukuhkan lagi dengan tindakan amali menyiapakan tugasan ini.

Di samping itu, penerapan nilai kerjasama dan bantu-membantu dapat diterapkan

dan disemai dalam diri mahupun kepada kumpulan hendaknya. Pelaksanaan tugasan

dilakukan sebaiknya. Bagi langkah penyediaan akuarium lah yang perlu diberi

Page 41: Rbt ikan hiasan 2014

41

penekanan.Bermula penyusunan susun atur akuarium dan aksesori hinggalah kepada

langkah memasukkan air ke dalam akuarium. Air perlu dibiarkan beberapa hari, barulah

pilihan ikan yang sesuai pula didapatkan. Proses memasukkan ikan perlu ada tempoh

bertenang agar ikan tidak terkejut dengan tempat yang baru.Suhu air amat mustahak.

Setelah siap terpancarlah wajah gembira melihat ikan berenang di dalam akuarium

dengan selesa.Terima kasih rakan kumpulan juga teristimewa buat pensyarah

pembimbing Tuan Haji Ismail B. Baharuddin yang banyak mencurah ilmu buat saya

khususnya. Semoga usaha murni ini berterusan dan pengalaman yang saya kutip amat

bermakna. Terima kasih buat semua.

Sekian.

(AZAIDI BIN RAZAR)

RUJUKAN

Aisyah Abdul Rashid,Faizah Ismail,Daud Kamsany, (2010).Kemahiran Hidup

Tahun 5: Dewan Bahasa dan Pustaka: K.L

Aizam Zainal Abidin,Siti jalilah Muhammad, ( 2013). Aspek Pengurusan Dalam

Kultur Ikan Hiasan air Tawar : Universiti Malaysia Terengganu

Yasir Mohd,( 2012)Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Di Malaysia.Synergy

Media :K.L

LAMAN SESAWANG

http://roundbeauty.blogspot.com/

http://www2.dof.gov.my/perak/ms/programmes/enggorcentre4

Page 42: Rbt ikan hiasan 2014

42

http://projek-ikan-hiasan.blogspot.com/p/unit-plan.html