rasm uthmani

Download Rasm Uthmani

Post on 12-Jun-2015

23.521 views

Category:

Documents

14 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

1.PENGENALAN Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka dipanggil Mushaf Uthmani iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf yang ada pada kita sekarang. Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. amat terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedahkaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani. Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa tempat daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani dipanggil Rasm Uthmani. Dalam al Quran lama cetakan Pulau Pinang, Singapura dan Thailand yang terdapat di Malaysia sebelum tahun 70an dahulu yang bernama Quran Majid tulisannya dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi. SEJARAH DAN KONSEP RASM UTHMANI Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulispenulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit. Mereka mencatat ayat-ayat al Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Pada zaman khalifah Uthman bin Affan r.a memerintah, Islam telah berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraq dan negara-negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajari dan membaca al Quran menurut kaedah-kaedah bacaan daripada para sahabat yang masyhur di kalangan mereka. Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin

1

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

lembaran-lembaran al Quran yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan mushaf. Sesudah itu, Khalifah Uthman bin Affan memerintahkan supaya dikumpulkan semua lembaran al Quran yang ditulis sebelumnya dibakar. Dengan demikian maka pembukuan al Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf yang seragam menurut ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun masih terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan Mushaf Uthmani. Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, hurufhuruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Penulisan ( rasm ) al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma ( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan. 2. RASM UTHMANI DAN KEISTIMEWAANNYA. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Rasm Uthmani ialah ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman ketika penyalinan dan penulisan Al-Quran. suci al-Quran atau menulisnya. Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah : (1) Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi bukan Taufiqi Rasm Uthmani adalah berpunca daripada bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w secara langsung dan mengikut sunnah baginda s.a.w. Setiap perkara yang dikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah berpandukan hadis berikut sebagai sandaran: Ini menunjukkan rasm ini sangat penting dipelajari dan dikaji apabila hendak membaca kitab

2

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

Bermaksud : Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba, pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim, perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan alRahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu Kebanyakan para ulama sama ada salaf atau khalaf fakta di atas menjadi pegangan untuk berhujah tentang keistimewaannya, Ia diyakini melalui pegangan sahabat dan mereka sendiri tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza daripada kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sesuatu sandaran yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan kalimah-kalimah seterusnya kefahaman terhadap tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang mutawatir. Ada juga sebahagian ulama yang menyatakan bahawa format penulisan al-Quran dalam mushaf Uthmani hanya merupakan ijtihad para sahabat Nabi, tidak bersifat tauqifi. Pada mereka tidak ada nas yang jelas baik berupa ayat al-Quran atau pun as-Sunnah yang menunjukkan secara khusus adanya kewajipan menulis al-Quran berdasarkan format atau pola penulisan tertentu. (2). Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Ulama bersepakat rukun bacaan AlQuran ada tiga dan salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan yang ditolak. Ulama bersepakat tidak mengakui quraniyyat

3

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

(kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya. (3) Meliputi Tujuh Huruf Antara keistimewaan sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.Terdapat banyak hadis berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat utama mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur berikut; kata nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jamak dan sama ada ia muzakkar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab (analisa nahu), perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawattiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawattiroh yang lain. (4) Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan Malaikat Jibril dan Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul AlQuran oleh dua khulafa Ar-Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut. (5) Keistimewaan Rasm Uthmani yang lain ialah: (i) Berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. (ii) Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal. (iii) Pembentukan rasm sedemikian dapat memberi kefahaman makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Contoh yang mudah ialah pada

4

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

kalimah maliki dalam surah Fatihah ada yang membaca dengan hazaf alif dan ada yang membaca dengan Ithbat Alif yang kedua makna kalimah tersebut tidak terkeluar daripada maksud yang dikehendaki malahan ia saling mengukuh dan meluaskan makna. (iv) Membolehkan bacaan wajah-wajah qiraat mutawatir pada lafaz yang sama seperti dalam firman Allah ( ,) kalimah ( ) boleh dibaca dengan dua wajah Qiraat iaitu ( )dan ( ) dengan kha berbaris dommah. (v) Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih. (vi) Dipersetujui oleh 12,000 orang sahabat. (vii) Salah satu daripada sudut gambaran mukjizat Al-Quran . (viii) Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas. (x) Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat). (xi) Mengandungi rahsia tertentu dari segi mengekal dan menggugurkan huruf. Contohnya dalam surah Zariyyat ayat 47 () kalimah ayyidin ditulis dengan gandaan huruf ya kerana memberi petunjuk kebesaran kekuasaan Allah khususnya dalam penciptaan langit dan alam semesta. 3. DEFINISI SETIAP KAEDAH BERSERTA CONTOH-CONTOHNYA 3.1. KAEDAH PEMBUANGAN ATAU PENGURANGAN (HAZAF) Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif ( ,)wau( ,)ya(

,)lam( )nun( )yang terdapat pada kalimah tertentu dan huruf-huruf alif( ,)wau()dan ya( )pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu Al-Quran. 3.1.1 Pembahagian Hazaf Hazaf berlaku dalam tiga bentuk; Hazaf isyarah bermaks

View more