rasa fenomenologi dalam filem-filem arahan dan …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/rasa...

25
RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN LAKON OLEH P. RAMLEE AZAHA BIN IBRAHIM DOKTOR FALSAFAH

Upload: trinhkiet

Post on 14-Mar-2019

300 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM

ARAHAN DAN LAKON OLEH

P. RAMLEE

AZAHA BIN IBRAHIM

DOKTOR FALSAFAH

Page 2: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

Rasa Fenomenologi Dalam Filem-Filem Arahan Dan

Lakon Oleh P. Ramlee

oleh

Azaha Bin Ibrahim

Tesis ini dikemukakan untuk memenuhi syarat memperoleh ijazah

Doktor Falsafah

Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Page 3: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil

penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-

mana Universiti atau Institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras

atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)

SEKATAN

Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras

atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Pengajian Siswazah

Dari tarikh hingga _

SULIT

(Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di

mana penyelidikan dijalankan)

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian.

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

Nombor Kad Pengenalan Nama Penyelia Utama

Tarikh: Tarikh:

Page 4: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

PENGHARGAAN

Sekalung Budi Seungkap Bahasa

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas

Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan keluarganya. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat

Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, dengan kudrat iradat-Nya,

dengan berkat keizinan-Nya dan dengan titisan Ilmu-Nya jua dapat saya menyiapkan

kajian yang bertajuk ‘Estetika Rasa dalam Filem-filem Arahan dan Lakon oleh P.

Ramlee’.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Dr. Abu Hassan

Hasbullah sebagai Penyelia Utama yang sentiasa prihatin dan penuh ketelitian memberi

dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan memberikan pelbagai idea bernas sehingga

terhasilnya kajian ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Abdul

Jamal bin Abd Hamid dan Profesor Madya Abdul Aziz Suib selaku penyelia bersama.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Syed Abdullah, Profesor Dr. Haron

Daud dan Profesor Dr. Farok Hussein yang banyak memberikan nasihat tunjuk ajar serta

dorongan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat

yang amat prihatin, memberi suntikan semangat dan membantu dalam pelbagai hal

bagi memantapkan kajian ini.

Dedikasi yang tidak terhingga kepada bonda tersayang, kerana doa daripada

tangan-tangan bonda telah memudahkan urusan, mencetus titisan lantas melahirkan

cebisan kajian. Terima kasih yang mewangi indah buat isteriku tercinta Siti Fatimah

Omar, yang memahami dan mengerti dan menjadi penyokong paling setia, pemberi

ketenangan setiap masa walaupun dalam keperitan, kehinaan, penderitaan dan kepayahan

tetap berkorban dengan rela tanpa jemu dan banyak bicara. Cebisan hasilan akan menjadi

teladan dan dorongan kepada anak-anakku Muhammad Aqim Nazeef, Muhammad

Haikal, Muhammad Amirul Shauqat, Muhammad Afif Haziq dan Muhammad Ammar

Thaqif, yang selalu kehilangan kemanjaan, kehilangan keselesaan, kehilangan perhatian

sementara waktu yang sabar menanti untuk menikmati bersama kejayaanku memiliki

‘topi bulat’ sebagai simbol puncak akademik.

AZAHA BIN IBRAHIM

C11E002P

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

Universiti Malaysia Kelantan.

Page 5: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS ii

PENGHARGAAN iii

KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

ABSTRAK xviii

ABSTRACT xix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Sejarah Perfileman Dunia 3

1.1.2 Sejarah Filem Melayu 5

1.2 Pernyataan Masalah 11

1.3 Objektif Kajian 14

1.4 Soalan Kajian 14

1.5 Metodologi Kajian 15

1.5.1 Kaedah Kajian 17

1.5.2 Sampel Kajian 25

1.5.3 Instrumen Kajian 26

1.5.4 Prosedur Pengumpulan Data 27

1.5.5 Prosedur Penganalisisan Data 29

Page 6: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

1.6 Kepentingan Kajian 30

1.7 Batasan Kajian

31

1.8 Tinjauan Literatur

33

1.8.1 Pandangan Sarjana Barat

35

1.8.2 Pandangan Sarjana Timur dan Tempatan

46

1.9 Organisasi Kajian

76

1.10 Kesimpulan

80

BAB 2 P. RAMLEE: SUTRADARA DAN PELAKON

2.1 Latar Belakang Kajian

81

2.2 P. Ramlee sebagai Sutradara

88

2.3 P. Ramlee sebagai Pelakon

116

2.4 Filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee:

Teori, Bentuk dan Kandungan

127

2.5 Kesimpulan

151

BAB 3 ESTETIKA RASA: TEORI, BENTUK DAN KANDUNGAN

3.1 Pengenalan

152

3.2 Estetika

153

3.2.1 Makna Estetika

154

3.2.2 Teori-teori Estetika

161

3.2.3 Bentuk Estetika

186

3.2.3.1 Estetika Seni

186

3.2.3.2 Estetika Sains

189

3.2.3.3 Estetika Agama

192

3.2.3.4 Estetika Sosiologi

197

Page 7: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

3.2.3.5 Estetika Politik 201

3.2.4 Kandungan Estetika 205

3.2.4.1 Estetika bentuk 205

3.2.4.2 Estetika Nilai 209

3.2.4.3 Estetika Sosiologi 211

3.2.4.4 Estetika Makna 214

3.2.4.5 Estetika logik 219

3.3 Rasa

224

3.3.1 Makna Rasa 225

3.3.2 Teori-teori Rasa 229

3.3.3 Bentuk Rasa 236

3.3.3.1 Rasa Kasih 238

3.3.3.2 Rasa Riang 240

3.3.3.3 Rasa Sedih 243

3.3.3.4 Rasa Marah 244

3.3.3.5 Rasa Takut 245

3.3.3.6 Rasa Bertenaga 246

3.3.3.7 Rasa Jijik 247

3.3.3.8 Rasa Hairan 247

3.3.4 Kandungan Rasa

248

3.4 Estetika Rasa: Expression dan Representation dalam Seni 253

3.5 Kesimpulan

257

Page 8: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

BAB 4 RASA FENOMENOLOGI : FILEM-FILEM

OLEH P. RAMLEE

ARAHAN DAN LAKON

4.1 Pengenalan

259

4.3 Filem PENAREK BECHA (1955)

260

4.3 Filem SEMERAH PADI (1956)

296

4.4 Filem SUMPAH ORANG MINYAK (1958)

320

4.5 Filem ANTARA DUA DARJAT (1960)

352

4.6 Filem IBU MERTUA KU (1962)

396

4.7 Kesimpulan

436

BAB 5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

438

5.2 Perbincangan dan rumusan

438

5.3 Kesimpulan

459

RUJUKAN 461

LAMPIRAN A 479

LAMPIRAN B 488

LAMPIRAN C 499

LAMPIRAN D 510

LAMPIRAN E 526

LAMPIRAN F 548

SENARAI PENERBITAN 565

Page 9: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

SENARAI JADUAL

NO. MUKA SURAT

3.3.2.1 Perhubungan antara emosi tetap dengan ekspresi sastera 229

3.3.3.1 Bentuk rasa mengikut pandangan sarjana 235

4.2.12 Min Rasa filem PENAREK BECHA (1955) 293

4.3.12 Min rasa filem SEMERAH PADI (1956) 317

4.4.17 Min rasa filem SUMPAH ORANG MINYAK (1958) 349

4.5.23 Min rasa filem ANTARA DUA DARJAT (1960) 395

4.6.18 Min rasa filem IBU MERTUA KU (1962) 436

5.2.1 Analisis rasa mengikut scene filem PENAREK BECHA

(1955)

440

5.2.2 Analisis rasa mengikut scene filem SEMERAH PADI

(1956)

442

5.2.3 Analisis rasa mengikut scene filem

SUMPAH ORANG MINYAK (1958)

446

5.2.4 Analisis rasa mengikut scene filem ANTARA DUA

DARJAT (1960)

448

5.2.5 Analisis rasa mengikut scene filem IBU MERTUA KU

(1963)

452

5.2.6 Min rasa untuk lima filem P. Ramlee 455

Page 10: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

1.5.11 Rajah 1.5.1.1 Kerangka Konsep Penyelidikan berdasarkan

teori Rasa Fenomenologi 19

2.4.1 Struktur tiga aksi dalam dramaturgi 143

3.2.3.2.1 I-SKE Kerangka seni dinikmati oleh penonton 191

3.2.4.5.1 Estetika Filem 223

3.3.4.1 Rasa dalam filem 249

3.3.4.2 Sinematografi Scene Filem IBU MERTUAKU 250

3.3.4.3 Sinematografi + Dramaturgi 251

3.3.4.4 Sinematografi + Dramaturgi + Scenografi 252

3.4.1 Estetika Rasa: Ekspresi dan Representasi dalam Seni 257

4.2.1 Sinematografi scene kereta dan beca 261

4.2.2 Sinematografi scene Amran dibayar upah khidmat beca 262

4.2.3 Amran terima dua bungkus nasi lemak daripada Pak Amat 264

4.2.4 Scene Amran memberikan sebungkus nasi kepada peminta

Sedekah 265

4.2.5 Scene keadaan rumah Amran ketika hujan 266

4.2.6 Scene Amran berkongsi sebungkus nasi dengan emaknya 266

4.2.8 Ghazali dan kawannya mengganggu Azizah scene 2

PENAREK BECHA (1955) 268

4.2.9 Amran beradu kekuatan dengan Ghazali scene 2

PENAREK BECHA (1955) 268

4.2.10 Muda-mudi berjoget di atas pentas,

PENAREK BECHA (1955) 269

Page 11: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

NO.

4.2.11

SENARAI RAJAH

MUKA

Sinematografi Joget Inang Baru scene 2

SURAT

PENAREK BECHA (1955) 269

4.2.13 Ibu dan bapa Azizah menikmati sarapan pagi 271

4.2.14 Amran dengan rendah diri masuk ke rumah Azizah dengan

keadaan pakaian yang buruk lagi lusuh.

272

4.2.15 Bapa Azizah marah dan tidak setuju dengan bayaran sewa

beca RM 40.00

272

4.2.17 Pertelingkahan kecil berlaku semasa tawar menawar harga

tambang beca ke kampung Besi

273

4.2.18 Haji Marzuki yang tidak puas hati cuba memukul tukang beca 274

4.2.19 Haji Marzuki dilanggar kereta yang dipandu Ghazali 274

4.2.21 Scene Amran dihalang oleh Ghazali ketika menjemput

Azizah ke kelas jahitan

275

4.2.23 Azizah benar-benar ingin bertemu ibu Amran 277

4.2.24 Pondok tempat Amran dan Ibunya berteduh 278

4.2.25 Amran memberitahu ibunya tentang kedatangan Azizah dan

ibunya menerima dengan hati gembira

278

4.2.27 Haji Marzuki berehat setelah pulang dari hospital 280

4.2.28 Ghazali yang berdendam dengan Amran meracuni

fikiran Haji Marzuki

278

4.2.29 Azizah dimarahi Haji Marzuki kerana mempercayai

fitnah Ghazali

281

4.2.30 Azizah di tolak dan jatuh ke lantai di hadapan Amran

dan Ghazali

282

4.2.31 Ghazali memijak tangan Amran yang sedang mengutip

duit upah RM 40.00

282

Page 12: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

4.2.33 Scene Amran dipukul oleh rakan-rakan Ghazali 284

4.2.34 Scene Amran dibantu oleh rakan-rakan Amran

(penarik beca) 284

4.2.36 Haji Marzuki memarahi dan menghina keluarga Amran 285

4.2.37 Haji Marzuki dan Ghazali memberi amaran kepada

keluarga Amran 286

4.2.39 Pertemuan Amran dan Azizah diganggu Ghazali 289

4.2.40 Ibu Amran terkena pisau yang dilontar Ghazali 289

4.2.41 Ugutan bunuh Ghazali terhadap Haji Marzuki dan

pertarungan Ghazali dengan Amran 290

4.2.42 Polis mengambil keterangan daripada Haji Marzuki

berkenaan Ghazali 290

4.2.44 Haji Marzuki dan keluarganya datang meminta maaf kepada

keluarga Amran dan mengambil Amran sebagai menantunya 293

4.2.46 Min estetika rasa filem PENAREK BECHA (1955) 295

4.3.1 Penduduk Kampung Semerah Padi bekerjasama dan

bergotong-royong mengerjakan sawah padi 297

4.3.3 Aduka dan Dara berbual-bual setelah selesai kerja di sawah 299

4.3.5 Majlis peminangan Dara oleh Taruna 301

4.3.6 Nyanyian dan tarian lagu Lenggang Kangkung sempena

peminangan Dara oleh Taruna 301

4.3.8 Peristiwa Kachiwa mengadu isterinya Galak berzina

dengan Jejaka 303

4.3.9 Pertarungan Aduka dan Taruna dengan Jejaka dan Galak 303

4.3.11 Aduka bersendirian melayan hati yang sedih kerana

pertunangan Dara 305

Page 13: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

4.3.13 Borek dan rakan-rakannya membakar rumah penduduk

Semerah Padi 306

4.3.14 Borek dan rakan-rakannya mengamuk dengan membunuh

penduduk Kampung Semerah Padi 307

4.3.16 Keberangkatan Taruna dan pahlawan-pahlawan

Semerah Padi atas titah Sultan 309

4.3.18 Aduka menyelamatkan Dara daripada Borek hingga

terjadinya zina 311

4.3.19 Taruna terkejut daripada tidur dengan mimpi buruk 311

4.3.21 Aduka menyerah diri dan menerima apa saja hukuman

atas ketelanjurannya dengan Dara 313

4.3.23 Hukuman zina iaitu rotan 100 kali dijalankan ke atas

Aduka dan Dara oleh Penghulu Semerah Padi 315

4.3.25 Taruna menziarahi Aduka untuk bertanya khabar

tentang keadaan Aduka 317

4.3.26 Aduka dan Dara disatukan 317

4.3.28 Min rasa filem SEMERAH PADI (1956) 319

4.4.1 Hujan membasahi kampung Tualang Tiga 320

4.4.2 Si Buyung mencari si Bongkok dengan bertanya khabar

Abang Selamat 321

4.4.3 Abang Selamat memberi tumpang kepada Si Bongkok yang

tiada tempat berlindung 321

4.4.5 Abang Selamat mencetak kain batik untuk di jual di pasar 323

4.4.6 Kain batik Abang Selamat tidak laku kerana warna dan

corak lama 324

Page 14: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

4.4.8 Abang Selamat terkejut dengan bakat seni yang dimiliki

Si Bongkok 325

4.4.9 Kain batik corak baharu habis dijual hasil usaha Si Bongkok

dan Abang Selamat 326

4.4.11 Penduduk kampung Tualang Tiga membasuh pakaian di tepi

Sungai 327

4.4.13 Si Bongkok dihina dan diperlakukan seperti binatang

oleh Buyung dan diselamatkan oleh Afida 330

4.4.15 Pesta Pemudi Seni Kampung Tualang dimulakan dengan tarian

dan nyanyian 332

4.4.16 Pesta Pemudi Seni Kampung Tualang Tiga kecoh apabila

dihadiri SiBongkok kerana ingin menyampaikan lukisan

kepada Afida 333

4.4.18 Si Bongkok menangis di pusara ayahnya 335

4.4.20 Si Bongkok menjadi tetamu di alam Bunian 336

4.4.21 Si Bongkok akhirnya menjadi kacak 337

4.4.23 Si Bongkok dan Puteri Bunian dilamun cinta tetapi terhalang

dengan syarat yang dikenakan oleh Penghulu Bunian. 338

4.4.24 Penghulu Bunian memberi syarat agar Si Bongkok tidak

melanggar sumpah iaitu tidak boleh membunuh sesama manusia 338

4.4.26 Si Bongkok berjumpa dengan Abang Selamat 340

4.4.28 Si Bongkok disembah oleh penduduk kampung Tualang

Tiga kerana ketampanannya seperti Putera Raja 341

4.4.29 Si Bongkok telah melanggar sumpah kerana membunuh 342

4.4.31 Penghulu Bunian turun ke Bumi melaksanakan hukuman

ke atas Si Bongkok yang melanggar perjanjian 344

Page 15: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

4.4.33 Si Bongkok bersahabat dengan syaitan demi mengembalikan

kecantikannya agar dilihat oleh manusia 345

4.4.35 Orang Minyak memperkosa wanita untuk memenuhi syarat

perjanjian dengan syaitan 346

4.4.37 Penghulu Kampung Tualang Tiga tertekan dengan nasib

penduduk kampungnya dan akhirnya mati akibat serangan

penyakit jantung 348

4.4.39 Orang Minyak terkejut dengan kehadiran Penghulu Bunian

yang datang untuk menangkap dan memenjarakan di dalam

botol 349

4.4.41 Min estetika rasa filem SUMPAH ORANG MINYAK

(1958) 351

4.5.1 Ghazali meninjau Anggerik Villa untuk mencari kekasihnya

Tengku Zaleha 353

4.5.3 Ghazali memberitahu Sudin dan Emaknya bahawa

Tengku Zaleha masih hidup 355

4.5.5 Ghazali dan rakan-rakannya menolak kereta Tengku Zaleha yang

terperangkap dalam lumpur 357

4.5.7 Tengku Zaleha dimarahi ayahnya kerana bergaul dengan

pemuda kampung yang tidak setaraf darjat dengan mereka 359

4.5.9 Majlis Sambutan Hari Jadi Tengku Zaleha yang meriah 360

4.5.11 Ghazali menyanyikan lagu sempena Hari Jadi Tengku Zaleha 361

4.5.13 Ghazali dipanggil untuk mengajar piano di rumah Tengku

Zaleha 363

4.5.15 Ajis berusaha memikat hati Muna pembantu rumah Tengku

Zaleha 365

4.5.17 Ghazali mengajar piano di rumah Tengku Zaleha 367

4.5.19 Ghazali dan Tengku Zaleha mula jatuh cinta 368

Page 16: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

4.5.21 Tengku Zaleha dan Ghazali yang memadu asmara dihalang oleh

Abangnya Tengku Hassan. 371

4.5.23 Ghazali dipukul oleh keluarga Tengku Zaleha diselamatkan

Sudin dan rakan-rakannya. 373

4.5.25 Ghazali membaiki piano di rumah Tengku Zaleha dan petikan

piano lagu Getaran Jiwa menganggu fikiran kerana terlalu

terkenangkan Tengku Zaleha. 375

4.5.27 Ghazali meyakinkan Sudin bahawa Tengku Zaleha masih

Hidup. 377

4.5.29 Tengku Aziz menziarahi rumah Ghazali dan menyiasat

perhubungan Ghazali dengan Tengku Zaleha. 379

4.5.31 Ghazali dan Tengku Zaleha melepaskan rindu selepas terpisah

sekian lama. 381

4.5.33 Tengku Karim menjadi gila selepas kematian isteri dan anaknya

Tengku Hassan. 383

4.5.35 Perkahwinan Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri. 385

4.5.37 Tengku Mukriz bermain kayu tiga dengan perempuan lain. 386

4.5.39 Tengku Mukri memarahi dan menghalau Tengku Aziz kerana

mempersoalkan tentang darjat dan keturunan ‘Tengku’. 389

4.5.41 Tengku Mukri cuba membunuh Tengku Aziz. 390

4.5.43 Ghazali dan Tengku Mukri bertarung yang akhirnya Tengku

Aziz datang menyelamatkan Ghazali. 393

4.5.45 Min rasa filem ANTARA DUA DARJAT (1960). 395

4.6.1 Nyanyian Kasim Selamat di radio memukau hati dan perasaan

Sabariah. 397

4.6.3 Kasim Selamat dan Sabariah berjumpa di sebuah Kelab Malam. 399

Page 17: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

NO.

4.6.5

SENARAI RAJAH

MUKA

Sabariah dihadiahkan rantai oleh Doktor Ismadi.

SURAT

400

4.6.7 Sabariah menolak lamaran Doktor Ismadi kerana cintakan

Kassim Selamat.

403

4.6.9 Sabariah dan Kasim Selamat dinikahkan dan dihalau dari

rumah oleh ibunya

404

4.6.11 Doktor Ismadi dan Nyonya Mansur kecewa hingga jatuh sakit

dengan tindakan Sabariah.

407

4.6.13 Kasim Selamat dan Sabariah berpindah randah daripada hotel

hinggalah ke bawah kolong.

410

4.6.15 Kasim Selamat dan Sabariah dikunjungi ibu mertuanya

dari Singapura.

412

4.6.17 Kasim Selamat mendapat berita kematian Sabariah

meratapi kematiannya hingga matanya buta.

414

4.6.19 Doktor Ismadi dan Sabariah selamat dikahwinkan. 416

4.6.21 Kasim Selamat membawa diri dan mencari tempat berlindung. 417

4.6.23 Kassim Selamat dipungut oleh keluarga Chombi. 419

4.6.25 Chombi semakin gembira setelah mendengar nasihat dan

cerita Kassim Selamat.

421

4.6.27 Kassim Selamat telah bersetuju buat persembahan jelajah

Malaya dengan nama Osman Jailani.

423

4.6.29 Osman Jailani menjalani pembedahan oleh Doktor Ismadi

untuk mengembalikan penglihatannya.

425

4.6.31 Rahsia kematian Sabariah terbongkar dan Nyonya Mansor

mengaku bersalah atas segala perbuatannya.

428

4.6.33 Kassim Selamat membutakan matanya semula kerana tertipu

dengan ibu mertua dan Sabariah.

432

Page 18: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

SENARAI RAJAH

NO.

MUKA SURAT

4.6.35 Min rasa filem IBU MERTUA KU (1962). 435

5.2.1 Estetika Rasa untuk lima filem P. Ramlee. 456

Page 19: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

Rasa Fenomenologi Dalam Filem-Filem Arahan

Dan Lakon Oleh P. Ramlee

ABSTRAK

Kajian ini memperjelaskan perkaitan fenomenologi (estetika) dengan rasa khalayak

berdasarkan filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee. Aspek estetika dibataskan

kepada estetika bentuk, estetika nilai, estetika sosiologi, estetika makna, dan estetika

logik. Rasa adalah berkaitan dengan emosi khalayak iaitu rasa kasih, rasa riang, rasa

sedih, rasa marah, rasa bertenaga, rasa takut, rasa jijik, dan rasa hairan. Lima buah filem

telah dikaji iaitu filem PENAREK BECHA (1955), SEMERAH PADI (1956), SUMPAH

ORANG MINYAK (1958), ANTARA DUA DARJAT (1960), dan IBU MERTUA KU

(1962). Objektif kajian yang pertama menganalisis dan menghuraikan unsur-unsur

estetika yang terdapat dalam filem-filem yang dikaji. Kedua, menganalisis dan

menghuraikan perkaitan fenomenologi (estetika) dengan rasa khalayak iaitu ‘rasa

fenomenologi’ berdasarkan scene-scene estetika yang terpilih. Ketiga, menganalisis dan

menghuraikan rasa yang dominan dalam filem-filem yang dikaji. Filem-filem yang

dikaji dianalisis secara kaedah analisis kandungan (content analysis) untuk memilih

scene-scene yang menepati ciri-ciri estetika yang ditetapkan. Scene-scene yang terpilih

ditayangkan kepada khalayak yang terdiri 88 responden untuk mengukur tahap rasa

berdasarkan fenomenologi sosiobudaya kehidupan masyarakat yang direpresentasikan

melalui filem. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 77 scene estetika daripada lima

filem yang dikaji mampu menyentuh rasa khalayak. Filem PENAREK BECHA (1955)

membangkitkan rasa marah dengan min 2.24 iaitu rasa utama yang mendominasi filem ini

di samping rasa sedih 1.89 dan rasa kasih 1.00. Filem SEMERAH PADI (1956),

SUMPAH ORANG MINYAK (1958) dan IBU MERTUA KU (1962) didominasi oleh

rasa sedih dengan min 1.40, 2.00 dan 2.40. Filem ANTARA DUA DARJAT (1960)

memperlihatkan rasa kasih dan rasa riang mendahului rasa yang lain masing-masing

dengan min 1.23. Secara rumusannya, kelima-lima filem arahan dan lakon oleh P.

Ramlee memberi kesan lapan rasa kepada khalayak yang didominasikan oleh rasa sedih

1.76, rasa kasih 1.25, rasa riang 1.01, rasa marah 1.26, rasa bertenaga 0.65, rasa takut

0.52, rasa jijik 0.46 dan rasa hairan 0.87.

Page 20: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

Rasa Phenomenology In Films Directed And Acted

By P. Ramlee

ABSTRACT

This study is to clarify the relevance of phenomenology (aesthetic) of senses among

audience in films directed and acted by P. Ramlee. The aesthetical aspects studied are

restricted to the aesthetics of forms, values, sociology, meaning, and logic. Sense is

associated with the emotions of audiences like a sense of compassion, happiness, sadness,

anger, feelings of energetic, fear, disgust, and a sense of wonder. Five of his films were

studied namely PENAREK BECHA (1955), SEMERAH PADI (1956), SUMPAH ORANG

MINYAK (1958), ANTARA DUA DARJAT (1960), and IBU MERTUA KU (1962). The

objective of this study is first to analyze and describe the aesthetical elements appeared in

the films studied. Second, to analyze and describe the relevance of aesthetical senses

among the audience in the selected scenes. Third, to analyze and describe the dominant

aesthetical sense in the films studied. The films studied were analyzed using the content

analysis method (content analysis) to determine the scenes that meet the characteristics

specified by the aesthetical senses. The selected aesthetical scenes were shown to the

audience consisting of 88 respondents to gauge the aesthetical senses of the society based

on social and cultural phenomenon that is represented through the film. The findings

show that there are 77 aesthetical scenes out of the five films that were able to touch the

senses of aesthetics among the audience. PENAREK BECHA (1955) evokes anger with

the mean of 2.24 which is the main sense that dominates this film in addition to 1.89 for

sadness and 1.00 for compassion. SEMERAH PADI (1956), SUMPAH ORANG MINYAK

(1958) and IBU MERTUA KU (1962) are dominated by the aesthetical sense of sadness

with the mean of 1.40, 2.00 and 2.40. ANTARA DUA DARJAT (1960) shows the senses of

compassion and happiness which precede other senses with 1.23 mean. In conclusion,

these five films directed and acted by P. Ramlee affected eight aesthetical senses of the

audience which are dominated by the senses of sadness with the mean of 1.76,

compassion for 1.25, feeling of happines for 1.01, anger for 1.26, feeling of energetic for

0.65, fear for 0.52, disgust for 0.46 and 0.87 for the sense of wonder.

Page 21: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Filem adalah karya cipta seni dan budaya yang merupakan salah satu media

komunikasi massa audio-visual yang dibuat berdasarkan asas sinematografi yang

direkam pada pita seluloid, pita video, piring video, atau bahan hasil penemuan

teknologi lainnya dalam segala bentuk, jenis dan ukuran melalui proses kimiawi,

proses elektronik, atau proses lainnya, dengan atau tanpa suara, yang dapat

dipertunjukkan atau ditayangkan dengan sistem projeksi mekanik, elektronik, dan

sistem lainnya (Slamet Rahardjo Djarot, 2013).

Filem adalah produk sains teknologi hasil kimikal selulosa atau seluloid.

Filem yang dikenali dewasa ini adalah hasil perkembangan fotografi yang

dimajukan oleh Joseph Nicephore Niece dari Perancis. Dua nama penting dalam

rintisan penciptaan filem ialah Thomas Alva Adison dan Lumiere Bersaudara (Abu

Hassan, 2013, hal. 42). Thomas Alva Adison (1847-1931), merupakan ilmuan

Amerika Syarikat yang terkenal dengan penemuan lampu listrik dan fonograf

(phonograph) atau kepingan piring hitam. Bahan dasar filem ditemukan oleh

George Eastman yang menghasilkan pita seluloid seperti plastik yang lut sinar

(Marselli Sumarno, 1996, hal. 2).

Page 22: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

Ciptaan Thomas Alva Adison (1847-1931) dikenali kinetoskop

(kinetoscope) yang akhirnya menarik minat Lumiere Bersaudara yang merancang

menghasilkan satu peranti yang menyatukan filem dengan kamera yang dikenali

sebagai sinematograf dan dipatenkan oleh Maret 1895 (Marselli Sumarno, 1996,

hal. 3). Bermula detik inilah filem mula ditayangkan ke layar dalam suatu ruangan

yang gelap yang akhirnya merebak dan berkembang ke seluruh dunia hinggalah ke

negara Malaysia.

Arsiah, Faridah dan Mazni (1996) menyatakan filem sebagai imej yang

terhasil dalam bentuk visual bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan

yang ditulis, diolah dalam bentuk dialog, visual dan bunyi, yang kemudiannya

dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan menggunakan pelbagai kaedah

teknikal dan digarap menjadi hasil karya seni, yang mempunyai pelbagai

kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-

panggung wayang dan televisyen (Arsiah, Faridah dan Mazni, 1996, hal. 5).

Filem dan video (F&V) (Naim, 1988, hal. 42) merupakan salah satu alat

komunikasi yang diakui berkesan dan berpengaruh dalam menyampaikan mesej

berupa penerangan, pengajaran, pembujukan, dakyah, pernyataan sikap dan

emosi. Baharudin (1983, hal. 71-72) berpendapat filem merupakan suatu bidang

yang dianggap ganjil, aneh dan luar biasa kerana filem bukan sahaja suatu bentuk

seni tetapi lebih kepada satu industri yang meliputi pelbagai cabang kegiatan yang

sukar untuk dipisahkan kerana kedua-duanya bersatu seperti lagu dan irama.

Baharudin menegaskan bahawa filem sebagai satu alat komunikasi „visual‟ yang

dapat ditonton oleh semua golongan masyarakat kerana filem berjaya menarik dan

Page 23: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

mengeluarkan semua impian yang tersembunyi dalam diri manusia. Manakala

Awang (1994, hal. 68) pula berpandangan filem sebagai salah satu seni cabang

sastera khasnya filem jenis cereka atau fiksyen kerana filem tidak dihasilkan sesuka

hati kerana bersumberkan cerita yang digubah menjadi skrip dan mengandungi

„bahasa sastera‟. Filem jenis cereka adalah satu cabang seni sastera yang

menggabungkan pelbagai aspek kreatif seni seperti seni sastera, seni lakon, seni

muzik dan seni suara. Naim (1995) berpendapat filem merupakan seni media

komunikasi paling berkesan yang mencerminkan sesebuah masyarakat, cara hidup,

nilai dan getar rasa masyarakat pada zaman kelahirannya. Pendeknya, filem adalah

gambaran jati diri masyarakat. Manakala masyarakat pula dalam Naim (1995, hal.

xiii) bukanlah suatu yang statik, malah sentiasa hidup bergerak dan bergolek. Filem

disifatkan oleh Naim sebagai „mesin perakam waktu‟ yang dapat diputar ke

belakang yang membolehkan pengkaji filem mencari kebenaran dan kekuatan diri.

Semua bentuk filem lama adalah fosil yang kaya dengan data tentang kehidupan

atau fenomena tertentu yang boleh dianalisis dan dikaji secara ilmiah. Justeru,

filem amat berguna dijadikan alat atau bahan kajian (Naim, 1995, hal. 7).

1.2 Sejarah Perfileman Dunia

Sejarah filem bermula pada akhir abad ke-19 (1889-1896) dengan

kemunculan beberapa buah filem bisu di Amerika Syarikat yang bertajuk FRED

OTT‟S SNEEZE (1889) arahan oleh William Kennedy Laurie Dickson seorang

bangsa Inggeris yang menetap di Amerika Syarikat, yang kemudiannya

Page 24: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

menerbitkan filem-filem seperti AN-NABELLA AND CARMENCITA (1894),

FUN IN A CHINESE LAUNDRY (1895), THE EXECUTION OF MARY

QUEEN OF SCOTS (1895), dan THE JOHN RICE-MARY IRWIN KISS (1896)

(Sharifah, et al., 1980, hal. 11).

Peluang ini telah digunakan oleh orang-orang Perancis seperti Lumiere

Brothers, Pathe Brothers, Leon Gaumont dan Georges Melies dalam menerbit filem-

filem sehingga mendapat sambutan seperti filem LA SORTIE DES OUVIERS DE

L‟USINE LUMIERE (1895) dan LE VOYAGE DANS LA LUNE

(1902). Perusahaan filem di Eropah tidak kekal lama kerana tercetusnya perang

dunia pertama tahun 1914-1918 yang menyebabkan perusahaan ini hancur. Kesan

perang di Eropah telah memberi peluang terbaik kepada orang-orang Amerika

meneruskan perusahaan filem. Pada ketika itu muncullah pengusaha seperti Edwin

S. Porter yang menerbitkan filem bisu hitam-putih seperti THE GREAT TRAIN

ROBBERY (1903), THE LIFE AN AMERICAN COWBOY (1903), THE LIFE

AN AMERICAN FIREMAN (1903) dan RESCUE FROM AN EAGLE‟S NEST

(1907). Kemudian muncullah syarikat-syarikat filem yang berjaya dan berdiri

teguh hingga hari ini seperti Columbia Pictures, Goldwyn-Mayer, RKO dan Walt

Disney Pictures. Mengikut catatan yang dibuat dalam tempoh 30 tahun (1896-

1927) telah terhasil berpuluh-puluh ribu buah filem dengan purata 25-40 buah filem

dihasilkan dalam sebulan (Sharifah et al., 1980, hal. 12-13).

Kemasukan filem-filem ke Tanah Melayu sekitar 1930-an adalah ekoran

penjajah British di Tanah Melayu. Pada sekitar tahun-tahun tersebut banyak filem

British dan Amerika Syarikat dibawa masuk untuk kepentingan askar-askar da

Page 25: RASA FENOMENOLOGI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN DAN …umkeprints.umk.edu.my/6665/1/Rasa Fenomenologi.pdfUcapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan sahabat yang amat

pegawai-pegawai British. Selain itu, terdapat juga beberapa buah filem dari

Mesir, India dan China. Kebanyakan filem tersebut bercorak hitam-putih, bisu

dan gerak cepat. Kemasukan filem-filem tersebut telah memberi pulangan yang

lumayan kepada beberapa orang tertentu dan mendorong mereka menghasilkan

filem tempatan. Dalam tahun 1938-1939, lahirlah filem-filem Melayu di

Singapura yang diarahkan oleh K.R.S. Chisty seperti filem BERMADU,

HANCUR HATI, IBU TIRI, MUTIARA, TERANG BULAN DI MALAYA,

dan TOPENG SYAITAN

yang dilakonkan oleh Aman Belun, Yem, Tina, Habsah, Ahmad C.B. dan lain-

lain lagi. Menurut Sharifah (1980), kemasukan filem-filem asing ke Tanah

Melayu telah menyebabkan wujudnya filem Melayu. Namun kesedaran itu

adalah hasil peranan orang Indonesia (pelawak terkenal) iaitu D. Harris yang

menyedarkan orang Melayu dan akhirnya menjadi bapa mertua P. Ramlee

(Sharifah, et al., 1980, hal. 16-18).

1.3 Sejarah Filem Melayu

Menurut Abi (1987, hal. 2) perkembangan filem negara malaysia masih

berada pada tahap yang rendah, jika dilihat dari segi mutu dan perkara-perkara

yang berkaitan dengan filem. Pendapat mengenai permulaan filem dan tarikh

bermulanya filem Melayu yang pertama masih dalam polemik. Antara filem-

filem terawal yang diterbitkan pada tahun 1938 ialah filem NELAYAN (1938).

Baharudin (1983, hal. 27) menyatakan bahawa filem Melayu yang berjudul