rancangan pemasaran

22
1.0 PENGENALAN Pada zaman moden hari ini, produk kecantikan merupakan barangan asas kepada semua orang terutamanya golongan wanita. Produk kecantikan digunakan untuk melindungi dan mengekalkan kelicinan kulit supaya sentiasa kelihatan anggun dan berseri. Walau bagaimanapun, pelbagai jenis masalah kulit yang sering dihadapi oleh masyarakat disebabkan faktor-faktor yang tertentu. Biocell Therapy Facial merupakan sebuah pusat kecantikan. Syarikat kami berasal dari USA. Kami mengeluarkan produk kecantikan yang mampu mengatasi masalah kulit yang dihadapi. Nama produk kami ialah Biocell. Syarikat kami amat peka kepada penjagaan kulit wajah pelanggan serta penampilan pelanggan. Objektif syarikat kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan supaya akan kelihatan anggun dari segi wajah serta penampilan. Masalah yang biasa dihadapi bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan bekalan nutrisi yang diperlukan oleh kulit kita, ia juga disebabkan kurangnya perhatian daripada perawatan kulit dari luar. Selain itu, masalah kulit juga timbul kerana kesalahan dalam merawat kulit, terutamanya menggunakan kosmetik atau produk penjagaan kulit yang tidak sesuai. Bagi mengatasi ini, produk yang dihasilkan oleh syarikat kami terdiri daripada dua ramuan herbal utama iaitu Apple Stem Cells dan Mulberry kerana tidak memiliki kesan negatif yang akan merosak kulit kita. 1

Upload: wei-yen

Post on 17-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

contoh rancangan pemasaran

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPada zaman moden hari ini, produk kecantikan merupakan barangan asas kepada semua orang terutamanya golongan wanita. Produk kecantikan digunakan untuk melindungi dan mengekalkan kelicinan kulit supaya sentiasa kelihatan anggun dan berseri. Walau bagaimanapun, pelbagai jenis masalah kulit yang sering dihadapi oleh masyarakat disebabkan faktor-faktor yang tertentu. Biocell Therapy Facial merupakan sebuah pusat kecantikan. Syarikat kami berasal dari USA. Kami mengeluarkan produk kecantikan yang mampu mengatasi masalah kulit yang dihadapi. Nama produk kami ialah Biocell. Syarikat kami amat peka kepada penjagaan kulit wajah pelanggan serta penampilan pelanggan. Objektif syarikat kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan supaya akan kelihatan anggun dari segi wajah serta penampilan.Masalah yang biasa dihadapi bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan bekalan nutrisi yang diperlukan oleh kulit kita, ia juga disebabkan kurangnya perhatian daripada perawatan kulit dari luar. Selain itu, masalah kulit juga timbul kerana kesalahan dalam merawat kulit, terutamanya menggunakan kosmetik atau produk penjagaan kulit yang tidak sesuai. Bagi mengatasi ini, produk yang dihasilkan oleh syarikat kami terdiri daripada dua ramuan herbal utama iaitu Apple Stem Cells dan Mulberry kerana tidak memiliki kesan negatif yang akan merosak kulit kita. Kami mengeluarkan 13 jenis produk dan setiap produk tersebut mempunyai fungsi masing-masing. Selain daripada membekalkan perkhidmatan rawatan muka kepada pelanggan, kami juga menjual produk kecantikan kepada pelanggan. Perniagaan kami akan beroperasi di Kota Bharu yang beralamat PT 500, Seksyen 6, Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu. Tujuan kami memilih lokasi tersebut kerana populasi penduduk di sana banyak dan lokasi tersebut terletak di bandar. Faktor kedudukan yang strategik boleh menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan ini. Kebanyakan penduduk adalah terdiri daripada wanita dan penuntut-penuntut institut pengajian tinggi. Kami menjangka akan dapat menarik minat ramai wanita untuk mencuba dan seterusnya menggunakan khidmat yang disediakan oleh kami. Ini kerana kecantikan merupakan idaman setiap wanita.

2.0 PASARAN SASARANPada peringkat awal perniagaan, fokus utama perniagaan adalah tertumpu kepada pelanggan wanita yang berada di kawasan: Taman Pahlawan Taman Bahagia Jalan Pintu Pong Taman SinarSecara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberi kelebihan kepada syarikat untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi untuk berjaya. Lokasi syarikat yang berada di kawasan komersial iaitu Jalan Pintu Pong berhampiran dengan sekolah, pusat-pusat perniagaan, perkembangan komersil, pusat beli belah akan memberi peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Pelanggan-pelanggan yang disasarkan adalah daripada golongan kelas sederhana seperti pelajar kolej, pelajar sekolah menengah, penduduk wanita yang berdekatan, wanita yang bekerja di tempat yang berdekatan.

3.0 TREND DAN SAIZ PASARANPasaran produk kecantikan yang semakin meningkat di Malaysia telah menjadi salah satu sebab wujudnya produk kecantikan syarikat kita. Kami juga menyedari potensi yang sedia ada dalam perniagaan ini kerana terdapatpermintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan yang bersesuaian kepada semua masyarakat dan memberi kepuasan kepada pengguna. Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan produk kecantikan ini, kami sentiasa mengadakan promosi jualan terutamanya menjelang musim perayaan seperti Sempena Aidilfitri. Harga produk diberi potongan sebanyak 10% hingga 30% mengikut jenis produk tertentu. Selain itu, kami juga memberi hadiah percuma jika pelanggan membeli produk kami sebanyak RM200 ke atas dan menawarkan satu kali perkhidmatan rawatan muka bagi ahli aktif kami pada bulan hari jadi mereka. Kami memberi tumpuan kepada pasaran di kawasan Kota Bharu pada mulanya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat yang lebih stabil, kami akan mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan bercadang untuk membuka cawangan di lokasi lain di negeri Kelantan dan Terengganu. Syarikat kami juga berhasrat untuk mengembangkan pasaran sehingga ke seluruh Malaysia. Hal ini demikian kerana produk ini bersesuaian dengan semua jenis kulit dan kualiti produk kecantikan kami diberi jaminan yang baik oleh pakar dermatologi dari USA. Kami menjangka perniagaan ini mempunyai masa depan cerah dan jualan akan terus meningkat kerana ia selaras dengan keadaan ekonomi dan permintaan pengguna yang semakin meningkat. Syarikat kami telah menyasarkan sasaran bagi pasaran pelanggan adalah wanita dari kalangan 15 hingga 50 tahun. Ini kerana kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada golongan yang telah bekerja dan juga terdiri daripada pelajar sekolah. Jadual berikut merupakan statistik jumlah penduduk Kota Bharu mengikut demografi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010.

Jadual 3.2 Jumlah Penduduk Kota Bharu mengikut kumpulan umur.

Jadual 3.3 Jumlah penduduk mengikut jantina, isi rumah dan tempat kediamanSaiz pasaran di Kota Bharu dianggarkan sekitar 314,964 orang di mana 159, 365 orang terdiri daripada penduduk perempuan. Dijangkakan jumlah penduduk di kawasan ini akan terus meningkat seiring dengan perkembangan Kota Bharu Bandaraya Islam yang turut merangkumi kawasan membeli-belah ini. 4.0 PERSAINGANSyarikat amat mementingkan persaingan yang sedia ada dalam pasaran. Perniagaan ini berpotensi di kawasan ini sebab terdapat bilangan yang terhad di kawasan ini. Oleh itu persaingan adalah kurang dan dijangka perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang di kawasan ini.

Nama Syarikat Pesaing

KekuatanKelemahan

KOSE Terletak di dalam Pusat Beli-Belah Parkson Produk jenama Jepun yang terkenal Kualiti produk yang memuaskan Mempunyai peralatan yang sempurna

Banyak persaingan kerana terletak di bahagian kosmetik dalam Pusat Beli-Belah Parkson yang terdiri daripada beberapa jenis jenama produk kecantikan Kakitangan yang tidak mencukupi kerana hanya mempunyai seorang jurujual sepenuh masa dan seorang pakar kulit separuh masa. Harga produk mahal.

Jarang ada diskaun harga.

Oslee Membekalkan pelbagai jenis jenama produk kecantikan Sentiasa ada diskaun Harga produk murah Jauh dari Bandar (lokasi tidak strategik) Tidak membekalkan perkhidmatan rawatan muka

5.0 SYER PASARANBerdasarkan kepada analisa yang dibuat ke atas pesaing, didapati terdapat tiga perniagaan bidang kecantikan yang terdapat di kawasan sasaran pasaran ini. Walaupun perniagaan yang dijalankan tidak 100% menyamai dengan konsep perniagaan kami, tetapi persaingan barang niaga yang sama iaitu produk kecantikan tetap wujud. Namun faktor lain juga perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang mempunyai linkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan. Melalui strategi pemasaran yang dirancang, kami menjangka pada tahun pertama sasaran 10% penguasaan pasaran dapat dicapai, dan untuk tahun-tahun seterusnya dijangkakan penguasaan syer pasaran akan terus meningkat.

6.0 RAMALAN JUALANBerdasarkan kepada saiz dan syer pasaran yang disasarkan, kami menganggarkan jualan untuk bulan pertama operasi adalah sebanyak RM 6000, di mana kami menganggarkan purata jualan harian adalah sebanyak RM 200. Angka jualan ini diambil kira dari faktor kekerapan dan kecairan barang bertukar menjadi wang adalah tinggi, ini kerana permintaan produk kecantikan adalah tinggi dalam kalangan wanita di Kota Bharu. Melalui strategi pemasaran yang dibuat kami menjangka perniagaan kami akan berlaku peningkatan jualan yang mendadak pada bulan Ogos dan bulan Disember kerana syarikat kami akan menawarkan promosi bagi produk dan perkhidmatan kami menjelang Musim Aidilfitri dan bulan Kristmas.

BulanJualan

Januari6000

Februari6850

Mac7200

April7800

Mei8000

Jun8400

Julai10000

Ogos9000

September9500

Oktober9900

November12500

Disember15000

Jumlah110150

7.0 STRATEGI PEMASARAN7.1 Produk/Keluaran dan PerkhidmatanProduk kecantikan kami berasal dari USA. Pakar dermatologi syarikat kami dari USA menghasilkan produk kecantikan dengan menggunakan ramuan herbal utama yang terdiri daripada buah. Dua ramuan herbal utama yang digunakan iaitu Apple Stem Cells dan Mulberry kerana dipercayai tidak memberi kesan negatif kepada kulit manusia. Kami mengeluarkan 13 jenis produk dan setiap produk tersebut mempunyai fungsi masing-masing. Berikut merupakan kandungan yang terdapat pada produk kam serta fungsinya:KandunganFungsi

Apple Stem Cells Mengurangkan kedut Melindungi sel-sel kulit daripada rosak Mencegah Penuaan Menghapus bintik-bintik gelap di wajah

Mulberry Kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C yang sangat baik untuk kulit Membuat kulit tampak lebih cerah Memudarkan tanda jerawat Mengekalkan kekenyalan kulit

Tea Tree Oil Antibiotik yang sangat mudah untuk diterima dalam tubuh Melawan bakteria kulit Mengurangkan jerawat

Mutiara Mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah Melindungi kulit daripada sinaran ultraungu Melambatkan proses penuaan

Aloe Vera Mengembalikan jaringan muka yang luka/ jerawat Meningkat kadar oksigen yang berguna bagi kulit

Biji Kiwi Ekstrak Melembapkan lapisan permukaan muka Mencerahkan kulit Menghaluskan kulit Mengecilkan liang roma muka

Selain menjual produk kecantikan kepada pelanggan, kami juga membekalkan perkhidmatan rawatan kulit. Perkhidmatan rawatan kulit yang akan kami tawarkan terbahagi kepada tiga jenis iaitu rawatan melembap kulit (hydration facial), rawatan anti-penuaan (anti-aging) dan rawatan pemutih kulit (whitening & brightening). Pembahagian rawatan kepada beberapa jenis dilakukan kerana kami memahami bahawa jenis kulit pelanggan yang berbeza memerlukan rawatan yang berlainan ikut kesesuaian. Selain daripada mengadakan pelbagai jenis perkhidmatan rawatan muka, syarikat kami juga membuat beberapa tawaran yang agak menarik dari segi harga.7.2 HargaSyarikat kami menawarkan harga yang berpatutan serta ingin meningkatkan produk, kualiti serta perkhidmatan yang cekap. Oleh sebab jenama Biocell masih baru di Kota Bharu, maka kami menggunakan strategi harga terendah bagi produk kami. Harga produk kami lebih rendah daripada pesaing kerana sasaran kami lebih tertumpu pada golongan kelas sederhana. Produk keluaran syarikat kami dapat dibahagikan kepada 13 jenis dan harganya dapat dilihat dalam jadual di bawah:BilProdukHarga (RM)

1BioCell Cleansing Milk35

2BioCell Wash-Away Cleanser45

3BioCell Clarifying Lotion59

4BioCell Moisturizer70

5BioCell Exfoliating Scrub40

6BioCell Day Cream SPF 25 ++69

7BioCell Intensive Night Cream79

8BioCell Revitalizing Essence149

9BioCell Anti-Ageing Serum120

10Bio-Cell Eye-Lift89

11BioCell Daily Sunblock49

12BioCell Hydration Mask/ Keping10

13BioCell Lifting Mask / Keping15

Jumlah829

Selain daripada penjualan produk kecantikan, kami juga membekalkan perkhidmatan rawatan muka. Ia terdiri daripada tiga jenis rawatan dan harga setiap rawatan adalah berbeza seperti yang berikut: BilJenis RawatanHarga (RM)

1rawatan melembap kulit (hydration)40

2rawatan anti-penuaan (anti-aging)80

3rawatan pemutih kulit (whitening & brightening)59

7.3 PromosiBagi menggalakkan dan mnarik hati pelanggan terutamanya golongon wanita, pelbagai jenis promosi yang kami lakukan. Ia perlu disebarkan kepada umum kewujudan Pusat Kecantikan Biocell Therapy Facial selain daripada apa-apa yang disediakan di pusat kecantikan ini seperti lokasi, konsep, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, kami melakukan beberapa promosi bagi menjamin aliran kunjungan pelanggan seperti yang berikut:7.3.1 Pengiklanan Melalui InternetPerkembangan teknologi canggih pada hari ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha untuk menyebarkan maklumat mengenai produk yang sedia ada melalui pelbagai media. Syarikat kami telah membuat pengiklanan melalui internet dengan dua cara iaitu melalui laman web syarikat dan juga melalui Facebook. Kami yakin bahawa maklumat dapat disampaikan kepada pelanggan secara pantas dan tepat melalui cara ini. Pelanggan bukan sahaja dapat mendapat maklumat terkini mengenai pusat kecantikan kami tetapi pada masa yang sama mereka juga boleh membeli produk kami melalui laman web. Pelanggan juga boleh membuat temu janji untuk rawatan muka melalui laman web jika tidak mempunyai masa lapang untuk datang ke pusat kecantikan kami. Selain itu, penggunaan laman web dapat memberi pandangan yang baik mengenai restoran di mata umum kerana ia dapat menunjukkan bahawa syarikat kami bermotivasi tinggi di mana ia mengikuti perkembangan semasa bagi memudahkan pelanggan. 7.3.2 Surat khabar, katalog dan risalahDengan mempromosikan Pusat Kecantikan Biocell Therapy Facial melalui surat khabar, catalog dan risalah, kami dapat menarik perhatian pembacanya dan seterusnya mengingatkan mereka untuk mengunjungi pusat kecantikan kami. Promosi yang diadakan akan dipaparkan dalam risalah dengan pakej rawatan muka berserta dengan harga promosi yang berpatutan. Selain daripada itu, ia juga mengandungi maklumat lokasi, alamat web, nombor telefon dan borang tempahan pakej bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan pusat kecantikan kami. 7.3.3 Percuma Bagi Pelanggan yang Kunjungi Kali PertamaSyarikat ini memberi perkhidmatan analisis kulit percuma bagi pelanggan yang mengunjungi syarikat kami buat kali pertama. Perkhidmatan analisis kulit termasuk perkhidmatan memeriksa keadaan kulit dengan mesin yang bercanggih dan perkhidmatan konsultasi oleh pakar kulit kami. Kami membantu pelanggan untuk memperbaiki keadaan kulit dan memberi layanan yang baik supaya perkhidmatan kami dapat memuaskan hati mereka. Melalui cara promosi ini, kami mendapat peluang untuk mendedahkan produk-produk kecantikan kami dan pakej rawatan muka kepada pelanggan baru. 7.3.4 Diskaun pada Musim PerayaanPelanggan kami dapat menikmati diskaun produk menjelang musim perayaan. Lazimnya kami akan mengadakan promosi pada bulan Aidilfitri dan bulan Disember sempena perayaan Kristmas. Setiap pelanggan boleh mendapat potongan harga sebanyak 10%-30% bergantung kepada jenis produk tertentu. Selain itu, kami juga menjual produk kami dalam pakej set dengan harga yang lebih murah daripada harga asal bagi menarik hati pelanggan. 7.3.5 Pakej Buy 10 Free 2Promosi Buy 10 Free 2 adalah untuk perkhidmatan rawatan muka. Pelanggan yang membeli pakej ini harus membayar harga untuk 10 kali rawatan muka dan diberi dua kali rawatan yang percuma. Walau bagaimanapun, pakej ini ada jangka masa tertentu iaitu hanya boleh digunakan dalam tempoh setahun sahaja. Pakej ini tidak semestinya digunakan oleh seorang pelanggan tetapi pelanggan boleh berkongsi dengan rakan lain untuk 12 kali rawatan muka. Sebagai contohnya, harga untuk rawatan melembap muka adalah RM40 bagi satu kali, jika pelanggan membeli Pakej Buy 10 Free 2, dia harus membayar Rm400 pada kali pertama dan boleh menikmati rawatan muka selama 12 kali dalam tempoh setahun. 7.4 TempatPusat Kecantikan Biocell Therapy Facial terletak di kawasan Bandar Kota Bharu. Kedudukannya amat strategik kerana populasi penduduk di sana banyak dan lokasi tersebut terletak di bandar. Faktor kedudukan yang strategik boleh menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan ini. Lokasi syarikat yang berada di kawasan komersial iaitu Jalan Pintu Pong berhampiran dengan sekolah, stesen bus, pusat-pusat perniagaan, perkembangan komersil, pusat beli belah, pejabat-pejabat sama ada agensi kerajaan mahupun swasta akan memberi peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Selain menggunakan kenderaan sendiri, kenderaan awam seperti bus juga senang didapati di sini kerana berdekatan dengan stesen bus Kota Bharu. Di tempat menunggu pusat kecantikan, terdapat beberapa sofa yang besar dan rak buku yang dipenuhi dengan majalah. Kami sentiasa memainkan muzik klasik dan perlahan supaya memberi keselesaan dan ketenangan kepada pengunjung. Terdapat tiga bilik rawatan muka dan dua bilik konsultant di pusat kecantikan kami. 8.0 BELANJAWAN PEMASARANBioCell Therapy FacialPenyata PendapatanBagi Tahun Berakhir Pada 31 Disember 2013

JualanTolak: Kos JualanUntung KasarTolak : PerbelanjaanBelanja PentadbiranGajiPenyelenggaraanSusut Nilai Peralatan PejabatSusut Nilai Mesin PemprosesSusut Nilai PerabotSusut Nilai KomputerElektrik, Air & TelefonSewaBelanja PemasaranPromosiPenghantaranSusut Nilai KenderaanBelanja KewanganBelanja KewanganFaedah PinjamanJumlah PerbelanjaanUntung/Rugi Bersih Sebelum Cukai(-) Cukai (20%)Untung/Rugi selepas cukaiRM

72800386035005000024001000357012000

1640035900600011300

RM20682501005193RM

149130

69600

40001063057

222730

840327168065.40672261.60

9.0 MASALAH PEMASARAN9.1 Masalah UsahawanSyarikat kami memerlukan jumlah modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Modal sumbangan daripada pengurus-pengurus syarikat adalah terhad dan kami terpaksa memohon pinjaman daripada Bank Rakyat sebagai modal tambahan bagi membiayai syarikat. Di samping itu, pengalaman pekerja kami dalam bidang kecantikan amat terhad kerana jarang mendapat peluang untuk menghadiri kursus-kursus kecantikan yang biasanya diadakan di negeri lain seperti Kuala Lumpur. Misi syarikat tidak disokong oleh visi dan ketetapan yang boleh diukur secara realistic. Faktor ini perlu dititik beratkan supaya pencapaian jangka pendek dan jangka panjang boleh dibuat perkitaan asas pertumbuhan dan pencapaian syarikat.9.2 Masalah Produk/ PerkhidmatanWalaupun harga produk kami lebih rendah daripada pesaing, tetapi bagi sesetengah penduduk harga produk kami masih tidak berpatutan terutamanya bagi pelajar sekolah menengah. Produk kami masih tidak berapa dikenali oleh penduduk Kota Bharu kerana ia masih baru. Promosi yang kami tawarkan juga tidak cukup untuk menarik pelanggan. Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan cuma terhad pada rawatan muka sahaja. Kami berharap perniagaan ini akan terus berkembang supaya dapat menawarkan lebih banyak perkhidmatan kepada pelanggan dengan harga yang berpatutukan. 9.3 Masalah PersekitaranSalah satu masalah yang dihadapi oleh syarikat kami adalah persaingan perniagaan gerai-gerai haram di pasar malam yang berdekatan dengan syarikat kami. Walaupun pesaing ini hanya gerai kecil tetapi mereka mampu menarik pelanggan dengan harga yang sangat rendah dab cara menghebohkan produk mereka secara besar-besaran tetapi kualiti produk mereka tidak terjamin. Selain itu, syarikat kami menumpukan kepada pelanggan tetap sahaja dan mengharapkan pelanggan ini untuk menyebarkan maklumat kepada pelanggan baru. Kami juga menghadapi masalah kekurangan pekerja di mana kami hanya dapat mengupah dua orang pakar kulit dan dua orang jurujual produk sahaja. Masalah ini menyebabkan jadual masa perkhidmatan rawatan muka kami penuh dengan temu janji pelanggan dan terdapat sesetengah pelanggan yang tidak dapat membuat temu janji dengan kami. Pada hujung minggu atau musim perayaan, bilangan jurujual kami yang tidak mencukupi tidak dapat melayani bilangan pelanggan yang banyak.

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil nukilan kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Tandatangan : .Nama Penulis : ..Tarikh : .

Tandatangan : .Nama Penulis : .Tarikh : .PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus Perniagaan dan Keusahawanan (RBT 3119) saya iaitu Puan Rasidah bt Samat yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan serta sokongan kepada kami. Beliau selalu mengambil berat tentang kemajuan hasil tugasan kami dan sering membincangkan tugas-tugas yang perlu kami selesaikan dalam tugasan ini.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang telah banyak memberikan bantuan kepada kami dalam memberikan pendapat mereka supaya masing-masing dapat maklumat yang lebih banyak. Mereka juga menghulurkan bantuan kepada kami apabila kami mengalami kesusahan semasa menjalankan tugasan ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga yang kami kasihi. Walaupun mereka tidak dapat memberi pertolongan, tetapi sokongan dan dorongan mereka amat dihargai. Akhirnya, kami hendak merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini dengan berjaya. Sekian terima kasih.

1