rancangan pemasaran
Post on 01-Oct-2015
135 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
rancangan pemasaran rbtTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
sinopsis ( matlamat utama, cadangan )
2.0 PASARAN SASARAN
pasaran (bakal pelanggan )
4 kelas : pengguna, pengeluar, penjual balik, kerajaan
kenal pasti sasaran pelanggan
3.0 TREND DAN SAIZ PASARAN
saiz /jumlah pasaran yg berpotensianalisis pasaran
4.0 ANALISIS PESAING
5.0 SYER PASARAN
6.0 RAMALAN JUALAN
anggaran jualan
jangkaan jualan
7.0 STRATEGI PEMASARAN
4P - PRODUK, PRICE, PLACE, PROMOTION
8.0 PROMOSI
9.0 MASALAH PEMASARAN1.0 PENGENALAN
Penyediaan Portfolio Rancangan Perniagaan ini adalah bertujuan untuk menjadi tunggak dan asas kepada pembentukan sebuah perniagaan milikan yang diberi nama IRISSENTIAL BEAUTY ENTERPRISE serta sebagai garis panduan untuk menguruskan perniagaan, merancangperlaksanaan projek, penilaian daya persaingan di pasaran terbuka, menarik pelangganmengkomersialkan produk baru. IRISSENTIAL BEAUTY telah ditubuhkan dan diasaskan di negeri Kelantan pada 16 Disember 2012.
IRISSENTIAL BEAUTY adalah syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan badan dan telah mengeluarkan 5 jenis produk penjagaan badan dan muka yang berasaskan bahan semulajadi. Produk IRIS yang pelbagai corak dan bungkusannya yang lain dari yang lain telah berjaya menarik minat ramai pelanggan tidak mengira usia.
Selain itu, produk ini sangat berkesan kerana ia hanya menggunakan bahan semulajadi yang berkualiti yang menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan. Malahan, produk ini didaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah no pendaftaran KT 0343191-H. Matlamat utama kami menubuhkan syarikat ini adalah mampu menjual lebih daripada seribu unit setiap tiga bulan dan mencapai pulangan sebanyak 200 peratus.
Ini menunjukkan perniagaan ini mempunyai potensi perkembangan yang tinggi dan berdaya maju. Berdasarkan analisis keseluruhan, jelaslah produk yang ditawarkan mempunyai prospekmasa depan yang baik dan berdaya maju bagi pengkomersialan daripada pasaran dan keuntungan supaya dapat bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain. Berdasarkan unjuran kewangan projek, perniagaan ini akan berjaya merealisasikan perniagaan dengan keuntungan yang lumayan. Ini menunjukkan bahawa perniagaan ini adalah berdaya maju dan dapat menghadapi pelbagai cabaran dan masalah akibat daripada perubahan yang tidak dijangka.
2.0 PROFIL SYARIKAT
Nama syarikat: Irissential Beauty Enterprise
Jenis milikan: Milikan Bersama
Tarikh mula operasi: 16 Disember 2012
No. pendaftaran syarikat: KT 0343191-H
No. telefon: 60134563821
Alamat syarikat: Lot 8018, Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. 16150 Kota Bharu, Kelantan
E-mail:[email protected]
Jenis industri: Produk Kecantikan
Jenis produk: Scrub Badan, Scrub Muka, Sabun Badan dan Muka
Modal permulaan: RM 2000
3.0 MISI, VISI, OBJEKTIF
3.1 Misi
Untuk mengeluarkan produk-produk penjagaan badan dan muka yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat.
Berusaha untuk memastikan produk-produk kami tidak ketinggalan zaman dan sentiasa menepati kehendak dan keperluan pelanggan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk melakukan perubahan untuk meningkatkan pasaran produk kami.
3.2 Visi
Profit: Memaksimumkan pulangan kepada agen-agen yang bersedia untuk menjual produk kami.
Orang: Menjadi tempat yang memberi peluang kepada orang-orang yang ingin memulakan bisnes.
Portfolio: Membawa kepada dunia portfolio produk kecantikan yang dapat menjangka danmemuaskan masyarakat, keinginan dan keperluan.
Mitra: memelihara rangkaian rakan yang bereffisien dan membina kesetiaan bersama.
Planet: Menjadi warga dunia yang bertanggung jawab yang membuat perbezaan.
3.3 Objektif
Menjana lebih banyak keuntungan dan juga mengembangkan jenama Syarikat IRISSENTIAL BEAUTY kepasaran antarabangsa.
4.0 PASARAN SASARAN
4.1 Sasaran
Sasaran pelanggan yang kami fokuskan ialah pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja. Misalnya, pelajar-pelajar universiti tempatan ataupun kolej adalahmeminjam PTPTN. Bahan semulajadi yang kami gunakan menjadi bahan mesti bagi pengguna kini. Pengguna lebih mementingkan bahan semulajadi yang berkualiti untuk kecantikan kulit badan dan muka. Oleh sebab itu, produk ini mendapat banyak sambutan terutama dari remaja-remaja zaman kini.
4.2 Faedah
Antara bahan-bahan semulajadi yang digunakan dalam produk-produk IRISSENTIAL BEAUTY adalah beras, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jujube, garam mineral dan juga madu. Semua produk-produk ini membawa kelebihan pemutihan dan melembutkan semua jenis kulit. Selain itu, kehadiran minyak-minyak semulajadi akan mengecutkan jerawat, melicinkan kulit, menghilangkan parut, menghilangkan selulit dan memastikan kulit badan dan muka sentiasa lembap dan berseri.
4.3 Objektif Pemasaran
Objektif syarikat adalah untuk menjana keuntungan yang maksimum danmengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Dengan ini, kami hendaklah menjanasasaran pasaran dahulu dan seterusnya baru dapat menjana keuntungan syarikat. Apabilasasaran pasaran dapat dijamin dan dikekalkan, syarikat dapat mengekalkan perniagaan danseterusnya mengembangkan ke luar negara
5.0 TREND DAN SAIZ PASARAN
5.1 Trend Pasaran
Pada masa kini, pelbagai produk penjagaan badan dan muka telah banyak di pasaran. Trend terkini produk kecantikan adalah produk yang berkesan untuk setiap jenis kulit. Oleh sebab itu, produk yang kami keluarkan menepati kemahuan pengguna. Oleh sebab itu, kami haruslah berfikir luar dari kotak dengan mengeluarkan produk yang mampu bersaing dengan produk-produk lain yang ada di pasaran.
Selain itu, kami juga mengeluarkan produk ini untuk pelbagai acara mengikut permintaan pelanggan. Contohnya untuk majlis perkahwinan, untuk pengembara yang ingin mengembara kami menyediakan produk kami dalam saiz yang lebih kecil. Berdasarkan kajian yang kami lakukan untuk pasaran ini, kami mendapati produk kami lebih murah dan mampu dibeli oleh semua pengguna . Kebanyakan pengguna yang membeli produk kami semuanya berpuas hati dan cenderung untuk membuat pembelian lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada keuntungan syarikat yang konsisten.
5.2 Saiz Pasaran
Strategi syarikat Irissential adalah sentiasa mampu untuk bersaing dengan produk-produk terkini dan meningkatkan lagi saiz pasaran untuk menarik pelanggan dan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk ini di mana-mana. 5.1 Pelanggan Berpotensi
=Kakitangan sekolah=Orang awam=Pelajar universiti dan kolej=Golongan bekerjaya=Pelajar sekolah rendah dan menegah=Golongan berpendapatan rendah hingga tinggi
6.0 PERSAINGAN
6.1 Analisis Pesaing
1. BODYSHOP
Menawarkan pelbagai jenis produk kecantikan yang berasaskan sumber semula jadi.
2. PERLA
Pelbagai jenis produk ditawarkan untuk kecantikan luaran dan dalaman.
3. NAKED BODYSCRUB
Produk skrub badan berperisa kopi untuk penjagaan kulit badan dan muka.
4. FELLERA
Beberapa produk kecantikan yang dikeluarkan adalah berasaskan garam mineral dan bercirikan spa.
6.2 Kelemahan dan Kekuatan Pesaing
Pesaing-PesaingKelemahanKekuatan
Bodyshop1. Harga yang tinggi2. Hanya dijual di mall-mall yang besar. 1. Produk yang berkualiti2. Bentuk dan pembungkusan yang lebih menarik.
Perla1. Tidak dikeneli ramai. 2. Produk yang bari dikeluarkan. 1. Produk yang berkesan. 2. Harga yang murah. 3. Lokasi yang senang untuk didapati.
Naked Bodyscrub1. Susah untuk didapati. 2. Tidak begitu terkenal.1. Produk yang berasaskan bahan semulajadi. 2. Bahan yang digunakan tidak mempunyai banyak persaingan.
Fellera1. Produk baru. 2. Sangat limited1. Bungkusan yang cantik.
6.3 Kelemah dan Kekuatan Syarikat Irissential Beauty
KEKUATANKELEMAHAN
promosi yang menggalakkanterdapat banyak pesaing
servis dan layanan yang memuaskankebanyakkan pelanggan hanya dalam talian (online)
produk yang dihasilkan oleh bahan yang berkualitibahan susah untuk didapati
kebanyakkan produk adalah homemadepusingan stok pendek
7.0 SYER PASARAN
Setelah mengambil kira kelemahan dan kekuatan pesaing, berikut adalah anggaran antara pesaing-pesaing dan syarikat IRISSENTIAL BEAUTY.
BODYSHOP50%
PERLA15%
NAKED10%
FELLERA10%
IRISSENTIAL BEAUTY15%
Bodyshop merupakan jenama internasional yang dikenali di seluruh dunia. oleh sebab itu, ia memonopoli syer pasaran sebanyak 50 % dalam perniagaan skrub badan. Anggaran sebanyak 15% untuk IRISSENTIAL BEAUTY didapati setelah mengambil kira semua aspek.
8.0 RAMALAN JUALAN
Pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan pengunjuran jualan bulanan untuk tahun pertama dan anggaran jualan untuk tahun kedua dan ketiga dan perlu mengkaji beberapa faktor iaitu :
Kesedaran pelanggan tentang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan Mengambil kira musim perayaan, cuti sekolah, perubahan cuacaMengenal pasti jenis perniagaan atau projek yang ingin dijalankan sama ada dalam sektor perniagaan atau industri, penternakan ataupun perladangan.
Formula di dalam menentukan ramalan jualan:-
Tentukan saiz pasaran Kenal pasti siapa pesaing Menganggarkan syer pasaran Meramal jualan
RAMALAN JUALAN
BULAN NILAI JANUARIRM 10000
FEBRUARIRM 20000
MACRM 40000
APRILRM 30000
MEIRM 30000
JUNRM 40000
JULAIRM 25000
OGOSRM 30000
SEPTEMBERRM 30000
OKTOBERRM 30000
NOVEMBERRM 35000
DISEMBERRM 40000
JUMLAHRM 360000