rajah 10.29: kabinet mikroskop · pdf file10.3.2 menyediakan spesimen di atas sisip kaca ......

24
Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains 162PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop Mikroskop adalah alat yang mahal dan mudah rosak jika tidak di kendalikan dengan betul. Oleh itu, ia mestilah digunakan dengan cermat. Perlu disimpan dalam kabinet khas yang dilengkapi dengan pemanas dan termostat untuk mengawal suhu di dalam kabinet untuk mengelak pembiakan kulat/ mikroorganisma seperti Rajah 10.29. Setiap mikroskop mesti berlabel dan mempunyai buku log penggunaan. Mikroskop mesti di selenggara oleh juruteknik yang bertauliah. 10.3.1 Pengendalian dan Penjagaan Mikroskop a. Untuk tujuan memindah Gunakan kedua-dua belah tangan apabila mengangkat mikroskop dari satu tempat ke satu tempat. Sebelah tangan mesti memegang lengannya dan sebelah tangan lagi memegang bahagian bawahnya. Letakkan mikroskop dengan perlahan-lahan diatas meja supaya kanta didalamnya tidak terkeluar daripada tempatnya. Mikroskop hendaklah diletakkan dalam keadaan tegak dan berada dalam keadaan kering. b. Pembersihan kanta-kanta mikroskop Hanya guna tisu kanta. Bahan-bahan lain seperti kertas tisu bisa („Kleenex‟) dan kain akan mencalarkan kanta atau meninggalkan serbuk halus di atas kanta. Jangan guna tapak jari untuk membersihkan kekotoran atau debu pada permukaan kanta. Minyak dan gris pada jari akan melekat pada permukaan kanta dan mengurangkan kualiti imej.

Upload: dohanh

Post on 06-Feb-2018

333 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

162│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop

Mikroskop adalah alat yang mahal dan mudah rosak jika tidak di kendalikan dengan betul. Oleh itu, ia mestilah digunakan dengan cermat. Perlu disimpan dalam kabinet khas yang dilengkapi dengan pemanas dan termostat untuk mengawal suhu di dalam kabinet untuk mengelak pembiakan kulat/ mikroorganisma seperti Rajah 10.29.

Setiap mikroskop mesti berlabel dan mempunyai buku log penggunaan. Mikroskop mesti di selenggara oleh juruteknik yang bertauliah.

10.3.1 Pengendalian dan Penjagaan Mikroskop

a. Untuk tujuan memindah

Gunakan kedua-dua belah tangan apabila mengangkat mikroskop dari satu tempat ke satu tempat. Sebelah tangan mesti memegang lengannya dan sebelah tangan lagi memegang bahagian bawahnya.

Letakkan mikroskop dengan perlahan-lahan diatas meja supaya kanta didalamnya tidak terkeluar daripada tempatnya.

Mikroskop hendaklah diletakkan dalam keadaan tegak dan berada dalam keadaan kering.

b. Pembersihan kanta-kanta mikroskop

Hanya guna tisu kanta.

Bahan-bahan lain seperti kertas tisu bisa („Kleenex‟) dan kain akan mencalarkan kanta atau meninggalkan serbuk halus di atas kanta.

Jangan guna tapak jari untuk membersihkan kekotoran atau debu pada permukaan kanta. Minyak dan gris pada jari akan melekat pada permukaan kanta dan mengurangkan kualiti imej.

Page 2: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│163

c. Teknik menggunakan mikroskp

Rajah 10.30: Mikroskop

Fokuskan specimen menggunakan kanta objektif bermagnifikasi rendah (4x dan 10x) dahulu sebelum menggunakan kanta objektif bermagnifikasi tinggi (40x dan 100x). Apabila menggunakan kanta kuasa tinggi, fokuslah dengan menggunakan tombol pemutar fokus halus.

Semasa memfokus, tombol itu hendaklah diputarkan supaya kanta itu bergerak jauh dari sisip kaca. Ini akan mengelakkan mikroskop daripada memecahkan sisip itu.

Kedua-dua belah mata hendaklah dibuka semasa melihat melalui mikroskop.

d. Penghasilan imej yang jelas

Jangan biarkan sebarang minyak rendaman terlekat di permukaan kanta objektif. Ini akan menghasilkan imej kabur.

Jika minyak tersebut kering, ia hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan Xylene.

e. Penjagaan pentas mikroskop

Pentas mikroskop haruslah sentiasa bersih.

Sebarang tumpahan di atas pentas mikroskop perlu dibersihkan dengan segera. (contoh: Canada Balsam dan minyak tumpahan).

Lengan

Pelaras

halus

Pelaras

halus

Kanta

mata

Tiub

Kanta objektif

Pentas sisip kaca

Sumber cahaya

Tapak

Pelaras kasar

Page 3: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

164│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Xylene boleh digunakan untuk tujuan pembersihan.

f. Lubang pemasangan kanta

Jangan biarkan lubang pemasangan kanta objektif atau tiub kanta mata dalam keadaan terbuka (untuk mengelakkan debu dan kekotoran memasuki mikroskop).

Kanta di dalam mikroskop tidak perlu sentiasa dibersihkan jika langkah ini dilakukan.

Jika terdapat lebih banyak lubang pemasangan daripada bilangan objektif yang ada, lubang yang terdedah haruslah ditutup dengan penutup plastik yang dibekalkan bersama mikroskop.

g. Selepas menggunakan mikroskop

Mikroskop memerlukan kawalan rapi. Ia perlu disimpan di dalam kabinet khas yang dilengkapi dengan pemanas dan termostat untuk mengawal suhu di dalam kabinet untuk mengelak pembiakan kulat/mikroorganisma.

10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca

Letakkan spesimen ditengah-tengah sisip kaca yang bersih.

Letakkan setitik air diatasnya atau sebarang pewarna.

Dengan menggunakan jarum bedah yang panjang, letakkan penutup sisip ke atas specimen perlahan-lahan. Jangan biarkan sebarang gelembung udara terperangkap di bawah penutup sisip.

Dengan menggunakan sekeping kertas turas, keringkan cecair berlebihan yang terdapat di sekeliling penutup sisip.

Sisip kaca yang mempunyai specimen diatas kini sedia dilihat di bawah mikroskop. (Rujuk Rajah 10.31)

Rajah 10.31: Teknik menyediakan spesimen di atas sisip kaca

specimen

forseps

titisan air

Penutup kaca

Page 4: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│165

10.3.3. Teleskop

Rajah 10.32: Teleskop

Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang disediakan. Kotaknya mestilah kering untuk mengelakkan kantanya daripada berkulat. Kantanya perlu ditanggalkan dan disimpan dalam desikator.

10.4 Pengendalian Instrumen Sains

10.4.1 Galvanometer

Rajah 10.33: Galvanometer

Galvanometer adalah instrumen yang mudah rosak. Gelung Galvanometer akan terputus walaupun dengan arus elektrik beberapa miliampere (mA) sahaja. Oleh itu, ia mesti dikawal dengan satu suis tekan dan perintang pengawal yang sesuai semasa digunakan. Nilaian rintangan perintang tersebut berubah mengikut jenis galvanometer.

Page 5: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

166│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Terminal galvanometer mestilah dibersihkan supaya tidak berkarat dan boleh menghasilkan sentuhan yang baik apabila dipasangkan dengan wayar penyambung. Selain daripada itu, pelaras sifarnya mestilah boleh berfungsi untuk memastikan bacaan galvanometer memberi bacaan tepat. Galvanometer tidak boleh disimpan berdekatan dengan magnet.

10.4.2 Ammeter Dan Voltmeter

Rajah 10.34a: Voltmeter Rajah 10.34b: Ammeter

Pastikan terminal dan pelaras sifar ammeter dan voltmeter berfungsi dengan baik. Jangan bebankan ammeter dan voltmeter dengan arus yang lebih dari dihadkan kerana gelung akan terputus. Gunakan meter dengan julat yang sesuai. Jika meter berkenaan perlu digunakan untuk mengukur nilaian yang lebih dari yang tercatat di skala, perintang yang sesuai hendaklah disambung.

Voltmeter dan ammeter arus terus hanya boleh digunakan untuk litar arus terus sahaja. Walau bagaimanapun, voltmeter dan ammeter arus ulang alik boleh digunakan untuk litar arus terus dengan syarat senggatan yang lain digunakan. Cara sambungan yang betul mesti diamalkan.

Sambungan Ammeter Yang Betul

Rajah 10.35a: Sambungan ammeter yang betul

Rajah 10.35b: Sambungan ammeter yang salah

Page 6: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│167

Ammeter arus terus (D.C) mempunyai dua terminal + (merah) dan - (hitam). Ammeter harus disambungkan secara bersiri dalam litar. Terminal ammeter perlu dihubung dengan betul seperti Rajah 10.35a dan 10.35b. Ammeter mudah rosak jika terminal disambung salah.

10.4.3 Termometer

10.4.3.1 Termometer merkuri

Rajah 10.36a: Termometer merkuri

Sebelum suhu cecair diukur, cecair haruslah dikacau dengan baik dengan menggunakan rod pengacau supaya suhunya seragam.

Rajah 10.36b: Teknik membaca suhu

Pastikan mata anda separas dengan meniskus merkuri untuk mengelakkan paralaks. Letak termometer kedalam cecair tersebut supaya seluruh berbuli termometer berada di dalam cecair itu. Semasa suhu dibaca, mata anda haruslah separas dengan meniskus merkuri untuk mengelakkan ralat paralaks (Lihat Rajah 10.36b).

Termometer mesti disimpan dalam bekas yang sesuai kerana bebuli termometer adalah nipis dan mudah pecah. Tanda skala pada termometer akan hilang selepas satu jangka masa tertentu. Untuk membuat tanda kekal pada termometer, gunakan dakwat dan biarkan dalam ketuhar pada suhu 50ºC -70ºC selama sehari.

Page 7: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

168│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Jika bebenang merkuri dalam termometer terputus, panaskan bebuli dalam kukusan minyak sehingga bebenang merkuri bercantum semula dan dibiarkan sejuk. Termometer tidak boleh digunakan sebagai rod untuk mengacau larutan.

Untuk termometer digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika termometer tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

10.4.3.2 Termometer klinik

Rajah 10.37c: Termometer klinik

Termometer klinik digunakan untuk menyukat suhu badan manusia. Langkah pertama untuk menggunakan termometer klinik ialah memegang batang termometer dan mengoncangkannya dengan kuat. Dengan cara ini, merkuri dalam batang termometer dipaksa mengalir ke dalam buli-uli. Kemudian buli-buli diletakkan dibawah lidah atau dibawah ketiak (bayi). Selepas satu minit, termometer dikeluarkan dan suhunya dibaca.

10.4.4 Angkup Venier

Rajah 10.38a: Gambar menunjukkan bagaimana angkup venier digunakan

Page 8: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│169

Rajah 10.38b: Gambarfoto menunjukkan bagaimana angkup venier digunakan

Angkup digunakan untuk mengukur dimensi luar, dimensi dalam sesuatu objek. Kedudukan rahang-rahang dikawal dengan putaran skru bawah manakah skru atas menetapkan kedudukan rahang-rahang semasa bacaan diambil.

Pastikan rahang-rahang itu betul-betul menyentuh objek yang diukur.

Tentukan ralat sifar, jika ada

Jika ralat sifar wujud, bacaan diperbetulkan mengikut formula :

Bacaan yang betul = Bacaan diperoleh – ralat sifar

Angkup Venier perlu disimpan di dalam desikator untuk mengelakkan daripada berkarat. Sekiranya angkup venier berkarat, ia perlu digosok dengan kertas pasir halus, digris dan disimpan dengan cermat.

10.4.4 Tolok Skru Mikrometer

Rajah 10.39a: Tolok skru mikrometer

Rapatkan rahang untuk mendapatkan ralat sifar

Putarkan racet satu atau dua pusingan setelah bidal telah diputarkan sehingga rahang merapat

Page 9: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

170│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Rajah10.39b: Gambarfoto diatas menunjukkan bagaimana diameter bagi butir alas berbola diukur.

Objek yang hendak diukur perlu diletak diantara rahang. Bidal di putar sehingga rahang itu hampir-hampir menyentuh objek yang berkenaan. Kemudian racet diputarkan sehingga bunyi ‟tik‟ pertama di dengar apabila rahang-rahang betul-betul menyentuh objek dan tidak memampatkannya.

Tentukan ralat sifar, jika ada

Jika ralat sifar wujud, bacaan diperbetulkan mengikut formula: Bacaan yang betul = Bacaan diperoleh – ralat sifar

Tolok skru mikrometer perlu disapu dengan minyak dan disimpan dalam kotaknya. Bidal digunakan untuk pelarasan kasar manakala bagi pelaras halus, racet digunakan.

10.4.6 Jam Randik

Jam randik analog Jam randik digital

Rajah 10.40a: Jam randik

Page 10: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│171

Rajah 10.40b: Gambar menunjukkan bagaimana menggunakan jam randik

Tekan tombol pada jam randik untuk memulakan, memberhentikan dan membalikkan semula petunjuknya ke bacaan sifar. Untuk mengukur masa, tombol haruslah ditekan oleh jari anda 2 kali iaitu kali pertama untuk memulakannya dan kali kedua untuk memberhentikannya.

Jam randik hendaklah disimpan di dalam kotaknya setelah digunakan. Permukaan yang calar akan menyukarkan pembacaan yang ditunjukkan oleh jarumnya. Tombol pada jam randik hendaklah disapu minyak untuk memastikan ia tidak berkarat. Bagi jam randik digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika tidak digunakan dalam jangka masa panjang.

10.4.7 Neraca Elektronik

Neraca elektronik adalah alat saintifik yang sangat sensitif dan mudah rosak akibat gegaran dan sentiasa perlu dikawal dengan rapi. Ia perlu disimpan di kotak berkaca dan berpintu untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia dan habuk. Sius elektrik harus dimatikan selepas digunakan. Penimbang perlu dibersihkan selepas digunakan . 10.4.7.1 Neraca elektronik ‟Gross weight‟

Neraca ini digunakan untuk menentukan berat bahan kimia yang tidak digunakan dalam pengiraan kuantitatif seperti Rajah 10.41. Kejituan berat bahan kimia yang ditimbang adalah lebih kurang 0.01g.

Rajah 10.41: Neraca Elektronik ’Gross weight’

Page 11: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

172│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Tekan butan ‟ON/OFF‟ dan neraca akan mempamerkan 0.00g.

Letakkan bikar kosong pada ceper neraca. Tekan ”TARE” untuk mendapat bacaan 0.00g.

Keluarkan bikar kosong dan letakkan bahan untuk ditimbang ke dalam bikar.

Rekodkan jisim bahan yang ditimbang.

10.4.7.2 Neraca Analitikal

Rajah 10.42: Neraca analitikal

Semua bahan kimia yang digunakan dalam pengiraan kuantitatif perlu di timbang dengan jitu. Neraca analitikal harus digunakan untuk menimbang bahan kimia ini seperti Rajah 10.42. Kejituan penimbangan bahan kimia ini setakat empat tempat perpuluhan (0.0000g) boleh diperolehi.

Kaedah penggunaan neraca analitikal

Pastikan ketiga-tiga pintu neraca ditutup dan gelembung udara pada cecair spirit (spirit level) terletak ditengah.

Tekan butang „ON/OFF‟.

Pastikan bacaan bermula dengan „zero‟ dengan menekan butang “TARE/RE-ZERO”.

Buka pintu hadapan dan letakkan botol penimbang diatas ceper neraca. Tutup pintu neraca dengan teliti.

Tekan “TARE/RE-ZERO” untuk membatalkan berat botol penimbang. Neraca penimbang akan mempamerkan bacaan 0.0000g.

Keluarkan botol penimbang. Dengan teliti, masukkan bahan kimia untuk ditimbang.

Page 12: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│173

Letakkan botol penimbang dengan bahan kimia kedalam ceper neraca (balance pan) untuk ditimbang. Neraca ini akan mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan.

10.4.8 Peralatan Penyulingan Air

Rajah 10.43: Jenis-jenis Peralatan Penyulingan Air

Untuk mengelakkan kerosakan peralatan penyulingan air, pastikan air dialirkan sebelum suis dipasang. Sebelum alat penyulingan dihentikan, suisnya dimatikan dahulu sebelum pili air ditutup untuk mengelakkan kerosakan pada alat. Suis dan pili air hendak ditutup apabila tamat waktu persekolahan setiap hari untuk mengelakkan kerosakan pada alat apabila tiada bekalan air.

10.4.9 Penunu Bunsen

Rajah 10.44a: Penunu Bunsen Boleh Alih

Rajah 10.44b: Penunu Bunsen Biasa

Page 13: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

174│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Rajah 10.44c : Bahagian-bahagian penunu bunsen

Dalam makmal sains ada banyak bahan kimia yang mudah terbakar. Supaya anda dan rakan-rakan anda tidak tercera kerana pembakaran, anda harus menggunakan penunu Bunsen dengan betul.

Mula-mula pastikan salur getah dipasangkan kepada penunu Bunsen dengan betul.

Tutup lubang udara.

Pasangkan gas itu sepenuhnya.

Nyalakan penunu Bunsen itu. Gunakan pistol pemetik api. Jangan sekali-kali menyalakan penunu dengan menggunakan kepingan kertas.

Setelah menyalakan penunu, kurangkan pengaliran gas itu.

Buka lubang udara perlahan-lahan sehingga mendapat nyala yang tidak berkilau.

Semua penunu Bunsen hendaklah ditutup setelah tamat eksperimen. 10.5 Pengendalian Bahan Biologi

Langkah keselamatan perlu dititikberatkan dalam pengendalian bahan biologi seperti mikroorganisma (bakteria, virus, kulat dan parasit), serangga dan haiwan kecil.

10.5.1 Pengendalian mikroorganisma

Murid haruslah berhati-hati semasa melakukan ekperimen yang melibatkan mikroorganisma kerana setengah-tengah mikroorganisma boleh membawa penyakit.

Langkah-langkah berikut perlu diambil:

Balutkan sebarang luka yang terdapat di badan anda.

Page 14: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│175

Jangan buka penutup ceper petri atau penyumbat tabung uji yang mengandungi bakteria atau mikroorganisma yang sedang membiak di dalamnya.

Jangan simpan ceper petri atau tabung uji yang mengandungi mikroorganisma atau bakteria di dalam peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan makanan.

Semua permukaan kerusi dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains.

Jangan makan semasa menjalankan eksperimen dengan bakteria.

Basuh tangan dengan sabun yang banyak selepas eksperimen dengan mikroorganisma/ bakteria.

10.5.2 Pensterilan radas dan bahan

Radas eksperimen (seperti ceper petri dan tabung uji) dan bahan-bahan eksperimen (seperti agar-agar zat makanan dan kapas) yang digunakan dalam eksperimen kultur mikroorganisma/bakteria mestlah disterilkan terlebih dahulu.

Pensterilan boleh dilakukan seperti berikut:

Ceper petri dan tabung uji dibalut dengan kertas aluminium diletakkan didalam ketuhar pada suhu 160ºC-170ºC selama setengah jam.

Ceper petri dan tabung uji boleh juga disterilkan dengan memanaskan didalam periuk tekanan selama 20 minit.

Sup berzat makanan dan agar-agar zat makanan boleh diletakkan di dalam bikar besar dan ditutup dengan kertas aluminium dan disterilkan di dalam periuk tekanan selama 20 minit.

10.5.3 Cara pembuangan

Mikroorganisma/Bakteria yang terdapat di dalam kultur di dalam ceper petri atau tabung uji boleh menjangkiti manusia. Oleh itu, ceper petri dan tabung uji mestilah direndam dalam disinfekten selepas digunakan.

Ceper petri dan tabung uji boleh direndamkan di dalam:

a. alkohol 30%. b. formalin 2%. c. detergen yang digunakan dirumah seperti ‟Chlorox‟ 2%. Lisol juga boleh

digunakan, tetapi ia meninggalkan kesan berminyal.

Basuh tangan dengan sabun dan air yang banyak selepas memegang tabung uji dan ceper petri yang mengandungi bakteria.

Page 15: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

176│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

10.5.4 Persediaan agar-agar zat makanan

a. Agar-agar zat makanan boleh disediakan dengan melarutkan bahan- bahan berikut:

Marmite 3.0g Pepton 10.0g Natrium klorida 5.0g Agar-agar 15g Air 1000cm³

b. Agar-agar zat makanan juga boleh disediakan dengan mendidihkan

jumlah agar-agar yang sesuai ke dalam sup berzat makanan. Agar-agar zat makanan boleh juga disediakan dengan menggunakan pil-pil nutrient/makanan yang dijual oleh pembekal saintifik.

10.5.5 Pengendalian serangga dan haiwan kecil

Semasa menggendalikan serangga dan haiwan kecil, langkah keselamatan berikut perlu diambil:

Serangga atau haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang selamat seperti sangkar atau akuarium.

Pakai sarung tangan dan tutup mulut dengan ”mask” semasa menggendalikan haiwan kajian yang mungkin membawa patogen.

Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut dengan pegawai perubatan hendaklah diambil.

Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti ditanam atau dibakar sehingga hangus.

10.5.6 Kaedah Penyediaan specimen

Pengawetan specimen dilakukan untuk memastikan specimen berada dalam keadaan baik dalam jangka masa panjang. Dua kaedah pengawetan digunakan:

a. Pengawetan Basah

Contoh specimen : Tikus, katak, ular, udang, cacing, ulat, gonggok lipan, ikan, siput, sotong, arnab, jantung, ginjal. Radas : Balang gas/botol kaca bertutup, rod kaca,

benang, kapas. Bahan kimia : Larutan formalin 4%. i. Specimen yang hendak diawet disediakan. ii. Specimen yang masih hidup di masukkan kedalam bekas kaca

untuk dibius dengan kloroform.

Page 16: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│177

iii. Specimen seperti tikus, katak, ular, udang, cacing, ulat gonggok,

lipan, ikan, siput, sotong, arnab dan organ dimasukkan kedalam botol kaca/balang gas yang mengandungi larutan formalin 4%. Pastikan specimen-specimen tersebut terendam sepenuhnya dalam larutan formalin.

iv. Bagi specimen yang hendak dipamerkan organ dalamannya,

perlulah dibedah terlebih dahulu dan kemudian specimen dimasukkan ke dalam larutan formalin 4%.

b. Pengawetan Kering

Rajah 10.45: Kaedah mengawet serangga

Contoh : Semua jenis serangga. Radas : Bingkai kaca bertutup/kotak lutsinar, alas polistirena,

jarum peniti, pita selofan, plastik, ketuhar, kapas, forcep Bahan : Kloroform.

Sediakan specimen yang hendak diawet.

Specimen yang masih hidup dimasukkan ke dalam bekas kaca untuk dibius dengan kloroform.

Tebuk permukaan polisterena mengikut saiz badan serangga.

Cucuk specimen dengan menggunakan jarum peniti pada bahagian toraks dan kembangkan sayapnya. Pinkan sayapnya pada polisterena.

Specimen-specimen dipanaskan dalam ketuhar pada suhu 40-50ºC selama 30 minit.

Sediakan kekunci maklumat specimen.

Page 17: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

178│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

c. Pengawetan kering tumbuhan/herbarium

Contoh spesimen : Tumbuhan kecil/ bahagian tumbuhan seperti daun, akar, bunga. Radas : Ketuhar, surat khabar, kad manila/kad lukisan,

jarum, benang, gunting. Bahan : Larutan anti-kulat.

Sediakan specimen yang hendak diawet.

Bersihkan akar tumbuhan dengan air.

Gantungkan tumbuhan secara terbalik untuk menyejatkan air.

Celupkan tumbuhan dalam larutan anti-kulat dan gantungkan tumbuhan untuk mengeringkannya.

Jahit pada bahagian batang, akar, urat tengah daun dan ranting untuk melekatkan tumbuhan pada kertas tersebut.

Lapiskan specimen dengan surat khabar yang tebal.

Ikat lapisan surat khabar tadi dengan kuat dan keringkan dalam ketuhar pada suhu 50ºC selama 60 minit.

Spesimen yang telah dikeringkan, disediakan kekunci maklumat dan dibingkaikan.

d. Penyediaan Rangka Specimen Haiwan Kecil

Rajah 10.46: Tulang arnab

Contoh spesimen : arnab, burung, tikus, katak, ikan Radas : Penunu Bunsen, Bikar 1000 ml, alatan

pembedahan, dulang pembedahan.

Sediakan specimen yang hendak disediakan rangka.

Biuskan specimen dengan kloroform.

Didihkan air dalam bikar dan masukkan specimen tadi.

Page 18: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│179

Didihkan spesimen selama 30-60 minit.

Keluarkan specimen dan letakkan dalam dulang pembedahan.

Dengan menggunakan alatan pembedahan, lapahkan bahagian kulit dengan teliti.

Selepas itu, semua organ dalaman dan otot ditanggalkan daripada specimen.

Perlu berhati-hati semasa menanggalkan otot agar tidak begitu banyak tulang yang tertanggal.

Rendam rangka specimen dalam peluntur hidrogen peroksida selama 5 minit untuk memutihkan tulang.

Keringkan rangka specimen dalam ketuhar pada suhu 110ºC selama 3 jam.

Syelek seluruh rangka dan biarkan kering.

Kumpulkan semua bahagian tulang yang tertanggal dan dengan menggunakan gam, lekatkan pada bahagian yang berkaitan.

Letakkan rangka yang tersedia dalam kotak lutsinar dengan melekatkan bahagian tapak kaki rangka specimen tersebut.

10.5.5 Penyediaan Slaid Kekal

Contoh : sel pipi manusia, slaid lumuran darah, keratan rentas tisu

tumbuhan, slaid debunga dan slaid mikroorganisma. Radas : sisip kaca, penutup sisip kaca, pisau, forcep, piring petri, jubin,

pencungkil gigi, lancet, kapas. Bahan : Larutan Fomalasetik-alkohol, larutan formalin, alkohol, metilena

biru, etanol.

Penyediaan slaid kekal tumbuhan

a. Sediakan batang tumbuan keembung. b. Rendamkan batang tumbuhan dalam larutan fomalasetik-alkohol. c. Dengan memegang batang tumbuhan secara menegak, buat satu keratan

rentas yang nipis.

Page 19: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

180│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

d. Titiskan pewarna metilena biru keatas keratan rentas tersebut. e. Untuk mengelakkan terlalu banyak air diserap keluar dari sel tumbuhan,

keratan tisu direndam dalam etanol mengikut urutan berikut:

Rendamkan dalam etanol 30% selama 1 minit.

Pindahkan dalam etanol 50% selama 1 minit.

Pindahkan dalam etanol 70% selama 1 minit.

Pindahkan dalam etanol 90% selama 2 minit.

f. Letakkan keratan rentas batang keatas sisip kaca dan titiskan gliserol. g. Tutupkan dengan penutup sisip kaca dengan teknik yang betul. h. Sisip kekal tersebut perlu dilabel dengan maklumat berikut:

Nama specimen dan jenis keratan.

Tarikh yang disediakan.

Penyediaan slaid kekal haiwan

a. Sediakan tisu hati haiwan.

b. Rendamkan tisu tersebut dalam formalin untuk menggelakkan pertumbuhan kulat dan bakteria.

c. Selepas itu, tisu tersebut direndam dalam parafin untuk

menggeraskannya.

d. Dengan memegang tisu tersebut, dapatkan keratan nipis tisu hati.

e. Untuk menggelakkan terlalu banyak air diserap keluar dari tisu haiwan, keratan tisu direndam dalam etanol mengikut urutan berikut:

Rajah 10.47a: Membuat keratan tisu dengan menggunakan mikrotom tangan.

Rajah 10.47b: Memotong tisu tumbuhan dengan mata pisau cukur.

Page 20: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│181

Rendamkan dalam etanol 30% selama 1 minit.

Pindahkan dalam etanol 50% selama 1 minit.

Pindahkan dalam etanol 70% selama 1 minit.

Pindahkan dalam etanol 90% selama 2 minit

f. Letakkan keratan rentas tisu keatas sisip kaca dan dititiskan gliserol.

g. Tutupkan dengan penutup sisip kaca dengan teknik yang betul.

h. Sisip kekal tersebut perlu dilabel dengan maklumat berikut:

Nama specimen dan jenis keratan

Tarikh yang disediakan

10.5.6 Pengendalian peralatan pembedahan organisma/haiwan

Semua peralatan pembedahan seperti gunting, pisau, forsep dan sebagainya harus disimpan di dalam serkup kaca yang mengandungi silica gel (pengering udara/desikator) untuk mengelakan pengaratan.

Rajah 10.48: Pengendalian peralatan pembedahan

Page 21: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

182│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

10.5.9 Pengendalian model-model Biologi

Rajah 10.49: Model Biologi

Model Biologi dibuat daripada plastik dan getah perlu disimpan didalam almari berkaca supaya tidak berhabuk setelah digunakan.

Ia mesti berada dalam keadaan bersuhu bilik.

Bahagian-bahagian model mesti dipasang balik jika ditanggalkan semasa pengajaran dan pembelajaran

10.6 Pengendalian Peralatan ICT

Peralatan komputer terdiri daripada:

i. Notebook/ Desktop. ii. Projektor . iii. Pencetak Laser.

Peralatan bukan komputer terdiri daripada:

i. Troli. ii. UPS. iii. Speaker.

Page 22: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│183

10.6.1 Notebook/ Desktop

1. Jangan biarkan notebook/desktop terdedah kepada cahaya. 2. Jangan dedahkan notebook/desktop pada suhu dibawah 0ºC atau

melebih 50ºC. 3. Elakkan daripada terkena percikan air, hujan ataupun tempat yang

lembab. 4. Jika anda ingin menyimpan notebook untuk waktu yang lama, pastikan

bateri tidak kehabisan caj dengan melakukan langkah berikut:

caj bateri sehingga penuh sebelum notebook disimpan.

Pastikan „power adapter” disambungkan dengan betul sewaktu mencaj bateri.

10.6.2 Projektor DLP

1. Sila pastikan segala kabel penyambungan telah disambungkan dengan kemas dan selamat untuk digunakan.

2. Semasa projektor DLP dimatikan, PASTIKAN kipas projector DLP itu

berhenti sepenuhnya sebelum menutup punca elektrik utama. Tunggu sehingga lampu petunjuk bertukar kepada kuning sebelum anda mematikan (shutdown) projektor. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kerosakan pada mentol projektor.

3. Jika membawa projektor di dalam beg, pastikan projektor diletakkan

dengan betul. Elakkan daripada terhentak dengan mana-mana permukaan yang keras atau terhempas ke lantai. Ini akan mengakibatkan kerosakan pada projektor terutama pada mentol dan lensa projektor yang amat sensitif.

Page 23: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

184│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

10.6.3 Pencetak

1. Sila pastikan segala kabel penyambungan telah disambungkan dengan

kemas dan selamat untuk digunakan.

2. Sila pastikan kertas dimasukkan dan diletakkan dengan betul ke dalam dulang kertas.

3. Jangan letakkan terlalu banyak kertas ke dalam dulang kertas. Keluarkan kertas dari dulang kertas sebelum menambah kandungan kertas.

4. Anginkan serta luruskan kertas sebelum memasukkan kertas ke dalam dulang kertas.

5. Jangan sekali-kali menarik kertas atau menggeluarkan kertas dari dulang kertas semasa pencetak masih lagi mencetak.

6. Jangan gunakan sebarang alat yang tajam untuk menggeluarkan kertas yang tersangkut.

7. Jangan menukar dakwat katrij ketika ia masih panas.

10.6.4 Troli, Speaker dan UPS

1. Jika anda ingin menggerakkan troli, pastikan anda menolaknya secara

perlahan-lahan untuk mengelakkan gegaran yang kuat kerana terdapat banyak peralatan yang sensitif di dalamnya seperti UPS, speaker, projektor dan notebook.

2. Elakkan permukaan lantai yang tidak rata supaya roda troli boleh rosak. 3. Pastikan bateri pada UPS dicaj sepenuhnya sebelum troli disimpan. 4. Jangan memadam suis utama atau ‟bypass‟ semasa UPS sedang

digunakan. 5. Pastikan semua kabel penyambungan selamat digunakan. 6. Gulung kabel penyambungan selepas digunakan. Untuk mengelakkan

berlaku pintasan elektrik, jangan regangkan kabel penyambungan bekalan kuasa.

7. Pastikan kabel bumi sentiasa disambungkan ke badan troli. 8. Jangan letakkan UPS dalam lingkungan magnet.

Page 24: Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop · PDF file10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca ... mempamerkan bacaan jisim bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│185

10.7 Rujukan

10.7.1 SEAMEO Regional Center for Education in Science and Mathematics (RECSAM) (1978). Laboratory Management and Techniques for schools and Colleges. Anthonian Store Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

10.7.2 Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Pengurusan dan Keselamatan

Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

10.7.3 Buku Panduan Khidmat Sokongan PPSMI. Time Systems Integrators Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

10.7.4 SainsTingkatan 1. Kursus Sains Fajar Bakti. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shah Alam.