raja ali haji

11
UNIVERSITI MALAYA NAMA PELAJAR: NOR HASLINDA BINTI ISKANDAR NO.MATRIK: JEA080170 KURSUS: PENGAJIAN MELAYU LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD Fakulti: pengajian melayu 1

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

1.247 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayuraja ali haji NOR HASLINDA BINTI ISKANDAR JEA080170

TRANSCRIPT

Page 1: raja ali haji

UNIVERSITI MALAYA

NAMA PELAJAR: NOR HASLINDA BINTI ISKANDAR

NO.MATRIK: JEA080170

KURSUS: PENGAJIAN MELAYU

LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD

Fakulti: pengajian melayu

PENGENALAN

1

Page 2: raja ali haji

Biografi Raja Ali Haji

Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad (1809-1870) merupakan seorang tokoh penting dunia

melayu pada abad ke-19 dari pusat kebudayaan melaayu Johor-Riau.Beliau dilahirkan di

penyengat,iaitu merupakan sebuah pulau kecil di Riau.Raja Ali Haji sebenarnya berasal

dari keturunan bugis.Raja Ali Haji merupakan keturunan kesultanan Riau-Lingga yang

memiliki tradisi keagamaan dan keilmuan yang sangat kuat.Ayah Raja Ali Haji juga

dikenali sebagai intelektual muslim yang produktif menulis karya-karya satera yang

besar.Ahli keluarga beliau terdiri dari kalangan orang-orang yang terpelajar dan suka

dengan dunia penulisan.Raja Ali Haji mendapatkan pendidikan dasarnya dari ayahnya

sendiri dan beliau juga mendapatkan pendidikan dari lingkungan istana kesultanan Riau-

Lingga di pulau Penyengat.Beliau juga secara langsung mendapatkan pendidikan dari

tokoh-tokoh terkemuka yang datang ke Penyengat.Pada saat itu pulau Lingga dikenali

sebagai pusat kebudayaan melayu yang giat mengembangkan bidang agama islam,bahasa

dan sastera.Oleh kerana Raja Ali Haji merupakan sebahagian dari keluarga besar

kesultanan,maka beliau termasuk orang pertama yang mendapatkan sentuhan pendidikan

model ini iaitu belajar dengan tokoh-tokoh ulama yang datang ke pulau Penyengat dalam

pelajaran Al-Quran, hadis,dan ilmu-ilmu agama.Pada usia beliau 40 tahun Raja Ali Haji

banyak mencurahkan perhatiannya pada penulisan karya-karya satera dan pada masa

tersebut beliaulah penulis paling terkenal disebabkan karya-karyanya.Antaranya buku

Bustanul-Katibin Lissubyanil-muta’ alami, dan kitab pengetahuan bahasa yang penting

untuk perkembangan bahasa melayu.Dalam bidang sejarah pula beliau telah

menghasilkan dua buah karya sejarah,iaitu Kitab salasilah melayu dan Bugis dan

Sekalian Raja-raja dan Tuhfaltul-nasis yang menceritakan pengalamannya ketika di

2

Page 3: raja ali haji

Betawi.Beliau juga mempunyai minat dalam bidang sastera,khususnya syair dan

pantun.Antara syair yang dihasilkan ialah syair Jatuhnya negeri Johor,Syair Gurinda dua

Belas dan banyak lagi.Karya-karya dalam bidang undang-undang pula ialah Thamaral-

Al-Muhamed-ahli’l makhamah, dan Mukaddimal fiiktizam Al-Wazait al-malik.Melalui

karya-karya yang dihasilkannya,Raja Ali Haji telah menjadikan bahasa melayu sebagai

bahasa yang kukuh dan berupaya mengungkapkan ilmu pengetahuan.

3

Page 4: raja ali haji

KUPASAN FALSAFAH RAJA ALI HAJI

Salah satu cendiakawan yang berperanan besar dalam meletakkan dasar-dasar tata

bahasa melayu ialah Raja Ali Haji. Bahasa hasil kajian Raja Ali Haji tersebut di

kemudian hari dijadikan bahasa nasional,iaitu bahasa Indonesia.Namun sayangnya,jasa-

jasanya yang besar tersebut tidak banyak diketahui umum.Gurindam dua

belas(1847),Bustanul katibin(1857),dan Kitab pengetahuan bahasa(1859) merupakan

karya-karya beliau dalam bidang kebahasaan dan kesasteraan.Karya-karya tersebut secara

nyata tidak hanya menunjukkan kepiawaiannya dalam dunia tulisan, tetapi juga

keperibadian dan kesedarannya tentang manfaat bahasa untuk membangun peradaban

bangsa.

Bahasa merupakan saranan utama yang digunakan oleh manusia untuk

membangunkan peradaban nya. Malalui bahasa, manusia mengembangkan kehidupan

spiritual,intelektual,dan sosial. Manusia berfikir dengan bahasa ,bahkan sebelum

pemikiran itu diformulasikan dalam bentuk ujaran.Tanpa bahasa tidak mungkin ada

kehidupan spiritual,intelektual,dan sosial.Oleh kerana itu,penulisan Kitab Bustanul

Katibin dan KItab Pengetahuan Bahasa secara jelas menunjukkan bahawa Raja Ali Haji

sangat memahami pentingnya bahasa dan kesusasteraan untuk menampung kehidupan

bangsanya.

Melalui kedua kitabnya , Kitab Bustanul Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa,

Raja Ali Haji telah menyedarkan setiap orang yang berada di daerah melayu, bahawa

bahasa mempunyai peranan signifikan dalam kehidupan manusia. Berkat kerja keras Raja

Ali Haji dan kawan-kawannya merawat dan mengembangkan bahasa melayu .

4

Page 5: raja ali haji

Penulisan Kitab Busnatul Katibin dan Kitab pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali

Haji pada tahun 1850-an secara jelas menunjukkan bahawa pada saat itu Raja Ali Haji

telah mengedari bahawa bahasa dan sastra merupakan media penting untuk membangun

kesedaran nasionalisme dan patriotisme. Raja Ali Haji memberikan landasan yang kukuh

untuk membentuk masyarakat yang merdeka.berdasarkan kertas kerja Raja Ali Haji

bertungkus lumus merawat dan mengembangkan bahasa dan sastera melayu,generasi-

generasi setelahnya mempunyai modal untuk membangun peradabannya.

Bagi Raja Ali Haji bahasa mempunyai banyak fungsinya,diantaranya ialah,

pertama bahasa sebagai Peneguh Jati Diri,kedua sebagai Lingua franca, ketiga sebagai

pemangkin nasionalisme dan yang keempat sebagai Media penyebaran ilmu dan

mendekatkan diri dengan tuhan.

Raja Ali Haji juga merupakan seorang ahli sastera melayu yang lebih dikenali

sebagai seorang pengkarya yang religius. Hal ini demikian kerana dalam setiap karya

yang dihasilkannya pasti mengandungi unsur-unsur keagamaan,antara Raja ali haji

mendapat pendidikan daripada ulama-ulama yang terkemuka seperti Habib Syeika As-

saqaf,Syiek Ahmad Jabarti,Syiek Ismail bin Abdullah Almin kalbawi, dan banyak

lagi.Oleh sebab itulah karya-karya beliau lebih berunsurkan nilai-nilai

keagamaan ,nasihat,dan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Beliau lebih gemar menonjolkan nilai-nilai keagamaan,ketaatan dan nasihat di

dalam karyanya kerana beliau beranggapan dengan cara ini beliau dapat menyampaikan

mesej kepada masyarakat agar mesej tersebut lebih mudah diterima dan diamalkan di

dalam kehidupan seharian mereka. Antara contoh karya beliau yang mempunyai unsur-

unsur keagamaan adalah seperti yang terdapat di dalam gurindam dua belas fasal 1,

5

Page 6: raja ali haji

Barang siapa tiada memegang agama,Sekali-kali tiada boleh dibilang nama,

Barang siapa mengenal yang empat,Maka itulah orang yang makrifat,

Barang siapa mengenal allah, Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah,

Barang siapa mengenal diri,Maka telah mengenal akan tuhan yang bahri,

Barang siapa mengenal dunia,Tahulah ia barang yang terpedaya,

Barang siapa mengenal akhirat ,Tahualh ia dunia mudharat.

Raja Ali Haji juga banyak menulis karya-karya yang berunsur nasihat dan

pengajaran.Karya-karya beliau juga banyak digunakan dalam pendidikan pada masa kini

pada tahap sekolah rendah atau pun menengah. Hal ini kerana, kebanyakan karyanya

boleh dijadikan panduan untuk memberi nasihat atau pengajaran kepada generasi muda

pada masa kini.Antara karya beliau yang agak popular ialah Syair Nasihat Kepada

Anak.Syair ini akan memberikan manfaat jika kita sentiasa mengkaji dan

mempelajarinya,serta mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.Antara rangkap

syair tersebut ialah,

Mengerjakan kerja janganlah malas,Zahir dan batin janganlah culas,Jernihkan hati hendaklah ikhlas,

Seperti air di dalam gelas,

Jika anakanda menjadi besar,Tutur dan kata janganlah kasar,

Janganlah seperti orang yang sasar,Banyaklah orang menaruh gusar,

6

Page 7: raja ali haji

Dari paparan di atas, dapat dilihat bahawa Raja Ali Haji merupakan seorang tokoh

yang benar-benar memahami potensi besar yang dimiliki bahasa. Dengan bahasa yang

dirawat, dikembangkan dan dibuat landasannya, Raja Ali Haji telah membangunkan

Indonesia.

Denagn semangat yang ditunjukkan oleh Raja Ali Haji itu untuk

merawat,mengembangkan dan memberikan landasan bagi bahasa melayu merupakan

tindakan visioner yang jarang ada berbanding saat ini.Kerja keras beliau tidak sahaja

menjadikan bahasa melayu menjadi bahasa yang terkawal tetapi juga telah

membangunkan Indonesia dengan karya-karya beliau seperti, Kitab Bustanul katibin, dan

Kitab Pengetahuan Bahasa yang merupakan karya beliau yang paling monumental.

Namun sayangnya, informasi tentang Raja Ali Haji banyak direduksi sehingga ia

hanya dikenali sebagai pengarang Gurindam Dua Belas. Raja Ali Haji ibarat tukang

kapak yang jasanya akan dilupakan orang seiring datangnya ketam.Sebagai ungkapan UU

Hamidy(2004)

“Raja Ali Haji …telah membina dan memelihara bahasa melayu di Riau.Usaha

itu telah melapangkan jalan bagi terbentuknya bahasa nasional Indonesia. Tetapi jasa

beliau hamper tidak dikenali.Kebanyakan orang hanya menghargai lembaga atau

individu,yang membina bahasa melayu.Perbuatan Raja Ali Haji membina dan

memelihara bahasa melayu, bagaikan mengapak dan menorah bahasa itu,sehingga

akhirnya mempunyai bentuk dan dasar yang baik…maka upaya membina bahasa itu

hanyalah bagaikan mengetam…tidak lagi meletakkan dasar-dasar yang pokok daripada

bahasa itu…tapi saying,yang dihargai hanya tukang ketam, tukang kapak telah

dilupakan.”

7

Page 8: raja ali haji

SUMBER RUJUKAN

1. Haji,Raja Ali,2005 Bustanul Katibin,Yayasan Karyawan Kuala Lumpur.

2. Junus,Hasan ,2002,Raja Ali Haji :Budayawan Di Gerbang Abad xx, Unri

Press,Riau.

3. Junus, Hasan ,dkk,2004,Sejarah Perjuangan Raja Ali Haji ,Unri Press,Riau.

4. “Raja Ali Haji : Ulama dan Intelektual Melayu,”dalam http;//

tokoh .blogspot.com/2005/05/raja-ali-haji-ulama-dan-

intelektual.htlm,diaksestesis.Pasca Sarjana UIN SUKA.

8