(qr 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi...

22
1 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN BINTULU SARAWAK QUALITY REQUEST 2.0 (QR 2.0)

Upload: others

Post on 16-Mar-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

1

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

CAWANGAN BINTULU SARAWAK

QUALITY REQUEST 2.0

(QR 2.0)

Page 2: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

2

PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Bil.

i. Kandungan

ii. Tajuk Projek

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kumpulan 5

1.2 Latar Belakang Projek 8

2. SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN

2.1 Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan/Organisasi 9

2.2 Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Pemegang Taruh (Stakeholder) 10

2.3 Pembuktian Melalui Analisis 10-11

3. TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

3.1 Strategi Pelaksanaan 11

3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian 11-13

3.3 Pelaksanaan Tindakan Penyelesaian 14

4. KEBERHASILAN PROJEK

4.1 Outcome Projek 19

4.2 Impak Projek 19

4.3 Potensi Pengembangan 20

5. LAMPIRAN

5.1 Jadual Perancangan 21

5.2 Kaedah SMART 22

Page 3: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

3

Tajuk Projek

Projek dinamakan G-CAL (Kalkulator Gaji) dan hanya memerlukan komputer sahaja serta

menggunakan format Microsoft Excel.

TEMA PROJEK

G-CAL (Kalkulator Gaji)

“Mudah Cepat Tepat”

RINGKASAN EKSEKUTIF

SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

Kumpulan QR 2.0 bersetuju untuk memilih bidang Inovasi untuk tujuan projek Kumpulan Inovatif

dan Kreatif (KIK) iaitu inovasi penyampaian perkhidmatan dalam kategori penciptaan. Ini adalah

berpandukan beberapa ciri utama di dalam inovasi penyampaian perkhidmatan iaitu untuk

memudahkan tugasan seharian terutamanya di dalam pengiraan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)

dan kes pengiraan gaji yang tidak rumit, yang mana kadar dan tunggakan gaji akan dikira secara

biasa dengan menggunakan hanya satu format Microsoft Excel yang dinamakan G-CAL

(Kalkulator Gaji).

Projek ini akan meningkatkan kecekapan pegawai dalam mengendalikan tugasan,

meminimumkan kesilapan pengiraan menggunakan kalkulator dan penjimatan masa. Projek ini

juga terhasil selaras dengan Piagam Pelanggan jabatan untuk menyediakan sumber manusia

perkhidmatan perakaunan yang mencukupi dan kompeten.

PUNCA-PUNCA UTAMA MASALAH

Penemuan Semasa Naziran Gaji

Emolumen terlebih dan terkurang bayar;

Page 4: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

4

Kesilapan pengiraan kadar dan penetapan emolumen oleh pegawai penyedia dan

melambatkan proses penyediaan Borang Perubahan Gaji (SG20); dan

Kesilapan pengunaan kod-kod gaji berdasarkan kod standard dalam igfmas wage type

(ZRPY054) secara tidak langsung melibatkan kesilapan penggunaan kod akaun (Merujuk

SPANM 10/2017).

Emolumen terlebih bayar merupakan item yang menyumbang ke peningkatan jumlah

Akaun Belum Terima (ABT) di PTJ; dan

Pegawai penyedia gaji di peringkat PTJ tidak faham dan kurang arif dengan proses

pengiraan dan pekeliling berkaitan pengurusan gaji. Ini berikutan bermula tahun 2018,

pelaksanaan gaji adalah di peringkat PTJ.

CADANGAN PENYELESAIAN

Penggunaan projek G-CAL menjadi alternatif kepada pengiraan secara manual (kalkulator).

Semakan berkaitan perihal lain emolumen seperti KGT, elaun yang layak diterima dan skim

perkhidmatan yang tepat selaras dengan Waran Perjawatan juga dapat dibuat.

OUTCOME DAN IMPAK PROJEK

Impak projek ini adalah melahirkan tenaga kerja mahir dan bertanggungjawab di dalam

pengurusan gaji. Pengurangan kesilapan pengiraan gaji menjadikan tugas semakan oleh

pegawai penyelia lebih cepat dan berkesan. Oleh itu, tekanan yang dihadapi oleh sesebuah

organisasi akibat aduan pegawai berkaitan lebihan atau kurangan gaji akan dapat diatasi. Secara

tidak langsung, G-CAL akan menjadikan perkhidmatan pengurusan gaji di setiap kementerian

menjadi lebih cekap, perbelanjaan kerajaan khasnya dalam pembayaran emolumen lebih tepat

dan pelaporan ABT dapat diminimumkan. Seterusnya, outcome projek adalah pengurangan

dalam jumlah aduan berkaitan gaji dan penemuan Naziran Gaji. Proses Naziran Gaji oleh Pejabat

Perakaunan turut menjadi lebih cepat dan cekap. Secara tidak langsung, G-CAL turut

memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dan setiap pegawai awam boleh menyemak sendiri

emolumen yang layak diterima pada bila-bila masa.

Page 5: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

5

1. PENGENALAN KUMPULAN

Kumpulan Quality Request adalah nama asal kumpulan KIK Jabatan Akauntan Negara yang

pernah menyertai pertandingan KIK antara Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia di

Sarawak yang diadakan di Kuching pada tahun 2013. Pada tahun 2018, pasukan baru KIK

Jabatan ini telah di jenamakan semula dengan kemasukan ahli-ahli baru dan diberikan nama

sebagai Quality Request 2.0 ataupun QR 2.0. Pasukan ini telah di anggotai oleh 9 ahli dan

seorang fasilitator dikalangan anggota yang berlainan jawatan dan latarbelakang. Pasukan ini

telah bermesyuarat serta berbincang secara serius dan berkala sejak ditubuhkan secara rasmi

pada 01 Februari 2019. Inovasi yang diilhamkan adalah sebagai kaedah mencari jalan untuk

menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau

penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini.

Idea yang di huraikan adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana

aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktivit sesuatu organisasi. Bagi maksud

Kreatif ianya didefinasikan sebagai kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi.

Ia melibatkan

keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik

keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea

dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian

keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada

bentuk aplikasi

Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan

untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah

dipersetujui oleh pihak pengurusan

Impak kepada projek kreatif ini akan dapat menghasilkan penciptaan nilai dan memperbaiki

kaedah, prosedur serta cara kerja seharian, sekali gus dapat menghasilkan produk dan

perkhidmatan serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan yang memenuhi

kehendak pelanggan serta akan;

Memberi keyakinan bahawa KIK dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan dengan

kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.

Menyemai dan menerapkan nilai dan etika kerja yang positif di kalangan kakitangan melaui

projek KIK.

Page 6: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

6

1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN

Nama Kumpulan : QUALITY REQUEST 2.0 (QR 2.0)

Nama Organisasi : Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Bintulu

Alamat : Tingkat 2, Wisma Bintulu, 97000 Bintulu,

Sarawak

No. Telefon/ Faks : 086-312741 / 312763

Emel : [email protected]

Tarikh Kumpulan Ditubuhkan : 01.02.2019

Bilangan Ahli : 10 Orang

Nama Projek : G-CAL (Kalkulator Gaji)

Bidang Inovasi : Penyampaian Perkhidmatan

Kategori Inovasi : Penambahbaikan

Tarikh Siap Projek : 16.08.2019

LOGO KUMPULAN

MAKSUD LOGO

10 jalur biru bermaksud bahawa kumpulan ini terdiri daripada 10 orang ahli

Warna kuning bermaksud kesetiaan ahli kumpulan dengan setiap arahan yang

dikeluarkan dari semasa ke semasa

Warna merah bermaksud keberanian kesemua ahli untuk mencuba dan menampilkan

sesuatu produk yang baru

Page 7: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

7

MOTO:

SINGKAT MUDAH DAN SERAGAM (SMS)

ETIKA KUMPULAN:

Proses Penyediaan dan penyemakan tuntutan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat dan

mudah digunakan dengan menggunakan satu borang yang seragam

GAMBAR AHLI KUMPULAN

Page 8: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

8

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

KONSEP ASAL:

Penggunaan kalkulator dan rujukan Senarai Kod (ZRPY054) di SAP –

Diinovasi kepada G-CAL (Kalkulator Gaji)

Digunakan oleh Unit Gaji dan Unit Naziran untuk membuat semakan gaji

di Pusat Tanggungjawap dan Pejabat Perakaunan.

Page 9: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

9

2. SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN

Untuk projek KIK, kumpulan ini memfokuskan tentang cara untuk menyemak pengiraan

emolumen dan juga kod-kod gaji didalam perubahan SG20 dengan tepat, mudah dan pantas.

Format Pengiraan yang di sediakan adalah melalui kaedah pengiraan format Microsoft Excel

yang telah ditetapkan (set) bagi menggantikan mesin kira-kira dan semua kadar kenaikan gaji

dan elaun yang direka adalah merujuk kepada pekeliling perkhidmatan yang sedang

berkuatkuasa.

Format pengiraan ini hanya ditetapkan kepada gred gaji dalam lingkungan gred 19 sehingga

54 sahaja merujuk Jadual Kadar Gaji Minimum dalam Pekeliling Perkhidmatan 1 Tahun 2016.

Manakala satu Kod Gaji yang digunakan adalah merujuk kepada kod pendapatan dan elaun

serta kod-kod potongan dan skim perkhidmatan setiap kakitangan awam yang di dapatkan

daripada Sistem Human Capital Management (iGFMAS). Format pengiraan ini dijangka akan

memberi impak yang maksima dan kepuasan menyeluruh kepada penyedia, penyelia dan

juga pasukan Naziran Pejabat Perakaunan yang menguruskan pembayaran dan melakukan

semakan gaji di sesebuah organisasi.

2.1 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK BERKAITAN DENGAN FUNSI UTAMA

JABATAN/ORGANISASI

Hasrat jabatan untuk meningkatkan kecekapan pegawai-pegawai yang

menyediakan perubahan gaji dalam membuat pengiraan yang tepat.

Mengurangkan kesilapan yang mudah didalam pengiraan tunggakan emolumen

kakitangan sesebuah organisasi.

Menjadi satu platform untuk semua kakitangan awam menyemak sendiri kelayakan

dan juga tunggakan gaji setiap tahun dari masa ke semasa.

Mengurangkan perbelanjaan dan kos pentadbiran didalam pembelian mesin kira-

kira dan juga pembaziran kertas.

Mengurangkan aduan awam daripada kakitangan awam di sesebuah organisasi

atas kesilapan pengiraan dimana melibatkan pembayaran yang lebih ataupun

kurang.

Page 10: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

10

2.2 PROSES SEBELUM PROJEK INOVASI DILAKSANAKAN YANG MEMENUHI

KEHENDAK PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER)

Ahli Kumpulan QR 2.0 telah menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi

oleh JANM Cawangan Bintulu dan beberapa Pusat Tanggungjawap yang

terlibat secara langsung dengan proses Gaji terutama kes Kenaikan Gaji

Tahunan, kesilapan kod gaji, kesilapan pengiraan elaun-elaun dan

sebagainya.

Penyenaraian masalah dilakukan secara sesi pencambahan fikiran

(brainstorming) oleh ahli-ahli kumpulan KIK,

Kaedah pengiraan manual menggunakan kalkulator (kesilapan semasa

menggunakan kalkulator).

Masa yang diambil mencari bahan rujukan (pekeliling dan jadual gaji)

untuk penetapan gaji dan elaun.

Pegawai baru yang masih kurang cekap dalam pengiraan gaji serta belum

mahir dalam penggunaan kod-kod gaji.

Proses penyediaan Borang Perubahan gaji SG20 selalu melebihi tempoh

yang telah ditetapkan.

Aduan dan khidmat nasihat berkaitan gaji semakin meningkat.

2.3 PEMBUKTIAN MELALUI ANALISIS

PROSES YANG DILAKUKAN SELEPAS INOVASI

2.3.1 UJICUBA

Kumpulan menetapkan agar ujian dilakukan dengan 2 kaedah iaitu

dengan memberi G-CAL (Kalkulator Gaji) kepada PTJ yang terpilih untuk

menguji penggunaan G-CAL (Kalkulator Gaji) serta memberi beberapa

soalan kepada mereka.

Senarai soalan adalah seperti berikut:

Berapa lamakah masa yang diambil dalam membuat pengiraan

secara kaedah biasa dan menggunakan G-CAL (Kalkulator Gaji)?

Adakah pencarian kod gaji lebih mudah dengan menggunakan

G-CAL (Kalkulator Gaji)?

Adakah aduan dari pegawai berkurangan?

Page 11: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

11

2.3.2 HASIL UJICUBA G-CAL (Kalkulator Gaji)

Unit Naziran menggunakan G-CAL semasa menyemak

perubahan gaji (SG20) di Pusat Tanggungjawap dan telah

membuktikan kecepatan menyiap satu proses semakan kenaikan

gaji tahunan.

Penyelia di pusat tanggungjawap telah menyemak dan

mengesahkan perubahan gaji dengan cepat dan tepat

3. TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

3.1 STRATEGI PELAKSANAAN

3.1.1 KAEDAH 5W + 2H

Untuk mengatasi masalah, kumpulan telah mengunapakai kaedah 5W + 2H

WHAT (Subjek) Kaedah yang dapat membuat pengiraan yang cepat

dan tepat

WHY (Objektif) Mengurangkan kesilapan pengiraan dan salah kod gaji

WHERE (Tempat) JANM Bintulu dan PTJ-PTJ Gaji

WHEN (Masa) Setiap bulan prosesan gaji

WHO (Anggota) Pegawai penyedia, penyelia serta Ketua Jabatan

HOW (Kaedah)

HOW MUCH

Mencipta satu sistem pengiraan menggunakan Excel

dimana pengiraan dibuat secara auto dengan hanya

mengisi ruangan tertentu yang dinamakan G-CAL

(Kalkulator Gaji)

Menjimatkan masa, tenaga manusia dan kos-kos

berkaitan

3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN

Kaedah ‘Design Thinking’ telah digunakan untuk memahami permasalahan dan

cadangan penyelesaian bagi projek KIK ini. Terdapat 5 metodologi design thinking

yang telah difikirkan bersama oleh ahli kumpulan. Antaranya adalah :

3.2.1 EMPATHIZE:

Setelah satu dokumen bagi penyediaan emolumen telah siap untuk

disemak, langkah yang sama perlu diambil oleh penyemak untuk

menyemak dengan membelek pekeliling dan mengira kiraan gaji pegawai

berkenaan secara manual. Ini menyebabkan produktiviti kerja berkurang.

Page 12: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

12

3.2.2 DEFINE

Pada umumnya, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Bintulu

khasnya Unit Gaji telah mengadakan taklimat serta kursus berkaitan gaji

kepada PTJ-PTJ untuk membantu dan memberi pendedahan secara

langsung kepada mereka. Namun kaedah ini tidak memberi impak yang

berkesan dimana masih terdapat masalah-masalah kesilapan proses gaji

dilakukan.

Kesan jika masalah kesilapan proses gaji sering berlaku.

Kesilapan gaji pegawai akan berlarutan ke tahun yang seterusnya.

Jumlah Akaun Belum Terima semakin bertambah

Tekanan kepada pegawai di Unit gaji di setiap Jabatan meningkat

kerana aduan yang diterima semakin meningkat

IDEATE

G-CAL merupakan satu percambahan idea yang pada asalanya

adalah melalui sistem pengiraan gaji secara manual. Penjanaan idea

G-CAL ini boleh dihuraikan melalui teknik SCAMPER. Berikut

merupakan kaedah bagaimana idea dijana ;

Substitute (Pengganti) : G-CAL merupakan sistem yang

menggantikan pengiraan gaji secara manual.

Combine (Gabung) : G-CAL merupakan gabungan pengiraan gaji dan

maklumat dalam sistem HCM SAPgui

Adapt (Penyesuaian) : Pusat tanggungjawab dapat menyesuaikan

dengan hanya kunci masuk jumlah gaji pokok dan bulan pergerakan

pada G-CAL untuk membuat semakan

Modify (Pengubahsuaian) : Pengubahsuaian dilakukan dalam G-CAL

untuk memudahkan penyedia dan penyemak memahami konsep

kiraan gaji seara berkesan dan sekaligus mengurangkan kesilapan

kiraan.

Put It to some other use (Kegunaan Lain): Selain ianya digunakan

untuk menyemak pengiraan gaji, G-CAL juga boleh menyemak

peratusan BIW pada satu tahap gaji, menyemak Kod Bank dan juga

menyemak Kod Skim berdasarkan maklumat yang diperolehi

daripada senarai kod HCM Sapgui (ZRPY054)

Eliminate (Singkir): Dengan adanya G-CAL, istilah ‘kesilapan

pengiraan’ boleh disingkirkan kerana peratusan untuk melakukan

3.2.3 IDEATE

G-CAL merupakan satu percambahan idea yang pada asalanya adalah

melalui sistem pengiraan gaji secara manual. Penjanaan idea G-CAL ini boleh

dihuraikan melalui teknik SCAMPER. Berikut merupakan kaedah bagaimana

idea dijana ;

Substitute (Pengganti) : G-CAL merupakan sistem yang menggantikan

pengiraan gaji secara manual.

Combine (Gabung) : G-CAL merupakan gabungan pengiraan gaji dan

maklumat dalam sistem HCM SAPGUI.

Adapt (Penyesuaian) : Pusat tanggungjawab dapat menyesuaikan

dengan hanya kunci masuk jumlah gaji pokok dan bulan pergerakan pada

G-CAL untuk membuat semakan

Modify (Pengubahsuaian) : Pengubahsuaian dilakukan dalam G-CAL

untuk memudahkan penyedia dan penyemak memahami konsep kiraan

gaji seara berkesan dan sekaligus mengurangkan kesilapan kiraan.

Put It to some other use (Kegunaan Lain): Selain ianya digunakan untuk

menyemak pengiraan gaji, G-CAL juga boleh menyemak peratusan BIW

pada satu tahap gaji, menyemak Kod Bank dan juga menyemak Kod Skim

berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada senarai kod HCM Sapgui

Page 13: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

13

(ZRPY054)

Eliminate (Singkir): Dengan adanya G-CAL, istilah ‘kesilapan pengiraan’

boleh disingkirkan kerana peratusan untuk melakukan kiraan yang tidak

tepat adalah 10%.

Reverse / Rearrange (Susun Semula) : Sistem pengiraan gaji akan

menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya G-CAL. Semua maklumat

dapat disusun semula bertepatan dengan kehendak sistem semasa.

3.2.4 PROTOTAIP

G-CAL merupakan satu prototaip terbaik yang telah dipilih oleh ahli kumpulan

melalui penelitian dari SMART kerana kesemua ciri-ciri dan konsep SMART

berjaya dipenuhi. Berikut merupakan prototaip berbentuk gambar yang boleh

menakrifkan konsep SMART 5W2H

3.2.5 TEST (UJIAN)

Ujian telah dilakukan oleh Unit Naziran JAN M Bintulu sendiri semasa mereka

melakukan tugasan naziran di Pusat Tanggungjawap. Hasilnya amat

memberansangkan.

Penyedia dan penyelia di Pusat tanggungjawap juga telah diuji untuk

menggunakan G-CAL dan terbukti ianya amat membantu proses penyediaan

dokumen pengiraan gaji.

Page 14: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

14

3.3 PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN

PENERANGAN PROJEK

Paparan Projek KIK

G-CAL (QR 2.0) akan berfungsi sebagai satu platform yang akan membantu penyedia dan juga

penyelia di sesebuah organisasi yang menyediakan pembayaran emolumen kakitangan untuk

menyemak dan juga membuat perkiraan yang tepat, cepat dan berfaedah. Ianya akan memberi

kepuasan yang ketara apabila digunakan secara berterusan. Pegawai penyedia atau penyelia

hanya akan mengunci masuk kotak yang berwarna biru sahaja mengikut keadaan atau seperti

penjelasan di bawah:

Semakan Gaji & Emolumen:

Penjelasan berikut akan memudahkan penggunaan platform G-CAL berkenaan.

1. Gred: Merujuk kepada gred gaji pegawai sebelum diberi kenaikan tahunan dalam tahun

berkenaan. Contohnya gred 22. Penyedia dan penyelia akan mengunci masuk gred

jawatan pegawai untuk menentukan kadar peratusan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dan

juga jumlah kelayakan Kenaikan Tahunan pegawai berkenaan merujuk kepada kadar

dalam Lampiran D Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016. Kadar BIW adalah

merujuk kepada Lampiran C8 pekeliling berkenaan.

Page 15: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

15

Kadar BIW

2. Kenaikan: Ianya merujuk kepada kadar kenaikan yang termaktub di dalam Lampiran D

pekeliling berkenaan.

Jadual Gaji Minimum

3. Bulan: Merujuk kepada bulan perubahan gaji (SG20) yang disediakan oleh sesebuah

jabatan. Contohnya bulan Oktober (10)

4. PGT: Akan dikunci masuk tarikh Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pegawai samada

Januari (01), April (04), Julai (07) dan Oktober (10)

5. GP & BIW: Ruangan ini hendaklah diisi dengan jumlah bayaran gaji semasa pegawai

sebelum kenaikan tahunan diberikan. Selepas jumlah Gaji pokok(GP) dikunci masuk

Kadar kenaikan tahunan

Gred

Jawat

an

Page 16: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

16

maka jumlah BIW semasa akan automatik dikira dalam ruangan berkenaan bagi kadar

lama yang pegawai layak. Selepas itu, gaji dan elaun baru BIW yang sepatutnya di bayar

dan di masukkan ke dalam borang perubahan SG20 akan terpapar dalam ruangan GP

(1001).

6. Tunggakan GP & BIW: Amaun tunggakan ini tidak perlu dikira oleh penyedia dan

penyelia kerana akan dikira secara automatik oleh platform G-CAL.

7. Elaun ITP (1052): Akan dikunci masuk kelayakan ITP yang diberikan kepada pegawai

berkenaan merujuk kepada gred jawatan. Sekiranya terdapat perbezaan dengan

kelayakan merujuk kepada gred gaji maka akan di tunjukkan kadar baru dan juga

tunggakan yang akan di bayar kepada pegawai.

8. Elaun ITKA: Jumlah dikunci masuk merujuk kepada kelayakan yang diterima pegawai

dalam tahun semasa.

Kadar ITK

9. Elaun ITK: Elaun ini akan berubah secara automatik sekiranya gred jawatan pegawai di

kunci masuk di atas menjadi gred 44 ke atas. Elaun ITKA akan menjadi kosong kerana

pegawai tidak layak menerima elaun ITKA sebaliknya hanya menerima ITK sahaja.

Kadar Imbuhan Tetap Keraian

Page 17: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

17

10. Kod Pendapatan: Akan digunakan untuk menyemak kod-kod emolumen merujuk kepada

sistem Human Capital Management (iGFMAS). Penyedia dan penyelia dapat memilih

jenis-jenis emolumen yang pegawai layak dan KOD tepat akan dipaparkan di penghujung

platform berkenaan. Semua kod ini telah di upload daripada sistem HCM di dalam

SAPGUI dengan berdasarkan Laporan ZRPY054.

Sistem HCM

11. Kod Potongan: Akan di gunakan untuk menyemak kod-kod potongan yang diguna pakai

di dalam sistem Human Capital Management (iGFMAS) merujuk kepada jenis-jenis

potongan yang dilakukan oleh setiap pegawai dan ditunjukkan didalam penyata gaji.

Penyedia dan penyelia dapat memilih jenis-jenis potongan yang berkuatkuasa dan KOD

tepat akan dipaparkan di penghujung platform berkenaan.

Kod Potongan

perkhidmatan

PerkhidmatanPe

rkhidmatan

Page 18: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

18

12. Skim Perkhidmatan: Digunakan untuk menyemak kod tepat skim perkhidmatan pegawai

merujuk kepada

Kod Skim perkhidmatan

PerkhidmatanPerkhidma

tan

Page 19: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

19

4. KEBERHASILAN PROJEK

4.1 OUTCOME PROJEK

Outcome projek adalah pengurangan dalam jumlah aduan berkaitan gaji dan

penemuan Naziran Gaji. Proses Naziran Gaji oleh Pejabat Perakaunan turut

menjadi lebih cepat dan cekap. Secara tidak langsung, G-CAL turut

memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dan setiap pegawai awam boleh

menyemak sendiri emolumen yang layak diterima pada bila-bila masa.

4.2 IMPAK PROJEK

Impak projek ini akan melahirkan tenaga kerja mahir dan bertanggungjawab

didalam pengurusan emolumen. Projek G-CAL akan dikembangkan

penggunaanya kepada kes yang lebih rumit seperti pengiraan Kenaikan Pangkat

yang ke belakang (back dated), kes aktif serta tidak aktif dalam sistem gaji dan

sebagainya. Kebanyakan pengiraan gaji dan tunggakan melibatkan kakitangan

awam amat rumit dan apabila projek ini dapat dikembangkan kepada kes-kes

seperti yang dinyatakan akan memudahkan tugasan penyedia dan penyelia

sesebuah organisasi dan akan mengurangkan kes-kes terlebih bayar, terkurang

bayar, penerimaan emolumen yang tidak sepatutnya yang sering ditegur (kuiri)

dalam penemuan semasa sesi naziran dilakukan. Apabila masalah ini

dikurangkan, perbelanjaan kerajaan khasnya dalam pembayaran emolumen lebih

mantap dan tepat. Kadar kos pembayaran emolumen akan menjadi lebih optimum

supaya Akaun Belum Terima (ABT) kerajaan dapat diminimakan.

Projek G-CAL akan menambahkan kecekapan pegawai dalam pengiraan

pembayaran emolumen serta mengurangkan kesilapan pengiraan pembayaran

emolumen yang ditemui semasa sesi naziran menyebabkan kutipan balik bayaran

perlu dibuat oleh penerima sekiranya kesilapan berlaku.

Semakan ke atas setiap perubahan gaji semasa sesi naziran atau auditan akan

lebih cepat dan cekap kerana kesilapan yang mudah dapat dielakkan. Ini akan

mengurangkan kekangan dalam menampung jumlah sumber manusia setiap

organisasi. Selain itu, G-CAL akan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dan

setiap pegawai awam boleh menyemak sendiri faedah dan juga emolumen yang

akan layak diterima setiap masa.

Page 20: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

20

4.3 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

Projek ini diilhamkan seiring dengan konsep perkhidmatan awam yang cemerlang

dan menitikberatkan kepuasan pelanggan dan berdasarkan prosedur, pekeliling

dan peraturan kewangan semasa.

Cadangan pengembangan projek adalah penggunaan G-CAL akan diperluaskan

secara komprehensif kepada kes gaji yang lebih rumit seperti pengiraan kenaikan

pangkat secara backdated, kes aktif serta tidak aktif dalam sistem gaji dan

sebagainya. Kebanyakan pengiraan gaji dan tunggakan melibatkan kakitangan

awam amat rumit dan apabila projek ini dapat dikembangkan kepada kes-kes

seperti yang dinyatakan di atas, akan memudahkan tugasan penyedia dan

penyelia sesebuah organisasi.

Peringkat penggunaan G-CAL adalah di peringkat Pejabat Perakaunan, PTJ dan

penjawat awam sendiri. Akses kepada G-CAL yang mudah akan menjadikan

peluasan penggunaan projek ini mudah dan kondusif

Page 21: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

21

5. LAMPIRAN

5.1 JADUAL PERANCANGAN

Page 22: (QR 2.0)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2627-kalkulator...penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini. Idea yang di huraikan adalah

22

5.2 KAEDAH SMART