pustaka1(new) · 2020. 10. 14. · saripustaka shaharom tm sulaiman dan suriati samsuddin ada apa...

36
Sari Pustaka Pustaka [ ]

Upload: others

Post on 06-Nov-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 2: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 3: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

KANDUNGAN Muka Surat

ULASAN BUKU

Ada Apa Dengan Buku / Shaharom TM Sulaiman dan 3Suriati Samsuddin...

EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi / 5Mohd Azhar Abd Hamid (Editor)…

Kesejahteraan Isi Rumah: Johor Darul Takzim / 7Laili Paim dan Nurizan Yahaya, EDS...

Khusyuk Daripada Perspektif Pengurusan Berorganisasi / 9M.Z. Azmie...

55 Petua Orang Berjaya / Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah 11dan Ahmad Fadzli Yusof...

Mahathir: The Secret of the Malaysian Success / 13Hajrudin Somun…

Pemikiran Sistemik / Fazrul Ismail... 15

SINOPSIS BUKU

Air Mata Adam / Siti Norbaya... 17

Cemerlang Dalam UPSR / Zulkifli Ismail dan Redwan Majid... 17

Dasar Ekonomi Baru: Intipati / Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaludin... 18

Doa’s for Children:Doa-Doa Untuk Kanak-Kanak / Abu Luqman Al-Hakim… 18

Education in Malaysia : Unifying or Divisive? / Abdul Razak Baginda 18Dan Schier, Peter. Ed….

Financial Reporting In Malaysia: Some Empirical Evidence / 19Khairul Anuar Kamaruddin, Muhd Kamil Ibrahim dan Mustafa Mohamed Zain…

Hingga Hujung Nyawa / Haswida Abu Bakar... 19

Isu Islam Semasa / Ismail Ibrahim... 20

Jalur Pengorbanan / Nazira Mohd Noor... 20

Lara Natasya / Cathoilda Sibin... 21

Masalah dan Cara Menyenggara Kereta / Beron, Joseph... 21

1

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 4: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

Mawar / Nass Alina Noah... 22

Merancang Kejayaan (Siri Motivasi) / Mohd Fadzilah Kamsah, 22Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Noor Shamshidar Zakaria...

Nostalgia Yang Hilang : Cerpen-Cerpen Pilihan 1982-2002 / 23Mohd Latiff Mohamaed…

Our Ways / Ismail Husin… 23

Panduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah Di Malaysia / 24Ahmad Marzuki Ismail...

Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa / Abd. Rahim Abd. Rashid... 24

Pelajar Bestari 5T / Zulkifli Ismail... 25

Pelajar Dalam Gerakan Koperasi Sekolah / Ahmad Marzuki Ismail... 25

Pembelajaran Berbantukan Komputer : Integrasi Perisian 26Hot Potatoes / Ismail Zain...

Peneraju Warisan Gemilang : Koleksi Ucapan 26Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi...

99 Nama Allah Tersohor: Khasiat & Cara Beramal / 27Talib Samat...

Smashing Terrorism in the Malayan Emergency : 27The Vital Contribution of the Police / Stewart, Brian…

Soal Jawab Undang-Undang Syarikat / Hamidah Marsono... 28

Successful Financial Management For Small & Medium Enterprises / 28Wong, Richard Y.K dan Soon, Philemon H.M….

Teori Pembangunan Ekonomi / Jomo Kwame Sundram dan 29Shamsulbahriah Ku Ahmad...

Tip dan Teknik Menggunakan MS Office & Internet / Wan Mohd. Nazif Nori... 29

Traditional Landscapes of the Malays of the Peninsula / Zaharah Haji Mahmud 30

7 Formula Individu Cemerlang / Danial Zainal Abidin... 30

2

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 5: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATISAMSUDDIN

Ada Apa Dengan BukuCheras: Utusan Publications & Distributors,

2004. 264ms.ISBN 967-61-1616-5

Ya, ada apa dengan buku?

Satu persoalan yang biasa. Namun, jika diintai,diselak, ditatap dan diratah setiap patah dan baityang ada di dalamnya….. barulah diketahui bahawaia punya segalanya. Seperti cinta suci yangtulus…… buku ada segalanya.

Ada apa dengan buku ini, mengungkap duniabuku dengan segala daya tarikannya. Dalambahagian pertama, kita didedahkan dengan dayapikat sesebuah buku dan bagaimana buku ituberpotensi menjadi alat tarikan pelancong. Siapakata buku itu benda yang mati? Malah, buku bolehmendatangkan sumber kewangan melaluipendekatan yang kreatif dalam bidangpelancongan. Contohnya, Kampung buku Hay On-Wye, kampung buku pertama di dunia, yang jauh

terpelosok di Wales mampu menarik pelancong,khususnya pencinta buku dari seluruh dunia. Iamemang “syurga” bagi para peminat dan pencintabuku. Di situ disediakan chalet dan tempatpenginapan dan dianjurkan pelbagai aktivitiberkaitan dunia perbukuan.

Bahagian kedua menjelaskan antara daya pikatbuku yang terbesar ialah ia memberi makna kepadadunia penulisan dalam pengertian umum, iaitudunia dokumentasi, sama ada kreatif atau nonkreatif. Tidak dapat dinafikan dunia buku kembangsubur bersama dunia penulisan dan kerana itulahmembaca dan menulis merupakan kegiatan yangcukup harmonis sekali. Dari gabungan harmonisitu, lahirlah teks yang mengungkap idea dangagasan penulis. Juga dinyatakan di sini bahawainsan yang berprofesion editor pula melengkapkandan menyempurnakan sesebuah gagasan danlontaran idea dalam bentuk teks. Ini merupakankerja intelektual yang cukup besar.

Digambarkan bahawa sewaktu menulis, bukansahaja melibatkan proses kreatif minda tetapi turutmelibatkan emosi kita. Emosi merupakan tekanankuat dalam membangkitkan semangat individu ituuntuk terus berkarya. Menulis sebenarnya adalahekspresi emosi diri yang paling kuat dan palingbermakna. Dalam rakaman sejarah, terbukti matapena lebih tajam daripada mata pedang.

Kita sedar pengaruh buku dan penulisan bolehmembangkitkan semangat untuk bertindak, bahkanboleh menghancurkan lawan. Dalam kontekspembangunan intelektual sesuatu bangsa, tradisiperbukuan dan penulisan menjadi alat penting untukmemperkasakan sesuatu bangsa. Bangsa yangberperadaban diukur melalui tradisi persuratannyayang memaknai kewujudan bangsa tersebut.

3

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 6: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

Namun begitu, harus disedari, sebagaimana kataseorang penulis Inggeris, “writing is a lonelyprofession.” Ini adalah kerana dalam prosespenulisan, pengarang banyak menghabiskan masadalam keheningan diri, berseorangan dalamberfikir, memulas otak, membaca danmenggarapkannya kepada bentuk teks.

Di bahagian ketiga memfokuskan simpang-siurdalam mempertahankan industri perbukuan. Di sinikita diperlihatkan tentang kegigihan para penerbitbuku dan majalah untuk terus bertahan. Penulisini sebagai seorang insan yang luas pengalamandan pandangan itu telah memberi contoh-contohyang baik misalnya di Indonesia, buku berwacanatinggi seperti buku dalam bidang falsafah Islammendapat sambutan luar biasa keranapersembahannya dipermudah melalui pendekatanpopular. Manakala di Barat pula, filem digunakansebagai medium untuk melariskan buku,khususnya buku kreatif. Hal ini menunjukkanindustri perbukuan boleh “pergi jauh” sekiranyapihak yang terlibat terus-menerus kreatif dalammenangani industri ini.Buku juga merupakanperakam terbaik bagi sejarah individu. Melalui jenispenulisan yang bersifat biografi dan memoir, kitasebagai pembaca dihidangkan dengan hal menarikyang dilalui oleh individu tertentu. Keadaan ini jelasdiperlihatkan di bahagian keempat, di mana iamemfokuskan kepada cetusan rasa melaluipenulisan berbentuk memoir dan biografi tokoh-tokoh tempatan dan dunia. Di dalam bab ini, ianyatidak terlepas daripada hal bersifat kontroversi.Namun, itulah asam garam yang menjadikansesebuah memoir dan biografi itu sedap ditatap.

Di bahagian berikutnya, buku itu sendiri dikatakanberperanan besar dalam memperkasakan budayamembaca. Kesungguhan kerajaan menjadikan

bulan Julai sebagai “Bulan Membaca Kebangsaan”merupakan langkah jangka panjang yang cukupbermakna. Di dalam bab ini penulis menyebutbahawa para artis sendiri bukanlah modelpembaca terbaik yang perlu diteladani. Akan tetapi,para artis masih tetap boleh berperanan sekiranyamereka sendiri didedahkan secara positif tentangdunia perbukuan. Contohnya, Oprah Winfrey diAmerika Syarikat, telah berjaya melakukannya danmelariskan jualan buku melalui program Talk Showbeliau yang terkenal.

Di bahagian keenam, ia memaparkan isi menarikdan memikat dunia buku dalam pengaruhnyaterhadap isu skandal perang, khususnya perangAS-Iraq. Dalam bahagian ini, para pembacadidedahkan dengan segala hal perbukuan yangberkaitan perang tersebut termasuklah isuterorisme global dan faktor mengapa orang terusmembenci AS. Ketika perang hampir meletus,masyarakat “dunia” dikatakan berbondong-bondong mencari bahan bacaan mengenainya,sama ada untuk menambah ilmu mahupun untukmenambah informasi. Bahkan cuba mendapatkangambaran mengenai apa yang berlaku berkaitanpeperangan tersebut.

Di bahagian terakhir, buku ini memfokuskankepada resensi buku dalam konteks wacanapembangunan di Malaysia. Di sini dibicarakanbeberapa buku terpilih yang mengulas persoalanpembangunan dalam pengertian yang luas denganmelibatkan pendidikan, globalisasi dan perananwanita dalam pembangunan negara, termasuklahmembahas pemikiran mantan Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamed yang terlibat langsungdalam arus perdana untuk menentukan hala tujupembangunan Malaysia. Buku memang

4

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 7: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

memperkayakan minda kita melalui wacana yangdituntaskan dalam sesebuah buku tersebut.

Ada apa dengan buku ini adalah merupakankoleksi esei penulis termasuklah resensi bukuyang tersiar dalam majalah MASSA, ruangan“Dunia Buku” akhbar Utusan Malaysia, dan majalahMINDA. Justeru itu, terdapatlah pertindihan idea,isi dan pengulangan semula beberapa isu pokok.Walau bagaimana pun, penghasilan buku ini tidaklain merupakan usaha amal penulis untuk terusmengajak para pembaca untuk menghayati duniaperbukuan, dunia pembacaan, dunia ilmu dansemoga melalui penghayatan ini, akanmembenihkan penghargaan yang cukup tinggidaripada makhluk bernama buku.

Buku ini ditulis begitu menarik denganmenggunakan bahasa yang mudah, simple dankadangkala diselitkan dengan kata-kata puitis.Ini membuatkan pembaca tidak jemu membacadan akan menghabiskan pembacaannya “at onego”. Sesiapa yang tidak mahu menerokai “Ada apadengan buku” akan berada di dalam kerugiankerana hanya “Ada apa dengan buku” dapatmemenuhi kekosongan jiwa dan mendedahkanrahsia di sebalik ada apa dengan buku.

Pengulas : Samsul Khamariah binti HamzahKetua Bahagian Pinjaman,Perpustakaan Negara Malaysia

************************************************************************************

MOHD AZHAR ABD HAMID (EDITOR)EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan

EmosiPahang: PTS Publication & Distributors, 2004.

275 ms.ISBN 983-192-770-2

Penulis memulakan buku dengan memberigambaran, definisi dan kefahaman berkaitan EQ.Ianya meliputi penghuraian konsep EQ ataukecerdasan emosi dan perasaan serta bagaimanaperasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasanmental atau IQ.

Emosi yang cergas membantu kita menyesuaikandiri dengan baik apabila berhadapan dengancabaran hidup. Ringkasnya mereka akan menjadiseorang yang sabar, tabah, cekal, bersikap positifdan sentiasa bersemangat tinggi. Emosi yangcergas tidak bermakna kita tidak merasai

5

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 8: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

kekecewaan ataupun kesedihan, tetapi ia tidakmembenarkan kesedihan dan kekecewaan ituterus mendominasi semua ruang lingkupkehidupan kita sehingga lumpuh. Sebaliknya,pengalaman-pengalaman itu akan menyuntik suatukesedaran dan keazaman baru bagi membinasemula kehidupan atau kerjaya yang lebih baik.

Kedalaman emosi dalam konteks pengurusandapat membantu pekerja menyesuaikan kehidupandan kerjaya dengan menggembleng keupayaan danpotensi unik yang ada padanya sehingga terhasilintegriti, komitmen dan tanggungjawab yangsekaligus dapat meningkatkan pengaruh di tempatkerja.

EQ diperlukan oleh pemimpin bagi melaksanakansesuatu peranan atau fungsi kerja di sampingadanya pengetahuan dan kemahirankepemimpinan. Untuk menjadi seorang pengurusyang baik dia mestilah mempunyai kecekapanemosi berdasarkan empati. Orang yang inginberjaya dalam kerjaya ataupun semua bidang yangdiceburi perlu memiliki EQ yang tinggi.

Stogdill dalam kajiannya mengenai kepimpinanmerumuskan bahawa keberkesanan kepimpinandipengaruhi oleh kecerdasan EQ yang dimiliki olehindividu. Secara keseluruhannya, EQ adalahelemen penting dalam memperkasa kepimpinandalam setiap aspek kehidupan masyarakat samaada daripada aspek kekeluargaan, organisasi,masyarakat dan negara. Oleh sebab itu, EQseseorang pemimpin perlu konsisten.

Kecerdasan emosi bukan hanya dapat dilihatmelalui sikap dan tingkah laku seseorang tetapidapat juga dilihat dalam bahasa yang digunakanoleh penuturnya. Dengan adanya kecerdasan

emosi seseorang dapat mengelakkan konflikdaripada berlaku malah boleh menjalin hubungansiratul-rahim.

Aspek kecerdasan emosi dalam bidang pendidikantelah dibicarakan pada awal abad ke-20 lagi olehpakar dalam bidang psikologi pendidikan sepertiSigmund Freud, Abraham Maslow dan ramai lagi.Dalam konteks Malaysia, aspek kecerdasan emosiditerapkan dalam Falsafah PendidikanKebangsaan yang diwujudkan pada tahun 1990.Justeru itu, kurikulum sekolah turut dirancang dandilaksanakan dengan mengambil kira aspekkecerdasan emosi.

Antara cabaran kehidupan ialah tekanan sebagaisindrom yang mencabar. Tekanan perlu diurus.Tubuh yang sihat dapat memberi gambaranpemikiran yang cerdas dan emosi yang tenang.Punca tekanan ialah kelebihan atau kekuranganbeban kerja, pembuatan keputusan, tarikh akhiruntuk menyiapkan kerja, salah pemadanan kerjaya,matlamat kurang jelas, hubungan interpersonalyang tidak baik. Mereka yang dapat menguruskantekanan dengan baik akan dapat meningkatkankecerdasan emosi.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang inginmengurangkan tekanan bagi meningkatkankecerdasan emosi baik bagi peringkat penuntut,remaja, pemimpin dan pengurus. Bahasa yangdigunakan mudah, memberi contoh-contoh yangmenarik dan mudah difahami.

Pengulas: Jamilah binti Mohd Sir Timbalan Pengarah, Maklumat Digital Malaysiana, Perpustakaan Negara Malaysia

6

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 9: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

LAILI PAIM DAN NURIZAN YAHAYA, EDS.Kesejahteraan isi rumah: Johor Darul TakzimSerdang: Universiti Putra Malaysia, 2004, 179 ms.

ISBN 983-2871-52-2

Buku ini ditulis berasaskan kajian yangdijalankan oleh beberapa kumpulan penyelidik dariFakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysiapada tahun 2000 yang dibiayai sepenuhnya olehYayasan Pembangunan Keluarga Johor DarulTakzim. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagimembantu Kerajaan Negeri Johor dalamperancangan pembangunan untuk meningkatkantahap hidup isi rumah di negeri tersebut.

Buku ini juga adalah berasaskan kepadatiga (3) projek penyelidikan yang telah dijalankanoleh pensyarah-pensyarah daripada pelbagaibidang seperti ekonomi, perumahan, penggunaan,pembangunan komuniti, gerontologi dan tekstilseperti berikut:

(i) Kesejahteraan Ekonomi dan

Material Isi Rumah Pekerja Kilangdan Isi Rumah BerpendapatanRendah di Johor Bahru.

(ii) Kesejahteraan Isi RumahPetempatan Kos Rendah di JohorBahru.

(iii) Persepsi Masalah dan KeperluanWarga Tua di Johor Bahru.

Buku ini terbahagi kepada 10 Bab yangbertemakan kesejahteraan isi rumah denganmemberi fokus kepada isi rumah berpendapatanrendah, pekerja kilang dan warga tua di Johor DarulTakzim.

Dalam Bab-1, penulis membincangkandengan mendalam mengenai konsep, definisi danpengukuran kesejahteraan hidup. Banyakpenulisan kajian-kajian terdahulu telah dirujuk.Definisi dan pengukuran yang subjektif bagikesejahteraan dibincangkan dengan membericontoh berkaitan. Penulis juga telah memberikanbeberapa petunjuk penggunaan.

Bab-2 pula, perbincangan berkisar kepadaisu kesejahteraan ekonomi dan kebendaan isirumah pekerja kilang dan isi rumah berpendapatanrendah di Johor Bahru. Tulisan ini diasaskandaripada kajian yang dijalankan sertamembicarakan kajian lalu berkaitan polapenggunaan isi rumah dan faktor-faktor yangmempengaruhinya. Kesejahteraan ekonomi dankebendaan dibincangkan dengan memberitumpuan kepada angkubah pendapatan danpenggunaan.

Bagi Bab-3 penulis membincangkanmengenai persoalan isi rumah petempatan

7

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 10: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

kos rendah di Johor Bahru. Sebanyak 450 isirumah terlibat dengan kajian ini iaitu 150 isi rumahdari rumah pangsa bertingkat tinggi dan 150 isirumah dari rumah pangsa jalan tangga dan 150 isirumah dari rumah teres dua tingkat. Adalahdidapati apabila dikaitkan dengan kos sara hidupyang tinggi di Johor Bahru, rumah kos rendahawam ini dapat mengurangkan bebanan kewanganterhadap isi rumah tersebut dan secara tidaklangsung membaiki taraf hidup penghuni tersebut.

Dalam Bab-4, penulis mengupasmengenai kepuasan perumahan danmembincangkan petunjuk yang menjelaskanpersepsi dan pengalaman penghuni terhadapperumahan dan persekitaran mereka. Di akhir babini penulis telah memberi beberapa cadangankepada kerajaan untuk meningkatkan taraf hiduppenduduk berpendapatan rendah di bandar.

Bab-5 membicarakan kepentingan rumahserta peranannya dalam perkembangan kanak-kanak dan remaja. Secara kesimpulannyadaripada hasil kajian adalah didapati kesempitansaiz rumah menyebabkan remaja banyakmenghabiskan masa di luar rumah dan terdedahkepada gejala-gejala negatif.

Seterusnya dalam Bab-6, penulis telahmemberi definisi yang menyeluruh tentangkejiranan. Peranan kejiranan denganmengambilkira beberapa model dari negara-negaraluar juga diketengahkan. Sebagai kesimpulannyadidapati kejiranan adalah faktor yang penting dalammenentukan kesejahteraan sesebuah komuniti.

Penglibatan warga tua dalam komunitidibincangkan pada Bab-7 dalam kontekspendayaupayaan iaitu sebagai satu proses yang

menunjukkan kelompok kategori sosialnya sebagaisebahagian daripada anggota komuniti.

Dalam Bab-8, penulis membicarakanmengenai status ekonomi warga tua (60 tahun keatas) dilihat dari sudut pengalaman sepanjangkehidupan individu dewasa. Ini berkait rapatdengan pengalaman status pekerjaan danpemilikan harta. Ini dapat diukur secara objektifsementara status ekonomi juga dipengaruhi olehaspek-aspek subjektif seperti persepsi. Bagimendapatkan gambaran yang spesifik aspek yangditinjau ini, data di persembahkan mengikut koleksi,bangsa dan jantina warga tua.

Fokus utama dalam Bab-9, berkait dengandinamik hubungan warga tua dengan ahlikeluarganya. Perubahan yang dialami keluargamemberi kesan kepada dinamik hubungan.Beberapa isi keluarga diperingkat akhir hidupdibincang dalam bab ini untuk memberi gambarankeadaan semasa dinamik hubungan keluargaperingkat akhir di Johor.

Dalam Bab-10 penulis telah menelitikesan kegawatan ekonomi, di manasatu kajian telah dilakukan ke atas isi rumahberpendapatan rendah di Johor Bahru semasakegawatan tahun 1999. Responden kajian iniadalah terdiri daripada 253 orang pekerja kilang dan252 orang kakitangan kerajaan yang pendapatanutamanya tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.Penulis telah merumus bahawa bagimengurangkan keadaan ketidakpuasan hidupsemasa kegawatan ekonomi langkah-langkahtertentu yang dapat dikawal oleh kerajaan sepertikos persekolahan anak-anak dan perkhidmatankerajaan lain perlu diberi perhatian.

8

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 11: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

Buku Kesejahteraan Isi Rumah Johor DarulTakzim dapat memberi manfaat kepadamasyarakat umum, terutamanya penggubal dasardan juga kepada pelajar yang ingin mendalamiaspek kesejahteraan hidup. Terdapat banyakdapatan daripada kajian yang dijalankan yang bolehdimanfaatkan dan diterbitkan untuk menambahkan

************************************************************************************

maklumat berkaitan isi rumah kepada masyarakatumum.

Pengulas: Haji Rosham bin Haji Abdul ShukorTimbalan Pengarah,Pusat Penyerahan Terbitan Negara,Perpustakaan Negara Malaysia

M.Z. AZMIEKhusyuk Daripada Perspektif Pengurusan

OrganisasiKuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributor, 2004.132 ms.ISBN 967-61-1606-8

Khusyuk atau dalam bahasa yang mudah bererti‘konsentrasi’ atau memberi fokus yang jitu dalammelakukan sesuatu. Dalam melakukan ibadah, kitadituntut khusyuk, misalnya dalam solat, puasa dansebagainya. Di dalam Al-Quran Surah Al-Mu’minunayat 1-2 jelas menyatakan “Sesungguhnya

berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yangkhusyuk dalam solatnya”. Sekiranya khusyukdituntut bahkan wajib dipenuhi dalam amalanberagama, maka ianya juga dituntut dalam‘kehidupan’ berorganisasi. Kenapa harus adadouble standard dalam mengasingkan khusyukdalam beribadah dan bekerja dalam organisasi.Bukankah bekerja itu satu ibadah!

Secara idealnya, khusyuk adalah nilai yang amatkritikal diperlukan dalam segala dimensi kehidupan.Hari ini, kita melihat pelbagai ‘penyakit’ melandaorganisasi, misalnya, korupsi, pecah amanah,penyelewengan, sehinggakan ramai pakarpengurusan cuba mencari jalan penyelesaiannya.Dalam literatur pengurusan moden, misalnya, yangditulis oleh Al-Ries dan Jack Trout menyebutkan‘focus’ penting dalam menentukan tahap kompetitifsebuah organisasi. Begitu juga guru-gurupengurusan lain seperti Peters dan Watermandalam In Search of Excellence yang mengatakanpegangan kepada sesuatu susunan nilai utamamerupakan faktor kecemerlangan organisasi.Nada yang sama juga disuarakan oleh RosabethMoss Kanter, Tom Peters dan guru-gurupengurusan yang lain. Ini menunjukkan nilaikhusyuk amat tinggi dan perlu dijadikan nilai yangmewarnai organisasi.

9

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 12: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

Menyedari kritikalnya nilai khusyuk ini, M.Z. Azmieatau nama penuhnya, Dato’ Dr. Mohamad AzmieZakaria, telah menghasilkan sebuah buku yangamat menarik, Khusyuk Daripada PerspektifPengurusan Organisasi yang membahaskan tigakomponen khusyuk iaitu khusyuk hati, khusyuklisan dan khusyuk tindakan dan bagaimana ianyadapat dijelmakan sebagai satu rangka tindakandalam organisasi. Sekiranya diperhalusi, unsurhatilah yang berbekalkan niat yang luhur yangmenentukan segala perlakuan dan tindakan kitadalam organisasi adalah benar kerana didorongoleh motivasi yang suci. Unsur lisan ataukomunikasi yang benar amat perlu dihayati dalamkomunikasi organisasi yang berkesan. Bukankahada pepatah Melayu mengatakan, “kerana pulutsantan binasa, kerana mulut badan binasa”menggambarkan betapa komunikasi yang negatifboleh membungkam organisasi.

Apabila unsur hati dan lisan dapat dijaga dan‘dibelai’ dengan baik, ianya akan membuahkantindakan yang benar dan adil dalam perlakuanorganisasi. Bukankah organisasi cemerlang adalahkerana pekerjanya yang menghayati budayakecemerlangan! Buku ini memang perlu dijadikanbacaan wajib organisasi, apatah lagi bagiorganisasi yang majoritinya pekerja Muslim.Jadikan Islam satu model pengurusan terbaiksebagaimana kita yakini, dan dibuktikan melaluitindakan kita dalam kehidupan berorganisasi.

Buku yang menarik ini terbahagi kepada tigabahagian. Bahagian pertama membahaskankhusyuk hati yang meliputi tiga bab iaitu tetap hati,pemusatan dan takut. Penulis dengan jelasmenghuraikan maksud dan aplikasi tetap hati,

pemusatan dan takut di dalam organisasi. Padasetiap akhir bab pembaca disajikan denganrumusan untuk memudahkan kefahaman.Bahagian kedua buku ini mengupas khusyuk lisanyang menyentuh aspek komunikasi dan imejorganisasi. Bahagian ini mengandungi tiga bab iaitusenyap, bercakap benar dan berbahasa. Penulismenyarankan di dalam bab ini agar organisasi yangkhusyuk berusaha sedaya upaya untuk bercakapbenar, menyebarkan yang benar dan mengeluarkankenyataan yang benar sahaja. Mereka mengelakdaripada menjadi sumber pembohongan danmenjadi punca longgokan sampah maklumat yangmelemaskan. Bahagian ketiga pula meliputi aspekkhusyuk tindakan yang memberikan contoh aktivitiorganisasi yang khusyuk. Penulis telahmemberikan hujahnya di dalam tiga bab iaitutumpuan, tindakan dan sopan. Tumpuan yangdibuat oleh organisasi yang khusyuk akanmenghimpunkan tenaga pekerja yang palingberpengalaman, paling mahir, paling alim dan palingasyik dalam bidangnya. Menurut penulis, khusyukitu merupakan tumpuan kepada sesuatu tujuan atausasaran. Di situlah bertemu segala usaha,bagaikan jalur cahaya yang bertembung pada satutitik. Di situ akan tembuslah penghadang yangmenghalangi kejayaan.

Semoga khusyuk sebagai nilai pegangan bolehdijadikan senjata agar citra dan jati diri masyarakatyang tercalit bersih kembali.

Pengulas: Salasiah binti Abdul Wahab Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Perpustakaan Negara Malaysia.

10

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 13: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

DATO’ DR. MOHD. FADZILAH KAMSAH DANAHMAD FADZLI YUSOF

55 Petua Orang BerjayaPTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004

184msISBN 983-192-003-1

Siri motivasi yang bertajuk 55 Petua Orang Berjayaini merupakan sebuah terbitan yang menghimpunidea-idea kejayaan individu dan tokoh yang pandaimenguruskan kehidupan mereka sehinggamencapai kejayaan. Ia ditulis bagi memanduindividu yang ingin mencapai kejayaan. Penulis bukuini iaitu Dato’ Dr. Mohd Fadzillah Kamsahmerupakan pakar motivasi, manakala AhmadFadzli Yusof adalah peguam cara & peguam beladi salah sebuah firma guaman.

Buku ini membincangkan petua-petua yangmerangkumi beberapa aspek antaranya aspekmembina diri dalam pengurusan hidup, aspekpengurusan masa, dan pengurusan kerja. Dalamerti kata lain, selain memberikan semangat baru,ia juga memberikan idea-idea pengurusan hidupseperti mengawal urus masa, dorongan bekerja,

mengatasi penangguhan, teknik-teknik bekerja,mengagihkan tugasan, bekerja dalam pasukan,berkomunikasi, bermesyuarat, meningkatkankonsentrasi dan banyak lagi. Dengan membacabuku ini, kita dapat menikmati kehebatan petuayang dinyatakan di dalamnya.

Buku ini dibahagikan kepada enam bahagian.Bahagian pertama menyenaraikan 9 petuamengenai Matlamat dan Kejayaan. Dalam bab ini,penulis menggambarkan pentingnya mempunyaimatlamat dan sasaran dalam apa juga pekerjaaanyang dilakukan. Matlamat kerja adalah yang palingasas dan ia perlu dipegang agar ia tidak ‘tergelincir’dari landasan yang sepatutnya. Setiap kalitanggungjawab yang diberikan hendaklah dilakukandengan ‘nafsu kerja’ bagi mencapai kejayaan.‘Nafsu kerja’ yang dijelaskan dalam buku ini ialahsemangat dan keinginan yang teramat sangat bagimelihat kejayaan serta kecemerlangan.

Bahagian kedua buku ini, mengutarakan 11 petuaberkaitan dengan Pengurusan Masa. Dalambahagian ini, penulis menunjukkan bahawa perluseseorang itu menilai masa yang dimilikinya. Inipenting kerana bagi mengelak diri daripada ‘tertipu’dengan masa yang kita habiskan setiap hari.Beberapa teknik diutarakan oleh penulis dalammenilai masa seperti log masa harian, mengawalmasa, tidak mahu buang masa dan sebagainya.

Di bahagian ketiga penulis mengutarakan 12 petuaberkaitan dengan Prioriti dan Agihan Tugas. Penulismenerangkan betapa pentingnya menentukanprioriti dalam kerja seharian. Penulis memaparkankaedah dan teknik untuk menentukan prioriti danagihan tugas. Ia jelas menunjukkan bahawa dalammelakukan sesuatu kerja,pekerja perlu melihatkepada aspek keperluan dan kepentingan serta

11

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 14: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

mengagihkan tugas kepada pegawai yangmempunyai hierarki yang setaraf.

Di bahagian keempat penulis mengemukakan 13petua berkaitan dengan Belajar Mengurus Kerja.Dalam bahagian ini, penulis menceritakanpengajaran berdasarkan 13 petua berkaitandengan belajar mengurus kerja. Dijelaskan olehpenulis betapa pentingnya untuk seseorang belajarmenguruskan kerja yang berkesan dan cemerlang.Beliau menjelaskan bahawa keinginan untuk belajarmerupakan kunci utama kejayaan, dan dalam halini perlulah banyak bertanya kepada mereka yangpakar apabila tidak mengetahui. Sekiranya sesuatukerja yang besar ingin dilakukan, jangan buat lagitetapi rancanglah terlebih dahulu dan lakukan iasecara berdikit-dikit. Penulis juga menekankanpenggunaan teknik pengurusan menyeluruh bagimengurus kerja seharian dan seseorang itu jugaperlu belajar teknik mendengar serta berundingdalam mengurus pekerjaan.

Di bahagian kelima pula penulis mengutarakan 7petua berkaitan dengan Bekerja Berpasukan.Penulis menjelaskan perlunya memahami antarasesama ahli kerana ia merupakan faktor utama bagimembentuk sebuah pasukan yang berkesan.Apabila semua saling memahami, setiap ahlikumpulan akan bekerja bukan lagi sebagai individu-individu yang berbeza tetapi sebagai satu pasukan.

Dalam hal ini petua membina pasukan amatpenting dan kaedah yang digunakan adalah kaedah3 K iaitu Kebersamaan, Kesefahaman danKebanggaan.

Di bahagian keenam penulis mengutarakan 3 petuaberkaitan dengan Belai Diri Sendiri. Dalambahagian yang terakhir ini, penulis menggambarkanbahawa dalam menguruskan kerja dan tugasanseharian sememangnya memenatkan. Justeru itu,kepenatan dapat disembuhkan dengan tidurataupun mendapat rehat yang mencukupi.Kekurangan tidur menyebabkan gangguan kepadadiri. Jadi belajarlah untuk tidur dengan baik, keranaia adalah kemahiran yang penting bagi menjadikandiri lebih bertenaga.

Secara kesimpulannya, keseluruhan buku ini amatbermanfaat lebih-lebih lagi kepada individu yangingin mencapai kejayaan. Pembaca bukan sahajadapat mengamalkan petua yang diberikan, malahpembaca berasa bermotivasi untuk melakukankerja setelah membaca buku ini.

Pengulas : Wan Mohamad Fazali bin Mohd SallehPenolong Pengarah,Bahagian Khidmat Nasihat danPerundingan,Perpustakaan Negara Malaysia

12

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 15: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

HAJRUDIN SOMUNMahathir: The Secret of the Malaysian SuccessSubang Jaya: Pelanduk Publications, 2003.

275p.Translated from the Bosnian by Lejla Somun-

Krupalija.ISBN 967-978-879-2

Mr. Hajrudin Somun was the Ambassadorof Bosnia and Herzegovina to Malaysia from 2002to 2003. He spent half his working life in journalismand the other half in diplomacy. He was a reporterand commentator for the leading Bosniannewspaper Oslobodjenje and Sarajevo TV. He wasa war reporter for a number of years in the MiddleEast, specializing in Palestinian and Kurdishcauses. He was awarded numerous Yugoslav’sand Bosnia Herzegovina’s awards. As a diplomat,he served as political counsellor to the YugoslavEmbassy in Baghdad, the Minister Counsellor inTehran and Ambassador of Bosnia andHerzegovina to Turkey (1993-1998). He is theauthor of Jordan (1973), The Roots of the IranianRevolution with Iranian writer Reza Baraheni (1979)and Beirut in Poetry (translation and interpretationof contemporary Palestinian poetry, 1983).

The author indicated that Tun Mahathir isthe first among the many political leaders that hehas met, that he has ever longed to write aboutwith Indira Ghandi being the second. Other leaderslike Saddam Hussein whom he knew best, areamong those that he did not wish to write about.He spent a year studying Tun Mahathir and hisdeeds. He referred to books, articles, speeches,presentations and interviews of Tun Mahathir. Hisposition as Ambassador to Malaysia was an asset,as he was able to have open discussions with TunMahathir.

This book looks at the secret behindMalaysia’s success as a model of economicdevelopment and Tun Mahathir’s role as an initiatorof change. His policy of economic and socialdevelopment was the product of his vision andeconomic planning. According to the author,Malaysia owes its economic and social prosperitymuch to the deeds of Tun Mahathir Mohamad.Because of his unwavering vision, Malaysia istoday the 10th largest trading country in the world.He acknowledged 2 strong visions of Tun Mahathiri.e., achieving the delicate balance of maintainingthe Islamic identity of the Malay medium majorityin Malaysia and modernizing the country; andcreating an efficient, competitive, economicallysuccessful state and secure the well-being of itscitizens, not only through the development of its oilresources but through other means.

There are 6 chapters in this book and eachchapter discusses Tun Mahathir’s paths andachievements as Prime Minister of Malaysia indecades from the 60’s until 2003.

Chapter 1 is about the year 2002. At theUMNO 50th Annual Conference which was held on

13

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 16: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

June 22, 2002 at PWTC, Tun Mahathir’s closingspeech, had caused confusion and shock in theauditorium and the whole country. Tun Mahathirannounced his resignation from all posts as PrimeMinister, Head of the Coalition Front and UMNO.Other topics discussed in this chapter includes themalaise of the Malays, the progress of Malaysiaas an Islamic Nation, and how Malaysia and otherIslamic countries should deal with “terrorists” afterthe September 11 incident.

Chapter 2 looks at the early part of TunMahathir, when he grew up in Kedah and the timebetween the 2 World Wars. This chapter alsorelates the relationship between Tun Mahathir andTunku Abdul Rahman, his expulsion formUMNO,and his detention under the Internal SecurityAct.

Chapter 3 is about the 1970’s. It discussesthe contents of the book The Malay Dilemmawritten by Tun Mahathir. This chapter also looks athow Independence has affected the Malays, theChinese and the Indians. The determination of theMalays to rule their own country, achieving the goalsof the New Economic Policy and the balancebetween this World and the next.

Chapter 4 is about the 1980’s, when TunMahathir was at the helm. He introduced hispersonal recipe of management which is, predictchallenges, identify problems, acquire ideas anddevelop solutions. He launched the campaign fora ‘Clean, Efficient and Trustworthy Government”for the civil servants. This chapter also looks at hispolicies with regards to the British with the “BuyBritish Last” policy, and his change of policy to“Look East’, the constitutional crisis with the

monarchy and state rulers, and his policies onprivatisation and Malaysia Incorporated.

Chapter 5 is about his vision of the future,Vision 2020 and the nine strategic challenges forMalaysia.

The last Chapter takes a look at Tun Mahathirs’successes and failures. According to the authoramong his failures are:

• Ethnic or racial harmony was not achieved,especially not ethnic integration to the extentin which Malaysian indentity wouldovercome ethnic exclusivity of eachcommunity.

• He did not stop divisions among theMuslims of Malaysia. Utilization of religionfor political purposes between UMNO andPAS mostly contributed to it.

• Most of the Malays have not accepted TunMahathir’s work ethics, which is workinghard.

• He did not succeed in removing some ofthe bad Malay habits.

Among his successes are:

• Tun Mahathir has put Malaysia on the“world map”, a place where it neverpreviously was.

• Malaysia’s ability to survive the currencyattacks of 1997.

• Entering the 13th year of realisation of Vision2020, Malaysia can with certainty count thechallenges, at least those related toeconomic and development, will beachieved.

14

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 17: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

************************************************************************************

• Privatisation showed its advantages overthe public sector in all the segmentscovered.

• The success of mega projects such asthe Petronas Twin Towers, MultimediaSuper Corridor, and Putrajaya.

This book is recommended as reading for all, as itwill give us an insight to Tun Mahathir, a great leader

who has led Malaysia to great successes.

Pengulas: Dahlia binti Zainal Timbalan Pengarah, Bahagian Pakar Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia

FAZRUL ISMAILPemikiran Sistemik

Bentong : PTS Publications, 2004. 319 m.sISBN 983-192-734-6

Ramai mengenali penulis seperti Edward de Bono,Peter Drucker dan Tony Buzan yang populardengan karya penulisan mengenai pemikiranlateral yang selalu diperkatakan orang. Akan tetapibagaimana pula dengan pemikiran sistemik?Mengapa bukannya pemikiran yang sistematik?

Apa bezanya pemikiran sistemik dengan pemikiransistematik?

Menyorot buku hasil garapan saudara Fazrul Ismailkita disajikan satu lagi penganalisisan bentukpemikiran yang dipanggil ‘pemikiran sistemik’.Terpanggil untuk mencari jawapan kepadapersoalan-persoalan itu maka saya mendakapbuku ini dengan membacanya dengan penuh minatdan rasa ingin mengetahui walaupun penulis bukuini menyatakan bahawa buku ini adalah untuksemua lapisan masyarakat; tidak mengira umurdan intelektualismanya, namun begitu setelahmembaca dam mendalaminya adalah didapatibahawa ia benar-benar menguji dan mencabarminda pembacanya. Walaupun denganmenggunakan gaya bahasa yang mudah namundengan rangkuman isi yang padat dankomprehensif adalah dirasakan buku ini agaksedikit akademik dan informatik.

Menyorot intipati buku ini, penulis telahmembahagikannya kepada beberapa perkara yangmenjadi pokok persoalan yang utama:

i) Penerangan beberapa istilah yangdigunakan didalam pemikiran sistemik

ii) Ciri-ciri sistem dan pemikiran sistemikiii) Faktor keupayaan minda manusia

15

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 18: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

iv) Gabungan ciri-ciri sistem dengan aliranpemikiran

v) Mengembalikan minda manusia untukmembina kekuatan diri

Kekuatan dan keunikan buku ini lebih terserlahkepada cara olahan dan susunannya. Buku inidiolah secara sistemik dan bukannya secarasistematik, mengikut kata penulisnya. Ini memangbenar, kerana buku ini boleh dibaca dari mana-mana bahagian, bab atau perenggan tanpa perlumemulakannya daripada awal hingga ke akhir.Adalah di fahamkan bahawa buku ini adalah edisiterkemudian dari edisi awalnya yang ditulis di dalamBahasa Arab yang telah dipermudahkan.Pembaca yang arif di dalam Bahasa Arab pastinyamampu untuk membezakan kelainan sorotan danpenganalisisannya.

Walau bagaimanapun buku ini pada hemah sayacukup untuk dijadikan bahan percambahan danrangsangan minda serta penambahanpengetahuan untuk pembacanya. Ini adalah kerana

buku ini dengan secara terperinci dan tersusunmengungkap idea pemikiran sistemik denganmengupasnya dari pelbagai perspektif danmenganalisisnya sebagaimana ia boleh digunakandi dalam kehidupan kita seharian denganmengoptimakan penggunaan potensi minda danpemikiran.

Adakah penulis buku ini boleh diklasifikasikansebaris dengan nama-nama besar di dalam bidangpenulisan ilmiah khususnya di dalam bidangpemikiran sejagat? Pembaca yang telahmembaca buku ini adalah hakim yang paling layakuntuk mengadilinya. Selamat membaca.

Pengulas: Abdul Majid bin HamidPenolong Pengarah,Bahagian Khidmat Nasihat danPerundingan,Perpustakaan Negara Malaysia

16

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 19: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

SITI NORBAYAAir Mata AdamKuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004.286 ms.ISBN 967-61-1611-4

Buku Air mata Adam ini merupakan sebuah kehidupan seorang anakkampung yang telah meneguk titis-titis kemewahan yang dicurahkan olehkekayaan isterinya Zuraidah sehingga telah melupakan keluarganya dikampung. Namun, satu nostalgia yang masih dalam ingatannya adalahtuntung dan seketul batu sungai yang diambilnya. Setelah dijerut olehpengkhianatan, kehidupan mewahnya terus lenyap dengan serta mertasehingga membawanya menjadi pencuci pinggan di lorong. Nasibnyakemudian dibela oleh sepasang suami isteri yang meletakkannya semuladitempat teratas dan kesempatan itulah yang telah digunakannya untukmembalas dendam terhadap Zuraidah. Akhirnya dendamnya terbalas danAdam meletakkan dirinya seperti anak-anak tuntung yang telah menetasdan meninggalkan daratan. Sesungguhnya buku ini akan menyedarkanpembaca mengenai turun naik kehidupan yang sentiasa menempuhpelbagai cabaran dan dugaan.

ZULKIFLI ISMAIL DAN REDWAN MAJIDCemerlang dalam UPSRKuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors, 2004. 57 ms.ISBN 967-61-1608-4

Buku ini mengutarakan teknik belajar yang mudah dan praktikal. Teknikyang dibincangkan adalah berkaitan dengan pengurusan masa,pengurusan diri dan cara penyediaan nota yang betul untuk mudahmemahami sesuatu subjek. Buku ini turut mengandungi ilustrasi-ilustrasimenarik di awal setiap bab. Kedua-dua pengarang buku ini merupakanpenggiat cergas dalam memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Bukuini memberi panduan kepada pelajar yang akan mengambil PeperiksaanUjian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga pelajar yang mahuberjaya dalam pelajarannya.

SINOPSIS BUKU

17

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 20: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

MUKHRIZ MAHATHIR DAN KHAIRY JAMALUDINDasar Ekonomi Baru : IntipatiKuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004. 64 msISBN 967-61-1620-3

Buku Dasar Ekonomi Baru : Intipati ini mengupas kepelbagaian dasar-dasar kerajaan dalam membentuk kaum bumiputera dalam perlaksanaanDEB. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kemiskinan, merapatkanjurang ekonomi antara kaum dan menyusun semula masyarakat. DEBtelah terbukti sebagai dasar berdaya maju di Malaysia dan memberimanfaat kepada semua kaum di Malaysia.

ABU LUQMAN AL-HAKIMDoa’s for Children:Doa-doa Untuk Kanak-KanakKuala Lumpur : Darul Nu’man, [2004].34 ms.ISBN 983-046-268-4

Buku ini disusun dalam bahasa Arab dengan terjemahan Bahasa Inggerisdan Melayu serta mengandungi gambar-gambar menarik yang dapatmenarik perhatian kanak-kanak membacanya. Gambar-gambar yangdipaparkan adalah bersesuaian dengan doa-doa yang diberikan. Buku inibertujuan membantu mendidik anak-anak untuk sentiasa berdoa di dalammenjalankan tugas harian dan membimbing mereka menjadi anak-anakyang soleh dan solehah demi mencapai keluarga bahagia.

ABDUL RAZAK BAGINDA AND SCHIER,PETER. ED.Education in Malaysia : Unifying or Divisive?Kuala Lumpur : Malaysian Strategic Research Centre. 142 ms.ISBN 983-9783-17-3

This book is a collection of the various presentations and discussionsmade during a two and half-day seminar entitled “Education in a Multi-Racial and multi-Religious Society: Divisive or unifying” held on the 20th

of November 2002 and “Education and Religion: Combating Parochialism”held on the 21st November 2002. The focal point of both seminars wasthe concept of education and what it means to individuals and society aswell as the challenges facing education in the form of fostering racialunity and combating parochialism in Malaysian society.

18

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 21: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

HASWIDA ABU BAKARHingga Hujung NyawaCheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 230ms.ISBN 967-61-1623-8

Novel Hingga Hujung Nyawa ini memaparkan kisah seorang anak yangderhaka kepada kedua ibu bapanya. Watak utamanya iaitu Nora sebagaianak yang tidak mengenang jasa sanggup mengetepikan serta menghalauibu bapanya setelah berkahwin dengan pemuda daripada golongankeluarga yang berada. Beliau rela menipu suami serta keluarga mertuanyadengan menyatakan dirinya yatim piatu kerana malu dengan keadaankedua ibu bapanya yang miskin serta dianggap tidak setaraf dengankeluarga suaminya. Namun akhirnya rahsia penipuannya itu terbongkarjua dan beliau dihalau oleh suaminya. Kepulangannya ke kampung jugatidak diterima. Beliau menyesali perbuatannya terhadap kedua ibu bapanyanamun sudah terlewat. Hidupnya merana dan tidak terurus. Beliaumendapat pembalasan akibat daripada sikapnya selama ini. Garapan ceritaini mampu menyentuh hati pembacanya melalui gaya bahasa yangdigunakan.

KHAIRUL ANUAR KAMARUDDIN, MUHD KAMIL IBRAHIM DANMUSTAFA MOHAMED ZAINFinancial Reporting In Malaysia: Some Empirical EvidenceKuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004. 111pISBN 967-61-1579-7

This book ‘Financial Reporting In Malaysia: Some Empirical Evidence’ isa compilation of the first stage of research completed by researchers atthe UiTM-ACCA FRRC. Most of the empirical work presented in this bookemployed market value and book value relationship based on accountingnumbers. This relationship is well-known as ‘the balance sheet identity’model which was first mentioned by Landsman in 1986. Models based onthe relation between market value and book value have been usedcontinuously in market-based accounting research.

19

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 22: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

ISMAIL IBRAHIMIsu Islam SemasaKuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2004. 144 ms.ISBN 967-61-1555-X

Buku ini merupakan kumpulan artikel penulis yang disiarkan dalam kolumtetap Utusan Malaysia yang menyentuh pelbagai masalah yang melandaumat Islam hari ini. Isu dalam artikel-artikel yang dibincangkan meliputiaspek politik, sosial, ekonomi dan agama. Penulis memberi pandangandan analisis secara kritikal tentang isu yang dihadapi oleh umat Islam,cabarannya dan bagaimana untuk menangani permasalahan tersebut.Buku ini dapat membantu membuka minda para pembaca tentang isu-isu yang diperjelaskan.

NAZIRA MOHD NOORJalur PengorbananKuala Lumpur : Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd., 2004. 247 ms.ISBN 983-2567-27-0

Novel remaja Jalur Pengorbanan ini memaparkan kisah kehidupanmasyarakat yang terhimpit oleh kesempitan hidup yang mengharapkantitik peluh bagi meneruskan kehidupan. Watak utama novel ini Aisyah,seorang pelajar tingkatan lima terpaksa menghadapi dugaan hidupbersama kakaknya Rina dan adik-adiknya setelah kehilangan ayah di lautdan tekanan perasaan ibunya akibat kejadian tersebut. Namun, ianya telahdiselamatkan dengan bantuan Cikgu Firdaus yang akhirnya menjadi abangiparnya dengan membimbingnya dalam pelajaran dan membantumenguruskan kehidupan mereka sekeluarga. Sikap tamak bapa dan ibusaudaranya ternyata menggambarkan kisah sebenar segelintir manusiadi dalam masyarakat ini. Namun, akhirnya penderitaan mereka berakhirdengan sebuah kebahagiaan. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh golonganremaja sebagai pencetus semangat dalam menjalani kehidupan mereka

seharian.

20

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 23: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

CATHOILDA SIBINLara NatasyaCheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 362ms.ISBN 967-61-1585-1

Novel ini mengupas tentang kisah suka duka kehidupan seorang gadiskampung yang bernama Natasya. Rentetan ceritanya dimulakan denganmenggunakan kesan imbasan kembali watak utama terhadap peristiwayang pernah berlaku dalam hidupnya setelah ditipu oleh saudaranya sendiriuntuk menjadi pelacur kelas atasan di kota metropolitan. Klimaks kisahini adalah apabila Natasya hilang ingatan setelah ditimpa kemalanganketika cuba melarikan diri. Beliau telah dilanggar oleh ayah kandungnyasendiri yang telah lama ingin dicarinya namun tidak dikenalinya. Sinarbaru mula melimpahi kehidupannya setelah sindiket pelacuran tumpasdan Natasya dilamar lelaki yang tulus mengasihinya. Segala penderitaanyang terpaksa ditanggung olehnya berakhir dengan kebahagiaan dankegembiraan.

BERON,JOSEPHMasalah dan Cara Menyenggara KeretaKuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2003. 106 ms.ISBN 983-62-7315-8

Buku ini ditulis untuk memberi kesedaran kepada pemilik atau penggunakereta tentang perkembangan teknologi automotif masa kini. Ia jugamenerangkan tentang sistem dan komponen kereta, kerosakannya, tanda-tanda dan cara mengenali kerosakan atau diagnosis serta cara-caramengatasi dan memperbaiki kerosakan. Turut dimuatkan dalam buku iniialah maklumat yang penting seperti spesifikasi servis untuk model keretayang banyak terdapat di jalan raya masa kini. Buku ini amat bergunasebagai bahan rujukan pemilik atau pengguna kereta kerana ia dapatmembantu dalam penyenggaraan kereta. Ia juga sesuai digunakan sebagaibahan rujukan untuk pelajar teknik, institut kemahiran teknikal, pusat-pusatbelia, pusat pengajian tinggi, politeknik dan mekanik.

21

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 24: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

NASS ALINA NOAHMawarCheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 366ms.ISBN 967-61-1593-2

Mawar merupakan sebuah novel yang melakarkan kisah percintaanseorang gadis remaja yang diwasiatkan berkahwin dengan lelaki pilihanayahnya. Walaupun dalam keterpaksaan Mawar turuti juga wasiat tersebutdalam usianya yang masih mentah. Syarat telah dikenakan oleh Mawarterhadap suaminya. Beliau tidak mahu dirinya diketahui telah bersuami,beliau juga masih ingin meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebihtinggi dan selagi beliau tidak bersedia untuk menjadi isteri sepenuhnya,suaminya itu tidak boleh mengaku yang beliau adalah isterinya. Keadaanini telah merumitkan lagi keadaan hubungan mereka suami isteri. Pelbagaihalangan dan dugaan terpaksa mereka hadapi. Kesabaran serta sikappengasih suaminya akhirnya mampu melembutkan naluri perempuanMawar. Namun Mawar ego dengan keputusannya meminta agar suaminyamelepaskan dirinya sebagai balasan terhadap dosa serta sikapnyaterhadap suaminya selama ini. Mawar menyesali perbuatannya setelah

suaminya koma akibat kemalangan jalan raya.

MOHD. FADZILAH HAJI KAMSAH, AHMAD ZABIDI ABDUL RAZAK DANNOOR SHAMSHIDAR ZAKARIAMerancang KejayaanBentong : PTS Publications & Distributors,2004. 242 ms.ISBN 983-192-015-5

Sesuatu kejayaan bukan hanya diukur dari kejayaan akademik semata-mata tetapi turut meliputi kebijaksanaan, kekuatan kerohanian, kestabilanemosi dan kesihatan jasmani. Aspek penting bagi memperolehi sesuatukejayaan itu adalah keupayaan membuat perancangan. Buku MerancangKejayaan membincangkan kaedah-kaedah merancang kejayaan melaluikekuatan yang ada pada diri seseorang. Antara yang dibincangkan ialahmengurus diri, mengenali diri dan melakukan perubahan, menetapkanmatlamat diri, memahami halangan-halangan kejayaan, membinakemahiran untuk berjaya dan mengenalpasti kejayaan sebenar. Buku iniamat sesuai dibaca oleh pelajar, remaja dan individu yang ingin berjaya.

22

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 25: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

MOHAMED LATIFF MOHAMEDNostalgia Yang Hilang : Cerpen-Cerpen Pilihan 1982-2002Kuala Lumpur : Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd., 2004. 266 ms.ISBN 983-2567-29-7

Nostalgia yang hilang merupakan salah satu daripada cerpen yang telahdihasilkan oleh penulis yang dimuatkan dalam buku ini. Semua hasil tulisanbeliau di dalam buku ini merupakan pengalaman hidup yang dilakarkanmelalui 21 buah karya cerpennya. Cerpen-cerpen yang terdapat di dalambuku ini ialah Mondok, Lembu, Nostalgia Yang Hilang, Semut, Lalat danCacing, Nazar, Mahasiswa, Maut, Ibu, Komputer, Menggelongsor, Guru,Mayat Seorang Sahabat, Sasterawan, Cinta Gadis Korea, Temuduga,Yang Hilang, Surat Terakhir, Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong,Bangkai, Dapat Rumah dan Keimanan. Kesemua cerpen ini digarapdengan membawa pengertian yang berbeza-beza mengenai kehidupanyang dijalani penulis dan kisah yang berlaku dipersekitarannya.

ISMAIL HUSINOur waysKuala Lumpur : Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, 2004. 243 ms.ISBN 967-61-1627-0

Our Ways is a life journey of Ahmad bin Ali, a poor paddy farmer’s son ina remote village in Kedah. His story runs in tandem with the developmentsof a post-independent Malaya, later known as Malaysia. The story tells usof the business opportunities gained by Ahmad as a result of thegovernment’s policies, the difficult times he faced during the recession of1985, and the currency speculation crisis of 1997 and 1998. The authoralso narrated the ways of life and the aspirations of some of the very richand successful Malaysians resulting from Malaysia’s spectaculareconomic growth. Positive values like the need to strive for excellenceand the ability to cope with changes during good and bad times are revealedin the story.

23

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 26: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

AHMAD MARZUKI ISMAILPanduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah Di MalaysiaCheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 89ms.ISBN 967-61-1604-1

Panduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia merupakankesinambungan daripada buku siri pendidikan koperasi yang dihasilkanoleh penulis. Buku ini membincangkan tentang sejarah perkembangankoperasi di Malaysia, koperasi sekolah dalam sistem persekolahan diMalaysia, pentadbiran dan pengurusan koperasi sekolah, perancanganaktiviti koperasi sekolah, cabaran dan masalah dalam kegiatan koperasisekolah dan masa depan dalam gerakan koperasi sekolah. Ianya sesuaidijadikan panduan kepada pelajar dan guru yang terlibat dalam kegiatankoperasi sekolah bagi memastikan koperasi sekolah dapat berfungsiseperti mana yang sewajarnya.

ABD RAHIM ABD RASHIDPatriotisme: Agenda Pembinaan BangsaKuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors,2004. 178 ms.ISBN 967-61-1621-1

Buku ini merupakan cetusan pemikiran pengarang terhadap isu-isusemasa yang diolah dan dianalisa dalam konteks patriotisme. Buku inimencetuskan idealisme politik dan sosial yang boleh mendorongmasyarakat berfikir dan merenung perjuangan yang telah dilalui sepanjangsuku abad yang lalu. Buku ini turut memuatkan topik-topik semasa yangrelevan tentang perkembangan yang berlaku di Malaysia di sampingmenyorot isu patriotisme dalam konteks global bagi membuka pemikiranpembaca disamping membolehkan pembaca mengetahui apa yangberlaku di negara-negara lain dan mengambil iktibar serta mempelajarisesuatu yang penting untuk memperbaiki hala tuju perjuangan bangsaMalaysia. Buku ini sesuai dibaca dan digunakan sebagai bahan rujukanuntuk program pendidikan dan patriotisme bagi meningkatkan pengetahuandan kesedaran generasi muda terhadap perkembangan yang berlaku di

negara ini.

24

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 27: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

ZULKIFLI ISMAILPelajar Bestari 5TCheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 98ms.ISBN 967-61-1609-2

Siri Motivasi Dan Kecemerlangan Utusan ini mengkhususkan kepadakonsep pemikiran positif ke arah mencapai matlamat diri sertamasyarakat. Isi kandungannya mengupas tentang cara belajar yangsistematik bagi mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaanberdasarkan kepada konsep 5T. Ianya meliputi lima perkara yang perluuntuk menjadi pelajar bestari iaitu Tetapkan, Tinjauan, Terokaan, Tumpuandan Tujuan. Penulis menjelaskan kelima-lima konsep ini denganmenyediakan contoh yang mudah difahami dan diikuti. Buku ini amatsesuai bagi pelajar untuk merancang masa depan yang cemerlang denganmemilih bidang yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan masing-masing

AHMAD MARZUKI ISMAILPelajar Dalam Gerakan Koperasi SekolahKuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004. 37 msISBN 967-61-1605-X

Buku ini merupakan kesinambungan daripada buku Siri PendidikanKoperasi. Tujuan utama buku ini dihasilkan adalah bagi meningkatkanilmu dikalangan warga koperasi sekolah dalam pentadbiran danpengurusan koperasi sekolah yang merupakan landasan kepadakemajuan koperasi di Malaysia. Buku ini membincangkan tentang koperasisekolah masa kini, merealisasikan prinsip koperasi dalam diri anggota,peranan, hak dan tanggungjawab sebagai anggota koperasi, peranananggota pentadbiran dan pengurusan koperasi sekolah yang menyentuhtentang peranan sebagai anggota koperasi dan jawatankuasa audit dalam.Ianya sesuai dijadikan panduan kepada pelajar dan guru yang terlibatdalam koperasi sekolah bagi memastikan koperasi sekolah dapatberfungsi seperti mana yang sewajarnya.

25

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 28: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

ISMAIL ZAINPembelajaran Berbantukan Komputer : Integrasi Perisian HotPotatoesKuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors,2004. 168ms.ISBN 967-61-1578-9

Buku ini bertujuan memberi panduan kepada guru-guru yang inginmenghasilkan bahan pengajaran berasaskan komputer terutamanyadalam bentuk latihan. Ia dapat memberikan kemahiran asas kepada paraguru yang ingin menggunakan perisian Hot Potatoes iaitu salah satu alatpengarangan (authoring tool) yang boleh dimuat turun secara percuma.Perisian ini berasaskan web (web based) dan ia mampu mengintegrasipelbagai perisian lain dengan cara memautnya ke perisian tersebut.Huraian yang mudah berbentuk modul serta contoh-contoh tambahandalam bentuk lampiran serta strategik aplikasi dalam bilik darjahmemudahkan guru membina bahan pengajaran dan latihan.

Peneraju Warisan Gemilang : Koleksi Ucapan Dato’ Seri AbdullahAhmad BadawiKuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara, 2003. 281ms.ISBN 967-9933-97-0

Buku ini ialah koleksi teks ucapan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah AhmadBadawi, Semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysiasemenjak tahun 1999 hingga Oktober 2002. Koleksi teks ucapan iniditerbitkan bagi membolehkan pembaca terutamanya pegawai kerajaanmeneliti dan mengkaji idea, pemikiran dan pandangan Y.A.B. Dato’ SeriAbdullah dalam bidang ekonomi, perkhidmatan awam, pendidikan, sosial,politik, keselamatan dan hubungan luar. Dengan ini, pembaca dapatmenyelami gambaran sebenar hala tuju negara pada masa hadapan.Bagi anggota perkhidmatan awam, buku ini merupakan sumber yangpenting untuk merancang dan melaksanakan pembangunan negaraselaras dengan matlamat pemimpin utama negara.TALIB SAMAT

26

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 29: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

99 Nama Allah Tersohor: Khasiat & Cara BeramalKuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004.443ms.ISBN 967-61-1591-6

Buku 99 Nama Allah Tersohor ini mengupas tentang pengertian nama-nama Allah (Asmaul Husna) secara terperinci mengikut pelbagai tafsiranulama. Nama-nama Allah yang terunggul, termasyhur dan terindah, wajibdiketahui, dihayati dan diamalkan bagi mengukuhkan akidah umat Islam.Pada penghujung setiap pembahasan setiap nama Allah yangdikemukakan, ia turut disertakan pula dengan beberapa keistimewaantertentu. Perbincangan di dalam buku ini juga turut dihubungkaitkan dengancontoh-contoh yang jelas sama ada dipetik daripada Al-Quran, hadith,sejarah Islam dan kehidupan semasa untuk memudahkan kefahamanpembaca. Gaya penyampaian bahasa juga telah dikemaskinikan supayapembaca tidak terkeliru dengan edisi sulung buku ini yang berjudul 99Nama Allah Termasyhur’ (1983).

STEWART, BRIANSmashing Terrorism in the Malayan Emergency : The VitalContribution of the PoliceSubang Jaya: Pelanduk Publications, 2004. 377p.ISBN 967-978-888-1

This book depicts the vivid memories of Malayan Police officers who asyoung subalterns, played a major part in defeating the terrorist campaignlaunched by the Malayan Communist Party. It is a memorial to the policeof all ranks and many races who risked and sometimes gave their livesfor freedom. It also includes comments on Chin Peng’s My Side of Story(2003) and the performance of the Malayan Government of those days,quoting extensively from official archives. The author sees this book as aremarkable family history.

27

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 30: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

HAMIDAH MARSONOSoal Jawab Undang-Undang SyarikatBentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004. 208 ms.ISBN 983-192-297-4

Buku Soal Jawab Undang-undang Syarikat tulisan Hamidah Marsono inimerupakan sebuah buku yang dapat memudahkan pembaca memahamisecara ringkas mengenai undang-undang berhubung dengan pentadbiransyarikat. Seksyen-seksyen yang berkaitan dengan perkara yangdibincangkan pada nota hujung dibuat bagi memenuhi keperluan pembacayang ingin membuat rujukan berkenaan dengan peruntukkan undang-undang sedia ada. Apa yang pasti ianya sangat bersesuaian kepadagolongan ahli perniagaan dan juga individu lepasan sekolah yang mahuberkhidmat dengan sesebuah syarikat tetapi kurang memahami carasesebuah syarikat diuruskan.

WONG, RICHARD Y.K AND SOON, PHILEMON H.MSuccessful Financial Management For Small & Medium EnterprisesSubang Jaya: Sun Edition Communications, 2004. 251p.ISBN 983-41586-0-2

The authors of this book strive to highlight the various complexities andintricacies in running a business enterprise, to assist the aspiringentrepreneur, plan and manage his finances properly as his businessgrows. For those who are already involved in this exciting and challengingendeavour, this book acts as a timely checklist and reminder of the manyfinancial moves that he or she must perform diligently before meaningfulsuccess can be achieved. This book is divided into five sections; sectionone touches on planning for your business, section two talks about gettingthe necessary finances for your business and what financing instrumentsare available, section three discusses the best way to manage yourbusiness financially, section four focuses on financial planning for yourbusiness and the final section suggests areas where you can obtainfinancial assistance to develop the business further.

28

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 31: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

JOMO KWAME SUNDRAM DAN SHAMSULBAHRIAH KU AHMADTeori Pembangunan EkonomiCheras: Utusan Publicatons & Distributors, 2004. 94 ms.ISBN 967-61-1626-2

Buku ini merupakan salah satu daripada Siri Pengajian Dan PendidikanUtusan yang membincangkan kajian tentang teori dan pendekatan yangdigunakan dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Ianya diulasdengan menunjukkan aspek kelemahan dan kekurangan teori danpendekatan tersebut. Namun begitu teori tersebut tidak berjaya mengatasimasalah kemunduran dan pembangunan yang tidak seimbang. Huraiandalam buku ini merangkumi konsep, kaedah, teori dan teknik pengajaranserta pembelajaran untuk membentuk daya pemikiran yang kreatif dansistematis.

WAN MOHD. NAZIF NORITip dan Teknik Menggunakan MS Office & InternetBentong, Pahang : PTS Publications & Distributions, 2004. 204 ms.ISBN 983-192-075-9

Penulis buku ini ialah seorang pensyarah di Fakulti Perakaunan, UniversitiTeknologi MARA, Dungun, Terengganu. Buku ini memaparkan kaedahmenggunakan program Microsoft Word, Microsoft Excell dan Internet.Buku ini membincangkan secara terperinci pelbagai tugasan spesifik yangdapat dimudahkan pelaksanaannya dengan menggunakan ciri-ciri tertentuprogram-program terbabit. Buku ini disertakan dengan gambar rajah untukmemudahkan pembaca memahaminya.

29

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 32: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

ZAHARAH HAJI MAHMUDTraditional Landscapes of the Malays of the PeninsulaTanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris,2004. 263 msISBN 983-2063-06-X

Traditional Landscapes of the Malays of the Peninsula takes us throughthe traditional landscapes of Peninsula Malaysia through space and time.The readers are informed of the factors that have caused the changes inthe landscapes and those that remain to allow the readers to recognizethe ‘traditional’ element in the landscapes of the Malay Peninsula. Theauthor has linked the human and physical factors that have given rise tothe traditional landscapes of the Malaysia. Through the author’s approach,the readers are able to predict the directions of landscape changes in thefuture.

DANIAL ZAINAL ABIDIN7 Formula Individu CemerlangBentong : PTS Publications & Distributors, 2004. 365 ms.ISBN 983-192-350-2

Buku 7 Formula Individu Cemerlang merupakan kompilasi ceramahmotivasi oleh penulis yang telah disampaikan dalam rancangan radio PulauPinang, iaitu Rangsang Minda. Formula-formula motivasi dalam buku inidiasaskan daripada Al-Quran dan sunnah dan dikaitkan dengan kajiansemasa dalam pelbagai bidang terutamanya psikologi, sejarah, sainsperubatan dan pengurusan moden. Buku ini sesuai untuk bacaan setiaplapisan masyarakat terutamanya individu yang ingin mencari kekuatandiri dan berubah kepada kebaikan.

30

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 33: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

Judul-Judul Baru Yang Diperolehi

1. Ahmad Mahdzan Ayob. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi (edisi ketiga). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka,2005.314ms. ISBN 983-62-7709-9

2. Ahmad Mahdzan Ayob. Perancangan dan Penilaian: Projek Pembangunan. Tanjung Malim :Universiti Perguruan Sultan Idris,2005.203ms. ISBN 983-2620-47-3

3. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Berfikir Secara Logik & Kritis : Panduan MeningkatkanKetajaman Analisi dan Membuat Keputusan. Pahang : PTS Mileenna,2005. 291ms.ISBN 983-3372-48-1

4. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Anda Berfikir? Bagaimana?.(Siri Minda Kreatif).Bentong,Pahang : PTS Millenna Sdn.Bhd,2005.269ms. ISBN 983-3372-36-8

5. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Pandai Berfikir (Siri Minda Kreatif).Bentong, Pahang : PTSMillenna Sdn. Bhd.,2005.235ms. ISBN 983-3372-24-4

6. Assy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalatani (Penyusun). Al- Jauhar Al-Mauhub WaMunabbihat Al-Al-Qulub : Pertama Pemberian Yang Indah dan Menjaga Segala Hati YangLalai. Kuala Lumpur : Al-Hidayah,2005. 436ms. ISBN 983-0996-08-5

7. Basri Ibrahim Al-Hasani Al Azhari,Dr (Penterjemah). Keganasan Menurut Perspektif AgamaYahudi, Kristian & Islam.Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers,2005. 412ms.

8. Basri Ibrahim Al-Hasani Al Azhari,Dr (Penterjemah).Urusan kewangan Semasa : MenurutPerspektif Syariah Islam. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers,2005. 247ms.ISBN 983-09-9611-5

9. Best Practice In Human Resource Case Study 3 III : Leadership Development. Petaling Jaya :National Productivity Corporation, 2005. 47ms. ISBN 983-2025-09-5

10. Hendon Redzuan, Rubayah Yakob, Mohammad Abdul Hamid. Risiko dan Insurans. PetalingJaya : Prentice Hall,2005. 622ms. ISBN 983-2639-90-5

11. Ibnu Adam. Puri Ibu Adam+Gayah. Kuala Lumpur : IbnuAdam Studio Sdn Bhd,2005. 95ms.ISBN 983-4208-70-7

31

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 34: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

12. Irma Indayu Omar,Yushiana Mansor. Panduan Mencari Maklumat (Siri Teknologi Maklumat).Pahang : PTS Profesional Publishing,2005. 155ms. ISBN 983-3376-04-5

13. Maimunah Aminuddin.Human Resource Management 4th edition. Shah Alam : Penerbit FajarBakti, 2005. 248ms . ISBN 967-65-8250-6

14. Muhd.Abi Sofian Abd.Halim.Mengurus Gerai Pameran.Pahang : PTS Profesional Publishing,2005.158ms. ISBN 983-3376-09-6

15. Nazaruddin Ramli, Suriah Abdul Rahman. Koko dan Coklat : Sumber,Pemprosesan,NilaiPemakanan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. 187ms.ISBN 983-62-8031-6

16. Riaz Hassan (Editor). Local and Global : Social Transformatiom In Southeast Asia : Essay InHonour of Professor Syed Hussein Al Atas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka,2005. 330ms. ISBN 983-6287-58-2

17. Samsudin Wahab.Panduan Untuk Mengurus & Setiausaha. Pahang :PTS ProfesionalPublishing,2005. 295ms. ISBN 983-33-7602-9

18. Ungku Norulkamar Engku Ahmad [et al.].Tabiat Organisasi : Satu Dimensi Global. PetalingJaya : Prentice Hall Pearson Malaysia,2005. 184ms. ISBN 983-3205-33-X

19. Veerinderjeet Singh, Chow Chee Yen. Malaysian Taxation-Revision & Practice SecondEdition.Petaling Jaya : Prentice Hall,2005. 360ms. ISBN 983-2639-98-0

20. Wijaya Mala. Malam Di Ginza (Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. 184ms. ISBN 983-62-8420-6

32

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 35: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

SariPustakaPustaka

[ ]

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 36: PUSTAKA1(new) · 2020. 10. 14. · SariPustaka SHAHAROM TM SULAIMAN DAN SURIATI SAMSUDDIN Ada Apa Dengan Buku Cheras: Utusan Publications & Distributors, 2004. 264ms. ISBN 967-61-1616-5

[ ]

Bil: 1/2005

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA