punca punca pencemaran udara

Download Punca punca pencemaran udara

Post on 20-Jul-2015

71 views

Category:

Environment

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA DI SEMENYIH Pembakaran terbuka Asap Kenderaan Bermotor Pembangunan Pembakaran terbukaSalah satu faktor yang menjadi punca pencemaran udara di kawasan Semenyih ialah pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau dedaun pokok. Sesetengah penduduk pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Ada pula sesetengah pekebun yang membakar kawasan tamanan sebelum melakukan penanaman semula. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara dikawasan perumahan yang terlibat.

Asap kenderaan bermotorKenderaan motor adalah penyumbang utama pencemaran udara. Masyarakat moden di Semenyih amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan motor. Peningkatan jumlah kenderaan adalah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan yang buruk. Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor di Semenyih menyebabkan jumlah asap yang dilepaskan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal serta kotor dan berlakulah jerebu.PembangunanPembangunan pesat di Semenyih khasnya kawasan perumahan yang pesat membangun dan perindustrian kilang merupakan salah satu punca pencemaran udara. Banyak kawasan hutan telah diterokai untuk tujuan pembangunan ini. Contohnya,debu-debu yang dihasilkan dalam proses penbangunan boleh menyebabkan pencemaran udara. Selain dari itu, kilang-kilang juga melepaskan asap yang kotor dan bertoksik.