pulau pinang dan pbapp harap lebih liputan “berita ...€¦ · pulau pinang dan pbapp harap lebih...

7
Penang and PBAPP want more “water news”/ Page 1 of 4 26.9.2019 SIARAN MEDIA PULAU PINANG DAN PBAPP HARAP LEBIH LIPUTAN “BERITA BERKAITAN AIR” Laporan berita mengenai Ulu Muda, Sungai Muda dan Sungai Perak dalam tahun 2018 dan 2019 telah membantu memberikan beberapa hasil positif untuk kepentingan rakyat. PULAU PINANG, Khamis, 26.9.2019: Laporan berita mengenai isu air telah membantu menghentikan pembalakan di Ulu Muda, mencegah pencemaran air di Sungai Muda dan memulakan semula rundingan mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). Oleh itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 YB Dato’ Ir. Zaki Yuddin bin Abd. Rahman menggalakkan media massa untuk terus memberi tumpuan kepada “berita berkaitan air” untuk manfaat rakyat. “Jika kita melihat laporan berita mengenai Ulu Muda, Sungai Muda dan SPRWTS dalam tahun 2018 dan 2019, kita dapat melihat laporan media massa telah membantu mencapai keputusan yang positif, bijak-air,” katanya pada majlis Malam Media PBAPP 2019 di Hotel E & O di sini hari ini. YB Dato’ Ir. Zaki Yuddin berkata laporan berita itu mendorong Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Kedah mengumumkan larangan pembalakan di Ulu Muda pada September 2018. “Ulu Muda adalah kawasan hutan hujan yang kurang diketahui di Kedah sehinggalah media massa membantu Pulau Pinang dan PBAPP dengan memaparkan kepentingannya sebagai kawasan tadahan air utama bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya. Beliau berkata pendedahan pada Julai 2019 mengenai pembuangan sisa haram di Sidam Kiri, Kedah, juga menghalang ancaman pencemaran air untuk bekalan air di Pulau Pinang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada media massa kerana

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Penang and PBAPP want more “water news”/ Page 1 of 4

26.9.2019 SIARAN MEDIA PULAU PINANG DAN PBAPP HARAP LEBIH LIPUTAN “BERITA BERKAITAN AIR” • Laporan berita mengenai Ulu Muda, Sungai Muda dan Sungai

Perak dalam tahun 2018 dan 2019 telah membantu memberikan beberapa hasil positif untuk kepentingan rakyat.

PULAU PINANG, Khamis, 26.9.2019: Laporan berita mengenai isu air telah membantu menghentikan pembalakan di Ulu Muda, mencegah pencemaran air di Sungai Muda dan memulakan semula rundingan mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). Oleh itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 YB Dato’ Ir. Zaki Yuddin bin Abd. Rahman menggalakkan media massa untuk terus memberi tumpuan kepada “berita berkaitan air” untuk manfaat rakyat. “Jika kita melihat laporan berita mengenai Ulu Muda, Sungai Muda dan SPRWTS dalam tahun 2018 dan 2019, kita dapat melihat laporan media massa telah membantu mencapai keputusan yang positif, bijak-air,” katanya pada majlis Malam Media PBAPP 2019 di Hotel E & O di sini hari ini. YB Dato’ Ir. Zaki Yuddin berkata laporan berita itu mendorong Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Kedah mengumumkan larangan pembalakan di Ulu Muda pada September 2018. “Ulu Muda adalah kawasan hutan hujan yang kurang diketahui di Kedah sehinggalah media massa membantu Pulau Pinang dan PBAPP dengan memaparkan kepentingannya sebagai kawasan tadahan air utama bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya. Beliau berkata pendedahan pada Julai 2019 mengenai pembuangan sisa haram di Sidam Kiri, Kedah, juga menghalang ancaman pencemaran air untuk bekalan air di Pulau Pinang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada media massa kerana

Penang and PBAPP want more “water news”/ Page 2 of 4

mengetengahkan berita cadangan SPRWTS oleh Pulau Pinang. “Saya percaya berita SPRWTS telah menimbulkan minat awam yang besar terhadap perkara ini. Kepentingan awam pula, kini mendorong KATS untuk memberi perhatian kepada cadangan SPRWTS, setelah Kerajaan Persekutuan sebelum ini gagal melaksanakan skim ini selama 8 tahun.” YB Dato’ Ir. Zaki Yuddin berkata isu air harus ditonjolkan dalam media dan dibincangkan secara terbuka dengan semangat “Malaysia Bersih”, demi kepentingan rakyat. “Oleh itu, harap terus bantu kami fokuskan perhatian orang ramai, negeri-negeri jiran dan Kerajaan Persekutuan tentang fakta-fakta dan angka relevan berkaitan air,” katanya. Anugerah untuk Liputan Berita berkaitan Air 2018 – 2019 YB Dato’ Ir. Zaki Yuddin serta PBAPP dan Ketua Pegawai Eksekutif PBA Holdings Bhd Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa turut menyampaikan anugerah “penghargaan” kepada semua media, serta “anugerah berita air” kepada laporan berita dalam tempoh Januari 2018 hingga Ogos 2019. (Sila rujuk kepada “Lampiran A” untuk senarai penuh pemenang). Dato’ Ir. Jaseni mengucapkan terima kasih kepada media massa Malaysia yang memberi tumpuan kepada lebih banyak "berita air" dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau berkata ia disebabkan 5 faktor berikut: 1. Setiap rakyat Malaysia memerlukan dan menggunakan air setiap

hari. Oleh itu, isu-isu air mempunyai kesan besar terhadap kehidupan ramai orang, tanpa mengira kaum atau agama mereka, usia atau status sosial.

2. Orang ramai, ahli politik dan perniagaan hanya akan mengambil

berat tentang isu-isu air jika mereka tahu dan memahami bagaimana isu-isu ini memberi kesan langsung kepada mereka.

3. Untuk meyakinkan lebih ramai orang untuk jimat air, dan pemimpin

negara untuk memelihara hutan sebagai kawasan tadahan air, kita mesti mengingatkan mereka tentang fakta dan angka, serta menjelaskan mengapa, bila dan bagaimana untuk melakukannya.

Penang and PBAPP want more “water news”/ Page 3 of 4

4. Orang ramai hanya akan memberi reaksi terhadap ancaman air jika mereka diberitahu mengenainya. Pendedahan yang tepat pada masanya dapat membantu untuk mengelakkan krisis air. Walaupun krisis tidak dapat dielakkan, penyediaan maklumat tepat pada masanya dapat meminimumkan impaknya.

5. “Berita palsu” tentang air mesti ditangani secara membina, bagi

mengelakkan persepsi salah orang ramai dan mengelakkan panik. “Hari ini, kita hidup dalam era aplikasi mudah alih dan media sosial; Internet TV serta membeli-belah dalam talian. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita masih dihidangkan dengan berita catuan air yang menjejaskan berjuta-juta rakyat Malaysia di beberapa negeri,” tambah Dato’ Ir. Jaseni. “Jadi, saya fikir kita memerlukan lebih banyak berita air, agar lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih berpengetahuan, lebih peduli dan lebih banyak bercakap tentang air. Dengan berbuat demikian, kita juga boleh menggalakkan Kerajaan Persekutuan bertindak lebih tegas dalam membantu kita mengurus air dengan berkesan, memberikan khidmat awam yang baik serta mementingkan kelestarian. “Kita perlu memastikan tiada catuan air di Malaysia pada masa akan datang untuk kepentingan kita, anak-anak serta cucu-cicit seterusnya,” katanya. ___________________________________________________________ Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah

Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]

Penang and PBAPP want more “water news”/ Page 4 of 4

APPENDIX A MALAM MEDIA PBAPP 2019: OUTSTANDING “WATER NEWS” AWARDS (berita media yang diterbitkan dalam tempoh Januari 2018 – 2019) LAPORAN BERITA Tarikh Tajuk berita Media 1 21.1.2018 Bekalan air bersih di tiga negeri

terancam Kosmo

2 21.4.2019 Logging near water catchment The Star 3 26.6.2019 Pipe burst in Sungai Dua Water

Treatment Plant; water supply restored after overnight repairs

Kwong Wah Yit Poh

4 27.7.2019 Sea of waste found on the banks of Sungai Muda

FMT

FOTOGRAFI Tarikh Tajuk berita Media 1 29.3.2019 Ulu Muda must never go under The Star 2 13.5.2019 Ulu Muda terancam Berita Harian 3 27.7.2019 Sea of waste found on the banks of

Sungai Muda FMT

Setiap anugerah beserta cek bernilai RM1,000 untuk diserahkan kepada badan amal yang dipilih oleh pemenang.