pt3 geografi 2014

2
PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu : 1. Perancangan (10 markah) : Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh- sungguh untuk mendapatkan markah penuh. : Perancangan merangkumi : Jadual Kerja Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir) Objektif Kajian Kaedah Kajian 2. Proses Awal (20 markah) : Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan. : Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh. : Proses awal perlulah ada : sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian senarai rujukan gambar jika berkenaan 3. Proses Akhir (70 markah) : Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut : Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh. Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.

Upload: windy-tan

Post on 16-Dec-2015

96 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kerangka pelaksanaan folio geografi

TRANSCRIPT

PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan

Terdapat 3 bahagian dalam tugasan diPT3 Geografiiaitu :

1. Perancangan (10 markah): Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh.: Perancangan merangkumi :

Jadual Kerja Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir) Objektif Kajian Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah): Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.: Proses awal perlulah ada : sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian senarai rujukan gambar jika berkenaan

3. Proses Akhir (70 markah): Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut : Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh. Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian. Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian.Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian. Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh.

Tempoh masa yang diberi adalah dari 1 hingga 18 Julai 2014.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~