psikologi sukan

Upload: nana-fawzi

Post on 08-Mar-2016

58 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPsikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukanyang cukup menarik serta mendapat perhatian umum bahawa psikilogi sukan merupakansatu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminatsukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan prosesmemilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dankeupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan,proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologisukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membinastrategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telahmenjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktorpsikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin.Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkanbiomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihatkesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif merekayang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurutpakar psikologi sukan, bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranyamenjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsippsikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Selain itu psikologi sukan merupakan satu bidangkajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan danpergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukandengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai sertapenonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikanatau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.1.2 Sejarah Psikologi SukanUntuk mendalami dan memahami bidang psikologi sukan, kita harus mengetahui sejarahperkembangan bidang yang masih dianggap baru ini. Menurut Williams dan Straub(1993), bidang psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar25 tahun yang lalu. Kita boleh membandingkan bidang ini dengan bidang sukan yanglain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi sukanmerupakan bidang yang masih baru.Untuk memastikan kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett menjalankan kajian yangsama dalam makmal. Beliau meminta kanak-kanak yang terlibat dalam kajian mengayuhbasikal selaju yang boleh secara bersendirianserta beramai-ramai. Hasilnya samadengan apa yang beliau dapati dengan pelumba basikal. Beliau merumuskan bahawapelumba basikal yang bersaing dengan pelumba basikal yang lainmencatatkan masayang lebih pantas daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian disebabkan kesandari fasilitasi sosial.Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan (1965) telahmemperlihatkan kewujudan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (Internationalsociety of Sport Psychology) yang mana telah menjadi pemangkin kepada penubuhanpersatuan psikologi sukan yang lain. Pada tahun 1967 juga lahirnya Persatuan PsikologiSukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi sukan.Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan telah ditubuhkan pada tahun1985 bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan(pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal). Bidang psikologi sukan juga diperkenalkandi negara kita apabila ia mula didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus dalambidang pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia (Universiti Pertanian Malaysia)pada awal 1980-an. Disamping itu, punubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) Juga adalahbertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang sukan telah menbantumempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN juga telah mewujudkan Unit PsikologiSukan serta menghantar pegawai MSN ke luar negara bagi mendalami bidang ini untukmembantu persiapan atlet negara supaya menladi pemangkin kepada perkembanganbidang ini di Malaysia.

Tugas Dan Peranan Ahli Psikologi Sukan

Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun 1983yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahlipsikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaituahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan penyelidikpsikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat dua kategoriahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan klinikal danpendidik psikologi sukan.

1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan

(a) Ahli psikologi sukan klinikal

Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal.Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang manaberkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologisukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personalitiserta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yangteruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam jangkamasa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah mendaftarsebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen untukmenjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani masalah mereka.

(b) Pendidikan psikologi sukan

Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapatlatihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka berkemahiran sertamempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagaitenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam pengajarankursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat rundingcaraterhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti imageri, strategidaya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus kepada jurulatih yangbertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu. Tugas mereka lebihkepada jurulatih mental iaitu membantu individu yang terbabit dengan sukan tentangcara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing. Selain itu,mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan peringkat sarjana dalam bidangpsikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap perubahanilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.

2. Penyelidik Psikologi Sukan

Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan dankemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian yangdijalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah penting demimemastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat perhatian yangwajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan kepada merekayang terlibat. Sumbangan ahli psikologi sukan gunaan banyak bergantung kepada hasilkajian penyelidikan psikologi sukan. Kedua-duanya saling bantu-membantu dalammenegakkan bidang ini. Lazimnya, kelayakan diperingkat sarjana dan doktor falsafahdiperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat menyelidik serta mengkaji isu-isu sepertimotivasi, konsentrasi, keagresifan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan psikologisukan. Penyelidikan ini juga mestilah menunjukkan bukti kesarjanaan bidangpenyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan dengan sukan dan latihan. Selain itu, merekaperlu menjalankan kajian seterusnya menerbitkan hasil kajian serta mempersembahkanhasil dapatan kajian dalam konferens profesional.

1.3 Etika Dalam Psikologi Sukan

Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun jurulatih mentalini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalambidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita bagi memastikankhidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang memerlukankhidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh merekayang terlibat. Seterusnya topic perbincangan ini akan membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet sertajurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai orangtelah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi sukan telahmenunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang bergiat dalamsukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan prestasi sertamencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan.

Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi sukanyangdapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yangmembanggakan. Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologisukan ataupun menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih belumboleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan sertaberkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukankepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badanakreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional yanglain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawaanda bebas menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan.Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakanminimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi sukanbimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan teori sertateknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahirdalam bidang ini. Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang meraguiperanan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet ataupasukan sukan.

Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologisukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yangbersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang caramelakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan. Dalam konteks ini,guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang bolehmelaksanakan tugas ini . Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahlipsikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal sepertimemberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi danmental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukanmempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugastersebut.

Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika,satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukanyang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat(North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity).

2.0 Latihan IamgeriPengenalanPenggunaan latihan mental dalam proses perolehan dan penguasaan sesuatu kemahiranmotor bukanlah satu fenomena baru. Salah satu bentuk latihan mental ialah latihan imageri.Latihan imageri memberi peluang kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalahtertentu dengan cara mengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepandengan masalah berkenaan secara nyata. Latihan imageri sering digunakan bagimempelajari kemahiran baru disamping dapat mempertingkatkan prestasi atlet. Perananlatihan imageri untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan, mengawal diri,mengenalpasti masalah dan memotivasikan selain daripada membolehkan seseoorang itumerasakan sesuatu kejayaan..Imageri adalah suatu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara simbolikdalam minda. Barbara Brown dalam bukunya 'Supermind' pula menyatakan bahawa imagerisebagai tenaga asas, yang membantu setiap individu dalam keupayaan mencipta, ataumereka dan reka bentuk semula, gambaran dalam mata minda untuk perlakuan sebenarpada masa, dan tempat tertentu kelak. Daya imaginasi selaku titik tolak mekanisme prosesimageri. Rangsangan pelbagai deria digambarkan sebagai input imageri. Gambaran atauimageri yang terbentuk simbolik terhasil dalam minda sebagai output interaksiantara cue yang relevan dengan sistem memori. Imageri mental merupakan salah satukombinasi latihan fizikal dan latihan mental yang memberi kesan kepada aplikasi kemahirandan persediaan untuk peningkatan prestasi.

Imageri adalah langkah peralihan proses minda, kepada realiti yang dapat diterangkansecara fisiologi. Sungguhpun demikian, ia masih tertakluk pada teori-teori yang dipegang.Rangsangan imageri terbentuk dalam minda (otak) hasil daripada kehendak kinestetikdalam tubuh badan dan berlandaskan pengalaman pelbagai sensori. Pemilihan danpembentukan imageri (contohnya kemahiran menjaring) berlandaskan skema memori.Program gerak balas (menjaring) di girus prasentral. Unit motor dihantar melaluisel purkinje dan ekstra pyramidal ke saraf tunjang melalui eferen. Neuron motor menghantar unit motor ke otot yang relevan. (contohnya flesor dotorum profundus di lengan bawah tangan). Unit-unit motor direkrut dan neuron motor menghasilkan maklumat kinestetik contohnya sendi pergelangan tangan mengalami tindakan daya otot dan sedia untuk pergerakan.

Daya hasilan rekrut unit-unit motor cukup besar neuron motor menghasilkan kuncupan ototyang nyata sebagai perlakuan kemahiran fizikal. Lintasan pyramidal (pyramid tract) terbinadaripada akson motor yang berpunca dari korteks motor, melintasi otot tengah pons danpyramid di medulla sebelum bersinaps pada neuron motor di korda spina (saraf tunjang).Memori fakta adalah kebolehan pembelajaran dan ingat semula maklumat di kortekscerebral sementara memori kemahiran yang terletak di korteks cerebral adalahpembelajaran kemahiran motor yang dilakukan tanpa pemikiran yang sebenar. Skemamemori yang relevan akan diperoleh semula dari stor memori jangka panjang ke stormemori kerja semasa pembentukan imageri. Hasil proses mencipta atau reka semulaadalah gambaran imageri yang timbul dalam minda. Struktur keperluan bagi lingkaranmemori fakta termasuk amygdala dan hippocampus, diencephalon, prefrontal. cortek dan basal forebrain. Oleh sebab memori kemahiran adalah tanpa pemikiran yang sebenar,lingkarannya terus dari amygdala dan luppocampus ke basal forebram. Maklum balas daribasal forebrain dihantar ke cortical sensori area sebagai pelengkap lingkaran.Pengalaman sensori berada di cortical sensory area mengikut pola masing masing.Amygdala dan hippocampus berfungsi sebagai pusat pengumpulan maklumat,diencephalons sebagai pusat kawalan lalu menghantar maklumat maklumat untukpembentukan keputusan di prefrontal cortex; hasil proses ini ke basal forebrain. RembesanAcetycholine (Ach) di basal forebrain menghantar ke sensory cortex sebagai persepsiterhadap imageri yang akan dibentuk.

Terdapat dua pendapat utama mengenai imageri. Golongan pikturalist mengatakan imagerimerupakan imej yang terpapar dalam minda adalah sebenar yang terbentuk / lahir dalamminda seolah-olah kita melihat benda tersebut berada di depan mata. Manakala golongandiskripsi pula berpendapat ianya merupakan gambaran grafik yangg diterjemahkanmenerusi bahasa yang dibayangkan di dalam minda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat,pada dasarnya imageri boleh diertikan sebagai bahasa minda. Imageri merupakan salahsatu cara latihan yang berkesan digunakan keatas seseorang atlet sekiranya mereka tidakdapat melakukan latihan fizikal yang sebenar kerana kecederaan. Selain itu ianya juga bolehdigunakan sewaktu waktu pertandingan itu sendiri. Penggunaan latihan imageridikombinasikan dengann latihan fizikal yang lain mampu meningkatkan prestasi atletataupun sesuatu tugasan yang melibatkan kognitif

2.1 Bagaimana Imageri Berfungsi

Terdapat tiga pendekatan yang utama bagi menjelaskan lagi mengenai fungsi imageri iniIaitu:i. Teori Psikoneuromuskular (psikologi + saraf)

Menurut teori ini, proses imageri akan menghasilkan corak yang hampir sama denganpergerakan yang sebenar. Ianya berrpunca arahan dari otak dan seterusnya kepada ototyang terlibat, samaada otot tangan, kaki dan sebagainya.. ianya melibatkan satu arahanefferen yang paling seminimum yang mungkin dari otak sehinggalah arahan yang palingmaksimum. terdapatnya peningkatan arus eletrik dibahagian otot yang terlibat apabilaberlakunya sesuatu proses imageri, samada proses iti secara visual ataupun kinestetik.Berdasarkan pendekatan tersebut, ianya dapat menerangkan lagi mengenai kewujudanskema pergerakan motor yang terhasil dari proses imageri ini.

Ii. Teori Pembelajaran Simbolik

Berdasarkan teori ini pula, proses imageri akan terbentuk apabila seseorang individu telahmerancang pergerakan yang akan dilakukan secara lebih awal lagi. Perkara sepertimatlamat pergerakan, sekuen pergerakan motor dan pergerakan alaternatif telah dirancangatau diprogramkan secara kognitif sebelum sesuatu pergerakan fizikal yang sebenarnyadibuat. Contohnya dalam permainan badminton, pemain dalam keadaan sedia untukmenerima servis lawan, pemain tersebut telah merancang pukulan yang akan mematikanservis lawanya itu. Andaikata servis pihal lawan Berjaya, pemain tersebut harus merancanggerakan atau pukulan untuk menerima servis yang berikutnya. Oleh yang demikian, segalapentuk perancangan strategi yang dibentuk atau dilatih secara kognitif , dilakukan secaraberulang kali membolehkan pemain akan membuat respon yang tepat apabila ianya diperlukan.

ii. Teori Kebangkitan dan Tumpuan

Teori ini pula menggabungkan Teori Pembelajaran Simbolik dan juga TeoriPsikoneuromuskular. Melalui penggabungan, imageri akan membantu seseorang atletmeningkatkan pencapaian ataupun kemahiran mereka dalam sukan secara kognitifmahupun fisiologi. Ini kerana melalui pendekatan kognitif, proses imageri ini akan membantu para atlet untuk lebih fokus lebih khusus kepada tugasan yang akan dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada kiu yang relevan dipersekitaranya. Manakala pendekatan fisiologi pula merujuk kepada proses mengawal sesuatu kebangkitan agar ia berada pada tahap yang optimum yang diperlukan untuk menghasilkan prestasi yang lebih optimum.

Berdasarkan ketiga-tiga pendekatan teori ini, ianya telah banyak membantu atlet, jurulatihdan yang berkenaan dalam bidang sukan supaya lebih faham mengapa latihan mentalseperti imageri ini amat berkesan dalam meningkatkan prestasi atlet dalam sukan yangmereka ceburi. Selain itu para jurulatih juga haruslah banyak menggunakan latihan imageriini supaya atlet mereka lebih yakin terhadap diri sendiri dan mutu persembahan mereka.

2. 3 Jenis-Jenis ImageriSecara umumnya imageri ini terbahagi kepada dua jenis iaitu imageri dalaman dan jugaimageri luaran. Pada dasarnya kedua-duanya melibatkan bayangan.i. Imageri dalamanImageri ini berlaku apabila seseorang itu dapat merasa pergerakan seperti diri sendiri yangmelakukannya.( Neuromuscular). Contohnya cuba bayangkan anda sedang bersedia untukmenjaringkan gol dalam permainan bola jaring. Tangan kanan diangkat atas kepala danmemegang bola. Manakala mata tertumpu kepada jarring dan tiang gol. Anda dapatmerasakan kaki dan tangan anda sedang sedikit bengkok dan dan seterusnya boladilambung tinggi dan bola tersebut masuk kedalam jarring, dan anda dapat menjaringkangol. Sekiranya anda dapat merasai setiap pergerakan yang dilakukan seperti anda sendirisedang melakukannya, bermakna imageri dalaman sedang berlaku.ii. Imageri luaranImageri luaran pula berlaku apabila seseorang hanya melihat pergerakan tersebut.Pergerakan tersebut dapat dilihat dengan jelas, namun demikian beliau tidak dapat merasaisensasi pergerakan tersebut. Dalam erti kata lain beliau tidak dapat merasa berat bola,perlakuan yang dibuat berdasarkan pergerakan yang beliau lihat. Pada tahap ini seseorangitu sedang beroperasi secara visual. Ini kerana seseorang itu dapat melihat setiappergerakan dengan jelas, samada dalam telivesyen, di stadium dan sebagainya. Namundemikian beliau tidak merasai sensasi perlakuan yang beliau lihat.Banyak kajian mengenai imageri telah dibuat, dan berdasarkan kepada kajian ini telahmendapati bahawa imageri dalaman telah menghasilkan kesan yang lebih positif. Ini keranaianya banyak digunakan oleh atlet elit berbanding dengan atlet novis. Melalui penggunaanimageri dalaman ini juga ia banyak menghasilkan impuls eletrik yang disukat pada bahagianotot yang terbabit. Namun demikian, beberapa pengkaji menjelaskan bahawa kedua-duapenggunaan imageri ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ini kerana kedua-dua imageriini digunakan oleh atlet agar dapat membantu mereka meningkatkan prestasi dalam sukanmasing-masing.

2.5 Kegunaan ImageriImageri mental adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menguasai kemahiran mentalimageri ini memerlukan usaha, konsentrasi, disiplin dan latihan yang cukup. Imageri adalahsatu teknik mental yang boleh digunakan untuk memperoleh kemahiran, meningkatkankemahiran dan menyelesaikan masalah di dalam mindanya sebelum sesuatu pertandingandan pemulihan kecederaan.

i. Pemerolehan KemahiranSesuatu kemahiran baru boleh diperoleh dengan melakukan latihan imageri. Apabilaseseorang atlet dapat menguasai latihan imageri, maka dia dapat menguasai atau 'visualizdengan mudah. Dalam seni imageri perhatian hendaklah diberi kepada perbezaan sesuatuaksi yang baru dengan yang sedia ada pada pemain. Imageri digunakan sebaik sahajaselepas latihan fizikal atau atau di antaranya adalah lebih berkesan. Contoh : Pemain tenisyang ditunjukkan dengan variasi servis yang baru dapat mempercepatkan proses integrasikemahiran baru itu ke dalam permainannya. Ini dapat dilihat dengan melakukan 10 minitlatihan imageri servis setiap petang dan melakukan servis 50 biji bola dalam latihan setiappagi. Pada peringkat elit, belajar kemahiran baru tidak diperlukan selalu, tetapi terdapatbanyak situasi yang memerlukan teknik imageri untuk memastikan kemahiran yang adaditingkatkan atau dikekalkan pada tahap yang baik. Contoh: Teknik ini boleh digunakansemasa perjalanan jauh ke luar negeri, banyak masa dihabiskan di dalam kapal. terbangatau kenderaan. di mana tidak ada peluang untuk berlatih.Imageri mental juga boleh digunakan sebagai reviu untuk mengulang tayang keseluruhanatau sebahagian daripada prestasi yang telah dilakukan. Reviu digunakan untukmenekankan sama ada aspek aspek positif atau negatif. Mengesan kelemahan dankesilapan dan diganti dengan respons respons yang betul. Biasanya reviu digunakanselepas sesuatu acara.ii. PertandinganMental imageri boleh digunakan untuk menyediakan tahap kognitif atlet untuk sesi latihandan pertandingan akan datang. Imageri boleh menjadi alat bantuan untuk membuat danlatihan berdasarkan situasi pertandingan yang sebenar. Contoh : Di Rusia, pegawai-pegawaisukan mereka telah mengambil gambar gambar kemudahan sukan di Montreal dan gambargambar ini telah dikaji oleh atlet atlet mereka. Walaupun mereka tidak pernah ke Montreal,gambar gambar tersebut dapat membantu mereka membayangkan seolah olah merekasedang beraksi di sana. Tujuannya adalah untuk mengadaptasikan diri mereka denganpersekitaran pertandingan.Imageri digunakan untuk membantu atlet membuat gambaran strategi sesuatu pertandingandan berlatih untuk meningkatkan aspek aspek berkaitan permainan. Ini adalah untukmembiasakan mereka dengan peranan ahli pasukan di samping dapat memantapkanperanan sendiri.Contoh : Ahli pasukan bola keranjang boleh menggunakan imageri untukmeningkatkan strategi pertandingan yang baru. Beberapa alternatif strategi mesti diadakan sebab setiap pasukan lawan bermain dalam situasi sebenar. Melalui imageri, mereka bolehmempertajamkan strategi pasukan mereka.Mental imageri boleh digunakan sebagai previu yang dilakukan beberapa minit sebelumpertandingan. Ini lebih mudah dilakuan dalam kemahiran tertutup seperti gimnastik. Atletakan dapat mengetahui dengan tepat apa aksi atau pergerakan yang terlibat. Gambarankeseluruhan rutin pergerakan dapat membantu siri pergerakan yang lebih automatik. Jadisemasa persembahan, fokus ditumpukan kepada transisi pergerakan yang sukar dalamtugas seperti gimnastik. Contoh: Dwight Stones, seorang atlet lompat tinggi Olimpik telahmenggunakan imageri mental di sepanjang kerjayanya. Sebelum melakukan lompatan.Stones akan merenung palang lompat tinggi sambil melakukan imageri mental. la akanmembayangkan dirinya melakukan lompatan dengan teknik yang betul dan tepat. Padaperingkat pertandingan reviu melalui imageri juga boleh digunakan bagi mengesankelemahan dan kesilapan, seterusnya tindakan yang betul dapat diambil untuk pertandinganberikutnya.

iii. Penyelesaian MasalahImageri juga digunakan untuk mengamati atau memeriksa rutin atau kemahiran untukmengesan masalah dan membetulkannya dalam sesi latihan atau pertandingan. Atlet bolehmenggambarkan dari pelbagai sudut pada kadar normal dalam. imageri untuk mengesan dimana masalah itu berlaku. Setelah dikenal pasti masalah tersebut, maka atlet itu bolehlahmenggunakan latihan sebahagian kepada keseluruhan (part to whole) dalam latihanimagerinya sehingga ianya dilakukan dengan konsisten.

iv. Pemulihan Dari kecederaanLatihan imageri mental boleh digunakan semasa pemulihan dari kecederaan atau bila bilamasa latihan fizikal tidak dapat dijalankan. Kebanyakan atlet yang tidak dapat beraksi bolehmelakukan latihan mental melalui pemerhatian. Mental imageri digunakan untuk 'cope'dengan sakit di tempat kecederaan yang dialami. Ini boleh mempercepatkan pemulihanserta melindungi kemahiran kemahiran fizikalnya daripada merosot. Satu teknik yangberkesan untuk mempercepatkan kesakitan atau kecederaan sembuh adalah denganmenggunakan visual untuk meningkatkan bekalan darah pada anggota yang cedera. Inibergantung pada keupayaan konsentrasi. Untuk mengatasi kesakitan anda bolehmenggambarkan anda berada di satu tempat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Iniboleh mengelakkan anda, dari merasai sakit yang dialami. Untuk melakukan semua ini, atletitu perlu belajar mengawal konsentrasi dan bagaimana hendak mengekalkan imej.

2.6 Latihan Mental ( Imageri )Dalam permainan bola sepak kekuatan dari segi mental amat penting bagi mencapaisatu kejayaan atau satu matlamat. Sebagai seorang jurulatih bola sepak harus tahu akankemampuan setiap pemain yang mengalas posisi masing-masing. Apa yang kita tahu pasalbola sepak hanyalah tending, sepak, hantar dan gol, tetapi bagi mencapai gol harus bermuladari latihan. Seorang jurulatih yang mendalami bidang bola sepak tahu bagaimana carauntuk memastikan kejayaan dapat dicapai. Di Malaysia sahaja kita boleh lihat bahawa mutubola sepak meningkat kebelakangan ini, hal ini disebabkan oleh jurulatih yangberpengalaman dan berpengatahuan yang dimport sendiri dari laur Negara. Banyak jurulatihyang tahu melatih bola sepak, tetapi di Malaysia jurulatih yang berpengatahuan danberkelayakan terhad, pekara ini yang menyebabkan kita terpaksa mencari jurulatih dari luarNegara .Dalam bola sepak terdapat banyak jenis latihan yang mana latihan tertumpu kepada fizikalsahaja, tetapi kita lihat diluar Negara , banyak jenis latihan yang diterapkan kepada pemainhal ini disebabkan seorang jurulatih yang berilmu pengatahuan. Saya ingin tekankan disiniberkaitan dengan latihan menta juga dikenali latihan Imageri. Latihan imageri memberipeluang kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah tertentu dengan caramengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepan dengan masalahberkenaan secara nyata. Latihan imageri sering digunakan bagi mempelajari kemahiranbaru disamping dapat mempertingkatkan prestasi atlet.Selain itu iamgeri ialah tentangperanan latihan imageri untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan, mengawal diri,mengenalpasti masalah dan memotivasikan selain daripada membolehkan seseoorang itumerasakan sesuatu kejayaan.Latihan imageri ini harus ada dalam setiap pasukan bola sepak, kerana dalam bola sepakpelbagai situasi yang kita akan jumpa, contohnya tekanan, emosi dan yang paling pentingkebangkitan. Apabila latihan imageri di buat dalam satu pasukan ia akan melatih pemainuntuk berimaginasi dengan diri sendiri. Latihan seperti ini boleh diterapkan dalam sesilatihan agar pemain dapat mengenal diri, kebolehan, kekuatan bagi mencapai kejayaan.Saya ingin memberi contoh pemain bola berimaginasi dalam situasi tetekan, tekanan akantimbul apabila emosi seseorang pemain tidak terkawal, pekara ini biasanya berlaku apabilapasukan ketingalan gol. Dengan imageri, seseorangpemain itu boleh mengawal emosi dantekanan yang diahdapi contoh pasukan bola sepak yang terkenal didunia iaitu ManchesterUnited , ketika itu Manchester Unitet ketingalan gol dengan Manchester City, kita dapat lihattekanan yang diahadapi oleh pemain Manchester united, pada minit terakhir ManchesterUnited dihadiahkan sepakan percuma , dan Sir Alex Furguson mengarahkan Robin VanPersie untuk mengambil sepakan percuma, apa yang kita lihat Robin Van Persie mengambilmasa untuk tenang dan berimaginasi seketika, kerana ketika dalam situasi tertekan kitaharus mengawal tekanan tersebut. Selepas saja bebrapa saat Robin Van Persie tenang,beliau melepaskan tendangan dan terkena sedekit banteng lawan lalu bola menuju kegawang gol, dan kita lihat satu kebangkitan pada minit-minit akhir perlawanan.Saya cuba untuk berimaginasi dalam situasi tekanan, saya membayangkan diri saya sepertiseorang bintang yang ditugaskan untuk mengambil sepakan percuma pada minit-minitterakhir, dalam situasi itu saya cuba kurangkan tekanan yang saya hadapi agar tidakmemganggu perlakuan saya. Saya akan membyangkan diri saya ini sebagai ChristianoRonaldo ketika mengambil sepakan percuma, lalu saya akan membayangkan tendangansaya melepasi banteng lawan dan bola menuju ke penjuru gawang lalu gol terhasil padaminit-minit terakhir perlawanan. Kepuasan diri akan terhasil atas kebangkitan. Situasi sepertiini sering berlaku dalam bola sepak peluang dalam menjaringkan gol akan terhidang dalampelbagai situasi dan keadaan.

4.0 Kepentingan Psikologi dan Sosiologi SukanPsikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yangcukup menarik serta mendapat perhatian umum Psikilogi sukan merupakan satu bidangyang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukanmemberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan prosesmemilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dankeupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-outlawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi olehatlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atletserta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Pengkaji dalam bidang ini sangat berminat dalam peningkatan psikologi yang dapatmempengaruhi kehidupan manusia melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dansukan. Pendekatan ini boleh dilihat sebagai satu petunjuk dan perubahan positif yangberlaku dalam diri atlet dalam menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar,potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkinkepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Beberapa penemuankesan psikologi ini memberi manfaat kepada penglibatan dalam aktiviti sukan. Salahsatunya seperti peningkatan keyakinan diri dan kefahaman konsep kendiri yang dapatmembantu pengekalan penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan.Terdapat tiga cabang utama bagi pengamal psikologi sukan iaitu klinikal, pendidikan danpenyelidikan. Sebagai seorang pengamal psikologi perlu mempunyai latarbelakangakademik yang berkaitan dengan psikologi, psikiatri dan bidang berkaitan. Pengamaljuga perlu mempunyai pengalaman bekerja dengan atlet dan jurulatih.Dari sudut psikologi, kepentingannya dapat dilihat iaitu, membolehkan jurulatihmemahami bertingkah laku atlet, sebelum semasa dan selepas sesuatu pertandingan.Dalam hal itu, psikologi akan membantu atlet lebih memahami diri mereka sendiri, sertamembantu jurulatih merancang kaedah yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkanmasalah yang timbul, daripada diri atlet itu sendiri. Oleh itu, dengan wujudnya kajianberkaitan dengan psikologi, penggkaji dapat memberi bantuan kepada jurulatih padamasa kini untuk memberikan kaedah yang sesuai untukatlet bagi mengurangkanmasalah yang timbul daripada dalam diri atlet itu sendiri.Antara kepentingan lain yang dapat dikenalpasti ialah, Melalui kajian tentangpertumbuhan dan perkembangan manusia, jurulatih dapat mengetahui tahapperkembangan atlet daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, jurulatihdapat merancang latihan yang sesuai berdasarkan kepada perkembangan seseorangatlet. Dalam hal ini, sebagai seorang jurulatih, sewajarkan mengetahui, jenis tubuhbadan serta bakat yang ada dalam diri seseorang atlet. Contohnya, dari segiperkembangan fizikal atlet iaitu, dari sudut perkembangan bentuk badan atlet itu sendiri.Teori somatotypes ini menyatakan bahawa manusia secara umumnya terbahagi kepada3 kategori rupa bentuk yang dikelaskan mengikut 3 jenis lapisan tisu dalam tubuh badanEndomorph, Mesomorph, Ectomorph. Jurulatih akan dapat menilai atlet berdasarkankajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam psikologi sukan.17Selain itu, psikolgi sukan berkepentingan dalam mengumpul maklumat murid sertamembolehkan seseorang jurulatih mengkaji atlet tersebut berdasarkan masalahpsikologi. Bidang psikologi sukan dapat menyatakan, menerangkan dan membuatandaian berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan. Hal ini amat penting dalamperkembangan sukan kerana, atlet seringkali akan menghadapi masalah psikologi dalampelbagai situasi. Oleh yang demikian, amat penting psikologi sukan diterapkan dalam diriseseorang atlet.Selain itu, bidang sosiologi sukan ini, berkepentingan dalam memberi penjelasan kepadamasyarakat dunia berkaitan dengan fenomena yang berlaku dalam sukan. Sebagaicontoh, persoalan yang wujud ialah, mengapa atlet kulit hitam Amerika Syarikat tidakpernah memenangi acara renang tetapi berjaya dalam acara olaraga dan bolakeranjang? Persoalan ini wujud berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh masyarakatberkulit hitam di Amerika Syarikat. Berdasarkan kepada kajian dalam sosiologi sukanmenunjukkan, persoalan ini terjawab disebabkan oleh faktor taraf hidup. Kebanyakkanorang berkulit hitam di Amerika Syarikat adalah sebilang besar miskin dan tidak mampumenghantar anak-anak mereka untuk berenang, hal ini telah menyebabkan wujudnyafenomena seperti ini.Kesimpulanya, pisikologi dan sosiologi sukan adalah sains sosial yang komprehensifmenyelidik fenomena kebudayaan sosial yang selalu mengalami perkembangan danperubahan dalam sukan. Ia bukan sahaja menyelidik tentang perhubungan di antarasukan dan fenomena sosial, tetapi mengkaji tentang tingkah laku masyarakat di antaramanusia dengan sukan, perhubungan konsep sosial, dan struktur, fungsi, dorongankepada pembangunan dan faktor kekangan dalam sukan, lalu digunakan untukmempromosi pembangunan sukan dan sosial yang rasional.

5.0 RefleksiSepanjang pelaksanaan tugasan kaedah latihan mental,pelbagai ilmu pengatahuan yangbaru saya dapat pelajari melaui tugasan ini. Saya dapati psikologi sukan ini amatmempengaruhi prestasi atlet. Ia terpulang bagaimana seorang jurulatih mengendali latihanmental. Dalam tugasan ini saya memilih latihan imageri sebagai latihan mental yang sayaterapkan kepada diri saya sendiri, kerana sesuatu sukan memerlukan latihan mental agardapat memperbaiki dan memotivasikan diri sendiri.

Selain itu, semasa mencari maklumat berkenan dengan latihan mental yang dilaksanakan,saya mendapati latihan ini juga mampu menurunkan prestasi atlet. hal ini kerana, atlet akanberasa tertekan dan kecewa sekiranya apa yang diingini tidak seperti yang dia lakukan.Namun, sebagai seorang jurulatih haruslah memainkan peranan bagi mengelakkan atletberasa kecewa dan membuat tindakan yang tidak wajar. Oleh yang demikian, pengetahuanberkaitan dengan psikologi dan sosiologi sukan perlu ada dalam diri jurulatih tersebut.Saya dapati latihan mental iniakan berjaya sekiranya seorang jurulatih mempunyaikemahiran melatih mental atletnya agar memahami konsep sebenar latihan mental tidakhanya mendengar arahan sahaja. Kebanyakan jurulatih hanya melatih fizikal sahaja tidakmempedulikan mental atlet, maka prestasi atlet untuk meningkat sukar untuk dicapai.

Latihan imageri ini harus ada dalam setiap individu dalam sukan, kerana dalamsukanpelbagai situasi yang kita akan jumpa, contohnya tekanan, emosi dan yang palingpenting kebangkitan. Apabila latihan imageri di buat dalam satu pasukan ia akan melatihpemain untuk berimaginasi dengan diri sendiri. Latihan seperti ini boleh diterapkan dalamsesi latihan agar pemain dapat mengenal diri,kebolehan, kekuatan bagi mencapai kejayaan.Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi sukanini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang manamelibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untukmengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui konsep dan fokus utamayang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi mutupencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru, mereka mempunyaisejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan memperkenalkanpsikologi sukan serta perkembangannya kepada umum.

Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh seseorang yang inginmenjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang pendidikan yang merupakan syaratutama dalam profesion ini. Diantaranya termasuklah beberapa jenis perkhidmatan yangditawarkan oleh ahli psikologis sukan seperti perkhidmatan klinikal, pendidikan danpenyelidikan.

Selain itu, perkara yang perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan adalah etika-etikadalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang terlibat dalamprofesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspek-aspek tersebut akanmempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan yang positif kearahusaha meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.

Namun, secara keseluruhannya, saya berasa syukur kepada Tuhan kerana tugasan yangdiberikan selesai dilaksanakan,sebagai bakal jurulatih pada masa akan datang saya hrusmendalami ilmu latihan mental agar atlet dibawah jagaan saya akan mencapai peningakatanyang terbaik. Namun saya mengaku bahawa banyak pekara berkaitan psikologi suakanyang perlu saya pelajari agar saya dapat membantu meningkatkan kauliti sukan pada masaakan datang. Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua pihakyang terlibat terutamanya pensyarah Psikologi sukan saya yang sering mengingatkan kamipentingnya psiologi dalam sukan.

RUJUKANMohamad Nizam Bin Asmuni. (2010). Kekuatan Mental Pemain Bola Sepak Piala MalaysiaMusim 2007/2008.David Shearer, S. M. (2009). The Effects of a Video-Aided Imagery Intervention uponCollective Efficacy in an International Paralympic Wheelchair Basketball Team.Ghani, N. B. (1997). Kesan Latihan Imageri Terhadap PrestasiKemahiran Motor Diskrit.Kesan Latihan Imageri Terhadap PrestasiKemahiran Motor Diskrit.Ibrahim, M. F. (2009). Penggunaan kaedah Mental Rehearsal untuk membantu murid tahun5 yang akan mewakili sekolah dalam permainan bola tampar dalam melakukankemahiran menyangga mengikut teknik dan cara yang betul.Saarani, S. R. (2008). Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate PeringkatUniversiti.Mohd Sofian Omar Fauzee. (2003). Sosio-Psikologi:2