psikologi sukan

28
1.0 PENGENALAN Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet. Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi. Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang 1

Upload: will-leu

Post on 16-Aug-2015

304 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

4

TRANSCRIPT

Page 1: PSIKOLOGI SUKAN

1.0 PENGENALAN

Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan

yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum bahawa psikilogi sukan merupakan

satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat

sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses

memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan

keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan,

proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi

sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina

strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah

menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor

psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin.

Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan

biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat

kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh

dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton

boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat

kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka

yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut

pakar psikologi sukan, bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya

menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip

psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Selain itu psikologi sukan merupakan satu bidang

kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan

pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan

dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta

penonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan

atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

1

Page 2: PSIKOLOGI SUKAN

1.2 Sejarah Psikologi Sukan

Untuk mendalami dan memahami bidang psikologi sukan, kita harus mengetahui sejarah

perkembangan bidang yang masih dianggap baru ini. Menurut Williams dan Straub

(1993), bidang psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar

25 tahun yang lalu. Kita boleh membandingkan bidang ini dengan bidang sukan yang

lain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi sukan

merupakan bidang yang masih baru.

Untuk memastikan kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett menjalankan kajian yang

sama dalam makmal. Beliau meminta kanak-kanak yang terlibat dalam kajian mengayuh

basikal selaju yang boleh secara bersendirianserta beramai-ramai. Hasilnya sama

dengan apa yang beliau dapati dengan pelumba basikal. Beliau merumuskan bahawa

pelumba basikal yang bersaing dengan pelumba basikal yang lainmencatatkan masa

yang lebih pantas daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian disebabkan kesan

dari fasilitasi sosial.

Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan (1965) telah

memperlihatkan kewujudan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International

society of Sport Psychology) yang mana telah menjadi pemangkin kepada penubuhan

persatuan psikologi sukan yang lain. Pada tahun 1967 juga lahirnya Persatuan Psikologi

Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi sukan.

Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan telah ditubuhkan pada tahun

1985 bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan

(pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal). Bidang psikologi sukan juga diperkenalkan

di negara kita apabila ia mula didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus dalam

bidang pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia (Universiti Pertanian Malaysia)

pada awal 1980-an. Disamping itu, punubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) Juga adalah

bertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang sukan telah menbantu

mempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN juga telah mewujudkan Unit Psikologi

Sukan serta menghantar pegawai MSN ke luar negara bagi mendalami bidang ini untuk

membantu persiapan atlet negara supaya menladi pemangkin kepada perkembangan

bidang ini di Malaysia.

2

Page 3: PSIKOLOGI SUKAN

Tugas Dan Peranan Ahli Psikologi Sukan

Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun 1983

yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli

psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu

ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan penyelidik

psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat dua kategori

ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan

pendidik psikologi sukan.

1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan

(a) Ahli psikologi sukan klinikal

Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal.

Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana

berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi

sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti

serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang

teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam jangka

masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah mendaftar

sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen untuk

menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani masalah mereka.

(b) Pendidikan psikologi sukan

Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapat

latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka berkemahiran serta

mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagai

tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam pengajaran

kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat rundingcara

terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti imageri, strategi

daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus kepada jurulatih yang

bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu. Tugas mereka lebih

kepada “jurulatih mental” iaitu membantu individu yang terbabit dengan sukan tentang

cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing. Selain itu,

3

Page 4: PSIKOLOGI SUKAN

mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan peringkat sarjana dalam bidang

psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap perubahan

ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.

2. Penyelidik Psikologi Sukan

Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan dan

kemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian yang

dijalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah penting demi

memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat perhatian yang

wajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan kepada mereka

yang terlibat. Sumbangan ahli psikologi sukan gunaan banyak bergantung kepada hasil

kajian penyelidikan psikologi sukan. Kedua-duanya saling bantu-membantu dalam

menegakkan bidang ini. Lazimnya, kelayakan diperingkat sarjana dan doktor falsafah

diperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat menyelidik serta mengkaji isu-isu seperti

motivasi, konsentrasi, keagresifan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan psikologi

sukan. Penyelidikan ini juga mestilah menunjukkan bukti kesarjanaan bidang

penyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan dengan sukan dan latihan. Selain itu, mereka

perlu menjalankan kajian seterusnya menerbitkan hasil kajian serta mempersembahkan

hasil dapatan kajian dalam konferens profesional.

1.3 Etika Dalam Psikologi Sukan

Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun “jurulatih mental”

ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam

bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi memastikan

khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan

khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh mereka

yang terlibat. Seterusnya topic perbincangan ini akan membantu kita mengenali

kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet serta

jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai orang

telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi sukan telah

menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang bergiat dalam

sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan prestasi serta

mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan.

4

Page 5: PSIKOLOGI SUKAN

Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi sukanyang

dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yang

membanggakan. Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi

sukan ataupun menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih belum

boleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta

berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan

kepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan

akreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang

lain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa

anda bebas menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan.

Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakan

minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi sukan

bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan teori serta

teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahir

dalam bidang ini. Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang meragui

peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet atau

pasukan sukan.

Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi

sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang

bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara

melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan. Dalam konteks ini,

guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh

melaksanakan tugas ini . Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli

psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti

memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan

mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukan

mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas

tersebut.

Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika,

satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan

yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat

(North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity).

5

Page 6: PSIKOLOGI SUKAN

2.0 Latihan Iamgeri

Pengenalan

Penggunaan latihan mental dalam proses perolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran

motor bukanlah satu fenomena baru. Salah satu bentuk latihan mental ialah latihan imageri.

Latihan imageri memberi peluang kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah

tertentu dengan cara mengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepan

dengan masalah berkenaan secara nyata. Latihan imageri sering digunakan bagi

mempelajari kemahiran baru disamping dapat mempertingkatkan prestasi atlet. Peranan

latihan imageri untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan, mengawal diri,

mengenalpasti masalah dan memotivasikan selain daripada membolehkan seseoorang itu

merasakan sesuatu kejayaan..

Imageri adalah suatu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara simbolik

dalam minda. Barbara Brown dalam bukunya 'Supermind' pula menyatakan bahawa imageri

sebagai tenaga asas, yang membantu setiap individu dalam keupayaan mencipta, atau

mereka dan reka bentuk semula, gambaran dalam mata minda untuk perlakuan sebenar

pada masa, dan tempat tertentu kelak. Daya imaginasi selaku titik tolak mekanisme proses

imageri. Rangsangan pelbagai deria digambarkan sebagai input imageri. Gambaran atau

imageri yang terbentuk simbolik terhasil dalam minda sebagai output interaksi

antara cue yang relevan dengan sistem memori. Imageri mental merupakan salah satu

kombinasi latihan fizikal dan latihan mental yang memberi kesan kepada aplikasi kemahiran

dan persediaan untuk peningkatan prestasi.

Imageri adalah langkah peralihan proses minda, kepada realiti yang dapat diterangkan

secara fisiologi. Sungguhpun demikian, ia masih tertakluk pada teori-teori yang dipegang.

Rangsangan imageri terbentuk dalam minda (otak) hasil daripada kehendak kinestetik

dalam tubuh badan dan berlandaskan pengalaman pelbagai sensori. Pemilihan dan

pembentukan imageri (contohnya kemahiran menjaring) berlandaskan skema memori.

Program gerak balas (menjaring) di girus prasentral. Unit motor dihantar melalui

sel purkinje dan ekstra pyramidal ke saraf tunjang melalui eferen. Neuron motor menghantar

unit motor ke otot yang relevan. (contohnya flesor dotorum profundus di lengan bawah

tangan). Unit-unit motor direkrut dan neuron motor menghasilkan maklumat kinestetik

contohnya sendi pergelangan tangan mengalami tindakan daya otot dan sedia untuk

pergerakan.

6

Page 7: PSIKOLOGI SUKAN

Daya hasilan rekrut unit-unit motor cukup besar neuron motor menghasilkan kuncupan otot

yang nyata sebagai perlakuan kemahiran fizikal. Lintasan pyramidal (pyramid tract) terbina

daripada akson motor yang berpunca dari korteks motor, melintasi otot tengah pons dan

pyramid di medulla sebelum bersinaps pada neuron motor di korda spina (saraf tunjang).

Memori fakta adalah kebolehan pembelajaran dan ingat semula maklumat di korteks

cerebral sementara memori kemahiran yang terletak di korteks cerebral adalah

pembelajaran kemahiran motor yang dilakukan tanpa pemikiran yang sebenar. Skema

memori yang relevan akan diperoleh semula dari stor memori jangka panjang ke stor

memori kerja semasa pembentukan imageri. Hasil proses mencipta atau reka semula

adalah gambaran imageri yang timbul dalam minda. Struktur keperluan bagi lingkaran

memori fakta termasuk amygdala dan hippocampus, diencephalon, prefrontal. cortek dan

basal forebrain. Oleh sebab memori kemahiran adalah tanpa pemikiran yang sebenar,

lingkarannya terus dari amygdala dan luppocampus ke basal forebram. Maklum balas dari

basal forebrain dihantar ke cortical sensori area sebagai pelengkap lingkaran.

Pengalaman sensori berada di cortical sensory area mengikut pola masing masing.

Amygdala dan hippocampus berfungsi sebagai pusat pengumpulan maklumat,

diencephalons sebagai pusat kawalan lalu menghantar maklumat maklumat untuk

pembentukan keputusan di prefrontal cortex; hasil proses ini ke basal forebrain. Rembesan

Acetycholine (Ach) di basal forebrain menghantar ke sensory cortex sebagai persepsi

terhadap imageri yang akan dibentuk.

Terdapat dua pendapat utama mengenai imageri. Golongan pikturalist mengatakan imageri

merupakan imej yang terpapar dalam minda adalah sebenar yang terbentuk / lahir dalam

minda seolah-olah kita melihat benda tersebut berada di depan mata. Manakala golongan

diskripsi pula berpendapat ianya merupakan gambaran grafik yangg diterjemahkan

menerusi bahasa yang dibayangkan di dalam minda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat,

pada dasarnya imageri boleh diertikan sebagai bahasa minda. Imageri merupakan salah

satu cara latihan yang berkesan digunakan keatas seseorang atlet sekiranya mereka tidak

dapat melakukan latihan fizikal yang sebenar kerana kecederaan. Selain itu ianya juga boleh

digunakan sewaktu waktu pertandingan itu sendiri. Penggunaan latihan imageri

dikombinasikan dengann latihan fizikal yang lain mampu meningkatkan prestasi atlet

ataupun sesuatu tugasan yang melibatkan kognitif

2.1 Bagaimana Imageri Berfungsi

Terdapat tiga pendekatan yang utama bagi menjelaskan lagi mengenai fungsi imageri ini

iaitu:

7

Page 8: PSIKOLOGI SUKAN

i. Teori Psikoneuromuskular (psikologi + saraf)

Menurut teori ini, proses imageri akan menghasilkan corak yang hampir sama dengan

pergerakan yang sebenar. Ianya berrpunca arahan dari otak dan seterusnya kepada otot

yang terlibat, samaada otot tangan, kaki dan sebagainya.. ianya melibatkan satu arahan

‘efferen’ yang paling seminimum yang mungkin dari otak sehinggalah arahan yang paling

maksimum. terdapatnya peningkatan arus eletrik dibahagian otot yang terlibat apabila

berlakunya sesuatu proses imageri, samada proses iti secara visual ataupun kinestetik.

Berdasarkan pendekatan tersebut, ianya dapat menerangkan lagi mengenai kewujudan

skema pergerakan motor yang terhasil dari proses imageri ini.

ii. Teori Pembelajaran Simbolik

Berdasarkan teori ini pula, proses imageri akan terbentuk apabila seseorang individu telah

merancang pergerakan yang akan dilakukan secara lebih awal lagi. Perkara seperti

matlamat pergerakan, sekuen pergerakan motor dan pergerakan alaternatif telah dirancang

atau diprogramkan secara kognitif sebelum sesuatu pergerakan fizikal yang sebenarnya

dibuat. Contohnya dalam permainan badminton, pemain dalam keadaan sedia untuk

menerima servis lawan, pemain tersebut telah merancang pukulan yang akan mematikan

servis lawanya itu. Andaikata servis pihal lawan Berjaya, pemain tersebut harus merancang

gerakan atau pukulan untuk menerima servis yang berikutnya. Oleh yang demikian, segala

pentuk perancangan strategi yang dibentuk atau dilatih secara kognitif , dilakukan secara

berulang kali membolehkan pemain akan membuat respon yang tepat apabila ianya

diperlukan.

iii. Teori Kebangkitan dan Tumpuan

Teori ini pula menggabungkan Teori Pembelajaran Simbolik dan juga Teori

Psikoneuromuskular. Melalui penggabungan, imageri akan membantu seseorang atlet

meningkatkan pencapaian ataupun kemahiran mereka dalam sukan secara kognitif

mahupun fisiologi. Ini kerana melalui pendekatan kognitif, proses imageri ini akan membantu

para atlet untuk lebih fokus lebih khusus kepada tugasan yang akan dilakukan dengan

menumpukan perhatian kepada kiu yang relevan dipersekitaranya. Manakala pendekatan

fisiologi pula merujuk kepada proses mengawal sesuatu kebangkitan agar ia berada pada

tahap yang optimum yang diperlukan untuk menghasilkan prestasi yang lebih optimum.

8

Page 9: PSIKOLOGI SUKAN

Berdasarkan ketiga-tiga pendekatan teori ini, ianya telah banyak membantu atlet, jurulatih

dan yang berkenaan dalam bidang sukan supaya lebih faham mengapa latihan mental

seperti imageri ini amat berkesan dalam meningkatkan prestasi atlet dalam sukan yang

mereka ceburi. Selain itu para jurulatih juga haruslah banyak menggunakan latihan imageri

ini supaya atlet mereka lebih yakin terhadap diri sendiri dan mutu persembahan mereka.

2. 3 Jenis-Jenis Imageri

Secara umumnya imageri ini terbahagi kepada dua jenis iaitu imageri dalaman dan juga

imageri luaran. Pada dasarnya kedua-duanya melibatkan bayangan.

i. Imageri dalaman

Imageri ini berlaku apabila seseorang itu dapat merasa pergerakan seperti diri sendiri yang

melakukannya.( Neuromuscular). Contohnya cuba bayangkan anda sedang bersedia untuk

menjaringkan gol dalam permainan bola jaring. Tangan kanan diangkat atas kepala dan

memegang bola. Manakala mata tertumpu kepada jarring dan tiang gol. Anda dapat

merasakan kaki dan tangan anda sedang sedikit bengkok dan dan seterusnya bola

dilambung tinggi dan bola tersebut masuk kedalam jarring, dan anda dapat menjaringkan

gol. Sekiranya anda dapat merasai setiap pergerakan yang dilakukan seperti anda sendiri

sedang melakukannya, bermakna imageri dalaman sedang berlaku.

ii. Imageri luaran

Imageri luaran pula berlaku apabila seseorang hanya melihat pergerakan tersebut.

Pergerakan tersebut dapat dilihat dengan jelas, namun demikian beliau tidak dapat merasai

sensasi pergerakan tersebut. Dalam erti kata lain beliau tidak dapat merasa berat bola,

perlakuan yang dibuat berdasarkan pergerakan yang beliau lihat. Pada tahap ini seseorang

itu sedang beroperasi secara visual. Ini kerana seseorang itu dapat melihat setiap

pergerakan dengan jelas, samada dalam telivesyen, di stadium dan sebagainya. Namun

demikian beliau tidak merasai sensasi perlakuan yang beliau lihat.

Banyak kajian mengenai imageri telah dibuat, dan berdasarkan kepada kajian ini telah

mendapati bahawa imageri dalaman telah menghasilkan kesan yang lebih positif. Ini kerana

ianya banyak digunakan oleh atlet elit berbanding dengan atlet novis. Melalui penggunaan

imageri dalaman ini juga ia banyak menghasilkan impuls eletrik yang disukat pada bahagian

9

Page 10: PSIKOLOGI SUKAN

otot yang terbabit. Namun demikian, beberapa pengkaji menjelaskan bahawa kedua-dua

penggunaan imageri ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ini kerana kedua-dua imageri

ini digunakan oleh atlet agar dapat membantu mereka meningkatkan prestasi dalam sukan

masing-masing.

2.5 Kegunaan Imageri

Imageri mental adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menguasai kemahiran mental

imageri ini memerlukan usaha, konsentrasi, disiplin dan latihan yang cukup. Imageri adalah

satu teknik mental yang boleh digunakan untuk memperoleh kemahiran, meningkatkan

kemahiran dan menyelesaikan masalah di dalam mindanya sebelum sesuatu pertandingan

dan pemulihan kecederaan.

i. Pemerolehan Kemahiran

Sesuatu kemahiran baru boleh diperoleh dengan melakukan latihan imageri. Apabila

seseorang atlet dapat menguasai latihan imageri, maka dia dapat menguasai atau 'visualize'

dengan mudah. Dalam seni imageri perhatian hendaklah diberi kepada perbezaan sesuatu

aksi yang baru dengan yang sedia ada pada pemain. Imageri digunakan sebaik sahaja

selepas latihan fizikal atau atau di antaranya adalah lebih berkesan.  Contoh : Pemain tenis

yang ditunjukkan dengan variasi servis yang baru dapat mempercepatkan proses integrasi

kemahiran baru itu ke dalam permainannya. Ini dapat dilihat dengan melakukan 10 minit

latihan imageri servis setiap petang dan melakukan servis 50 biji bola dalam latihan setiap

pagi. Pada peringkat elit, belajar kemahiran baru tidak diperlukan selalu, tetapi terdapat

banyak situasi yang memerlukan teknik imageri untuk memastikan kemahiran yang ada

ditingkatkan atau dikekalkan pada tahap yang baik. Contoh: Teknik ini boleh digunakan

semasa perjalanan jauh ke luar negeri, banyak masa dihabiskan di dalam kapal. terbang

atau kenderaan. di mana tidak ada peluang untuk berlatih. 

10

Page 11: PSIKOLOGI SUKAN

Imageri mental juga boleh digunakan sebagai reviu untuk mengulang tayang keseluruhan

atau sebahagian daripada prestasi yang telah dilakukan. Reviu digunakan untuk

menekankan sama ada aspek aspek positif atau negatif. Mengesan kelemahan dan

kesilapan dan diganti dengan respons respons yang betul. Biasanya reviu digunakan

selepas sesuatu acara.

ii. Pertandingan

Mental imageri boleh digunakan untuk menyediakan tahap kognitif atlet untuk sesi latihan

dan pertandingan akan datang. Imageri boleh menjadi alat bantuan untuk membuat dan

latihan berdasarkan situasi pertandingan yang sebenar. Contoh : Di Rusia, pegawai-

pegawai sukan mereka telah mengambil gambar gambar kemudahan sukan di Montreal dan

gambar gambar ini telah dikaji oleh atlet atlet mereka. Walaupun mereka tidak pernah ke

Montreal, gambar gambar tersebut dapat membantu mereka membayangkan seolah olah

mereka sedang beraksi di sana. Tujuannya adalah untuk mengadaptasikan diri mereka

dengan persekitaran pertandingan.

Imageri digunakan untuk membantu atlet membuat gambaran strategi sesuatu pertandingan

dan berlatih untuk meningkatkan aspek aspek berkaitan permainan. Ini adalah untuk

membiasakan mereka dengan peranan ahli pasukan di samping dapat memantapkan

peranan sendiri.Contoh : Ahli pasukan bola keranjang boleh menggunakan imageri untuk

meningkatkan strategi pertandingan yang baru. Beberapa alternatif strategi mesti diadakan

sebab setiap pasukan lawan bermain dalam situasi sebenar. Melalui imageri, mereka boleh

mempertajamkan strategi pasukan mereka.

Mental imageri boleh digunakan sebagai previu yang dilakukan beberapa minit sebelum

pertandingan. Ini lebih mudah dilakuan dalam kemahiran tertutup seperti gimnastik. Atlet

akan dapat mengetahui dengan tepat apa aksi atau pergerakan yang terlibat. Gambaran

keseluruhan rutin pergerakan dapat membantu siri pergerakan yang lebih automatik. Jadi

semasa persembahan, fokus ditumpukan kepada transisi pergerakan yang sukar dalam

tugas seperti gimnastik. Contoh: Dwight Stones, seorang atlet lompat tinggi Olimpik telah

menggunakan imageri mental di sepanjang kerjayanya. Sebelum melakukan lompatan.

Stones akan merenung palang lompat tinggi sambil melakukan imageri mental. la akan

membayangkan dirinya melakukan lompatan dengan teknik yang betul dan tepat. Pada

11

Page 12: PSIKOLOGI SUKAN

peringkat pertandingan reviu melalui imageri juga boleh digunakan bagi mengesan

kelemahan dan kesilapan, seterusnya tindakan yang betul dapat diambil untuk pertandingan

berikutnya.

iii. Penyelesaian Masalah

Imageri juga digunakan untuk mengamati atau memeriksa rutin atau kemahiran untuk

mengesan masalah dan membetulkannya dalam sesi latihan atau pertandingan. Atlet boleh

menggambarkan dari pelbagai sudut pada kadar normal dalam. imageri untuk mengesan di

mana masalah itu berlaku. Setelah dikenal pasti masalah tersebut, maka atlet itu bolehlah

menggunakan latihan sebahagian kepada keseluruhan (part to whole) dalam latihan

imagerinya sehingga ianya dilakukan dengan konsisten.

iv. Pemulihan Dari kecederaan

Latihan imageri mental boleh digunakan semasa pemulihan dari kecederaan atau bila bila

masa latihan fizikal tidak dapat dijalankan. Kebanyakan atlet yang tidak dapat beraksi boleh

melakukan latihan mental melalui pemerhatian. Mental imageri digunakan untuk 'cope'

dengan sakit di tempat kecederaan yang dialami. Ini boleh mempercepatkan pemulihan

serta melindungi kemahiran kemahiran fizikalnya daripada merosot. Satu teknik yang

berkesan untuk mempercepatkan kesakitan atau kecederaan sembuh adalah dengan

menggunakan visual untuk meningkatkan bekalan darah pada anggota yang cedera. Ini

bergantung pada keupayaan konsentrasi. Untuk mengatasi kesakitan anda boleh

menggambarkan anda berada di satu tempat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini

boleh mengelakkan anda, dari merasai sakit yang dialami. Untuk melakukan semua ini, atlet

itu perlu belajar mengawal konsentrasi dan bagaimana hendak mengekalkan imej.

12

Page 13: PSIKOLOGI SUKAN

2.6 Latihan Mental ( Imageri )

Dalam permainan bola sepak kekuatan dari segi mental amat penting bagi mencapai

satu kejayaan atau satu matlamat. Sebagai seorang jurulatih bola sepak harus tahu akan

kemampuan setiap pemain yang mengalas posisi masing-masing. Apa yang kita tahu pasal

bola sepak hanyalah tending, sepak, hantar dan gol, tetapi bagi mencapai gol harus bermula

dari latihan. Seorang jurulatih yang mendalami bidang bola sepak tahu bagaimana cara

untuk memastikan kejayaan dapat dicapai. Di Malaysia sahaja kita boleh lihat bahawa mutu

bola sepak meningkat kebelakangan ini, hal ini disebabkan oleh jurulatih yang

berpengalaman dan berpengatahuan yang dimport sendiri dari laur Negara. Banyak jurulatih

yang tahu melatih bola sepak, tetapi di Malaysia jurulatih yang berpengatahuan dan

berkelayakan terhad, pekara ini yang menyebabkan kita terpaksa mencari jurulatih dari luar

Negara .

Dalam bola sepak terdapat banyak jenis latihan yang mana latihan tertumpu kepada fizikal

sahaja, tetapi kita lihat diluar Negara , banyak jenis latihan yang diterapkan kepada pemain

hal ini disebabkan seorang jurulatih yang berilmu pengatahuan. Saya ingin tekankan disini

berkaitan dengan latihan menta juga dikenali latihan Imageri. Latihan imageri memberi

peluang kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah tertentu dengan cara

mengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepan dengan masalah

berkenaan secara nyata. Latihan imageri sering digunakan bagi mempelajari kemahiran

baru disamping dapat mempertingkatkan prestasi atlet.Selain itu iamgeri ialah tentang

peranan latihan imageri untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan, mengawal diri,

mengenalpasti masalah dan memotivasikan selain daripada membolehkan seseoorang itu

merasakan sesuatu kejayaan.

Latihan imageri ini harus ada dalam setiap pasukan bola sepak, kerana dalam bola sepak

pelbagai situasi yang kita akan jumpa, contohnya tekanan, emosi dan yang paling penting

kebangkitan. Apabila latihan imageri di buat dalam satu pasukan ia akan melatih pemain

13

Page 14: PSIKOLOGI SUKAN

untuk berimaginasi dengan diri sendiri. Latihan seperti ini boleh diterapkan dalam sesi

latihan agar pemain dapat mengenal diri, kebolehan, kekuatan bagi mencapai kejayaan.

Saya ingin memberi contoh pemain bola berimaginasi dalam situasi tetekan, tekanan akan

timbul apabila emosi seseorang pemain tidak terkawal, pekara ini biasanya berlaku apabila

pasukan ketingalan gol. Dengan imageri, seseorangpemain itu boleh mengawal emosi dan

tekanan yang diahdapi contoh pasukan bola sepak yang terkenal didunia iaitu Manchester

United , ketika itu Manchester Unitet ketingalan gol dengan Manchester City, kita dapat lihat

tekanan yang diahadapi oleh pemain Manchester united, pada minit terakhir Manchester

United dihadiahkan sepakan percuma , dan Sir Alex Furguson mengarahkan Robin Van

Persie untuk mengambil sepakan percuma, apa yang kita lihat Robin Van Persie mengambil

masa untuk tenang dan berimaginasi seketika, kerana ketika dalam situasi tertekan kita

harus mengawal tekanan tersebut. Selepas saja bebrapa saat Robin Van Persie tenang,

beliau melepaskan tendangan dan terkena sedekit banteng lawan lalu bola menuju ke

gawang gol, dan kita lihat satu kebangkitan pada minit-minit akhir perlawanan.

Saya cuba untuk berimaginasi dalam situasi tekanan, saya membayangkan diri saya seperti

seorang bintang yang ditugaskan untuk mengambil sepakan percuma pada minit-minit

terakhir, dalam situasi itu saya cuba kurangkan tekanan yang saya hadapi agar tidak

memganggu perlakuan saya. Saya akan membyangkan diri saya ini sebagai Christiano

Ronaldo ketika mengambil sepakan percuma, lalu saya akan membayangkan tendangan

saya melepasi banteng lawan dan bola menuju ke penjuru gawang lalu gol terhasil pada

minit-minit terakhir perlawanan. Kepuasan diri akan terhasil atas kebangkitan. Situasi seperti

ini sering berlaku dalam bola sepak peluang dalam menjaringkan gol akan terhidang dalam

pelbagai situasi dan keaadan.

Oleh itu sebagai seorang jurulatih, harus menerapkan latihan iamgeri ini kepada pasukan

bola sepak, kerana pasukan bola sepak juga memerlukan latihan seperti ini agar dapat

memotivasikan diri sendiri dan pasukan.

14

Page 15: PSIKOLOGI SUKAN

3.0 Jurnal Berkaitan Psikologi Sukan

15

LIHAT LAMPIRAN 1

Page 16: PSIKOLOGI SUKAN

4.0 Kepentingan Psikologi dan Sosiologi Sukan

Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang

cukup menarik serta mendapat perhatian umum Psikilogi sukan merupakan satu bidang

yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan

memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses

memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan

keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out

lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh

atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet

serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada

atlet.

Pengkaji dalam bidang ini  sangat berminat dalam peningkatan psikologi yang dapat

mempengaruhi kehidupan manusia melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan

sukan. Pendekatan ini boleh dilihat sebagai satu petunjuk dan perubahan positif yang

berlaku dalam diri atlet dalam menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar,

potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin

kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Beberapa penemuan

kesan psikologi ini memberi manfaat kepada penglibatan dalam aktiviti sukan. Salah

satunya seperti peningkatan keyakinan diri  dan kefahaman konsep kendiri yang dapat

membantu pengekalan penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan.

Terdapat tiga cabang utama bagi pengamal psikologi sukan iaitu klinikal, pendidikan dan

penyelidikan. Sebagai seorang pengamal psikologi perlu mempunyai latarbelakang

akademik yang berkaitan dengan psikologi, psikiatri dan bidang berkaitan. Pengamal

juga  perlu mempunyai pengalaman bekerja dengan atlet dan jurulatih. 

16

Page 17: PSIKOLOGI SUKAN

Dari sudut psikologi, kepentingannya dapat dilihat iaitu, membolehkan jurulatih

memahami bertingkah laku atlet, sebelum semasa dan selepas sesuatu pertandingan.

Dalam hal itu, psikologi akan membantu atlet lebih memahami diri mereka sendiri, serta

membantu jurulatih merancang kaedah yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan

masalah yang timbul, daripada diri atlet itu sendiri. Oleh itu, dengan wujudnya kajian

berkaitan dengan psikologi, penggkaji dapat memberi bantuan kepada jurulatih pada

masa kini untuk memberikan kaedah yang sesuai untukatlet bagi mengurangkan

masalah yang timbul daripada dalam diri atlet itu sendiri.

Antara kepentingan lain yang dapat dikenalpasti ialah, Melalui kajian tentang

pertumbuhan dan perkembangan manusia, jurulatih dapat mengetahui tahap

perkembangan atlet daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, jurulatih

dapat merancang latihan yang sesuai berdasarkan kepada perkembangan seseorang

atlet. Dalam hal ini, sebagai seorang jurulatih, sewajarkan mengetahui, jenis tubuh

badan serta bakat yang ada dalam diri seseorang atlet. Contohnya, dari segi

perkembangan fizikal atlet iaitu, dari sudut perkembangan bentuk badan atlet itu sendiri.

Teori somatotypes ini menyatakan bahawa manusia secara umumnya terbahagi kepada

3 kategori rupa bentuk yang dikelaskan mengikut 3 jenis lapisan tisu dalam tubuh badan

Endomorph, Mesomorph, Ectomorph. Jurulatih akan dapat menilai atlet berdasarkan

kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam psikologi sukan.

Selain itu, psikolgi sukan berkepentingan dalam mengumpul maklumat murid serta

membolehkan seseorang jurulatih mengkaji atlet tersebut berdasarkan masalah

psikologi. Bidang psikologi sukan dapat menyatakan, menerangkan dan membuat

andaian berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan. Hal ini amat penting dalam

perkembangan sukan kerana, atlet seringkali akan menghadapi masalah psikologi dalam

pelbagai situasi. Oleh yang demikian, amat penting psikologi sukan diterapkan dalam diri

seseorang atlet.

Selain itu, bidang sosiologi sukan ini, berkepentingan dalam memberi penjelasan kepada

masyarakat dunia berkaitan dengan fenomena yang berlaku dalam sukan. Sebagai

contoh, persoalan yang wujud ialah, mengapa atlet kulit hitam Amerika Syarikat tidak

pernah memenangi acara renang tetapi berjaya dalam acara olaraga dan bola

keranjang? Persoalan ini wujud berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh masyarakat

berkulit hitam di Amerika Syarikat. Berdasarkan kepada kajian dalam sosiologi sukan

17

Page 18: PSIKOLOGI SUKAN

menunjukkan, persoalan ini terjawab disebabkan oleh faktor taraf hidup. Kebanyakkan

orang berkulit hitam di Amerika Syarikat adalah sebilang besar miskin dan tidak mampu

menghantar anak-anak mereka untuk berenang, hal ini telah menyebabkan wujudnya

fenomena seperti ini.

Kesimpulanya, pisikologi dan sosiologi sukan adalah  sains sosial yang komprehensif

menyelidik fenomena kebudayaan sosial yang selalu mengalami perkembangan dan

perubahan dalam sukan. Ia bukan sahaja menyelidik tentang perhubungan di antara

sukan dan fenomena sosial, tetapi mengkaji tentang tingkah laku masyarakat di antara

manusia dengan sukan, perhubungan konsep sosial, dan struktur, fungsi, dorongan

kepada pembangunan dan faktor kekangan dalam sukan, lalu digunakan untuk

mempromosi pembangunan sukan dan sosial yang rasional. 

18

Page 19: PSIKOLOGI SUKAN

5.0 Refleksi

Sepanjang pelaksanaan tugasan kaedah latihan mental,pelbagai ilmu pengatahuan yang

baru saya dapat pelajari melaui tugasan ini. Saya dapati psikologi sukan ini amat

mempengaruhi prestasi atlet. Ia terpulang bagaimana seorang jurulatih mengendali latihan

mental. Dalam tugasan ini saya memilih latihan imageri sebagai latihan mental yang saya

terapkan kepada diri saya sendiri, kerana sesuatu sukan memerlukan latihan mental agar

dapat memperbaiki dan memotivasikan diri sendiri.

Selain itu, semasa mencari maklumat berkenan dengan latihan mental yang dilaksanakan,

saya mendapati latihan ini juga mampu menurunkan prestasi atlet. hal ini kerana, atlet akan

berasa tertekan dan kecewa sekiranya apa yang diingini tidak seperti yang dia lakukan.

Namun, sebagai seorang jurulatih haruslah memainkan peranan bagi mengelakkan atlet

berasa kecewa dan membuat tindakan yang tidak wajar. Oleh yang demikian, pengetahuan

berkaitan dengan psikologi dan sosiologi sukan perlu ada dalam diri jurulatih tersebut.

Saya dapati latihan mental iniakan berjaya sekiranya seorang jurulatih mempunyai

kemahiran melatih mental atletnya agar memahami konsep sebenar latihan mental tidak

hanya mendengar arahan sahaja. Kebanyakan jurulatih hanya melatih fizikal sahaja tidak

mempedulikan mental atlet, maka prestasi atlet untuk meningkat sukar untuk dicapai.

Latihan imageri ini harus ada dalam setiap individu dalam sukan, kerana dalam

sukanpelbagai situasi yang kita akan jumpa, contohnya tekanan, emosi dan yang paling

penting kebangkitan. Apabila latihan imageri di buat dalam satu pasukan ia akan melatih

19

Page 20: PSIKOLOGI SUKAN

pemain untuk berimaginasi dengan diri sendiri. Latihan seperti ini boleh diterapkan dalam

sesi latihan agar pemain dapat mengenal diri,kebolehan, kekuatan bagi mencapai kejayaan.

Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi sukan

ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang mana

melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk

mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui konsep dan fokus utama

yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi mutu

pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru, mereka mempunyai

sejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan memperkenalkan

psikologi sukan serta perkembangannya kepada umum.

Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh seseorang yang ingin

menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang pendidikan yang merupakan syarat

utama dalam profesion ini. Diantaranya termasuklah beberapa jenis perkhidmatan yang

ditawarkan oleh ahli psikologis sukan seperti perkhidmatan klinikal, pendidikan dan

penyelidikan.

Selain itu, perkara yang perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan adalah etika-etika

dalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang terlibat dalam

profesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspek-aspek tersebut akan

mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan yang positif kearah

usaha meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.

Namun, secara keseluruhannya, saya berasa syukur kepada Tuhan kerana tugasan yang

diberikan selesai dilaksanakan,sebagai bakal jurulatih pada masa akan datang saya hrus

mendalami ilmu latihan mental agar atlet dibawah jagaan saya akan mencapai peningakatan

yang terbaik. Namun saya mengaku bahawa banyak pekara berkaitan psikologi suakan

yang perlu saya pelajari agar saya dapat membantu meningkatkan kauliti sukan pada masa

akan datang. Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua pihak

yang terlibat terutamanya pensyarah Psikologi sukan saya yang sering mengingatkan kami

pentingnya psiologi dalam sukan.

20

Page 21: PSIKOLOGI SUKAN

RUJUKAN

Mohamad Nizam Bin Asmuni. (2010). Kekuatan Mental Pemain Bola Sepak Piala Malaysia Musim 2007/2008.

David Shearer, S. M. (2009). The Effects of a Video-Aided Imagery Intervention upon Collective Efficacy in an International Paralympic Wheelchair Basketball Team.

Ghani, N. B. (1997). Kesan Latihan Imageri Terhadap PrestasiKemahiran Motor Diskrit. Kesan Latihan Imageri Terhadap PrestasiKemahiran Motor Diskrit.

Ibrahim, M. F. (2009). Penggunaan kaedah ‘Mental Rehearsal’ untuk membantu murid tahun 5 yang akan mewakili sekolah dalam permainan bola tampar dalam melakukan kemahiran menyangga mengikut teknik dan cara yang betul.

Saarani, S. R. (2008). Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti.

Mohd Sofian Omar Fauzee. (2003). Sosio-Psikologi: Sukan dan Kegiatan Fizikal.Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn Bhd.

21