prosiding seminar olitik malaysia - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/k_badrul azmier...

15
PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA Penyunting Worran Hj. Kabul Shireen Haron Mat Zin Mat Kib Abdul Kadir Rosline Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA • SHAH ALAM • 2008

Upload: nguyenmien

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

PROSIDING

Seminar OLITIK MALAYSIA

Penyunting

Worran Hj. Kabul Shireen Haron Mat Zin Mat Kib

Abdul Kadir Rosline

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)

Universiti Teknologi MARA • SHAH ALAM • 2008

Page 2: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

LIMA PULUH SATU TAHUN DOMINASI BARISAN NASIONAL

DALAM POLITIK MALAYSIA: SUATU ANALISIS Badrul Azmier Mohamed @ Bakar

ABSTRAK

Kelangsungan dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia selama 51 tahun disebabkan oleh perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah, pengawalan dan pembangunan. Asas perkauman di Malaysia selari dengan politik perkauman Barisan Nasional yang diselaraskan oleh permuafakatan yang menyeluruh. la membolehkan Barisan Nasional mendapat sokongan dari semua kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, la adalah kelebihan utama Barisan Nasional yang tiadapada parti-parti pesaing yang menurut sejarah tidak mampu bermuafakat dalam tempoh panjang dan kerjasama agak terhad kepada parti-parti Semenanjung sahaja. Bagi menjamin kelangsungan politik perkauman, elit Barisan Nasional menggunakan pemerintahan pecah dan perintah. Nasionalisme kaum terus dipupuk di sebalik kewujudan nasionalisme kebangsaan. Seterusnya pengawalan demokrasi menerusiperundanganjenterapemerintah dan media arus perdana menghalang demokrasi dari membudaya dalam masyarakat. la juga mewujudkan persaingan yang tidak sempurna dalam politik kepartian. Walaupun begitu, pembangunan ekonomipesat oleh Barisan Nasional menjustifikasikan langkah-langkah pengawalan terhadap demokrasi. la diterima sebahagian besar rakyat seperti yang ditunjukkan dengan kemenangan Barisan Nasional di semua pilihan ray a umum. Namun kegagalan memperoleh majoriti duaper tigapada pilihan raya umum ke-12 menimbulkan persoalan terhadap dominasi Barisan Nasional. Hasil analisis, globalisasi didapati menghakis kemampuan Barisan Nasional dalam pengawalan dan pembangunan. la memberi kesimpulan Barisan Nasional kurang berdaya dalam suasana yang lebih kompetitif hasil kemunculan persaingan yang lebih sempurna.

PENGENALAN

Sistem satu parti dalam demokrasi di Asia bukan suatu yang luar biasa. Tidak seperti negara-negara Barat, demokrasi sebagai sistem politik, ideologi dan budaya adalah baru secara relatif di rantau Asia. Tetapi, era sistem satu parti yang dominan dan autokratik di kebanyakan negara-negara Asia telah menjadi sejarah. Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Indonesia berubah seiring dengan pembangunan yang dikecapi. Walau bagaimanapun, Malaysia (di samping Singapura) masih kekal sebagai demokrasi satu parti. Pembangunan yang membawa pendemokrasian (Dahl, Almond & Verba dalam Zaini, 2006) di sebahagian rantau Asia seakan tidak relevan dioperasikan ke atas Malaysia. la berikutan Barisan Nasional (BN) masih dominan dalam politik kepartian di Malaysia walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Page 3: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Sejak merdeka Malaysia diperintah oleh sebuah pakatan parti-parti politik berasaskan kaum iaitu Perikatan dan kemudian berkembang sebagai BN. Menyorot sejarah pilihan raya umum (PRU), Perikatan/BN mendominasi politik di Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia bermula dari tahun 1952 sehinga 2008. Menerusi pemerintahan BN, Malaysia menikmati pembangunan pantas yang mengubah lansdkap fizikal dan sosio-ekonominya. Secara teori, hubungan ekonomi pasaran dan demokrasi adalah rapat. Sama ada demokrasi membawa pembangunan seperti di negara-negara Barat (United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis) atau pembangunan membawa kepada demokrasi seperti di rantau Asia Timur. Tetapi, kelangsungan dominasi BN selama 51 tahun dalam politik Malaysia seakan menyanggah kedua-dua premis tersebut.

Pengecualian Malaysia dalam hubungan antara pembangunan dan pendemokrasian membawa kepada penulisan ini yang membincangkan kekuatan BN berlandaskan kepada lima faktor iaitu perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah, pengawalan dan pembangunan. Faktor-faktor yang disebutkan sudah diperbincangkan secara berasingan dan terfokus menerusi penulisan-penulisan terdahulu (Ratnam, 1965, Milner & Ratnam, 1974, Means, 1976, Mauzy, 1982, Chandra Muzaffar, 1989, Funston, 1980 sekadar menyebut di antaranya). Oleh yang demikian, artikel ini cuba menganalisis secara kolektif faktor-faktor tersebut yang diyakini berupaya membantu kefahaman berkenaan kelangsungan dominasi BN dalam politik Malaysia.

PERKAUMAN

Model masyarakat majmuk oleh Furnival masih lagi relevan dioperasikan ke atas Malaysia walaupun telah 51 tahun berpemerintahan sendiri. Sehingga ke hari ini, perkauman sinonim dengan politik Malaysia. Perkauman dinyatakan oleh Barraclough (1982) sebagai satu set kepercayaan yang menjustifikasikan sikap, orientasi dan perilaku perkauman. Kerana itu, perkauman bukan hanya membelenggu aktor-aktor politik seperti ahli politik dan parti politik, malahan juga para sarjana, ahli akademik dan tentunya khalayak umum. Maka, perkauman berperanan dalam segenap aspek seperti politik, ekonomi, dan sosial di Malaysia yang mempengaruhi hidup bermasyarakat.

Menurut Geertz (1963) ikatan persaudaran dan rasa kesatuan di bentuk oleh sentimen primordial yang berasaskan ras, bahasa, budaya, daerah dan agama. Baradat (2000, p. 46) dan Heywood (1992, p. 141) pula menyimpulkan bahawa kaum adalah entiti budaya yang disatukan oleh perkongsian nilai dan tradisi seperti bahasa, agama, dan sejarah. Dalam lain perkataan, identiti kelompok manusia diasaskan oleh perkongsian faktor-faktor persamaan sama ada berciri warisan atau pengalaman. la menjelaskan kewujudan kelompok-kelompok yang berkongsi unit politik yang sama namun tidak berintegrasi yang menyebabkan muncul masyarakat majmuk. Hal tersebut selari dengan kajian oleh Ratnam (1965, p. 1-4) ke atas Malaysia yang mengenalpasti keterpisahan dari aspek warisan dalam masyarakat seperti bahasa, agama dan budaya disokong oleh keterpisahan fizikal (konsentrasi penduduk) serta amalan ekonomi yang menyebabkan perkauman menjadi teras dalam proses politik. Dalam konteks Malaysia, semua kaum berkongsi sebuah negara, tetapi nasionalisme kaum1 menjadi pilihan berbanding nasionalisme kebangsaan dalam politik yang menjejaskan sebarang usaha pembinaan bangsa (Ratnam, 1965, p. 213).

Politik perkauman di Malaysia dikenalpasti sebagai hasil warisan penjajahan British impak dari dasar pecah dan perintah. Pentadbiran British dikenalpasti mencipta sebuah masyarakat berbilang

790

Page 4: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

LIMA PULUH SATU TAHUN DOMINASI BARISAN NASIONAL DALAM POLITIK MALAYSIA

kaum dengan ketiadaaan sebarang usaha integrasi (Cham, 1972). Perbezaan yang sedia ada dari sudut ras, bahasa, budaya dan agama antara kaum dimangkin pula oleh keterpisahan dari aspek petempatan, pendidikan dan aktiviti ekonomi. Hal ini seiring dengan pandangan Shamsul (1996) yang mengenalpasti kesedaran perkauman dikonstruksi oleh penjajah menggunakan segenap ruang termasuk ruang ilmu. Berikutan itu, perkauman yang mendasari kewujudan masyarakat diterjemahkan dalam politik sehingga ke era berpemerintahan sendiri.

Dapat disimpulkan, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada 1957 dan seterusnya pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 dibuat atas teras perkauman. Kontrak sosial antara kaum mendasari penubuhan PTM manakala pembentukan Malaysia pula bemotifkan perkauman (mengimbangi populasi kaum). Kontrak sosial antara Melayu dan bukan Melayu kemudiannya dikembangkan oleh konsep bumiputra dan bukan bumiputra. Justeru, teras perkauman memberi tapak kukuh kepada kelangsungan parti-parti politik kaum. Hal ini unik di Malaysia berikutan parti-parti politik tidak dipandu oleh ideologi kiri atau kanan sebagai asas gerakan. Walaupun ada sebilangan parti mengketengahkan ideologi, tetapi ia kurang mendapat perhatian.2 Manakala parti yang berupaya meraih sokongan, mengemukakan ideologi yang hanya menarik perhatian kaum tertentu sahaja.3

Oleh yang demikian, perkauman menjadi penentu kelangsungan parti politik untuk meraih sokongan. Berikutan itu, BN sebagai sebuah pakatan parti-parti yang mewakili hampir semua kaum di Malaysia di dapati serasi dengan asas politik Malaysia yang telah terkonstruksi dan dikonstruksi menurut acuan perkauman.

PERMUAFAKATAN

BN yang bermula sebagai Parti Perikatan ditubuhkan menerusi permuafakatan antara parti-parti komponen yang beroperasi atas asas perkauman. Permuafakatan atau konsosionalime adalah pendekatan gagasan Lijphart yang mengkaji kewujudan kerajaan campuran di Malaysia yang berpandukan kepada amalan di Belgium (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002). Di Malaysia, BN berupaya menyatukan kesemua parti-parti yang mewakili kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di dalam satu entiti politik. Oleh yang demikian, permuafakatan BN bukan sekadar perkongsian kuasa politik, ia memberi impak sebenar dalam masyarakat majmuk Malaysia. Ia melahirkan hubungan memampas (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002) antara kaum yang berkesan khususnya antara Melayu dan Cina. Kuasa politik milik Melayu melalui instrumen paksaan negara yang sah seperti polis dan tentera membekalkan kestabilan politik dan ia dipampas oleh pembangunan ekonomi yang didominasi oleh kaum Cina (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002).

Selain politik (perkongsian kuasa), amalan permuafakatan BN diterjemahkan dalam konteks (perkongsian) ekonomi. Menerusi BN dan dasar DEB, peluang-peluang ekonomi dan sosial dapat dikongsi bersama oleh semua kaum yang membentuk masyarakat Malaysia. Di sebalik gagasan hak istimewa orang Melayu dan bumiputra, kaum bukan bumiputra tidak dihalang untuk maju. Permuafakatan BN dikenalpasti menguntungkan setiap kaum walaupun setiap parti komponen beroperasi atas asas perkauman. Oleh itu, kejayaan selama 51 tahun adalah berikutan asas penubuhan BN yang selari dengan asas politik Malaysia, iaitu perkauman. Hal ini selari dengan kontrak sosial yang didapati mempunyai asas prinsip pampasan (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002)

791

Page 5: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

SEMINAR POUTIK MALAYSIA

yang mendasari perlembagaan Malaysia (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002). Dengan itu, asas perkauman yang mempunyai ciri persaingan ditumpul dan dikendurkan oleh permuafakatan yang dicirikan oleh perkongsian kuasa dan hubungan yang memampas antara parti komponen. Senario ini menyumbang kepada kestabilan politik dan kerjasama yang berterusan dalam BN. Justeru, sifat permuafakatan BN ini memberikan kelebihan besar baginya dalam menghadapi persaingan dengan parti-parti lain di Malaysia.

Wujud kesedaran tentang keperluan bermuafakat oleh parti-parti pesaing sepertimana ditunjukkan menerusi Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif (BA). Selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada Mac 2008, muncul pula Pakatan Rakyat (PR) yang berupaya menafikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat dan menguasai lima pemerintahan negeri. Menggunakan formula BN, iaitu permuafakatan dan perkongsian kuasa, PR adalah gabungan parti pesaing yang terkuat pernah muncul dalam sejarah politik Malaysia. Namun, PR terlepas pandang tentang keperluan bermuafakat dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak sebelum PRU12. Kegagalan gagasan September 16 oleh PR menjelaskan kekuatan dan kelangsungan BN adalah kerana ciri permuafakatannya yang menyeluruh.

Permuafakatan BN juga adalah kerjasama yang rapat. BN adalah entiti yang telah diperbadankan yang mempunyai struktur organisasi yang teratur. Sesuai dengan komposisi kaum, UMNO adalah parti terbesar dalam BN. Oleh itu, UMNO adalah ketua dalam BN. Presiden UMNO adalah juga Pengerusi BN. Hal ini diperakui oleh parti-parti komponen lain. Selain itu, sebagai sebuah entiti, kesemua parti menggunakan lambang yang sama ketika bersaing dalam pilihan raya. Oleh itu, BN bukan kerjasama longgar antara parti politik. la adalah entiti kukuh yang mempunyai tradisi, amalan dan hala tuju yang jelas. Di sebalik pelbagai isu yang muncul selepas PRU12 seperti lompat parti, undi tidak percaya, dan krisis kepimpinan, BN terus kukuh sebagai pemerintah.

Kerjasama menerusi amalan permuafakan BN dikukuhkan lagi oleh hegemoni UMNO. Hakikat UMNO sebagai parti terbesar membolehkan pimpinannya menguasai BN. Penguasaan UMNO lebih luas selepas tragedi 13 Mei 1969 berbanding sebelumnya. Sokongan kaum Cina kepada MCA merosot pada PRU 11 Mei 1969. Kaum Cina beralih undi kepada parti pembangkang seperti DAP dan Gerakan. Kelemahan MCA dan peristiwa 13 Mei menjustifikasikan portfolio-portfolio penting dalam kabinet diambil alih oleh UMNO dari MCA seperti Kementerian Kewangan (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002). Hal ini mengukuhkan hegemoni UMNO dalam BN.

Hegemoni UMNO diselaraskan oleh amalan setiakawan menerusi permuafakatan. Contoh terbaik ialah amalan pengagihan kerusi calon untuk pilihan raya. Boleh wujud senario di mana kawasan majoriti Melayu diserahkan kepada sama ada calon MCA atau MIC. la berasaskan kepada amalan permuafakatan yang menyerlahkan perkongsian kuasa BN (Maizatul Haizan Mahbob, 2005). Permuafakatan juga ditonjolkan apabila parti Gerakan diberi hak mengetuai pemerintahan Pulau Pinang walaupun UMNO memiliki perwakilan terbesar dalam Dewan Undangan Negeri selama dua penggal (1999 sehingga 2008). Situasi menang-menang ini disamping mengukuhkan hegemoni UMNO, ia juga mengukuhkan perpaduan BN melalui amalan setiakawan.

Rekod baik dan pengalaman permuafakatan BN yang panjang serta teruji tidak dimiliki oleh parti-parti pesaing. Menyusur sejarah, permuafakatan parti-parti pesaing tidak kekal lama. Kerjasama berlangsung ketika PRU sahaja seperti Gagasan Rakyat dan BA. Seterusnya, APU yang memerintah

792

Page 6: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

LIMA PULUH SATU TAHUN DOMINASI BARISAN NASIONAL DALAM POLITIK MALA

Kelantan bertahan untuk satu penggal sahaja. Permuafakatan PR yang muncul selepas PRU12 oula masih belum lengkap. PR tidak disertai oleh mana-mana parti politik dari Sabah dan Sarawak. Kerjasama PR masih longgar berikutan ketiadaan organisasi berstruktur. Ketiadaan parti yang dominan menyebabkan tiada parti yang mengetuai gabungan. Hal ini menyulitkan perpaduan di kalangan parti komponen.

Oleh yang demikian, permuafakatan erat BN membolehkan ia terus diyakini rakyat untuk memerintah. Sejarah kerjasama BN selama lima dekad menunjukkan ia terbukti kuat dalam kerangka politik perkauman di Malaysia. Rekod ini belum dapat disaingi oleh permuafakatan longgar parti-parti lawan. Yang jelas, permuafakatan BN selari dengan kontrak sosial penubuhan negara itu sendiri. Ia menyebabkan BN terus dominan dalam politik Malaysia.

PECAH DAN PERINTAH

Perkauman serasi dengan politik permuafakatan. Tanpa persekitaran perkauman BN mungkin tidak relevan. Pecah dan perintah adalah salah satu cara pemerintahan yang tidak menggalakkan integrasi dalam masyarakat bagi memudahkan pentadbiran. Kebanyakan kuasa penjajah dikenalpasti mengamalkan pecah dan perintah demi menjamin kelangsungan mereka di tanah-tanah jajahan. Ia adalah sebahagian daripada pemikiran yang menyalahkan penjajah berikutan segala masalah yang wujud pada hari ini seperti kolonialisme dan Orientalisme. Dalam konteks Malaysia, perkauman yang mendasari politik, sosial dan ekonomi pada hari ini adalah warisan pentadbiran pecah dan perintah British.

Dalam konteks Malaysia, warisan perkauman dimanipulasi oleh BN walaupun wujud usaha integrasi menerusi penstrukturan semula masyarakat. Ia menghasilkan senario yang paradoks. Politik perkauman diamalkan di sebalik usaha perpaduan nasional. Senario ini dapat diterangkan oleh teori elit yang dikemukakan oleh Pareto, Mosca dan Michels di mana wujud kecenderungan oligarki dalam demokrasi (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2006). Ia adalah cara kelas elit berbilang kaum dalam BN memastikan kelangsungan pemerintahan. Di hadapan pengikut, kaum lain dilabelkan sebagai ancaman walaupun masing-masing menganggotai BN.

Ia selari dengan kritikan pendekatan kelas terhadap pendekatan kaum yang melihat kerjasama dan rundingan antara elit sebagai topeng di mana pemimpin parti berlakon mewakili kepentingan orang ramai (kaum) sedangkan berusaha menjaga kepentingan diri (Nidzam Sulaiman, 1999). Sentimen perkauman seperti bahasa, budaya dan agama mudah diterima massa yang apati dan kekurangan dari pelbagai sudut seperti pendidikan, pendedahan dan pengetahuan sebagaimana diterangkan oleh teori elit. Kewujudan agensi pemerintah seperti Biro Tata Negara (BTN) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) menunjukkan perkauman diterapkan kelas elit ke atas pentadbir dan pelajar yang mengukuhkan pemikiran perkauman dalam masyarakat.

Dalam konteks pembinaan bangsa, BN adalah pihak yang memiliki alat dan kuasa bagi membentuk dan mencorak masyarakat Malaysia. Selari dengan hujah Hobsbawm (1990), bangsa tidak lahir sendiri, bangsa dibina oleh negara. Justeru, masyarakat majmuk yang tidak benntegrasi terus wujud kerana dasar pemerintahan BN. Selepas 51 tahun, masyarakat Malaysia masih d.pisahkan oleh garisan perkauman. Penstrukturan semula masyarakat menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB)

793

Page 7: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

SEMINAR POUTIK MALAYSIA

dan dasar-dasar yang bersemangat DEB tidak mengintegrasi kaum. Keterpisahan antara kaum terus wujud meskipun Malaysia mengalami perubahan fizikal yang ketara hasil pembangunan. Justeru, perbezaan oleh warisan seperti bahasa, budaya, agama dan perbezaan sosio-ekonomi hasil tinggalan penjajah diguna bagi menjustifikasi polisi pemerintahan BN menambah jurang keterpisahan. Sekolah vernakular, monopoli kaum di institusi pengajian tinggi dan dominasi kaum dalam pentadbiran awam dikenalpasti mengekalkan elemen pecah dan perintah yang diwarisi pentadbiran British.

Oleh yang demikian, kerencaman masyarakat dan keterpisahan kaum hasil peninggalan penjajah didapati telah digunakan oleh kelas elit BN bagi memastikan kelangsungan pemerintahan mereka. Walaupun wujud perubahan dan pembangunan, integrasi didapati masih terbatas. Kelas elit BN yang mentadbir Malaysia berpolitik atas kepentingan kaum yang berbaur dengan sentimen primordial seperti pemeliharaan bahasa, budaya, dan agama. Pecah dan perintah dikenalpasti memelihara status quo dan menjadi faktor utama mengekang pembinaan bangsa4 Malaysia. Hal ini memberi faedah kepada BN untuk beroperasi atas asas politik perkauman yang membenarkannya terus mendominasi politik Malaysia.

PENGAWALAN

Menurut Zaini (2006), takrifan umum mengenai demokrasi menonjolkan tujuh ciri yang utama, iaitu kebebasan berucap, kebebasan media, pilihan raya bebas dan adil, kebebasan berorganisasi, pemerintahan berasaskan majoriti, hak minoriti dihormati dan juga kebebasan kehakiman. Oleh itu, dalam konteks Malaysia, institusi-institusi demokrasi ini wujud tapi terkawal dan wujud mekanisme kawalan. Menurut Jamaie et. al. (2005) para sarjana yang menyelidik tentang demokrasi di Malaysia sepakat mengatakan bahawa negara ini tidak mengamalkan demokrasi yang sebenarnya.

Pelbagai label diberi oleh para sarjana yang menerangkan tahap demokrasi di Malaysia sebagaimana dirujuk oleh Jamaie et. Al. (2005) , di mana Zakaria melabelkan ia sebagai Quasi-Democracy, Case mengenalpasti ia sebagai Semi-Democracy, Crouch menyatakan ia sebagai neither authoritarian nor democracy, dan Jesudason mengenalkan Malaysia sebagai Statist-Democracy. Hal ini berikutan wujud pelbagai akta yang membawa kepada pengawalan demokrasi. Ia digunakan BN yang mendakwa alat kawalan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), (sekadar menyebut di antaranya) perlu bagi kestabilan dan keselamatan negara. Penggunaan alat kawalan dan pemerkasaan akta kawalan menjadi elemen pen ting dalam pentadbiran BN, terutamanya di era TDM. Justeru, seperti di rujuk oleh Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif (2002), pentadbiran TDM dikritik Anne Munro-Kua sebagai populisme autoritarian (authoritarian populism), dan permuafakatan paksaan (coercive consociationalism) oleh Mauzy.

Kewujudan alat kawalan, disempurnakan oleh tindakan mengawal yang memanipulasi definisi keselamatan negara. Menurut Mohd. Rizal Mohd. Yaakop (2006) di kebanyakan negara-negara membangun, keselamatan negara seiring dengan keselamatan pemerintah. Menyusur sejarah, Operasi Lalang 1987, penahanan aktivis-aktivis reformasi 1998-99, dan penahanan wartawan akhbar Sin Chew Jit Poh, ahli parlimen DAP Theresa Kok, dan blogger Raja Petra Kamarudin pada September 2008 dilakukan di waktu pemerintah BN lemah oleh krisis dalaman dan diancam oleh kekuatan parti-parti pesaing.

794

Page 8: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

LIMA PULUH SATU TAHUN DOMINASI BARISAN NASIONAL DALAM POLITIK MALAYSIA

Selain kewujudan alat kawalan, wujud amalan politik BN yang bertentangan dengan prinsip demokrasi. Realiti deraokrasi sebagai sistem, ideologi atau budaya adalah baru di Malaysia memberikan manfaat besar kepada BN sebagai pemerintah. Kefahaman dan penghayatan demokrasi yang terhad, menyebabkan amalan BN seolah tidak dipersoalkan masyarakat. Salah satu contoh ialah persoalan tentang jentera pemerintah dan jentera parti. Masyarakat seakan menerima amalan agensi pemerintah dihakmilikkan oleh BN. Malah etika BN yang berperanan sebagai pemerintah transisi atau sementara (caretaker government) sewaktu pilihan raya umum juga jarang dipersoalkan.

Amalan manipulasi agensi pemerintah oleh BN ketara di musim pilihan raya. Misalnya, agensi penyiaran milik pemerintah dimanipulasi bagi kepentingan kempen BN. Selain agensi penyiaran, banyak lagi agensi-agensi pemerintah yang digunakan oleh BN bagi kepentingan politik kepartian. Kebajikan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kerja Raya (JKR), polis, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah antara beberapa contoh biasa agensi pemerintah yang digunakan sebagai jentera parti. Malah hak perdana menteri dalam hal pembubaran Dewan Rakyat seperti yang digariskan oleh Perlembagaan, juga memberikan manfaat kepada BN.

Begitu juga halnya dengan kedudukan BN sebagai kerajaan sementara atau caretaker government sewaktu musim pilihan raya umum atau sebarang pilihan raya kecil. Demokrasi yang tidak membudaya dalam BN menyebabkan wujud manipulasi peranan sebagai kerajaan sementara. Selain manipulasi media lidah rasmi, jawatan dalam kerajaan diguna bagi keuntungan politik kepartian dengan mengisytiharkan projek kerajaan selepas pembubaran Parlimen. Begitu juga dengan kewujudan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikenalpasti sebagai cenderong memihak kepada parti pemerintah berikutan ia didukung oleh individu yang mempunyai pertalian erat dengan birokrasi awam (Maizatul Haizan Mahbob, 2005). Pelbagai isu berkaitan SPR seperti gerrymandering misalannya membawa kepada persoalan tentang keadilan dan kebebasan pilihan raya. Oleh itu, pengawalan ke atas agensi pemerintah dan kedudukan sebagai pemerintah sejak merdeka memberikan kelebihan besar kepada BN berbanding para pesaingnya untuk terus mendominasi politik Malaysia.

Pemerintahan BN juga mengawal kebebasan media. Media arus perdana sama ada elektronik dan cetak dikuasai oleh BN. Selain menguasai agensi penyiaran rasmi pemerintah, BN menguasai akhbar, stesen radio dan stesen televisyen sama ada menerusi pemilikan saham ataupun menggunakan posisinya sebagai pemerintah yang mengeluarkan lesen. Parti-parti pesaing dibenarkan menerbitkan akhbar, namun edaran dan terbitan yang terhad. Natijahnya, parti-parti pesaing memilih alternatif lain seperti ceramah umum, internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Peranan media alternatif semakin signifikan, terutama ketika PRU 12 pada Mac 2008. Ini adalah kelebihan utama parti-parti pesaing buat masa sekarang.

Selepas PRU 12, pengawalan media dan manipulasi media secara berlebihan menjadi kelemahan berbanding kelebihan bagi BN. Suasana politik pada tahun 2008 agak jauh berbeza berbanding 2004 dan 1999. Ia berikutan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang dibawakan oleh proses globalisasi di Malaysia. Ia mengubah cara menyampai dan mendapatkan maklumat. Usaha pengawalan maklumat di dunia maya didapati sukar dilakukan oleh pemerintah. Oleh yang demikian, internet menjadi alternatif kepada rakyat. Blog dan berita yang disampaikan melalui internet dapat memuaskan kehendak rakyat yang mahukan maklumat yang bebas dari pengawalan pemerintah, dianggap adil dan tidak berpihak. Berikutan itu, ia mewujudkan tuntutan yang lebih kuat terhadap demokrasi di kalangan rakyat yang kian tertarik dengan idea-idea demokrasi seperti tadbir urus yang baik, keadilan dan kesaksamaan.

795

Page 9: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Pengawalan ke atas demokrasi menerangkan demokrasi bukan matlamat, ia adalah alat yang diwarisi dari pengalaman penjajahan. Demokrasi adalah alat untuk melegitimasikan pemerintahan. Ia bukan matlamat untuk memilih pemerintah terbaik melalui persaingan yang adil dan bebas. PRU berkala setiap lima tahun sekali diadakan kerana kebiasaan bagi memenuhi syarat untuk bergelar pengamal demokrasi. Demokrasi memberikan konotasi positif di kalangan masyarakat antarabangsa. Kerana itu, negara-negara autokratik seperti Korea Utara dan bekas Jerman Timur juga meletakkan perkataan demokratik pada nama rasmi masing-masing iaitu Democratic Republic of Korea dan German Democratic Republic.

Justeru, muncul demokrasi ala-Malaysia, demokrasi terpimpin, dan demokrasi acuan Malaysia. Ia demi menjustifikasikan kewujudan pengawalan dalam demokrasi oleh BN yang dibuat atas alasan kestabilan dan keselamatan negara. Keutamaan para pemimpin BN yang bermula di era Tun Razak, dan terserlah di era Tun Mahathir adalah pembangunan ekonomi yang berterusan. Demokrasi yang tidak diuruskan dengan baik dipercayai boleh mengancam kestabilan politik, seterusnya menjejaskan ekonomi dan merencatkan pembangunan.

Keseimbangan pernah terjejas oleh peristiwa 13 Mei 1969 hasil dari persaingan kaum dalam politik menerusi sistem demokrasi. Berikutan itu, mekanisme kawalan diperkukuhkan oleh BN yang merasionalkannya perlu untuk kestabilan negara. Namun dari perspektif berbeza, amalan pengawalan ke atas demokrasi mengukuhkan kedudukan BN sebagai parti dominan. BN sukar disaingi dalam persaingan yang tidak sempurna. Namun, era globalisasi tanpa sempadan menjanjikan cabaran buat BN. Kebebasan yang ditawarkan media alternatif dan hakisan keyakinan terhadap media arus perdana menjadi ancaman. Justeru, kelangsungan dominasi BN dalam politik akan ditentukan oleh kemampuannya menguruskan perubahan yang menuntutnya menyesuaikan diri dengan persekitaran.

PEMBANGUNAN

Di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad (TDM) dari tahun 1981 sehingga 2003, Malaysia mengalami tranformasi ekonomi dan sosial yang pantas. Dari berasaskan pertanian, Malaysia berubah menjadi negara industri, begitu juga dengan golongan menengah (terutamanya Melayu) yang semakin berkembang dalam struktur sosial masyarakat Malaysia. Konsep negara pembangunan (Sity Daud, 2006) yang diaplikasikan oleh TDM berjaya membawa kemakmuran. Namun, pembangunan ekonomi seiring pengawalan demokrasi. Ia senada dengan pendirian TDM bahawa kestabilan adalah pra-syarat kepada pembangunan. Kestabilan memerlukan pemerintah yang kuat, maka gaya autokratik yang menekan demokrasi dipilih TDM.

Negara pembangunan yang dicirikan dengan penyertaan aktif pemerintah dalam ekonomi (Sity Daud, 2006). Penswastaan, corporate nationalism, dan persyarikatan Malaysia menerangkan kemunculan syarikat-syarikat berkaitan pemerintah (GLC) di samping penswastaan fungsi di agensi-agensi milik pemerintah dan penswastaan projek-projek cadangan pemerintah (Sity Daud, 2006). Oleh yang demikian, kuasa menentukan pengurusan dalam GLC dan kuasa memilih kontraktor mencipta ruang dan peluang kerjasama antara elit politik dalam pemerintahan dan elit pemodal. Di waktu puncak, masing-masing mempunyai dwi-peranan di mana pemerintah adalah pemodal dan pemodal adalah juga pemerintah. Politik wang dikenalpasti adalah kesan tidak langsung daripada pembangunan yang pesat di era TDM menerusi amalan penswastaan yang galak. Menurut Mohammad

796

Page 10: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

LIMA PULUH SATU TAHUN DOMINASI BARISAN NASIONAL DALAM POUTIK MALAYSIA

Agus Yusoff (2005) amalan politik wang berkembang pada tahun 1981 dan 1984 apabila Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah bersaing untuk merebut jawatan timbalan presiden UMNO. Sejak itu politik wang didakwa berterusan di amalkan terutamanya di dalam UMNO yang merupakan parti terbesar dalam BN. Sehingga pemilihan UMNO yang terakhir pada 2007, politik wang masih lagi menjadi isu (Mohammad Agus Yusof, 2005).

Pembangunan pesat ekonomi sering dikaitkan juga dengan perkembangan tahap pendidikan dan pendedahan masyarakat terhadap demokrasi. la membawa kepada premis hubungan positif antara tahap pembangunan ekonomi dan amalan demokrasi. Namun, premis yang dikemukan oleh Dahl dan Verba & Almond dalam Zaini (2006) tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku di Malaysia dan juga negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura. Premis tersebut menjelaskan negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi dan modenisasi yang pesat akan secara langsung memerlukan ruang pilihan {zone of choice) di mana amalan demokrasi diperluaskan bagi menangani keperluan masyarakat yang semakin kompleks (Zaini, 2006). Ruang pilihan menurut Zaini (2006), merujuk kepada keperluan untuk kesatuan sosial, masyarakat yang berpendidikan, dan juga masyarakat kelas pertengahan yang bebas daripada pengaruh pemerintah.

Dalam konteks Malaysia, partisipasi rakyat dalam demokrasi dan tuntutan pendemokrasian kurang menonjol dalam pembangunan ekonomi yang rancak. la berbeza dengan proses pendemokrasian di Barat di mana pembangunan ekonomi pasaran adalah hasil pendemokrasian. Jika sebaliknya, pembangunan berterusan membawakan tuntutan demokrasi dalam masyarakat sebagaimana yang berlaku di negara-negara Asia. Tuntutan kepada demokrasi di Asia hanya berlaku apabila berlaku masalah dalam ekonomi sebagaimana yang berlaku di Korea Selatan, Taiwan dan Indonesia. Sistem satu parti yang membawa pembangunan berubah hasil krisis ekonomi. Sebagai contoh, pemerintahan satu parti oleh Golkar di bawah matan Presiden Suharto tumpas oleh tuntutan pendemokrasian oleh gerakan reformasi rakyat yang muncul akibat Krisis Kewangan Asia 1997.

Kecenderungan yang sama wujud di Malaysia. Krisis Kewangan 1997 mencetuskan krisis politik ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diikuti oleh tuntutan demokrasi yang dibawa menerusi gerakan reformasi. Tuntutan kepada demokrasi dan isu-isu yang lebih universal seperti hak asasi manusia, keadilan, dan kesamarataan lantang disuarakan. Ketika itu muncul permuafakatan parti-parti pesaing atas nama Barisan Alternatif yang dianggotai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional, dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Ini adalah gabungan parti-parti pesaing paling kuat pernah ditubuhkan di Malaysia di era sebelum PRU 12. Di samping itu muncul gerakan-gerakan sivil5 yang muncul hasil tindakbalas masyarakat Malaysia terhadap pemerintah yang dianggap gagal mewujudkan dasar sosial, ekonomi, dan juga politik yang kondusif (Zaini, 2002). Perkauman kelihatan lenyap dari pentas politik Malaysia. Namun, seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, parti-parti pesaing BN bersaing dalam suasana yang berpihak. BN yang dilengkapi jentera pemerintahan dan mekanisme kawalan tetap berjaya dalam PRU 10 pada 1999. Di samping itu ekonomi Malaysia pada 1999 menunjukkan petanda pemulihan dari krisis hasil dari polisi preskriptif TDM.

Namun, isu-isu yang dibawakan reformasi seakan lenyap seiring dengan pemulihan ekonomi bermula pada tahun 2000 yang membawa kejayaan besar BN dalam PRU 11 pada 2004. la menjelaskan rakyat mementingkan kesejahteraan hidup yang berkait rapat dengan pembangunan ekonomi. Sebagaimana yang dipupuk BN, demokrasi adalah alat dan bukan matlamat bagi rakyat.

797

Page 11: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

ANALISIS

Keputusan PRU 12 pada 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos 2008 yang menyebelahi PR menimbulkan persoalan berkenaan kemampuan BN mendominasi politik Malaysia di masa akan datang. Pengawalan dan pembangunan adalah dua faktor yang semakin sukar dikawal oleh BN. Globalisasi dikenalpasti sebagai penyebab utama yang menghakis pengawalan demokrasi dan merencat pembangunan ekonomi. Fenomena global ini memberikan impak besar ke atas Malaysia. Proses globalisasi memaksa perlindungan, sekatan perdagangan dan sempadan negara dibuka di samping mengukuhkan kebergantungan antara negara. la membentuk dunia tanpa sempadan yang dicirikan oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pembangunan ekonomi di era TDM, membawa infrastruktur ICT ke Malaysia pada lewat tahun 1990-an. Tuntutan pendemokrasian oleh gerakan reformasi 1997-1999 dikenalpasti kurang impak berbanding Tsunami Politik 2008 berikutan infrastruktur ICT yang masih terhad di waktu itu. Kerana itu media arus perdana masih mempunyai pengaruh yang besar. Namun, hal ini berubah 10 tahun kemudian. Kemajuan ICT menawarkan alternatif kepada rakyat dan parti pesaing dalam proses menyampai dan menerima maklumat. Hakisan keyakinan terhadap media arus perdana yang dikawal pemerintah BN menambah populariti media alternatif. Media alternatif menawarkan maklumat yang dilihat tidak bertapis dan bebas dari pengawalan pemerintah BN. Maka, idea demokrasi dapat disampaikan secara berkesan yang menyebabkan tsunami politik 2008. Keinginan kepada perubahan tidak dapat dikesan oleh BN berikutan penggunaan media alternatif oleh rakyat dan parti-parti pesaing. Oleh yang demikian, kemajuan ICT dikenalpasti menjadi ancaman kepada pengawalan demokrasi BN.

Namun, PRU12 Mac 2008 yang menafikan majoriti dua pertiga buat pertama kali bagi BN menunjukkan tuntutan pendemokrasian bersama isu-isu universal seperti keadilan, persamaan, pilihan raya yang bebas dan adil serta hak asasi manusia kembali memuncak walaupun tidak disuarakan dengan jelas oleh rakyat. Lebih tepat, suara rakyat tidak disampaikan oleh media arus perdana. Oleh itu protes rakyat dijelaskan melalui peti undi. Mengimbas tempoh 2004 ke 2008, pelbagai isu yang bersifat universal timbul. Isu kebebasan beragama dan penyelarasan perundangan yang teknikal menguasai politik Malaysia. Oleh itu, elemen perkauman masih menguasai politik, tetapi ia disampaikan dengan cara berbeza. Nadanya lebih lembut kerana pengoperasian hujah yang mengaplikasi nilai-nilai universal. Begitu juga kes saman oleh HINDRAF yang sinikal. Cara penyampaian yang berbeza dari kelaziman menjadikan ia dilabel sebagai isu keterpinggiran ekonomi berbanding perkauman.

Isu keterpinggiran pula membawa kepada keperluan untuk amalan urus tadbir baik yang merupakan salah satu nilai universal dalam demokrasi. Justeru itu, kepercayaan bahawa pendemokrasian dapat membawa kepada pembangunan didapati semakin mendapat tempat di Malaysia.

Kemenangan besar BN pada PRU 11 2004 menunjukkan harapan tinggi rakyat kepada pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (DSAAB). Beliau bertuah kerana ekonomi 2004 berada pada tahap yang memuaskan hasil dasar preskriptif TDM terhadap Krisis Kewangan 1997 selain asas ekonomi yang kukuh warisan TDM. DSAAB dengan imej bersih diyakini mampu membawa pendemokrasian berikutan janji-janji memulihkan sistem kehakiman, memerangi rasuah,

798

Page 12: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

LIMA PULUH SATU TAHUN DOMINASI BARISAN NASIONAL DALAM POLITIK MALAYSIA

menekankan integriti, membebaskan media dan memelihara hak asasi manusia. Asas ekonomi yang kukuh dan pendemokrasian oleh DSAAB dipercayai mampu meningkatkan lagi tahap pembangunan dan ia bersifat lebih menyeluruh. Namun selepas satu penggal, pendemokrasian oleh DSAAB tidak terlaksana. Manakala, pembangunan DSAAB diperlahankan kesan ekonomi global. Kenaikan harga minyak dan inflasi adalah antara cabarannya. Tetapi pembangunan yang perlahan dilihat rakyat sebagai kelemahan DSAAB dan bukan kerana faktor-faktor lain. Malah, menjadi pengganti TDM bukan lagi satu kelebihan buat DSAAB kerana rakyat sentiasa membandingkan gaya kepimpinan kedua-dua tokoh ini. Ia bukan perbandingan yang tepat kerana TDM memerintah sewaktu perlindungan masih relevan dalam ekonomi, sedangkan DSAAB memerintah dalam pasaran yang lebih terbuka.

Oleh yang demikian, pembangunan perlahan, kegagalan melaksanakan demokrasi dan kesilapan menangani isu-isu universal yang berbaur perkauman dikenalpasti menghakis kepercayaan rakyat. Tuntutan terhadap demokrasi memuncak sewaktu PRU 12 dan era pasca PRU 12. Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 mengesahkan permintaan rakyat kepada demokrasi meningkat ketika pembangunan ekonomi perlahan berbanding pembangunan pesat.

Proses globalisasi menerusi pendekatan neoliberal di tahun-tahun 1980-an 1990-an memberi faedah kepada pembangunan Malaysia melalui pelaburan terus asing yang memangkin sektor perindustrian. Tenaga buruh murah dan insentif yang ditawarkan pemerintah menjadi pendorong utama perpindahan operasi syarikat-syarikat dari negara-negara maju dengan label multinasional (MNC) dan transnasional (TNC). Namun, proses yang sama melanda negara-negara lain seperti China, India dan Vietnam yang bermula di hujung 1990-an berikutan harga buruh yang lebih murah. Ia memberikan kesan negatif kepada Malaysia yang kehilangan daya saing bagi menarik pelaburan terus asing. Malah, ia menghadapi kemungkinan perpindahan operasi dan pengaliran modal ke negara-negara tersebut. Hakikat ekonomi Malaysia yang sebahagiannya dibangunkan oleh modal dari luar dan perdagangan antarabangsa yang semakin kompleks akibat globalisasi menyebabkan wujud tahap kebergantungan yang tinggi. Oleh yang demikian, segala yang berlaku di sekeliling memberi kesan kepada Malaysia.

Pernah dilabel sebagai Harimau Asia di pertengahan tahun 1990-an, pembangunan ekonomi Malaysia masih dikuasai amalan perlindungan dengan tahap kebergantungan ekonomi antarabangsa yang rendah. Hal ini berbeza di era millenium apabila persaingan yang semakin sengit antara ekonomi dan tahap kebergantungan dalam ekonomi antarabangsa yang tinggi menyebabkan pembangunan dibayangi oleh ketidakpastian. Oleh yang demikian, kemampuan BN untuk memastikan pembangunan yang berterusan dicabar. Ketidakmampuan BN menanganinya boleh menggugat dominasinya dalam politik Malaysia.

Dalam konteks ini, demokrasi adalah alat untuk menghasilkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Ia berikutan kepercayaan tentang demokrasi mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemerintah yang boleh memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi. Manakala, pemerintahan yang menghayati demokrasi pula boleh membawa pembangunan yang menyeluruh kepada rakyat kerana ketidakwujudan kepincangan pentadbiran seperti tol politik dan rasuah. Pembangunan ekonomi adalah faktor penting yang menentukan kelangsungan BN dalam politik Malaysia. Namun, BN menghadapi cabaran hebat di era ekonomi global yang bukan hanya menghakis elemen perlindungan dalam ekonomi pasaran malahan mencabar keberkesanan pengawalan terhadap demokrasi.

799

Page 13: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

KESIMPULAN

BN mendominasi politik Malaysia selama 51 tahun. Menyusur sejarah PRU, BN sentiasa beroleh majoriti dua per tiga sehinggalah PRU 12 yang telah memberi kejutan (selain PRU 1969). la menggugat sistem satu parti di Malaysia. Sekian lama gabungan faktor-faktor perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah, pengawalan dan pembangunan berjalan dengan baik untuk BN. Formula ini menjamin kelangsungan dominasi BN. Namun keputusan PRU 12 menunjukkan peningkatan besar kehendak kepada perubahan oleh rakyat. la dikenalpasti berpunca daripada tekanan globalisasi yang menghakis pengawalan terhadap demokrasi dan merencatkan proses pembangunan.

Di sebalik rakyat yang apati terhadap demokrasi, wujud kesedaran bahawa demokrasi adalah alat untuk memperbaiki ekonomi dan menghasilkan pembangunan ekonomi yang berterusan. la berikutan kepercayaan tentang demokrasi mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadiran pemerintah yang boleh memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi. Juster, pemerintahan yang menghayati demokrasi pula boleh membawa pembangunan yang menyeluruh kepada rakyat. Keputusan PRU 12 walau apapun motifnya (sama ada mengganti pemerintah atau memberi amaran kepada pemerintah yang sedia ada), jelas menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi pembangunan ekonomi.

Pembangunan ekonomi adalah faktor penting yang menentukan kelangsungan BN dalam politik Malaysia. BN menghadapi cabaran hebat di era ekonomi global yang bukan hanya menghakis elemen perlindungan dalam ekonomi pasaran malahan mencabar keberkesanan pengawalan terhadap demokrasi. Oleh yang demikian, dominasi BN dikenalpasti berlangsung dengan baik dalam suasana politik terkawal dan penuh unsur perlindungan yang menghasilkan persaingan yang tidak sempurna. la memperlihatkan wujud satu hubungan timbal balik antara ekonomi dan politik. Kekuatan BN adalah kerana pembangunan hasil dari elemen perlindungan dalam ekonomi.

Oleh itu, dalam era ekonomi yang semakin terbuka, dominasi politik BN terjejas seiring dengan pembangunan ekonomi yang merundum. Maka, PRU12 menunjukkan dominasi BN tergugat walaupun dalam suasana sedikit terbuka dan persaingan yang masih jauh dari sempurna. Dalam suasana ini, perkauman kelihatan kurang daya tarikan, permuafakatan goyah, pecah dan perintah serta pengawalan tidak lagi relevan dan pembangunan sukar dilaksanakan. Berikutan itu, hal ini menimbulkan persoalan tentang daya saing dan daya tahan BN dalam persaingan yang benar-benar sempurna kelak.

NOTA AKHIR

1 Nasionalisme sub-nasional ini sering juga dikategorikan sebagai etno-nasionalisme, ia selalu bersifat primordial (Geertz, 1963)

iaitu berasaskan kepada bahasa, agama, budaya, daerah dan etnik. 2 Parti Sosialis, Parti Sosialis Rakyat Malaysia adalah contoh parti politik yang mempunyai ideologi yang nyata tetapi tidak mendapat

perhatian umum. 3 Democratic Action Party (DAP), mengemukakan demokrasi liberal dengan slogan Malaysian Malaysia yang hanya menarik perhatian

kaum bukan bumiputra. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula mengemukakan Islam sebagai ideologi asas. Walaupun prinsip-prinsip

Islam adalah universal, tetapi anutan Islam yang tidak meluas di kalangan kaum bukan Melayu menyebabkan perjuangan PAS

lebih berorientasikan perkauman. 4 Pembinaan bangsa punya konotasi yang berbeza-beza dan sering dinyatakan dalam kerangka primordial yang merujuk kepada ras,

etnisiti, bahasa, agama, wilayah atau daerah. Pelbagai pandangan tentang konsep bangsa. Secara ringkasnya, kebanyakan bangsa

800

Page 14: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

LIMA PULUH SATU TAHUN DOMINASI BARISAN NASIONAL DALAM POLITIK MALAYSIA

punya negara yang merujuk kepada konsep negara-bangsa dan terrefleksi pada penggunaan nama bangsa sebagai nama negara,

ada bangsa tanpa negara seperti Kurdis. Wujud juga banyak bangsa dalam satu negara. Pembinaan bangsa ada konotasi dari bawah

ke atas atau atas ke bawah. Yakni, sama ada secara semulajadi atau di konstruksi, atau wujud bangsa dahulu kemudian negara

(Jepun), atau negara membentuk bangsa (Amerika). 5 Antara gerakan sivil yang terkemuka di waktu itu adalah GERAK (Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia), SUARAM (Suara Rakyat

Malaysia), JIM (Jemaah Islam Malaysia). Di waktu krisis politik ini, gerakan-gerakan sivil lebih politikal dan cenderung bekerjasama

dengan parti-parti pembangkang.

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong, (1998). Social transformation, the state and the middle classes in post-independence Malaysia. Dim. Zawawi Ibrahim (pnyt). Cultural contestations: mediating identities in a changing Malaysian society, him. 12-17. London: ASEAN Academic Press

Baradat, L. P. (2000). Political ideologies: their origins and impact. Ed. Ke-7 Upper Saddle River, New Jersey: Prentice-Hall

Barraclough. S. (1982). Towards a clarification of terms in the study of Malaysian politics, Dim. Bruce Gale (pnyt.). Reading in Malaysian Politics, him.268-284. Petaling Jaya: Pelanduk Publications

Cham, B. N. (1972). Colonialism and communalism in Malaysia. Journal of contemporary Asia. Vol. 7, No. 2

Chandra Muzaffar, (1989). Challenges and choices in Malaysian politics and society: UMNO politics, democracy, ethnic relations, religion. Penang: ALIRAN

Funston, N. J. (1980). Malay politics in Malaysia: a study of UMNO & PAS. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books

Geertz, Clifford. (1963). Primordial sentiments and civil politics in the new states. Dim. Clifford Geertz (pnyt.). Old societies and new states. Glencoe: Free Press

Heng Pek Koon, (1998). Chinese responses to Malay hegemony in peninsular Malaysia (1957-1996). Dim. Zawawi Ibrahim (pnyt.). Cultural contestations: mediating identities in a changing Malaysian society, him. 51-82. London: ASEAN Academic Press

Heywood, Andrew. (1992). Political ideologies: an introduction. London: Macmillan Press

Hobsbawm, E. (1990). Nations and nationalism since N1780. Cambridge:Cambridge University Press

Jamaie Hj. Hamil, Mohd. Mahadee Ismail, Nidzam Sulaiman, Suzanna Mohamed Isa & Zaini Othman, (2005). Budaya politik Melayu: kesinambungan dan perubahan. Dim. Sity Daud & Zarina Othman (pnyt.). Politik dan keselamatan, him. 71-98. Bangi: Penerbit UKM

Maizatul Haizan Mahbob, (2005). SPR dan pengurusan pilihan raya di Malaysia. Dim. Maizatul Haizan Mahbob & Mohamad Zain Musa (pnyt.). Tinjauan baru politik Malaysia, him. 66-95. Bangi: Penerbit UKM

Mauzy, D. K. (1982). The 1982 general election in Malaysia? A mandate for change? Dim. Bruce Gale (pnyt.). Reading in Malaysian Politics, him. 3-24. Petaling Jaya: Pelanduk Publications

801

Page 15: PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL AZMIER MOHAMED@BAKAR SP 08.… · Sehingga ke hari ini, ... pembentukan Persekutuan Malaysia pada

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Means, G. P. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton

Mills, C. W. (1956). The power elite. Oxford: Oxford University Press

Mohammad Agus Yusoff, (2005). Pemilihan UMNO 2004: politik wang atau wang politik? Dim Sity Daud & Zarina Othman (pnyt.). Politik dan keselamatan, him. 99-114

Mohd Rizal Mohd Yaakop, (2006). Isu keselamatan dalam politik Malaysia. Dim. Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman (pnyt.). Politik Malaysia: demokrasi, kepimpinan dan keselamatan, him. 172-186. Bangi: PenerbitUKM

Nodia, Ghia. (1994). Nationalism and democracy. Dim. Larry Diamond & Marc F. Plattner, him. 3-22. (pnyt.). Nationalism, ethnic conflict, and democracy. Baltimore: Johns Hopskins University Press

Oong Hak Ching, (2006). Pesuruhjaya jeneral dan proses pembinaan Malaysia. Dim. Zarina Othman & Rashila Ramli (pnyt.). Empat puluh tahun penubuhan Malaysia, him. 18-35. Bangi: Penerbit UKM

Ratnam, K. J. (1965). Communalism and the political process in Malaya. Singapore: University of Malaya Press

Ratnam, K. J. & Milne, R. S. (1967). The Malaysian parliamentary election of 1964. Kuala Lumpur: University of Malaya Press

Shamsul Amri Baharuddin, (1996). The construction and transformation of social identity: Malayness and Bumiputeraness re-examined. Journal of Asian and African studies (52): 14-33

. (1998). debating about identity in Malaysia: A discourse analysis. Dim. Zawawi Ibrahim (pnyt.). Cultural contestations: mediating identities in a changing Malaysian society, him. 12-17. London: ASEAN Academic Press

Sity Daud, (2004). Globalisasi dan negara pembangunan. Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Januari: 27-42

. (2006). Negara dan ideologi pembangunan. Dim. Ghazali Mayudin(pnyt). Politik Malaysia: perspektif teoridanpraktik, him. 39-59. Bangi: PenerbitUKM

Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, (2002). Antara persaingan dan perwakilan. Dim. Ghazali Mayudin (pnyt.). Politik Malaysia: perspektif teori dan praktik, him. 1-25. Bangi: Penerbit UKM

Zaini Othman, (2002). Masyarakat sivil dan pendemokrasian. Dim. Ghazali Mayudin (pnyt.). Politik Malaysia: perspektif teori dan praktik, him. 39-59. Bangi: Penerbit UKM

. (2006). Demokrasi di negara sedang membangun: pengalaman Asia Tenggara. Dim. Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman (pnyt.) Demokrasi kepimpinan dan keselamatan dalam politik Malaysia,h\m. 26-49. Bangi: Penerbit UKM

802