proses pembuatan dasar penswastaan

9
Proses pembuatan dasar penswastaan.

Upload: epal-hijau

Post on 25-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

aktor yang terlibat dalam proses pembuatan dasar

TRANSCRIPT

Proses pembuatan dasar penswastaan.

Proses pembuatan dasar penswastaan.Penstrukturan masalahPenentuan agenda dasar.Dasar penswastaan ini digubal bertujuan untuk mengurangkan beban pentadbiran kerajaan khususnya dari segi kakitangan dan juga tanggungan kewangan.Selain itu,Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28 % pada tahun 1975 kepada 36 % pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh kerajaan.- Tambahan pula, keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar Penswastaan ini diperkenalkan.Peramalan dan alternatifDidalam proses peramalan dan alternatif, aktor yang terlibat harus mengkaji bagaimana masalah ini ditafsirkan, apakah matlamatnya, apakah pilhan dan pelbagai pilihan boleh membawa kebaikkan dan keburukan.Antara kebaikkan yang dikenal pasti jika melaksanakan dasar penswastaan seperti:1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi4. Pengagihan sumber secara cekap5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.Perancangan dasar.Dalam proses ini, aktor perlu membuat dasar akan menghasilkan pengetahuan yang releven mengenai faedah dan kos daripada alternatif yang telah dipilih berdasarkan pertimbangan ramalan yang telah dibuat.Beberapa candangan perlu diambil langkah segera.Seorang aktor atau yang lain akan mengemukakan beberapa cadangan sebelum dasar itu dibahas dan dibentangkan.Antara aktiviti yang terlibat dalam proses perancangan ialah perbincangan, perundingan dan strategi-strategi baru.Bagi memahami proses perancangan yang betul, ianya melibatkan tiga cara iaitu:Pertama:Mempermudahkan pencapaian matlamat.Program-program yang akan dilaksanakan termasuk melibatkan kos dan untung.Menentukan dasar dilaksanakan dengan sempurna.Bersifat sederhana tetapi disusun secara sistematik mengikut keadaan dan persekitaran. Mengambil kira risiko pada masa akan datang.2. kedua.Melibatkan beberapa pertanyaan seperti apa, dimana, bila, bagaimana, siapa dan kenapa.3. Mencadangkan proses sebagai suatu masalah yang perlu dipecahkan dengan menggunakan teknik-teknik tertentu untuk membolehkan ciptaan rancangan yang baik.Perlaksaan dasar (pengawasan)Semua keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan pembuat dasar tidak akan berjaya selagi ianya tidak sampai kepada semua lapisan masyarakat. Maka, pihak kerajaan telah melaksanakannya dalam bentuk program, projek, rancangan, undang-undang dan penguatkuasaan peraturan serta ianya perlu dilaksanakan secara adil dan saksama tanpa sebarang diskriminasi.Dalam perlaksaan dasar penswastaan, antara mekanisme yang dijalankan seperti:Penjualan aset atau ekuiti Pajakan Kontrak pengurusan Bina Kendali Pindah (BKP) atau Build Operate Transfer (BOT) dan Bina Kendali (BK) Build Operate (BO)Penilaian dasar (penaksiran).Penilaian dilakukan setelah sesuatu dasar itu dilaksanakan.Ianya dilakukan bertujuan untuk menganalisis sejauh manakah sesuatu dasar itu telah mencapai objektif yang telah digariskan dalam perancangan.Maka, penilaian dasar berkaitan dengan tanggungjawab pihak kerajaan. Oleh itu, herman l. boschken (2006) menyifatkan penilaian dasar adalah suatu yang penting untuk menilai akauntabiliti kerajaan. Akauntabiliti kerajaan adalah berdasarkan kepda kecekapan, keberkesanan dan produktiviti sesuatu dasar yang telah dijalakan.

Antara pencapian perlaksaan dasar penswastaan ialah:Kawalan pertumbuhan saiz sektor awam (1983-1996) sebanyak 53 agensi dan 108,531 anggota yang terlibat.Perbelanjaan kerajaan dikawal.Hasil negara dipertingkatkan melalui perlaksaan cukai.Perlaksanaan pelbagai projek.Peningkatan kecekapan perkhidmatan. contohnya:Terminal kontena LPKSistem televisyen tv3