proses morfofonologi terhadap kata kerja bahasa c'lela

15
SKBL 6023 TEORI MORFOLOGI TAJUK TUGASAN: PROSES MORFOFONOLOGI TERHADAP KATA KERJA BAHASA C’LELA DISEDIAKAN OLEH: NOR HAZILA BINTI MAT LAZIM (P87314) DISEDIAKAN UNTUK: DR HARISHON BINTI RADZI PUSAT PENYELIDIKAN KELESTARIAN SAINS BAHASA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2016/2017

Upload: nor-hazila-mat-lazim

Post on 29-Jan-2018

89 views

Category:

Science


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

SKBL 6023 TEORI MORFOLOGI

TAJUK TUGASAN:

PROSES MORFOFONOLOGI TERHADAP KATA KERJA BAHASA

C’LELA

DISEDIAKAN OLEH:

NOR HAZILA BINTI MAT LAZIM (P87314)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR HARISHON BINTI RADZI

PUSAT PENYELIDIKAN KELESTARIAN SAINS BAHASA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2016/2017

Page 2: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

2

SENARAI SINGKATAN

CM class marker (prefix or suffix)

PRT present tense (kala kini)

PST past tense (kala lepas)

PERF perfektif

PV phrase verb (frasa kerja)

SENARAI ILUSTRASI

RAJAH 1 Peta Bahasa C’lela

SENARAI JADUAL

JADUAL 1 Ciri-ciri Infleksi dan Derivasi

Page 3: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

3

1.1 PENGENALAN

Nigeria merupakan sebuah negara yang terkenal dengan budaya dan bahasa yang bervariasi

serta pelbagai. Bahasa-bahasa utama yang dituturkan oleh rakyatnya adalah seperti Hausa,

Yoruba, C’lela, Igbo, Edo, Fulfulde, Kanuri, Kambari, dan banyak lagi bahasa yang telah

digloskan dalam peta bahasa Nigeria. Perbincangan ini menumpukan terhadap salah satu

bahasa yang terdapat di negara tersebut iaitu, bahasa C’lela seperti dalam Rajah 1 di bawah.

Nama C’lela, disebut sebagai [ʧǝlela] berasal dari perkataan Lela yang merujuk

kepada tanah yang menjadi tempat tinggal orang Lelna (Aliero 2013). Bahasa C’lela,

mempunyai kod ISO 639-3 [dri] tergolong dalam tujuh kumpulan bahasa lain seperti Niger-

Congo, Atlantic-Congo, Volta-Congo, Benue-Congo, Kainji, Western, dan Duka. Manakala,

Dettweiler (2012), Aliero (2013) dan Rowbory (2009) pula bersependapat bahawa bahasa

C’lela terdiri dalam kumpulan Niger-Congo. C’lela dikenali sebagai Dakarci oleh penutur

luar Hausa. Antara nama-nama lain yang digunakan secara silih berganti bagi bahasa C’lela

ini adalah Cala-cala, Chilala, Chilela, Dakarkari, Dakakari, Dakkarkari, Kolela dan Lalawa1.

Bahasa ini dianggarkan mempunyai 100 ribu penutur natif dan dituturkan oleh majoriti

penduduk emiriah Zuru, yang terletak di bahagian timur negeri Kebbi, Nigeria.

RAJAH 1: Peta Bahasa C’lela

Sumber: The Languages of Nigeria (2014)

1 http://www.verbix.com/maps/language/Clela.html

Page 4: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

4

Pola Kata Kerja dan Infleksi

Struktur susunan asas ayat atau klausa bagi bahasa C’lela ialah Subjek-Kata Kerja-Objek

(SVO) seperti berikut:

Ayat FN subjek FK [FN objek]

FNsubjek boleh berbentuk Frasa Kata Nama penuh (seperti nama) atau kata ganti nama

(seperti u “he”). Sesetengah kata kerja, contohnya seperti nee “give” mempunyai dua objek

iaitu objek langsung dan objek tak langsung. Objek langsung diberikan peranan pemanfaat,

manakala objek tak langsung pula diberikan peranan tema dalam ayat (Payne 1997; Rowbory

2009).

Menurut Rowbory (2009: 3) frasa kerja bahasa C’lela mengandungi kata kerja dasar2

yang mempunyai imbuhan akhiran dan klitik:

-k bagi perfektif3

-t bagi tujuan naratif

-ine/ -ini (klitik) menandakan kata kerja dalam klausa subordinat

-t bo (imbuhan akhiran + klitik) perfektif empatik dalam naratif

Imbuhan akhiran -k dan -t ditempatkan sebelum vokal akhir yang boleh muncul atau

tidak muncul apabila kata kerja akar4 diikuti oleh konsonan (sama ada daripada imbuhan

akhiran, klitik atau objek). Jika terdapat rangkap konsonan disebabkan proses berkenaan,

maka vokal a akan disisipkan antara rangkap konsonan berkenaan seperti contoh:

(1) Á-v hong na mamgas-k-á d'-opá,

when-you hear you prepare-PERF-PV CM-iron.piece

‘Once you've prepared the piece’

(2) sái ná mámgs-a d'-rém a d'-kemne

then you prepare-PV CM-tongue as CM-sweet

‘then you even up the tongue edge properly.’

2 Kata kerja dasar merujuk kepada kata kerja yang telah menerima imbuhan infleksi atau klitik

3 Istilah ‘perfektif’ bermaksud perbuatan atau kata kerja yang telah selesai dilakukan (Haspelmath & Sims

2013: 84) 4 Kata kerja akar merupakan kata kerja yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat

padanya sebarang penambah (Asmah 2015: 134)

Page 5: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

5

Berdasarkan contoh ayat (2), kata kerja akar mámgs-a menerima satu vokal di antara

rangkap konsonan apabila imbuhan akhiran -k diaplikasikan, dan seterusnya membentuk kata

kerja dasar mamgas-k-á seperti dalam contoh (1). Dalam ayat (2) di atas juga, kata kerja

mámgs-a “prepare” merujuk kepada kala kini, manakala kata kerja mamgas-k-á “have

prepared” dalam ayat (1) merupakan kala lepas atau dikenali sebagai perfektif, iaitu

perbuatan yang telah selesai dilakukan.

Pembentukan kata kerja yang mempunyai kala kini dan kala lepas dalam bahasa

C’lela menunjukkan proses pengimbuhan infleksi5. Imbuhan infleksi bermakna imbuhan

yang mempunyai tugas nahu tetapi tidak menukarkan golongan kata. Pengimbuhan infleksi

ini boleh disamakan dengan imbuhan infleksi kata kerja dalam bahasa Inggeris, iaitu apabila

kata kerja mengekspresikan nilai kala ‘kini’ seperti (he/she) walks dan kala ‘lepas’ seperti

contoh (he/she) walked. Haspelmath & Sims (2013) menyatakan kala menentukan keadaan

masa perbuatan itu dilakukan sama ada kala lepas, kini dan akan datang (present, past, future

tense). Selain itu, mereka telah menggariskan beberapa nilai infleksi (inflectional values)

yang membezakannya dengan proses derivasi. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara

infleksi dan derivasi.

JADUAL 1 Ciri-ciri Infleksi dan Derivasi

Infleksi Derivasi

(i) relevan terhadap sintaksis

(ii) pematuhan kepada nilai ekspresi

(iii) tiada had pengaplikasian

(iv) konsep yang sama dengan dasar

(v) berkaitan dengan maksud abstrak

(vi) maksud yang pelbagai (compositional)

(vii) diekspresikan pada pinggir kata

(viii) kurang alomorf dasar

(ix) tidak menukar golongan kata

(x) penyataan berbentuk kumulatif

(xi) tidak berulang-ulang

(i) tidak relevan terhadap sintaksis

(ii) tidak mempunyai kepatuhan nilai ekspresi

(iii) pengaplikasian yang terhad

(iv) konsep yang baru

(v) berkaitan dengan maksud konkrit

(vi) maksud tidak pelbagai (noncompositional)

(vii) diekspresikan berdekatan dengan akar

(viii) mempunyai lebih banyak alomorf dasar

(ix) kadang kala menukar golongan kata

(x) bukan penyataan yang kumulatif

(xi) berkemungkinan berulang-ulang

5 Fleksi atau infleksi merupakan proses penambahan imbuhan pada kata akar atau dasar (Kamus Dewan Edisi

Keempat 2015:413)

Page 6: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

6

Dalam konteks ini, antara ciri yang ketara bagi membuktikan bahawa kata kerja

bahasa C’lela ialah kedua-dua kata kerja yang berkala kini dan berkala lepas (walaupun

menerima imbuhan akhiran -kV) tidak menunjukkan apa-apa perubahan dari segi golongan

kata. Maksudnya, masing-masing tergolong dalam golongan kata yang sama, yakni kata

kerja. Infleksi berbeza dengan derivasi yang menukar golongan kata. Misalnya, kata kerja

minum, apabila menerima imbuhan akhiran -an, membentuk kata nama minuman dan perkara

ini menunjukkan berlaku perubahan dari segi golongan katanya.

Namun begitu, perbincangan ini hanya menumpukan terhadap pengimbuhan infleksi

kata kerja dalam bahasa C’lela. Imbuhan infleksi yang berlaku terhadap kata kerja yang

berkala lepas dalam bahasa ini memotivasikan proses-proses fonologi yang terdiri daripada

lima iaitu pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal akhir, metatesis dan

asimilasi. Proses-proses fonologi yang berlaku akan dijelaskan dengan menggunakan

kerangka teori Fonologi Generatif (1968) dan Teori Autosegmental (1976).

1.2 KOSA KAJIAN-KAJIAN LEPAS TERHADAP BAHASA C’LELA

Kajian-kajian morfologi yang dilakukan terhadap bahasa ini adalah seperti Hoffman (1967),

Dettweiler (2012) dan Rowbory (2009). Hoffman menggariskan sistem golongan kata nama

Dakarkari dan menfokuskan hubungan antara imbuhan awalan (prefiks) dan imbuhan akhiran

(sufiks). Baba-Waziri (1990) dan Dettweiler (2012) menulis mengenai nahu bahasa ini.

Kedua-dua kajian berkenaan menyediakan gambaran terhadap morfologi dan sintaksis bahasa

C’lela dalam frasa umum dan struktur klausa. Namun demikian, penelitian mereka terhadap

struktur morfologi bahasa ini masih lagi sempit. Penelitian Dettweiler (2012) berfokuskan

kepada aspek kala akan datang (future tense) bahasa C’lela yang terdapat dalam klausa utama

dan klausa subordinat sesuatu ayat. Aspek kala akan datang diistilahkan sebagai imperfektif,

iaitu perbuatan yang belum selesai dilakukan dan direalisasikan oleh imbuhan awalan t-.

Manakala kajian Rowbory (2009) meneliti infleksi kata kerja bahasa ini dan

menumpukan terhadap kala, aspek dan modaliti. Seterusnya, kajian Aliero (2015)

membahaskan proses-proses morfofonologi yang berlaku terhadap kata nama bahasa ini.

Menurut kajian ini, penambahan imbuhan infleksi terhadap akar kata nama, iaitu melibatkan

proses penjamakan akan memotivasikan proses-proses fonologi tertentu seperti pengimitasian

vokal, metatesis, pemanjangan vokal, pengguguran vokal akhir, dan pengguguran konsonan

Page 7: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

7

awal. Perbincangan ini juga akan membahaskan mengenai penambahan imbuhan infleksi -kV

terhadap kata kerja bahasa C’lela.

1.3 PEMILIHAN DATA

Data yang dimanfaatkan dalam perbincangan ini diperolehi melalui tesis doktor falsafah

Aliero (2013) yang mengkaji aspek morfologi secara deskriptif bahasa C’lela. Data-data yang

diterapkan dalam perbincangan ini dikupas dan dijelaskan secara berpada menggunakan dua

pendekatan yang dikemukakan oleh Chomsky & Halle (1968) dan Goldsmith (1976).

1.4 PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN

Perbincangan terhadap imbuhan infleksi kata kerja dalam bahasa C’lela menerapkan dua

pendekatan iaitu Fonologi Generatif yang dikembangkan oleh Noam Chomsky dan Morris

Halle (1968) dan Teori Autosegmental Linear yang dimajukan oleh Goldsmith (1976).

Fonologi Generatif merupakan satu teori yang menyentuh tentang struktur bunyi bahasa.

Teori ini terhasil daripada penerapan fonologi bahasa Inggeris dalam buku karya agung

Chomsky dan Halle yang berjudul The Sound Pattern of English. Selain itu, teori ini juga

dikenali sebagai fonologi generatif linear yang menekankan pendekatan derivasi rumus atau

atur rumus (Zaharani 2013). Tujuan fonologi generatif ini ialah menformulasikan kecekapan

fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjwab

melahirkan representasi fonetik daripada strutur permukaan sintaksis.

Manakala Teori Autosegmental (TA) diperkenalkan oleh Goldsmith dalam tesis

Ph.Dnya yang bertajuk ‘Autosegmental Phonology’ pada tahun 1976. Teori ini merupakan

satu anjakan daripada fonologi generatif dan terbahagi kepada tiga model iaitu model X,

model KV, dan model Mora. Goldsmith memperkenalkan teori non-linear ini dalam

menganalisis beberapa bahasa di Afrika dengan menggunakan model X dan model KV. Pada

peringkat awal penonjolannya, teori ini diaplikasikan untuk menangani fenomena yang

berlaku dalam aspek fonologi, seperti pemanjangan kompensatori, fenomena kontur tona,

harmoni vokal, nasalisasi vokal dan sebagainya. Setelah berkembangnya teori ini, ia mula

diterapkan kepada aspek morfologi khususnya bagu menangani masalah fenomena yang

berhubung morfologi pola dan akar dalam bahasa Semitik, reduplikasi atau penggandaan

(Zaharani 2000). Analisis dalam perbincangan ini menerapkan salah satu model yang terdapat

dalam Teori Autosegmental, iaitu model X bagi menghurai proses pemanjangan vokal.

Page 8: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

8

1.5 HASIL ANALISIS

Bahagian ini membincangkan aspek morfofonologi yang berlaku terhadap kata kerja bahasa

C’lela. Kala lepas dalam bahasa C’lela dikenal pasti melalui penambahan imbuhan akhiran

/-kV/ kepada kata kerja akar6. Apabila imbuhan /-kV/ ini diimbuhkan kepada kata kerja akar

secara tidak langsung menyebabkan berlakunya proses-proses fonologi tertentu seperti

pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal, metatesis dan asimilasi.

Glos yang diberikan dalam perbincangan ini adalah dalam bahasa Inggeris supaya perbezaan

antara kala kini dan kala lepas bagi kata kerja bahasa C’lela dapat ditunjukkan secara jelas.

Selain itu, bahasa C’lela juga mempunyai fenomena imbuhan infleksi kata kerja yang sama

dengan kata kerja kala lepas bahasa Inggeris.

1.5.1 Pengimitasian vokal

Pengimitasian vokal ataupun turut dikenali sebagai harmoni vokal7. Mengikut Zaharani

(1993: 30), harmoni vokal dimaksudkan sebagai bunyi vokal dalam sesuatu suku kata itu

mengalami perubahan atau penyesuaian dari segi fitur tertentu disebabkan pengaruh daripada

satu vokal satu suku kata lain dalam satu perkataan yang sama. Proses fonologi ini

dikategorikan dalam kelas asimilasi atau dengan lebih tepat lagi dalam jenis vokal

berasimilasi dengan fitur vokal. Kelas asimilasi bagi harmoni vokal ini dinamakan asimilasi

jarak jauh (long distance assimilation) iaitu dua segmen menjadi sama walaupun tidak

bersebelahan (Zsiga 2013: 236). Dalam bahasa C’lela, segmen vokal akhir bagi kata kerja

akar diimitasikan pada kata kerja kala lepas. Antara vokal-vokal yang diimitasi ialah

/e/,/a/,/i/,/o/, dan /o/ seperti yang dihitamkan dalam senarai (1) di bawah.

Kata Kerja Glos Pengimitasian Vokal Glos

(1) a. bèké ‘jump over’ bèké-kè ‘jumped over’

b. hwèrá ‘rest/relax’ hwèrá-kà ‘rested/relaxed

c. mègà ‘store away’ mègà- kà ‘stored away’

d. kwìdí ‘bend down’ kwìdí-kì ‘bent down’

e. kyòró ‘pierce/bore’ kyòró-kò ‘pierced/bored

6 Kata kerja akar merujuk kepada kata kerja asal bahasa C’lela yang mempunyai kala kini.

7 Menurut Ellison (1992) antara bahasa lain yang mempamerkan harmoni vokal adalah seperti bahasa Finland

(Finnish), Hungari, Turki, pelbagai bahasa Mongolia dan beberapa bahasa Afrika seperti Yoruba dan Okpe.

Page 9: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

9

Pengimitasian vokal dalam kata kerja infleksi seperti dalam senarai (1) di atas

merupakan ciri umum bagi subgolongan bahasa Niger-Congo. Misalnya, dalam bahasa Igbo,

pegimitasian vokal menyebabkan penambahan penanda kala lepas /-rV/ kepada sesetengah

kata kerja akar bahasa berkenaan (Iloene 2007; Mbah & Mbah 2012). Bahasa C’lela

mengalami proses pengimitasian vokal yang sama seperti bahasa Igbo. Pengimitasian yang

berlaku menyebabkan berlakunya penambahan penanda kala lepas /-kV/ terhadap kata kerja

dasar bahasa ini. Antara vokal-vokal yang diimitasikan dalam segmen vokal akhir kata kerja

akar ialah /e/, /a/, /a/, /i/ dan /o/. Di bawah menunjukkan rumus pengimitasian vokal atau

harmoni vokal dalam bahasa C’lela.

(2) V [+H] / __ #

1.5.2 Pemanjangan Vokal

Menurut Zsiga (2013:244) suatu segmen panjang boleh menjadi pendek, iaitu merujuk

kepada pemendekan vokal, dan segmen pendek boleh menjadi panjang, iaitu merujuk kepada

proses pemanjangan vokal. Pemanjangan vokal yang berlaku dalam suatu bahasa dinamakan

sebagai pemanjangan kompensatori (compensatory lengthening). Infleksi kata kerja kala

lepas bahasa C’lela juga melibatkan proses pemanjangan vokal, dan dikenal pasti apabila

vokal pendek kata kerja monosilabik diartikulasikan sebagai panjang pada bentuk perfektif.

Hal ini berlaku dipengaruhi integriti slot output yang mempunyai strtuktur suku kata KVV

KV atau KVK KV.

Kata Kerja Glos Perfektif Glos

(3) a. hyà ‘deny’ hyàa-ká ‘had denied (statement)’

b. pú ‘boil’ púu-kù ‘boiled’

c. tá ‘finish’ táa-kà ‘finished/be over’

d. tó ‘leave’ tóo-kò ‘left/gone’

e. wà ‘buy’ wàa-kà ‘bought’

f. kyù ‘press down’ kyùu-kù ‘pressed down’

g. dàa ‘touch lightly’ dáa-ká ‘touched lightly’

h. zóo ‘forge’ zóo-ká ‘forged’

i. pyàa ‘trim cut away’ pyàa-kà ‘trimmed cut away’

j. zòlá ‘bath’ zòl-ká ‘bathed’

Page 10: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

10

Contoh penggunaan kata kerja kala lepas dalam ayat

(4) a. u’-too ko

he go-PST

“he has gone”

b. u waa-ka gwele deede

she buy-PST goat yesterday

“she bought a goat yesterday

(5) -V V / __ -kV # t a a / ka #

X X X a a a

Analisis terhadap pemanjangan vokal menggunakan Model X Teori Autosegmental

ditunjukkan dalam (5) di atas. Berdasarkan rumus berikut, vokal pendek dalam kata kerja

akar monosilabik mengalami pemanjangan apabila diikuti oleh imbuhan akhiran -kV yang

menandakan kala lepas kata kerja dalam bahasa C’lela. Dalam contoh analisis di atas, berlaku

pemanjangan vokal pendek /a/ dalam kata kerja apabila diimbuhkan imbuhan akhiran -kV

(-ka).

1.5.3 Pengguguran Vokal Akhir

Pengguguran vokal akhir kata kerja akar hanya beroperasi apabila kata kerja akar tidak

mempunyai struktur suku kata KVK KV dan tidak berakhir dengan urutan likuida8 atau

nasal9. Namun begitu, perlu dijelaskan bahawa proses metatesis akan berlaku jika struktur

kata kerja terdiri daripada KVK KV dan berkahir dengan urutan nasal atau likuida. Data (6)

di bawah menunjukkan pengguguran vokal akhir kerana struktur katanya melanggari syarat

struktur suku kata KVK KV, dan tidak berakhir dengan urutan likuida mahupun nasal. Oleh

yang demikian, vokal-vokal akhir pada kata kerja akar yang terdiri daripada /a/, /e/ mesti

digugurkan.

8 Likuida mewakili istilah yang merujuk kepada bunyi lateral ‘l’ dan rotik ‘r’ dalam bahasa-bahasa di dunia dan

merupakan bunyi sonoran (Davenport & Hannahs 2013) 9 Antara contoh bunyi nasal dalam bahasa C’lela ialah konsonan m dan n

Page 11: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

11

Kata kerja Glos Perfektif Glos

(6) a. gàgá ‘tie’ gág-kà ‘tied’

b. hènè ‘see’ hén-kè ‘saw’

c. báltà ‘boil’ bált-kà ‘boiled’

d. pànà ‘throw’ pán-kà ‘threw (a stick)’

e. sáptà ‘wash’ sápt-kà ‘washed (parts of the body)’

f. dòogá ‘come back return’ dòog-kâ ‘came back returned’

g. wàktá ‘turn(immediately)’ wàkt-kà ‘turned (immediately)’

Contoh penggunaan kata kerja dalam ayat:

(7) a. na gag-ka o a’koma

we tie-PST his hand

“We have tied his hand with a rope”

b. a-u hen-ke me u wakt-ka

when-he see-PST me he turn-PST

“Then he saw me, he immediately turned back”

c. neta nam-ka hi gyozi-ne

woman grind-PST guinea corn red-DET

“The woman ground the red guinea corn”

Rumus bagi pengguran vokal /a/ dan /e/ dalam suku kata akhir ditunjukkan seperti berikut:

(8) /a/ Ø / __ kV #

/e/ Ø / __ kV #

1.5.4 Metatesis

Metatesis merupakan istilah Greek bermaksud transposisi atau “bertukar tempat” iaitu di

mana dua segmen bertukar susunan, kebanyakannya dalam bentuk bunyi atau suku kata.

(Zsiga 2013). Secara umumnya, metatesis terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. Metatesis hampir (Adjacent metathesis/local metathesis)

ii. Metatesis jarak jauh (Non-adjacent metathesis/long-distance metathesis)

Page 12: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

12

Metatesis hampir (adjacent methatesis or local methathesis) melibatkan penukaran dua

atau lebih bunyi yang berhampiran manakala metatesis jarak jauh (Non-adjacent

metathesis/long-distance methatesis) pula melibatkan dua atau lebih penukaran bunyi yang

berjauhan, Namun begitu, hanya metatesis jenis hampir (adjacent metathesis/local

methatesis) sahaja yang ditemukan dalam kata kerja bahasa C’lela. Syarat bagi metatesis

hampir berlaku dalam bahasa C’lela dengan syarat akar kata kerja bermula dengan struktur

(K)VK dan suku kata terakhir berakhir dengan urutan nasal/likuida-vokal10

.

Kata kerja Glos Perfective Glos

(9) la> al a. bàklá ‘lock’ bákál-kà ‘locked (gate door)’

b. wáklà ‘rot’ wàkál-kà ‘rotted completely’

c. kèklé ‘laugh’ kèkál-kè ‘laughed’

ma> am d. kwírmà ‘subside/extinguish’ kwírám-kà ‘subsided/extinguished’

e. gónmà ‘slap’ gónám-kà ‘slapped’

f. mácmà ‘improve’ mácàm-kà ‘improved (in health)’

g. tórmò ‘gulp swallow’ tórám-kà ‘gulped swallowed’

na> an h. róbnà ‘play’ ròbán-kà ‘played’

i. róknà ‘become mature’ ròkán-kà ‘became matured’

ra> ar j. bákrà ‘split’ bákár-kà ‘split (into pieces)’

k. pátrà ‘twist together’ pàtár-kà ‘twisted together’

Contoh penggunaan kata kerja yang berkala kini dan kala lepas dalam ayat (10) dan (11):

(10) a. u bakla d’gweda

he lock-PRT door/gate

“He locks the door gate”

(11) b. u bakal-ka d’gweda

he lock-PST door/gate

“He locked the door”

10

Proses metatesis ini juga turut berlaku dalam penjamakan kata nama bahasa C’lela. Sebagai contoh,

ma > am, iaitu /sàrmà + nà/ berubah menjadi output [sàràmnà] (Aliero 2015)

Page 13: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

13

(12) /gónmà + kV/ INPUT

/gonmà + kà/ [gónámkà] METATESIS

Deskripsi Struktural

/g o n m à + k à/ g ó n á m k à

1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 5 4 6 7

OUTPUT : [gónámkà] Kala lepas

Rumus (12) di atas mewakili metatesis hampir yang berlaku apabila urutan suku kata

akhir KV dalam kata kerja akar bertukar menjadi VK sebelum imbuhan akhiran -kV.

Metatesis bagi urutan nasal/likuida-vokal dalam senarai (9) seperti [la] dan [al], [ma] dan

[am], [na] dan [an], [ra] dan [ar] menunjukkan pola sonoran merupakan ciri kebahasaan

bahasa C’lela. Selain itu, Aliero (2015) mendakwa vokal [a] dan [u] mendahului likuida atau

nasal [m] dan [l] dalam metatesis kerana vokal lebih sonoran berbanding likuida dan nasal.

1.5.5 Asimilasi

Schane (1992) menjelaskan bahawa asimilasi sebagai perubahan bunyi konsonan atau vokal

yang dipengaruhi oleh segmen berhampiran, biasanya yang konsonan atau vokal yang

bersebelahan dengan segmen berkenaan. Sesuatu konsonan itu mungkin mengambil fitur

daripada sesuatu vokal, sesuatu vokal mungkin mengambil fitur daripada sesuatu konsonan,

satu konsonan mungkin mempengaruhi konsonan yang lain, atau satu vokal mungkin

memberi kesan kepada vokal yang lain. Dalam pada itu, Bickel dan Nichols (2007)

berpendapat proses asimilasi merupakan ciri yang kerap dalam rangkaian morfologi, iaitu

melibatkan penyebaran fitur fonologi merentasi sempadan pembentukan kata. Dalam bahasa

C’lela, asimilasi bersuara berlaku apabila imbuhan akhiran /-kV/ diimbuhkan kepada kata

kerja akar yang mempunyai suku kata akhir bunyi velar bersuara /-gV/. Dengan kata lain,

apabila kata kerja akar berakhir dengan konsonan velar bersuara /-gV/ sebelum penanda kala

lepas, dua proses morfofonologi yang berlaku yakni pengguguran vokal dan asimilasi

konsonan.

Kata Keja Glos Perfektif Asimilasi Glos

(13) a. bùg-ù ‘fly’ bùg-kù → bùkkù ‘flew’

b. hèg-é ‘give away’ hèg-ké → hèkké ‘gave way’

Page 14: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

14

c. kùg-ú ‘bend down’ kùg-kú → kùkkú ‘bent down’

d. mòg-ò ‘borrow’ móg-kò → mókkò ‘borrowed’

e. sòg-ó ‘insert’ sòg-kó → sòkkó ‘inserted’

f. vùg-ù ‘uproot’ vùg-kù → vùkkù ‘uprooted’

g. màg-à ‘offer’ màg-kà → màkkà ‘offered’

h. zòg-à ‘pack’ zòg-kà → zòkkà ‘packed’

Berdasarkan data di atas, pengguguran vokal pada suku akhir berlaku dahulu sebelum

berlakunya proses asimilasi konsonan. Antara vokal-vokal yang digugurkan ialah /u/, /e/, /o/,

dan /a/. Berikut menunjukkan analisis rumus bagi pengguguran vokal dalam suku kata akhir

bahasa C’lela.

(14) /u/ Ø / _ kV #

/e/ Ø / _ kV #

/o/ Ø / _ kV #

/a/ Ø / _ kV #

Setelah berlakunya proses pengguguran vokal tersebut, proses asimilasi konsonan

pula yang berlaku. Proses asimilasi konsonan terjadi apabila konsonan bersuara /g/

berasimilasi dengan konsonan tak bersuara /k/. Hal ini berlaku disebabkan rangkap konsonan

/k/ seperti dalam contoh [bùkkù] itu bersesuaian dari segi penyuaraan. Rumus bagi proses

asimilasi konsonan berkenaan ditunjukkan seperti dalam rumus (15) di bawah:

(15) /g/ [k] / __ kV#

1.6 KESIMPULAN

Perbincangan ini telah membahaskan infleksi kata kerja dalam bahasa C’lela. Apabila

berlakunya pengimbuhan infleksi dalam kata kerja dasar, secara tidak langsung mengaktifkan

proses-proses fonologi seperti pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal

akhir, metatesis dan juga asimilasi. Proses-proses fonologi yang berlaku dihuraikan

menggunakan pendekatan teori agar mencapai kepadaan eksplanatori yang tinggi. Selain itu,

perbincangan ini membuktikan bahawa bahasa C’lela mempunyai nilai infleksi dan

mengukuhkan dakwaan-dakwaan para pengkaji lepas yang telah meneliti infleksi kata kerja

bahasa ini.

Page 15: Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

15

RUJUKAN

Aliero, M.A. 2013. Aspects of The Morphology of C’lela. Tesis Sarjana, University of

Ghana.

Aliero, M. A. 2015. Morphophonological Processes of the C’lela Noun. Ghana

Journal of Linguistics 4 (1): 1-14.

Asmah Haji Omar. 2015. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Baba-Waziri, Ibrahim (1992). A Historical Sketch of C’lela. In Ayo Bomgboshe,

Language and Contact in Africa. (LICCA, Nigeria). Ibadan: University of Ibadan.

Dettweiler, Stephen H. 2012. C’lela Grammar Sketch. Manuscript. Zuru.

Dettweiler, S. 2012. Future Time in C’lela, a Kainji Language of Nigeria. World Congress of

African Linguistics.

Davenport, M & Hannah, S.J. 2013. Introducing Phonetics and Phonology. NewYork:

Routledge.

Chomsky, N. A & Halle, M. 1968. The Sound Pattern of English. New York:Harper and

Row.

Ellison, T.M. 1992. Learning Vowel Harmony. https://pdfs.semanticscholar.org/df61/

045868969de58e7c9a697bdc76f375c91bb7.pdf?_ga=2.163953782.81534020.149706

4472-1366449969.1495376178 [10 Jun 2017].

Goldsmith, J. 1976. Autosegmental Phonology. Tesis Sarjana, Massachusetts Institute of

Technology.

Haspelmath, M & Sims A, D. 2013. Understanding Morphology. New York: Routledge.

Payne, T. 1997. Describing Morphosyntax. Cambridge: University Press.

Iloene, Modesta I. 2007. Igbo Morphology. Dlm O. Yusuf (pnyt.) Basic Linguistics for

Nigerian Languages Teachers. Port Harcourt: M. and J. Grand Orbit

Communications, 181-194.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mbah, Boniface M. and Mbah Evelyn E. 2012. Phonological Features of Verb Compounds

in Igbo. Journal of West African Languages, XXXIX.2:99-114

Rowbory, Jonathan. David. 2009. A Focussed Study of C’lela Verb Inflection. Tesis

Sarjana Nairobi Evangelical Graduate School of Theology.

Schane, S.A. 1992. Fonologi Generatif. Terj.Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Survey Department, Language Development Facilitators Nigeria. The Languages of Nigeria.

Map (paper and electronic). Prod. Nigeria Bible Translation Trust. Jos: SIL

International, April 2014.

Zaharani Ahmad. 1993. Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. 2000. Penggandaan Separa Bahasa Melayu: Satu Analisis Autosegmental.

Jurnal Dewan Bahasa 44 (7): 722-736.

Zaharani Ahmad. 2013. Aspek Fonologi Bahasa Melayu daripada Derivasi Rumus kepada

Tatatingkat Kekangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zsiga, E. C. 2013. The Sounds of Language: An Introduction to Phonetics and Phonology.

West Sussex: Wiley-Blackwell.