prosedur operasi piawai (sop) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam...

18
PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC) MCMC-OSC/V1/2019

Upload: buianh

Post on 19-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP)

PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI

KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

MCMC-OSC/V1/2019

Page 2: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

1

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 SKOP

3.0 TANGGUNGJAWAB PEMOHON (PEMAJU / SUBMITTING PERSON – SP)

4.0 TANGGUNGJAWAB MCMC

5.0 PROSES PENGELUARAN SIJIL PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)

6.0 PEMATUHAN CCC DAN PERBEKALAN PERKHIDMATAN

7.0 PERUNTUKAN ORANG YANG BERKELAYAKAN

8.0 UNIT TEKNIKAL DI PEJABAT WILAYAH / PEJABAT CAWANGAN NEGERI

9.0 CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK TALIAN TETAP

Lampiran 1 : Senarai Semak Dokumen Mendapatkan Data Teknikal MCMC

Lampiran 1b : Borang Permohonan Data Teknikal MCMC

Lampiran 2 : Senarai Semak Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap

Lampiran 3 : Surat Perakuan Orang Yang Mengemukakan Kepada Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (MCMC)

Lampiran 4 : Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi

Talian Tetap

Singkatan:

Kebenaran Merancang (KM)

Licensed Network Facilities Provider/Pemberi Kemudahan Rangkaian Berlesen (NFP)

One Stop Centre / Unit Pusat Setempat (OSC)

Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Submitting Person (SP)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Page 3: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

2

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

1.0 PENGENALAN

1.1 Prosedur ini adalah merupakan tatacara bagi MCMC memberi ulasan dan khidmat nasihat

ke atas sesuatu permohonan pemajuan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pihak

Berkuasa Negeri (PBN) atau Unit Pusat Setempat (OSC) selaras dengan polisi dan garis

panduan teknikal MCMC.

1.2 Prosedur ini juga dijadikan rujukan oleh Submitting Person (SP) dalam menyediakan

permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi infrastruktur komunikasi.

1.3 SOP ini adalah mengikut acuan Model OSC 3 Plus yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan

Tempatan (JKT).

2.0 SKOP

2.1 Permohonan pemajuan yang terlibat di dalam prosedur ini adalah di Peringkat

Mendapatkan Data Teknikal dan Kebenaran Merancang (KM), bagi permohonan yang

melibatkan pemasangan infrastruktur komunikasi selaras dengan Undang-undang Kecil

Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984).

2.2 Pemasangan infrastruktur komunikasi adalah berdasarkan standard teknikal yang

berdaftar dengan MCMC, merangkumi:

2.2.1 Pendawaian dalaman; dan

2.2.2 Penyediaan infrastruktur sivil asas dalam dan luar bangunan (sesalur dan lurang).

Oleh yang demikian, Pemohon (Pemaju / Submitting Person – SP) perlu memastikan

keperluan infrastruktur komunikasi diambil kira di peringkat perancangan sebelum kerja-

kerja pembinaan dimulakan.

2.3 Jenis permohonan pemajuan yang diulas oleh MCMC adalah terhad kepada keperluan

infrastruktur komunikasi sahaja. Permohonan KM yang tidak melibatkan kemudahan

komunikasi tidak perlu mendapat ulasan MCMC.

2.4 Permohonan yang TIDAK PERLU DIRUJUK kepada MCMC antaranya adalah seperti

berikut:

2.4.1 rumah burung walit;

2.4.2 pembinaan gudang terbuka;

2.4.3 pengubahsuaian bangunan sedia ada;

2.4.4 KM bagi bangunan sementara yang tidak memerlukan kemudahan komunikasi

(rumah pekerja/galeri jualan/pameran/bangsal/ bangunan sesebuah sementara);

2.4.5 infrastruktur jalan raya seperti jejantas, dll;

Page 4: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

3

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

2.4.6 lain-lain infrastruktur yang tidak berkaitan seperti paip gas, paip air, kerja-kerja

korekan jalan, dll; dan

2.4.7 permohonan berkaitan hal-hal tanah.

Page 5: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

4

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

3.0 TANGGUNGJAWAB PEMOHON (PEMAJU / SUBMITTING PERSON – SP)

3.1 Pemohon bertanggungjawab dalam memastikan segala keperluan aspek teknikal dalam

penyediaan infrastruktur komunikasi diambil kira semasa peringkat penyediaan pelan

permohonan kepada OSC.

3.2 Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal

3.2.1 Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan data teknikal secara dalam talian kepada MCMC iaitu melalui emel sahaja bagi tujuan memudahcara dan menjimatkan masa.

3.2.2 Pemohon perlu menyediakan informasi koordinat lokasi bersama sempadan tapak cadangan pembangunan.

3.2.3 Pemohon perlu mengemukakan Borang DTMCMC01/2019 kepada MCMC untuk

tujuan ini. Borang DTMCMC01/2019 adalah seperti di Lampiran 1b.

3.2.4 Permohonan ini hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Wilayah / Negeri MCMC

dan perlu memastikan agar semua maklumat yang dikemukakan kepada MCMC

adalah lengkap.

3.2.5 MCMC akan mengemukakan maklum balas berkaitan ‘tapping point’ yang

terdekat dengan kawasan pemajuan berserta dengan maklumat pemiliknya

(Pemberi Kemudahan Rangkaian Berlesen - NFP) dalam tempoh 14 hari.

3.2.6 Pemohon menggunakan maklumat ‘tapping point’ yang diberikan untuk tujuan

rekabentuk keperluan infrastruktur komunikasi di dalam kawasan pemajuan

sebelum dikemukakan kepada OSC untuk kelulusan pelan. Pemohon perlu

mengesahkan ketersediaan ‘tapping point’ dengan NFP tersebut.

3.2.7 Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal boleh dikecualikan sekiranya

pemohon telah melantik NFP sebagai rakan strategik.

3.2.8 Bagi permohonan yang mempunyai bangunan berketinggian melebihi 15 meter,

pemohon perlulah mengemukakan Salinan Pengesahan Penerimaan ‘Surat

Pemakluman’ yang dihantar kepada NFP. Surat pemakluman pembangunan

perlulah mengandungi:

Bilangan Tingkat

Ketinggian Bangunan

Koordinat rujukan bucu bangunan untuk setiap blok bangunan Nota: Pemakluman ini adalah bagi tujuan memaklumkan kepada NFP akan risiko

terdapat halangan gelombang mikro sedia ada disebabkan oleh pembangunan

yang akan dilaksanakan. Sekiranya terdapat halangan gelombang mikro,

pemohon hendaklah menyelesaikan halangan tersebut secara perundingan

dengan NFP.

Page 6: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

5

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

3.3 Proses Kelulusan Pelan di bawah Kebenaran Merancang (KM)

3.3.1 Pemohon perlu menyediakan Pelan Susunatur Cadangan Infrastruktur

Komunikasi yang disahkan oleh Perunding Profesional/Jurutera Bertauliah

(Mechanical and Electrical-M&E).

3.3.2 Pelan tersebut hendaklah menunjukkan lokasi cadangan infrastruktur komunikasi

luaran termasuk kabinet, lurang, kotak agihan (distribution point-DP), laluan

sesalur, bilik telekomunikasi (jika perlu) dan lain-lain struktur binaan atas tanah

berkaitan komunikasi.

3.4 Segala keperluan permohonan pemajuan KM bagi penyediaan infrastruktur komunikasi

mestilah selaras dengan peruntukan perundangan, garis panduan dan kod teknikal

berikut:

3.4.1 Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) 3.4.2 Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure

In New Development Areas 3.4.3 Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network

Infrastructure (Part 1) 3.4.4 Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC

MTSFB TC G007:2016) First Revision 3.4.5 Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network

Facility (MCMC MTSFB TC G008:2016) First Revision. Senarai Semak Kebenaran Merancang Bagi Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap

adalah seperti di Lampiran 2.

4.0 TANGGUNGJAWAB MCMC

4.1 MCMC selaku Agensi Teknikal Luaran memproses permohonan melalui semakan

pematuhan dan perlu mengeluarkan ulasan teknikal sebagai input bagi Jabatan

Perancang PBT yang mengeluarkan perakuan.

4.2 Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal

4.2.1 Pegawai MCMC Pejabat Wilayah/Negeri menerima Borang DTMCMC01/2019

dan info koordinat lokasi bersama sempadan tapak cadangan pembangunan

daripada pemohon.

4.2.2 Pegawai MCMC memeriksa lokasi ‘tapping point’ / ‘manhole’ terdekat milik NFP

melalui sistem MCMC.

4.2.3 Pemohon akan diberi maklumat lokasi koordinat ‘tapping point’ NFP (manhole/

cabinet) yang terdekat dengan kawasan pemajuan dan senarai NFP.

4.2.4 Maklum balas MCMC adalah dalam masa 14 hari kalendar dari tarikh penerimaan

Borang DTMCMC01/2019.

Page 7: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

6

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

4.3 Proses Kelulusan Pelan (KM)

4.3.1 MCMC menerima permohonan daripada OSC serta menyemak pematuhan

penyediaan dan keperluan infrastruktur komunikasi telah dipenuhi dengan

merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan.

4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan ulasan dan pemohon

hendaklah mengemukakan semula permohonan melalui OSC.

4.3.3 MCMC akan memastikan supaya ulasan bagi setiap permohonan dijawab kepada

OSC dalam masa 14 hari kalendar.

4.4 Menerima notifikasi surat perakuan memulakan kerja binaan daripada perunding setelah

semua pelan-pelan utama diluluskan iaitu Surat Perakuan Perunding bagi kerja MCMC di

peringkat Pelan Bangunan (PB).

5.0 PROSES PENGELUARAN SIJIL PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN CCC

5.1 Pada peringkat awal sebelum permohonan pemajuan dihantar ke OSC, pemohon

dikehendaki berurusan terlebih dahulu dengan NFP untuk mendapatkan pengesahan

pelan.

5.2 Borang G20 akan ditandatangani oleh Perunding Profesional/Jurutera Bertauliah

(Mechanical and Electrical-M&E) bersama-sama dengan Orang Yang Cekap yang dilantik

oleh pemaju setelah kerja-kerja infrastruktur siap dilaksanakan dan pengujian hujung-ke-

hujung berjaya dilakukan.

6.0 PEMATUHAN CCC DAN PERBEKALAN PERKHIDMATAN

6.1 CCC dikeluarkan di peringkat ready for connection. Ready for connection bermaksud

keperluan infrastruktur telah disediakan oleh pemaju dan penyambungan perkhidmatan

belum lagi dilakukan.

7.0 PERUNTUKAN ORANG YANG BERKELAYAKAN

7.1 Orang Yang Cekap haruslah diperakukan oleh Agensi Pemerakuan yang dilantik oleh

MCMC sepertimana Seksyen 186, Akta Komunikasi Multimedia 1998.

7.2 Para pemasang kabel, pelukis reka bentuk pelan kabel talian tetap haruslah diperakukan

oleh Kolej Multimedia dan harus menepati Jadual Kelima Peraturan Standard Teknik 2000

(Perakuan Borang G20 – Perakuan Berperingkat Komunikasi).

7.3 Pemaju boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan (Peraturan 37,

Peraturan Standard Teknik 2000) sekiranya melakukan kesalahan di bawah Peraturan-

Peraturan ini.

Page 8: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

7

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

8.0 UNIT TEKNIKAL DI PEJABAT WILAYAH / PEJABAT CAWANGAN NEGERI

8.1 Pejabat Wilayah dan Negeri MCMC yang memproses pemajuan OSC adalah seperti

berikut:

Bil. Pejabat Wilayah Alamat No. Telefon

1 Pejabat Wilayah

Utara

Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Bagan Luar

12000 Butterworth Pulau Pinang

Tel: +60 4 320 1000

2 Pejabat Wilayah

Utara Negeri

Kedah

Pejabat Negeri Kedah Aras 6, Wisma PKNK, Jalan Sultan

Badlishah, 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman

Tel: +604 739 0500

Fax: +604 739 0600

3 Pejabat Wilayah

Utara Negeri

Perak

Level 12, Perak Techno-Trade Centre (PTTC) Bandar

Meru Raya, Jalan Jelapang 30020 Ipoh Perak Darul

Ridzuan

Tel: +60 5 501 4000

Fax: +60 5 526 1633

4 Pejabat Wilayah

Tengah

Malaysian Communications and Multimedia Commission

(MCMC) Central Regional Office, Off Persiaran

Multimedia 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan

Tel: +603 8688 7800

Fax: +603 8688 1001

5 Pejabat Wilayah

Timur

B8004 Tingkat 1, Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek

25200 Kuantan Pahang Darul Makmur

Tel: +60 9 515 4800

Fax: +60 9 515 4900

6 Pejabat Wilayah

Timur Negeri

Kelantan

MCMC Pejabat Negeri Kelantan

PT400, Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai 15100 Kota

Bharu Kelantan Darul Naim

Tel: +60 9 745 4800

Fax: +60 9 745 4900

7 Pejabat Wilayah

Timur Negeri

Terengganu

MCMC Pejabat Negeri Terengganu

PT 4023, Perkedaian Ladang Tok Pelam Jalan Sultan

Zainal Abidin 20000 Kuala Terengganu Terengganu

Tel: +609 628 5803

Fax: +609 628 5804

8 Pejabat Wilayah

Selatan

Suite 7A, Level 7, Menara Ansar, Jalan Trus 80000 Johor

Bahru Johor Darul Takzim

Tel: +60 7 208 7600

Fax: +60 7 208 7700

9 Pejabat Wilayah

Selatan Negeri

Melaka

No 26-3, Tingkat 3, Bangunan Kota Cemerlang, Hang

Tuah Jaya 75450 Lebuh Ayer Keroh Melaka

Tel: +60 6 235 9200

Fax: +60 6 235 9300

Page 9: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

8

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

9.0 CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK TALIAN TETAP

PEMOHON

MCMC terima dan proses permohonan data teknikal

(jika perlu)

PEMOHON

Proses 1: Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal

7 hari

OSC

MCMC terima permohonan daripada OSC.

MCMC semak permohonan dan sediakan ulasan teknikal

Ketua Pejabat Wilayah/Negeri MCMC semak dan

sahkan ulasan teknikal

OSC

7/14/30 hari (mengikut skala pembangunan)

Kecil/Sederhana/besar

Proses 2: Permohonan Kebenaran Merancang

Page 10: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

9

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

LAMPIRAN

Page 11: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

10

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

Bil Dokumen Bilangan

Dokumen

1. i Borang Permohonan Mendapatkan Data Teknikal Komunikasi (DTMCMC01/2019) 1

Lampiran 1a

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

SENARAI SEMAK DOKUMEN MENDAPATKAN DATA TEKNIKAL

(Proses Permohonan Mendapatkan Data Teknikal)

Page 12: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

11

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

DTMCMC01/2019

Borang Permohonan Data Teknikal MCMC

PERMOHONAN MENDAPATKAN DATA TEKNIKAL MCMC

TAJUK PROJEK

NAMA PEMOHON / PEMILIK / PEMAJU

MAKLUMAT PERUNDING BERTAULIAH

NAMA

ALAMAT

NO. TEL DAN EMEL

INFORMASI KOORDINAT LOKASI CADANGAN PEMAJUAN

………………………………………………………………………… (Tanda Tangan Pegawai MCMC yang Memproses) Tarikh: Nota: Tempoh sah laku dalam masa 6 bulan

Lampiran 1b

Page 13: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

12

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

Bil Dokumen Bilangan

Dokumen

1. Surat Permohonan Rasmi kepada MCMC 1

2.

Pelan Susunatur Cadangan Infrastruktur Komunikasi yang disahkan

oleh Perunding Profesional/Jurutera Bertauliah (Mechanical and

Electrical-M&E).

Pelan tersebut hendaklah menunjukkan lokasi cadangan infrastruktur

komunikasi luaran termasuk kabinet, lurang, kotak agihan (distribution

point-DP), laluan sesalur, bilik telekomunikasi (jika perlu) dan lain-lain

struktur binaan atas tanah berkaitan komunikasi.

1

3.

Pengesahan penerimaan pemakluman daripada NFP bagi

pembangunan melebihi 15 meter.

1

Lampiran 2

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

SENARAI SEMAK KEBENARAN MERANCANG

INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI TALIAN TETAP

Page 14: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

13

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

Tarikh :

Kepada: (Alamat Pejabat MCMC yang berkenaan)

..................................................................

..................................................................

..................................................................

Tuan / Puan

2. Dengan ini saya memperakui bahawa perincian di dalam pelan-pelan bangunan yang

dikemukakan kepada (PBT yang berkaitan) ...................................................................................................

bagi permohonan ...........................................................................................................................................

........................................................................................................................................................................

di atas Lot/lot-lot ....................................................... Mukim .......................................................................

adalah termasuk penyediaan prasarana asas sivil (dalaman dan luaran) dan pendawaian (dalaman) bagi

membolehkan perkhidmatan komunikasi talian tetap disediakan dan mematuhi keperluan-keperluan

MCMC iaitu:

i) Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure In New

Development Areas;

ii) Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network Infrastructure (Part

1);

iii) Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC MTSFB TC

G007:2016) First Revision; dan

iv) Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network Facility (MCMC

MTSFB TC G008:2016) First Revision.

3. Saya bersetuju untuk menerima tanggungjawab penuh dengan sewajarnya.

........................................................

Orang Yang Mengemukakan

Nota : Sesalinan borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang A dan Borang B,

Jadual Kedua UKBS, 1984

Lampiran 3

SURAT PERAKUAN ORANG YANG MENGEMUKAKAN KEPADA

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

Nama : ..............................................................

Alamat : ..............................................................

No. Pendaftaran Profesional : ..............................................................

Page 15: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

14

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

Lampiran 4a

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : <MCMC (T) /20/xxx/KM(running numbers)> Tarikh : < >

UNIT ONE STOP CENTRE (OSC)

<ALAMAT PBT>

<No. Faks:>

Tuan/Puan,

<TAJUK PERMOHONAN>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meneliti permohonan dan kami tiada halangan bagi cadangan pembangunan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Pemberi Perkhidmatan yang dilantik.

3. Segala keperluan permohonan pemajuan Kebenaran Merancang bagi penyediaan infrastruktur

komunikasi mestilah selaras dengan peruntukan perundangan, garis panduan dan kod teknikal berikut:

i. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) ii. Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure In New

Development Areas iii. Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network Infrastructure

(Part 1) iv. Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC MTSFB

TC G007:2016) First Revision v. Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network Facility

(MCMC MTSFB TC G008:2016) First Revision. 4. Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi <POC pegawai RO: emel dan no.tel>

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

<NAMA KETUA WILAYAH>

Pengarah

Pejabat Wilayah <xxx>

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap - Tiada Halangan

Page 16: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

15

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

Lampiran 4b

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : <MCMC (T) /20/xxx/KM(running numbers)> Tarikh : < >

UNIT ONE STOP CENTRE (OSC)

<ALAMAT PBT>

<No. Faks:>

Tuan/Puan,

<TAJUK PERMOHONAN>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meneliti permohonan dan kami tiada halangan dengan syarat <xxx>. 3. Segala keperluan permohonan pemajuan Kebenaran Merancang bagi penyediaan infrastruktur

komunikasi mestilah selaras dengan peruntukan perundangan, garis panduan dan kod teknikal berikut:

i. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) ii. Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure In New

Development Areas iii. Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network Infrastructure

(Part 1) iv. Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC MTSFB

TC G007:2016) First Revision v. Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network Facility

(MCMC MTSFB TC G008:2016) First Revision. 4. Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi <POC pegawai RO: emel dan no.tel>.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

<NAMA KETUA WILAYAH>

Pengarah

Pejabat Wilayah <xxx>

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap - Tiada Halangan Dengan Syarat

Page 17: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

16

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

Lampiran 4c

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : <MCMC (T) /20/xxx/KM(running numbers)> Tarikh : < >

UNIT ONE STOP CENTRE (OSC)

<ALAMAT PBT>

<No. Faks:>

Tuan/Puan,

<TAJUK PERMOHONAN>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meneliti permohonan dan kami tidak menyokong atas sebab <xxx>.

5. Segala keperluan permohonan pemajuan Kebenaran Merancang bagi penyediaan infrastruktur komunikasi mestilah mestilah selaras dengan peruntukan perundangan, garis panduan dan kod teknikal berikut:

i. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) ii. Guideline on The Provision Of Basic Civil Works For Communications Infrastructure In New

Development Areas iii. Technical Standard and Infrastructure Requirements (TSIR) - Fixed Network Infrastructure

(Part 1) iv. Technical Standards of In-Building Fibre Cabling for Fibre-to-the-Premise (MCMC MTSFB

TC G007:2016) First Revision v. Technical Standard and Infrastructure Requirements for Broadcast Network Facility

(MCMC MTSFB TC G008:2016) First Revision.

3. Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi <POC pegawai RO: emel dan no.tel>.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

<NAMA KETUA WILAYAH>

Pengarah

Pejabat Wilayah <xxx>

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap - Tidak Menyokong

Page 18: PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) - skmm.gov.my · merujuk kepada keperluan yang digariskan di dalam 3.4 yang telah ditetapkan. 4.3.2 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diberikan

17

PROSEDUR OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI MELALUI KEBENARAN MERANCANG (KM) DI DALAM ONE STOP CENTRE (OSC) - MCMC-OSC/V1/2019

Lampiran 4d

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : <MCMC (T) /20/xxx/KM(running numbers)> Tarikh : < >

UNIT ONE STOP CENTRE (OSC)

<ALAMAT PBT>

<No. Faks:>

Tuan/Puan,

<TAJUK PERMOHONAN>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Seperti sedia maklum pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah merupakan salah satu agensi teknikal yang dirujuk bagi memberi ulasan kepada permohonan di peringkat kebenaran merancang untuk sesuatu pembangunan baru. 3. Untuk makluman, permohonan yang diterima tidak dapat diproses kerana tidak lengkap dan tidak mematuhi senarai semak dokumen MCMC seperti di Lampiran. Item yang tidak lengkap adalah seperti berikut:

i. <senarai semak yang tidak dilengkapi> 4. Mohon untuk pihak Tuan/Puan memastikan senarai semak tersebut dipatuhi oleh pihak pemaju untuk kami memberikan ulasan yang sewajarnya.

5. Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi <POC pegawai RO: emel dan no.tel>

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

<NAMA KETUA WILAYAH>

Pengarah

Pejabat Wilayah <xxx>

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Contoh Surat Ulasan MCMC bagi Kebenaran Merancang Infrastruktur Komunikasi Talian Tetap - Tidak Dapat Diproses